Click here OK!

Followers

Showing posts with label Real Life. Show all posts
Showing posts with label Real Life. Show all posts

Friday, 22 February 2013

AKU ADA RAMAI KAWAN. AKU RASA SUNYI, MANA MEREKA

"Hari ini aku rasa ramai kawan yang ambil berat pasal aku. Ramai orang ajak lepak sama-sama, ajak makan sama-sama, ajak tengok wayang sama-sama. Semua harapkan aku pergi bersama mereka kerana mereka rasa seronok dapat bersama aku. Mereka kata aku rakan yang baik dan best kalau lepak sama-sama."

"Hari ini aku rasa sunyi sangat. Rasa macam tak ada kawan-kawan yang ambil berat dan ambil tahu pasal aku. Tak ada pun orang nak ajak lepak minum-minum, borak-borak, ketawa-ketawa, gosip-gosip, tak ada pun kawan yang nak ajak tengok wayang, jalan-jalan. Diorang tak suka ke berkawan dengan aku?? Tak best ker lepak-lepak dengan aku??Aku ada buat salah ker dengan kawan-kawan aku??"

Ini adalah dua situasi dan pemikiran berbeza dari orang yang sama. Aku rasa ada di antara orang-orang di sekeliling kita rasa macam ini dan mungkin juga perkara seperti ini berlaku dalam hidup kita sendiri. Kadang-kadang kita rasa kita ramai kawan. Sampai tak terlayan dan sampai kena batalkan temujanji dengan kawan demi kawan yang lain. Masa itu, perasaan kita akan bercampur sedih dan bangga. Inilah realiti kehidupan. Kadang-kadang kita rasa hidup kita sunyi sangat. Macam tak ada kawan. Tak ada kawan yang ajak kita keluar makan, bersukan, tengok wayang, dan buat apa-apa aktiviti. Masa itu, perasaan kita hanyalah sedih dan berprasangka macam-macam. Kita akan rasa diri kita dipinggirkan. Kita akan rasa diri kita tidak diperlukan. Kita akan rasa diri kita serba kekurangan dan macam-macam lagi andaian yang muncul dalam pemikiran kita.

Bagi seseorang yang ego giler perangainya, mereka akan tetap dengan egonya dengan menunggu ajakan dari kawan-kawan mereka untuk di ajak keluar bersama. Mereka akan cuba cari kawan-kawan baru dan cuba pula menunjuk-nunjuk yang dia tak perlu tunggu ajakan dari kawan-kawan mereka untuk keluar buat apa-apa aktiviti. Ini berlaku dalam kehidupan kita.

Bagi seseorang yang berfikiran profesional dan positif, mereka akan cuba mula mengajak kawan mereka dahulu dan cuba untuk memulakan sesuatu perkara daripada terus menunggu ajakan kawan mereka. Jika tidak mengajak ke mana-mana, mereka mungkin akan cuba telefon dan mesej untuk bertanya khabar diri kawan-kawan mereka. 


Kadang-kadang kita rasa nak telefon atau mesej kawan kita, tapi kita akan rasa macam tiada topik untuk dibincangkan. Jadi kita akan menunggu perkara-perkara yang boleh dibuat topik untuk dibincangkan dalam perbualan. Tapi kadang-kadang, bila kita dah ada topik pun kita segan silu untuk memulakan bicara dan menunggu kawan-kawan kita juga yang mulakan dahulu. Manusia memang akan ada sifat malu dan ego yang tersendiri. Cuma terpulang dengan diri mereka sendiri macamana cara pemikiran mereka terhadap sesuatu perkara.

Memang kita rasa kadang-kadang ramai kawan, kadang-kadang sunyi tanpa kawan. Kalau tak ada kawan-kawan pun, kan kita masih ada keluarga kan. jadi tiada istilah kita sunyi, hidup seorang diri tanpa sesiapa di sisi kerana keluarga sentiasa bersama kita. Kawan-kawan pun sentiasa ada untuk kita, cuma kita perlu sedar akan kewujudan mereka.  


