Bagi memudahkan anda melihat keseluruhan tajuk entry, sila tekan SITEMAP pada menu di atas.

Baca Cerita Yang Best - Klik, Jangan Tak Klik!

Memaparkan catatan dengan label m.burn. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label m.burn. Papar semua catatan

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dengan ini saya telah membuat keputusan, untuk berhenti menulis blog, buat satu jangka masa yang saya sendiri tidak pasti, oleh sebab saya tidak lagi punya masa seperti dahulu.  

Segala yang terkandung di dalam blog ini, boleh disalin semula atas tujuan yang baik. 

Saya mohon maaf kerana, kebanyakan pautan muat turun yang terkandung di dalam blog ini sudah tidak aktif, memandangkan mediafire telah berhenti menyediakan perkhidmatan file sharing.  

Namun saya amat berbangga dengan hasil usaha saya, berbekalkan sedikit kemahiran dalam bidang teknologi, saya berjaya mempunyai blog yang tidak seberapa ini. 

Selepas ini, saya bercadang untuk menyelenggara dan memadam entry2  yang tidak bermanafaat, dan boleh dianggap sebagai tulisan saya yang agak kebudak-budakan. 

Akhir kata, terima kasih kepada semua pelawat blog Syurga Itu Indah.  



Assalamualaikum. Kali ini saya ingin mengajak anda semua berfikir mengenai satu fenomena, iaitu kata mengata, atau umpat mengupat di tempat bekerja. Apabila berada di tempat kerja, sudah pasti terdapat banyak ragam dan kerenah manusia yang dapat kita lihat. Mari kita lihat satu persatu antara perkara yang dapat saya simpulkan.

Dia mungkin juga mengata anda

Pernahkah anda terfikir apabila terdengar orang mengata, dia mungkin juga mengata anda di belakang anda? Oleh sebab itulah saya tidak gemar mendengar atau ambil peduli sangat mengenai gossip atau cacian yang dilemparkan. Cukuplah sekadar saya mendengar, atau pun sekadar mengangguk. Golongan seperti ini sukar untuk dipercayai.

Jangan cari keburukan orang, nilai kelemahan diri sendiri

Setiap manusia ada kekuatan dan kekurangan. Jangan sesekali kita berjalan di bumi Allah dengan perasaan takbur. Kita bukannya Tuhan yang mampu menilai insan. Di mata kita, mungkin sesuatu itu tidak elok atau ada cacat cela, tapi padaNya mungkin berbeza sama sekali. Sebaliknya kita perlu mengkaji kelemahan diri sendiri dan sedar bahawa kita tidak dilahirkan sempurna. Ingat, orang yang anda umpat itu mungkin lebih baik, lebih bijak, atau lebih berjaya berbanding anda.

Jadilah manusia yang mengenang budi

Kita tidak dapat melaksanakan tugas seorang diri. Sebaliknya, kita memerlukan bantuan, atau pun sokongan dari rakan-rakan. Bermakna kita perlu bekerjasama dan saling hormat menghormati. Cuba anda amati, orang yang anda kutuk, mungkin satu masa dahulu pernah memberikan bantuan kepada anda? Walaupun dalam bentuk pertolongan yang kecil. Dia mungkin pernah menolong anda meringankan beban tugas kerja dan sebagainya.Tidakkah anda berasa bersalah mengatanya? Manusia cepat benar lupa. Sepatutnya kita menjadi manusia yang lebih mengenang budi.


Fikir-fikirkan dan selamat bekerja...


Assalamualaikum kepada semua pengunjung blog Syurga Itu Indah. Harap anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera. Bersyukur walaupun sekarang terlalu jarang update blog, masih ada pengunjung yang datang secara konsisten ke blog saya. Dengan carian ikan laga di google (link paling atas). Mungkin itu adalah hasil usaha saya selama beberapa tahun bermain blog…

Beberapa bulan yang lalu, saya telah diminta membawa pelajar-pelajar daripada daerah Kinta Utara untuk pertandingan silat di Pengkalan Hulu. Walaupun berat hati saya, saya akur dengan arahan. Sebab saya berasa berat hati adalah, saya bukanlah guru yang sepatutnya dipertanggungjawabkan. Dan saya tiada asas langsung dalam seni silat. Saya memang gemarkan seni bela diri, tetapi agak bosan menonton silat.

Memang terasa agak sedih apabila hanya saya seorang guru lelaki yang perlu menjaga 27 orang murid sekolah rendah dan sekolah menengah. Pada mulanya saya berasa agak bimbang. Bimbang saya gagal mengawal disiplin mereka. Bimbang perkara yang tidak enak berlaku. Tetapi jangkaan saya meleset. Alhamdulillah, mereka semuanya berdisiplin, terutamanya pelajar-pelajar Sekolah Menengah Izzuddin. Boleh dikatakan mereka sangat matang. Tidak seperti golongan remaja yang baru meningkat naik, yang selalunya tidak beradab, tidak tahu menghormati orang lain dan gemar berkelakuan ala-ala gangster.

Tetapi ada yang kurang menyeronokkan. Saya berasa sangat terkilan kerana kemudahan tidak disedikan untuk guru-guru. Tempat menginap tidak ada kipas, tidak ada suiz untuk charge handphone, bahkan tandas tidak ada pintu! Inikah nasib seorang guru di Malaysia  yang boleh dikatakan tinggal di Negara yang membangun dalam segala aspek? Bila dipersoalkan, takut-takut saya dituduh tidak tahu bersyukur. Ya, benar ramai lagi guru seperti guru pedalaman yang terpaksa menanggung segala bentuk kepayahan. Tetapi sepatutnya di semenanjung Malaysia tidak ada masalah seperti ini. Kenapa pertandingan dilakukan di tempat yang tidak ada kemudahan? Sudahlah saya ni terpaksa datang, saya rela… Tetapi melihat layanan yang tidak professional menyebabkan saya seperti mahu menitiskan air mata. Bahkan layanan yang diterima sebaik sahaja sampai, seolah-oleh kami, guru-guru ni nak sangat datang ke sana. Tahu, jawatan mereka tinggi… Siapalah kami, sekadar guru biasa. Apa salahnya senyum, gunakan bahasa yang manis, dan memuliakan kami, seperti mana adab memuliakan tetamu. Gaya duduk dan berbual sesama mereka pun buat saya rasa meluat. Inilah budaya dan sikap orang berjawatan besar. Berpangkat sedikit, mulalah berlagak. Atas sebab itulah rasa hormat saya kepada golongan seperti mereka begitu tipis.

Baiklah, ada sesuatu yang menambat hati saya, dan ingin saya kongsikan dengan anda... Kebolehan pelajar-pelajar  Sekolah Menengah Izzuddin bermain alat muzik, sangat mengagumkan.  Saya sempat merakamkan sedikit video… 


Bagaimana? Kalau tengok live, lebih seronok… Baiklah, sampai sini dulu ye… Assalamualaikum.

