Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, October 1, 2018

Abbey Castle

Ok sambungan entry tadi...

Sebab suka sangat dengan hotel ni, banyak kami snap pic di sini.... segar udara, cantik pemandangan dan bilik sangat selesa... 

Kata papa, ramai datang UK sebab nak visit castle, tapi papa nak tido dlm castle... ececece... so kita capaikan hajat papa...

Ni antara gambar yang sempat kami snap n posing2 (ie  masa sampai dan awal pagi). 

Banyak dalam video so tak boleh attach kat sini. Awal pagi sempat teman anak2 berlari2 main bola kat sini. Antara kenangan manis masa di UK.

Zasssss pic snap sana sini.... sambil hirup udara segar, sempat posing byk2.... anak2 dlm mood nak berposing, mama layan kan je semua haha. 











































Ni bilik dia... katil sgt empuk.... mungkin sebab penat sgt, tapi terasa sgt selesa malam tu...







Dan ni posing2 teruja masa mula2 sampai....
















Sorry banyak pula letak gambar kat sini haha... bila kami sekeluarga belek2 gambar bersama (aktiviti seepas bercuti haha), rasa manis sgt kenangan bersama hari tu, cantik sgt tempat yg dilawati, even sekejap je, tapi agak mendalam memori yg disimpan. 

Semua dah teruja nak bcuti2 lagi. Ada la bergurau nak jalan2 lagi dlm tahun ni, tgk la kalau xada aral. Cuma, risau ckit bila akhir tahun ni sll keadaan cuaca di seluruh tmpt mcm tidak digalakkan sgt bercuti. Tgk la ncmana nanti.

Hmmmm, even hampir setiap weekend kita bercuti2 dlm msia, tapi mcm xpernah puas. Bukan tempat berjalan tu, actually org yg bersama dan kenangan ketika berjalan2 tu membuatkan setiap tempat kita lawati meninggalkan memori manis. Alhamdulillah....

InshaAllah, nanti mama post entry jalan2 di msia kita ie hampir setiap minggu ie 4 minggu berturut2 sblm ke UK dan hampir setiap mggu juga slps blk dr London. Tapi masa agak limited... sebagai kenang-kenangan dan mudah utk dirujuk balik memori di masa hadapan. InshaAllah.

Salam.

Mrs Nizar

Day 3 | Oxford - New Castle - Manchester - Lake District

Salam

Baru berkesempatana untuk menulis semula entry cuti2 UK. Sangat lack schedule di office dan menguruskan anak2 dan keluarga juga. 

Ok sambungan hari ketiga. Malam selepas shopping di London Designer Outlet. 

Seawal pagi, sejurus selepas solat subuh, kami terus bersiap untuk check out dan mulakan roadtrip. Anak2 mmg bagi kerjasama yg cemerlang...clap clap clap...

Gambar sebelum bertolak, di hadapan apartment kita.

Kami merancang menuju ke Lake District, yang sepatutnya memakan masa hanya 6-7 jam pemanduan, tetapi kami mengambil masa sehingga 12 jam... hmmmmmm.... apa kita buat ni sampai lamaaa samgat baru nak sampai ke destinasi....






Jalan2 bersama dua teddy bear kami...  best sgt peluk yg berdua ni haha








Kali ni kami breakfast simple ie roti2 dan kek dahulu sebagai alas perut. Then kita berhenti beli donut juga dekat krispy kreme... juga coffee, juice etc

Ini peneman sepanjang perjalanan, isteri solehah yang berkorban dengan makan tak henti untuk hilangkan penat demi menemanu suami yang memandu. Hihi





Perjalanan diteruskan. Until pitstop pertama, kami melawat Oxford University. Ambil aura universiti hebat untuk anak2 kami. Cantik dan tenang sangat Oxford ni. Kat sini terkenal dengan kedai buku juga, malangnya tak sempat berhenti nak beli sedikit buku2 sebagai kenangan. Anak2 insist nak masuk kedai buku (port fav mereka), tetapi keadaan hujan renyai2 dan agak susah utk parking menyebabkan kami terpaksa membatalkan niat itu.

Ketika di Oxford...







Sepanjang perjalanan di Oxford ada satu anak sungai cantik. Kat sini pun ada yang menyusuri sungai tu dengan bot. Tapi saya terlupa nak snap banyak gmbar sebab sibuk menikmati keindahan tempat ni sambil bercerita dengsn anak2.

Selepas tu kita meneruskn pemanduan. Kita berhenti seketika di New Castle sebab anak2 mula penat dan lapar (kalau tak silap dah hampir 5 jam kami drive).






Sampai di sini sempat singgah Asda. Actually Asda ni masuk dalam list kami nak visit juga haha. Kerana di sini ada kenangan anak2 ketika di US dahulu, setiap hari papa bawa ke Walmart, shopping mainan etc. sodi UK, walmart katanya sudah membeli share Asda (maaf kalau tersilap info), so bila ke Asda, susunan dan gaya di Asda saling tak tumpah macam du walmart,

Kat sini kami berhenti untuk shopping keperluab ketika di Lake District. Hasil google, katanya makanan halal susah didapati di sana nanti.

So kami beli nasi segera, telur, roti, jem,cereal buah2, susu, jus buah buahan, pemanas air (tak nak guna hotel punya la konon), lgi tambahan stokin n barang2 anak2. Penuh juga la troli sebab layan keterujaan anak2 errrr juga ayah kpd anak2. Masa dalam ni memang macam nak menggigil kesejukan. Tengah shopping, papa boleh lari jap ke kereta, ambil lagi jaket utk anak2 especially untuk ammar kami.

Mula2 tu anak2 pakai selapis je baju dan papa pun pakai lengan pendek je. Haha. 











Banyak beli stok nasi ni...







Teruja tengok produk dari malaysia juga...





Lebih sejam juga di sini, bagi anak2 regangkan urat nak travel jauh lagi kan hihi





Dalam xsedar, shopping smp £100 juga la sebab beli juga sehelai dua baju tebal lg utk arissa etc. 










Selepas selesai shopping, kita mula cari kedai makan. Papa plan nak tapau je sebab kami nak sampai sebelum malam. Takut gelap sgt sampai. 

Kami ke chunky chicken, mmg sgt sedap dan murah sgt kat sini. Saya beli set ayam panggang dan nasi (serious rasa mcm nandos) dan ayam goreng. Set nasi tu kalau tak silap dlm £14 utk seekor ayam panggang dan dua box nasi. Total dlm £20 bila tapau beberapa ketul ayam goreng juga. 

Papa tak puas hati sebab papa kata, kalau dah murah, baik tapau banyak2, boleh makan lagi masa travel nanti ie ratah ayam. Haha. So papa pergi lagi sekali n tapau sebiji macam saya dah order tu. Bayangkan banyak sgt papa tapau. Terus saya tny papa “awak sangat lapar ek... sll kalau beli masa lapar, mmg dahsyat ckit”. Hahaha... dia cakap tak kira, bukan senang jumpa makanan halal, nak makan byk2 n ratah ayam puas2 haha.

Lagipun nnti boleh buat dinner terus sbb malas nak tercari2 lg kedai makanan halal.

 Ni la set menu dia. So ada dua ekor ayan panggang, nasi lupa dah berapa bungkus, dengan ayam goreng ala kfc tu dalam 10 ketul. Huhu.



Sebelum meneruskan perjalanan, sempat salin diapers dua ‘teddy bear’ kami. 

Aksi makan2 dalam kereta...gigih papa belikan bekas ala tupperware untik digunakan anak2 sepanjang perjalanan...



Lepas tu kita singgah seketika di Machester. 

Sebab agak lama baru update entry, macam tak junpa gambar haha. Kami banyak snap video n instastory ketika di manchester. Haha. 



Dari Manchester kami meneruskan perjalanan lagi ke Lake District. Permandanga sepanjang perjalanan memanglan sangat cantik. 





Macam lukisan kan... masa ni mula tak sabar nak ke Lake District dah sebab makin hampi ke destinasi, makin cantik pemandangannya.

Ini juga peneman fav saya sepanjang di sini. Berbotol2 minum konon nak bagi tenaga haha. Kat sini murah ke ie £2.



Malam tu kami bermalam di Castle... ye castle yang sangat cantik. Capaikan hajat papa. Papa kata, orang datang UK sebab nak visit castle, tapi papa tak nak visit castle, papa nak tidur dalam castle... ececece....





Dan alhamdulillah, kami tiba di destinasi selepas 12 jam perjalanan. 

Sebab tempat ni cantik sangat, saya nak letak satu entry khas gambaf persekitaran hotel kami menginap. 

Itu shj ringkasan cerita hari ketiga kami...

Salam

Mrs Nizar