Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Wednesday, July 3, 2013

Phnom Penh Part 7 - Pol Pot of Khmer Rouge



Kalau tak pasal Pol Pot ni..
Agaknya Cambodia maju setanding Malaysia kot..
Ikutkan sejarah..
Cambodia ni merdeka awal 4 tahun dari Malaysia..
Depa merdeka 1953..

Pol Pot meninggalkan kesan hitam.. ngeri.. sadis pada rakyat Kemboja..

Bila dengar tourist guide kitaorang citer pasal Pol Pot ni..
Rasa cam dia ni ada masalah otak..
Kejam yang bukan-bukan..

Ada orang dalam dunia ni tak suka katak..
Ada tak suka harimau..
Ada tak suka buah durian..

Tapi..

Dia ni TAK SUKA ORANG!!


Bila dapat menggulingkan kerajaan Cambodia..
Dia terus jadi Perdana Menteri Cambodia..
Perkara awal yang dia buat ialah menghalau semua penduduk Phnom Penh..
Pergi ke kampung-kampung..

Di sana mereka dipaksa jadi petani..

Lepas tu.. beratus-ratus ribu di tangkap dah di hantar ke pusat tahanan..
Bila dah  masuk pusat tu..
Takde jalan keluar dah..
Pasti mati..

Yang mati tu bukan kira agama apa.. bangsa apa..
Dia tak peduli..
Nak2 golongan cerdik pandai dan yang kerja dengan kerajaan..
Bangsa asing.. habis semua dia hapuskan..

Ulama pun banyak yang mati..
Dalam fahaman komunis.. tiada agama dibenarkan..

Cakap bahasa lain pun tak boleh..
Apatah lagi nak sembahyang.. pakai tudung.. pakai serban..
Kalau askar dia jumpa.. memang mati..

Islam Cham dipaksa makan babi..
Sebagai tanda kesetiaan kepada Pol Pot..
Kalau tak makan.. mati..

Semua orang mesti pakai baju sama..
Pesen yang sama..
Potongan rambut yang sama..


Gambar mangsa2 kekejaman Pol Pot..
Lama pulak tu dia dapat jadi Perdana Menteri..
Dari 75 smpi 79..

Selama itu.. takde lansung kenangan manis untuk di kenang..
Semua kenangan sadis.. kejam.. ngeri..

"cut the grass must dig the root also"

Kalau dalam satu keluarga tu..
Katalah ayahnya dulu seorang guru sekolah kerajaan..
Ayahnya dibunuh.. maka seluruh keluarga cikgu tersebut..
Mak.. ayah.. anak2.. isteri.. adik beradik..
Semua akan dibunuh.. gilos!!


"Kill wrongly better than release wrongly"

Ni satu lagi motto gile si Pol Pot ni..

Dalam pusat tahanan..
Semua yang ditahan akan di tanya soalan yang sama..
Adakah anda Agen KGB?

Jawab Ya pun MATI
Jawab Tidak pun MATI
Tak jawab pun MATI

Dah tu kalau nak bunuh  tu..
Bunuh jelah..
Ni dia suh askar2 seksa dulu semua tahananan..

Ada yang dicabut kuku.. cabut gigi..
Ada satu gambar tu.. tak sanggup aku nak snap tepek kat sini..
Askar dia tengah kepit puting breast dengan playar smpi tercabut..

Emo tau bila fikirkan pasal Pol Pot lahanat jahanam nih..


Tahun 1978.. Vietnam masuk tawan Kemboja..
Pol Pot lari ke kem dalam hutan di sempadan Thai-Kemboja..
Ada yang kata dia mati sakit dalam semasa tidur..
Ada yang kata dia mati diracun..

Org-org penting masa pemerintahan dia..
Ramai yang hidup lagi..
Dan dibicarakan kerana melakukan jenayah perang...
Kesemua mereka dihukum penjara seumur hidup..
.
.
.

Tuesday, May 14, 2013

International Submarine Cable Down...











Submarine Cable Down..
Nasib baik aku pernah melawat Stesen Kabel Dasar Laut..
So, aku paham ler bila BIL aku habaq..
Apa masalah Streamyx ni skang..

Gambar kat atas tu..
Jaringan2 fiber merentasi negara dan benua..
Melalui kabel dasar laut..
Jalan paling mudah..
Sebab dunia ni mmg dikelilingi laut..