Assalamualaikum, dan salam satu Malaysia. Cuti sekolah sudah pun berakhir. Harap semua pelajar sudah bersedia untuk kembali ke sekolah untuk belajar sekaligus mengetahui keputusan peperiksaan. Saya sebagai guru pun terasa sedikit kekok untuk kembali bertugas. Cuti akan sentiasa tidak cukup. Apabila terlalu lama, beginilah jadinya.

Kali ini saya nak kongsikan beberapa keping gambar yang tidak seberapa. Bagi yang tinggal di Bandaraya Ipoh, sudah pasti lebih arif mengenai Memory Lane, atau suatu masa dahulu terkenal dengan panggilan Loken.






Saya, adik dan ayah saya, sempat merayau2 untuk melihat barang2 yang dijual disana. Terdapat banyak barang antik, barangan elektrik terpakai, jam tangan, majalah2 lama, dan sebagainya, Barang yang anda tidak sangka dijual pun, ada dijual di sini. Dan ini lah yang menarik mengenai pasar Memory Lane yang terletak berhampiran bangunan Kinta dan Pasar Raya The Store.



Bagi yang tidak pernah datang, bolehlah datang untuk membeli belah.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum, salam satu Malaysia. Lama betul tak meluahkan rasa hati di sini. Mungkin ada blogger lain yang sudah tidak mahu berkunjung ke sini. Tak boleh nak disalahkan juga... Kandungan blog sudah lama tidak dikemaskini. Sebenarnya bukan tidak mahu, dan saya bukannya tidak serius berblog. Akan tetapi ada urusan kerja yang lebih penting. Beserta masalah kemudahan internet yang sudah tidak seperti dulu.

hyundai accent

Kali ini saya nak kongsikan gambar kereta pertama dalam hidup saya. Hyundai Accent… Cadangnya nak cari Honda City first model. Tapi tak lepas loan. Mungkin dah rezeki kereta ni nak bertuankan saya. Hehe… Orang kata, kereta ni kuat makan minyak. Tapi setakat ni, tiada masalah. Syukur, sudah pun bulan ke tiga…

Salam semua. Rasa2 antara laki dgn pmpuan, sape lg kuat sembang? Mean kuat buat, reka cerita… Nak dijadikan cerita, saya search gambar ikan laga kat google image. Then terjumpa gambar ikan saya kat blog org lain. Saya x kesah pun… Biasa la bila org guna gambar yg kita up kat internet. Tp yg klako dan x bestnya, gambar ikan saya tu telah dijadikan medium untuk tuan punya blog yg memang kaki sembang, mengada2kan cerita. Klik gambar untuk baca cerita sembang beliau…

blogger penipu

lupa


Salam semua. Apa khabar? Harap anda semua sihat… Petang ni saya nak berkongsi mengenai kisah hidup saya. Bukan nak menagih simpati, cuma sekadar peringatan untuk diri sendiri.

Ayah saya bekerja sebagai PAR, Pembantu Am Rendah. Walaupun bekerja dalam sektor kerajaan, ayah saya dibebani dengan hutang. Hutang koperasi dan macam2 lagi. Hatta beli barang keperluan harian pun berhutang, masuk buku 555. Tapi bukan tu yg nak saya ceritakan.

Saya nak bercerita mengenai betapa susahnya untuk mendapat duit. Ye, duit! Oleh sebab ekonomi keluarga yang teruk, ayah cuba berniaga di kawasan hadapan kilang, dimana pekerja kilang akan beli makanan time rehat dan balik. Ramai juga yang berniaga. Kalau nak diikutkan, memang salah dan tak boleh meniaga kat sana. Ada hari, untung dan ada hari rugi. Ada satu hari tu, saya ikut ayah berniaga. Bila minah2 kilang tengok ayah bawak anak, dorang pegi beli di gerai lain. Hari tu cuma laku telur masin. Memang sedih. Ayah cool aje. Tapi dalam hati dah tentu ayah lebih sedih lagi… Kesudahannya, ayah berhenti berniaga.

Kisah kedua pula, bila diingat2, lebih menyedihkan. Masa tu mak cuba berniaga goreng pisang, roti sardin dan air. Kawasan tu memang tak ramai yang lalu lalang. Jadi tak ramai jugalah yang datang membeli. Ayah yang suruh mak meniaga. Dan mak turutkan. Dengan harapan dapat duit lebih. Tapi rezeki tidak ada disitu… Pernah mak terdengar orang berkata goreng pisangnya tak sedap. Kesian mak…

Pernah juga mak cuba bekerja di kedai makan. Sebagai pembantu tukang masak. Mak bawa adik. Masa tu adik kecil lagi. Tapi sekejap saja. Akhirnya mak berhenti kerja sebab tuan kedai cakap kasar dan banyak sangat komplen. Lagi pun mak susah nak buat kerja sebab bawak baby…

Sekarang mak tak payah susah2 kerja lagi. Anak mak ni mampu tanggung mak. Bukan takat tanggung, bahkan hidup jauh lebih senang. Kalau dulu tv rosak, berbulan2 kita tak tengok tv sebab takda duit nak baiki, sekarang kita boleh pakai buang je tv. Tak payah nak baiki. Bukan sombong atau lupa diri. Tapi memang hati ni rasa nak balas balik semua kesusahan dulu.

Lihat! Betapa susahnya kalau kita takda harta, takda duit. Mungkin ada diantara anda yang membaca tidak dapat membayangkannya kerana tidak pernah hidup susah. Dan entry ini saya tulis bukan berniat untuk menagih simpati sesiapa, tetapi supaya saya tidak lupa jasa emak dan ayah. Tidak lupa kesusahan mereka semasa membesarkan saya.

Bila kita takda duit, orang memang akan pandang rendah. Tapi bila kita berduit, orang sanjung, orang puji, dan ramai pula yang nak berdamping. Semoga saya tidak akan pernah lupa asal usul saya. Terima kasih kerana membaca…

Salam semua. Entry ini mungkin akan membuat anda rasa takut, bimbang dan mungkin juga bengang, marah serta menjadi biul. Kesan daripada membaca entry ini adalah tanggungjawab anda sendiri. Serius, saya tak main2. Kalau anda tak bersedia, sila beralih ke entry yang lain… Anda masih membaca? Terpulang…

Ini bukan cerita You Saka. Takde kaitan jugak dengan cerita Senjakala. Ala, kan ada babak pindah saka tu… Siap jerit2 lagi. Huhu… Okay, apa itu saka? Orang melayu terutamanya sering dikaitkan dengan saka. Bangsa lain takda ke?

Sekadar gambar hiasan...

Sejauh mana anda percaya wujudnya saka? Saka ni turun melalui keturunan. Saka BAKA. So, maknanya, dia, atau pun hantu tersebut ialah keturunan anda. Mungkin lapisan nenek moyang yang sudah berzaman meninggal dunia. Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan kenyataan saya. Kebanyakan dari kita percaya, tidak ada hantu. Yang ada cumalah jin. Dan tak mungkin hantu itu asalnya dari roh manusia. Sebenarnya, alam ini penuh dengan misteri. Dan saya tidak mahu bertengkar, atau berhujah dengan anda. Boleh rujuk entry saya sebelum ini, 10 Hakikat Hantu.

Saka selalunya menyusahkan. Kesan apabila mereka ada dalam rumah kita, akan sering berlaku pergaduhan dan mungkin juga perceraian, rumah hilang seri, rezeki sukar masuk, dsb. Anda ada pengalaman, cerita mengenai saka? Jom kongsikan…


tolong ikhlas


Contoh situasi:

Cikgu A: Boleh tak buatkan banner untuk sambutan Maulidurrasul? Saya tak ada masa la.

Cikgu B: Boleh, apa salahnya. Nak banner yang macam mana?

Cikgu A: Simple2 je. Just buat tulisan jawi.


Cikgu B: Ini dia banner yang cikgu minta dah pun siap.

Cikgu A: Owh, terima kasih. Err, tapi saya rasa tulisan kecik sangat la. Warna pun macam tak berapa sesuai. Dan kalau boleh buat awan larat pada setiap bucu.


Oke. Soalan aku simple je. Apa Cikgu B patut jawab pada Cikgu A?
A) Baiklah cikgu. Saya akan buatkan yang baru. Kain rentang yang lain ada? [dlm hati:penatnya…]
B) Erm, saya pun sibuk la cikgu. Cikgu guna yang ni sajalah atau cikgu buat la yang baru.
C) Saya dah tolong pun kira bertuah, walaupun bukan tugas saya. Kalau cikgu nak yang cantik, buat lah sendiri!
D) Dush!


Kita kirim nasik lauk ayam kat member yang nak keluar ke kedai makan. Lepas tu kita komplen segala bagai, kuah yang dia letak tu tak sedap la, kuah terlampau berminyak la, ayam part keras la… Ada ke patut??? Yang ni sekadar contoh saja. Tapi hakikatnya ramai manusia yang macam ni Hmm, oke la… Jangan lupa jawab soalan kat atas yer!


Assalamualaikum… Malam pasangannya siang, Jaga pasangannya tidur, Dan lumrahnya lelaki pasangannya perempuan. Kerana perempuan adalah pasangan kepada si lelaki, maka Allah telah menciptakan bentuk badan perempuan itu dapat memikat hati lelaki.

Tahukah kamu duhai perempuan, apabila lelaki sudah terpikat, dia tidak menjadi dirinya sendiri? Dia akan melayan perempuan tersebut dengan kata2 yang lembut, kata2 yang indah, sedangkan dirinya sebenarnya seorang yang kasar. Kebanyakan lelaki memang pandai menanam tebu dipenggir bibir. Maka ramailah gadis yang tergoda dan terpedaya dengan janji2 palsu lelaki. Dan takut2 selepas sang lelaki mendapat apa yang dimahukannya, tebu tersebut akan ditebas, dan yang tinggal hanyalah hampas. Bila berkata tentang terpikat, maka ia sudah pasti ada hubung kait dengan nafsu. Jika ia ada hubungkait dengan nafsu, ianya juga ada hubungan pula dengan bisikan syaitan. Jadi untuk mengatasi nafsu, mestilah dikawal dengan iman. Untuk memperoleh iman mestilah dengan menurut perintah Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya. Segalanya bermula dari hati, seperti yang saya katakana dalam entry apa itu iman.

dahsyatnya mata lelaki

Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol. Simbol apa, semua orang tahu... Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika tidak dikawal dengan iman. Maka mata lelaki ini selalu menjalar apabila terlihat seorang perempuan. Menjalar ke setiap pelusuk tubuh perempuan itu. Pendek kata, perempuan itu akan ditelanjangkan! Kami tidak minta jadi begini, tetapi sememangnya lelaki tercipta sebegini. Inilah rahsia yang perempuan tidak pernah tahu. Mata lelaki dan perempuan adalah berbeza. Setiap bentuk badan seorang perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu. Apabila seorang lelaki terlihat seorang perempuan, maka perkara pertama yang akan dilihatnya ialah rambut perempuan berkenaan. Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh seorang lelaki akan rambut wanita tersebut. Oleh kerana itulah perempuan wajib menutup rambutnya. Apabila rambut perempuan itu telah ditutup, maka mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat bentuk lehernya, maka wajiblah perempuan itu menutup lehernya. Maka mata lelaki itu akan turun lagi melihat bentuk payu daranya, maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk payu daranya dengan melabuhkan tudungnya. Cuba lihat zaman sekarang, berapa ramai gadis yang secara sengaja memakai tudung yang singkat, tudung silang? Mungkin bagi kamu perempuan, tidak menjadi masalah, tapi bagi lelaki, ianya seolah show percuma! Lelaki dapat berimaginasi dan membayangkan bentuk payu dara disebalik baju dan tudung singkat itu. Kalau mantap, mantaplah… kalau kendur, kendurlah… kalau besar, besarlah…kalau kecil, kecillah… Dan lelaki ini selalu bercerita pada teman2nya, tentang bentuk payudara yang dilihat. Perkara tersebut akan tersebar dan jadi bualan dikalangan kami. Kalau anda sedang belajar di university, bayangkan satu university tahu bentuk dan saiz payu dara anda. Dahsyat bukan??? Maka labuhkan tudung kamu! Sememangnya kamu perempuan akan takut jika terdengar sekumpulan lelaki berbual mengenai perempuan. Kamu perempuan selama ini hanya mendengar perkara2 manis yang kami cakapkan. Dan percayalah, kamu tak ingin mendengarnya.

Dan akan masuk syurga lelaki yang berjaya menolak ajakan zina… Namun sedih sekali, bilangan lelaki sebegini amat sedikit… Lantas bagaimana mahu mengelakkan zina? Baca entry saya mengenai seseorang yang berjumpa Rasulullah kerana ingin berzina.

Setelah itu mata lelaki akan turun lagi melihat bentuk ramping pinggangnya, maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak bentuk pinggangnya, maka mata lelaki itu akan melihat pula akan bentuk punggungnya, maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya agar bentuk punggung tidak kelihatan, dan lelaki itu akan pula melihat bentuk pahanya, maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain yang agak ketat sehingga terlihat bentuk pahanya walau sedikit, maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan bentuk kakinya pula, maka janganlah wanita itu berseluar, kerana terus-terang, walau muslimah itu berertudung labuh, berbaju labuh, jika memakai seluar, walau nampak besar sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara spontan.

Mata lelaki ini sememangnya nakal, setelah tidak ternampak akan bentuk kakinya, maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya, maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki itu supaya tidak berdosa, menutup kakinya dengan melabuhkan kain, atau memakai stoking yang warnanya jangan sesekali berwarna kulit perempuan, Selepas itu, mata lelaki ini akan kembali ke atas, akan melihat pula bentuk tangan wanita itu, maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan tudung menutupi bentuk tangan yang indah pada pandangan lelaki. Anda perempuan tidak percaya? Percayalah, kerana inilah hakikat lelaki. Kalau tangan perempuan itu putih gebu, lagilah tak tertahan lelaki melihatnya. Hakikatnya semua lelaki adalah begini, tiada yang terkecuali. Cuma bezanya lelaki yang beriman, akan cuba untuk tidak terus hanyut dengan apa yang dilihat. Lelaki yang baik, tidak akan bertindak menggoda perempuan tersebut. Tetapi lelaki yang jahat, apabila ternampak sahaja perempuan yang berpakaian ketat, matanya liar, dan dia akan sedaya upaya menegur dan berkata2 manis supaya perempuan tersebut jatuh cinta. Maka apa gunanya cinta pada paras rupa yang tidak kekal. Tidak kah kamu berfikir duhai hawa? Mahukah kamu pada lelaki yang hanya sukakan tubuhmu?

Wahai lelaki, janganlah kamu melirik muka seorang perempuan, kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika kamu benar2 ingin meminangnya. Jika perempuan itu cukup soleh, takut mukanya yang cantik itu akan menimbulkan fitnah, maka berpurdahlah kamu, jika itu lebih baik untuk kamu.

Sekarang, kamu perempuan sudah pun tahu betapa dahsyatnya mata lelaki. Tetapi perlu diingatkan, jika semua aurat telah ditutup, janganlah dianggap tugas kita telah selesai, perlulah pula kamu perempuan menjaga kehormatan diri masing2, jangan keluar bersendirian, keluarlah dengan mahram, atau keluarlah sekurang2nya bersama 3 orang teman agar tidak diganggu. Dan disamping menjaga aurat dan kehormatan, jagalah akhlak dan peribadi, hiasilah diri dengan istilah malu. Kerana perempuan yang malu itu lebih cantik. Betapa indahnya Islam yang diajar, Cuma kita yang tidak pandai membawanya. Seperti firman Allah,"Dan tundukkanlah pandanganmu dan jagalah kemaluanmu". Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya, sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung masih tidak menutup aurat, dan pada kaum lelaki, mata kamu itu wajib untuk tidak mencuri2 melihat wanita muslimah, kerana ia dilarangi oleh Allah SWT. Wassalam………………….


PS: Dapat idea tulis entry ni selapas merayap kat blog kak Liza.

Salam satu Malaysia. Pernah dengar nama restoran Chim Chum? Chim Chum adalah sebuah restoran yang mengamalkan “makan banyak mana pun, bayar tetap harga sama”. Bunyinya macam best bagi golongan yang kuat makan macam aku. Tapi hakikatnya tersangatlah tak best. Sebab bayar mahal, tapi makan tak sedap, dan dah tentu kita makan tak sampai RM17!. Semalam kali kedua aku pergi ke restoran tu. Dah tau restoran tu teruk, kenapa nak pi lagi? Jawapannya ialah, memang aku taknak pi, sebab pengalaman kali pertama pun dah buat aku menyesal, tapi aku terpaksa makan kat sana…

chim chum pengkalan chepa

Bayangkan satu kepala, kena bayar RM17. Menu yang ada, pencuci mulut tak sedap, cucur udang tak sedap, mee goreng tak sedap, koteow goreng tak sedap, nasi goreng tak sedap, kuih muih tak sedap (kuih ni serius aku rasa nak lempar je dalam lubang jamban). Selain tu ada laksam (yang ni ok sikit), nasi beriani (nasi saja tanpa lauk), buah tembikai potong kecik2 dan selebihnya bahan2 yang perlu dimasak secara steam. Ada daging ayam kunyit, daging, kerang, sotong, dan sosej. Bunyi macam best kan? Tapi percaya la, tak best dan muak. Air minum kira harga lain. Sirap satu jug berharga RM12. Nak mampos??? Mahal gila. Dah la bancuh air sirap pun tak pandai.

Yang lagi best, tokey restoran ni macam tak boleh tengok orang ambil makanan banyak. Konfirm dia akan daring, dan buat jellingan maut… Dah prinsip makan kat situ, boleh makan banyak mana pun selagi mampu, yang dia tak puas hati apesal? Kalau makanan yang diambil tak habis, mereka akan charge extra RM10. Bagi aku, baik makan KFC, sedap, harga pun takda la mahal sampai camtu. Tak pun, beli kat bazar je. Habis lebih kurang RM6 untuk makanan dan air.

Kedai panas, sempit, tension betul berbuka puasa dalam keadaan macam tu.


Mula2 kena senyum. Oke, bukan stakat senyum, siap sengih lagi. Hehe…

Bismillahirrahmanirrahim. Memperkenalkan diri saya sebagai Muhammad Burn (nama pena) atau nama sebenar dalam ic, Muhammad Izuan Bin Tahrim. Member2 memang panggil Burn, tapi kawan rapat panggil Wan. Suka tak nama? Of course la sukee… Hehe…

Sifat yang baik dan buruk? Sebenarnya lagi elok kalau orang yang nilai… Sebab kadang2 kita syok sendiri. Dan kadang2 kita tak sedar sifat kita yang kurang baik. Hmm, tapi sebab dah syarat, saya senaraikan jugak la ye!


Sifat baik:

Kalau org buat baik pd saya, saya akan buat baik juga pd beliau. Saya memang suka tgk org baik2 ni, dan saya juga suka utk mendoakan org yg baik2 ni agar mendapat rezeki dan kehidupan yang sempurna.

Saya sgt menghargai persahabatan.Tapi kawan2 selalu lupakan saya. Nak buat camna…

Perangai saya agak sensitive utk seorang lelaki (tapi saya bukan pondan k, haha)Sensitive bukan bermakna kuat touching, tapi cepat simpati. (tapi bila nengok citer sedih, melimpah2 air mata, haha!)

Saya tak kedekut. Xda hal la stakat nak bagi RM50 kat adik, blanja KFC ke… Duit tak bawa mati.


Sifat buruk:

Kalau org buat jahat pd saya, saya ingat sampai mati. Susah utk saya lupakan. Bleh katakan saya seorang pendendam. Tapi kalau org tu dtg minta maaf, anytime!

Saya tak ramai kawan. Sebab saya org yg sgt pendiam. Dan saya sgt memilih dalam berkawan. Sebab saya tak suka bersifat hipokrit. Saya hanya akan berkawan dengan org2 yang ikhlas sahaja.

Saya cepat marah a.k.a baran. Selalu saya menyesal bila dah terlanjur bercakap kasar. Maafkan sayer… terutama kepada mak dan abah.

Saya boros dan tak pandai mengurus wang. Hee… Pinjam soploh bleh? Dah sengkek nie…Huhu…


Harapan saya: Istana biru sudi lah berkawan dengan saya. Dikesempatan nie, saya nak kenalkan jugak kawan2 saya yang selalu menyokong saya dalam dunia blogging ni...

Musang Merah - Cik Musang Merah nie rajin tinggalkan komen...

Bro Geekz36 - Sebuah blog ict, software, trick komputer dan sebagainya.Lama betul beliau bercuti...

Kak Diana - Blog ibu2 dan gossip2 gitu...

Kak Liza - Salah satu blog yang matang dari segi gaya penulisan. Banyak cerita best kat sini...

Cik Ct Aja - Salah sorang blogger yang ramah dan rajin tinggalkan komen.


Jom terjah blog mereka, k. Kalau belum follow, follow terus. Tak payah pikir dua tiga kali. Hehe… Segmen berkenalan ni akan berakhir pada tengah malam ni, so sempat lagi nak join. Klik SINI untuk join, k.

Assalamualaikum. Lama x menulis dengan serius. Penat. Itulah satu2nya perkataan yang tepat bagi menggambarkan situasi saya.

syukran

Setiap dari kita, makhluk Allah diberi fikiran untuk menterjemah rasa syukur kita terhadap rezeki, terhadap nikmat bahkan terhadap kesulitan. Kerana kesulitan, kita lebih mengingatiNya. Lantaran dari itu, kita perlu memanjatkan rasa syukur walaupun diberi kepayahan. Dengan masalah yang terpaksa ditempuh itu, kita sentiasa mengingatiNya, dan sentiasa berpeluang untuk muhasabah diri.

Baiklah, teruskan membaca jika anda masih berminat. Mari kita sama2 bayangkan situasi dibawah…

tembikai merah

Sedang anda berjalan di bazar, anda ternampak air tembikai. Teringin benar untuk berbuka puasa dengan air tembikai. Anda lantas membelinya. Berjalan lagi, ternampak gerai lain yang turut menjual air tembikai. Bahkan warnanya lebih merah daripada air tembikai yang dibeli tadi. Timbul rasa menyesal. Rasa hati teringin membeli air tembikai tersebut, tetapi anda sudah pun membeli air sebelumnya. Lantas apa tindakan yang wajar? Beli saja lagi satu air tembikai, dan minum kedua2nya? Beli air tembikai tersebut, dan buang atau beri kepada orang lain air tembikai yang bewarna kurang merah? Atau abaikan saja gerai tersebut, dan terus beredar?

Beginilah manusia. Kerap kali kita dikawal oleh nafsu. Fikiran kita sering kalah pada nafsu dek kerana lemahnya iman. Bukan dari segi makanan sahaja, bahkan dalam membuat keputusan dalam hidup. Seringkali kita diberi dengan beberapa pilihan yang mengelirukan. Lantas bagaimana? Sesungguhnya kita perlu bersyukur dengan apa yang kita peroleh dalam hidup. Sama seperti cerita air tembikai tadi. Anda sudah pun punya satu air tembikai. Untuk apa membelinya lagi? Sekiranya dibeli, anda akan membazir. Dan siapa tahu, air yang kedua itu rasanya manis atau pun tidak. Mungkin pewarnanya saja yang menyebabkan ia kelihatan lebih merah. Dan tembikainya diletakkan sedikit saja.

Apa yang saya nak tegaskan disini, kita perlu bersyukur. Pejamkan mata, dan wujudkan rasa syukur di hati. Selepas itu, insyaAllah hati kita kan tenang. Semoga kita sama2 tidak lagi memikirkan air tembikai yang bewarna lebih merah tadi…. Wassalam.


Assalamualaikum. Salam ramadhan dan salam satu Malaysia. Berbuka apa tadi? Murtabak? Nasi ayam? Wah, kalau dah lapar tu, semua makanan di bazar ramadhan rasa nak beli, ye tak? Tapi, syukur Alhamdulillah kerana Allah masih memberi kita nikmat untuk merasai rezekiNya. Diharapkan kita sama2 tidak membazir ketika berbelanja.

Boleh diterima tak kalau saya katakan, rakyat Malaysia tak boleh dipisahkan dengan ayam. Boleh dikatakan hampir setiap hari kita makan daging ayam. Saya pun berbuka dengan mee goreng dan ayam goreng tadi. Hmm, ada tak yang berbuka dengan ayam KFC? Huhu…

ayam kfc tight
Favorite part saya. Yummy…

Teringat semasa saya tinggal di Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar, saya selalu ambil beras di dapur dan bagi makan pada ayam2 tak bertuan yang selalu mencari makan di kawasan rumah saya. Sampailah ada seekor ayam betina, boleh makan di tapak tangan saya. Saya beri nama ayam tersebut Cik Yam. Hehe… Bila ayam tu bertelur, anak2nya pun terbiasa makan di tapak tangan. Sehinggalah keluarga saya berpindah, ayam2 tersebut terpaksa saya tinggalkan. Sedih juga rasa hati. Tapi nak buat camna, kan…

ayam serama

Ada sesetengan orang dengan hobi membela ayam katik. Memang smart ayam ni. Dengan lagak gayanya yang mendada. Saya suka juga tengok ayam ni, tapi saya lebih suka tengok ayam kampung yang tough. Hehe… Yang balungnya kecil ni selalunya lagi kuat dan menjadi ketua, ayam paling otai dikalangan ayam2 lain. Hehe…

ayam jantan

Ok lah. Untuk mengakhiri entry mengarut saya mengenai ayam ni, jom kita layan lagu ayam daripada Jalil Hamid.


Assalamualaikum. Semalam tidur tersangatlah awal, tapi bangun pagi tak awal pun. Hehe… Masa senggang di sekolah ni, terasa nak menulis sikit pasal “pak turut”. Yea, tau kan maksud pak turut. pak turut tak semestinya lelaki. Perempuan pun boleh jadi. Cuma orang tak sebut mak turut. Hehe…

Bukan apa, terperasan ramai yang jadi pak turut dalam dunia blogging sekarang ni. Mentang2 la blogger tu famous, followers ramai, page rank tinggi, trafik melimpah2… Dia pun asik setuju je dengan apa yang blogger otai tu tulis. Setiap pendapat disokong. Tiada langsung bangkangan. Bahkan bila blogger tu kutuk or hina someone pun, dia masih lagi sokong! Apakah? Anda tak pernah rasa ke, kadang2 pendapat seseorang tu, kadangkala mungkin salah, kurang tepat dan sebagainya.

Bagi saya kita perlu ada pendirian. Kita tak boleh semena2 sokong macam tu je. Kita perlu ada pendapat dan pandangan sendiri. Bila komen kat entry jangan lah jadi pak turut.

Sebagai contoh, blogger otai tu kata blog si polan nih teruk… Dah la widget pelik2, berserabut… Lagu plak mengganggu… Anda pun tambah lagi kat tempat komen. Haah, teruk betul blogger tu. Dah la blog ntah hape2, tak nak dengar teguran orang plak tu. Sape la nak datang blog dia. Ish3…

Macam tu ke cara terbaik kita tinggalkan komen? Nak kipas pun agak2 la. Bertempat sikit. Tak elok jadi kaki bodek ni. Tapi jangan la sampai asik nak melawan je pulak. Semua benda nak bangkang. Orang kata A, dia kata B. Huhu…

Kan lebih bagus, kalau niat kita ikhlas mencari ilmu. Untuk tahu isu yang sedang hangat dibincangkan. Dan lebih baik kalau niat kita ikhlas untuk berkawan. Bukannya untuk kipas blogger otai sampai terbang melayang2… Sekian.

Photobucket

sahabat


Bismillahirrahmanirrahim…

Sahabat adalah satu keperluan dalam hidup. Setuju tak? Sepertimana kita perlukan keluarga, begitu juga kita perlukan sahabat yang baik dalam hidup. Dan sahabat yang baik, ialah insan yang sentiasa inginkan kebaikan untuk diri kita. Sahabat yang baik ialah sahabat yang tidak senang melihat anda melakukan hal yang salah. Dan sahabat yang baik ialah sahabat yang akan lebih gembira daripada diri anda sendiri apabila anda berjaya dalam apa yang anda lakukan. Dan sahabat yang terbaik ialah sahabat yang anda, ada dalam doanya selalu.

Sekali kamu bersahabat, biarlah kamu pegang persahabatan itu sampai mati. Tetapi persahabatan itu bukannya selalu indah, ada masa suram, dan ada masanya bergelora...”

Dalam kitab Ihya ‘Ulumuddin, Imam Al-Ghazali ada mengatakan bahawa tingkat yang tertinggidalam persahabatan ialah melebihkan sahabat itu dari diri sendiri. Contohnya:

Anda berasa lapar. Lalu anda pergi beli makanan untuk dijamah. Tiba-tiba anda teringat sahabat anda yang belum makan. Duit yang anda bawa cukup-cukup untuk membeli sebungkus nasi yang hanya cukup untuk seorang. Sahabat anda itu pula, juga tiada duit. Tetapi, kerana teringatkan sahabat, maka anda bawa makanan itu dan beri pada sahabat anda. Lalu anda berkata, anda sudah pun kenyang.

Mungkin contoh diatas tidak sedahsyat mana. Tetapi berapa ramai diantara kita, akan melakukan tindakan seperti itu untuk seorang sahabat? Mampukah anda berbuat demikian? Mementingkan sahabat berbanding diri sendiri. Itu tingkat yang paling tinggi dalam persahabatan. Manakala tingkat yang paling rendah dalam bersahabat adalah bersangka baik terhadap sahabat sendiri. Malah, sampai satu tahap, apabila anda dimaki oleh sahabat sendiri lantaran emosinya tidak stabil, anda tidak berkecil hati. Dan anda cuba untuk memahami bahawa sahabat anda itu sedang dilanda masalah. Maka anda bersangka baik dan memaafkannya.

Sahabat yang baik menjadi penyeri hati... Semoga Allah merahmati...

anak menangis


Bismillahirrahmanirrahim…

Ingat tak masa kecik-kecik dulu, mak ayah la tempat kita mengadu. Masa kecik, kita sangat rapat dengan mak ayah. Masa suka, masa duka, kita akan bersama mak ayah kita. Satu hari tu, kita main kejar-kejar dengan kawan. Kita lari lari lari dan lari, tiba tiba kita tersandung dan jatuh. Kita sakit, lutut berdarah, kita menangis. Bila dah sakit, kita menangis jumpa mak. Mak pun dengan risau tanya kenapa. Kita pun datang kat mak, peluk mak, cakap tadi jatuh, lutut berdarah. Mak pun peluk kita jugak nak pujuk kita. Lepas tu mak sapu ubat kat lutut kita. Betapa sayangnya mak kat kita. Kalau main dengan kawan tu, bila kita buat salah kat kawan, kawan pun cakap "aku tak nak kawan dengan ko lagi!" Kita pun sedih sebab kawan dah tak nak kawan dengan kita. Kita jumpa mak, kita mengadu. Kita buat muka sedih depan mak. Mak pun tanya kenapa. Kita pun jawab "Mak, dia tak nak kawan dengan kita." Mak pun peluk kita nak pujuk kita. Bila mak peluk tu, kesedihan kita pun hilang.

Bila ayah nak keluar je, kita mesti tanya "ayah nak pegi mana?" Pantang kalau kita nampak ayah nak keluar. Bila ayah cakap je nak pegi kedai, kita mesti nak ikut. Kalau ayah tak bagi, kita mesti merajuk. Last-last ayah pun mengalah. Ayah bagi ikut. Sampai je kat kedai, kita mintak macam-macam. Nak mainan la, nak jajan la, nak tu la, nak ni la. Ayah pun belikan. Kita pun cakap kat ayah terima kasih. Ayah ajar kalau orang bagi kat kita sesuatu, ucap terima kasih. Sebab tanda kita menghargai pemberian orang.

Bila kita dah masuk sekolah menengah, masa tu la kita mula jauh dari mak ayah kita. Time tu la kita mula ada rasa kononnya kita dah dewasa, tak perlu lagi nak bergantung sangat dengan mak ayah. Nak belajar berdikari. Tapi kita tak sedar yang ayah dengan mak kerja kuat nak sekolahkan kita. Bayar yuran sekolah, bagi duit saku. Kita dah belagak cakap yang kita nak berdikari. Memang mak ayah ajar kita supaya berdikari, tapi jangan nak belagak yang kita mampu buat semua. Kalau tak kerana ayah dengan mak yang kerja kuat, kita tak mampu nak sekolah. Start sekolah menengah la, ego kita kat mak ayah mula menebal. Start tu jugak kita dah mula mengenal 'cinta monyet'. Kerana cinta la kita semakin jauh dengan mak ayah kita. Start dari sekolah menengah sampai kita besar, semakin hari kita semakin jauh dari mak ayah kita. Ego kita pun dah makin menebal. Punca utama sebab kita dah pandai untuk bercinta.

Bila kita dah pandai bercinta, kita lalai dengan dunia remaja kita. Kita dah mula lupa dengan mak ayah. Kalau ada berita gembira atau sedih je, kita dah tak ngadu lagi kat mak ayah. Kita dah ada pendengar setia yang baru. Pakwe atau makwe kita. Satu hari tu kita de masalah dengan kawan, kita bermasam muka dengan kawan. Kita dah tak ngadu lagi kat mak ayah. Kita ngadu kat pakwe or makwe. Kita dah lupa dah masa kecik-kecik dulu bila kita sedih, kita mesti ngadu kat mak ayah kita. Kononnya, dah besar. Tak perlukan lagi ngadu kat mak ayah. Kalau kita lagi sedih, kita menangis depan pakwe. Pakwe pun pujuk kita. Dia peluk kita, usap-usap kepala kita. Masa tu kita tak pikir pun dosa pahala. Kita dah lupa dulu masa kecik-kecik bila kita sedih, mak la yang peluk kita. Kalau sekarang kita nak peluk mak ayah kita, kita malu. Kita dah besar. Malu nak menangis depan mak ayah kita. Malu nak mintak mak peluk kita.

Bila result exam baik, dapat tawaran masuk U, kita happy. Happy sebab dapat masuk U. Bagi tau kat mak ayah. Mak ayah happy. Ucap tahniah kat kita. Tapi kita tak pernah pun ucap terima kasih kat mak ayah kita sebab kita dapat masuk U ni pun hasil kerja keras mereka yang membolehkan mak ayah hantar kita pegi sekolah. Apa yang kita pikir kita masuk U ni pun sebab usaha kita yang belajar bersungguh-sungguh. Kita tak pikir pun kalau tak kerana kerja keras mak ayah, kita tak akan kenal apa tu sekolah. Lepas dapat result masuk U je, kita tak penah pun nak celebrate dengan mak ayah kita. Kita celebrate dengan pakwe or makwe kita. Sebab nak share rasa happy ni. Kita tak pernah pun nak celebrate dan share rasa happy ni dengan mak ayah kita. Lagipun nak celebrate puas-puas dengan pakwe or makwe sebab lepas ni nak masuk U. Dah susah nak jumpa lagi. Kita tak pernah pikir pun lepas ni kita nak berpisah dengan mak ayah kita. Apa yang ada dalam otak kita, lepas ni nak berpisah dengan pakwe or makwe. Nak habiskan masa puas-puas dengan pakwe or makwe.

Bila dah dekat tarikh nak masuk U tu, kita mula sedih. Sedih sebab nak tinggalkan pakwe or makwe. Kita tak rasa sedih pun sebab nak tinggalkan mak ayah. Yelah, sebab mak ayah suka berleter. Kalau masuk U, rasa bebas pulak. Takde sapa nak marah buat tu, buat ni. Tak dengar lagi mak ayah berleter. Bila pakwe or makwe berleter kat kita, kita boleh tau pulak yang dia marah sebab dia sayang sangat kat kita. Siap mintak maaf lagi janji tak buat lagi. Tapi bila mak ayah marah, kita marah balik. Kita pandai nak menjawab, membantah. Lepas tu kita merajuk. Masuk bilik hempas pintu kuat-kuat. Konon nak tunjuk kita pun ada perasaan dan boleh marah jugak. Kita tak sedar kalau kita buat macam tu dah jatuh hukum derhaka. Dia marah sebab sayang, risau kat kita. Tak nak anak dia buat benda-benda tak elok or tak nak kita dalam bahaya. Tapi kita tak pernah cuba nak faham. Apa yang kita pikir, perasaan kita je. Tak pernah nak pikir perasaan mak ayah. Kita ni pentingkan diri sendiri.

Bila dah kat U, kita tak pernah nak rindu kat mak ayah kita. Apa yang kita rindu, pakwe or makwe kita. Rindu saat-saat manis bersama si dia. Tak pernah nak bayangkan saat-saat manis dengan mak ayah kita. Kita tak pernah jemu belek hari-hari album kita dengan pakwe or makwe kita dalam laptop or henset. Gambar mak ayah ada sikit je. Tak pun tak pernah ada langsung. Apa yang penuh gambar pakwe or makwe kita. Siap buat wallpaper lagi. Tapi kita tak sedar betapa rindunya mak ayah kita kat kita. Sebab tu dia kerap call kita bertanyakan khabar kita. Tapi kita jarang sangat call mak ayah kita. Mak ayah je yang biasa call. Kalau kita call mak ayah pun sebab nak mintak duit je. Tapi dengan pakwe or makwe, selalu kita call dia. Dah la henset tak pernah lepas dari tangan. Kalau boleh nak mesej 24 jam. Tapi tetap tak puas gak kalau tak dengar suara dia. Rindu kat dia. Rindu nak jumpa dia. Kita tak pernah nak rindu kat mak ayah kita. Kalau kita ada pakwe or makwe belajar kat U yang sama, pun macam tu jugak. Dah la jumpa hari-hari. Tapi masih nak mesej or call jugak. Tak puas jumpa tadi, nak mesej or call lagi. Dengan mak ayah, kita lupa. Kita lupakan mak ayah sebab cinta. Cinta sejati katanya. Sejati ke kalau kita sampai lupa mak ayah kita?

Bila cuti sem je, kita tak sabar nak balik rumah. Sebabnya boleh jumpa pakwe or makwe kat kampung. Kita tak rasa gembira pun sebab balik dapat jumpa mak ayah kita. Mak ayah kita happy sangat-sangat sebab tak sabar nak jumpa kita. Tapi kita lagi tak sabar nak jumpa pakwe or makwe kita. Kalau pakwe or makwe kita belajar kat U yang sama, kita rasa sedih. Sedih sebab cuti tak dapat nak jumpa pakwe or makwe kita. Kita tak pernah rasa happy sebab dapat balik jumpa mak dengan ayah kita. Lepas tu kita sedih sebab nanti balik mak ayah suruh buat macam-macam. Kemas rumah, jaga adik, kena leter dan macam-macam lagi.

Dalam usia yang muda macam ni, banyak dah dosa yang kita dah buat kat mak ayah kita. Apatah lagi bila kita dah dewasa kelak. Kita sibuk dengan dunia pekerjaan kita sehingga abaikan mereka. Bila kita sendiri dah berkeluarga, lagi la kita akan jauh daripada mereka.

Cuba kita renung-renungkan. Dari kita kecik sampai la besar, berapa banyak dosa kita dah buat kat mak ayah kita. Kalau kita pernah buat baik kat mak ayah kita pun, berapa la sangat kalau nak dibanding dengan dosa kita kat mak ayah kita. Kebaikan yang kita buat pun, tak kan mampu untuk membalas jasa mak ayah kita yang sanggup bekorban untuk menjadikan kita sebagai manusia yang berguna.

Bayangkan kalau satu hari nanti kita lalai dengan dunia kita, kita dapat satu panggilan yang menyatakan mak ayah kita dah pergi untuk selama-lamanya. Bila balik rumah, terbujur tubuh mak ayah kita dah tak bernyawa. Mak ayah pergi buat selamanya. Mak ayah pergi selepas menyelesaikan amanah mereka untuk mendidik kita supaya menjadi insan yang berguna. Kini mak dengan ayah boleh pergi dengan tenang. Tapi kita sempat ke tunaikan amanah kita terhadap ibu bapa kita? Kita banyak buat dosa kat mak ayah kita. Sempat ke nak mohon ampun daripada mak ayah kita? Waktu tu pun, kita dah tak sempat nak tunjukkan rasa sayang kita kat mak ayah kita. Mak ayah terpejam lena.

"Mak, ayah, nampak tak kita mandikan jenazah mak ayah?"
"Mak, ayah, nampak tak kita jadi imam hari tu untuk sembahyangkan mak ayah?"
"Mak, ayah, kita sayang sangat kat mak ayah. Mak, ayah, dengar tak kita cakap?"
"Mak, ayah, kita dah lama tak peluk dan cium mak ayah. Hari ni baru kita dapat rasa peluk mak ayah macam kita kecik-kecik dulu. Tapi kenapa tubuh mak ayah tak hangat lagi macam dulu?"
"Mak, ayah, nampak tak kita hantar mak ayah ke kubur untuk disemadikan buat selamanya?"




Waaaaa, biar betul!! Biar betul, biar betul2… Hahah… Ops, lupa bagi salam. Assalamualaikum semua pengunjung blog Syurga Itu Indah. Semoga anda semua sentiasa berada di bawah perlindunganNya.

Baiklah, baru2 ni saya ada terbaca mengenai copycat yang kantoi di blog Shahjiehan.com . Ada sorang blogger yang copy paste entrynya pasal panjat pokok manggis. Alahai, agak2 la nak copy pun… Nak copy pasal fakta, berita, isu semasa atau hal2 agama tu, boleh consider lagi. Ni tak… Pasal pengalaman peribadi pun copy jugak? Dia takda pengalaman sendiri ke???

Nak dijadikan cerita, saya saje2 bukak nuffnang dan usha bahagian nuffnang community sebab nak tengok, blogger mana yang view, ataupun secara tak sengaja termasuk blog saya nih. Jarang sangat saya buat macam nih. Saya pun pergi la bertandang ke salah sebuah blog ni. Terkejut saya bila tengok entry saya ada kat situ.

blog copy paste
Nie lah entry saya yang berada di blog tersebut. Sengaja saya tak beri link kepada anda semua, bagi mengelakkan blogger tersebut mendapat trafik percuma.

Tekan ctrl dan klik SINI untuk lihat entry asal saya. Dengan gambar beruk tu pun dia rembat jugak T_T…


blog pilihan hati


Assalamualaikum. Apa khabar semua. Hope masih ada yang sudi jenguk blog picisan saya nih. Kali ni saya nak join bloglist Pilihan Hati. Caranya mudah saja, hanya dengan membuat satu entry, letakkan link, dan letakkan banner.Tapi sebulan je blog akan tersenarai dalam bloglist T_T … Nape kejap sangat. Kenapa tak staun, soploh taun, doploh lima taun. Hehe… Sebelum ni, saya dah pun join bloglist Kak Diana di blog Senyum-Senyum. Harap tersenarai dalam bloglist blog Pilihan Hati pula. Okaylah, sampai sini saja malam nih. Pai pai…


Salam semua, kelmarin aku ada join satu segmen promote blog, anjuran KOTAK BULAT. Jadi, hari ni aku bertanggungjawab untuk promote 7 buah blog. Oleh kerana masa yang singkat telah diberikan, aku tak dapat nak komen banyak2 pasal blog2 ni. Mintak maaf banyak2 kepada semua owner blog yang aku review ni yer. Pape pun, korang memang best!

promote blog
Err, aku tak dapat nak baca perkataan kat header tu.
Klik SINI untuk terjah!


promote blog
Blog yang comel. Ciri2 perempuan gitew.
Klik SINI untuk terjah!


promote blog
Blogger ni dah ada style tersendiri.
Penulisan yang kreatif dan ada unsur kecindan.
Kata gila muzik, tapi entry banyak citer pasal berak. err…
Klik SINI untuk terjah!


promote blog
Penulisan yang baik.
Tetapi ada sesetengah entry yang tulisannya kecil dan sukar dibaca.
Harap dapat pasang Blog Archive supaya mudah terjah entry lama.
Klik SINI untuk terjah!


promote blog
Blog yang kemas dan nampak matang.
Follower tak ramai, jadi jom follow blog ni ye!
Klik SINI untuk terjah!


promote blog
Blog yang simple.
Penulisannya banyak pendek2.
Klik SINI untuk terjah!


promote blog
Blog yang kemas, but kalau takda lagu lagi bagus.
Blogger baru, tapi cepat maju. Tahniah!
Penulisan yang baik. Say no to gewdix.
Klik SINI untuk terjah!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


PENGUMUMAN
Saya ada membiak pelbagai jenis ikan laga hiasan. Sesiapa yang berminat untuk membeli, bolehlah menghubungi saya (012). Ikan daripada jenis baka yang baik (ekor D), hanya berharga RM10. Harga masih boleh dirunding bagi pembelian lebih dari 3 ekor. Ikan boleh dipos, self collect, atau dihantar bagi kawasan berdekatan (Ipoh, Kuala Kangsar & Taiping).Namun bergantung kepada stok, kerana saya tidak membiak ikan laga sepenuh masa.Terima kasih.



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

OhTuhan... Ku bersyukur mempunyai blog ini. Sebagai tempat aku memperbanyak ilmu dan meluah apa tersirat di kalbu. Namun hanya pada Mu Tuhan sebenar-benarnya tempatku untuk mengadu. Kau jadikanlah blog ini, blog yang memberi manafaat kepada sesiapa yang membukanya. Sebagaimana nama blog ini sendiri, Kau realisasikanlah harapanku untuk melihat keindahan syurgaMu Tuhan.



Slmt Dtg Ke Blog SII

Assalamualaikum... Selamat datang ke blog peribadi Muhammad Izuan Bin Tahrim... Kunjungan anda ke blog saya amat saya alu-alukan... Diharap melalui blog, kita dapat menjalinkan hubungan silaturrahim dan menjadi sahabat... Wassalam...

Tentang Penulis SII

Foto saya
Dilahirkan dalam sebuah keluarga sederhana oleh ibu tersayang pada 8 hb Mac… Anak ke 2 dari 3 adik beradik…
Takkan tengok je? Klik yer :)
Free Website templateswww.seodesign.usFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesAgence Web MarocMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates