Showing posts with label Movie Review. Show all posts
Showing posts with label Movie Review. Show all posts

Tuesday, July 20, 2010

Movie Review: Inception

Dah lama tak tulis review pasal filem. Walaupun semenjak TGV dah bukak di Wangsa Walk ni, boleh dikatakan kerap juga Sherrina menonton wayang. Maklumlah dekat dengan rumah dan keadaan kerja sekarang yang agak melegakan dan tak sesibuk dulu mengizinkan Sherrina untuk menonton dengan lapang di waktu orang bekerja.

Pertama kali Sherrina mengetahui mengenai filem Inception ialah apabila membaca tweet Khairy Jamaluddin di Twitter. Beliau memberikan 'two thumbs up' untuk movie ini. Terus Sherrina melihat jadual wayang dan pagi ini jam 11.30 pagi Sherrina berada di TGV Wangsa Walk. Selalunya Sherrina akan review dulu jalan cerita atau sinopsis sesebuah filem sebelum menontonnya. Tapi kali Sherina terjah aje sebab lakonan Leonardo Di Caprio tidak pernah mengecewakan.

Sherrina menonton sorang je kali ini. Entah kenapa, rasa nak menonton seorang untuk filem ini. Ternyata samada Sherrina bertuah atau pilihan waktu Sherrina tepat. Orang tak ramai di pawagam, tiada kanak-kanak bawah umur, tiada penonton yang tak reti senyapkan telefon bimbit dan tiada penonton bosan/bercakap-cakap. Beberapa baris penonton tadi seakan sehati sejiwa. It's a perfect audience. Wow!

Sebelum anda terus menerjah ke pawagam, sila pastikan beberapa perkara:
  • Anda tidak rushing
  • Anda tidak terlalu lapar atau terlalu kenyang
  • Anda tidak mengantuk, seeloknya sihat dan segar-bugar
  • Anda menonton dengan kepala lapang
Hahahaha....kenapa? Sebab ini cerita berat. Serius berat. Jika anda rasa  filem Shutter Island adalah filem bangang dan memeningkan, sila jauhi filem ini. Filem ini bagaikan filem Shutter Island (Leonardo Di Caprio semenjak dua ni asyik berlakon filem berkaitan minda aje eh) tetapi impaknya dua atau mungkin tiga kali ganda. Wow!

Ceritanya bagaimana sekumpulan pakar yang mahir mengekstrak maklumat melalui manusia melalui mimpi. Dalam mimpi (sub-conscious  mind), dikatakan bahawa otak kita atau minda kita dapat dikawal dan dicerobohi untuk mendapatkan sesuatu maklumat atau dalam kes filem ini, menanam sesuatu maklumat. Perghhh! I wonder if this is real.

Mungkin anda pernah tidur lalu bermimpi. Dalam mimpi tu, anda bermimpi lagi. Bila terjaga, anda ingat dah jaga dari tidur. Rupanya anda masih bermimpi. Sehinggalah anda benar-benar terjaga, anda terpaksa mencubit pipi anda sendiri untuk memeriksa samada ini pula satu lagi mimpi atau sudah ke alam realiti. Wow! Umpama mimpi dalam mimpi. Dalam filem ini mereka mampu menerobos dan mencipta sehingga 4 lapis mimpi. Pening? Sila tonton sendiri atau agak-agak takleh masuk filem-filem berat, jangan buang masa dan wang anda.

Apa pun, Sherrina beri 10 bintang! Yeah, you hear me. This movie worth all stars in the world. Totally brilliant, mind-blowing and genius movie. I don't care if it's really out there people that could do such thing (ntah-ntah dalam US military ada mende ni) but this movie seriously best. Walaupun berat. Rasa penat lepas menontonnya but best.

Sehinggalah pengakhirannya pun kita tertanya-tanya, adakah itu mimpi ataupun sudah di realiti? Sila lah tonton jika anda gemari filem seperti ini. Apa pun, four thumbs up (including my feet) to the director, Christopher Nolan dan barisan pelakonnya yang hebat. Dah lama tak rasa sangat puas hati lepas menonton filem sepertimana selepas menonton filem ini. Walaupun ending dia agak membuatkan rasa nak menjerit aje kat Christoper Nolan tapi kita boleh je buat ending kita sendiri. Terima kasihlah sebab buat movie yang best giler macam ini.

Hold it....is this real or am I dreaming that I'm watching that movie? ...

