Showing posts with label Catatan Penulis. Show all posts
Showing posts with label Catatan Penulis. Show all posts

Friday, August 14, 2009

Papai UIAM..


"Ish.. Camna a aku bole kluaq dari UIA ini".bisik hati kecil aku.

Sebelum ini aku memang mentah-mentah menentang untuk belajar di Institut Perguruan Malaysia. Tetapi entah bagaimana, aku dengan rela hatinya memaksa diri aku untuk menamatkan pelajaran aku di UIA. Sebelum keluar dari UIA, berkali-kali juga aku melakukan solat sunat isthikarah. Namun, tiada sebarang petunjuk yang aku temui.

"Kita hanya merancang, Alla
h yang menentukan"

Kata-kata tersebut sedikit sebanyak menjawab persoalan aku. Aku sedar. Mungkin Allah sedang menguji aku dan mengetahui apa yang terbaik buat aku. Cuma kita sebagai manusia sering terlepas pandang dan tidak sedar. Kadang-kadang keputusan yang dibuat oleh kita tidak semestinya selalunya tepat dan baik. Bagi kita, keputusan kita sentiasa terbaik. Hakikatnya tidak. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita.

"Kalau kita berat hati kepada pilihan tersebut, tetapi kita terpaksa pergi juga. Ha'ah. maka itu kebaikan bagi kita. Itu adalah pilihan dari Allah".kata Dr Haron Din dalam tazkirahnya tentang solat sunat Isthikoroh.

Banyak maklumat aku perolehi tentang solat sunat isthikoroh yang sebenar melalui laman web rasmi darussyifa. Kata-kata dan maklumat tersebut sedikit sebanyak menaikkan motivasi aku. Kini, hati aku sudah mula yakin dan semangat. Aku yakin dengan jalan yang Allah pilih kepadaku. Lagipun, aku berasal dari sebuah keluarga yang serba kekurangan. Tambah pula, aku merupakan anak pertama dilahirkan dalam keluarga aku. (anak sulung a.hehe). Bekerja sendiri sebagai pendawai elektrik, tidak menjamin pendapatan yang tetap bagi ayahku.

"Mungkin elaun dan jaminan kerjaya sudah boleh meringan beban dan kesusahan hati ibubapa aku. Sudah banyak ayah aku berkorban untuk aku,tidak salah kalau aku pula berkorban untuk dia pula.Selepas tamat belajar dimaktab, aku masih ada peluang untuk belajar law lagi. Insya-Allah...".detik hati aku

Cuma.... kadang-kadang, aku berasa bersalah dan menyesal. Hmm..
Disana, aku telah dibebani dengan beberapa tanggungjawab. Antaranya aku telah dipertanggungjawabkan untuk memegang jawatan sebagai ahli syura majlis perwakilan pelajar undang-undang (MeleX) , fasilitator/naqib study circle dan Exco Publication & Information Mahallah Representative Comitte (MRC). Aku berasa bersalah tidak sempat untuk menyumbang bakti. Apatah lagi, aku tidak sempat untuk mengadakan study circle/usrah kali pertama dengan ahli-ahli usrah aku.

Tidak juga dilupakan,banyak kenangan manis bersama kawan-kawan aku disana terutamanya teman-teman aku di bilik aku. B2-3-6. Gelak tawa bersama mereka, tidak akan aku lupakan. (hihi.bukan ayat poyo a). Banyak benda yang aku belajar dari mereka.

Apapun aku tidak mahu lagi bercerita panjang....

Aku tidak perlu sedih lagi. Peristiwa yang lalu jangan sentiasa dikenangkan. Jangan sampai menyebabkan diri patah semangat untuk mencipta langkah baru dan memajukan diri terhalang. Aku perlu redha,bersemangat dan yakin jalan yang aku pilih sekarang adalah jalan yang terbaik buat agamaku,diriku,keluargaku, dan masa depanku.










Saturday, June 6, 2009

Campus Life

Setelah sekian lama tangan ak menyepi dari dunia penulisan bloggers,
Entah kenapa, mungkin kesibukan masa kot.. hehe..

Alhamdulillah..
Aku diberi Allah kekuatan untuk kembali menulis..
Walaupun kali ini hanya pendek sahaja coretanku..

Hu'uh...
Menjadi anak perantauan ini sememangnya memerlukan banyak cabaran rohani,mental dan fizikal.. haha
Buat kali pertama ak menjejakkan kaki di bumi Negeri Sembilan,

Aku hanya insan biasa,
Setiap saat jarum jam berdetik,
Setiap kali fajar menyinsing,
Aku insaf dan mula sedar,
Banyak kekurangan yang masih bersawang dalam diriku,
Kepada Al-Wahid aku berserah dan berharap..
Disinilah tempat yang akan mentarbiyah dan mengajar aku segala-galanya tentang kehidupan..

