klik klik ok!

Showing posts with label makanan. Show all posts
Showing posts with label makanan. Show all posts

Wednesday, February 23, 2011

Sup Sayur

Sakit gigi! motif??? gigi bongsu sibuk nak kuar gak walaupun dah tak ada ruang untuk dia menyelit! Sungguh tak selesa tang nak gosok gigi tau. Bila time makan lak... alahai seksanyaaaaa wok. 
Sup sayur untuk org sakit gigi

Nasib baiklah ada ubat gigi COLGATE SENSITIF, alaaa... yang dalam iklan tu, kekononnya minum air sejuk tak rasa pe2 selepas gunakan ubt gigi tu. Ye betul! memang berkesan lah... waaa makcik promote ni kikikikih.... imbas semula disini


Menu malam nie hanyalah sup sayur khas untuk org sakit gigi! mudah, cepat dan senang telan hahahaha....


Tumiskan saja bawang merah, bawang putih dan ikan bilis hingga kekuningan. Masukkan kentang dan tambahkan air. Bila kentang dah empuk masukkan carrot. Kemudian masukkan pula cendawan. Lepas tu masukkan pula sawi dan soun, matikan api. Jangan lupa bubuh garam dan pati ayam secukup rasa. Nak lagi sedap perahkan limau dan taburkan cili api.








MoDe : tak tau nak kate ape sbb mode sekarang ni mmg tak ok! malas nak jawab phone yang tak penting....

Puding Roti Kuah Kastard

Knock.. Knock... naik pitam Mr Sunnies melayan kerenah Mrs Sunnies ni hah... kejab nak dinding itam, sekejab lagi nak putih, dah putih nak merah plak. Last2 putih yang menjadi pilihan hehehe.... apa pun renovation ni belum 100% siap! banyak lagi lubang yang nak kena tampal hahaha... sabar jelah dengan Mrs sunnies ni hah! stop!

Semalam dlm n3 fast of life roti pudingnya dah buat mrs sunnies terliur. Ibu mengandung ni takleh tahan kalo nampak makanan yang besh2... nasib baik semua bhn ada so.....
 puding roti kuah kastard
 sebelum bakar
 sesudah masak

Resepi ni aku ubah sikit... amik dari resepi HaNa's Family & fast of life


Bahan-bahan
8 keping roti - sapukan sedikit butter dan siat-siatkan
500ml susu segar
2 biji telor
2 sudu besar gula - resepi asal 4 sudu bsr
2 sudu besar butter - cairkan
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu besar tepung jagung
1 kotak kecik kismis


* satukan susu segar, telor, gula, butter, tepung jagung dan essen vanila *
- susun rata roti ke dalam loyang pembakar yang sudah disapu dengan sedikit butter
- tuangkan bahan yang bertanda * ke dalam loyang hingga roti tenggelam. Biarkan selama 20-30 minit / sehingga roti menjadi kembang
-Taburkan kismis dan sedikit gula di atasnya
- Bakarkan dengan suhu 180c selama 30minit / hingga garing


Untuk kuah
1 tin susu cair
2 sudu besar gula
1 sudu kecik essen vanila
1 1/2 sudu besar tepung kastrad - letak 1 sudu besar pun ok
- Satukan semua bahan dan masak sampai kuah jadi sedikit pekat dengan api yang kecil
taraaaaa..... jemput makan semua!

Bahagian roti sucsess tapi kuahnya..... huwaaaa terpekat lah pulok! Takpa jangan putus asa okesss.... lepas ni boleh cuba lagi hehehe....





MooD : mari kita main masak-masak! takpe aku tak kedekut nak kongsi resepi ngee ngee ngee....

Sunday, February 20, 2011

Ayam Masak Kicap

Today chef mrs sunnies nak tunjukkan satu lagi resepi iaitu ayam masak kicap lah! wahhh tetibakan jadi chef plak hihihi....