Monday, December 14, 2009

Drama dan Filem yang memberi impak

Ada sebuah drama tempatan dan sebuah filem antarabangsa yang telah Sherrina tonton dan memberikan impak maksima kepada diri Sherrina. Ianya merupakan sesuatu yang jarang berlaku. Bukan kerana filem lain tidak berkualiti, drama lain tidak bermutu. Tapi dua cerita ini bagi pendapat Sherrina, wajib ditonton oleh semua manusia supaya kita sedar dan faham mengenai bahaya yang ada disekeliling hidup kita.



Drama tempatan tersebut tak Sherrina ketahui tajuknya sehingga kini. Bila Sherrina google menggunakan keyword, Sherrina terjumpa blog Wan Kamaruddin, pengacara program Bongkar. Bila dibaca, komen tu Sherrina yang tulis pun. Ianya disiarkan pada tahun 2006. Tapi jalan ceritanya masih segar diingatan. Lakonan oleh Zul Yahya sebagai anak muda yang terjebak dengan dadah. Kemudian ditimpa penyakit AIDS dan akhirnya mati dengan keadaan yang sadis. Sampai satu tahap menjual organ matanya sendiri untuk mendapatkan wang bagi membeli dadah.

Drama ni Sherrina tertonton secara tidak sengaja pada satu malam di TV2. Tanpa sebarang promo, ditayangkan di tengah malam. Sayang sekali, drama sebagus ini memaparkan perjalanan hidup bagaimana seorang anak muda terjebak dengan dadah dan berakhir hidupnya dengan AIDS. Walaupun banyak drama tempatan yang memaparkan kisah begini, jalan cerita drama ini lebih real, jujur, telus dan penceritaannya lebih hebat. Sayang sekali RTM tak ulan tayang drama ni. Ada sesapa tau tajuknya? Inilah drama yang sepatutnya ditayangkan di semua sekolah rendah dan menengah. Supaya pelajar-pelajar yang nak cuba-cuba mengambil dadah melihat apa yang bakal berlaku kepada mereka. RTM, please le cari semua pita drama tu dan tayangkan kembali!



Filem antarabangsa yang Sherrina tonton separuh jalan beberapa bulan lepas, dan berjaya Sherrina tonton semula di Astro beberapa malam yang lalu (ada juga faedah rancangan Astro suka tayang cite sama berulang kali) bertajuk Human Trafficking. Ianya mengenai bagaimana kanak-kanak dan wanita menjadi mangsa hamba seks dan diseludup ke negara lain.

Seorang ibu tunggal yang jatuh cinta pada seorang jejaka yang disangkanya baik, terlalu cepat mempercayainya lalu bersetuju untuk melancong ke luar negara bersamanya hanya untuk diseludup ke US untuk menjadi hamba seks. Seorang remaja yang terlalu bercita-cita untuk keluar dari kepompong hidupnya yang serba kekurangan demi untuk menjadi seorang model di US, berakhir sebagai hamba seks. Seorang kanak-kanak perempuan yang dicolek semasa sedang bercuti dengan keluarganya di Manila, nyaris dijadikan hamba seks di negara lain.

Filem ini wajar ditonton sekeluarga, supaya ibu bapa dapat memberikan penerangan kepada anak-anak mereka apa yang sebenarnya berlaku. Mengapa mereka perlu menjaga keselamatan semasa berada di luar. Filem ini juga memberikan jawapan kepada ajaran setiap ibu bapa kepada setiap anaknya; Jangan bercakap dengan orang yang tak dikenali. Filem ini nampak agak kasar, tetapi realiti tak boleh ditutup.

Bila melihat filem ini, Sherrina berpendapat segala permasalahan dalam isu penyeludupan manusia ini berputar diatas satu paksi: Ada permintaan, maka ada pemasaran. Lihat mereka-mereka yang melanggan kanak-kanak dan wanita ini. Mereka bukanlah pengemis, bukanlah penagih dadah. Masakan mereka mampu membayar ratusan dollar untuk mendapatkan 'khidmat' ini kan. Tetapi pelanggannya adalah doktor, ahli perniagaan dll. Orang-orang cerdik pandai ini tersungkur kerana nafsu. What a waste! Sangat memalukan!

Filem ini juga memaparkan sisi gelap di bandar Manila dan kotaraya di US. Bagaimana polis boleh dipercayai, kalau polis pun boleh dibeli jiwa mereka dengan wang? Jiwa-jiwa kotor yang korupsi. Sebetulnya bukan aje berlaku di negeri orang, di negeri sendiri apa kurangnya.

