Selamat Datang Ke Laman Blog Che Mat Dan Che CT.

Di Sini Kami Berkongsi Segala Kisah Suka Dan Duka Kehidupan Dalam Bahtera Pelayaran Kami Sebagai Suami Dan Isteri. Semoga Perkongsian Ini Dapat Memberi Manfaat Kepada Sesiapa Saja Yang Berkunjung Ke Blog Kami. Semoga Perkara Yang Baik Dapat Di Jadikan Tauladan.

Kami Juga Berharap Semoga Laman Blog Ini Juga Dapat Membuka Pintu Persahabatan Di Antara Kami Dan Semua Blogger-blogger Di Luar Sana.

Salam Sayang Untuk Semua Yang Berkunjung Ke Laman Blog Taman Syurga Abadi

Wednesday, May 11, 2011

Kad Dari Geng Rajin Di Dapur



Assalamulaikum... CT nak minak maaf pada teman2 sebab lambat nak publis Kad sempena Hari IBU dan Folower Award kelmarin. Baru hari ini CT sempat nak gantung kat blog CT ni. Terima kasih atas ingatan teman2 semua. Yang ini follower award istimewa dari Naz , terima kasih banyak ya Naz atas ingatan yang ikhlas buat Kak CT. Cantik sangat.. hati yang sentiasa segar dan merah membara :DD

Ini pula dari Yatiememeries @ Yatie. Terima kasih ya banyak2 atas ingatan sempena hari IBU. Maaf lah lambat sikit gantung, sebab kak ct cari paku dengan hammer tak jumpa2. Ini dah jumpa terus cepat2 gantung takut kena marah kang dengan cikgu Yatie... hihihi


Dan Yang ini pulak dari Mamanoor. Terima kasih ya mama walau pun baru mengenali namun kita dah mesra macam dah lama berjumpa, ct suka kaler beg ni. Mamanoor macam tau2 jer CT minat pink kaler... hihihi.

Okey dah selesai satu tugas, sok lusa nak masuk balik Dapur CT tu, sibuk sikit lah mana nak masak, nak mengemas nak bersihkan dapur macam2 kerja nak buat. Harap semua teman2 dapat menikmati resipi yang tak seberapanya Dari Dapur CT. Terima kasih diatas sokongan teman2 CT semuanya... sayang kamu. Muahhhh !!


Nukilan:

Tuesday, May 10, 2011

PERHATIAN : ANDA KENAL "AZMIR ADZHA"?..

Assalamulaikum.... Hari ni CT seakan terpanggil ke blog CMG ( Mat Gebu) untuk membaca kisah seorang ayah yang sedang sakit tenat dan teringin sangat untuk menemui anaknya sebelum terlambat. Jika ada sesiapa yang menemui atau terbaca kisah ni, silalah hubungi nama2 yang tertera di sini ya. Moga kita sama2 mendoakan semoga ayahanda yang sedang sakit tenat ni dapat bertemu dengan anaknya... Aminnnn.




Pada mereka2 yang mengenali "Azmir Adzha" seperti gambar di atas, sila ke blog "Kak chik Nurseroja" di sini.., dengan segera, ini kerana Ayahanda beliau sedang sakit tenat di Ward ICU PANTAI HOSPITAL, AMPANG....



Pada yang sudi, sila lah panjang2kan N3 ini, kita blogger merupakan satu komuniti jadi apalah salahnya saling membantu satu sama lain.... .Terima kasih pada Mat Gebu dari blog DTS


Nukilan:

Wednesday, May 4, 2011

Luangkan Sedikit Masa Kamu Bersamanya




Assalamulaikum ... Hari ni CT seakan terpanggil dengan satu entri dari Blog Mat Gebu ~DTS~ dan juga terus masuk blog Ben Ashaari. Menceritakan satu entri pelancaran FAMEkids. Dengan rasa yang amat perihatin CT memberi sokongan terhadap sokongan ini. Dan CT CnP jer dari Blog Mat Gebu terima kasih juga buat Ben Ashaari..

Nama saya Lyna, saya merupakan pemilik Scriptory Box di Puchong. Kami akan mengadakan pelancaran FAMEkids, iaitu sebuah kumpulan sokongan anak-anak istimewa (OKU). FAMEkids diasaskan oleh saya sendiri bersama seorang teman, Puan Watie yang juga mempunyai anak istimewa. Untuk pengetahuan anak saya mengalami kecacatan di kaki (kudung) dan tangan (kudung jari dan bertaut) manakala anak Puan Watie mengalami keistimewaan pada bahagian tangan (tangan tiada tulang).

