Hari ini hari Sabtu.
Saya tidak pulang kemana-mana. Saya tidak pulang ke rumah abang saya mahupun kakak saya.Apatah lagi rumah mak dan abah saya kerana mereka berada di Madinah sekarang.kalau pulang ke kampung pun hanya untuk memastikan bunga orkid mak saya hidup dengan segar sesegar semasa mak dah ayah saya berangkat dulu. Selebihnya, hanya perlu membasuh kembali semua kain buruk yang kami hanya jemur tanpa membasuhnya semasa balik ke kampung minggu lalu.
Cerita hari ni bermula dengan the power of tau fu fa and maggi sup, apabila saya,ita dan just seperti dirasuk duta pencuci tandas apabila kami tersangat rajin untuk mengemas rumah. Rumah kami sangat bersih hari ni. Kipas kami seperti baru keluar dari mesin basuh dan telah dicuci dengan dynamo. Teamwork kami sangat bagus hari ini. Sehingga kami mampu untuk mengepow Boyfren Ita untuk menghantar nasi beriani gam sebagai makan tengah hari kami.
Sebelah petang kami keluar ke digitall mall untuk membeli external harddisk (bukan untuk saya) dan juga memory card (bukan untuk saya juga). Saya tukang beli jea. Tujuan utama ke sana tidak dapat dikenal pasti. Hasilnya saya dapat membeli HDD yang sangat cool untuk Syud. 320GB dengan hanya rm270 sahaja. Murahkan??bak kata apek yang menjual...
apek:sekarang sudah ada 500gb punya ma...sebab itu sangat murah...
Kami:ooooooooooo....Selain itu, Just beli Cd game yang kami xdapat install dari tadi.Memory card SD jual telah dijual dengan harga RM20 sahaja. huh?masa saya beli kali pertama RM28. Kali kedua=RM22.
Hari ini juga ada Sony Warehouse sale di Amcorp Mall. Bergegas kami ke sana dengan harapan untuk membeli gadgets yang cool. Malangnya kebanyakan barang telah kehabisan stok. Cuma yang ada Tv LCD yang sangat besar dan berharga RM5000 dah ke atas. Tidak ada maknanye.
Akhirnya kami ke gaint untuk membeli barang yang diperlukan untuk pot luck hari isnin ini di pejabat. Owh saya sangat malas bila terbayang kan hari isnin.
Yang kelakarnya selepas habis membeli barang kami turun ke parking untuk ke kereta. Memandang kami semua sangat pandai dan sangat excited untuk ke warehouse sale, tidak ada seorang pun dari kami mengingatkan no parking kami. Oh bagus. Inilah hasilnya...

kami mengusung troli sambil berpusing mencari kereta. lihatlah mereka mengangkat troli walaupun laluan di tepi boleh digunakan. Baguskan mereka?
** mungkin anda pelik kenapa saya menggunakan bahasa melayu sepenuhnya?? jawapannya adalah saya telah sedar bahasa inggeris saya sangat teruk walaupun Ayah saya bernama Mat salleh. Selain itu saya juga banyak membaca blog anak anak remaja dengan bahasa melayu sepenuhnya dan saya rasa sangat bagus. dan mungkin juga anak buah saya (Ofal) pernah berkata " cuba lihat apa yang ada di dada saya" dan saya rasa beliau sangat cool dengan berkata berkata begitu. Apa kaitannya,saya pun tak pasti. Mungkin selepas ini saya akan terus menulis dalam bahasa malaysia.