Malaysia guna Submarine Cable System SEA-ME-WE 4 (SMW4)..
Panjang kabel ni lebih kurang 20000 km..
Merentasi timur dan barat menghubungkan 14 negara..
Dengan 16 stesen... ini termasuk Stesen Kabel Dasar Laut Cherating..
 
 




Lebih kurang keterangannya cam gambar di atas..
Dari stesen kabel.. ke bahagian yg tak berapa dalam..
Kabel akan ditanam dalam laut..
Ini untuk elakkan kabel putus akibat enjin kapal..
Sauh ke.. terlanggar ke..

Bila masuk laut dalam..
Tak tanam dah.. lempor gitu je kat dasar laut..

Ikan jaws tu.. Selain dari makan orang..
Kadang2 datang angin sewel dia..
Kabel tu dia langgar smpi putus atau rosak..


Kalau berlaku kerosakkan..
Bukannya boleh pergi ambil peralatan menyelam..
Dah tu terus menyelam..

Ada syarikat konsortium yang akan membaiki kerosakkan tersebut..

Kalau berlaku dekat dengan pantai..
Masa diambil tidaklah begitu lama..
Dah tu kos pun takde laa mahal sangat..


Namun.. jika berlaku di dasar laut dalam..
Masa agak lama..
Dah tu kos mampus punya tinggi..
Kena guna kapal laut.. dengan penyelam..

1 kabel rosak..
Lebih kurang kos membaiki 1-2 juta..
Bukan rupiah... bukan ringgit..
Tapi 1-2 juta USD..


Kalau rosak sikit..
Depa baiki teruslah kat situ..
Tapi selalunya.. kabel yang rosak tersebut..
Akan di bawa naik ke kapal..
Dan akan dibaiki di situ juga..
Lepas tu buh balik dalam laut..


Masa membaiki..
Paling cepat 1 minggu..
Paling lama 3-4 minggu..

Cam skang ni..
Masalah Streamyx dah masuk minggu ke-4..
Parah ler tu kot rosaknya..

Dalam masa ini.. additional routes akan digunakan..
Maksudnya internet ada.. tapi kurang laju..

Maka.. sebelum depa restore balik kepada kelajuan asal..
Kita pengguna ni akan terasa sebal ler dengan kelembapan talian..



Menatang ni aku tak tau nama apa..
Repeater ke.. Splitter ke.. Amplifier ke..
Nak tau.. tanya yang arif..

Namun..
Yang menjadi ketidakpuasan hati aku sebagai customer..
Loyal customer lak tu..
10 tahun dah menjadi pelanggan Streamyx..
Tak masuk lagi 5-6 tahun melanggan dial-up masa jd student..

Apalah salahnya..
TM anta emel ke.. reminder ke..
Buat pencerahan mengenai masalah yang melanda skang ni..
Bukan ke setiap pemilik streamyx..
Ada emel yang @streamyx.com tu..

HATI PELANGGAN PERLU DIJAGA :)
.
.
.


Sunday, September 30, 2012

Terapi Kak Raw - Part I



Sebenarnya..
Rawatan Terapi Kak Raw ni..
Sangat terkenal di kalangan ibu bapa yang ada anak istimewa..
Seperti Cerebral Palsy, Autistic dan Down Syndrom..
Selain itu.. ada jugak parent yang bawa untuk kes2 lain..
Cam lambat bercakap, migrain, minta air untuk anak periksa pun boleh..

Kalau di google TERAPI KAK RAW..
Boleh jumpa banyak blogger..
Yang kongsi pengalaman berikhtiar dengan Kak Raw..
Setakat ni semua memberikan ulasan yang baik-baik..


Boleh LIKE page Terapi Kak Raw..
Untuk yang berminat nak tau kaedah rawatan yang digunakan..
Takde jampi serapah..
Takde pengeras bukan-bukan..
Yang penting bawak bandage dengan krim Nivea je..
Kalau tak bawak, kat sana pun boleh beli..

Yuran pendaftaran dan rawatan..
RM2 sahaja..
Bayaran untuk rawatan.. seikhlas hati..

Nanti aku sambung lagi bagi info pasal Kak Raw..
Khaleef pun akan ada banyak lagi sesi dengan dia..
Apsal Khaleef menjalani rawatan?