Oleh itu kami merasakan tanggungjawab untuk memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa golongan OKU tidak sepatutnya dipandang sebelah mata, dan memberi sokongan kepada ibu-bapa kepada anak2 OKU. Ini memandangkan masyarakat kita masih dibelenggu mitos2 tentang kecacatan yang melanda terutama kepada bayi2 yang baru lahir. Apa yang ingin kami timbulkan ialah perasaan bahawa anak2 OKU sama saja seperti anak2 lain, mereka berhak untuk mendapat peluang yang sama seperti orang lain.


Oleh yang demikian, kami amat berbesar hati sekiranya Ben sudi untuk turun memberi sokongan kepada program ini.


Details:
tarikh : 8 Mei 2011
masa : 11am-4pm (pelancaran jam 12.30)
tempat : Wisma Bling Lustre, Tmn Meranti Jaya, Puchong

Majlis ini turut dihadiri oleh selebriti seperti Farah Deeba, Najlah Ishak, Nawar Anisah, kumpulan MIrwana, Jack Dzull dan ramai lagi.

Kami amatlah mengharapkan skongan blogger2 macam bro Ben, semoga program ni dapat sambutan. harap sangat kalau bro ben tak dapat datang pun, dapatlah letak sikit dalam blog supaya orang ramai tahu kewujudan FAMEkids ni. mana la tahu dalam ramai2 pembaca blog Ben tu ada yang memiliki anak istimewa... jadi bolehlah dia turut serta. Kalau ada blogger yang berminat , bolehlah hubungi Puan Lyna di sauberlina@gmail.com atau boleh lawati mereka di http://www.scriptorybox.com/


Nukilan:

Tuesday, March 22, 2011

HAPPY BIRTHDAY MOHAMAD AZREE


HAPPY BIRTHDAY MOHAMAD AZREE


Hari ini genaplah usia anak bujang CT 14 tahun. Semakin besar dan makin hensem pulak tu..hihihi. Agak2nya ramai tak peminat kat sekolah dia ni erk..? Hahaha... Untuk membesarkan anak kita kena banyak2 bersabar. Kerana mereka inilah penyambung warisan kita dihari tua. Anak ni umpama rezeki dan permata serta harta untuk kita. Kenalah mendidik dan menjaga mereka dengan sebaik2 mungkin. Harus kita asuh dan lentur mereka dari rebung lagi. Kena terapkan dengan didikan agama yang cukup untuk bekalan mereka dihari tua kelak. Mereka umpama sehelai kain putih yang begitu bersih dan suci sekali tika kita melahirkan mereka kedunia ini. Jadi dari situlah kita kena membentuk mereka jangan sampai ada yang tersalah dan ada yang tercela. Jika salah sedikit akan rosaklah ia. Harapan seorang MAMA buat Azree, semoga anakku ini sentiasa sihat, ceria dan dipanjangkan usia serta mendapat keberkatan dari Allah baik di dunia dan akhirat... Amin Ya-allah.



Bersama kakak Lily yang begitu penyayang pada adik2nya. Walaupun kekadang sering bergaduh, itu hanyalah sementara. Kerana dialah seorang perempuan dalam keluarga, jadi kena tunjukkan sikap yang terbaik buat adik2nya yang lain. Azree harus contohi seperti kakaknya Lily agar dia juga akan berjaya hingga kemenara gading satu hari nanti... insyaAllah.


Ini lah dia buah hati ku pengarang jantung bersama my laling CM. Jika satu hilang macam tak mencukupi jari ditangan. Masing2 akan dewasa dan akan meninggalkan kami jua akhirnya. Sikap dan keperibadian masing2 memang tak sama. Dari Lily, Azree, Amir dan Amirul memasing punya sifat yang berlainan. Semoga keakraban keluarga ini akan terus kekal sampai bila2. Menjadi anak2 yang soleha dan soleh itulah harapan kami berdua. Anak2 mama semuanya cantik dan hensem2 ya. Semoga mereka menjadi kebangaan keluarga, agama dan bangsa... InsyaAllah. Amin Ya Allah Rabbal Alamin.

