Kita bersama

Daisypath Anniversary tickers

Nur Ilyanie Najwa

Lilypie Kids Birthday tickers

Nur Ilyanie Najihah

Lilypie Kids Birthday tickers

Follow Me

Showing posts with label Home Sweet Home. Show all posts
Showing posts with label Home Sweet Home. Show all posts

Sunday, August 21, 2016

#TB: Makan..makan..makan

Assalamualaikum... Selamat pagi!

Alhamdulillah... Sabtu lepas 6 Ogos selesai majlis makan-makan anjuran Ibu Mertuaku dengan kerjasama biras sekeluarga. Sungguh makan-makannya.. menu ala ala potluck gitu sebab ada 3 orang chef yang jadi tukang masaknya. Emak mentua masak laksa, biras masak nasi minyak dan saya pulak buat mee kari Manora (resepi turun temurun keluarga).


So jadi la begini rupanya... gambar ni sebahagiannya sahaja. Kebetulan le pulak malam tu ada perlawanan bola sepak PERAK vs JDT... apa lagi En Hubby siap setting TV kat laman rumah tu. Setting tempat makan kat luar rumah di buat oleh En Hubby. Dah rupa kedai makan pulak jadinya...


Nak citernya memang begini la keadaannya bila mana keluarga mentua terlibat dalam urusan makan..makan...makan. Serve tu nak kena tip top high class!

Memang tradisi keluarga mentua ni pulak kalau buat kenduri jamu makan orang ni nak masak sendiri. Belum ada lagi yang selama saya jadi part of the family kenduri amik katering. Semua kenduri kahwin adik ipar abang ipar, kenduri doa selamat kenduri kesyukuran, jamuan makan kecil-kecilan semua MASAK SENDIRI. 

Seronok sangat dapat bergotong royong. Walau ada ketika tak dapat kumpul semua tenaga kerja, kerj-kerja masak tu menjadi juga sampai le sesi kendaranya. Penat lepas tu memang le penat!! Cuma itu salah satu cara luangkan masa yang berkualiti untuk bersama-sama dengan family.

Monday, November 3, 2014

Officially Declared!!!

Assalamualaikum... Selamat Pagi!!

Alhamdulillah... Di permulaan tahun baru Hijrah 1436, Allah permudahkan dan kurniakan rezeki melimpah ruah buat keluarga kami. Di kesempatan ini nak ucapkan...




Officially declared i am a residence to my own home sweet home.... 

Alhamdulillah.... Thank you Allah!

#projekTI2015
#changeurlifestyle
 #toMRTlifestyle
#positiveparenting
#selfimprovement

Monday, August 25, 2014

Salam Aidilfitri 2014

Assalamualaikum.... Selamat Pagi!!

Walaupun Syawal dah sampai ke penghujung, saya tetap tak mahu ketinggalan mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin buat semua penjengah blog puterihannan @ IbuIlyanie.



Sambutan Aidilfitri tahun ni sederhana sangat sebab kena keje di pagi Syawal....!!! Huhuhuhuhu.... Makan rendang ketupat kuih raya pun tak puas!

Sian kat anak-anak sebab tak dapat beraya bersama-sama.

By the way, sibuk jugak dengan preparation untuk pindah ke rumah baru. Alhamdulillah dipermudahkan dan dimurahkan Allah rezeki untuk tinggal di rumah sendiri. Insya Allah dalam proses pengubahsuaian sikit di bahagian dapur nak pasang gril pintu dan beli perabot.

 Tak banyak cerita, layankan je...


BUDAK YANG SANGAT RAJIN.... SEBELUM

RAJIN LA SANGAT KAN.... SELEPAS

Wednesday, August 29, 2012

NAK KONGSI KEGEMBIRAAN

Assalamualaikum... Selamat pagi!!

Hari ni saya nak kongsikan kegembiraan saya dengan anda semua. Btw, as usual saya ni suka intro bunga2 baru masuk citer yg sebenar.

Permulaan citernya bermula pada akhir tahun 2011, saya dan suami bersepakat nak cari rumah di Ipoh (kira azam tahun baru la). Dah tak larat dah nak hidup menumpang dan menyewa. Sebelum ni bukan tak cari, tapi belum ada kemampuan. Alhamdulillah.. rezki Najihah, baru berani nak merancang.

Jadi saya dan suami sepakat nak cari umah pada tahun 2012. Kebetulan kakak ipar pun nak jugak cari umah sendiri di Ipoh. Jadinya kami berpakat bersama. En. Hubby dah start survey dari Januari and at last dia bawak ke satu tempat berhampiran RTC Gopeng.

At first nak pergi tengok show house yang lain, tapi tercari pulak show house yg lain. Masa tu sekitar Mac 2012. Pakat ngan kakak ipar kami pergi kat opis dia. Sembang, bincang, diskus, debat.. akhirnya buat keputusan bersama2 utk amik rumah di kawasan itu.

Below adalah gambar2 yg sempat saya amik masa pergi kat tapak tu tgk show house minggu lepas (minggu raya). Alhamdulillah.. saya sangat2 berkenan dan bahagian paling saya suka adalah bahagian dapur. Anda tengok sendiri dapurnya.. (buat pertama kali memiliki umah sendiri).








Tara!! Dapur yg sangat luas.. I loike...!!!

Master Bedroom


Ruang Tamu




Orang2 Ipoh, Perak yg berminat.. leh le cepat2 g survey sbb skrg dh buka fasa kedua lak. Tapi confirm regenya dah naik..

Fasa 1 dah Sold Out!!



Lot umah saya yg 50% dalam pembinaan...
Akhir kalam... Insya Allah dapat duduk umah tu pada awal tahun 2014 dan yg bakal duduk di kawasan itu adalah

Kakak Ipar saya, Adik Ipar saya amik umah kat sebelah umah saya, dan adik ipar saya lagi sorang pun nak menetap kat situ.. jadi dh satu keluarga duk kat kawasan taman tu...

-The End-

Jom Follow Me