I tau you all mesti dah tahu resepi ayam masak kicap kan? mongaklah tu (bhs org nogori) kalau kate tak tahu? tapi aku tak pedulik nak gak share ngan korang.....
abaikan dengan piccas yang tak menonjolkan ayam

Bahan-bahan untuk 2 orang makan:-
Beberapa ketul ayam
1 ulas bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
2 tangkai cili besar merah - hiris
sedikit halia - ketuk
3 sekawan (kayu manis,bunga lawang&buah pelaga)
sedikit lada hitam - tumbuk kasar
kicap manis - secukup rasa
1/2 sudu besar kicap pekat
1/2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili dan sos tomato
sedikit garam
1 gelas air
1 biji kentang - potong 6

*Gorengkan ayam separuh masak terlebih dahulu (jangan lupa bubuh kunyit dan garam kat ayam tu)*
* Gorengkan kentang dan angkat*

Cara-cara:-
- Mula-mula tumiskan seketika 3 sekawan
- Tumiskan pula bawang besar, bawang putih, cili besar dan halia hingga naik bau
- Letakkan pula lada hitam, tumiskan lagi....
- Masukkan pula air, kicap manis,kicap pekat,garam,sos cili dan sos tomato
- Bila bahan sudah mendidih, masukkan pula ayam dan kentang
- Masakkan ia sampai ayam masak dan kuah menjadi pekat (ikut suka anda nak kuah banyak mana). Bolehlah diangkat dan di jamu bersama nasi PANASSSS hihihi.... 
Nampak tak ayam? kikikih....

Btw ini bukan menu semalam ye.... 
Sudi-sudikanlah mencuba resepi chef ni ye... Lagi satu, perasan tak boleh dikatakan setiap masakkan aku mesti ada sos cili dan sos tomato kan? Hummmm.....

Friday, February 18, 2011

Sayur Kubis Goreng style Jawa

Kebiasaannya kalau kenduri orang jawa, sayur goreng nie akan menjadi salah satu pilihan makanan peberet, tak kiralah sama ada kenduri biasa atau pun kenduri kahwin. Selalunya gorengan sayur nie ada pelbagai jenis campuran, ada yang suka campur dengan kacang panjang, tahu kering, carrot atau kacang mata satu. Yang pasti bahan utamanya adalah kubis bulat, kentang dan soun.

Resepi nie aku derhaka sikit tau hihihi... ikut suka goreng je! Jangan marah mama kihkihkih...

Bahan-bahan:-
Kubis - hiris kasar (ikut suka nak banyak mana)
1 biji kentang - potong sederhana nipis
4 ulas bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
5 tangkai cili padi - hiris (suka pedas letak lebih)
2 tangkai cili besar merah - potong serong
sedikit ikan bilis
1 keping soun - rendamkan
sedikit kicap manis 
garam dan pati ikan bilis secukup rasa
sedikit air

Cara-cara:-
- Tumiskan bawang merah, bawang putih, ikan bilis, cili api  dan cili merah hingga naik bau (sy suka tumis hingga sedikit garing)
- Masukkan kentang dan tumiskan seketika. (api jgn terlalu besar takut nnt bahan tumis hangus plak)
- Letakkan pula sedikit kicap, kacau sekejab dan masukkan pula sedikit air. Biarkan seketika hingga kentang empuk.
- Bila kentang sudah empuk dan air kering, masukkan sayur kubis, garam dan serbuk pati ikan bilis. Gaul rata.
- Akhir sekali masukkan soun yang sudah direndam dan tumiskan hingga semua bahan masak dan sebati. Bolehlah ditutupkan api (sy suka sayur setengah masak sbb cruncy bila dikunyah)


MooD : rindunya nak makan nasi ambeng! ummm... nak ajak hubby gie Tanjung Karang, dengar-dengarnya ada satu warung nasi ambeng sedap sampi jalan-jalan cari makan pun promote warung ibu ni :)))

Thursday, February 17, 2011

Sayur Goreng Peria

Peria Katak / Momordica Charantia
Pasti ramai yang tidak suka makan sayur peria kan? pahit dan rasanya tidak enak. Tapi tahukah kita sayur peria ini banyak khasiatnya? 

Dulu masa kecik-kecik, aku sendiri tak suka makan sayur nie. Kalau mama masak, mesti aku mengeluh. Walaupun aku nie adalah seorang penggemar sayur-sayuran tp kalau sayur yang satu nie mesti aku tolak! Mama kate rugi tak makan, sayur nie elok untuk kesihatan. Itu dulu, sekarang sayur nie dah jadi salah satu sayur kegemaran. Hihihi... betul kate mama! 

