Memaparkan catatan dengan label Moral. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Moral. Papar semua catatan

Antara Kalian, Siapa Lagi Kejam..

 Tiga orang lelaki yang sedang mabuk bertanding untuk menentukan siapa yang paling kejam.
Lelaki yang pertama menyerang seorang perempuan dan memukulnya sehingga giginya patah, lebam kedua biji matanya dan darah keluar daripada hidung dan telinga perempuan itu. Akhirnya perempuan itu jatuh ketakutan dan badannya menggeletar.
Dia berpusing menghadap dua lelaki dan berkata dengan bangganya,
“Akulah orang yang paling kejam”, 
Tidak berpuashati, lelaki kedua bangun dan mengoyak baju perempuan itu, merogolnya dan terus mencekik perempuan itu sehingga perempuan itu mati.
Dan dia berkata 
“Tidak ada siapa yang lebih kejam daripada aku”. 
Lelaki ketiga pula bangun dan tersenyum. Dia menjawab
“Akulah yang paling kejam, aku cuma berdiri dan melihat kekejaman kamu sedangkan perempuan ini adalah adik aku”

Perempuan itu adalah Palestin.
Lelaki pertama ialah Israel.
Lelaki kedua adalah Amerika Syarikat.
Lelaki ketiga pula ialah Umat Islam yang hanya berdiam diri dan lihat.
Tahniah kepada Umat Islam!! 
Sama-samalah kita muhasabah diri..
sejauh mana usaha kita untuk menolong saudara-saudara Islam kita.. Renung sejenak sebanyak mana doa yg kita telah hadiahkan.. Umat Islam itu lemah kerana mereka JAUH daripada agama mereka sendiri..



 ~ Muhasabah Jumaat...

Best Regard,
Posted by: http://smilemyfta.blogspot.com

Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

Kerana Diriku Begitu Berharga..

Balik kerja, aku singgah di kedai alatulis.
Di situ terdapat beberapa orang budak lelaki. Suasana kecoh...
Bila suatu ketika, dua orang budak perempuan masuk ke kedai tersebut.
Lingkungan umur dalam darjah 3 (9 tahun).
Sekumpulan budak lelaki tadi keliling mengejek dan terus mengejek salah seorang budak perempuan tadi.
Apa yang diejek aku tak naklah mention  di sini.
Cuma agak kasar dan geram bila kita yang dewasa mendengarnya.
Tapi budak-budak, apa mereka tahu. Mungkin dianggap gurauan semata.

Budak perempuan tadi hanya tundukkan saja mukannya.
Semacam sesuatu untuk dilihat wajahnya.
Seorang lagi temannya buat tak endah dan tak melayan.
Mungkin cuba untuk melindungi kawannya tadi.
Bila budak perempuan tadi mendongakkan mukanya untuk mengambil pen biru yang letaknya tinggi di atas.
Baru aku perasan, dimukanya terdapat tanda lahir yang agak besar.

Bila aku amati aku rasa simpati.
Lantas aku 'sound' sekumpulan budak lelaki tadi.
Mereka cabut keluar terus lepak di kedai sebelah, CyberCafe.
Dua orang budak perempuan tadi bayar di kaunter dan terus pergi.

Apalah anak melayu sekarang ni.
Kita sama kita mengejek satu sama lain.
Tak cukup ke dalam politik pon mengeji antara satu sama lain?
Dalam hati aku tertanya, "Budak-budak lelaki tadi anak siapalah yer?".
Sengaja nak kontroversikan nama mak ayah bagi 'famous'.

 (sumber dari Pokcik G)
Terfikir sejenak,
bersyukur kepada Allah SWT kerana aku,
tidak terlalu sempurna di antara manusia yang sempurna zahirnya.
Merasa bagaimana sakitnya jika fikirkan kekurangan diri.
Tapi apa yang boleh di buat, itu ujian dariNya. Redha ketetapanNya.

Bagi mereka yang merasa sempurna mengejek dan menyindir itulah makanan.
Motifnya, mahu mengatakan bahawa merekalah yang cukup terbaik.
Yang penting berfikiran positif dan cuba memperbaiki diri supaya lebih baik dari orang sempurna.

**Awak, terimalah saya seadanya... :p



Best Regard,

Posted by: http://smilemyfta.blogspot.com

Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

Hatinya Hidup...

Orang yang hatinya hidup
Perasaannya hidup dengan Tuhan. Apa erti perasaan hidup dengan Tuhan. 
Sering memikirkan dosa dengan Tuhan. Takut dan cinta dengan Tuhan. 
Selalu rasa bersalah. Walaupun dia beribadah tapi dia rasa tidak sempurna
Dia rasa dia dalam kebesaran Tuhan. 
Dapat nikmat dia rasa bersyukur dan rasa malu dengan Tuhan. 
Dia terasa lemah bila berhadapan dengan Tuhan. 
Melihat alam semesta terasa kebesaran Tuhan. 
Melihat orang membuat baik merasakan dia perlu berbuat baik. 
Melihat orang membuat jahat
Dia rasa bersyukur kepada Tuhan kerana selamat daripada kejahatan. 
Dia rasa kasihan dengan orang itu...

  (sumber pokcik G)
**Jangan dengki kat orang dan cuba jangan untuk menunding jari...



Best Regard,


Posted by: http://smilemyfta.blogspot.com

Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

Tinggi Diri Rendah Hati..


Salam dihari penghulu segala hari...
Macam biasalah rutin tengahari Jumaat tunaikan Solat Jumaat.
Penuh betul Masjid Abu Bakar tadi. Mungkin sekolah dah naik kot.

As usual,
Sebelum solat mestilah kena penuhkan saf hadapan.

Tadi sebelum nak solat tu, saf kiri kanan aku kosong.
Jadi ada dua mamat ni serentak berdiri di antara aku.
Aku dongak tengok dia, dia pandang aku balik.
Mungkin dalam hati dia nak sampaikan sesuatu kot.
Hahaa... Aku tak kisahlah.
Sekali aku dongak dua-dua kiri kanan aku tinggi bagai tiang lampu daa.
Dah macam KLCC, tinggi aku ibarat paras jambatan KLCC je kot.
Mamat tu sengeh-sengeh... Boleh pula.
Saat tu aku rasa kerdil betul aku ni.
Aduhh...
Kalau aku di antara manusia pun dah terasa kerdil,
apetah lagi aku dengan Allah SWT. Astagfirullah...
Termuhasabah diri sekejap sebelum solat. Sempat tu...
Alhamdulillah...
Tapi nak kata aku rendah sangat tak juga,
Aku normal, diaorang yang tinggi sangat kot.
Hehee... Tak nak mengaku rendah.
Mungkin itu perancangan Allah untuk lebih menyedarkan lagi siapa aku di bumi pinjaman ni.
Subhanallah...

Situasi kedua pula,
Balik solat tadi, ada lah dua orang minah gediks ni.
Boleh parking kat tempat parking OKU.
Tak ada akal ke?
Pakcik OKU yang juga staf sini, terpaksa beralah parking jauh.
Aku nak saja sound minah dua orang tu,
Sudahlah pakai pakaian menjolok mata dalam kawasan Jabatan Agama,
Suka hati pulak nak parking kereta, tak reti baca sign board ke?
Terang-terang gambar Kerusi Roda situ.
Kalau cantik tak apalah juga. ini dah macam The Mummy Return, melekat terlekat.
Aku cuma menggelengkan kepala, tak tahulah diaorang paham ke tidak.

(sumber pokcik G)
**Harap-harap bagi wanita kat luar sana jika nak ke Jabatan Agama, prihatinlah cara pemakaian anda. Bagi perempuan tutuplah kepala dan lelaki janganlah pakai seluar pendek.


Best Regard,


Posted by: http://smilemyfta.blogspot.com

Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

Bila Hati Panas, Semua Tak Beradab..

Semalam tengahari lepas lunch, tayar depan kereta aku meletop!! bocor.
Disebabkan bocor teruk jadi kena tukar terus tayar baru.
Aduh! Duit lagi, macam tahu-tahu saja aku baru dapat bonus RM500...
Tapi tetap bersyukur pesal aku selamat. Alhamdulillah...
Masa kejadian aku drive tak berapa nak speed jadi sempat kawal dan berhenti di sebuah stesen minyak. Itu pun bila officemate aku yang menegur ada bunyi asing dari luar.
Memang sah tayar bocor, besar pula. Adehh...
Dahlah berkemeja, terus membuka tayar untuk diganti tayar spare,

(sumber dari pokcik G)
 Buat punya buat...
aku didatangi seorang lelaki berbangsa cina...

"Excuse me sir, do you know where is the EPF?" kata cina tersebut.

Member aku sorang ni jawab punyalah belit-belit lidah nak speaking orang putih kononnya.
Hinggakan aku sendiri tak faham ape yang officemate aku tu cuba nak sampaikan.
Bila aku tengok kelibat nombor plat kereta beliau dari Kota Lion,
aku jawab dengan penuh adab (kan dah gi kursus kesopanan aritu.. hehe).
.

"Encik, tempat yang encik cari tak jauh pun dari sini. Encik nampak menara yang tinggi tu itulah dia KWSP, tempat yang encik cari". Aku cakap sambil mengesat peluh berlinang-linang bagai gerimis mengundang.

Beliau masih terpinga-pinga. "But when I go there, it's just a place who want to make identity cards. You see here EPF, this is the address, the place you said just now was a wrong place," tanya beliau sambil buat riak muka macam aku ni tak tahu.

Sudahlah aku keletihan, jam kat tangan menunjukkan 2.20 petang. Tak naik lagi office.
Tapi aku dah minta kebenaran, jangan ingat aku ngular ye. Ahaks.
Sambil tu aku jawab,

"Encik EPF tu KWSP lah. Yang encik masuk tu tadi, itu Wisma Persekutuan depan dia. Logo KWSP tu terang, besar dan nyata kat atas menara KWSP tu. Dari sini dah nampak bangunannya, encik kena pusing atas baru jumpa pintu masuk. Kalau ikut bawah memang jumpa pintu masuk ke tempat buat kad pengenalan," sambil tunjukkan jari aku betul-betul ke arah menara KWSP.

Tanpa ucap terima kasih, beliau masuk kereta terus pergi. Itulah style mereka kurang ajar tahap dewa dewi.
.
"Man, ko ni sengal erk. Sepatah haram dia tak faham apa ko cakap, yang ko gi cakap melayu tu pesal, memang la dia slow nak faham..." herdik officemate aku.

"Ini negara aku, Bahasa Melayu kan bahasa negara kita. Lantak pi dialah nak faham ke tidak. Dia kena accept lah. Datang ke sini buat cara datang negara orang, tak payah nak berbahasa omputih kat sini. Dahlah tiap-tiap pagi jem manjang pesal penuh kete depa, nak hon kereta aku pulak, potong Q buat macam atok pokcik sedara dia punya negara," jawab aku sambil tangan putar turunkan jek kereta.

Tak cukup sopan ke ayat aku tu?
Atau salah ke aku nak berpatriotik. Hehe...
Mungkin itu nada geram bila tiap-tiap hari tertekan berhadapan dengan orang-orang dari seberang tambak yang angkuh.

**Masih segar diingatan ketika ayah aku dimaki hamun di sebuah pasaraya Singapura kerana berbahasa Melayu di kaunter pembayaran.  :(


Best Regard,

Posted by: http://smilemyfta.blogspot.com

Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

Bahana Nafsu..

Tadi pagi selak-selak akhbar Metro.
Tengok-tengok terpampang tajuk hakim syariah dicekup berkhalwat.
Biasalah Metro, kes-kes seumpama itu gemar untuk di'highlight'kan.
Subhanallah... Kalau betul disabit kesalahan, macamana reaksi kita sebagai saudara seislam.
Orang yang dianggap adil lagi bijaksana dan arif prihal syariah sanggup melakukan perkara itu semua.
Astagfirullahalazim... Macam-macam hal dunia sekarang ni.

Tajuk lain pula, pasangan Sehati Berdansa cerai.
 Di dalam Islam, penceraian merupakan sesuatu yang dilaknat oleh Islam tetapi diharuskan dengan alasan dan sebab-sebab tertentu.
Tiada siapa inginkan masjid yang dibina berakhir dengan kehancuran.
Sebenarnya di Pejabat Kadi mana-mana tempat pun banyak kes cerai berai ni.
Memang sentiasa ada. Sesi kaunseling amat penting.
Tapi bila dibincangkan prihal yang bercerai itu dikalangan artis, baru ianya terkesan.
Kerana artis itu dianggap ikon dan public figure.
Tapi kenapa perceraian terjadi?
Salah suami, salah isteri atau salah org ketiga..Huh  Huh


Sebelum ni, pasangan Sehati Berdansa yang tidak dapat pertahankan rumah tangga mereka adalah Anne Ngasri, Asheed Def-Gab-C, Dira Abu Zahar, Radhi OAG, Sabrina Ali dan terbaru pasangan Sein. Pengacaranya dulu Fahrin Ahmad, Scha Al-Yahya dan Linda Onn pun berhadapan dengan cerita panas dalam rancangan tersebut.


Setelah suami atau isterinya berguling, diangkat, dibaling dan dipusing untuk menari dihadapan lensa kamera untuk 'sajian' halwa mata penonton rancangan tersebut, akhirnya mereka berpisah.

Aku ni bukanlah pengikut setia dunia popular ni, tapi sekadar mengetahui dari hebahan akhbar tempatan. Kenapa semuanya (tak semua) berakhir dengan perceraian?
Iya, memang aku tak kahwin lagi dan tiada pengalaman berumahtangga.
Tapi cerita negatif sebegini rasanya tak elok dihebahkan terlalu umum nak lagi anak muda sekarang, risau ianya menjadi trend.
Kahwin hari ni, minggu depan dah duduk berasingan.
Walau apapun mereka ada sebab tersendiri mengapa berlakunya penceraian.
Harap pasangan Mari Menari tidak terkena tempiasnya.

**Ya Allah, jauhkanlah...


Best Regard,
 
Posted by: http://smilemyfta.blogspot.com

Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

Makan Apa Adanya..

 Asal petang lapar... Asal petang lapar...
Pada hal baru lepas lunch. Huh!

Nak beli goreng pisang tengahari tadi dah pekena.
Lapar perut aku ni.
Nak kata tak baca Bismillah lunch tadi, dah baca...
Makan, makan, makan, dan terus makan.
Apa kau nak jadi ni Man? Haishhh...
Makan untuk hidup atau hidup untuk makan?
Patutlah makin bulat.
Macam mana tak sihat. Makan benda yang tidak-tidak.
Setiap hari makan jajan 30sen ni. Kata save bajet. Adeii..
Tak apa asal perut terisi. Alhamdulillah...
Jom makan-makan.


 Daripada Anas r.a. pula, katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Sesungguhnya Allah itu nescayalah redha pada seseorang hambaNya, jikalau ia makan sesuatu makanan lalu memuji kepada Allah kerana adanya makanan itu, atau minum suatu minuman lalu memuji padanya kerana adanya minuman itu." (Riwayat Muslim)
**Makan untuk hidup... Yang terbaik ucaplah Alhamdulillah sesudahnya.


Best Regard,

 
Posted by: http://smilemyfta.blogspot.com

Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

Jantung Bagai Terhenti..

Saat ini mungkin ada di antara kalian yang tak senang duduk di rumah.
Esok SPM kan...
Hati sentiasa berdebar-debar. Makan tak kenyang, mandi pun tak basah.
Semua teringatkan formula dan nota yang berjela-jela.
Buat adik-adik semua...
Jawab dengan tenang, jangan gopoh-gapah.
Lepaskan segala yang ada di benak selama bertahun-tahun belajar.
Kalau rasa-rasa payah nak jawab,
banyak-banyak selawat sebelum nak tembak...
Tapi yang penting mesti terisi ruang kosong.
Jika 'mood' pemeriksa baik kenalah sasaran tu.
InsyaAllah dari dibiarkan kosong tanpa usaha.
Bukannya apa, mana tinggi pun kita belajar,
SPM juga yang akan dipandang. (Betulkan?)
Elakkan menyesal dihari mendatang.


Berjaya atau gagal pilihan kita sendiri.
Tapi...
Bila dah berjaya nanti jangan cepat lupa diri.
Ingatlah selalu si pelita hati...
Ilmu yang diajar digunapakai sehingga mati.


 - kurusnya aku dulu muka nerd jer, hahaa -

Saat-saat akhir sebelum SPM 2004 dulu...
My favourite chemistry teacher.
Dia juga sebagai ibu di asrama yang selalu beri nasihat pada saya yang alpa.
Sehingga kini saya tak lupa beliau dan insyaAllah beliau tak lupa saya.
 Untuk junior saya di Sekolah Teknik Kluang Johor,
dan semua calon-calon SPM seMalaysia...
GOOD LUCK dan lakukan terhabis baik.
InsyaAllah dipermudahkan.

Best Regard,


Posted by: http://smilemyfta.blogspot.com

Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

Aku Senang Jalani Hidup..

Hanya nak 'share' video aku jumpa dalam Utube...
Sama-sama kita saksikan dan renungkan. Lihat dari sudut positif.


Jika saya gagal, saya cuba lagi dan lagi, dan lagi. 
Jika anda gagal, apakah anda akan cuba lagi. 
Jiwa manusia dapat mengendalikan lebih banyak daripada yang kita sedari. 
Itu penting bagaimana anda akan menyelesaikannya. 
Dapatkah anda menyelesaikan tanpa azam yang kuat? 
Dengan segala cabaran dalam hidup kita, 'ADA' yang menguatkan keyakinan kita. 
Mereka di sekeliling tidak tentu ada untuk membantu diri kita. 
- Nick Vujicic -
.



Dalam hidup anda mempunyai pilihan...
PAHIT atau LEBIH BAIK... 
Memilih lebih baik lupakan yang pahit. 


I LOVE LIVING LIFE... I AM HAPPY.

bersyukurlah...

Best Regard,
Posted by: http://smilemyfta.blogspot.com

Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

Ya Allah, Sudilah Pandangku..


Ya Rabbi, sudilah pandang aku..
Ya Rabbi, izinkan aku menghadapMu berulang kali sehingga ke akhir hayatku.
Aku tahu..
Aku sering menghadapMu dengan wajah yang kelam, tidak berseri
Aku sering berhadapan denganMu tika jiwaku berkeluh kesah
Aku mencariMu hanya di waktu susah dan derita.
Di saat senang dan sibuk dengan dunia, aku melupakanMu.
Aku lupa bahawa hidup ini hanya untukMu
Aku leka bahawa dunia ini hanya sementara untuk aku mencari bekal sebanyaknya

Di saat ini aku hadir untuk menghadapMu
Bersama dosa dan noda yang tak terhitung banyaknya
Disebabkan kelalaianku menurut hawa nafsu
Dan tertipu dengan dunia dan syaitan
Allah, pandanglah aku dengan kasih sayangMu
Pandanglah aku dengan keampunanMu
Aku sangat mengharapkan kasih sayang dan redhaMu
Kerana aku benar-benar menagih syurgaMu dan aku takut nerakaMu
Tapi, layakkah aku Ya Allah?

 
Gambar di atas inilah keadaan dalam dewan setelah semua peserta dikapankan. 

Ya Rabbi, seandainya di saat ini Engkau menjemputku pulang,
Bagaimanakah nantinya tika berhadapan denganMu?
Sudikah Kau menerima hamba-Mu yang hina ini?
Bagaimanakah keadaanku waktu itu?
Hitamkah wajahku bila berhadapan denganMu?
Berseri dengan sinar cahayakah wajah ini?
Berlarikah aku menujuMu kerana rindu untuk menemuiMu?
Atau menggigil ketakutan kerana takut dan malu denganMu?
Allah, aku bimbang..
Aku gusar dan takut Ya Allah..
Apabila memikirkan saat itu
Kerana banyaknya dosa aku terhadapMu.
Allah, sukarnya untuk aku meredahi cabaran dunia ini
Ingin ku buang jauh duniaku yang melalaikan
Tapi ia selalu menarik-narik hatiku untuk tetap mengulangi kesilapan terhadapMu
Kadang-kadang aku terlupa, kadang-kadang aku sengaja

Aku takut Ya Allah, seandainya waktu aku tiba untuk kembali padaMu
Aku dalam keadaan tidak bersedia dan penuh dengan hitam noda
Apakah yang mampu aku persembahkan di hadapanMu kelak?
Mampukah aku memulangkan segala pinjaman yang Engkau beri kepadaku dalam keadaan yg terbaik?
Allah, aku mohon dengan sangat..
Sucikanlah hati aku dengan maghfirahMu
Agar tersenyum aku pulang mengadapMu
Allah, terimalah taubatku
Agar bercahaya wajahku dengan nuurMu bertemu denganMu
Allah, pimpinlah aku dengan hidayahMu
Agar mudah jalanku ke JannahMu...
Tuhan, pegang eratlah hati ini agar sentiasa aku rasa dekat denganMu
Aku harap Kau terima amalku untuk aku persembahkan di hadapanMu kelak
Ya Allah, dengarkanlah rintihan & permohonan hatiku ini
Hadiahkanlah cahayaMu kepadaku sehingga saat aku dipanggil pulang olehMu
Amiin Ya Rabb..

Aku mohon dengan sangat.. Perkenankan lah.


:: Ya Allah, maafkanlah bila hati tidak sempurna ini mencintaiMu ::

Iya, aku akui aku sebagai hambaNya yang kerdil tersentuh dan menitiskan air mata tatkala berada disebalik kain putih tersebut.
 

Best Regard,

Posted by: http://smilemyfta.blogspot.com

Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

Bola Punya Pasal..

Salam Jumaat... 
Nak kongsi sikit cerita tentang kedegilan aku yang memakan diri dan menyusahkan orang lain. Sesungguhnya aku belajar dari kesilapan. InsyaAllah...

Selasa lepas, setelah selesai beriadah petang adalah masa untuk balik ke bilik dan bersedia untuk menunaikan solat magrib untuk berjemaah di surau. Tiba-tiba aku berdegil nak main bola juga,  kawan sebilik aku dah cakap balik bilik terus pasal dah petang, aku tak nak dengar kononnya nak tendang skali dua lepas tu baru balik ke bilik.

Tengah seronok bermain, aku lupa kasut sukan aku tapaknya dah haus... Dengan keadaan rumput yang lembap, apa lagi terus tergelincir. Kaki aku terpusing dipijak pula dengan geng lawan. Kerttt!!!! Adoiii... Aku  bagaikan patung hanya diamkan diri di tengah-tengah padang, bagun dan trus duduk kat tepi padang. Budak-budak lain rasanya tak perasan. Aku cuba gerakkan hujung kaki, masih berfungsi, Alhamdulillah...  Mungkin hanya salah urat. Aku bangun semula dan terus balik ke bilik. Sepanjang malam semakin sakit, jalan terhincut-hincut ke dewan taklimat. Nak solat Magrib, Isyak dan Subuh pun memang payah, sakit yang amat. Kata kawan sebilik aku urat aku dah bengkak masuk angin. Memang kelihatan bengkak pun kaki kanan aku.