Oleh itu, jagalah diri anda. Jagalah anak anda. Jagalah ibu anda. Jagalah kakak anda. Jagalah semua orang disekeliling anda. Sekali terlepas, entahkan boleh dapat balik...entahkan tidak.

p/s: Surprisingly Malaysia juga merupakan antara negara yang aktif dalam jenayah ini. Cuba Google kata kunci 'human trafficking' dan lihat hasilnya. Ini satu contoh.

Tuesday, December 08, 2009

Teater Natrah



Sherrina dah lama mengikuti kisah Natrah. Cerita hidupnya banyak diterbitkan di majalah masa Sherrina kecil dulu dan ada dibukukan. Apabila kisah hidupnya dibawa ke pentas Istana Budaya, Sherrina tak lepaskan peluang untuk menontonnya. Sherrina berjaya dapat tiket berharga RM30 untuk menonton pada Ahad lepas tapi kedudukannya nun jauh diatas. Menyesal gak sebab tak beli awal untuk seat RM30 di bawah. Sebab duduk diatas tak nampak skrin di belakang pentas yang ditutup dek langsir cantik Istana Budaya. Cehh!



Sherrina dan member tiba di IB jam 8 malam. Kawasan letak kereta dah penuh sesak, terpaksa parking agak jauh. Pintu dibuka jam 8.15 malam. Di ruang legar ada pameran mengenai sejarah hidup Natrah, mengenai proses pembikinan teater Natrah dan ada juga teriakan suara penjual buku cenderahati Natrah.




Menunggu pintu dibuka.


Penutup tirai teater Natrah.

Teater Natrah kali ini memaparkan sisi kisah Natrah dari sudut yang berbeza. Mungkin aje ramai kecewa sebab kisahnya tidak memihak kepada pihak kita, tetapi ianya hakikat yang tercatat dalam sejarah. Tepukan gemuruh buat Erma Fatima (di poster tertulis Eirma ke Ierma....) dan pasukannya. Banyak esakan dan tangisan kedengaran di sekeliling saya lebih-lebih lagi saat Natrah dipisahkan daripada ibu angkatnya. Oh ya, isteri allahyarham Mansor Adabi dan anak-anak arwah turut menonton teater pada malam yang sama. Ini dimaklumkan oleh pengacara semasa penutup.

Lepas tamat persembahan, sesi autograf diadakan di luar. Kali ini pengawalannya lebih ketat, rupanya sebab Remy Ishak, pelakon yang memegang watak Mansor Adabi telah dipukul di Istana Budaya malam sebelumnya. Patutlah guard di sekitar situ garang2 belaka. Nak amik gambar pun susah.


Remy Ishak sebagai Mansor Adabi


Remy Ishak dan Samanta Schubert yang berlakon sebagai ibu kandung Natrah




Ada pulak yang berteriak nama Adam untuk menarik perhatian Remy Ishak. Pengaruh drama Nurkasih lah tu.


Maya Karin sebagai Natrah semasa muda bersama Remy Ishak.




Sofia Jane membawa watak Natrah semasa dah tua.


Ramai orang berpusu-pusu cuba mengambil gambar pelakon


Sofia Jane dan Umie Aida yang membawa watak Che Aminah, ibu angkat Natrah



Natrah adalah satu sejarah yang perlu dipelajari semua generasi supaya peristiwa yang sama tidak berulang lagi (macam dah berulang aje dalam zaman sekarang ni)

Friday, October 23, 2009

Apa cer?

Semenjak dua menjak ni bukan main malas nak update blog. Betul2 kene writer's block nampaknya. Utk mengubatinya, kene le pegi bercuti. Bulan depan kalau takde aral melintang-pukang, Sherrina akan ke Pulau Pangkor. Dapat beli voucher dengan harga yg murah utk penginapan 3 hari 2 malam. Kali ni nak travel dengan bas pulak. Letih dah drive.

Beberapa hari yang lepas, Sherrina menonton filem animasi Cloudy With A Chance Of Meatballs dalam bentuk 3D di Cineleisure. Rasanya mcm dah ketagih pulak menonton filem dalam bentuk 3D. Tapi kali ni efeknya taklah semengancam efek dalam filem Final Destination 4. Tapi awas, jangan menonton filem ini dengan perut yang lapar. Kelak, perut anda akan berbunyi sepanjang waktu menonton kerana melihat pelbagai makanan yang turun dari langit.