Fikirkanlah.

Jika kita rasa diri kita dipinggirkan, fikirkanlah semula, mungkin kita yang meminggirkan mereka.

Ok, assalamualaikum dan selamat berblogging...........
Semua yang aku coretkan ini adalah dari pemikiran aku. Sekadar berkongsi dengan kawan-kawan blog. Tiada kena-mengena dengan sesiapa.


Tuesday, 11 December 2012

PERSOALAN CINTA PANDANG PERTAMA


Berikut adalah soalan yang pernah ditanyakan kepada aku. Aku nak kongsi tentang topik cinta ini dengan semua orang. Sebab aku pun macam tak tahu nak jawab sebetulnya. Perbualan tu tak ada lah skema macam bawah ni, tapi untuk bacaan blog, kena la ada skemanya ye tak. hehehe. 

Apa itu cinta pandang pertama??????????

Pada aku, cinta pandang pertama hanya boleh berlaku jika kedua-dua pihak merasai benda yang sama pada kali pertama mereka bertentang mata. Tidak boleh dipanggil cinta pandang pertama jika hanya sebelah pihak jek jatuh cinta.

Adakah cinta pandang pertama betul-betul wujud????????

Pada aku, cinta pandang pertama mungkin wujud 1 diantara 100 pasangan. Kalau setakat jatuh cinta sebab orangnya cantik/hensem gilerrr, tak dikira la. Jatuh cinta dengan artis pun tak dikira. Sebab kebanyakkan artis kan hensem/cantik kan.

Pernah tak orang jatu cinta pandang pertama kat aku????

Untuk aku yang dah 9 kali bercinta, 7 jadi, 2 tak jadi, aku rasa belum ada perempuan lagi yang jatuh cinta pandang pertama dengan aku. Semua yang jatuh cinta kat aku selepas mengenali aku, sebab hati budi aku dan sikap/layanan aku terhadap mereka. Biasalah kan. Muka tak seberapa walaupun ada orang pernah cakap muka aku macam Aaron Aziz untuk 2,3 saat. hahahaha....(perasan sekejap)..

Adakah aku pernah jatuh cinta pandang pertama??????

Aku pun tak tahu aku pernah atau tidak jatuh cinta pandang pertama. Tapi kalau nak ikutkan jatuh cinta sebab rupa paras perempuan tu, memang banyak kali rasanya. hahaha. Tapi memang susah nak dapat respon la. Muka tak seberapa la katakan, walaupun ada orang cakap muka aku macam .......... (untuk 2,3 saat jek) hahaha.. Saja tak nak ulang. Takut orang menyampah. hehe.


...............................................................................................................

Aku tak berapa paham sebenarnya definisi cinta pandang pertama dalam kehidupan ni. huhu. Kadang-kadang macam tak pernah rasa cinta pandang pertama ni. Kadang-kadang aku rasakan aku banyak kali jatuh cinta pandang pertama dengan perempuan. Mungkin sebab aku ni pantang nampak perempuan cantik kot. hahaha. Ada jek berkenalan or jumpa perempuan cantik/hot, mesti aku rasa semacam. Rasa macam dah jatuh cinta, rasa nak kenal lebih rapat, asyik teringat-ingat, terbayang-bayang dan macam-macam lagi la. Tapi semua perasaan tu tak kekal sebab bukan diorang masuk pun dalam hidup aku. Cuma diorang singgah sekejap jek dalam hidup dan mata aku nih. 

Mata keranjang ker aku nih??? Mungkin keranjang dari segi mata, tidak tidak pada hati. Walaupun aku suka memandang perempuan-perempuan cantik, tapi aku sangat setia pada pasangan aku. (sekarang takde awek la plak..huhu, jadi takde siapa nak larang kan..hehe). 