Pun.. nanti laa aku ceritakan :)
.
.
.

Wednesday, June 13, 2012

FATSECRET


Oleh kerana Atkins ni melibatkan pengiraan karbohidrat..
Maka aku gunakan http://www.fatsecret.com

Pastu dekat ruangan SEARCH tu..
Masuk laa apa2 makanan yg korang nak tau komposisi nyer..
Kalau tak tau benda tu dlm english apa..
Pi guna google translate tu..

Semalam aku cari peria..
Rupanya peria tu = bitter melon..
Hasilnya tidak buleh dimakan :)


Ni contoh..
Aku cari tomato..
Sebab aku sangkakan tomato ni buleh utk atkiners..

Senarai tu..
Adalah pilihan2 jenis tomato..
Ada cherry tomato.. canned tomato.. tomato sauce..

Pilih yang mana anda nak tahu..


Part ni aku paling suka..
Sebab komposisi makanan dia buh gaya Nutrition Facts..
Senang nak baca.. senang nak paham..

Rupanya sebiji tomato saiz medium..
Carbs di dalamnya = 4.82g..

Nehi nehi dah pasni..
So, semlm ala2 failed la juga sbb aku makan sebiji tomato..

Dan.. satu lagi salah besar aku buat..

Iaitu makan kuah tomyam ayam semlm sampai habis..
Ingatkan kuah makanan beli kat kedai je tak boleh..
Rupanya kuah masakan sendiri pun tak boleh

NAMUN..

Oleh kerana pengambilan carbs Atkin = 20g sehari..

Masih ada ampun ler kot.. harap2 tak terlebih

Anyway, sambung terus diary diet kat sini..

14/06/2012 - Khamis

Berat terkini = 125.4 kg

Turun 300g sahaja dari semlm :)

Pengambilan air semlm = 6L

Menu hari ini

Sarapan - Telur dadar 3 biji
Lunch - 6 ketul kecik ayam reneh (tanpa kuah) + ikan goreng sekor
Dinner - Telur scramble 2 biji + salad + mayonis 1 sudu kecil


.
.
.

Tuesday, May 22, 2012

Comelnya Yang Amat Mulia Raja Azlan Muzaffar Shah


Yang lelaki adalah putera sulung Raja Nazrin Shah 
Raja Azlan Muzaffar Shah yang berusia 4 tahun 
Yang kecil tu adalah Raja Nazira Safya yang baru berusia 10 bulan


Ini bila jadi sultan nanti..
Memang jadi yang terhensem di Malaysia..



Ingatkan sorang je anak Raja Nazrin..
Rupanya dah sepasang..

Nampak bahagia sangat :)

.
.
.

Tuesday, December 14, 2010

Zat Besi..

Ni info untuk ibu-ibu yang berada di bulan2 terakhir..

Baby dalam perut aku sudah berada dalam keadaan kepala bawah..
Tapi kadang2 dia memusing jugak..
Mungkin sbb dia kecik... tapi perut sangat luas dan besor :))
Pepaham sndr laa Mami dia saiz camne pulak..

Perkara penting di minggu-minggu akhir ni..
Ialah menjaga kepekatan HB darah..
Selain nanti masalah tumpah darah..
Bekalan hemoglobin pada bayi juga sangat penting..
Takut nanti baby kuar-kuar dah kena anemia..

So, ZAT BESI harus dipertingkatkan..

Pil yang klinik gomen bagi sebeban tu..
Sila makan..

Tapi aku lak tak suka makan itu pil-pil sumer..
Aku lebih suka wat replacement dengan makanan..

Lagipun makanan yang kaya zat besi ni senang-senang je..
Tak payah nak masuk hutan belantara cari rusa ke.. kijang ke..

Antara makanan yang kaya zat besi

1- Daging lembu, hati,
2- Makanan laut dan ikan berminyak spt salmon, tuna dan sardin
3- Sayur-sayuran berdaun hijau
4- Buah-buahan kering (BUKAN JERUK HOKAY)
5- Kekacang
6- Roti, pasta dan nasi

Vitamin C pulak akan menggalakkan penyerapan Zat Besi..
Tapi cam aku ni ada high BP..
Kena beragak-agak juga nak makan tu..
Hari tu terlebih makan daging lembu..
Seharian pening berputar-putar alam semesta..
.
.
.