Pasal BlackBerry. Makan bateri kuat. So kene le beli extra battery. Usha dalam Lowyat forum, ada mamat ni jual rega RM39. Angkat. Pastu ada sorang ni jual phone dock. Aku ingatkan battery dock. Bila dah jumpa, lain rupanya. Tapi still leh charge. Angkat. Sebab skrg cuma ada 1 charger je, leceh. Kawan2 aku pun dah semakin ramai yang menyertai geng BB. Yayy!

Aku rasa bulan ni ngan bulan depan macam sibuk je. Banyak plak acara dalam kalendar.

Sabtu ni planning nak berbarbecue dengan geng enam-jahanam...sapa lagi kalau bukan ayu, mas, awin, apek, aku and wana. Aku plak volunteer nak bawak lamb. Masalahnya, aku haram tak reti nak marinate lamb. Tolonggggg! Kang aku marinate dengan serbuk kari, boleh? Ahad lak nak gi umah kak Nina Bahador, ex-Terendak sebab dia buat charity sales. Sambil tu leh jalan2 ke Cineleisure.

Ahad depan acara yang paling ditunggu-tunggu. Trip bersama Terendakian ke Kuala Gandah elephant sanctuary. Yayyy! Aku idok lah teruja sangat nak naik gajah (nak naik ke tak, eh? Aku kesian gak ngan gajah tu) tapi aku nak test handycam Sony(gadget lagi....haihh) yang aku dah usha nak angkat sebelum gi trip. Tu yang aku dok tanya kat Facebook sapa nak sedekah handycam yang dah rosak. Sebab Sony Style ada promo trade-in. Pastu nak test editing dalam laptop lak. Dah download siap2 Sony Vegas ngan tutorial2 tentan video editing. Ni aku tgh membaca majalah Videomaker. Banyak info menarik. Kalaulah dapat tangkap HD version, lagi best. Tapi memikirkan ongkos pastu nak editing pun sanggap, lain abadlah aku angkat HD.

Lagi apa? Aku register nak ikuti kursus storyboard di Seri Kembangan. Ada pilihan sama dok kat hotel Uniten atau berulang. Baik dok hotel, leh study waktu malam kat hotel (yelah tu!). Semua ditanggung beres oleh gomen. Aku pun x sure sapa yg sponsor, yg pasti badan kerajaan lah. Kursus tu ajar teori storyboard pastu ada Adobe Photoshop CS4, Adobe Flash, Sound Forge and etc. Best gak tu, kursus tu amik masa lebih kurang 20 hari lah utk 2 fasa. Lagipun hujung tahun ni projek kurang, so masa ni lah nak belajar apa yang patut. Ada satu tu offer blaja Oracle. Kalau korang ada dengar apa2 free course, kasitau eh. Aku minat blaja2 ni lagi2 plak kalau free.

Akhir skali, aku terima call dari RTM. Dorang nak interview aku utk rancangan wanita di TV1. Pasal kerjaya aku. Ada dua pilihan samada nak gi studio atau melalui skype. Hmmm...nak gi studio ke skype aje? Kalau skype aje, tak le gigil sangat. Tapi kalau gi studio, best gak. Bila lagi nak merasa duk dlm studio tv. Tapi program tu tayang secara langsung. Kalau salah cakap mana boleh cut. Hmmm.....

p/s: entry kali ni tadak gambar sbb blogger bengong. Asal aku nak buh gambar je, sangkut.

Monday, October 12, 2009

Review filem Papadom

Minggu ni rasa macam jiwa kacau. Tataulah apa yang tak kena sebenarnya. PMS barangkali? Entahlah....memandu ke Cineleisure dan membeli tiket filem Papadom. Sherrina tak pernah miss menonton filem-filem arahan Afdlin Shauki di pawagam. Sepertimana filem2 arahan arwah Yasmin Ahmad, filem2 Afdlin Shauki ni bukanlah filem2 melayu dalam kategori yang hanya perlu ditonton di tv semasa hari raya. Layak dibayar utk ditonton di pawagam

Tapi semenjak-dua ni, sentuhan magic Afdlin Shauki semacam pudar. Filem Sumolah dan Los dan Faun semacam kurang. Macam kurang garam dalam masakan. Boleh dimakan tapi tak enak hingga menjilat jari. Apabila Papadom ditayangkan di pawagam, setelah menerima sangat banyak anugerah....terasa nak tonton. Nak lihat apa kehebatannya filem ini. Lebih2 lagi bila Liyana Jasmay juga menang anugerah. Bagus sangatkah lakonannya sampai layak dapat anugerah?