Dulu aku pernah alami masalah kulit muka. Muka aku penuh dengan jerawat nasi. Bila kena cahaya matahari je, muka jadi gatal-gatal dan merah. Ramai yang tegur dan tak kurang juga buat memek muka jijik. Aku jadi susah hati, kemudian kazen kenalkan aku dengan satu product pencuci muka dari susu kambing jenama BELLINA COSMETIK. Memang kulit jadi cantik dan licin semula tp masalahnya aku kena bergantung sepenuhnya dengan sabun tu. Luaran saje pulih tapi dalaman tak ok. Yelah kebiasannya apa-apa saje penyakit kulit, ia akan melibatkan darah kan?

Jadi suatu hari tu suami aku (masa tu tunang lagi) kenalkan aku dengan seorang kawan yaitu kakaknya ada menjual product makanan kesihatan jenama Gamat Healin dan product muka AG2000. Gamat memang bagus untuk kesihatan dan kecantikkan cuma harganya boleh tahan mahal. OK now berbalik pada peria, Kak Aisyah nie lah yang bagi aku petua macam mana nak dapatkan kulit muka yang cantik dan licin tanpa perlu keluarkan modal yang mahal. Katenya banyakkan makan sayur peria. Sebab peria nie amat bagus untuk darah. Bila darah bersih maka kulit kita pun jadi cantik. Cara yang paling berkesan ialah dengan blendkan peria tu dan minum jusnya atau potong nipis-nipis jadikan ulam. Huhuhu... yang tu aku tak pernah try! Kalau tak nak blend, tumiskan dan makan dengan nasi panas2. Makan dengan roti keping pun sedap. Sejak dari tulah aku suka makan sayur goreng peria... rupanya rasanya tidaklah sepahit mana dan memang sedap pun! rugi tak makan dari dulu lagi hehehe... 

Ada petua nak kurangkan rasa pahit peria tu, lepas dipotong, basuh bersih-bersih dan taburkan sedikit garam / rendam dengan air garam dan biarkan seketika. Lepas tu bilas sekali dan bolehlah ditumis.
Sayur Goreng Peria
Bahan-Bahan:-
Peria
3 ulas bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
7 tangkai cili api - hiris
sedikit ikan bilis
garam dan pati ikan bilis secukup rasa
sedikit air untuk melembutkan peria

Cara-cara:-
- Tumiskan bawang merah, bwg putih, ikan bilis dan cili api hingga kekuningan
- Masukkkan peria dan kacau seketika
- Masukkan pula sedikit air, garam dan pati ikan bilis
- Tumiskan lagi hingga peria jadi sedikit layu dan bolehlah di angkat. (saya suka peria separuh masak)

Kelebihan Peria bukan sahaja baik untuk darah tetapi bagus untuk merawat kencing manis, darah kotor seperti bisul, kudis buta, rasa gatal dan masalah-masalah lain. Malah masalah ketagihan alkohol juga boleh diatasi dengan meminum air dari daunnya. Ia juga boleh mengatasi masalah hati akibat dari pengambilan alkohol -Sumber dari blog Segalanya Tentang Tumbuhan.



Mood : now kaki cepat sangat bengkak... apakah?

Saturday, February 12, 2011

Daging Lada Hitam

Hitam itu menawan
Main masak-masak lagi ;-) Kali nie aku paparkan salah satu makanan kesukaan kami. Mudah, simple dan cepat! Memang sedap dimakan dengan nasi panas. Resepi ini juga bagus untuk mereka yang dalam pantang bersalin hihihi... Moh kita tinjau ape bahannya....

Bahan-bahan:-
1 mangkuk daging - potong lebar dan nipis
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia - nak buh 1 inci pun boleh
1/2 sudu besar lada hitam
Sedikit garam
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
4 sudu besar kicap manis
1/2 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tomato
1 - 2 sudu besar jus lemon - boleh gantikan dengan cuka masakkan
1 ulas bawang besar - potong 4 dan ceraikan
1 biji kentang - potong 6
Minyak zaiton untuk menumis 


* Tumbuk lumat bawang putih, halia, garam dan lada hitam. Perapkan daging dengan bahan tumbuk selama 15-20minit*
*Dalam bekas lain, satukan sos cili, sos tomato, kicap manis, kicap pekat, sos tiram dan jus lemon*


Cara-cara:-
- Semasa menumis perlukan minyak yang lebih supaya daging masak dengan sempurna (sbb itu digalakkan menggunakan minyak zaiton)
- Mula-mula gorengkan kentang dan asingkan
- Tumiskan daging yang sudah diperap (pastikan minyak betul2 panas)
- Tumis hingga daging bertukar warna coklat. Masukkan pula bawang besar dan tumiskan lagi hingga bawang layu
- Kemudian masukkan pula bahan sos dan kentang (masa nie bolehlah kecikkan api sedikit)
-Masakkan ia sampai daging betul-betul masak dan terbit minyak.