Tinggalkan la komen korang ok. Beritahu apa yang korang paham mengenai cinta pandang pertama. Tak pun korang berikan pendapat dengan ikut menjawab soalan-soalan di atas???? Boleh la aku memahami maksud cinta pandang pertama ini dari banyak kepala dan boleh la aku terangkan kat orang yang tanya kat aku tu. Cerita la pengalaman korang untuk soalan 3 dan 4 ok. Nak tahu juga macamana cinta pandang pertama tu terjadi. Kalau tidak keberatan la. hehehe.

Kalau nak buat entry pasal ni pun dialu-alukan. Entry paling berguna untuk aku akan aku repost balik. Tapi aku rasa, cukuplah sekadar tinggalkan komen dan bagi pendapat serba ringkas ok. Jangan tanya aku siapa yang tanya mende ni kat aku. hehheh. Biarlah rahsia. Emmm, tapi kalau rasa nak buat entry kan, tag la sekali kawan-kawan yang lain. hehe. Tapi ini bukan segmen pape tau. Cuma minta pendapat jek. hehe.

Ok, assalamualaikum dan selamat berblogging....................................
>>> Aku selalu tengok drama korea. Setiap kali tengok drama korea, aku akan jatuh cinta pada heroin drama tu. hahaha. Tak kisah la muka plastik ke tak kan. Bukan aku nak kawin pun dengan diorang. Cuma suka tengok jek. haha.



Sunday, 23 September 2012

MENANGANI STRESS DENGAN BIJAK


Stress ialah tindak balas fizikal, emosi dan mental kepada perubahan.

Stress merangkumi tekanan, beban, konflik, keletihan, ketegangan, panic, perasaan gemuruh, kebimbangan, kemurungan dan hilang daya yang biasa berlaku apabila berlakunya perubahan pada tubuh badan atau fikiran sendiri. 



Kenapa kita stress ???

Diri sendiri – kecewa

Keluarga – masalah rumahtangga, kewangan, anak dan sebagainya.

Pekerjaan – tidak cemerlang dalam kerja, tidak naik pangkat, dibuang kerja, kena tukar dan sebagainya

Komuniti – bertengkar dengan jiran

Kesesakan lalulintas

Persekitaran yang tidak selesa

Tragedy menunggu lama

Tanda – tanda stress

Jantung berdegup kencang

Cepat marah

Rasa tidak gembira

Hilang selera makan

Hilang minat terhadap kerja

Tidak cukup tidur

Suka menengking

Cuba jauhkan diri

Apa yang harus dilakukan apabila kita marah ???

  • Bertenang, tarik nafas dan lepas perlahan-lahan

  • Kenalpasti punca anda marah

  • Mendapat nasihat orang lain

  • Beredar ke tempat lain bagi mengawal kemarahan

  • Berbincang dengan ahli keluarga atau rakan

  • Membiasakan diri memaafkan dan menerima bahawa manusia juga melakukan kesalahan



Amalkan 10 B

Bertenang

Bernafas dengan dalam

Berkata : Relakslah….

Beribadat

Bercakap dengan seseorang

Berurut

Berehat dan mendengar muzik

Beriadah

Bersenam

Berfikiran positif


Sumber : Risalah dari Hospital Pontian. 
Saja taip balik dan publish. Sekadar berkongsi..............

-LIKE AND SHARE-

Ok, assalamualaikum dan selamat berblogging.............

Monday, 17 September 2012

PENANGAN LAMPU 'SIGNAL'




Kadang-kadang geram tengok kalau ada orang yang tidak ambil berat pasal lampu signal ni. Signal ke kanan adalah untuk belok ke kanan atau menukar ke lorong kanan atau ingin memotong kenderaan di hadapan. Signal kiri adalah untuk belok ke kiri atau menukar ke lorong kiri atau ingin berhenti di bahu jalan. Semua orang dewasa tau kot pasal ni. 

Kadang-kadang orang lupa untuk memberi signal untuk membelok. Menyusahkan pada orang yang berada di simpang. Katakanlah kita berada di simpang jalan, then ada sebuah kenderaan datang dari arah kanan. Oleh kerana mereka di jalan utama, maka kita kena la menunggu mereka berlalu dulu, baru kita keluar simpang. Tapi semakin dekat, kereta mereka semakin perlahan dan dengan tidak disangka-sangka mereka membelok ke kiri. Kan dah membuang masa kita tunggu kan.