Filem ini mengenai Saadom dan Maimun yang membuka kedai nasi kandar. Kemiskinan memaksa Saadom bekerja keras hingga dia lupa akan keluarganya. Dengan kelahiran Miasara, Saadom semakin asyik dalam dunia perniagaannya. Bisnesnya makin maju, hidup mereka makin senang.



Watak Maimun yang dibawa oleh Khiriah sewaktu masih hidup agak biasa-biasa aje. Wataknya lebih best setelah dia mati (aneh tapi benar)



Apabila menonton filem Papadom, barulah aku tau macam mana mereka buat papadom.



Setelah kematian isteri, Saadom mengabdikan dirinya kepada anak tunggalnya itu. Lakonan Afdlin Shauki sebagai bapa dan Liyana sebagai anak, cukup serasi. Meskipun lakonan Liyana agak kegedikkan dan kemanjaan (lakonan kah atau mmg sikap semulajadi?), namun ianya dilakonkan dalam tahap pH yang sesuai. Secukup rasa. Tak mencecah level kemuntahan melampau. Syabas, Liyana Jasmay.



Afdlin Shauki tak lupa menyelitkan unsur 1Malaysia dalam filemnya ini.

Gi lah tonton Papadom. Lawaknya bersahaja, pelakon2 yang hebat, scene2 yang tak-tercapai-dek-akalku dan yang paling penting adalah mesej yang hendak disampaikan. Di akhir tayangan, seluruh panggung bergema dengan tepukan gemuruh. Tak sempat nak lelap, check hp atau menguap pun. Minuman pun tak habis, terlalu leka menonton. Kalau boleh, taknak kelipkan mata pun. Akhirnya, ada jugak filem tempatan yang berbaloi untuk ditonton.

Wednesday, October 07, 2009

Final Destination 4 in 3D & Tsunami at Haeundae

Sabtu lepas Sherrina dan kawan2 berpeluang menonton filem Final Destination 4 dalam bentuk 3D di Cineleisure Damansara. Sebenarnya plan ke sana nak menonton filem korea yang bertajuk Tsunai at Haeundae tapi tak berjaya kerana tiket licin. Tak sangka plak filem tu mendapat sambutan hangat walaupun dah bertanda * (filem lama). Barangkali ada berkaitan dengan fenomena tsunami yang melanda kepulauan Samoa baru-baru ini yang mendorong ramai orang ke pawagam utk menonton filem tersebut.



Tiket bagi filem 3D di Cineleisure berharga RM 12 klau tak silap dan tambahan RM5 utk sewa kaca mata 3D.

Sherrina bukanlah peminat kipas-mati filem-filem horror tetapi pernah menonton Final Destination 1-3. Tutup-tutup mata lah jugak sebab geli tengok cara mereka mati dengan kejam. Tapi, pengalaman menonton filem ini dalam bentuk 3D memang cukup menakjubkan. Kita dapat melihat watak-watak itu lebih dekat dengan kita, bagaikan boleh dicapai dengan tangan. Malah, apabila scene-scene cemas seperti tayar kereta melambung ke arah skrin, pisau yang terbang dan sebagainya...bergerak jugak badan seolah mengelak daripada ditikam. Begitulah 'real' menonton 3D di Cineleisure.

Ketika menunggu tayangan bermula, kami dipertontonkan dengan trailer filem2 3D yang akan keluar tak lama lagi. Memang cukup menarik dan hebat teknologi 3D ini. Rasanya bagaikan real dan boleh disentuh.

Jalan cerita FD4 mudah difahami dan teknik2 kematian kali ni lebih dipelbagaikan berbanding yang lalu. Endingnya, entah....mati ke tidak. Tak paham. Rasanya mati, ada yang kata tidak. Sebab kematian mereka dibuat dalam visual ala x-ray. Apa pun, memang seronok dan menghiburkan.