Sedapnyeee makan lauk ni dengan nasi panas-panas....


Mood : Jom makan!

Thursday, February 10, 2011

Ketam Goreng Kari

KETAM GORENG KARI
As Salam.... resepi lagi ke? ya iyelaaaa hehehe.... OKlah sebelum ni aku ada tunjukkan resepi Ketam Goreng Cili kan? Now ketam goreng kari laks! Semalam aku merungut pasal blog tak leh update n3.... sekarang ni testing.. testing

JANGAN ada yang bengkek mate ye kuikuikui.... nak wek camno dah memang hobi makcik main masak2! idok ler teman ni terro masak tapi boleh laaaa wat kenyangkan perut cik abe ni hahhh(wah tetiba kan terspeking lak hahaha) Yang sebenornya ni pic lama... saje je makcik GATAL nak upload, teragak nak share resepi lak huhuhu...

Bahan-bahan
2 ekor ketam (gorengkan terlebih dahulu)
2 ulas bawang putih - racik
1 ulas bawang besar - racik
2 tangkai cili besar merah dan hijau - hiris
Sedikit halia - ketuk
1 sudu besar serbuk kari
1/2 sudu bsr serbuk cili paprika (nak guna serbuk cili kering pun boleh)
Garam secukup rasa
Sedikit sos tiram
Sedikit air asam jawa
Sedikit kicap manis

Cara-cara:-
- Tumiskan bawang besar, bawang putih, halia dan cili besar sampi naik bau
- Masukkan serbuk kari dan paprika. Tumiskan seketika
- Masukkan pula garam, sos tiram, kicap manis dan air asam jawa. Masakkan sampi tumisan menjadi sedikit pekat.
- Akhir sekali masukkan ketam. Gaul rata-rata sampai sebati. Kalau ada daun kari lagi syokkk.....

Mood : SERIUSSS!!!! pic masakkan aku yang banyak-banyak kompom dah terdelete! huwaaaa.... aku kah yang delete?

Wednesday, February 9, 2011

Pizza Roti

As Salam eberibodi.... aku sekarang ini masih lagi dalam mood nak share resepi! hihihi... kali ini resepi simple jeeee... layankan aje K!
Gambar kurenggg menarik ler.....

Bahan-bahan:-
Roti Hot Dog - potong setengah (nak guna roti keping pun boleh)
Keju Mozarella - diparut secukupnya (nak guna kepingan keju Chesdale pun boleh)
1 biji buah tomato - potong dadu
1 biji lada capsium - potong dadu
1 ulas bawang besar - hiris nipis
4-5 ketul cendawan butang - hiris nipis
Sosej - terpulang nak banyak mana
Sedikik serbuk oregano
Sos spaghetti
Sedikit minyak zaiton untuk menumis

*Grilkan sosej terlebih dahulu dengan sedikit minyak zaiton dan sedikit serbuk oregano. Selepas itu potong memanjang dan nipis*
*Grilkan pula buah tomato, lada capsium,bawang besar dan cendawan dengan sedikit minyak zaiton. Masukkan sedikit garam,serbuk oregano dan sedikit serbuk lada hitam. Grilkan smpi semua bahan layu*


Cara-cara:-
- Sapukan rata sos spaghetti di atas roti
- Taburkan sedikit serbuk oregano
- Susunkan sosej dan sayuran 
- Taburkan keju parut secukupnya (menutupi semua bahan)
- Bakar pada suhu 180c selama lebih kurang 10 minit (api atas dan bawah) atau sehingga keju cair dan berwarna keperangan.


Mood : Tercari-cari pic makanan yang belum sempat aku upload dalam blog. Mana perginya ye? terdelete ke??? haiyokkkk!!!

Monday, February 7, 2011

Ketam!

As Salam everybody... Dah lama rasaya aku tak masukkan resepi dlm blog nie... asyik2 cite pasal preggy je kan? hihihihi... dah macam blog mak2 pun ye gak rasanya ni.... 
Oklah now aku nak tunjukkan resepi yg aku masak sebelum aku mabuk teruk 3 bulan dulu! 3 bulan??? wahhhh mmg lama betul aku tak masak ni kikikiki.....
Ketam Goreng Cili
Bahan-Bahan
2 ekor ketam (potong 2)
3 ulas bwg merah
2 ulas bawang putih
2 tangkai cili besar merah
1/2 sudu besar cili kering
1  ulas bwg besar ( potong kasar)
sedikit air asam jawa
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
sedikit kicap manis
sedikit garam
3-4 tangkai daun sup (sebagai hiasan)
2 helai daun limau purut (koyakkan)

*Tumbuk lumat bawang merah, bawang putih dan cili besar. Kemudian gaulkan bersama dengan cili kering*
*Gorengkn ketam dan ketepikan*

Cara masak   :-
-Tumiskan bahan tumbuk hingga pecah minyak
- Masukkan semua bahan sos, kicap, bawang besar, daun limau purut dan sedikit garam. Tumiskan hingga semua bahan sebati.
- Masukkan pula air asam jawa dan tumiskan lagi hingga kuah menjadi sedikit pekat
- Akhir sekali masukkan ketam. Gaul rata ketam sampai semua sebati dan sos menjadi sedikit kering. Hiaskan dengan daun sup.

Mood : dah boleh masuk ke dapur semula... hoyey......

Wednesday, November 17, 2010

Nasi himpit Kuah kacang

Tak sah kan kalau Hari Raya tak ada nasi himpit dan kuah kacang? Tak ada rendang tak apa... tapi nasi himpit dan kuah kacang wajib ada... itu bagi aku laaa... kalau orang lain aku tak pasti pulak hehe... korang sama macam aku gak ke?
tak susah rupanya nak buat kuah kacang kan? huhuhu.... memandangkan Raya Haji kali ini kami tidak pulang ke kampung maka.... aku kenalah masak sendiri... alahai... tak senang mama nak masak gara-gara aku kejab2 kol dia nak tanya macam mana nak buat tu? bila nak kena masukkan ni? itu ini itu ini laaaa... pada hal aku dah selalu tgk mama masak tp bila kena buat sendiri tu...... paham2 jelah ye :)

Bahan untuk 2 org makan
1 mangkuk kcg tanah
4 ulas bwg putih
5 ulas bwg merah
1 biji bwg besar
sedikit ikan bilis ~ untuk gantikan udang kering
1 biji buah keras ~ grg tanpa minyak kemudia tumbuk lumat
1/2 inci halia ~ racik halus
1/2 inci lengkuas ~ racik halus
2 sudu besar cili kering
3 batang serai ~ ketuk
garam
3 sudu besar gula pasir
sedkit gula melaka
pati ikan bilis
*Kisar kacang bersama air dan ketepikan
*Kisarkan bwg putih,bwg merah,bwg besar,lengkuas dan ikan bilis
*Tumiskan bahan kisar dan halia hingga naik bau, masukkan cili kering dan tumiskan lagi.
*Bila cili kering hampir masak letakkan serai dan buah keras. Tumis hingga cili kering pecah   minyak
*Letakkan pula kacang, garam, gula pasir, gula merah dan pati ikan bilis
*Masak sampi kuah kacang jadi sedikit pekat dan bertukar warna kemerah-merahan

Mood : Selamat Hari Raya!

Wednesday, November 10, 2010

Jom makan ala barat.............

 Mencuba kelainan... selalunya aku kalau nak masak stik, mst guna daging tapi kali nie aku guna daging juga, cuma daging tu dah bertukar menjadi buger@daging buger ramli hehehe.... Disebabkan malas nak marinated so beli jelah daging buger yang adoooo..... just letakkan sedikit minyak dan serbuk oregano kat atas daging buger tu sebelum di panggang... mudahkan!
ok... benda alah kat atas ni aku namakan salad ala-ala fresco salad... kekonon nak buat salad macam kt Nandos tu tp.... bolehlah janji salad kan? kalau buh mangga masak lagi besh tp jgn buh mayonis lak macam tak sesuai je..... 

