Saturday, October 31, 2009

HOWTO : Backing up your blog



Kadang2 aku terfikir sejauh mana free services yang ditawarkan oleh blogspot ni boleh bertahan.. walaupun aku mula berkecimpung dalam blogging sejak 2002.. sampai sekarang aku tak pernah terfikir untuk backup segala contents dalam blog aku. Serius beb baru aku terfikir pasal ni.. even blogspot pun tak penah sediakan facilities untuk backup blog contents. Apa akan jadi bila blogspot.com down atau segala contents blog korang hilang macam tu saja.. sapa harus dipersalahkan.. even blogspot sendiri tak bertanggungjawab atas segala contents korang.

Sebab tu ramai yang prefer pakai webhosting sendiri sebab mereka in control ke atas segala contents2.. even kita sendiri boleh backup segala contents sendiri.. jika sesuatu terjadi pada blog kita, kita dapat restore balik segala contents yang telah dibackup. Serius beb cuba fikirkan berbagai2 article korang yang penat2 korang tulis karang.. lesap macam tu saja.. confirm lepas tu dah takder semangat dah nak blogging balik.


So macam mana kita nak backup segala kandungan blog kita. So dalam guide ni aku menggunakan applikasi Opensource httrack. Anda boleh download di sini http://httrack.com/

Apa itu httrack ?

httrack adalah sejenis applikasi Opensource yang membolehkan kita mendownload keseluruhan website atau blog ke dalam local directory anda. Ia juga turut memuat turun segala image, html dan segala kandungan sesuatu blog atau website. Jadi kita seolah2 mempunyai salinan blog atau website yang sama yang dapat disimpan dalam dalam pc kita. Kita juga dapat melayari/surf blog atau website melalui folder yang telah dibackup di dalam pc kita seolah2 kita melayarinya secara online.

1. Selepas anda sudah mendownload HTTrack installation file, click dua kali untuk setup applikasi dalam computer anda. Bila setup dah complete, Click next untuk start download website/blog anda




2. Create Project name baru dan setkan folder mana dan lokasi mana blog/site anda akan di download.




3. Click Add URL dan masukkan nama website/blog anda dan seterusnya click Next




4. Biarkan segala setting as default dan click finish




5. Anda dapat melihat progress httrack yang sedang mendownload segala kandungan blog/site anda




Apabila download sudah complete, anda boleh :


1. Check error log file. Kita cek log file tengok samada error sewaktu mendownload site tadi. Untuk segala maklumat bagaimana untuk troubleshoot, sila ke website HTTrack bahagian FAQ.

2. Anda boleh melihat sendiri website yang telah di download/copy ke dalam PC anda

3. Click finish untuk keluar dari HTTrack




Website anda telah di download ke dalam satu folder dengan susunan sub2 folder. Sekarang anda boleh melihat keseluruhan site anda secara offline dengan membuka folder www.rezdrake.blogspot.com sebagai contoh dan click index. Sekarang anda tak perlu lagi menunggu segala gambar2 yang perlu di load.. :) . Selamat membelek entry2 lama anda..



So apa tunggu lagi.. selamat mencuba.. ingat jangan lupa backup blog anda.. malang tak berbau.. cuma kentut jer berbau...




nota kaki : Harap maaf andai bahasa terjemahan IT dalam artikel ini agak gampang sedikit kerana penulis malas untuk menterjemahkan segala bahasa IT ke dalam bahasa melayu.. sebarang pertanyaan boleh diajukan pada penulis. Sebarang surat menyurat tidak akan dilayan.. keputusan adalah muktamad..





Mensyukuri Nikmat Allah






Pagi ni.. aku berteduh di bawah sebuah Stesen Minyak.. hmm Hujan pagi ni.. sejuk tak terkata.. liat aku bangun pagi ni.. aku bangun seawal pagi kerana perlu bertugas banyak change request yang perlu aku approved dan grant. Waktu aku di Stesen minyak aku ternampak sesuatu yang membuatkan aku sedar dan insaf membuatkan aku lebih bersyukur dengan apa yang aku dapat.



Sekujur tubuh hamba Allah yang mengigil kesejukan tidur di kaki lima stesen minyak.Aku hanya mampu mengelengkan kepala.. berair kejap mata aku.. mengenangkan macam mana hidup dia cukup kah makan dia.. mujur ada selimut untuk menutupi badan yang kesejukan.. tapi hanya tuhan saja yang tahu lapar ke tidak dia ntah cukup ke makan atau tidak.. bertarung dengan hidup hari demi hari. Aku selitkan sedikit duit buat makan di tepi kepala dia. Kesian aku tengok dia mengigil sejuk. Dia tidur dalam keadaan tak selesa.. di lapik dengan lantai yang keras.. dan kotor dengan kain selimut yang nipis.. berbantalkan plastik untuk melindungi kepala.

Kita pulak.. di rumah, tido di atas katil yang empuk.. yang selesa berdengkur2 pagi punya sedapnya tido hingga Solat Subuh pun tidak.. berbantalkan bantal dan fabriknya yang lembut dan gebu.. ditambah pulak dengan bantai peluk di celah kangkang.. perghh enaknya kita tido... berlindung di bawah bumbung jauh dari bunyi bunyian yang bising2.

Itu pun kadang2 kita masih mengeluh lagi tempat kita tak selesa.. tilam tak gebu.. tak boleh tido. Fikir sejenak.. dalam keselesaan kita tidur.. ada yang lebih susah dari kita.. yang sengsara..

Kita patut bersyukur pada Allah kerana memurahkan rezeki pada kita.. dikurniakan kerja yang baik.. dikurniakan kesihatan yang baik, dikurniakan tempat tinggal yang selesa.


Ya Allah murahkan laa rezeki dia.. peliharalah dia.. amin




Friday, October 30, 2009

Tazkirah Jumaat : UJI MINDA





Soalan-soalan yg confirm boleh dijawab....


Soalan 1 :Siapakah Juara Akademi Fantasia musim pertama?

Soalan 2 : Siapakah artis perempuan Hollywood yang menyanyikan lagu "Beautiful Liar"?

Soalan 3 : Siapakah RAJA SMS MALAYSIA?

Soalan 4 : Berikan satu judul lagu terbaru Anuar Zain?

Soalan 5 : Siapakah hos untuk rancangan Melodi terbitan TV3?

Soalan 6 : Apakah nama kumpulan RAP yang terdiri dari 3 orang adik beradik yang terkenal di Malaysia?

Soalan 7: Siapakah yang menyanyikan lagu "Gemilang"?

Soalan 8 : Siapakah nama isteri Beckham?

Soalan 9 : Siapakah nama laki Siti Nurhaliza?

Soalan 10 : Siapakah penyanyi lagu "Aduhai Saleha"?




Bagaimana pulak dengan soalan2 di bawah ini.... Berapa banyak pula kita dan geng2 boleh jawab ?


Soalan 1: Surah manakah yang jumlah kalimatnya sama dengan seluruh jumlah surah Al-Qur'an?
Jawab: Surah at-Takwir.

Soalan 2: Surah manakah yang dikenal dengan sebutan "jantung" Al-Qur'an?
Jawab: Surah Yasin.

Soalan 3: Surah manakah yang dikenal dengan silsilah nasab Allah SWT?
Jawab: Surah al-Ikhlash.

Soalan 4: Berapakah jumlah surah Al-Qur'an yang memiliki ayat sajdah wajib?
Jawab: Empar surah (as-Sajdah, Fushshilat, an-Najm dan al-'Alaq)

Soalan 5: Surah manakah yang dikenal sebagai surah Imam Husain as?
Jawab: Surah al-Fajr.

Soalan 6: Surah manakah yang memiliki nama yang sama dengan salah satu nama sungai di Iran?
Jawab: Surah an-Nur.

Soalan 7: Berapa surah yang dimulai dengan ungkapan alhamdulillâh?
Jawab: Lima surah (al-Fatihah, al-An'am, al-Kahfi, Saba' dan Fathir).

Soalan 8: Surah Al-Qur'an manakah yang memiliki sepuluh nama?
Jawab: Surah al-Fatihah.

Soalan 9: Siapakah orang pertama yang menulis ilmu Tajwid?
Jawab: Abu 'Ubaid Qasim bin Salam.

Soalan 10: Siapakah orang pertama yang telah menerjemahkan Al-Qur'an ke dalam bahasa Persia pada masa Rasulullah saw?
Jawab: Salman al-Farisi.