Tempat yang bernama di CFS IIUM Nilai

hehe..
Sori r sajak n posting ak ni berserabut sikit,
btw.. hrp semua paham noh..
sekian terima kasih...

Monday, April 20, 2009

Kena TAG!!

ALOR SETAR - Satu peristiwa yang agak malang telah menimpa seorang pelajar lepasan SPM 2008. Dipercayai, dia telah di’tag’ oleh seorang mak cik yang hanya ingin dikenali sebagai nfah_salute (ngeh3) melalui sebuah blog kepunyaan mak cik tersebut. Keadaan itu telah menyebabkan masa bekerja pelajar berkenaan terganggu ekoran terpaksa memenuhi permintaan mak cik tersebut.(hahahaha). Menurut pelajar berkenaan, ini merupakan pengalaman pertama dia di’tag’. Sebelum ini dia asyik melihat orang lain saja di’tag’ tanpa mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan tag itu. Kini, dia pula terpaksa menghadapinya. Menurut pihak polis pula, kes ini masih dalam siasatan atau tidak akan disiasat langsung atas alasan membuang masa dan tidak berminat. Pelajar berkenaan kemudiannya menasihatkan para pembaca sentiasa berwaspada agar tidak di’tag’ oleh mak cik ini. Dia kemudiannya mengucapkan sekalung takziah kepada mereka yang telah di’tag’.(agagagaga)
Berikut merupakan tuntutan tag tersebut yang kononya dikatakan dianugerahkan award.(hi5)




award rules :
1. Insert this badge or the pic above to inform u have been awarded.



2. Make sure u take the pic n said it is from.

3. You should tell 10 facts or hobbies about yourself.

4. You should choose 5 other bloggers (easier the ones who follow you) and tell their names in your blog

5. Dont forget to go to their blog and tell them they have been tagged !!!


10 FAKTA or HOBI sal aku:

1.minat gak membaca.Apa-apa buku ak hentam je.Tapi klo buku-buku keluaran kementerian pendidikan dan
novel.Aku malas SIKIT je sebab bosan dan tebal sangat.ngeh3.
2.Suka giler apa-apa aje yang berkaitan komputer. Buktinya, sekarang aku bekerja di cc.hahahaha.Bukan aku nak bangga ar tapi ini kan fakta dan bukti.
3.Aku juga jatuh hati dgn dunia bisnes ni. Gpon ni kn slh st sunnah nabi. Banyak dh busines ak join. Dekat hostel aku dulu, aku telah berjaya mengHPAkan bdk-bdk dkat sana dsmpg mperkenalkn produk ISLAM HPA dlm khdpn mereka.agagaga.Yang latest ni, ak br je join Mobile-Money. Seronok!!
4.Shhhhh!!..klo nk tw ak masih minat lagi dengan ceta2 katon mcm power ranger, masked rider ,naruto n mcm2 lg ar. Bukan apa, ceta2 ni ada faedahnya tw. Ceta ini dpt mgjr penonton aksi2 yg tbaru n bkesan utk mglhkan pnjnyah.ha3.
5.Ha’ah kalo soal politik ni. Mmg ak mnt. Tp x pyh ar mgulas lnjt benda ni sgt. Ak stil muda, x mo lg tggl dkt hostel ISA.hi3.
6.Aku suke dgaq lagu2 nasyeed ngan indie. Tapi, bla ak pk balek, semua lgu ak mnat asalkan sdp je.
7.Suka makan cendoi sampai ak tlah diangrhkan gelaran mat cendoi.ha3.
8.Minatinat dengan matematik tp syg klo bab buat latihan math ni ak nombor second las malas.hahaha
9. Minat nak belajar silat. Tapi smpy la x dpt blajo g..
10. yg las ni, nk gtw apa ar.erm..suke suki kot..ha4


5 other blogger yang benaseb mlg mcm ak.(ha5)!
ak qsa x pyh fowad ko. Cian kt depa.ha5

Friday, April 10, 2009

Aku sudah tidak mengganggur lagi!!



Hari ni sudah masuk 3 hari aku bekerja. Pekerjaan yang aku lakukan sekarang tidaklah sesukar dari pekerjaan yang lain. Seronok oo..

Ngeh3..