Bahan untuk salad
2-3 helai salad lattuce 
1 biji buah tomato ~ potong dadu
1/2 ulas bawang besar ~ hiris nipis
1/2 biji timun jepun ~ potong dadu
1/2 biji cili benggala ~ potong dadu
1 sudu besar mayonis
1/4 biji lemon ~ ambil jusnya
sedikit garam
sedikit lada hitam kasar
*Gaulkan sahaja semua bahan di atas hingga sebati dan hidangkan bersama dengan stik....*

Mood : makan... makan.... dan makannnnn

Thursday, November 4, 2010

Behon goreng

Jom layan behon goreng sunnies............

Bahan :
1 1/2 keping behun ~ rendam
1 sudu besar cili kering
3 ulas bwg putih ~ ketuk
Sedikit daging ayam ~ potong kecik
1 ikat sawi
2 sudu besar kicap
3 sudu besar sos cili dan sos tomato
1 sudu besar sos tiram
sedikit garam
sedikit air untuk melembutkan behun
sedikit buah lemon
*tumis bawang putih hingga kekuningan, kemudian masukkan cili kering dan tumiskan hingga pecah minyak.
*masukkan ayam dan tumis hingga ayam masak
*masukkan semua bahan sos dan kicap, garam, gaul rata kemudian letakkan air perahan buah lemon
*masukkan behun bersama dgn sedikit air
*bila behun hampir lembut, akhir sekali masukkan sawi........

Mood : hati panas... makan behun panas... chantekkkk.......

Monday, November 1, 2010

Mee Hailam Telor

Sekali sekala layan tekak dengan mee hailam terlor...... 


Bahan2
Mee kuning
Ayam
Sawi
Buah tomato
3 ulas bawang putih ~ ketuk
3 sudu bsr kicap manis
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
1/2 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar cili kering
secubit garam
1 biji telor
1 1/2 mangkuk air


*Tumiskan bwg putih hingga kekuningan, masukkan cili kering dan tumis sampi cili kering pecah minyak
*Masukkan ayam dan secubit garam. Tumiskan hingga ayam masak
*Masukkan pula air, biar sampi air mendidih
*Letakkan pula semua bahan sos, kacau sebati
*Masukkan mee dan sayur, gaul rata. Bila mee dah masak, pecahkan telor dan gaul lebih kurang. Akhir sekali masukkan buah tomato, gaulkan lagi dan bolehlah di matikan api....


Mood : i love masak-masak :)

Friday, October 29, 2010

Kueh Teow goreng basah

Jom sarap kueh teow grg sunnies.... biasa kita selalu oder mee goreng basah, kali nie aku masak kueh teow goreng basah lak hihihi.....


Bahan2
500gm kueh teow 
4 ulas bwg putih ~ ketuk
1 sudu besar cili kering
1 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos tomato ~ nk letak lebih pun boleh
3 sudu besar sos cili ~ nk letak lebih pun boleh
3 sudu besar kicap manis ~ nk letak lebih pun boleh
1/2 sudu besar kicap pekat
1 mangkuk air ~ nak lebihkan air pun boleh
1 ikat daun kuchai ~ racik kasar2
1 genggam taugeh ~ nak letak lebih pun boleh
garam secubit
daging ayam dan kerang~ ikut suka nak banyak mana


*Tumis bawang putih sampi kuning dan letakkan cili kering
*Bila cili kering dah pecah minyak, letakkan pula ayam dan tumis smpi aym bertukar warna putih, barulah dimasukkan kerang yg sudah direbus
*Letakkan air, kacau dan biarkan mendidih sebentar
*Letakkan pula semua bahan sos dan garam
*Bila ayam dah masak dan kuah mula nampak pekat, masukkan kueh teow dan gaul rata
*Akhir sekali masukkan daun kuchai dan taugeh... goreng sampi kueh teow tu masak tp pastikan kuah tidak jadi kering


SELAMAT MENCUBA


Mood : masak dan masak, lagi dan lagi lalalalala.............

Wednesday, October 27, 2010

Nasi lemak oh nasi lemak

Jom sarap pagi dengan nasi lemak sunnies.... hihihi main hantam je nasi lemak ni, janji ada rasa nasi lemak ok lah tu... Kalau takut makan nasi lemak sebab santan, dont wori.... apa kate kita tambahkan sayur kangkung selain timun supaya nasi lemak itu jadi makanan yang berkhasiat :))


Bahan Nasi
1 1/2 pot beras (guna bekas tin susu yg kecik)
250 gram santan (kat tesco ada jual mmg pekat betul santan dia)
sedikit air (untuk tanak nasi tu terlebih dahulu bg kembang)
garam secukup rasa
2 helai daun pandan
*dah basuh beras tu bersih2 letakkan sedikit air dan garam
*bila nasi dah mulai kembang letakkan pula santan (tambahkan sedikit air kalau satan tu terlalu pekat) serta daun pandan.
*Tanak sampi nasi tu masak....


Sambal ikan bilis
1 genggam ikan bilis ~ goreng dan asingkan
1 labu bawang besar ~ hiris
1 ulas bawang putih ~ hiris
3 sudu besar cili kering
air asam jawe ~ secukup rasa
garam dan pati ikan bilis ~ secukup rasa
3 sudu besar gula ~ saya guna gula organik
*tumis bawang besar dan putin hingga layu dan sedikit kekuningan
*letakkan cili kering dan tumis lagi sampi pecah minyak
*letakkan garam, pati ikn bilis dan gula, tumiskan lagi smpi sambal bertukar warna merah pekat
*letakkan pula air asam jawe, kacau sekali sekala dan pastikan api kecil, bila dah sedikit kering, akhir sekali masukkan ikan bilis. Kacau lebih kurang dan bolehlah di matikan api.


Kangkung goreng (ala... tumis sayur macam biasa je)
1 ikat kangkong
3 ulas bwg merah ~ hiris
2 ulas bawang putih ~ hiris
5 tangkai cili padi ~ hiris
sedikit ikan bilis
garam dan pati ikan bilis ~ secukup rasa
*tumis bawang merah, putih dan ikn bilis hingga kekuningan
*letakkan garam kemudian masukkan pula kankung dan pati ikan bilis
*tumis hingga kangkung layu


Telor dadar + mayonis
2 biji telor dipukul kembang bersama dengan 1/2 sudu besar mayonis dan sedikit garam. Kemudian gorengkan dengan sedikit minyak dan api yang panas.


mood : gendang gendut tali kechapi... konyang porot eden sonang hati! ngeeee.............

Friday, October 22, 2010

Nasi Goreng Ikan Bilis Berlado

Pagi nie terasa nak makan nasi goreng. Dalam peti ais sayur ada, telor ada... ok la tu, tapi..... malasnya nak menumbuk lesung pepagi ni huhuhu..... 
Ahah! teringat dalam tudung saji ada ikan bilis goreng berlado (memang sentiasa ada sebab sambal ni boleh tahan lama) so......... dapat dah 1 idea jeng jeng jeng....... (Ikan bilis goreng berlado ni saya dah tunjukkan resepi nya sebelum ni)


Bahan untuk nasi goreng ikan bilis berlado
1 mangkuk nasi
2 ulas bawang putih ~ ketuk
1 biji telor ~ goreng hancur dan asingkan
4-5 tangkai sawi 
garam secukup rasa


*gorengkan bawang putih hingga kekuningan dan letakkan garam
*letakkan nasi dan telor yg dah digoreng hancur. Gaul rata.
*letakkan pula sawi
*bila sawi dah hampir layu, akhir sekali masukkan ikn bilis goreng berlada tu. Goreng sampi semuanya sebati!


Ok la saya sertakan sekali resepi ikan bilis grg berlado


Bahan
1 genggam ikan bilis ~ goreng dan asingkan
10-15 tangkai cili api ~ tumbuk lumat bersama dengan 1 sudu kecik pati ikan bilis
*dengan sedikit minyak goreng cili api hingga sedikit garing (dengan api yg kecil) 
*letakkan ikan bilis dan goreng rata hingga cili api garing


Mood : Lalalalala..... kenyang perut senang hati!

Saturday, October 2, 2010

Lempeng Tepung

Selalunya, kalau nak sarapan pagi je, kita dok layan nasi lemak, roti canai, behun goreng, mee gerong dan sebagainya... 
Apa kate sesekali kita ubah selera dengan sarap lempeng tepung! bukan saje mudah tapi berkhasiat! makan plak dengan sambal ikan bilis... pehhh besh wooo.... 


Bahan-bahan untuk 2 org makan
9 senduk kecil tepung gandum 
1 biji telor
1 - 1/2 gelas susu kotak (apa2 brand pun boleh)
sedikit garam
air secukupnya (anggaran dlm 2 gelas)
minyak sayuran/zaiton

Cara-cara penyediaan
Didalam 1 bekas, satukan tepung gadum, garam, air dan susu segar.
Kacau sebati hingga tepung tidak bergentel (ye ke gentel? huhuhu kacau sampi tepung tak berketul-ketul).
Pastikan adunan tidak tertalu cair.
Masukkan pula telor dan kacau lagi.
Di atas kuali leper, sapukan sedikit minyak.
Masukkan 1 senduk adunan dan ratakan nipis mengikut saiz kesukaan anda.
Masakkan hingga ke dua belah lempeng kekuningan (macam dalam gambar tu..)

Selamat Mencuba! 




p/s : sambal ikan bilis tu di kemudian hari laaa share resepi ye....
mood : masih lagi demam... n3 ni dh 3 hari berlaku hihihihi......

Monday, August 30, 2010

Beef Steak & Whipped Potato

Dah lama rasanya tak update blog ni.... maklum ler dh dekat-dekat nak raya ni sibuklah sikit... lagi pun lagi dekat nak habis puasa lagi buntu nak masak apa? so... hari tu teragak pulak nak masak makanan western lari dari kebiasaan sikit... gambar dalam n3 ni sebenarnya hari tuuuu punya hihihi.....


Beef Steak & whipped potato with black paper sauce

Bahan beef steak
Daging lembu ~ beli yg dh siap di potong khas untuk masak steak
sedikit serbuk lada hitam
1/2 sudu besar sos tiram ~ untuk 2 keping daging
sedikit kicap manis
3 ulas bawang putih ~ tumbuk lumat
1 sudu besar minyak zaiton ~ kalau tak ada minyak zaiton gantikan dengan minyak sayuran pun boleh
*Gaulkan semua bahan di atas dan perapkan selama 20-30 minit. Panggang atas kuali grill dengan api yg kecil sahaja. Sebelum itu pastikan kuali betul2 PANAS*

Bahan whipped potato
3-4 biji kentang ~ rebus
3 sudu besar mayonis
sedikit garam
sedikit serbuk lada hitam/sulah
5 sudu besar susu segar ~ guna susu kotak je...
*kentang yg sudah di rebus, di lenyekkan bersama-sama dengan semua bahan di atas (lenyekkan ketika kentang masih panas)

Bahan black paper sauce
1/2 sudu besar lada hitam ~ tumbuk kasar
1/2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap manis
1 1/2 sudu kecik kicap pekat
1-2 sudu besar tepung jagung ~ bancuh dengan air
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
3 ulas bawang putih dan sedikit halia ~ tumbuk lumat
Garam secukup rasa
3-4 ketul cendawan butang ~ potong sederhana nipis
1-1/2 gelas air
*Tumiskan bawang putih dan halia hingga hampir kekuningan. 

*Masukkan lada hitam dan tumiskan lg hingga naik bau. Letakkan pula cendawan butang tumiskan lg hingga cendawan masak @ btukar warna keperangan. Masukkan pula air dan biarkan hingga mendidih.
*Masukkan semua bahan sos, garam dan kacau hingga bahan jadi sebati. Selepas itu letakkan pula air tepung jagung, kacau dan terus kacau hingga sauce jadi pekat (kalau kurang pekat tambahkan lg air tepung jagung dan kalau terlalu pekat tambahkan lg air biasa)
*Masakkan dengan api yg kecil supaya sauce tidak hangus.
*Bolehlah di tambahkan lg kicap, sos cili, sos tomato sekiranya rasa tidak memuaskan

Thursday, August 26, 2010

Ayam goreng mama simah

Resepi ayam goreng ni aku dapat masa makan malam kat rumah mama simah. Pertama kali rasa, aku terus jatuh cinta dengan keenakkan ayam gorengnya. Ape lagi dengan muka tak malu aku mintak ler resepinya.... hihihi :-)

Bahan-bahan utk 2 org makan
5 - 6 ketul ayam
1 atau 1/2 sudu besar cili kering
1/2 sudu besar serbuk kari ayam/daging
garam dan serbuk kunyit secukup rasa
1 sudu kecik serbuk pati ayam (yang ni aku saje letak bagi rasa dia lg kit)

Perapkan ayam dengan semua bahan di atas selama 20 minit atau semalaman.
Dengan minyak yang banyak, gorengkan ayam dengan api yang tidak terlalu besar atau kecil.
Goreng sampai ayam garing.




Ayam goreng ni kalau makan dengan nasi lemak mesti best kan?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails