Showing posts with label DIY. Show all posts
Showing posts with label DIY. Show all posts

Thursday, October 23, 2014

20 DIY Meja Daripada Pintu Terpakai

Assalamualaikum wbt,

Walaupun ahkak tenggelam timbul dalam kesibukan yang melanda, haruslah juga perhatian diberikan kepada blog tersayang ni. Alhamdulillah jualan Home Binder 2015 by SusunAturSioca sangat memberangsangkan. Tak kusangka ramai yang berminat dengan Pakej 3. 

Saya memang target nak jual 6 set je Pakej 3 tu. Tapi ramai yang bertanya, tak sampai hati pula tak tunaikan. Bukan apa, masa yang ada tu sangat terhad nak berulang-alik ke kedai binding. Tu je masalahnya. Kalau bab lain insyaaAllah bisa diatur. 

Apapun, saya sangat-sangat bersyukur kerana ramai yang berminat dengan Home Binder ni. Saya memang sangat mengharapkan dengan adanya Home Binder ni, dapatlah sedikit sebanyak membantu urusan kehidupan kita agar lebih teratur, efektif dan memberi makna. InsyaaAllah.

Dapat pulak customer-customer yang sweet macam kat bawah ni...menangis keharuan ahkak...

Dapat kakak macam ni, sejuk hati rasaaa.....sweet sangattt....

Kakak yang ni pulak nak hadiahkan untuk kawan katanya, seorang datin. 
MasyaAllah baiknya hati...menjadi inspirasi buat saya...


Ada beberapa set lagi menunggu untuk dibinding. Semua tu kena tunggu sebab divider Jan-Dec tu dah habis stok. Kena tunggu tuan kedai re-stock dulu. Dalam minggu ni nak kena setelkan dan pos pada customer. Mohon maaf kena tunggu ya kawan-kawan.

IKEA delivery pun tak kurang juga sambutannya. Dah dua kali delivery saya tak sempat kongsikan di sini. Satu, order dari orang Nilai yang nak beli rak buku. Kedua order dari return customer yang nak beli sekian banyak hadiah untuk cabutan bertuah sekolah. Wahhh kalau saya yang menang hadiah-hadiah tu, mau menangis kegembiraan tiga hari tiga malam...;P 

Tapi, kaki ni macam nak tercabut jugaklah ulang alik dalam IKEA tu sebab barang-barang untuk cabutan bertuah tu kat market hall belaka. Kalau kat rak/seksyen boleh terus terjah. Ni kat market hall kena perhati satu-satu, kalau terlepas pandang nak kena patah balik dari awal. Memang kebas kaki, tangan, pinggang, urat mata semua...;)

Jangan tanya camne kitorang tolak tiga buah troli ni, sambil bawak budak bertiga tu. Macam penguin dah rasa. Hahaha ;D

Padat.

Ok berbalik kepada cerita meja. Inilah akibatnya lama tak update, rasa nak 'muntah'kan semua cerita dalam satu entri...-___-''

Al-kisah, ingat tak sebuah cerita tentang pintu terpakai dan tersadai di ruang airwell satu ketika dahulu?

Nak buang sayang. Nak simpan semak. Jadi, ada baiknya kita tukar pintu yang tak digunakan tu kepada sesuatu yang lebih bermakna.

Ideanya sudah tentu cilok dari kawan-kawan jugak. Yang ni dicilok daripada wararies..:)

ADILS Leg IKEA Adjustable feet make the table stand steady also on uneven floors.
ADILS yang diperlukan untuk dijadikan kaki meja boleh didapati di IKEA.

Mula-mula kita pasangkan base dia.

Pastu slot in kakinya.

Ulang-ulang sampai siap.

Disebabkan meja ni panjang dan ditakuti melendut maka kami pasangkan tapak tambahan kat tengah-tengah. Nanti tinggal nak slot in kakinya je.

Pandangan bawah meja.

Tak semenggah rupanya kalau tak beralas...lagipun takut juga kena selumbar kat hujung-hujung yang tercabut tu...

Jadi kita beli alas getah plastik je, alaskan atas meja tu...tahan lasak sket...warna pulak merah menyala...;p 




Dah ada alas, beli kerusi pula {pun dari IKEA}.
Nak duduk camne kalau takde kerusi, iya dok? ;p

Meja ni bukan untuk kegunaan harian pun. Kalau nak buat barbecue ke, bakar sate ke, golek kambing ke {amboiii ;p} kat luar ni, barulah nampak kegunaannya. Atau ada kenduri ke, nak basuh pinggan mangkuk ke, periuk ke, bolehlah letak kat sini keringkan. Kekdahnyaaa....;)

Yang penting misi tercapai: 
  • Pintu tak perlu dibuang. 
  • Rumah bebas barang tak digunakan. 
  • Ada meja tambahan untuk urusan memasak di luar lagi! 

WIN-WIN situation...!! I loikeee...;);)

Ada sesiapa DIY-DIY jugak macam ni? Mesti ramai yang kreatif lagi inovatif kat luar sana kan...jom share dengan kita-kita di SINI...!! Ada penaja baru lagi uolsss...jom terjah!! :)

 photo footer.png

Thursday, October 2, 2014

21 Cat Pagar Rumah

Assalamualaikum wbt,

Kerja-kerja mengecat ni bukanlah satu perkara yang mudah, walaupun benda yang nak dicat tu taklah besar mana...tapi perlukan kesabaran yang tinggi...memang cabaran nak menyiapkannya...

Sebenarnya tak siap final touch-up lagi pagar ni tapi agak 'bertahun' juga nak tunggu siapnya, maka share jelah dulu...dia perlu banyak coat untuk hasil yang kemas tapi nak buat selapis dua lapis ni pun dah sekian seksanya...-____-''

Bukan apa, budak-budak jelah pun yang ngacau, tu yang jadi lambat. Dia pun nak explore jugak apalah yang dinamakan 'cat' ni. Kalau tak perati kang, ada yang makan cat pulok...;P

Jadi, memang SALUTE kat sesape yang boleh mengecat tak kisahlah cat bahagian rumah yang mana...tabik toing-toing untuk anda! ;D

Warna asal pagar ala-ala brown...nak tukar pagar bukan murah, so kita cat je...

Oklah harga dia...perlu satu tin ni je untuk pagar tu. Jimat beratus kalau tukar pagar. 

{amboi kaedah penjimatan sangat...sila praktikkan. ;p}

Siap-siapkan bahan nak mengecat.

Apa namanya ni, thinner ke turpentine? Apapun, benda ni penting jugak macam nak mencairkan cat tu sikit. Kalau tak, likat sangat nanti susah nak cat.

Mula mengecat...seperti biasa, minta tolong pada yang pakar la...encik suami ;)

Saya handle part-part yang sukar dan perlukan penelitian macam ni. Tak rajin nak sellotape, jadi agak comot. {sape suh tak rajin? -___-''}

Rasa macam nak spray je part-part macam ni...tak terfikir pulak sebelum ni jadi tak beli spray. Rasakan mengecat. ;p

Bos kecik tengah pantau...dah siap sebelah pagar.

Cat sebelah lagi satu...ni saya punya tugas. Encik suami kata cuba belajar buat....uhuks...ingat dapat ngelat...

Cat semua bahagian, walaupun rasa macam ni orang tak nampak ni...cat je ok...

Dapat tengok kan beza dua lapis cat dengan satu lapis cat...so, jangan cuak bila tengok tak cantik lepas first coat, sebab anda hanya akan lega selepas coat kedua. ;)

Ada bahagian yang nampak kemas. Ada juga bahagian yang perlukan satu coat lagi. Tapi weols dah berpeluih-peluih kat luaq ni...so sila tunggu lain kali untuk last coat tu....phewww

Siap sebelah lagi satu.

Perasan kan awning yang dah dikongsi hari tu...itulah rupa dia...

Kalau boleh, cat dulu baru pasang autogate, sebab arm dia tu agak mengganggu proses mengecat.

Tapi kalau dah pasang dulu pun takpe, catlah perlahan-lahan yaa....;)

Love the green and blue nature color at the background...subhanallah perfect view!

Hasilnya??

Saya S U K A...!!

Terasa beza sangat bila dah cat putih ni. Maklumlah iols suka amat warna putih...

Tapi jangan zoom dekat, agak comot di bahagian-bahagian sukar...haha. Dah kata memang cabaran nak siapkan. InsyaaAllah kalau ada spray and satu coat lagi, yang bahagian-bahagian sukar tu boleh di'rawat'...bila tu? 

Lain tahun...!

;D

 photo footer.png

Wednesday, March 26, 2014

39 Makeover Clipboard For Meal Planning Chart

Assalamualaikum wbt,

Saya pernah kongsikan di entri susunatur ruang pantry tentang clipboard ni. 

"Tuannya nak DIY something dulu"...ingat tak?

Hah, hari tu siap dah projek mini saya tu. Jadi, marilah saya kongsikan hari ni hasilnya dengan anda semua. 

Sebenarnya saya pernah tanya Jen, camne dia buat clipboard kat rumah dia semuanya look fancy dengan corak yang cantik-cantik? Kalau cari kat kedai memang tak jumpa corak macam tu. Then dia reply kata dia guna contact paper yang coraknya sama ada memang ada dijual atau diprint je sendiri. 

Contact paper tu macam kertas sticker/wallpaper yang da siap-siap gam kat permukaan belakang dia tu.

Saya tak ada contact paper tu, stok kertas stiker pun dah habis...jadi saya gunakan kertas A4 biasa je, print corak chevron hijau dan guna double tape dan sellotape untuk lekatkan ke clipboard.

Yang paling tricky ialah kat bahagian yang ada clip tu...kena ukur betul-betul saiz untuk kita potong kertas tu...

Guna pisau ya...


Ni bila dah siap dipotong.

...dan masukkan kertas tu ke dalam clip tu.

Sebabnya saya pakai kertas A4 jadi kenalah pakai dua helai kertas supaya cukup nak cover clipboard ni...kalau ada A3 size lebih mudah. Sekali pasang je dah cover terus semua.

Guna pembaris untuk ratakan sambungan kertas pertama dan kedua tadi.


Terbalikkan...

...dan lipatkan lebihan kertas tadi ke belakang.

Ambil lagi dua helai kertas siap dicetak coraknya dan cover pulak bahagian belakang ni.

Kalau guna contact paper, boleh discard langkah ni. Ni sebab saya agak 'rimas' tengok lebihan kertas dilipat ke belakang tadi tu, maka terpaksa tampal lagi dua helai kertas corak ni untuk tutup belakang clipboard ni






Dah siap, bolehlah gantungkan di tempat asalnya.

Dan lekatkan Meal Planning Chart.




Kalau nak guna, ambil je dan bawa ke meja untuk tulis menu dan senarai keperluan. Kena pastikan tangan kering tau, kalau tak corak tu kembang nanti.

Rutin mingguan, merancang menu dan senaraikan keperluan untuk dibeli.

Takde kaitan dengan ruang keluarga ek? 

Alaaaa....bolehlah sekali sekala cerita lain kan....hehehehe

Korang jangan ngelat pulak tau...marilah teruskan perkongsian ruang keluarga korang DI SINI...;D

 photo footer.png
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...