Sekali lagi aku tekankan seronok tw bekerja disini. Rasa letih takde langsung. Time bekerja tu rasa masa cepat saja masa berlalu. Tak puas rasa bekerja. Heran gak ak.

Dahulu, aku bekerja sebagai Pengurus SHELL, sekarang ALHAMDULILLAH aku dilantik sebagai wakil rakyat dalam cc. Tapi tak dapat pangkat datuk sebab aku muda g kot. Aku dipertanggungjawabkan menjaga hal kebajikan warga cc n cc tu skali.

perghhhhhhhh!!mercik tu ooo….huhuhu.

Sebenarnya maksud aku disini bekerja sebagai cashier kat cc la.

Apapun, aku bersyukur kepada ALLAH Taala yang mengabulkan permintaan aku selama ini. Maklumlah sebelum ini aku kembali menganggur. So, aku asyik guna duit mak pak aku je. Segan lorh kan..Hari-hari aku pasti mencari pekerjaan yang baru. Tanpa menghirau penat lelah, cewah habis aku redah semua tempat semata-mata nak mencari pekerjaan yang baru. Aku pun tak lupa nak amal solat sunat Dhuha sebab amalan ini boleh meluaskan pintu rezeki tw. Sepanjang aku beramal dengan amalan ini, sejak dibangku sekolah lagi,banyak fadhilat dan hikmah yang aku dapat. Alhamdulillah, setelah aku ikhtiar pastu tambah tawakal pulak, fuh aku berjaya dapat pekerjaan yang mudah ni.

hehehe...

Sepanjang berada disini, takde la sangat masalah yang berlaku. Cuma waktu nak buka pintu kedai tu la, leceh sikit. Susah amat. Kalau lambat sikit, mulalah alarm nak bunyi. Kalau bunyi sedap takpelah, tapi bunyi dia yang bingit tu menyakitkan hati.

Apapun aku seronok dan bersyukur dengan pekerjaan ini. Usaha boikot aku terhadap SHELL selama ini tidak sia-sia. ALLAH telah menggantikan pekerjaan aku yang dahulu dengan pekerjaan yang lebih mudah dan x meletihkan .

Ngeh3..

Sekian..

Wednesday, April 1, 2009

Lu Pikir a Sendiri

Aku termenung sebentar sambil berfikir.
Bukannya Angau Lorh!!
(Maaf mungkin catatan aku pada kali ini panjang. Tetapi diharapkan ada manfaatnya. Setiap manusia tidak terlepas dari kesilapan tetapi boleh belajardan berubah dari kesilapan.Segala teguran amatlah dialu-alukan.)


Aku teringat akan kuliah yang disampaikan oleh ustaz Aasin,salah seorang warden di SMKAK. Kuliahnya yang berkisar tentang kurangnya sikap umat Islam yang suka membaca. Memang aku bersetuju. Maaflah jika salah.


Seingat aku beliau ada menjelaskan peristiwa yang berlaku di dewan Parlimen Israel. Ketika itu, ada seorang parlimen Yahudi memberikan cadangan supaya perancangan mereka menghancurkan Islam dibukukan. Dia kemudian diajukan soalan apakah tidak dikhuatiri yang umat Islam akan mengetahuinya dan sedar akan perancangan mereka. Ahli parlimen tersebut menjawab yang dia yakin umat Islam pasti tidak akan mengetahuinya disebabkan oleh sikap mereka yang kurang gemar membaca.

Naaaah....!! Tidak malukah kita sehingga diperlecehkan sedemikian rupa. Sudah terang lagi bersuluh. Sampai bila kita hendak sentiasa berada di mata pandangan masyarakat bukan Islam sebagai umat yang mundur dan sentiasa dipandang rendah. Ayuh. Sebagai ingatan kepada diri aku terutamanya sama-sama kita belajar dari kesilapan ini.


Pada pendapat aku,tanpa sikap ini, umat Islam mudah terpengaruh dengan budaya dan pemikiran masyarakat asing. Mereka hanya membabi buta menjadikannya sebagai gaya kehidupan tanpa menghirau,mengkaji atau mengetahui motif disebaliknya. Semuanya bermula dari sikap kurang gemar membaca. Inilah akibatnya apabila kita meminggirkan Islam dari kehidupan kita. Islam tidak hanya mengajar kita tentang ibadat semata-mata tetapi menyentuh seluruh aspek kehidupan serta kemajuan bukannya keburukan. Lagipun, wahyu pertama yang diturunkan kepada Rasullah berkaitan dengan soal perintah penekanan tentang bacaan.Iqra'.bacalah. Malangnya, hati kita tidak pernah terbuka dan asyik terleka dengan kehidupan yang sementara ini. Buktinya lagi, lihat sajalah kita begitu mudah menyambut perayaan dari budaya luar. Sebagai contoh iaitu perayaan April Mop.
Pedulikah kita??

Perayaan April Mop atau April Fool ini sebenarnya ada kaitan dengan kejatuhan pemerintahan Islam di Sepanyol. Aku akan cuba kemukakan kisahnya berdasarkan maklumat yang diperolehi. Harapan aku,janganlah kita pertikaikan kesasihan fakta ini. Tetapi seharusnya kita pertikaikan mengapa kita jadikan budaya ini sebahagian dari kehidupan kita yang perlu disambut pada saban . Sedangkan perbuatan menipu atau sebaliknya dalam perayaan tersebut adalah sama sekali ditegah dalam ajaran Islam.
Harapan aku,sama-sama kita dapat berubah atas nama tuhan ALWAHID dan diharapkan perubahan kita akan dibalas dengan AL-FIRDAUSI..






Berikut antara petikan maklumat yang aku perolehi:
Perayaan April Mop yang selalu diakhiri dengan kegembiraan dan kepuasan itu sesungguhnya berawal dari satu tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan. April Mop atau The April’s Fool Day berawal dari satu episode sejarah Muslim Spanyol di tahun 1487 atau bertepatan dengan 892 H. Sebelum sampai pada tragedi tersebut, ada baiknya menengok sejarah Spanyol dahulu ketika masih di bawah kekuasaan Islam.

Sejak dibebaskan Islam pada abad ke-8 M oleh Panglima Thariq bin Ziyad, Spanyol berangsur-angsur tumbuh menjadi satu negeri yang makmur. Pasukan Islam tidak saja berhenti di Spanyol, namun terus melakukan pembebasan di negeri-negeri sekitar menuju Perancis. Perancis Selatan dengan mudah bisa dibebaskan. Kota Carcassone, Nimes , Bordeaux , Lyon , Poitou , Tours , dan sebagainya jatuh. Walau sangat kuat, pasukan Islam masih memberikan toleransi kepada suku Goth dan Navaro di daerah sebelah Barat yang berupa pegunungan.

Islam telah menerangi Spanyol. Karena sikap para penguasa Islam begitu baik dan rendah hati, maka banyak orang-orang Spanyol yang kemudian dengan tulus dan ikhlas memeluk Islam. Muslim Spanyol bukan hanya beragama Islam, namun mereka sungguh-sungguh mempraktekkan kehidupan secara Islami. Mereka tidak hanya membaca Al-Qur'an tapi juga bertingkah laku berdasarkan Al-Qur'an. Mereka selalu berkata tidak untuk musik, bir, pergaulan bebas, dan segala hal yang dilarang Islam. Keadaan tenteram seperti itu berlangsung hampir enam abad lamanya.

Selama itu pula kaum kafir yang masih ada di sekeliling Spanyol tanpa kenal lelah terus berupaya membersihkan Islam dari Spanyol, namun mereka selalu gagal. Telah beberapa kali dicoba tapi selalu tidak berhasil. Dikirimlah sejumlah mata-mata untuk mempelajari kelemahan umat Islam di Spanyol. Akhirnya mata-mata itu menemukan cara untuk menaklukkan Islam di Spanyol, yakni pertama-tama harus melemahkan iman mereka dulu dengan jalan serangan pemikiran dan budaya.

Maka mulailah secara diam-diam mereka mengirim alkohol dan rokok secara gratis ke dalam wilayah Spanyol. Musik diperdengarkan untuk membujuk kaum mudanya agar lebih suka bernyanyi dan menari ketimbang baca Qur’an. Mereka juga mengirim sejumlah ulama palsu yang kerjanya meniup-niupkan perpecahan di dalam tubuh umat Islam Spanyol. Lama-kelamaan upaya ini membuahkan hasil.

Akhirnya Spanyol jatuh dan bisa dikuasai pasukan Salib. Penyerangan oleh pasukan Salib benar-benar dilakukan dengan kejam tanpa mengenal peri kemanusiaan. Tidak hanya pasukan Islam yang idbantai, juga penduduk sipil, wanita, anak-anak kecil, orang-orang tua, semuanya dihabisi dengan sadis.

Satu persatu daerah di Spanyol jatuh, Granada adalah daerah terakhir yang ditaklukkan. Penduduk-penduduk Islam di Spanyol (juga disebut orang Moor) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentara-tentara Kristen terus mengejar mereka.

Ketika jalan-jalan sudah sepi, tinggal menyisakan ribuan mayat yang bergelimpangan bermandikan genangan darah, tentara Salib mengetahui bahwa banyak Muslim Granada yang masih bersembunyi di rumah-rumah. Dengan lantang tentara Salib itu meneriakkan pengumuman, bahwa para Muslim Granada bisa keluar dari rumah dengan aman dan diperbolehkan berlayar keluar dari Spanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka. “Kapal-kapal yang akan membawa kalian keluar dari Spanyol sudah kami persiapkan di pelabuhan. Kami menjamin keselamatan kalian jika ingin keluar dari Spanyol, setelah ini maka kami tidak lagi memberikan jaminan!” demikian bujuk tentara Salib.
Orang-orang Islam masih curiga dengan tawaran ini. Beberapa dari orang Islam diperbolehkan melihat sendiri kapal-kapal penumpang yang sudah dipersiapkan di pelabuhan. Setelah benar-benar melihat ada kapal yang sudah dipersiapkan, maka mereka segera bersiap untuk meninggalkan Granada bersama-sama menuju ke kapal-kapal tersebut. Mereka pun bersiap untuk berlayar.
Keesokan harinya, ribuan penduduk Muslim Granada yang keluar dari rumah-rumahnya dengan membawa seluruh barang-barang keperluannya beriringan jalan menuju pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai tentara Salib bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumahnya. Setelah ribuan umat Islam Spanyol berkumpul di pelabuhan, dengan cepat tentara Salib menggeledah rumah-rumah yang telah itinggalkan penghuninya. Lidah api terlihat menjilat-jilat angkasa ketika para tentara Salib itu membakari rumah-rumah tersebut bersama orang-orang Islam yang masih bertahan di dalamnya.

Sedang ribuan umat Islam yang tertahan di pelabuhan hanya bisa terpana ketika tentara Salib juga membakari kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka keluar dari Spanyol. Kapal-kapal itu dengan cepat tenggelam. Ribuan umat Islam tidak bisa berbuat apa-apa karena sama sekali tidak bersenjata. Mereka juga kebanyakan terdiri dari para perempuan dan anak-anaknya yang masih kecil-kecil. Sedang tentara Salib itu telah mengepung mereka dengan pedang terhunus.
Dengan satu teriakan dari pemimpinnya, ribuan tentara Salib itu segera membantai dan menghabisi umat Islam Spanyol tanpa perasaan belas kasihan. Jerit tangis dan takbir membahana. Dengan buas tentara Salib terus membunuhi warga sipil yang sama sekali tidak berdaya.

Seluruh Muslim Spanyol di pelabuhan itu habis dibunuh dengan kejam. Darah menggenang di mana-mana. Laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitam-hitaman. Tragedi ini bertepatan dengan tanggal 1 April. Inilah yang kemudian diperingati oleh dunia Kristen setiap tanggal 1 April sebagai April Mop (The Aprils Fool Day).

Bagi umat Islam April Mop tentu merupakan tragedi yang sangat menyedihkan. Hari di mana ribuan saudara-saudaranya seiman disembelih dan dibantai oleh tentara Salib di Granada, Spanyol. Sebab itu, adalah sangat tidak pantas jika ada orang Islam yang ikut-ikutan merayakan tradisi ini. Sebab dengan ikut merayakan April Mop, sesungguhnya orang-orang Islam itu ikut bergembira dan tertawa atas tragedi tersebut. Siapa pun orang Islam yang turut merayakan April Mop, maka ia sesungguhnya tengah merayakan ulang tahun pembunuhan massal ribuan saudara-saudaranya di Granada, Spanyol, beberapa abad silam

Tuesday, March 24, 2009

Kehidupanku Selepas Result SPM

Setiap hari aku pasti mengeluh panjang.
Kebosanan yang aku alami sekarang benar-benar menguji minda dan fizikal aku. Lebih hebat dari latihan PLKN yang pernah aku ikuti. Setelah menanti kemunculan SPM yang membawa seribu satu harapan dalam tempoh yang agak lama, sekarang aku terpaksa menanti tawaran belajar yang bakal menjemput aku pula.
Menanti lagi?? Itulah realitinya. Keadaan yang meletihkan tetapi tidak berpeluh. Itulah Bosan.

Aku sekarang mencari-cari pekerjaan yang
sesuai bagi mengantikan pekerjaan aku sebagai pengurus Shell dahulu.(rujuk catatan aku mengenai dari pengganggur ke pengurus)
Sudah hampir dua minggu aku melepaskan jawatan tersebut. Pengalaman bekerja dan berkawan di sana benar-benar mengukir kenangan indah dalam hidup aku. Banyak benda yang aku belajar. Tetapi aku juga bersyukur,selepas berhenti kerja, kulit aku yang hitam akibat bekerja di bawah sinaran terik matahari,sudah mula cerah serta menawan seperti dahulu.

Hehehe...Alhamdulillah.

Jika diikutkan, berat hati aku mahu melepaskan jawatan tersebut. Gaji yang ditawarkan juga cukup lumayan bagi aku yang masih belum berumah tangga,iaitu RM500. Tetapi setelah aku bertanya dan menyiasat latar belakang syarikat tersebut, aku tak teragak-agak untuk melepaskannya. Syarikat tersebut yang dimiliki kerajaan Belanda dikatakan pernah kontroversi dengan perbuatan ahli parlimen mereka yang menghina nabi dengan muka kosong tanpa menghirau sensitiviti umat Islam. Cukup setakat itu, aku enggan menghurai panjang. Kalau hendak mengetahui dengan lebih lanjut, rajin-rajinkan diri untuk mencarinya sendiri.
Sekarang aku kembali menjadi pengganggur. Aku tak pernah menyesal berhenti kerja. Kata-kata senior aku dahulu masih terngiang-ngiang di fikiranku,

"Rezeki ini datang dari ALLAH, kalau kita buat benda yang baik pada agamaNya, pasti ALLAH akan tolong kita kembali”

Lebih kurang macam tu lah kata-katanya.
Aku cukup berpegang kuat dengan kata-kata tersebut. Memang benar apa yang dikatakan, setelah aku berhenti kerja. Banyak kerja kosong yang aku temui seperti menjadi cashier di cc. Tetapi,sayangnya entah kenapa waktu itu aku menolak.

Adoy!! (sambil mengelengkan kepala) Menyesal pulak aku.
Aku juga diminta dari YB Kubang Rotan untuk menolongnya di pejabat Pusat Khidmat Wakil Rakyat Kubang Rotan. Aku hanya tersenyum dengan malu. Aku menganggap mungkin dia hanya melawak sahaja.

Sekarang aku terpaksa menghadapi keadaan yang dinamakan BOSAN. Tetapi, bila difikirkan kembali. Inilah masa yang sesuai untuk aku memperkemaskan diri aku dalam segala bidang yang aku masih lemah terutamanya dalam bidang agama dan komunikasi bahasa. Mungkin BOSAN inilah yang dikatakan ujian berbentuk nikmat kesenangan. Tuhan mungkin ingin menguji kita dengan ilmu yang kita pelajari sejak di bangku sekolah dengan melihat bagaimanakah kita memanfaatkan atau mengamalkannya. Cuba kita belek kembali surah Al-Asr yang menceritakan betapa ruginya manusia terhadap masa. Begitu juga dengan kata-kata hikmah dan pujanggga. Jangan kita melihat sesuatu perkara dari sudut keburukannya saja, tetapi cubalah sedaya mencari hikmah disebaliknya..................................................

P/s: kalau ada sesiapa yang ada jumpa kerja kosong,jangan lupa bagitau ak.hehehe

Friday, March 20, 2009

AWAS kamu semua

Maklumat Tergempar
Saya baru sahaja menerima maklumat ini dari sahabat saya. Ish2....Menurut maklumat tersebut,terdapat website islamik yang sengaja dibuat oleh puak yahudi Laknatullah. Tak guna dan mangkuk hayunkan mereka ni?? Ada saja benda nak buat untuk merosakkan agama kita?? Tapi yang hairannya kita ini,tak pula seserius macam mereka hendak berusaha untuk menghancurkan mereka kembali?? Kalau hendak tahu, mereka ini cuba dan sedang menyebarkan fahaman yang bertentangan dengan Al-Quran dan Assunnah untuk menyesatkan kita. Justeru, saya ingin menyebarkan maklumat ini kepada anda. Jika tidak, seluruh umat Muslim di dunia akan memperolehi informasi yang salah dan keliru tentang Islam. Tidak hairanlah selepas ini akan muncul pelbagai ajaran sesat seperti ayah pin,kahar dan macam-macam lagi yang sukar dibendung andaikata perkara ini tidak ketahui umum.
Waspadalah terhadap website di bawah ini:
1. www.answering-islam.org
2. www.aboutislam.com
3. www.thequran.com
4. www.allahassurance.com

Sebarkan maklumat ini kepada rakan-rakan anda
Ingat orang yang tersayang
Anda pasti mampu menyebarkanya
Jangan Lupa Taw
(^_^)

