HOLIDAY

Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Wednesday, June 20, 2018

SAMBAL KERING IKAN BILIS CILI PADI

ini pun senang. Ticer blender jer semua yang nak letak n masak jap ataih api.

resepinya

hasilnya. walaupun rupa x sama asalkan sodap udah la. incik suami ticer suka. 
ikan bilis dag habis. kena order lagi ngan mok cik Tqah. Kedah marii.

Tuesday, June 19, 2018

BUTTER HONEY GRILL CHICKEN

bulan puasa ghajin masak. kih3.

ni resepi dr IG viralohviral. senang jer n sedap. dia pakai wings i pakai apa je yg ada kat umah. lantak la kan. kebetulan ada butter and also honey. mr HONEY kita memula jer nampak jaga kesihatan..makan itu honey. lama2 tinggai gitu jer. tu yang pakai buat masak tu. kui3

ni masa memula cuba. guna drumsticks la pasai tu je yg ada.

nah resepinya. senang jer kan? kalau orang nak datang, masak ni senang. goreng sampai garing pun penah cuba. grill pun penah cuba. senang2 dia pun...ambik masa jugak nak masak. hmmm

Friday, August 24, 2012

nasi minyak

first time masak nasi minyak. senang jer ropanya masak nasik minyak. kebetulan beras basmati ada lebeh. masak ayam masak merah ngan buat acar timun mentah jer. ha ha....pueh ati den...habis licin dikerjakan mereka. betambah2 makan. alhamdulillah. now pening la nak pk ...makan apa pulak malam ni? adoiii

Sunday, April 24, 2011

ketupat sotong

wallah...lama tol tak menjelma. bz la ngan pelbagai pertandingan kat sekolah d luar sekolah. tak menang tangan dibuatnya. sebabnya yang menang memang la bukan tangan atau kaki. ha ha ha.

teringin lama dah nak makan benda ni. pagi tadi, actually semalam lagi dah request ari ni nak gi pasar keramat nak gi beli sotong. haa...sotong mahal wei skrg ni. tadi tanya sekilo RM20. Ada tempat yg RM22 dan ada yang RM25. Kerana memang nak beli, maka cik abang pun belikan la. he he..tq darling.

n dah masak n dah makan pun. dah licin dikerjakan kami anak beranak.
ni sebahagian daripada sebahagian saja. untuk tujuan pengambaran semata-mata. he he.

saper sker masakan kelantan, suker la nih. yg tak berapa suka manis, leh la ekjas kemanisannya. semuanya awak la yang tentukan pasal awak yang masak. kan? kan?

resepi : bahan ditiru dari My Resepi. ha ha ha..musti la tiru. mana pandai reka cipta.

Bahan-bahan

  • beberapa ekor sotong sederhana besar
  • 1 cawan beras pulut
  • 2 cawan santan sederhana pekat
  • 1 keping gula melaka
  • sedikit garam
  • gula secukupnya
  • sehelai daun pandan
  • batang lidi- 3-4cm panjangikut bilangan sotong la kannn..

Cara-cara

  1. Bersihkan beras pulut. Rendam dengan santan selama 30 minit. Toskan beras. Santan bekas rendam beras tu dimasukkan ke dalam periuk.
  2. Bersihkan sotong. Keluarkan kepalanya.
  3. Isikan beras pulut ke dalam sotong 1/3 penuh. Tutupkan dengan kepala sotong. Cucuk dengan lidi supaya kepala tak tercabut. Masukkan ke dalam periuk yang ada santan tadi.
  4. Masukkan garam, gula melaka dan daun pandan. Masak sehingga pekat.
  5. Rasa kuah sama ada dah cukup manis atau tidak. Kalau belum manis bolehlah ditambah dengan gula.
selamat mencuba.

psst...banyak citer lain tapi malas nak citer. nak upload gambar pun punya la lambat. nanti-nanti la ya.

Saturday, September 12, 2009

lama tak update

alhamdulillah...tugasku sebagai
dah hampir selesai. hanya akan selesai isnin ini insyallah.
disebabkan dia ni la makanya blog ini dan juga urusan2 rumah terpaksa ditolak ke tepi.

hmm...ni hah gambar kete yang memblok keteku ari tu.
banyak juga dengar pasal soalan2 bocor atau jawapan2 bocor. tetiap tahun pun cenggitu. rhamai je orang tak amanah kat dunia ni ek. ada yang anta sms jawapan sebelum exam n jawpan2 tu memang sama ngan jawapan2 yang betul dlm kertas soklan. ada juga sekolah yang cuba2 memberikan jawapan kat budak2 yang tengah exam tu..memacam cara la nak bagi prestasi meningkat tapi...merosakkan budak2. kalau dpt 5A pun, tak berkualiti. rosakk...rosakk...

n teringin sangat nak buat ni
ayam percik.

masak petang semalam untuk berbuka. first time buat nih.h.ok la...abang zharif kata..sedap! warnanya tu a bit yellow tapi tak berapa nampak dalam gambar. ha ha

resepi :
  • 1 sekor ayam yang dipotong
  • 1 1/2 cawan santan pekat
  • 2 biji bawang putih
  • 1 labu bwg besar
  • 2 cm halia
  • 2 batang serai
  • 1 camca kecil ketumbar
  • 1/2 camca kecil jintan putih
  • 1/2 cawan tepung beras
  • sedikit air asam jawa@asam keping
  • cili kering (optional... kalau nak kuah merah)
  • garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

  1. Blend bawang,halia,serai,ketumbar,jintan...pastu peraplah dlm 1/2 jam.
  2. masukkan ayam diperap bersama tepung beras yang digaul sekali ngan santan beserta bahan lain ke dlm periuk dan masak sehingga ayam agak2 3 suku masak dan kuah agak pekat.
  3. angkat ayam bersama sedikit kuah dan masukkan dlm loyang pembakar.
  4. bakar dlm oven dengan suhu 200 darjah dlm 1/2 jam atau agak keperangan.hidangkan ayam yang dicelup dengan kuah lebihan tadi...hiaslah ikut selera masing2
selamat mencuba. tak berapa ada mood la nak update. panggilan mata lagi kuat ni. he he


HUNGGA-HUNGGA IPOH PART 2

Lokasi kedua, setelah Aloya menasihatkan untuk terus berjumpa di tempat kenduri (elok sangat la sbb lapau dah), maka perjalanan diteruskan k...