Soalan 11: Siapakah orang pertama yang meletakkan titik di dalam Al-Qur'an?
Jawab: Abul Aswad ad-Du`ali.

Soalan 12: Dalam ayat manakah kalimat Allah diulangi sebanyak enam kali?
Jawab: Surah al-Baqarah ayat 283.

Soalan 13: Di dalam ayat manakah tata cara berwudhu dijelaskan?
Jawab: Surah al-Maidah ayat 6.

Soalan 14: Di dalam surah manakah shalat lima waktu disebutkan?
Jawab: Surah al-Isra' ayat 78.

Soalan 15: Di dalam surah manakah masalah wilayah disebutkan?
Jawab: Surah an-Nisa'.

Soalan 16: Surah manakah berakhiran dengan huruf ra'?
Jawab: Surah al-Kautsar.

Soalan 17: Surah manakah yang berhubungan dengan Imam Ali as?
Jawab: Surah al-'Adiyat.

Soalan 18: Dalam kurun waktu berapa tahunkah surah-surah Madaniah diturunkan?
Jawab: Sepuluh tahun.

Soalan 19: Siapakah dua figur wanita di dalam Al-Qur'an yang telah banyak mendapatkan sanjungan Ilahi?
Jawab: Siti Maryam dan Siti Asiyah, istri Fir'aun.

Soalan 20: Surah Al-Qur'an manakah yang memiliki arti "wanita yang teruji"?
Jawab: Surah al-Mumtahanah.

Soalan 21: Siapakah dua orang wanita yang telah dicela oleh Al-Qur'an?
Jawab: Istri Nabi Luth as dan istri Nabi Nuh as.

Soalan 22: Siapakah wanita yang telah mendapatkan julukan "ath-Thayibah" (wanita yang berbudi baik) di dalam Al-Qur'an?
Jawab: Siti Maryam.

Soalan 23: Surah apakah yang terakhir diturunkan kepada Rasulullah saw?
Jawab: Surah al-Maidah ayat 3.

Soalan 24: Berapa huruf, kalimat dam ayat yang dimiliki oleh ayat terakhir Al-Qur'an?
Jawab: 79 huruf, 20 kalimat dan 6 ayat.

Soalan 25: Surah manakah yang terakhir diturunkan di Madinah?
Jawab: Surah al-Maidah.

Soalan 26: Surah manakah yang diturunkan terakhir secara keseluruhan?
Jawab: Surah al-Ikhlash.

Soalan 27: Surah manakah yang terakhir diturunkan di Makkah?
Jawab: Surah ar-Rum.

Soalan 28: Di surah manakah terdapat ayat hijab?
Jawab: Surah an-Nur ayat 31.

Soalan 29: Ayat alhamdulillâh Robbil-'âlamîn disebutkan dalam berapa surah?
Jawab: Enam Surah (al-Fatihah, ash-Shafaat, al-Mukmin, az-Zumar, Yunus dan al-An'am)

Soalan 30: Di dalam surah manakah disebutkan lima macam makanan?
Jawab: Surah al-Baqarah ayat 61.

Soalan 31: Di dalam surah apakah Allah membicarakan mengenai diri-Nya?
Jawab: Surah al-Baqarah ayat 186.

Soalan 32: Dalam berapa ayat Al-Qur'an Rasulullah saw disebutkan?
Jawab: Dalam 305 ayat.

Soalan 33: Di dalam ayat manakah nama kelima nabi 'Ulul Azmi disebutkan?
Jawab: Surah al-Ahzab ayat 7.

Soalan 34: Berapakah jumlah surah Al-Qur'an yang memiliki nama para nabi as?
Jawab: 6 surah (Muhammas, Ibrahim, Nuh, Hud, Yunus dan Yusuf).

Soalan 35: Di dalam Al-Qur'an berapakah nabi yang disebut sebagai suri teladan yang baik?
Jawab: Dua nabi, yaitu Nabi Ibrahim as dan Nabi Muhammad saw.

Soalan 36: Surah-surah apakah yang dinisbatkan kepada Rasulullah saw?
Jawab: Surah Thaha, Yasin, al-Muzzammil dan al-Muddatstsir.

Soalan 37: Terdapat di dalam surah manakah Kisah Nabi Sulaiman dan Ratu Belqis?
Jawab: Surah Saba'.

Soalan 39: Surah apakah yang pertama kali diturunkan?
Jawab: Surah al-'Alaq.

Soalan 40: Berapakah ayat dan kalimat yang dimiliki oleh surah Al-Qur'an yang pertama kali diturunkan?
Jawab: 7 ayat dan 29 kalimat.

Soalan 41: Surah manakah yang pertama kali diterjemahkan ke dalam bahasa Persia?
Jawab: Surah al-Fatihah.

Soalan 42: Surah apakah yang pertama kali turun di Madinah?
Jawab: Surah al-Muthaffifin.

Soalan 43: Terdapat di dalam manakah doa pertama Al-Qur'an?
Jawab: Surah al-Baqarah ayat 126.

Soalan 44: Ayat apakah yang dibaca oleh kepala terpenggal Imam Husain as di kota Syam?
Jawab: Surah al-Kahfi ayat 9.

Soalan 45: Berapa surahkah di dalam Al-Qur'an yang memiliki ayat sajdah?
Jawab: 4 surah..

Soalan 46: Berapakah kalikah nama Rasulullah saw disebutkan di dalam Al-Qur'an?
Jawab: 5 kali; 1 kali Ahmad dan 4 kali Muhammad.

Soalan 47: Nama nabi manakah yang lebih sering disebutkan di dalam Al-Qur'an?
Jawab: Nabi Musa as.

Soalan 48: Kisah Al-Qur'an manakah yang mendapatkan julukan Ahsan al-Qashsash (Kisah Terbaik)?
Jawab: Kisah Nabi Yusuf as.

Soalan 49: Terdapat di dalam surah manakah kisah Isra' dan Mi'raj Rasulullah saw?
Jawab: Surah al-Isra'

Soalan 50: Siapakah satu-satunya wanita yang disebutkan namanya di dalam Al-Qur'an?
Jawab: Siti Maryam.

Soalan 51: Surah manakah yang kaum wanita disarankan untuk banyak membacanya?
Jawab: Surah an-Nur.

Soalan 52: Surah manakah yang turun berkenaan dengan Sayidah Fatimah az-Zahra as?
Jawab: Surah al-Kautsar.

Soalan 53: Nama surah manakah yang berarti "kaum wanita"?
Jawab: Surah an-Nisa'.

Soalan 54: Berapakah jumlah surah Al-Qur'an yang memiliki nama binatang?
Jawab: 5 surah, yaitu an-Nahl, al-'Ankabut, an-Naml, al-Baqarah dan al-Fil.

Soalan 55: Burung apakah yang telah memusnahkan pasukan Abrahah?
Jawab: Burung Ababil.

Soalan 56: Binatang apakah yang telah membinasakan Raja Namrud?
Jawab: Nyamuk.

Soalan 57: Binatang apakah yang pernah mendapatkan wahyu?
Jawab: Lebah (an-Nahl ayat 68).

Soalan 58: Siapakah orang-orang yang telah mengumplkan Al-Qur'an pada zaman Rasulullah saw?
Jawab: Imam Ali as, Mu'adz bin Jabal, Zaid bin Tsabit, Ubai bin Ka'b dan Abu Zaid Zaid bin Nu'man.

Soalan 59: Siapakah orang pertama yang mengarang tafsir Al-Qur'an?
Jawab: Sa'id bin Jubair.

Soalan 60: Siapakah orang pertama yang mengumpulkan Al-Qur'an?
Jawab: Imam Ali as.

Soalan 61: Apakah minuman terbaik yang disebutkan oleh Al-Qur'an?
Jawab: Air susu.

Soalan 62: Apakah binatang terkecil yang disebutkan di dalam Al-Qur'an?
Jawab: Nyamuk.

Soalan 63: Apakah malam terbaik menurut pandangan Al-Qur'an?
Jawab: Malam Lailatul Qadr.

Soalan 64: Apakah cara terbaik untuk membaca Al-Qur'an?
Jawab: Tartil.

Soalan 65: Apakah kitab-kitab samawi yang diturunkan pada bulan Ramadhan?
Jawab: Al-Qur'an, Injil, Taurat, Zabur dan Shuhuf.

Soalan 66: Buku apakah yang dikenal dengan sebutan Ukhtul Qur'an (Saudari Al-Qur'an)?
Jawab: Ash-Shahîfah as-Sajjâdiyah.

Soalan 67: Siapakah di antara imam ma'shum as yang memiliki suara yang indah ketika membaca Al-Qur'an?
Jawab: Imam as-Sajjad as.

Soalan 68: Surah apakah yang dikenal dengan sebutan "Jantung Al-Qur'an"?
Jawab: Surah Yasin.

Soalan 69: Terletak di dalam surah apakah ayat Al-Qur'an yang paling pendek?
Jawab: Surah ar-Rahman, yaitu ayat yang berbunyi mudhâmmatân.

Soalan 70: Apakah bulan yang terbaik menurut Al-Qur'an?
Jawab: Bulan Ramadhan.

Soalan 71: Apakah ayat yang terpanjang di dalam Al-Qur'an?
Jawab: Surah al-Baqarah ayat 282.

Soalan 72: Terdapat di dalam surah manakan angka terbesar yang disebutkan di dalam Al-Qur'an?
Jawab: Angka 1000 di dalam surah ash-Shaffat ayat 137.

Soalan 73: Kitab apakah yang dikenal dengan sebutan Akhul Qur'an (Saudara Al-Qur'an)?
Jawab: Nahjul Balaghah.

Soalan 74: Berapakah kitab samawi yang disebutkan di dalam Al-Qur'an?
Jawab: 6 kitab samawi, yaitu Injil, Taurat, Zabur, Shuhuf Ibrahim, Shuhuf Musa dan Al-Qur'an.

Soalan 75: Apakah huruf yang lebih sering digunakan di dalam Al-Qur'an?
Jawab: Huruf alif.

Soalan 78: Apakah huruf yang lebih jarang digunakan di dalam Al-Qur'an?
Jawab: Huruf zha'.

Soalan 79: Berapakah jumlah huruf yang dimiliki oleh surah Al-Qur'an yang terpanjang?
Jawab: 25.500 huruf.

Soalan 80: Berapakah jumlah huruf yang dimiliki oleh surah Al-Qur'an yang terpendek?
Jawab: 42 huruf.

Soalan 81: Di manakah surah pertama Al-Qur'an diturunkan?
Jawab: Di Makkah.

Soalan 82: Terletak di manakah ayat pertama yang memiliki sujud wajib?
Jawab: Surah as-Sajdah.

Soalan 83: Apakah surah pertama yang dimulai dengan kata "qul"?
Jawab: Surah al-Ikhlash..

Soalan 84: Apakah ayat pertama yang akan dibaca oleh Imam Mahdi as ketika beliau muncul kembali?
Jawab: Surah Hud ayat 86.

Soalan 85: Surah apakah yang dkenal dengan sebutan Raihânatul Qur'an?
Jawab: Surah Yasin.

Soalan 86: Surah manakah yang dinisbatkan kepada para malaikat?
Jawab: Surah Fathir.

Soalan 87: Dalam kurun waktu berapa tahunkah surah-surah Makiyah diturunkan?
Jawab: 13 tahun.

Soalan 88: Apakah hiasan Al-Qur'an?
Jawab: Suara yang indah.

Soalan 89: Apakah musim semi Al-Qur'an?
Jawab: Bulan Ramadhan.

Soalan 90: Apakah zikir terbaik?
Jawab: Membaca Al-Qur'an.

Soalan 91: Ayat apakah yang diulangi sebanyak sepuluh kali di dalam surah al-Mursalat?
Jawab: Ayat wailun(y) yaumaidzin lil mukadzdzibîn.

Soalan 92: Terletak di dalam surah manakah perintah untuk bershalawat kepada Rasulullah saw?
Jawab: Surah al-Ahzab ayat 56


Semakin jauh kita dari landasan yang sepatutnya........... Ya ALLAH bantulah hamba-Mu yang lemah ini.




Thursday, October 29, 2009

I Never Wear a Helmet , They Don't Look Cool


While i was browsing the web.. stumble across this Public Awareness Advertisement that was launched in Vietnam. Thought might share with you guys.. on how important to wear a helmet while riding. Kinda scary ads










source: http://www.asiainjury.org/home.asp



Sweet Blood ?




