Friday, August 13, 2010

Puasa

::ZaZa
Friday, August 13, 2010
PPG? Mana menghilang? Apesal senyap ajer?

Sempena bulan baik ini..saya ingin mengucapkan Selamat Berpuasa untuk kalian. Semoga Ramadhan kali ini dapat kita lalui dengan melakukan perkara yang baik. Semoga kita sentiasa dimurahkan rezeki dan diberkatiNya.

Friday, August 6, 2010

Makan sampai pengsan. Ish ish ish

::ZaZa
Friday, August 6, 2010
Pagi tadi perut pedih sampai rasa nak tendang kerusi. Punya lapar. Jam 8 teguk air bliss oren ka rumah. Bajet boleh tahan sampai 12 tengah hari. Jam 10.40 krok krek krak dah. Amboi-amboi mengada habis perut ni. Tak tahan wooo.. Sakit amat.

Bantai Chicken Grilled bersama PPG kat Chillis. Makan sampai pening. Ha.. Korang boleh? Takde la banyak mana.. tapi, dek kerana perut kosong, boleh pulak sampai pening. Bunyi macam tak logik heh. Entahlaa..

Setibanya di ofis, sekotak besar Ayamas ada atas meja. Jeng jeng jeng. Full moon baby budak IT. Thanks sebab bagi saya ayamshmmmm..

Lepastu, budak IT tingkat 10 deliver kek lapis sarawak oreo cheese warna biru. A'ah. pesan kat dia.

Malam ni boleh makan sampai pengsan. Ada siapa-siapa nak join?

Wednesday, August 4, 2010

One down, Another two..

::ZaZa
Wednesday, August 4, 2010
Dup dap dup dap
Gigil-gigil je nak pegi dentist
Selama ni berkali-kali rilek je kan
Ala.. setakat tukar wayar boleh tahan lagi
Hari ni lain weh
Kene cabut gigi
OMG
Cuak giler
Masa dia angkat injection, aku pandang, terkedu..
Hold on doctor...
Dalam hati... matilah aku...
Pastu pejam mata
Dentist bius gusi dan lidah
Aku rasa jarum tu cucuk gusi aku
Huhu
Kebas giler
Muka rasa bengkak
Darah keluar banyak
Yer.. sebatang gigi dah cabut
Ada lagi 2
Eeee...ketar la aku dua kali lagi


Selamber pas cabut gigi pegi makan kueteow dengan yong tau fu
Semangat memang waja bile bab makan..wakaka

Sunday, August 1, 2010

MTV World Stage Sunway 2010

::ZaZa
Sunday, August 1, 2010
Weekend ni memang penuh dengan aktiviti hiburan. Start dari Khamis malam lagi. Ish ish ish. Sekali sekala takpe eh? Uiksss

Khamis malam gumbira
Jumaat malam seronok
Sabtu malam terbaek

Satu photo pun memang tak snap.
Semua simpan dalam hati?
Amacam?
Gedik tak?


Oh oh
Wondergirls, Tokio Hotel, Katy Perry dan Bunkface betul-betul ada depan mata.
Gempak habis wehh
Ni concert paling best penah layan
5 jam berhujan-sejuk-gigil wehhhh
Sampai lenguh kaki, sengal belakang
Best best


Esok Monday,
Apalagi..sila kerja macam sakai.. :P

Thursday, July 22, 2010

Stay

::ZaZa
Thursday, July 22, 2010
We simply fit together like a piece of apple pie
I will be vanilla ice cream
And I'll sing you lullabies
I will love you in the moonlight and I'll love you in the day
Always
I love the time we spend
I will help you keep your smile
Promise me you'll stay a while
I will come when you need it
And I'll help you when I can
When I can
Stay with me
Promise me you're never gonna leave
Stay with me
Lets try to be the best that we can be
~Cotton candy, would you stay with me? Pls..

Monday, July 19, 2010

Grumpish

::ZaZa
Monday, July 19, 2010
Woiiiii.. Jam 12 dah tapi mata ngada-ngada taknak tido pulak. Esok keje wehh. Esok monday wehhhh.. Esok kerja bertimbun wehhh..

Mood tak berapa nak elok sejak semalam. Asyik nak cari gaduh dengan orang jer. Tapi serious tak bermaksud pun.

Mata oh mata. Cepat lelap please.


p/s : ada sapa2 nak dodoikan aku tak? tepuk2 bagi aku tido kerrrrrrrrr.....*muka-kesian-1-sen*


Selamat malam semua

Sunday, July 18, 2010

Never find a love like this

::ZaZa
Sunday, July 18, 2010
Semalam keinginan untuk beli buku murah berkobar-kobar. Nak pegi beli buku then nak makan McD. Simple macam a,b,c kaaann? Minyak vivaputih tinggal 2 bar. Mea cakap dia nak kene isi minyak sebab masa start enjin, dah blink-blink dahhhh.. Katanya, fuel meter dia gila. Dari kitorang tersadai, memang eloklah kiranya dia isi minyak..

Dah isi minyak, nak start enjin balik, tak boleh yo! Hmmmm.. Dalam hati bateri minah ni dah kong dah ni..

Then, ada 2 guys tolong tolak ke depan sikit. cakap-discuss-lepastu Mea pun buat keputusan rapat dan jitu. YA!!! Inilah masanyaaaa... EMERGENCY!!! EMERGENCY!!! Semua PPG diroger!


Tak lama kemudian...Nyunyu pun datang dengan vivamewwaahh.. Kemudian, KK and hubby pun datang dengan Volvo.. Nyunyu memandang dengan penuh sinis sambil akan kening macam ziana zain!!!Dang!!!!!! Aku salah tengok wehh.. Tu bukan KK.. Mata aku mengalami masalah ke apa nihhhhhh.. (Perut dah bunyi sampai mata salah tengok okay)


Tunggu lama sikit... Haaaaaaaaaaaaaa... Yang ni baru betul-betul KK yo!!! Lepas tu, dah jump start pun tak boleh..Triple Dang!!!




Nasib baik terfikir Kurnia. Cepat-cepat dail 1-800-88-3833!!


Oh. Tunggu abang kurnia diibaratkan macam boleh makan-nasi-campur-duduk-bersimpuh-atas-surat-khabar-yang-bentang-kat-atas-simen..

45 minit tunggu sampai sengal kaki. Sampai shopping makanan dulu kat kedai Mobil!. (Makanan??? Time kritikal pun ingat makan heh!! )

Abang kurnia pakai baju biru datang dengan motor biru juga! Dia hero malam tadi sebab berjaya merawat vivaputih mekay. RM150 untuk bateri. Labor cost FOC. Bagus huh!! Penantian selama 45 minit.. memang berbaloi!


Alhamdulillah..semua selesai..


Thanks abang kurnia!! Thanks PPG!!! Thanks orang seremban!!




Saturday, July 17, 2010

Kejadian-kejadian

::ZaZa
Saturday, July 17, 2010
Kejadian 1
Pegi wedding kat Shah Alam. Sedap sangat makan. Kenyang sampai rasa malas nak bangun. The menu memang terbaek.
  1. Nasi putih
  2. Nasi minyak
  3. Dalca (aku amik kentang banyak2)
  4. Ayam masak merah
  5. Daging rendang
  6. Fillet goreng
  7. Sayur campur - brokoli, kubis bunga
  8. Acar timun & nenas
  9. Buah-buahan (Tembikai susu, anggur, tembikai merah)
  10. Bubur pulut hitam
  11. Putu piring
  12. Air punch

Bila list baru tahu banyak..Omg..

Kejadian 2

Tadi chat dengan sorang member sekolah yang dah lama tak jumpa. Dia cakap.. "tak de pun gambar kawen.. Tak kawen lagi ker? Gambar pegi wedding orang lain banyak la. ..tak baik perempuan kawen lambat segala.. Yadayadoyadi.....Kuatnya jalan..Gambar semua jalan sana sini..bla bla bla"

Duh. Sibuk pehal belek semua pic aku kan?? Aku tak kisah pun ko dah kawen ke belum. Takde nak kecoh2 pun.. Apekah.. Eh eh. Bukan emo. Tapi, kau memang penyebuk habis lah. Dah la tak kenal aku sangat lepas tu nak bising2. Sembang dengan aku macam lah kita kawan rapat. Walhal aku boleh kira dengan jari berapa kali je aku cakap dengan kau. Cakap tau! Bukan sembang!!!

Kejadian 3

Lepastu bile pulang dari wedding, aku ingat nak jumpe kawan sekejap. Nak pinjam dvd korea yang dia beli kat Indon sebab rumah dia dekat je dengan tempat wedding. So terus call.. Dia cakap dia lapar giler. And aku cakap.. 'i nak pinjam dvd pun kene bagi you kenyang dulu ker?'

Dia cakap..'apesal you nak marah-marah call i pulak?' Lepas tu dia terus letak phone. Aku blur kejap. Aku cakap baik-baik weh. Lembut habis. Errr..takkan nak manja pulak kan?? Member aku yang tengah drive pun tak perasan if aku ada cakap kurang ajar.

Tapi, bile aku fikir balik..apesal la aku bagi dia ayat camtu? Dia tengah lapar sebab tu emo kan? Abis la.. Dia merajuk habis dengan aku. Nanti dah sejuk, hopefully dia nak kawan dengan aku balik ^_^"

Kejadian 4

Aku baru bangun tido. Tido petang best jugak sebab dah lama tak rasa nikmat sebegitu. Cuaca pun tak berapa panas. Sedang-sedang. Kipas tala baik kat muka. Kain baju setimbun nak kene lipat. Jadi, marilah kita melipat baju

xoxo

Zaza-yang-bosan-sorang-kat-rumah

Friday, July 16, 2010

Things in my handbag

::ZaZa
Friday, July 16, 2010
Things in my handbag yang aku angkat-angkut ke sana ke sini.. (kisah lanjutan dari Mea)

  1. Tissue
  2. Purse
  3. Handphone
  4. Lip Balm
  5. Pad&Pantyliner
  6. Panadol
  7. Clorets
  8. Tooth-paste&brush
  9. Keys-rumah,kereta,office
  10. Compact powder
  11. Multi purpose lens solution
  12. Hair clip
  13. Pink Comb
  14. Staff's tag
  15. Dental wax
  16. Nail clipper

Baru aku realise banyak nyer benda. Dah jadi macam mini-7E dah. Apekahhhhh? :S

Wednesday, July 14, 2010

I'm desperately looking for you, JUNIOR and Bee

::ZaZa
Wednesday, July 14, 2010
Dah 2 hari aku gila nak cari tiket MTV World Stage. Nampak sangat dah takde keje kan. Tunggu junior and bee tak muncul-muncul kat website dia.. Tenung laptop sampai nak pecah wa cakap lu!!!.. Mana la junior dan bee ni kan. Mana kamooooo???

Bukan tu je, siap belajar teknik-teknik macam mana nak dapatkan junior and bee.. Apekah gilanya..

Siap call Nana sebab dia keje kat Sunway..Sebab Sunway one of the sponsor kan.. Ceh.. Nana takde pun ticket.. Foineee....

Dan tadi, member call tanya ada mana.. Pastu, selamber tetibe dengan muka tak malu tanya dia..

Aku : Weh, ada ticket MTV World Stage tak?
Kawan: .. Ada. Aku dapat 10 aritu (Oh riangnya dalam hati.. Harapan setinggi gunung dah ye..)
Aku : Oh yer?? (excitedddd daaaahhh..Yesssssssss)
Kawan : Tapi...., aku dah bagi kat orang sebab aku ingat kau tak layan.. Bla bla bla.. Dia cakap dia dapat ticket Usher pun dia bagi je kat orang, dapat ticket itu ini bagi kat orang.. Bla bla bla

Apa ertinya kalau ada tiket bagi kat orang. Baik takyah cakap!!!!!!!!!!!!..Eeeeeeeeee. Geramnya..


Kepada sesiapa yang ada lebihan tiket, kasik gua!!! Aku nak tengok wondergirlsssss ahhhh...

Monday, July 12, 2010

Fan Fiesta

::ZaZa
Monday, July 12, 2010
Layan Final World Cup 2010 kat One Utama
Ada giant screen woh
Happening habis lahh
Lapan ribu orang
Punyalah banyak yang datang
(Ni orang-orang ni tak keje ke kan??? 2.30 pagi menempek kat sini lagi..)
Aku tak sokong Holland mahupun Sepanyol
Sebab team yang aku suka dah keluar
Tapi, tengok ajer la..
Meriahkan crowh

Sunday, July 11, 2010

Pau makanan

::ZaZa
Sunday, July 11, 2010
Hakhak.Dengan muka tak malunya..Aku datang rumah Salmea.. Selamber pau makanan dia.. Walhal boleh je beli kat kedai kan..Ngada habis.

p/s : Moga-moga Cik Salmea dimurahkan rezeki.. :)

End of World Cup 2010

::ZaZa
Malam ni semua tido awal okay!
Jam 8 lights off (macam asrama plak kan)
Kita kene bangun jam 2..
Tengok game tau!
Ni last ni..lagi 4 tahun plak ah kan..

Saturday, July 3, 2010

Messi dan Argentina

::ZaZa
Saturday, July 3, 2010

Aku tengah layan siaran ulangan Uruguay Ghana
Tabah hati ni walaupun dah tengok dah game tu
Walaupun dah tahu result dia berapa..
Tapi masih tengok lagi
Yer, takkan la nak berebut remote dengan bapak aku
Oh..itu memang nak kene lah kan.

Kereta memang gedik-ngada-habis
Ada yang bocor..Tapi tak tahu kat mana
Maka, gas aircond keluar walaupun sudah ditop up semalam
Nak repair kat sini, amik masa 2,3 hari
Mana sempat dah..
Buat kat sana la nanti
Kawan-kawan sekalian, kalau aku sampai ofis berlemuih comot sememeh, jangan tanya kenapa okayyy

Malam ni ada game. Pastu family ajak makan kat luar pulak.Emm, kalau aku cakap, kita tapau je makan kat rumah..biadap tak? Duhhh.. Argentina wehh..Ni penting ni..

Errkksss... Fine... aku cam tak berani nak cakap suruh tapau.. Ermmm.. Apa kata, aku yang suggest makan tempat yang boleh tengok bola? Haaaa.. 2 in 1 yo! Miahahaha..


Khas untuk Messi, kau perform bagus malam ni boleh taaak?? Jangan kecewakan aku please..

Friday, July 2, 2010

Cuti cuti Lumut

::ZaZa
Friday, July 2, 2010
Aku balik Perak Khamis petang. Aircond kereta memang dah tak berfungsi. Gerak dari PJ masa matahari betul-betul atas kepala. Memang giler jugak la sebab balik masa masa panas terik.

3 jam sampai rumah dah. Ni record paling cepat la. Mana tahan lama-lama dalam kereta kan. Muka berlemuih comot.. Euuwww..

Kereta tak banyak sangat tapi lori berderet. Dah potong lima biji lori.. kat depan ada lagi 3 biji.. Dah potong yang 3 biji tu.. depan 2 biji ada lagi.. Bile nak abis nyewwww

Setibanya di rumah.. duduk 5minit.mak terus ajak pegi workshop.. Jommmm


Sampai di workshop

Aku : Bla bla bla Temperature naik bile pasang air cond.
Mechanic : Okay, nanti i check dulu
Mamat penyibuk : Kalau temperature naik, letak la kat peti sejuk


Letak kat peti sejuk yer??.. Kelakar nyerrrrrrrrr. Huhh..Rasa cam nak sepak jer. Tengok aku, sengeh-sengeh.. Hek ellleehhh..

Kereta aku still tak okay lagi weh. Tadi dah topup gas. So, esok tengok kalau jarum kat meter kurang dari 200, makanya..... ada yang bocor. Dang!! Moga-moga kereta aku okay weh.. Jangan ngada-ngada please..

Tuesday, June 29, 2010

Kedai Kopi Hai Peng, dan Durian Pahang

::ZaZa
Tuesday, June 29, 2010
Tu view perjalanan dari Kuantan ke Kemaman.
Cantik kan?
Walaupun panas terik, tapi memang tabah hadapi..
(ceh..dalam kereta walhal sejuk aircond..)
Akhirnya sampai juga Kedai Kopi Hai Peng
Hai Peng oh Hai Peng!!!!!!!

Perut penuh dengan Nasi kenduri lagi
Tapi alang-alang dah sampai kan.. Ha.. apa lagi..

Roti bakar dia terbaek ahhhh.. Lembut walaupun besar..
Ni semua homemade yo!
Kalau pappakaya ke.. Kedai kopi putih ipoh ke.. kalah wa cakap lu!
French toast dia standard. Tapi kaya dia nampak macam sedap..
Ni bukan aku yang order tapi budak sebelah kanan aku punya..
Kalih-kalih jer, dah habis dah..
Apa maknanya?
Sedapla kan??..
miahaha

Ada tapai weh..Old skool habis kan??? Ni budak sebelah kanan aku yang makan gakkk..

Kopi C Sedap

Walaupun datang kedai kopi, apa salahnya minum Nescafe Ais :P

Kopi Ais

Kopi Panas..Ouchh

Yang ni special.. Cinnamon
Bukan aku punya..Budak sebelah kiri yang order.
Bile rasa..aku cam berada dalam kedai Aunty's Anne.

Setel je Kedai Kopi..
Ada lagi mission seterusnya~


Align CenterDurian Pahang yo! Stop 2 kali masa on the way balik. Ikut jalan lama semata-mata nak cari stall durian. Yang ni memang selamber ah. Stop kat tepi stall, pastu makan kat situ jer.

Sedapnyaaaa :')

Sampai PJ, memang rasa nak demam. Dalam badan dah panas sangat. Walhal dah minum air banyak-banyak dah..

pssstt: Now, kalau ada orang ajak pegi Kuantan, aku nak pegi lagilah..haha

Friday, June 18, 2010

Mati sebab World Cup. Ouhhhh

::ZaZa
Friday, June 18, 2010
Tadi pegi tengok game Argentina lagi. Miahaha..Menang 4-1 dengan Korea yo! Camana camana?

Mamak tetibe je penuh orang.. Restoren kosong tetibe ramai pelanggan.. Kedai tutup jam 10 dah bukak sampai jam 12.30. Ni semua gara-gara bola..World Cup punya pasal...

Ada yang bawak wifey dengan anak-anak duduk tengok bola. Sampai anak-anak dah tertdo atau memekak-tak-boleh diam-lari sana sini sebab dah bosan. Ada yang jumpe kawan-kawan sebab nak tengok sama-sama. Ada yang sanggup dating kat depan tv tengok bola walhal gf benci tengok bola. Ada yang sanggup jam 9 malam dah tido sebab jam 2.30 nak bangun tengok bola. Ni semua gara-gara bola juga.World Cup punya pasal...

Oh..Tapi ni lagi dasyat. Sampai sanggup bunuh sebab nak tengok bola. Takut tak? Suami dibunuh Isteri sebab berebut channel. Ish ish..

Friday, June 11, 2010

Rapunzel

::ZaZa
Friday, June 11, 2010
Rasa nak simpan rambut panjaaaaaaang
Lepas tu pegi curl kan
Boleh ker tetibe ada keinginan sebegitu?
Fine, nanti rambut curl
Muka mesti nampak kembang
Dah la memang sedia ada kembang kan?
Boleh imagine tak?
Omg
Takpe..Tengok tahan berapa lama boleh simpan rambut
Sekarang pun rasa susah nak handle
Hari ni nak rambut panjang
Entah-entah esok pagi bile bangun nak potong pendek macam dulu
Tak payah letak dalam wish list lagi yer
Peram dulu =_="

Benci Bilang Benci

::ZaZa
Bungkam
Hati dah berdarah

Tapi dah sapu ubat

Terus baik pulih
Lebih baik dari sebelumnya



Malam ni dah start FIFA
Selamat nonton semua~

Wednesday, June 9, 2010

Garden Lifestyle Store and Cafe, One Utama, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia yang indah permai

::ZaZa
Wednesday, June 9, 2010
Pergi makan kat tempat yang penuh dengan hijau
Walaupun daun tipu plastik semua nya tapi nyaman yer suasana
Cantik macam dalam taman
Awwwwww
Ingatkan mahal giler
Sebab lawa kan..
Tapi, okay doink!
Affordable woh!
Ada set lunch yang menarik

So, pick Soup + Ice Coffee + Dory = RM18 ajewww

Sedap boleh tahan


Close up ikan dory eh


Yuk, Nanti kita ke Garden Cafe masa JJCM on Friday

 
PPG Plus One © 2009. Design by Pocket