Menyusahkan juga bagi yang sedang mengekori di belakang. Katakanlah kita sedang mengekori kenderaan dari belakang. Kat depan ada simpang, tapi oleh kerana tak ada lampu signal diberikan, maka dalam kepala kita, kenderaan di depan nak terus je lah kan. Tapi dengan tiba-tiba kenderaan di depan kita brek dan terus membelok ke kiri. Dah membahayakan kenderaan di belakang mereka.

Ihsan Google - Sekadar hiasan


Ada juga sesetengahnya yang lupa untuk memadamkan lampu signal mereka. Bagi yang tidak padam secara automatic selepas membelok la. Ini juga menyusahkan dan membahayakan orang lain. Katakanlah kita berada di simpang jalan, then ada sebuah kenderaan datang dari arah kanan dengan lampu signal ke kiri yang menyala. Dalam kepala kita, mesti la fikir kenderaan tersebut nak membelok ke kiri, jadi setelah tengok jalan belah kiri kita CLEAR, kita pun meneruskan perjalanan kita dengan membelok ke kanan dan BAMMMMMMMMMMM kenderaan tersebut melanggar kita kerana dia nak terus, tetapi kerana lupa untuk mematikan lampu signalnya, bertembung la kenderaan dia dengan kenderaan kita. Kan dah jadi satu kemalangan. 

Banyak lagi kerenah orang pasal lampu signal di jalan raya ni. Tapi aku cuma bebelkan pasal ni je la. Aku membebel panjang kat sini pasal ni sebab aku dah banyak kali kena dengan orang yang tak ambil berat pasal signal ni. Tapi tak pernah la sampai kemalangan, cuma hampir-hampir jek. Secara jujurnya, aku pun kadang-kadang terbuat juga secara tak sengaja. Perkara ini sangat penting bagi pemanduan yang selamat, tapi kita sebagai manusia biasa ni selalu melakukan kesilapan. Dengan itu, marilah kita sama-sama mengingatkan rakan, keluarga dan orang sekeliling kita supaya ambil berat dengan lampu signal kenderaan masing-masing ye. Hehehe. 

Pandu dengan cermat, ingatlah orang tersayang.

Ok, Assalamualaikum dan selamat berblogging................
Habis dah cuti 3 hari. Esok nak masuk pejabat balik.

Thursday, 26 July 2012

DOAKAN DIA CEPAT BAIK


Tengahari tadi aku pergi hospital lagi untuk melawat anak kepada sepupu aku kat Hospital Sultan Ismail. Hari ni dah kali ketiga aku pergi melawat dia. Mak aku betul-betul risaukan anak sepupu aku tu sebab luka dia agak parah. 

Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru

Kitorang panggil dia Amie jek. Bapak dia sepupu rapat la dengan aku. Budak tu jatuh motor pada jam 4 pagi kat Ulu Tiram rasanya. Katanya dia bawak motor dalam keadaan mengantuk. Dia terlelap dalam sesaat dua, dan terus jatuh sebab hilang keseimbangan. Terseret atas jalanraya dalam 10 meter, terlanggar bahu jalan, then tercampak ke dalam longkang. 

Tengok pada keadaan dia, memang lambat lagi rasanya nak baik sebab bukan setakat kaki jek patah, tapi daging pun hancur dan koyak. Jadi teruk camtu sebab masa dia jatuh tu, dia pakai seluar pendek. Malang tidak berbau kan. Kalau dah memang nak kena, memang kena la. Dah kena sambut puasa kat hospital. Tak dapat la dia nak berpuasa sebab pesakit memang tak boleh puasa sebab kena makan ubat dan masuk ubat antibiotik. Raya nanti pun, mungkin kena sambut kat hospital juga. 

Yang aku kesian budak tu ada peperiksaan besar tahun ni. Umur dia 17 tahun, Spm tahun ni. Kaki dah masuk besi, memang terlantar je la kat katil.


Sempena bulan baik ni, mari kita sama-sama berdoa agar pembedahan-pembedahan seterusnya akan berjaya. Berdoa agar luka cepat baik, dan tulang kaki dia pun cepat baik. Lepas ni akan ada pembedahan lagi untuk dia. Pembedahan masuk besi dah. Lepas tu  ada pembedahan untuk tampal daging plak kot. 

Nasihat kepada orang ramai, jangan menunggang motosikal atau memandu kereta dalam keadaan mengantuk kerana malang tidak berbau. Berhati-hati di jalanraya dan sentiasa berjaga-jaga dengan kenderaan sekeliling kerana walaupun kita dah cukup berhati-hati, tapi orang lain mungkin tidak. 

Kat bawah ni ada gambar kaki budak tu. Kalau korang lemah semangat nak tengok, baik tak payah tengok la. Scroll laju-laju. hehe. 

Ok, assalamualaikum dan selamat berblogging............... 
























Selepas jatuh, sebelum dicuci

Selepas dicuci dan dimasuk besi




















SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN, BERHATI-HATI DI JALANRAYA. INGATLAH ORANG TERSAYANG.....
 

Thursday, 5 April 2012

AKU TAK SUKA MEREKA-MEREKA NI


Aku tak suka mereka. Siapa mereka ?? Mereka-mereka ini adalah pemandu-pemandu yang suka buang sampah keluar dari kenderaan mereka. Apa salahnya sampah-sampah seperti tin minuman, botol air atau plastik makanan disimpan dulu dalam kereta sendiri dan dibuang bila dah sampai ke tempat yang dituju. 

Adakah mereka-mereka tidak tahu apa itu menjaga kebersihan semasa memandu di jalan raya?? Aku sangat tak paham mereka-mereka yang berperangai macam ni. Tidakkah mereka tahu ada kemungkinan sampah yang mereka buang sesuka hati di jalan raya boleh mengakibatkan kemalangan kepada pemandu dan penunggang lain di jalan raya??

Antara contoh sampah-sampah yang pernah mereka-mereka buang di depan aku semasa memandu atau menunggang di jalan raya adalah :






 Apa salahnya sampah-sampah ini dikumpul dan dibuang di tong sampah kan. Lagi bagus buang dalam tong kitar semula. Dapatlah jaga kebersihan jalanraya kita dan kawasan sekeliling kan. Bila negara kita bersih, rakyat hidup sihat, pelancong ramai datang, ekonomi negara pun akan berkembang. Berceramah plak aku. hehehe. 

Baru-baru ni aku hampir tergelincir masa bawak motor sebab terlanggar botol air mineral yang orang dari kereta depan buang. Series bahaya. Nasib baik aku penunggang berpengalaman. Kalau tidak, memang jatuh la. Lagi satu kes, terlanggar tin minuman yang dengan selamberrr mereka-mereka ni buang ke jalanraya melalui tingkap kereta. Aku berjaya mengelak, tapi hampir terbabas. Kalau jumpa dengan mereka-mereka ni, aku akan cuba memotong kenderaan mereka dan memberi satu jelingan maut dengan muka marah pada mereka. Kalau yang rasa bersalah tu, memang mereka akan angkat tangan tanda maaf la. Ada yang jenis tak makan saman, diorang buat bodoooo jek. 

Cerita pasal dulu, aku pernah marah 'awek' aku sendiri sebab dia buang sampah (bekas minuman plastik) ikut tingkap kereta. Masa tu dia merajuk sakan, aku biarkan jek sebab dah pesan banyak kali jangan buang sampah keluar dari kereta. Lepas dah lama sikit, aku 'slow talk' la dengan dia, baru dia minta maaf kat aku. hehehe.

