“Apa yang kau pandang?”
“Mereka dan cinta palsu mereka.”
“Maksud kau?”
Dia hulurkan ibu jari ke arah sepasang kekasih yang berada
tidak jauh dari meja kami.
“Tiap-tiap hati mereka hanya dipenuhi cinta palsu yang
diciptakan oleh mereka. Si lelaki punya ramai perempuan dan begitu juga dengan
perempuan. Kau tahu apa yang lebih teruk dari itu?”
Aku anggukkan kepala. Dia ukirkan senyuman.
“Rasanya aku patut diamkan sahaja. Kadang-kadang ada soalan
yang patut dibiarkan tanpa jawapan, tahu? Jawapan akan muncul dengan sendirinya
dan masa itulah kau akan tahu permainan manusia.”
Aku pandang dia dengan hairan. Tertanya-tanya maksud ayatnya
ini.
“Walau apa jua sekalipun, hati-hati dengan permainan cinta.
Kau tak tahu sama ada itu cinta dari DIA atau cinta dari syaitan.” Dia menambah
lagi. Dan aku cuma anggukkan kepala tanda faham walau aku sememangnya tidak
faham apa yang dikatakannya.
Dan beberapa hari selepas itu, aku lihat lelaki yang sama.
Kali ini dengan perempuan berbeza. Lelaki itu berjalan dengan senyuman sambil
memegang tangan perempuan bunting itu.
Benarlah kata dia. Cinta lelaki itu
adalah palsu. Cinta perempuan itu? Entah, nanti aku ceritakan di lain hari.
Boleh?