Wednesday, November 24, 2010

Itu sangat menakutkan...

Tadi aku habaq ler nurse..
Yang bila aku stop makan itu Labetalol..
Sakit kepala aku hilang..

Dia pun terus citer kat aku satu kisah..

Awal tahun ni..
Ada seorang ibu mengandung yg telah mengabaikan arahan makan Labetalol..
Dah laa tak makan..
Turut mengabaikan jugak arahan check BP biweekly..
Lagi mengabaikan jugak date-date utk check-up..

Sampai laa hari dia pecah ketuban..
Anto ler ke satu spital ni (nama dirahsiakan sbb belum bicara mahkamah)
Tengah-tengah tunggu nak beranak ni..
Tiba-tiba dia diserang sawan..
Masa ni ler baru doktor tahu dia ada masalah BP yang kronik..

Baby dia selamat dikeluarkan..
Tapi ibu baby telah mengalami kerosakkan otak yang serius..
Seluruh badan lumpuh.. Lidah tidak boleh masuk ke dalam mulut..

Si suami telah menyaman hospital tersebut RM1 juta ringgit..

Belum ada keputusan..
Sebab belum dibicarakan..

So, di sini.. siapa salah?

So.. Zalia Hezlin..
Sila makan Labetalol anda mengikut masa yang ditetapkan..
8 pagi - 4.00 ptg - 12.00 tgh malam
.
.
.

Monday, November 1, 2010

Cendawan Busut...

Ingatkan sumer tau cendawan ni..
Camni ler rupa dia..
Yang kembang tu dah tua..
Yang kuncup tu muda...

Yang laki aku beli hari tu...
Lebih kurang banyak ni laaaaa...
RM8.00 je pun..

Cendawan ni muncul bila musim panas..
Pastu tetiba musim hujan..
Gi ler masuk kebun getah ke..
Kebun kelapa sawit ke..
Mesti jumpa..

Batang dia mmg panjang..
Kalau tak pandai tarik.. putus jadi pendek laaa..
Sebab kat bumi ni mmg pendek je nampak..

Kalau aku..
Batang tu laa aku paling suka..
Manis cendawan tu sumer simpan kat batang dia...

Camni ler habitat dia..

Antara masakan-masakan yang selalu dibuat orang

1- Sup cendawan
2- Goreng lada hitam
3- Masak lemak kuning
4- Goreng bawang putih

Rasa cendawan ni lebih kenyal dari cendawan tiram..
Lebih lambat rosak..

Tapi tu ler..
Kalau nak masak..
Kena buang dulu kulit2 halus di permukaan cendawan tu..
Ala2 cam kopek bawang jugak..
Kulit tu pun senipis kulit bawang je..
.
.
.

Tuesday, April 6, 2010

Sepupu aku pun nak kongsi jugak....

Ketahui laa...
Masalah kegemukkan dalam family kitaorang ni..
Bukan sebab kami-kami ni suka sangat makan banyak..
Tapi memang keturunan berbadan dan berangka besar..

Ok ni sepupu aku lak nak kongsi info dgn kita semua..
Dulu dia bab bab gak..
Skang dah slim river..

(NI DARI PETIKAN SEBENAR.. AKU TAK EDIT CUMA STRIKE SHJ)

aku baca gak komen orang dalam blog ko tu...
dari ayatnya macam bagus..
Sekali pun gemuk macam kita.
Dia mmg kurus ler..
Tapi yang pastinya kita cute dan berhati baik kan long..


Aku nak kongsi menu2 masa aku kurus kurus fasa 1 & kedua dulu long
(fasa 1 jean 42 - 36, fasa 2 36 - 33 ) la ni 34 yer... Bolehlah..
Aku rasa masa keje adalah time yang paling senang nak control makan..

kata doktor kita kena makan 5x sehari tapi dalam kuantiti yang sedikit...
sarapan pagi - aku makan quaker oat
( 6 sudu besar + 1 sudu kecik milo dan susu pekat manis
aku x leh pakai susu tepung.. muntah ..

pastu oat tu ada bau yang aku tak suka.. jadinya pakai milo no smell...)