Wednesday, March 9, 2011

Buku Terbaru Tun Dr Mahathir Mohamad




"Keagungan sesuatu bangsa itu ditentukan oleh kepentingan yang diberikan kepada sejarah. Sejarah merupakan suatu khazanah yang amat bernilai. Sejarah adalah gedung pengalaman"

~Tun Dr Mahathir Mohamad~

Buku terbaru dari mantan perdana menteri kita, Tun Dr Mahathir Mohamad telah selamat dilancarkan di PH Midvalley Bangsar pada 8 March 2011.

Beliau adalah antara tokoh yang CT kagumi dengan karisma Tun Dr Mahathir Mohamad dari gaya pemikiran dan juga corak kepimpinan beliau sejak Tun menjadi perdana menteri hingga lah sekarang ini. Cuma tak berkesempatan untuk pergi ke Midvalley Bangsar untuk melihat Tun dari dekat.

Untuk mendapatkan buku ini, sila pergi kekedai2 buku MPH. Memang sesuai untuk dibaca oleh semua golongan masyarakat tak kira tua atau muda.

Jangan tunggu lama2 untuk mendapatkan senaskah untuk kita baca dan hayati isi kandungan buku dari Tun Dr Mahathir Mohamad ni. Senaskah buku ni berharga RM100 dengan ketebalan 800 muka surat.

CT petik dari satu naskah "Kata pepatah Arab “Orang berfikiran sempit bercakap tentang dirinya, orang berfikiran biasa bercakap tentang sekelilingnya dan orang berfikiran luas bercakap tentang dunia".


Tuesday, March 8, 2011

HARI WANITA SEDUNIA



SELAMAT HARI WANITA BUAT SEMUA WANITA DISELURUH PELUSUK DUNIA.

Hari ni 8hb March 2011 hari untuk wanita sedunia. Mestilah rasa bangga kerana ada juga hari wanita untuk diingati setiap tahun dalam kalendar. Memang bangga sangat2 kerana dilahirkan kedunia ini menjadi seorang wanita yang disenangi dan disayangi oleh orang2 sekeliling kita.

Tapi ingin CT ucapkan terima kasih tak terhingga buat seorang WANITA bernama IBU yang sanggup menanggung kesakitaan selama 9 bulan 10 hari untuk melahirkan seorang anak yang bergelar wanita juga sekarang ini. IBU kaulah wanita yang kusanjungi setiap masa dan setiap ketika. Kau lah wanita yang berjaya mendidik anak2 mu hingga berjaya sampai dapat mendidik anak2nya hingga berjaya juga. Terima kasih IBU kaulah WANITA sejati yang harus ku sanjungi.


Monday, February 28, 2011

AL-FATIHAH..


AL-FATIHAH

Dapat berita yang menyedihkan dari keluarga di Johor Baharu. Pak cik CT telah kembali ke Rahmatullah petang tadi. Arwah meninggal di Hospital Sultanah Aminah. Alhamdulillah... kerana arwah sakit tidak terlalu lama, Allah menduga hambanya 3 hari untuk bertaruh dengan dugaan dariNYA. Pak cik CT ni adik kepada arwah bapa CT yang paling bungsu sekali. Kami sekluarga memang terlalu rapat sangat2. Semoga segala jasa baik arwah akan kami kenang sampai bila2.

Sama2 lah kita memohon dan memanjatkan doa semoga roh arwah pak cik CT ini akan dirahmati dan ditempatkan bersama orang2 yang bertakwa.... Aminnnn Ya-Allah.

AL-FATIHAH BUAT HJ SELAMAT BIN YACOB

Sesungguhnya yang hidup itu pasti akan kembali kepadaNYA. Kita yang hidup ini mestilah mengucapkan kesyukuran kerana dipanjangkan usia dan masih diberi peluang untuk memohon keampunan darinya... Aminnnn


Tuesday, February 22, 2011

"AKU-DIA-KAMU" Ingin Awet Muda



gambar kenangan bersama my laling CM semasa bercamping di Sedili

CT sekadar ingin berkongsi sahaja. Tapi memang ada lah kebenaranya. Setelah bergelar isteri kepada seorang suami. Keakraban bersama dan berkongsi kasih sayang dapat memanjangkan umur dan menambahkan 'awet muda' juga buat diri kita.

Betul juga kata pakar motivasi Dato' Dr Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.

“Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.

“Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,” katanya ketika memberi syarahan bertajuk “Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit” di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang di sini hari ini.

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah S.A.W.

Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.

“Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,” katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.

Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.

“Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,” kata Dato' Dr Fadzilah.

Lepas ini kalau nak awet muda dan panjang umur tu, selalu2 lah peluk isteri dan suami anda ya...hehehe.

Nukilan:

Friday, February 18, 2011

Kepulangan



Setiap kali nak balik bercuti dari kuliah, my girl mesti ada macam2 permintaan. 3 hari sebelum balik mesti call mama dia dulu..

Lily: .."Ma...akak nak balik minggu ni boleh..?

Mama: Ya..balik lah. Ada kawan tak nak balik nanti. Kalau sorang2 tak payah balik.

Lily: Ma...akak nak balik nanti masak sedap2 tau... hehehe.

Mama: Amboiiii.... nak makan apa?

Lily: Tekak ni macam nak makan bubur durianlah.. hehehe. Nak makan yong tau fu kat pasar malam...hehehe.

Adehhh...kalau nak balik macam2 Lily oder. Kesian lak bila dah mintak macam2 tapi tak dapat nak ditunaikan. Nak tak nak masaklah juga apa yang Lily nak makan. Sesekali balik bercuti apa salahnya, mestilah nak merasa masakkan dari air tangan mama dia kan.

Walau jauh dimata, namun tetap ingat dihati. Hanya dia seorang saja anak perempuan yang perlu dijaga. Anak perempuan ni lain sikit bila dah jauh dari ibu bapa. Kerisauan dan kebimbangan kita ni amat terasa sekali. Hanya yang dapat kita harapkan hanya memohon kepadaNYA semoga dia selamat dan dijauhkan dari pekara2 yang tidak baik berlaku... aminnn

Nukilan:

Tuesday, February 15, 2011

INDAH DAPURKU..


Salam Maulidur Rasul buat semua kaum muslimin dan muslimat.

Dah 3 hari berturut2 Che CT sibuk mengemas rumah tak habis2. Dari 3 bilik hingga lah keruang dapur dok mengemas. Kalau dah mengemas ni memang hayal dan sampai lupa waktu makan semua. Nasib baiklah tak kena gastrik. Tapi terasa sangat keletihan bila bangun tidur dah kelesuan terpancar diwajah Che CT. Sesekali bila dah mengemas, habis semua barang2 yang tersorok semuanya keluar balik. Haaa... berkarung gak lah yang kena buang barang2 yang tak pakai...hehehe.



Hari ini tak ada kemana2 Che Ct dok mengemas dapur pulak. Gambar kat atas tu bukan dapur Che CT ya. Tu Che CT pinjam dari En Google... hehehe. Memang teringin sangat nak suasana dapur macam tu. Tapi yang dah ada ni pun dah memadailah... Alhamdulillah. Kalau dikemas dan dicat balik mesti nampak cantik gak kan. InsyaAllah...akan di 'ubah suaikan' juga dapur tu nanti :))


Nukilan:

Friday, February 11, 2011

Aku 'Mengidam' Lagi..


Mesti ada yang tertanya2 ni kan, betul ke Che CT mengidam... hahaha. Ya ampun... dah pencen dah untuk membuka kilang kembali... hehehe. Kat rumah Che CT sekarang ni memang tengah musim buah2 pelam, bacang dan kuini berbuah. Haaa... lihatlah yang bergayut2 tu, yang tu bukan depan rumah Che CT. Tapi pokok kuini jiran rumah Che CT. Kat sini semua orang dah macam jemu nak makan. Kadang2 tu sampai jatuh tak ada siapa nak amik. Yang Che CT puji lah kan. Pemaju rumah ni memang bagus lah, dia tak tanam sebarang pokok. Malah dia tanam pokok buah2an kat kawasan rumah Che CT ni. Cuma pokok durian, rambutan, kedondong yang besor2 jer tak ada... hehehe.

Dari buah tu busuk terbiar macam tu saje, lebih baik hati yang murni ni tolong amik dan tolong makan. Walau pun Che CT ni bukan suka sangat makan benda2 yang masam2 ni semua. Sambil makan sambil amik angin petang di balkoni kan. Ada yang yang join tak..? Mari2 kita cecah pulak dengan kuah rojak MAK BEE atau cecah dengan lada kicap pun okey jugak :)))


Nukilan:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More