Sunday, March 8, 2009

Dari Penganggur ke Pengurus


5 Februari 2009 telah melakar sejarah penting dalam hidup saya. Tepat pukul 3.45 petang,saya bersama sahabat saya,Muhd Labib Majdi Bin Abd. Latif dengan berpakaian baju putih,berseluarkan hitam serta berkasut hitam tutup lengkap menuju ke sebuah tempat yang bakal menawarkan sejumlah wang RM500 sebulan. Segala Puji Bagi ALLAH,sememangnya kami telah menanti tawaran ini sejak sekian lama lagi. Akhirnya ALLAH memakbulkan juga hajat kami setelah selama dua minggu kami berpenat lelah mencari dan menanti. Keadaan ini menambahkan keyakinan kami bahawa haanya doa beserta usaha pasti akan berjaya. Cuma waktu sahaja yang menentukannya.


Tiba ditempat tersebut,saya bersama sahabat saya telah ditemu bual secara live oleh bos disitu. Soalannya cukup mudah. Kami hanya diminta menerangkan 4 definasi perkataan yang cukup mudah iaitu amanah,siddiq,ikhlas serta jujur. Lain pula saya. Saya diberi soalan tambahan pula. Yang melucukan,tiba-tiba sahaja intiview itu hampir-hampir menjadi medan perdebatan seperti rancangan Hujah di tv9 antara saya dan bos tersebut. Saya diujinya untuk menerangkan apa tindakan saya apabila dia mengamanahkan saya untuk memberi sejumlah wang RM10 untuk diberi kepada sahabat saya,Labib. Dia membayangkan waktu itu adalah waktu bulan Ramadhan. Pada masa yang sama,emak saya juga memberi wang RM10 kepada saya untuk membeli makanan di bazar untuk berbuka nanti. Tetapi saya tertinggal. Apa tindakan saya waktu itu ketika itu? Wajarkah saya menggunakan wang yang perlu saya beri kepada Labib dahulu?Atau kalau saya tidak menggunakannya,bagaimana pula keadaan keluarga saya yang menunggu untuk berbuka puasa dirumah.?Pada mulanya,pendapat saya tidak wajar. Alasannya ialah lebih baik saya tidak membeli makanan daripada membiarkan keluarga saya berbuka puasa dengan sumber yang HARAM apabila saya tidak meminta keizinan tuannya. Lagipun takkanlah rumah saya kehabisan makanan langsung. Sekurang-kurangnya makanan seperti kurma bolehlah menggalas perut mereka sekejap. Selepas berbuka puasa,masih ada masa dan makanan yang boleh dibeli.Bos itu seperti tidak puas hati. Bagi saya,dia bukan orang yang sebarangan. Orangnya cukup hebat. Dia pandai berdalih sehinggakan saya mengalah dan hampir-hampir bertikam lidah dengannya. Dia merupakan bekas pengetua Kolej Sultan Abdul Hamid dan Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Bukhari. Kemudian keadaan telah memaksa saya menukar jawapan.Jawapan yang dia berikan kepada saya pula seolah-olah seperti jawapan saya awal-awal tadi. Soalan tersebut sebenarnya nak mengajar kami supaya tidak menggunakan wang orang lain untuk kepentingan peribadi walaupun kita ada wang yang cukup atau tidak untuk diganti.Dia juga mengambil kisah pemuda yang memakan buah epal akibat terlalu lapar sebagai contoh. Kami hanya mendengar dan mengagguk sebagai tanda bersetuju.


Selepas selesai intiview,bermulalah kisah kami sebagai pengurus stesen minyak Shell. Kerjaya sebagai pengurus bukannya mudah. Segala-galanya perlu dilakukan. Kami perlu sapu sampah,cuci tandas,cuci longkang dan mengurus pump minyak. Hasil tunjuk ajar orang yang lebih senior walaupun umur sebaya dapatlah meringankan sedikit beban tugas kami. Antara tugas yang mencabar ialah semasa menjaga pump stesen minyak. Banyak karenah pelanggan dan masalah yang kami terpaksa hadapi.


Apa yang saya harapkan ialah pekerjaan ini dapat mengajar saya untuk mengenali erti kehidupan yang sebenar dan mencorakkan pengalaman baru dalam hidup saya bagaimana peritnya untuk menyara hidup.Jika anda mempunyai pekerjaan yang lebih senang dan selesa,bolehlah menghubungi saya.(^_^)

Monday, March 2, 2009

Hilang Barang!!Camne nak buat ek

Tidak dapat dinafikan semua orang pernah kehilangan sesuatu barang. Kehilangan sesuatu barang lebih-lebih lagi kalau barang itu berharga amatlah memeritkan. Keadaan ini boleh diibaratkan atau lebih teruk dari orang yang sedang bercinta seperti tidur tak lena....,makan tak kenyang....,dan macam-macam lagi keadaan yang dialami. Justeru, saya ingin berkongsi ilmu dengan anda tentang kaedah mengembalikan sesuatu barang yang hilang. Kaedah yang dinyatakan di sini adalah satu ikhtiar yang boleh diamalkan bagi bermohon kepada Allah SWT agar barang yang hilang atau dicuri dijumpai semula. Kaedah ini juga boleh diamalkan untuk bermohon agar Allah SWT mengembalikan semula ahli keluarga yang hilang atau yang lari dari rumah.Insya-ALLAH.

Untuk pengetahuan,saya sendiri pernah mempra
ktikkan kaedah ini ketika kehilangan dompet saya yang terjatuh semasa menunggang motosikal. Ketika itu, hanya tuhan sahajalah yang Maha Mengetahui akan perasaan saya. Bimbang betul saya dibuatnya. Maklumlah,dompet!!!! Macam-macamlah benda yang penting ada. Kad Pengenalan,lesen memandu dan kad HPA la yang paling penting tapi duit taklah banyak sangat.Yang membimbangkan, setiap kad yang hilang sudah tentu dikenakan bayaran.Adoyai.Manalah saya ada duit sangat nak bayar...Namun, saya tetap gagahkan diri saya untuk bertenang dan berusaha mencarinya kembali. Ucapan atau doa yang diajar oleh Al-Quran ketika mengalami musibah iaitu INNALILLAHI WAINNA ILAIHI RAJINGUN sentiasa membasahi bibir mulut saya. Saya yakin mungkin ada terselit pengajaran disebalik ini. Diringkaskan cerita, selepas saya berusaha mencari, saya pun mempraktikkan kaedah ini sebagai ikhtiar terakhir dan tawakal saya. Alhamdulillah,dengan keizinan dari Ilahi tak sampai seminggu pun,muncul seseorang pemuda yang tidak dikenali menyerahkan kembali dompet saya yang hilang dirumah.

p/s: apapun ingat jangan hanya berdoa sahaja tanpa berikhtiar.Hanya orang yang

malas sahaja yang berdoa tanpa usaha.Apapun jadikan Rasullah S.A.W sebagai

mentor sepanjang masa yang tak pernah jemu berdoa dan berusaha.

Cara atau kaifiatnya yang dipetik dari laman web darussyifa adalah seperti berikut:

(1) Lakukan Solat Hajat sekurang-kurangnya 2 rakaat dengan bermohon supaya Allah SWT mengembalikan barang yang hilang atau dicuri.

(2) Doa berikut juga boleh dibaca ketika dalam sujud yang terakhir.

(3) Selesai Solat Hajat, mulakan bacaan Surah Yaasin mengikut kaedah seperti berikut;

a.Membaca Surah Yaasin, apabila sampai pada perkataan Mubin yang pertama (iaitu diakhir ayat 12), berdoalah supaya Allah SWT mengembalikan barang yang hilang, kemudian ulang semula bacaan Yaasin daripada mula.

b.Untuk pusingan kedua, apabila sampai mubin yang pertama, berdoalah kemudian teruskan bacaan sehingga sampai mubin yang kedua (iaitu diakhir ayat 17). Berdoa lagi sekali di mubin yang kedua ini kemudian ulang semula bacaan Yaasin daripada mula.

c.Untuk pusingan ketiga, berdoa di mubin pertama, kedua dan ketiga (iaitu diakhir ayat 24). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.

d.Untuk pusingan keempat, berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga dan keempat (iaitu diakhir ayat 47). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.

e.Untuk pusingan kelima, berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga, keempat dan kelima (iaitu diakhir ayat 60). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.

f.Untuk pusingan keenam, berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga, keempat, kelima dan keenam (iaitu diakhir ayat 69). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.

g.Untuk pusingan ketujuh (pusingan terakhir) , berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga, keempat, kelima, keenam dan ketujuh (iaitu diakhir ayat 77). Kemudian teruskan bacaan sehingga ayat terakhir Surah Yaasin.

h.Setelah selesai bermakna anda telah berdoa sebanyak 28 kali.

(3) Untuk mendapatkan kesan yang lebih mujarab, lakukan amalan ini selama tiga malam berturut-turut sebaik sahaja mengetahui barang telah hilang.