Memaparkan catatan dengan label Pau. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pau. Papar semua catatan

Rabu, 27 Mac 2013

PAU KACANG



Assalamualaikum...
Selamat petang dan jumpa lagi.Menu apa untuk petang ni?..Ataupun makan biskut cicah air tea 0 je..hehee..Kira ok je kan sekalipun dapat menikmati hidangan sore sesimple itu..rasa ringan je di perut.

Hari ni kongsi satu lagi resepi pau yang tersangat lembut, resepi dari bro Mat Gebu.Lembut sangat2, begitulah gambarannya.Puas hati kerana dapat menghasilkan pau segebu itu walaupun hanya menggunakan mixer cangkuk diikuti uli tangan.Tq bro CMG atas resepinya dan Puteri Manja yang memanjangkan resepinya.

PAU KACANG
Resepi:CMG
Sumber:Puteri Manja

Bahan-bahan:
240gm tepung Hong Kong 
1 camca teh "Double Acting" baking Powder + 1/2 camca teh garam
1 camca teh yis
25 gm lemak sayuran (shortening)

Bahan yang disatukan dan kacau hingga larut:
100 ml air suam
30 gm gula halus

Cara-cara:
1.Dalam satu bekas, masukkan tepung Hong Kong, double acting baking powder + garam, yis dan lemak sayuran.Gaul ramas hingga adunan berupa serbuk roti.Masukkan air yang bercampur dengan gula.Adun hingga menjadi doh yang lembut dan lastik (kurang lebih 15 minit jika guna  tangan dan 10 minit jika menggunakan mesin).Perap doh selama 45 minit.
2.Keluarkan doh dan tumbuk untuk membuang angin.Bahagi kepada 10 bahagian, bulat-bulatkan.Ambil sebiji doh dan leperkan di atas tapak tangan, sudukan inti dan cantum doh sehingga menutupi inti.Bulat-bulatkan doh tadi dan letak di atas sekeping kertas (2 inci x 2inci) yang telah disapu dengan lemak sayur.Tak sapu pun tak apa.
3.Buat hingga habis dan susun dalam kukusan.Perap pau kurang lebih 20 minit.
4.Kukus pau tadi di atas air mendidih selama 15 minit.Angkat dan sejukkan.
5.Untuk doh tadi boleh juga menggunakan bread maker dengan mengguynakan setting doh.Masukkan kesemua bahan dan tekan setting untuk doh dan tunggu hingga siap.

Rabu, 13 Mac 2013

PAU LEMBUT


Assalamualaikum..
Jumpa lagi rakan-rakan maya yang dikasihi, semoga tidak jemu menjengah ke sini, walaupun N3 yang diketengahkan biasa2 je.Semoga bermanfaat.

Alhamdulillah, kerajinan menerpa minggu lepas, dapat buat 2 jenis pau dalam seminggu.Tayang pau yang ni dulu, dek terkesan dengan pic pau Tun tempohari,lembut nampaknya pau dia.Simpan resepi dulu time tu, bila mood uli2 ni datang barulah boleh teruskan projek.. Inilah hasilnya, memang lembut.

Kalau sebut bab inti, orang dalam rumah ni suka inti kacang kecuali bujang sulung yang suka inti coklat..so ready utk filling coklat untuk dia sorang.Apapaun TQ lah Tun dan kak Ton (nama lebih kurang pulak tu...hehe) sebab share resepi di laman masing2..
PAU LEMBUT
Resepi:Kak Ton MYR
Sumber:Tun Telani

Bahan-bahan:
250 gm (2 1/2 cawan) tepung pau | diayak (guna tepung gandum pun boleh)
3 gm (3/4 sudu teh) yis kering
2 g (1/2 sudu teh) baking powder
50gm (4 sudu makan) gula kaster (saya kurangkan)
20g (1 sudu makan) lemak sayuran (shortening)
2 g (1 sudu teh) bread softener (saya guna bread improver)
1/2 cawan air suam

Cara:
1.Satukan tepung, yis, baking powder, bread softener di dalam mangkuk adunan.
2.Uli sebati dengan memasukkan air suam sedikit demi sedikit.
3.Masukkan lemak sayuran, uli lagi sehingga doh tidak melekat/licin.
4.***Jika menggunakan bread maker, masukkan mengikut turutan, air suam, yis, tepung pau, baking powder, gula kaster, bread softener dan lemak sayuran, kemudian pilih menu dough dan tekan start.
5.Biarkan doh selama 10 minit pada suhu suam.
6.***Jika menggunakan bread maker, biarkan doh di dalam bread maker selama 10 minit sahaja, tak perlu tunggu sehingga masa tamat (1 1/2 jam).
7.Bahagikan doh kepada 10 bahagian.
8.Masukkan inti dan tutup kemas.
9.Letakkan setiap pau di atas kertas empat segi (2"x2") dan susun di dalam pengukus.
10***Untukinti, bolehlah menggunakan intin apa sahaja, mengikut kesukaan.
11.Rehatkan pau selama 45 minit di dalamkukusan.
12.Untuk mengukus, didihkan air di dalam periuk pengukus.Bila air mendidih, barulah diletakkan kukusan yang berisi pau tadi.Kukus pau selama 10 minit.
13.***Tips:Air mestilah betul2 panas/ mendidih untuk mengukus pau bagi mendapatkan pau yang lembut dan gebu.
14.Selamat mencuba.

Isnin, 30 April 2012

PAU KACANG MERAH




Salam petang ...
Lenguh juga menguli pepagi hari, tapi berbaloi..., habis sepagi itu juga pau yang aku gentel..Sukatan resepi Pau Kacang Merah ni saya ambil dari blog Rahel (ikut sukatan Pau Pulut Hitam), cuma saya gantikan pulut hitam dengan kacang merah, tapi intinya bukan kacang merah tau sebaliknya saya guna inti coklat.Inti coklat tu merupakan resepi topping untuk Kek Black Beauty Chocholate Cake.Mudah je kan, tak payah susah2 nak beli sebab cepat nak sediakan.



PAU KACANG MERAH
Adaptasi dari: Pau Pulut Hitam (sumber dari Rahel)
Sumber asal: Majalah Sedap

Bahan-bahan: 
225 tepung pau (saya guna tepung superfine/ halus)
50gm kacang merah kisar (Dicuci, toskan, jemur terlebih dahulu, kemudian kisar)
1 ½ sudu teh yis segera
15gm tepung susu
50gm gula kastor
1 putih telur
115 air sejuk dari peti sejuk
20gm shortening

Cara:
1.Campur tepung pau, tepung pulut hitam, yis, tepung susu dan gula kastor.Gaul rata.Tambahkan putih telur dan air sejuk sedikit demi sedikit sambil diuli hingga sebati.Tambahkan shortening.Uli sehingga elastic.Diamkan selama 30 minit.(Saya tutup doh dengan plastik wrap).
2.Kempiskan adunan.Timbang masing-masing 30gm.Bulatkan.Diamkan  selama 10 minit.Canai nipis.Beri inti.Bentuk bulat.
3.Alas dengan kertas minyak atau cawan kertas.Diamkan lagi selama 30minit.
4.Kukus selama 8 minit.

Inti coklat:
resepi:Chef Zubaidah
Sumber:Maklang, Yatie

Bahan inti coklat:
½ cawan serbuk koko
1 cawan gula
2 ½ cawan air
½ cawan tepung jagung
2 sudu besar marjerin/ butter

Cara:
Masuk semua bahan dalam bekas dan masakkan atas dapur dengan menggunakan api kecil, sentiasa dikacau.Bila dah siap sejukkan sebentar.