Lepas tu dalam kul 10 aku akan makan roti whole meal tu 2 keping
(seriously memang tak lalu tapi aku buat kudap2 jer.. cubit sikit2... )

Tengahari lauk aku ikan goreng atau bakar cicah air asam
+ sayur2an dan ulaman yang bnyk
Smpai bf aku kata macam kambing.. lepas tu buah jugak.

Dalam kul 3 tu aku kunyah epal ker oren ker atau jambu..
(jambu dan epal hijau sgt bagus utuk lawas dan cuci buah pinggang )

Malam sebelum kul 8 aku akan buat milo+ nestum...
Kalau lapar aku cicah sekeping roti jer...
Minum air kosong 1 gelas sebelum makan bagus gak long..
Jadiknya perut kita dah full makannya sikit jer...

Dulu hari2 ni lah menu aku... waktu keje..
Bila sabtu ahad aku maintain benda yang sama
Tapi tengahari tukar..

Buat Tomyam Putih -
senang jer.. jerang air dalam periuk 9
Ikut suka bnyak mana,
Potong bawang besar, bwg putih, cili api sesuka hati, serai, daun limau purut..
Boil sampai mengelegak...
Pastu masukkan dada ayam... karet.. jagung muda.. brocoli..
Last sekali seblum tutup apa perahkan limau nipis ikut suka nak masam mcm mana...

Selain tu kerabu suhun pun menarik gak..
Celur suhun.. rebus dada ayam potong kecik..
Hiris cili api, bawang.. serai... daun limau purut..
kacang panjang ( terpulang nak taruk sayur apa)
gaul sume sebati perah lair limau..


OK ITU NASIHAT DARI DIA...

Tomyam putih tu cam menarik hati aku ler..
Still no salt, no pak aji, no sugar..
Menepati citarasa 3DFC..

Pendapat dan info sangat dialu-alukan..
Tapi tolong wat research dulu kat blog ni kalau rajin..
Jangan komen melulu berpandukan 1-2 post...
Kalau salah fakta dan tuduhan tidak tepat..
Hati akak terluka hokay :)
Perempuan-perempuan GEMUK yang lain pun terasa hati sama..
Maklum laaa hati wanita serba kekurangan berlebihan sensentap sket :)
.
.
.

Tuesday, February 23, 2010

APA ITU DETOX






Pada yang masih blur-blur.. Ini ler penjelasan aku..
Sapa yang nak tambah.. leh masuk bhgn komen..
Sama-sama kita kongsi ilmu..

Detox ni sepaham aku ialah untuk menyingkirkan toksik yg terkumpul dalam badan..

Penting ke ?

Yelah penting.. sbb toksik2 yg terkumpul ni..
Kalau dibiarkan metabolisme badan menjadi kurang..
Tubuh susah nak serap nutrien makanan..
Menjadikan isyarat untuk dapatkan LEBIH MAKANAN dihantar ke otak..

Tubuh akan menjadi lemah..
Menyimpan air..
Dan menyumbang kepada penambahan berat badan

Untuk detox.. kena tinggalkan makanan yang mengandungi agen toksik
Spt gula, garam, perisa, makanan berminyak, makanan berat (nasi, mee etc)


Jika boleh, JANGAN MAKAN MAKANAN BERMASAK..
Kira makanan mentah seperti sayur dan buah + air kosong..

Oleh itu.. detox menjadikan organ2 dalaman bersih semula..

Ada orang detox guna cleanser yang siap jual kat farmasi..
Ada yang 3 hari.. 7 hari.. 30 hari..

Kalau takmo pakai ubat.. leh pakai air + perahan lemon..
Tapi berat mungkin laa tak banyak sangat turun cam pakai ubat..
Pastu kalau kena perut tak tahan.. mmg ke toilet jelah..


Mariah Carey & Beyonce mengamalkan Lemon Detox Diet..
Mmg minum perahan lemon je semata-mata..
Tapi nnt ada ler kesan2 pada badan..

Kesan sampingan Detox..
Ni maybe pada permulaan sahaja..
Tu sebab aku ngn beberapa orang lagi wat pre-detox terlebih dahulu

1- Lapar melampau
2- Penat dan letih
3- Moody
4- Respon lambat
5- Pening-pening..

TAPI.. NAK KURUS TAK ?!!!
.
.
.