Minggu lepas di Penang.

Di dapur rumah

Mak : Hang tu benti-benti laa sat kayuh basikal pi kerja.. ( Sambil menuangkan teh)

Aku : Awatnyaa maaa ( sambil tangan duk memicit2 remote control astro menukar channel)

Mak : Hang tu tak lama nak menikah dah.. bahaya duk kayuh.. hang tu darah manis

Aku : Darah manis..? mak tipu laa maaaa mana ada..

Mak: awatnyaaa

Aku : siang malam ijan tidoq hari2 takdak satu nyamuk pun nak ketik(gigit) confirm darah tak manis

Mak : Ni yang susah cakap dgn hang ni.. loyar bughukk sungguh!!!





Tuesday, October 27, 2009

Weekend Ride - Trail Riding at Bukit Langkap Bukit Mertajam



Sabtu lepas aku balik ke Penang... sebenarnya nak uruskan something dalam masa yang sama ziarah mak ayah aku kat Penang. Lama tak balik sebenarnya. Kali ni aku balik ke penang skali dengan bike aku.. ntah apa angin.. tapi maybe disebabkan aku teringin nak ride dgn member2 belah utara yang duk dalam pulau merasa kayuhan Carpet hill , Iron cross, bukit gambir, bukit bendera.Serius eventho aku duduk di penang dulu tak penah pulak aku nak cuba ride bukit2 tu semua.. ye laa time tu mana aku minat lagi melayan MTB ni.

So Ahad pagi lepas subuh.. aku membelek2 blog2 geng2 belah utara mencari contact number dorang untuk ajak ride sekali.Aku masuk blog blogger Azhar - Kayuh Baimbai XC dapat kontek no terus aku sms tanya pagi ni ride mana.. sementara menunggu reply.. aku masuk blog Odd pulak... sekali nampak ada event kayuh pagi ni dekat Bukit Mertajam .. tempat BM jamboree hari tu.. trus aku msg odd pulak.. dapat call pagi tu from Azhar trus.. dia ajak ride pagi ni tempat yang sama jugak.. tempat BM jamboree tu.. pergh.. dalam hati aku cann baik ni tak boleh di lepaskan.. KPLR pun dah melepas.. BM jamboree pun tak dapat pi.. at last dapat jugak kayuh Trail BM jamboree..

Then dapat reply msg from Odd pulak.. dia pun ajak.. rupanya depa ni semua keja satu company kat Intel. So Azhar yang duduk di Sg Ara gerak jumpa aku kat area umah aku dekat Sg dua.. then bertolak skali ker sana.Ni laa first time jumpa geng2 Utara .. slalu baca blog saja.

Sampai sana tengok dah ramai yang smpai... seramai 14 orang peserta yang datang hari tu.
kebanyakan dari member2 ride semua member2 sekilang Intel. Antaranya Azhar - Kayuh Baimbai, Din Discovery, Manap Orea, Ajuah Full Sus, Odd, Lan Usin, Tracy, Chin Min, Pawang & Mat Afad lagi 2 orang walk in riders sofi and bidi

During ride sempat berkenalan dgn member2 semua.. memang best kayuh dengan dorang. Semua sempoi2.. macam biasa laa orang utara ni semua peramah2 punya kalau hangpa jenis tak menyembang.. jumpa depa ni confirm boleh sembang punya..Thanks coz sudi menjemput aku ride bersama sama.. serius memang layan kayuhan Mini BM jamboree ni.. yang best downhill kat sini memang layannnn.. walaupun penat dalam perjalanan balik ke KL.. tapi bila pikirkan kepuasan.. hilang trus penat tuu..

Apapun Terima kasih aku ucapkan buat geng2 utara.. Odd sebagai Tok penghulu, Azhar sebab jemput aku ride.. bawak aku sampai ke BM. Insyallah nanti kalau ada rezeki lagi .. aku turun sana kita ride lagi :).

Ride on guyss!!!



Antara rider2 yang baru sampai menunggu geng2 lain yang belum tiba



Sementara menunggu yang lain sampai Lan, Tracy dengan Azhar sempat melantak Nasi lemak dulu yang di bawa oleh member2 dorang. Kelihatan si Azhar tengah senyum sebab nasi lemak dah selamat dalam perut :)



Beza bike branded dgn bike aku yang biasa macam bumi dengan langit :)



Tok penghulu Odd dah sampai tengah setup bike dia. Nice meeting you bro. At last dapat jugak jumpa face to face dengan blogger rider lain.



Lepas semua dah cukup makan pun dah bike pun dah setting kami pun memulakan perjalanan


Gambar yang di ambil oleh Odd. Ada jugak gambaq full aku haha



Sebelum start ambil gambaq dengan Tok penghulu dulu ni bukti dah jumpa ride sama :)



Bukit yang akan kami belasah




Sebelum meneruskan perjalanan kami bergambar dulu untuk kenang kenangan. Bukan senang beb nak dapat ride macam ni tambah2 aku orang luar dapat ride dgn member2 baru merupakan satu penghargaan bagi aku.


Kami meneruskan perjalanan melalui trail yang digunakan sewaktu BM jamboree. So far time ni jalan flat.. menuju ke bukit didepan.. dan sudah semestinya ada climbing..




Sambil kayuh sambil menikmati pemandangan memang betul2 release stress


Setelah beberapa minit berkayuh.. kami sampai laluan untuk climbing. Perghh aku tergamam kejap waktu ni bila melihat bukit climbing yang betul2 agak mencanak.


Waktu ni masing2 yang sudah biasa dengan climbing disini dah menjerit "Tukar gear" . Seronok tengok sorang2 kayuh dah macam ulaq.. kejap kiri kejap kanan macam2 skill depa guna time panjat bukit ni.


Namun aku terpaksa akur dengan hukum alam dan juga sebab faktor gear speed yang aku cuma 7 speed.. sedap jer aku tengok bebudak ni panjat.. macam takde perit pun kat muka.. aku ni sampai berdiri tekan pedal last2 tolak je laa.. Ramai jugak tegur aku.. tanya brapa speed aku pakai.. insyallah nanti aku nak kena upgrade jugak ke 9 speed or 10 speed.. tapi buat masa ni.. biar aku train kaki aku pakai 7 speed dulu.. lepas ni dapat 9 speed memang ringan laa rasanya confirm... :)


Lan pun sama.. menolak jugak dengan aku haha


Aku dengan Mat Kona Mr Afad


Akhirnya sampai di kaki bukit.


Waktu ni semua dah berkumpul di kaki bukit. Then Azhar dengan Zizan ajak panjat naik atas lagi sebab nak tunjuk view sempoi


At last sampai ke puncak


Ternyata pemandangan yangmampu menenangkan jiwa dikala stress.. dengan udara yang sejuk nyaman.. Subhannallah. Kelihatan Mengkuang Dem


Sebelum turun, sempat lagi bergambaq. Aku tak pasti apa yang Azhar cuba nak buat. Dah macam Otromen dah aku tengok haha


Sempat posing dengan bike


Bergambar bersama


Lepas turun bukit.. kami disajikan dgn downhill yang best.. perghh sambil turun bukit brek pun tak mau pegang dah.. nampak bongol jer akar kayu jer tau nak jump jer.. haha.. mulut tak abis2 cakap.. isk sedap.. isk sedap..


Before downhill sempat snap gambar. Ni Lan usin tolong snapkan dia cakap "meh aku amik gambaq hang.. view sini sempoi"


Odd tengah duk snap geng2 yang baru lepas layan downhill


Masing2 regroup sementara menunggu rider2 lain yang sedang enak melayan downhill


Bila semua dah regroup,Tok penghulu cakap boleh jalan.. lalu kami meneruskan perjalanan


Kali ni tiba masa untuk up hill pulak tuntun jangan tak tuntun :)


Pergh Tok penghulu ni aku tengok stamina memang kuat giler.. selamba jaa layan bukit.. bukit mana dia tak kitai mana taknya hari2 kot dulu layan bukit carpet tu..


Ni sorang lagi rider Azhar.. ni pun kitai bukit selamba jer.. layan downhill tak hingat dunia punya main lompat2 jer... gerun aku tengok dia ni layan. Apa pun next time boleh kita kayuh sama lagi..





Stop kejap atas bukit melayan pemandangan



menunggu rider2 lain sampai


Odd masih menten mamat ni.. kaki besi sungguh yang lain semua duk tuntun dah




Setelah berehat after climbing tadi.. kami menyusuri trail yang dikelilingi hutan. Sejuk jer lalu kawasan ni


climbing lagi sebelum downhill yang paling best










Alhamdulillah semua cukup bila regroup.


Downhill yang paling best pernah aku layan.. permukaan tanah yang tak rata penuh dengan akar2 kayu menyukarkan lagi untuk melayan downhill. Tapi yang aku suka trail yang di reka agak enjoying sebab laluan dia tidak terus menerus.. sekejap ke kiri ke kanan. Berderau jugak bila dah laju sangat silap2 tak sempat brek langgar pokok tak pun peluk terus pokok getah tu. Overall bagi aku memang teknikal trail ni. Kalau sapa pakai full sus tak payah cakap laa selamba jer lalu.. bagi yang pakai hardtail memang kebas2 tangan sebab gegaran..


Zizan dan Odd orang kuat yang menjayakan ride hari tu. Selaku Sweeper dan juga Marshall




Gambar yang di snap oleh Bro Azhar


Selepas turun dari bukit kami disajikan dengan pemandangan di dalam kawasan kelapa sawit ..kawasan yang agak redup dilitupi rimbunan pokok kelapa sawit membuatkan kami tidak berasa penat malah berasa selesa untuk menjelajah kawasan itu.Ini laa pengalaman yang tak dapat dilupakan..memang betul2 enjoy ride kali ni


Semua regroup kembali menunggu rider2 lain


Salah satu kawasan yang aku rasa macam unik yang dapat aku snap


Lalu kami meneruskan perjalanan kami menyelusuri track Jamboree




Kami melalui kawasan pokok getah pula. Masa ni banyak betul anjing yang menyalak setiap kawasan estet tu penuh dengan anjing tapi alhamdulillah anjing2 tu cuma menyalak jer takde sampai ada adegan kejar mengejar.Geng2 kami siap jerit balik macam2 bunyi jugak laa yang keluar.. waktu tengah kayuh tu :)








Kemudian kami melalui kawasan tapak semaian. Aku tak pasti tapak semaian pokok apa. Tapi laluan yang aku lalu tu memang best.. kawasan terbuka.. kiri kanan penuh dengan tapak semaian.. satu pengalaman yang menyeronokkan..



Satu insiden telah berlaku.. tayar Lan usin bocor disebabkan terkena paku


Besaq sungguh paku tu..


Tuan dia masih boleh tersenyum lagi.. semua rakan2 membantu.


Lepas tu sibuk bergambaq pulak haha. Kelihatan Zizan sedang menyambung nyawa kedua


Aku,Bidi, sofi, Azhar, Odd




Kami menyambung kembali perjalanan .. kali ni meredah sungai untuk ke seberang






Menunggu geng2 lain menyeberang..


Kembali mendaki kali ni semua dah kekeringan air dah.. botol masing2 dah kering.. semua dah lemah jer.. nak continue so Odd and zizan ambil keputusan buat detour untuk refill semula air and makanan










Dah sampai ke Shell berdekatan dengan Track tadi



Masing2 cuba mencari tempat berehat bagi memulihkan badan setelah penat mengayuh tadi


Lepas badan dah recharge, kami bersiap kembali untuk ripit track tadi balik. Time ni dah segar balik untuk ride kembali


Menghabiskan ride


yang masih tak habis2 lagi.. penangan Odd bagi memang sempoi..


Kayuh punya kayuh sedar2 bila belek signboard kat wat buddha ni dah kat Lunas haha.. Bergambar dengan blogger Azhar - Kayuh BaimBai XC



Overall jalan balik semua flat saja.. so enjoy lihat keindahan alam


Salah satu rumah dalam kebun getah.




Kami melalui bawah jambatan.. stop kejap kat sini berehat di bawah tempat redup




regroup untuk final ride nak panjat bukit gas


Ni la downhill terakhir before turun ke jalan raya balik ke tempat parking tadi


Alhamdulillah selamat sampai.Last before balik bergambar dulu dengan zizan sofi. Hehehe yang lain aku tengok semua sampai terus bukak tayar beskal sumbat dalam kereta.. macam nak balik cepat jer :)