Kepada rakan-rakan blogger ku sekalian. Jangan lah amalkan tabiat buruk ni ok. Jangan buang sampah keluar dari kenderaan masing-masing. Kat dalam bas selalu ada amaran macam ni ~~Jangan membuang sampah keluar dari kenderaan ini~~.. kan??kan??

Budak kecik pun tau nak buang kat mana. 

Ok,, assalamualaikum dan selamat berblogging............
Thanks sudi baca. Cerita la sikit kalau korang ada pengalaman yang sama macam aku.. Aku tak suka mereka-mereka. Korang?? 

Wednesday, 28 March 2012

KOMUNIKASI 'LAMPU TINGGI' DIANTARA PEMANDU


Mesti korang selalu kan dapat isyarat lampu tinggi daripada kenderaan-kenderaan lain samada dari depan atau belakang. Banyak sebenarnya maksud disebalik lampu tinggi selain daripada suluh jalan gelap gelita. Komunikasi lampu tinggi ni lebih sopan kalau nak dibandingkan dengan membunyikan hon. Ada yang tahu, ada yang mungkin tak tahu. Jom baca situasi-situasi dibawah dan maksudnya. 

Situasi dimana kenderaan arah bertentangan bagi lampu tinggi (sekelip dua la)
  • Ada roadblock di depan kita (lagi-lagi kalau 2,3 kenderaan bagi isyarat macam tu)
  • Kita terlupa nak padam lampu tinggi kenderaan kita (waktu malam). Menyusahkan orang kot kalau kita berselisih kenderaan dengan kenderaan yang 'on' lampu tinggi.
  •  Kita memotong barisan kenderaan secara bahaya. Membahayakan kenderaan yang datang dari arah bertentangan. 

Situasi dimana kenderaan si simpang 3 arah bertentangan bagi lampu tinggi
  • Meminta jasa baik kenderaan dari depan supaya kita dapat masuk simpang dulu. 
  • Kita menyuruh kenderaan di depan kita supaya masuk simpang terlebih dahulu.

Situasi dimana kenderaan bagi lampu tinggi dari belakang kita
  • Kita memandu perlahan di lorong laju/lorong memotong.
  • Kita memandu masuk ke jalan raya secara tiba-tiba dan membahayakan kenderaan yang terpaksa perlahan secara tiba-tiba disebabkan kita.  
Siapa yang selalu bawak kereta, mesti pernah kena 'high beam'  ni kan. Tak pun pernah bagi isyarat 'high beam' kat orang lain. Kepada yang selalu naik kereta dengan siapa-siapa pun mesti pernah juga kan. Kalau korang perasan la. Kalau korang tidur jek dalam kereta tu, memang la tak ada rasa apa-apa. hehe. 


Ok, assalamualaikum dan selamat berblogging...










Emm...ada orang pernah cakap, kalau kita tengah memandu kat highway seorang diri, then, tiba-tiba, ada kereta dari arah belakang asyik bagi isyarat lampu tinggi jek kat kita, maknanya ada 'something' kat atas kereta kita. Mungkin ada yang menumpang. Kalau kita rasa kereta kita berat semacam tu ye la kot. Kalau jadi macam tu, baca-baca la apa-apa yang patut k. 

Kalau kak limah, tumpangkan aje balik rumah. hehe.

Tuesday, 20 March 2012

APA NAK JADI DENGAN LELAKI INI??

Apa nak jadi dengan insan-insan yang bernama lelaki tapi perwatakan wanita ini. Adakah mereka tidak tahu apa akibatnya lelaki yang menyerupai perempuan?? Apakah mereka tidak tahu tentang dosa-dosa yang mereka dapat bila lelaki menyerupai perempuan?? Apakah mereka tidak berasa malu dengan masyarakat sekeliling sebab mereka adalah lelaki yang menyerupai perempuan???

NAK JADI LELAKI TAK HENSEM,,NAK JADI PEREMPUAN,, TAK LAWA......
MAKA TERJADILAH MEREKA..

Kat Shah Alam ni aku ada beberapa kali juga lah terserempak dengan mereka. Tapi setiap kali ternampak mereka, aku jadi takut nak memandang. Padahal mereka sejenis dengan aku. Apa yang aku ada, diorang pun ada, melainkan diorang dah buang 'benda' tu. Ish, Ish, Ish. Ini jenis yang dah jauh terpesong jantinanya la. Seram nih.

Aku rasa korang tau apa yang aku cuba sampaikan ni. Kalau korang ada kawan-kawan atau saudara-mara sebegini, cubalah nasihatkan mereka. Terpulang la kepada mereka samada nak dengar atau tidak kan. Asalkan kita dah cuba. 

Jangan main kasar dengan mereka sebab mereka mungkin lebih kuat daripada anda ! Ye la kan. Perwatakan jek perempuan, tapi kudrat lelaki tu. hehehe. 
Gambar sekadar hiasan.
Gambar ni sekadar hiasan jek ok !. Dia bukanlah yang aku maksudkan. Awie ni lelaki sejati. Rock sejati kot. Dengan lagunya "Sejati,,,,,,itu yang kau ucapkan,,,,,bila janji kugenggam,,,bawah pohon,,,,,kemboja !!" hehe. Aku memang peminat Awie dari dulu lagi. Aku selalu 'karok' lagu-lagu dia kot. Pinjam gambar ye Awie. hehe. Macam biasa ambil kat Google.








Aku tak salahkan mereka-mereka yang dah memang sedia perwatakan lembut sejak kecil lagi. Mungkin mereka pun tidak meminta untuk jadi macam tu. Yang aku sampaikan kat atas ni mereka yang dahulunya lelaki, tetapi membuat perubahan besar pada diri mereka untuk menjadi perempuan dan pakai pakaian perempuan. Ish, Ish, Ish...........

NAK JADI LELAKI TAK HENSEM,,NAK JADI PEREMPUAN,, TAK LAWA......
MAKA TERJADILAH MEREKA..

Ok la. Assalamualaikum dan selamat berblogging.....................................



 

Tuesday, 13 March 2012

PENDAPAT SHAHRAZALI - PEREMPUAN DAN 'SHOPPING'


Apa kata Shahrazali tentang perempuan shopping.
Perempuan dan shopping memang tak dapat nak dipisahkan. Kebanyakan perempuan gila shopping. Bukan semua rasanya. Kadar kegilaan perempuan shopping bergantung kepada kemampuan mereka. Betol tak?? Betol rasanya.
Kebanyakan lelaki tidak tahan dengan kegilaan perempuan bershopping. Ada juga lelaki yang buat tak kisah, sanggup teman kekasihnya bershopping tak kira masa dan wang ringgit yang akan dibelanjakan. Itu masa bercouple la kan. Lepas dah kahwin siapa tahu. Hehehe.

Apa yang merunsingkan??? Kasut dah ada berpuluh pasang, tapi masih nak beli baru. Baju dah penuh 3 almari, tapi tetap nak beli baru. Tudung dah ada 3 bakul, tapi tetap juga nak beli baru. Beg tangan dah ada 10, tapi nak beli baru juga. Barang makeup dah berkotak-kotak, tapi tetap nak cuba yang baru. Kenapa perempuan begitu?? Nampak pelik?? Emmm… Mungkin ada sebabnya.  
Aku rasa mungkin mereka sangat mementingkan penampilan mereka. Salah satu sikap perempuan adalah tak nak pakai atau guna sesuatu yang sama dengan orang lain.. Betol tak?? Betol rasanya. Bila dah beli sesuatu, 2,3 hari lepas tu terjumpa orang lain yang pakai atau guna yang sama dengan apa yang dia beli, mesti dia tak nak orang perasan dan segan nak pakai lagi lebih-lebih lagi selalu terjumpa orang tu. Sebab tu kena beli lagi yang lain. 
Gambar sekadar hiasan
Lagi satu sikap perempuan adalah mereka selalu nak menyesuaikan penampilan mereka mengikut tema majlis dan program. Sebab tu bila ada sahaja majlis yang bertema, mesti mereka akan membeli pakaian, kasut, beg tangan, dan tudung baru. Sebab nak ikut tema dan mesti la berpadanan dari hujung rambut sampai hujung kaki hinggalah ke aksesori mereka seperti beg tangan, gelang, rantai, dan macam-macam lagi.
Ada banyak lagi sebab kan. Sebab lain mungkin mereka tidak suka pakai pakaian yang sama berulang kali. Biasa la tu kan. Mereka nak sentiasa nampak cantik, bergaya, dan nampak baru. Apa guna bergaya tapi, tapi baju dah 2,3 kali pakai. Mesti ada punya la mulut-mulut yang berkata. Hahahaha. Ini sikap mereka juga la ni. 

Aku tak pernah salahkan perempuan yang gila shopping. Aku tak tolak pun kalau perempuan ajak pergi shopping melainkan aku penat, ada hal atau ada kerja. Lagi-lagi kalau diorang nak shopping guna duit diorang sendiri. Lantak la kan nak shopping banyak mana. Hehehe. Itu dah memang hak masing-masing. Shopping memang dah jadi minat kaum perempuan. Sama juga la dengan minat lelaki terhadap perkara lain. Sebagai lelaki, sepatutnya kena hormat dan paham dengan minat kaum perempuan sebagaimana perempuan memahami dan hormat minat kaum lelaki.
Perempuan yang suka bershopping biasanya untuk mendapat kepuasan daripada hasil titik peluh mereka sendiri. Ini untuk perempuan yang dah bekerja. Untuk yang masih belum bekerja, tapi gila shopping juga, mereka mungkin nak melepaskan tekanan mereka dengan melihat dan membeli barang-barang kesukaan mereka. (Yang ini bahaya sedikit. Sebab biasa lelaki kena keluar duit. Haha)

Sunday, 11 March 2012

PERKARA YANG ORANG KITA BUAT SEMASA MEMANDU DI JALANRAYA

  • Menyanyi kuat-kuat bagi menghilangkan rasa bosan dan mengantok. ( tingkap kena tutup rapat, kalau buka, pastikan tak ada kereta berdekatan)
  • Makan kerepek, jajan, gula-gula dan macam-macam lagi. (Selagi tak sampai dan tak habis stok, susah nak berhenti)
  • Merokok untuk hilangkan mengantok. (bagi perokok sahaja, yang bukan perokok jangan sesekali mencuba ya)
  • Tengok plat kereta lain sambil mereka perkataan daripada plat tersebut. (BDH = BODOH, JHT = JAHAT, WTF = …………)
  • Cari perkataan tersembunyi semasa berada dalam kesesakan jalan raya. (permainan bersama kawan-kawan 1 kereta)
  • Bercakap pasal kereta yang berada di depan atau yang sedang memotong kereta kita dengan laju. (kereta tu kuat makan minyak, kereta tu laju, kereta tu jimat)
  • Cari model kereta yang sedap mata memandang bila berada di atas jalanraya kalau terasa nak beli kereta baru. (kereta ni smart, kereta tu stylo,)
  • Skodeng kereta lain tengok awek-awek hot bagi pemandu lelaki, dan tengok jejaka-jejaka hot bagi pemandu perempuan. (untuk yang gatal-gatal)
  • Mengumpat orang kereta sebelah, depan, belakang, dan mana-mana lah. (lagi-lagi kalau nampak couple mesra alam, orang korek hidung ker)
  • Mengutuk orang kereta sebelah, depan, belakang dan suka hati diorang la nak kutuk.  ( Cermin kereta tutup rapat)
  • Bercerita sesama sendiri pengalaman-pengalaman semasa memandu sebelum ni. (sesat, kena langgar, langgar orang, jumpa kak limah)
Banyak lagi sebenarnya kan?? Cerita la kat sini kalau ada yang lain.

Popular Posts ( All Time) ENTRI PALING BANYAK DIBACA