Beberapa hari selepasnya, Sherrina berjaya juga mendapatkan tiket filem Tsunami at Haeundae. Itu pun kene menonton di TGV Kepong sebab di pawagam2 yang lebih popular dah sold out lagi. Jalan ceritanya agak perlahan, bermula dengan pergolakkan hidup beberapa watak yang hidup di daerah bernama Haeundae. Tak sabar juga menunggu babak tsunami. Apabila ia berlaku, wow! Dasyat juga teknologi di Korea hingga boleh menghasilkan visual tsunami yang seakan real itu. Tapi sayangnya, visual yg cun itu tak lama sangat. Dalam 30% daripada keseluruhan cerita.


Next dalam list, filem 2012 plak. Filem2 ni semua bertemakan tragedi atau bencana.


Sunday, July 19, 2009

Harry Potter-Books Sales-Bagan Lalang

What a day! 3 events in a row. Semalam kol 11.30 pagi, Sherrina ngan member gamble ke redah ke Capsquare. Sebenarnya dah booking tiket nak tonton Harry Potter and The Half Blood Prince pada hari ini tapi kebetulan semalam kelas tuition dibatalkan. Daripada duduk sahaja, baik tengok wayang.

Tapi memandangkan kami nak tonton di Capsquare, tu yang berani terjah je. Kalau di KLCC, jangan harap le. Khabarnya tiket dah habis ditempah sejam selepas kaunter tempahan online dibuka. Walaupun promosi filem Harry Potter kali ni agak suam-suam kuku, namun peminat fanatik (mcm saya...ehem) memang menunggu-nunggu kemunculan filem ini.

Kami bertolak ke Capsquare dari Wangsa Maju. Best plak lepak di Capsquare ni sebab TGV kat sini tak sesak. Parking free (bila tonton wayang). Parking banyak (senang je nak cari spot dekat dengan pintu masuk). Nak sampai pun mudah (naik AKLEH terus turun di tepi bangunan Capsquare) dan yang best tu, ada kedai menjual nasi lemak yang sedap bangat (sesuatu yg susah nak dicari di kawasan Ulu Klang). Cuma yang kureng ialah tempat ni tumpuan warga asing khususnya bangla. Kalau nasib tak baik, tersedut bau kurang menarik.



Sampai di kaunter, takde orang pun yang beratur. Wah...wah. Seronoknya. Terus beli ticket, amik yang couple seat supaya lebih selesa. Kemudian turun makan nasi lemak dulu. Tayangannya lagi 30 minit. Filem kali ini memang lagi best dari yang sebelumnya. Tapi kesilapan besar datang menonton di hujung minggu. Dibelakang dan didepan ada kanak-kanak kecil yang menangis. Ada yang berlari-lari di tangga sebab bosan. Di sebelah ada girlfriend sapa ntah yang menuturkan 'filem bosan..filem bodoh' entah brape ratus kali sepanjang menonton filem ini. Gara-gara ikut boyfriendnya yang nak menonton gamaknya.

Nampaknya kene le pegi tonton sekali lagi di hari bekerja. Hehehe....tapi selepas menonton, ada lagi acara yang lebih best.



Kebetulan ianya diadakan di tingkat dua Capsquare. Waduh...waduh...ini namanya kill two bird with one stone! Apalagi, terus capai bakul dan membelek-belek buku yang ada. Sampai lenguh tengkok sebab menelek tajuk buku. Tapi akhirnya Sherrina memilih dua buah buku. Salah satunya ialah buku ini...



Gaya penulisannya cukup menarik. Lebih enak jika dibaca sampil menghirup kopi yang lazat.

Selesai acara melihat buku, kami bergerak ke Bagan Lalang untuk operasi makan seafood yang dah tergendala beberapa kali.



Setelah licin makanan di pinggan, pulang ke rumah dengan hati yang riang. Hari Rabu ni nak gi Capsquare lagi lah. Nak tonton Harry Potter dengan aman (harap2 lah) dan beli buku lagi sebab ada keratan baucer diskaun RM3 daripada akhbar The Star cetakan semalam.

Sunday, June 07, 2009

Cerita-ceriti May-June 2009

Ringkasan beberapa catatan peristiwa yang telah berlaku. Firstly, Sherrina dah mencuba highway Duke dari Ulu Klang terus ke Jln Duta. Tol RM2. Sangat efisyen dan berbaloi. Tak perlu menempuh city centre. Terus sampai ke tol Jln Duta.


Menuju ke Bestari Jaya a.k.a Batang Berjuntai (nape eh dorg tukar nama?)


My youngest sister dah habis blaja. Cuma tinggal nak practical dan kini dia practical di Zoo Negara. Sungguh lucu, tak terjangkau dek akalku nak praktikal di Zoo ketika aku blaja dulu. Muahahaha.... Tapi what the heck, nak cari tempat praktikal sangat susah. Surprisingly, sangatlah ramai rupanya budak uni yg praktikal di situ. Rasanya student kursus Zoology ntah brape kerat, yang lain tu kursus2 bukan berkaitan dengan Zoo :p


Rabu dan Khamis lepas ActivemindKids mengadakan Kem IT dengan kerjasama Majlis Perbandaran Subang Jaya. Kali pertama kami mengadakan kem IT (selama ni buat kem sains aje) dan ianya sangat menyeronokkan.


Laporan penuh di blog ActivemindKids yang akan dikemaskini.


Sherrina ketagihan menu ini di KFC. Baked potato itu sangatlah enak.


Ini pula di Berjaya Times Square. Percubaan pertama donut Krispy Kreme.


Macam-macam jenis donut ada


Sherrina pilih donut yg biasa tu, rasanya specialty di KK sebab donut tu saje ada 2 tray.


Rasanya sedap, lembut dan sangat manis. Dah le ada coklat, disalut plak dengan gula. Lepas makan jadi sangat haus. Rasanya oklah, tidaklah menjemukan seperti J-Co donut.

Petang tadi member ajak tonton filem Jangan Pandang Belakang Congkak. Komedi seram, sesuailah untuk tonton sambil bersantai. Gelak-gelak tengok lawak Mazlan Pet Pet yg kelakar tu. Smalam plan nak tengok Syurga Cinta tapi sold out. Surprisingly filem Syurga Cinta mendapat sambutan yang sangat hangat dan review yang bagus-bagus. Ingatkan just another filem hampeh. Takpe, tak dapat tonton di pawagam tunggu je lah vcd nya keluar di kedai.

Wednesday, May 20, 2009

Buku dan Movie



Sempat mengorek tabung untuk merembat beberapa buah buku yg berharga RM8 dan RM10 sebuah di Big Bad Wolf book warehouse sales di PJ yg berakhir Isnin yg lepas.



Smalam mencari waktu menonton filem yg dah lama ditunggu-tunggu iaitu Angel & Demon. Oleh kerana Sherrina dah baca buku ni lebih dari 30 kali (mmg best bukunya, tak jemu membacanya), byk juga scene yg diubahsuai, ditiadakan. Tapi filem ini tetap best.

Next movie yg ditunggu-tunggu ialah Harry Potter.

Monday, February 16, 2009

Malang Memang Tarak Bau.....

Sabtu pagi, terkocoh-kocoh gi Masjid As-Sobirin. Sebab nak kene mengundi jawatankuasa masjid yang baru. Sebagai ahli kariah, kita layak mengundi. Habis mengundi jam 11 pagi, balik umah amik beg untuk pegi meeting Ansara Terendak di umah Mejar Adi di TUDM Subang. Park kete di Tmn Melawati sbb nak tumpang kete kak Aidrina. Masa nak ke kereta mereka ntah camne tau-tau je dah tumbang ke bumi. Pedih woo tapak tangan ngan lutut. Malu toksah cite lah. Cam nangka busuk. Masuk dalam kete baru nampak ibu jari kaki berdarah, kulit pecah. Adeh, terpaksa kak Aidrina gi beli plaster then tisu. Tak sanggup nak bungkus ngan plaster, nak bukak nanti lagi sakit. Balut ngan tisu je. Sampai umah abg adi, dia bagi minyak gamat ngan kain untuk balut kaki. Lega sket.



Malam tu nak tido tukar bandage. Takleh nak tido. Kaki berdenyut-denyut. Dah lama tak jatuh teruk macam ni. Sok pagi bangun lewat. Lega sket lah kaki. Siap-siap gi amik member ke Cineleisure. Kaki sakit sket takde hal, Upin Ipin punya pasal.

Sampai di Cineleisure, memang dah lambat. Booking tiket kol 12.55 tengahari, patut gi amik tiket sejam sebelum. Tapi sampai di kaunter dah kol 12.30. Gamble je time tu. Ada rezeki, adalah. Seperti dijangka, memang takde. Ingat nak give up lah tengok cite Pink Panther 2, tapi orang tu check system, ada seat cantik kol 5. Sebab dorang bukak panggung extra. Terus beli tiket. Gi jalan-jalan ke The Curve, nak try makan di Bubba Gump.


Dalam bucket ni ada tisu dan botol sos

Bubba Gump ni adalah idea daripada satu part dalam filem Forrest Gump, lakonan Tom Hanks. Sebelum ni dah slalu lalu disini tapi tak singgah-singgah. Kali ni since ada banyak masa sebelum tayangan filem Geng, masa kitorang singgah lah. Dah memang tau harga makanan disini sikit mahal so kitorang order untuk makan sorang je, sebab takat nak rasa je samada sedap ke tak.


Signage atas meja utk bagitau ada orang ke tak di meja tu.


Jus mangga, minuman paling murah. RM9.90. Ianya cuma kordial perisa mangga dengan seulas buah oren didalamnya. Rasa, sedap dan oklah....rasa air kordial.


Set udang goreng dan fries. RM38. Nasib baik amik 1 set je. Kalau tak lapor kebuluq, set ni cukup nak share dua orang.


Aiseh, kat sini pakai sos Lingham lah. Teringat kenangan di MRSM. Kat sanalah Sherrina blaja makan keropok cicah sos ni. Tak penah tau wujudnya sos ni sehinggalah member di MRSM yang kenalkan. Memang sodap.



Fuhh, udang cicah sos.....sodap beb.



Makan kat sini best lah, tapi agak mahal juga. So leh makan sini time ada duit lebih atau time tak lapar sangat so that leh beli satu plate je dan share. Cuma kat sini tatau le, cam pelik sket waiter dia. Bila order makan utk sorang, buat muka pelik. Pastu order air untuk sorang pun pelik. 2-3 kali datang tanya ok ke tak, nak mintak ice water ke tak. Memang taknak pun sebab takdelah haus sangat, tapi lepas 3 kali tanya dia bagi je ice water. Pelik tol lah. Nasib baik free. Dan jangan harap lah leh lepak sini lama-lama. Lepas makan ingat nak dok jap tunggu makanan turun ke perut sambil borak-borak. Tetiba je datang anto resit ngan kertas komen servis dorang. Tu hint-hint suh blah lah tu. Cehhh, baru nak rehat-rehat. Bayar terus blah.

Banyak masa lagi ni, kitorang gi Borders. Amik buku John Grisham yang latest, The Associates dan baca. Nasib baik ada couch yang kosong, boleh baca dengan selesa. Tapi ada plak budak-budak cina umur 9-10 tahun yang memekak ala-ala macam di umah sendiri. Bapak dia buat bodoh je, jeling 3-4 kali baru blah. Tak reti nak educate anak camne nak behave dalam kedai buku. Cakap omputeh tak kalah, tapi behaviour di kedai buku out.

Ada sejam lagi, lepak minum di kopitiam lah. Pekena bun, cham dan telur separuh masak. Takleh lawan toast bun Kluang Station tapi oklah. Member makan telur separuh masak.






Akhirnya dah pukul 4.30 petang. Kitoran bergegas ke Cineleisure. Fuh, ramai giler orang. Penuh dengan budak-budak. Beli air dan keropok, tak sabo-sabo nak tunggu panggung 10 bukak. Bila nombor dah naik, terus serbu nak masuk. Bukan apa, kene masuk cepat2 sebelum budak-budak berpusu-pusu masuk. Kang ada yang terpijak kaki aku, naya aje. Selama 1 jam menonton filem Geng, memang takde part yang jemu. Semua perisa ada. Harmoni, gelak ketawa, lawak nak mampus, sedih, seram, adventure..serba lengkap lah. Memang puas hati.



Part takleh lupa ialah masa Upin Ipin scan bawah kete lembu (serius, tak terpikir dek kepala otak aku idea mcm ni, genius giler), ayat Sappy...Go!! dan trademark yang famous, "Fikirkan Masa Depan". Scene yang terselit pun lawak nak mampus mcm scene monyet minum air kelapa dan scene bas rosak. Memang puas hati lah, sangat2 puas hati. Panggung full sampai kerusi paling depan. Member gi di MBO Ampang, disana pun full house. Siap bukak 10 panggung khas utk cite ni. Kalau korang lom tengok, gi lah. Serius terhibur, tak rugi beb. Support industri animasi Malaysia. Rasa nak gi tengok lagi. Filem ni bila kuar je dvd, musti beli utk bikin koleksi.



7 bintang untuk filem Geng!!!!

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin