Assalammualaikum..
Yeah! i'm pregnant again..
hehehe...
Syukur alhamdulillah..
Rasanya untuk kali ni punya pregnancy nak cerita by week lah...
Gitu...nampak gigih sangat kan...hahaha...
Tapi disebabkan nak start ni pun da minggu ke 21...
So jangan haraplah minggu awal2 tu ingat ape yang terjadi kan..
Ok...lets start my 3rd pregnancy journey!!
Minggu ke 4
Dalam 19.04.2017... waktu ni period tak datang lagi.. mostly period akan datang awal 3 or 4days before date last month..
1st day last period is 20th March.. so next period should be around 16th to 20th lah camtu..
Tapi macam biasa...sifat kurang sabar tu xde..hehehe..
Nak buat gak upt walaupun husband cakap tak payah lah..nanti sedih je..
Dalam hati...'ala..ada, ada lah kan.. kalau xde, xde lah kan..'
Buat lah kat ofc..bercinta gak nak beli upt tu...mahal gak for me.. tapi bersungguh nak tau kan..
Check punya check..skali..nah.. double line..dan macam biasa, blur for the second line tu..
Nak lompat bintang uolls!! hahaha.. sedangkan waktu tu dalam proses nak kurus.. g gym bagai..
Tapi, tuhan bagi rezeki camni, i is gembira... terus anta gambar kat Firdaus..
Dia pun happy lah kan..because we r waiting 4 this news kan..
Tapi dia tak kasi lah mengharap selagi tak checkup kan..dan line tu blur plak..
Its ok..later g checkup lah..
22.04.2017 ada running event under UiTM.. pergi sebab da register dan nak lari ngan si Ija, Pino dan Ida.. dia nya route makaiii...mencabar gila.. turun naik bukit uolls..dalam hati, ya Allah, kuatkan n selamatkan lah kandungan ku ini ya Allah.. Syukur alhamdulillah everything ok.
Minggu ke 8
19.05.2017. Pegi checkup kat Klinik Nurani rantau panjang. Before tu da pergi checkup kat Umra, then diorang charge RM100+..tapi gambar scan xdapat pun, alasan dia sebab tak nampak sangat..ok..i accept, tapi tak perlu lah charge mahal.. hahaha... Ok tu cerita lain..
Kat Klinik Nurani ni kena charge RM35 utk normal scan. Scan je ye..tak ada jumpa2 doctor untuk consultation ke, ubat ke. Memang pergi purposely nak scan je. Alhamdulillah, ni baru kami confirm yang kami akan dikurniakan anak lagi. Syukur alhamdulillah...
Minggu ke 19
Hehehe.. dan dan jump ke minggu ke 19 kan..
Sebenarnya before minggu ni, ada pergi checkup kat Annur Shah Alam. Sebabnya memang nak bersalin kat sana kan. So buka buku situ je lah, instead of buka buku kat Umra tu kan.. Alhamdulillah nurse kat Annur tu pun kenal kita lagi..hehe.
Checkup macam biasa. Oooo..pergi Annur ni pun sebab acid folic da habis.. Sebab tu pergi situ..
Ok cerita pasal minggu ke 19 ni.
31hbln Julai. Pergi klinik desa untuk buka buku merah.
Tawakal je kalo kena bebel.
Pergi, kena check segala bagaikan.. macam biasa HB rendah dan overweight. Hahaha.
Nurse suruh pergi Klinik Kesihatan Bukit Kuda ke esokkan hari nya untuk ambik darah untuk HB, scan sekali lagi dan minum air gula.
Allah..air gula tu yang lemah lutut dengar.
Malam tu puasa. Besok gigil nak minum air gula.
Da nama gomen, biasalah tunggu lama kan.
Bertabah n sabar je lah.. Air gula not so baddddd..... hahaha..
Dengar kata kena minum lagi untuk kali ke2.. ntahlah..mau ada yang lari checkup swasta balik gamaknya. hehehe..
So far, alhamdulillah result ok. Takde kencing manis.
Minggu ke 20
Actually biras kita pun pregnant. Tapi dia lambat sebulan. Kalau kita 4bulan, dia 3bulan lah. Tapi last few week, dia dapat berita sedih pasal baby dia.
Baby dia ada cystic Hygroma.
Allah, tuhan uji dia dengan macam2 dugaan.
Then dia terpaksa gugurkan baby tu as soon as possible.
Emm..tak tau nak feel camne waktu tu. Rasa sedih sangat.
Sebab dia pun mengharap untuk pregnant lagi kan..
Anak no 2 dia da 5tahun kan..
So 7hbln Ogos, dia selamat bersalin anak syurga.
Dia berikan nama Muhammad Adam. Al-fatihah untuk kamu anak syurga.
Minggu ke 21
More kicks from your baby. As your baby's bones harden, expect stronger kicks, pull and rolls. Try to be attentive - you may even start noticing a pattern.
Last week dipenuhi dengan kerja yang banyak gila! Minggu ni pun.
Last week jugak isteri sepupu meninggal (Arwah kak Mardiana) 8.8.2017.. Al-fatihah.
Weekend baru ni, duduk rumah je.
Kami suami isteri ubah bilik. Jadikan 1 bilik untuk wardrobe sahaja dan 1 lagi bilik untuk Qaisara+tempat mainan+study area dia.
Gigih suami isteri tolak tarik almari. Hehehe.
Macam biasa, Jazwina memang macam ni, setiap kali pregnant aktif kemain.
Dulu pregnant Ammar, panjat tangga cat rumah bagai.
Kali ni kemas bilik plak untuk persediaan akan datang.
Semoga diri ni terus kuat, baby sihat n selamat je waktu bersalin nanti.
14.8.2017. Pagi2 da pergi meeting dan pagi2 da dilimpahi dengan stress..hahaha. Bertabahlah.
17.8.2017. Petang ni ada checkup kat klinik desa batu belah. Check macam biasa lah.. HB xnaik2..
Actually berat before pregnant = 63kg.(thats why exercise nak kurus tu..tapi xturun2 pun..). Pastu bulan puasa, morning sickness yang teruk. Oh bukan morning sickness, its call everytime sickness. Hahaha. Nasi tak boleh makan ok. Makan roti, meehun, mee. Mampu? Hahaha.. dan sekarang minggu ke 21, berat 62kg. Bulan puasa haritu je turun 4kg camtu.