Tanya peserta-peserta lain semua tak pandai mengurut. Ingatnya nak cari tukang urut kat pekan Kota Tinggi. Tapi disebabkan tentatif kursus amat padat, jadi tiada peluang keluar. Kaki aku bagai dah tak terasa, semakin sakit, terus tak boleh jalan. Dengan bantuan kawan sebilik aku tu, dia yang memapah aku ke surau untuk solat subuh. 

Lepas tazkirah pagi, dengan beraninya aku bertanya pada Ustaz Ahmad Mazlan selaku ayahanda kursus ni untuk meminta bantuannya. Kerana aku ingat beliau ada cakap yang beliau pernah belajar silat.  Alhamdulillah dengan senyuman dia berkata, "Saya cuba ya, InsyaAllah...". Beliau pegang kaki aku, cari urat mana yang bergalih dan tak menggunakan sebarang minyak, hanya doa dan bacaan dari ayat al-Quran yang bermain dimulutnya. Tak ambil masa yang lama mungkin 5 minit saja. Dengan senyuman beliau berkata "InsyaAllah, baiklah nanti sabar ya...". Dengan lafas terima kasih dan bersalam aku pun bergegas balik ke bilik dengan bantuan kawan sebilik aku. Lama ke lamaan, kaki aku semakin pulih Alhamdulillah... Cuma bengkak masih ada sehingga sekarang. Tengahari tersebut juga aku dah boleh melompat-lompat. Hehe...


Syukur pada Allah dan jutaan terima kasih buat Ustaz Haji Ahmad Mazlan yang sudi meluangkan masanya yang padat dengan pelbagai aktiviti hanya untuk merawat aku. Terima kasih ustaz. Dan terima kasih buat kawan sebilik aku tu dari Unit Pembangunan MAIJ yang sudi menolong aku bila aku susah kerana aku insan yang alpa dan serba kekurangan. Dengan kejadian ini, terdapat beberapa 'moral value' aku peroleh.

Dengarlah kata kawan kita, jangan kita terlalu ikutkan perasaan. Kadang-kadang apa yang dinasihat ada sebabnya, adakala kawan itulah yang membantu kita bila kita susah. 
Apa yang terjadi pada kita hendaklah berbalik pada agama kita iaitu dengan sumberkan al-Quran dan sunnah. Kerana sumber itulah penawar yang paling mujarab untuk segala penyakit kat dunia ni. Tak perlulah kita cari orang yang asing bagi kita atau bomoh bagai, carilah orang dan tempat betul untuk meminta bantuan. Kadang-kala depan kita adalah penyembuhnya.

Best Regard,
Posted by: http://smilemyfta.blogspot.com

Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

Sayang Anak Tangankan..

Tiada kaitan dengan tajuk sebenarnya. Cuma 'lately' aku kerap kali terbaca tentang kesan-kesan 'Fesbuk' dalam kehidupan harian kita sama ada di blog mahupun di dada akhbar. 

Pernah aku terbaca perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, antaranya mendedah keaiban suami isteri di facebook, penyamaran, muaturun gambar berlebihan, 'tagging' gambar tanpa izin yang membuka aurat dan lain-lain. Pada aku ianya banyak keburukan dari kebaikan jika disalah guna. Bagi yang menggunakan untuk tujuan dakwah baguslah Alhamdulillah. Tapi bagi yang saja-saja nak 'update' status tu mungkin tak ada faedahnya.

Semua dah maklum ia adalah produk yahudi, tapi kita masih lagi aktif disebabkan ianya mudah untuk dikendalikan. Sama juga seperti aku, masih ada lagi akaun 'Fesbuk' disebabkan ramai kenalan semasa zaman persekolahan dulu aku dapat hubungi kembali. Tapi rasannya aku dah tidak seaktif dulu. Perlukah aku tutup? Kalau dulu pada tahun 2008 saja dah 180 juta pengguna apatah lagi tahun 2010 jejak 500 juta. Kalau aku tutup pun tak memberi kesan pada pengasasnya. 


Itulah 'Fesbuk', ia boleh menjadi sumber pahala, jika diguna dengan betul, boleh menjadi pemudah azab jika digunakan tanpa ilmu dan limitasi. Berhati-hatilah dan berpada-padalah pemilik 'Fesbuk'. Suntingan dari sebuah artikel...
 "Niat untuk mendekatkan ukhuwwah antara rakan lama, sekolah dan sebagainya tidak sama sekali boleh menghalalkan sembangan mesra, gurauan senda di antara suami dan isteri orang, antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Ia hanya akan membawa kepada kemudaratan dan keruntuhan rumahtangga. Janganlah lagi mempermainkan nama ‘ukhuwah’ untuk berbuat dosa".

Ukhuwwah itu hanya terhad sesuatu yang membawa kepada ingatan kepada Allah, mengajak kebaikan dan menjauh kemungkaran. Lihatlah surah al-Hujurat dan fahamkan kalam Allah sebaiknya akan erti ukhuwwah di kalangan mukmin.

Ada sebuah lagi 'Social Network' berbentuk islamik yang semakin naik namanya, konon pengasasnya dari Pakistan (muslim) iaitu millatfacebook.com yang ingin menandingi 'Fesbuk'. Siapa pengasasnya aku sendiri keliru. Ramai yang beri pendapat bahawa ia juga produk dari yahudi. Betul ke tidak hanya Allah saja yang tahu. Nak lebih selamat jangan 'join' mana-mana 'sosial network'.


 "Ketahuilah yahudi zionis ini sangat cekap dalam penipuan khususnya dalam menipu umat islam..”

Best Regard,

Posted by: http://smilemyfta.blogspot.com

Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

Budaya Kerja Cemerlang..

 Baru semalam aku cerita pasal TRANSFORMASI, dah pagi ni dapat surat kena pergi Kursus Transformasi pulak. Hahaa... Tapi transformasi ni bukan transformasi yang berisi tapi rohani yg akan di'transform'kan. Tak tahu sama ada nak geleng kepala atau angguk kepala. Tapi aku seronok fasal 1 hingga 4 November aku pergi kursus dan 5 November cuti Deepavali pulak. Tak naik pejabatlah aku seminggu. Huhuhu...


Kursus ni juga terkenal dengan kursus 'kapan'. Ada tentatif memerlukan semua peserta akan dikapankan. Takut ke? Entah, yang pasti kita semua akan ke liang lahad juga satu hari nanti. Sekali sekala rohani kita kena hantar 'maintanance' jugak.

Best Regard,
Posted by: http://smilemyfta.blogspot.com

Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

Lurah Tudung Berapi..

Sangat marah bila tengok perempuan-perempuan yang pakai tudung tapi nampak lurah punggung bila membongkok. Jangan pulak kata aku skodeng minah-minah tu tapi ianya tanpa disengajakan. Aku dengan kawan aku pusing-pusing di sebuah pusat beli belah, tiba-tiba seorang awek ni boleh nak ikat tali kasut dia yang terbuka kat depan eskelator. Pakai tudung, tapi baju astaga ketat dan pendek nauzubillah. Dengan percuma dia belanja dosa mata aku tengok benda alah macam tu. Aduh. Aku ni taklah jahat sangat, tapi dah nama lelaki mesti terpana sekejap walaupun cuba menghalangnya. :p Tapi yang paling aku segan belakangnya bangsa lain yang sama perasan apa yang aku nampak. Tak payah la aku cerita apa benda lain yang aku nampak tapi ia sangat memalukan. Bukan untuk mengaibkan tapi lihatlah dari sudut positif. Tutuplah aurat dengan panduan yang telah ditetapkan oleh syarak.

Sekarang kita cerita pasal wanita yang bertudung kerana fesyen dan tidak memakai tudung dengan cara yang sepatutnya. Wahai kakak-kakak, makcik-makcik dan adik-adik sekalian... Macam lupa pulak yang tudung tu fungsinya untuk menutup aurat tapi dah baik tutup atas bahagian lain pulak yang terdedah. Aku bukanlah anti kepada orang yang tidak bertudung. Sebab itu hak masing-masing (walaupun ianya WAJIB bagi orang Islam). Tapi bila tiba masanya tergerak hati nak bertudung, bertudunglah dengan cara yang betul. Tak salah nak berfesyen tapi jangan sampai melanggar apa yang sepatutnya dilakukan.
.

Mak aku pernah cakap, nak buat sesuatu niat kena pasang dengan betul. Kalau niat lain, lainlah jadinya. So apa niat anda untuk pakai tudung sebenarnya? Nak tutup aurat atau berfesyen? Sendiri Mau Ingatla kan. Baik tak payah pakai tudung.

Artis dijadikan sebagai ikon. Sekarang ni memaglah semakin ramai artis yang  bertudung tapi berapa ramai yang menutup dengan cara yang betul? Mungkin alasannya baru permulaan. Jika itu alasannya, aku tak boleh cakap apalah. Tapi pada aku, biarlah nak menutup dengan keseluruhannya bukan nampak leher atau baju yang jarang. Bila ditegur kita yang kena marah, alasannya kubur masing-masing.. Hello kawan, umat islam ni bersaudara, sudah jadi tanggungjawab aku tegur saudara aku. Kubur anda juga akan ditalkinkan oleh saudara kamu juga. Jadi sama-sama ingat mengigati.


~ Didikan agama sangat penting. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu melabuhkan pakaiannya di dunia ini dengan istiqamah. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.


Best Regard,
 
Posted by: http://smilemyfta.blogspot.com

Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

Musuh Lawannya Sahabat..

Salam Jumaat. Hari ini hari untuk aku bentangkan tazkirah.
Sahabat Yang Baik. Aku mencintai sahabat-sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku. Sahabat yang baik adalah yang sering sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup ataupun setelah aku mati. Aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tak luntur baik dalam keadaan suka ataupun duka. Jika itu aku perolehi, aku berjanji akan selalu setia padanya. Kuhulurkan tangan kepada sahabat-sahabatku untuk berkenalan, kerana aku akan merasa senang. Semakin banyak aku perolehi sahabat, aku semakin percaya diri.

Belum pernah lagi ku temui di dunia ini seorang sahabat yang setia dalam duka. Padahal hidupku sentiasa berputar-putar antara suka dan duka. Kalau suka melanda, aku sering bertanya…. Siapakah yang sudi menjadi sahabatku? Dikala aku senang, sudah biasa ramai orang yang akan iri hati, namun bila giliran aku susah mereka pun bertepuk tangan.

Aku dapat bergaul secara bebas dengan orang lain ketika nasibku sedang baik. Namun, ketika musibah menimpaku, kudapat rasakan mereka tidak ubah seperti roda zaman yang tidak mahu bersahabat dengan keadaan. Jika aku menjauhkan diri dari mereka, mereka mencemuhkan dan jika aku sakit, tak seorang pun yang menjengukku. Jika hidupku perolehi kebahagiaan, ramai orang iri hati, jika hidupku berselimut derita mereka bersorak sorai.

Bila aku tidak bertemu sahabat-sahabat yang takwa, lebih baik aku hidup menyendiri daripada aku harus bergaul dengan orang-orang jahat. Duduk sendirian untuk beribadah dengan tenang adalah lebih menyenangkanku daripada bersahabat dengan kawan yang mesti ku waspada.

Sukarnya Sahabat Sejati
. Tenanglah engkau dalam menghadapi perjalanan zaman ini. Cucilah kedua tanganmu dari zaman tersebut dan dari manusianya. Peliharalah cintamu terhadap mereka. Maka kelak kamu akan memperolehi kebaikannya. Sepanjang usiaku yang semakin meningkat, belum pernah aku menemui sahabat yang sejati di dunia ini. Kutinggalkan orang-orang bodoh kerana banyak kejelekannya dan ku janji orang-orang mulia kerana kebaikannya sedikit.

Sahabat Sejati Di Waktu Susah. Kawan yang tak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan. Tidak ada yang abadi, dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah. Sepanjang hidupku aku berjuang keras mencari sahabat sejati sehinggalah pencarianku melenakanku. Ku kunjungi seribu tempat, namun tak satu tempat pun yang penduduknya berhati manusia.

Dalam diri manusia itu ada dua macam potensi tipuan dan rayuan. Dua hal itu seperti duri jika dipegang dan ibarat bunga jika dipandang. Apabila engkau memerlukan pertolongan mereka, bersikaplah bagai api yang dapat membakar duri-duri itu.

Barangsiapa menghormati orang lain, tentulah ia akan dihormati. Begitu juga barangsiapa menghina orang lain, tentulah ia akan dihina. Barangsiapa berbuat baik kepada orang lain, baginya satu pahala. Begitu juga barangsiapa berbuat jahat kepada orang lain, baginya seksa yang dahsyat. Ketika aku menjadi pemaaf dan tak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas dari bara permusuhan. Ketika musuhku lewat di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya. Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku dari kejahatan. Aku tampakkan keramahanku, kesopananku dan rasa persahabatanku kepada orang-orang yang kubenci, sebagaimana ku tampakkan hal itu kepada orang-orang yang kucintai.

Manusia adalah penyakit dan penyakit itu akan muncul bila kita mendekati mereka. Padahal menjauhi manusia bererti memutuskan persahabatan. Apabila engkau menginginkan kemuliaan orang-orang yang mulia, maka dekatilah orang yang sedang membangun rumah untuk Allah. Hanya orang yang berjiwa mulia yang dapat menjaga nama baik dirinya dan selalu menghormati tamunya, baik ketika hidup mahupun setelah mati. Jika seseorang tak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa, maka tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya. Ramai orang lain yang dapat menjadi penggantinya.

Berpisah dengannya bererti istirehat. Dalam hati masih ada kesabaran buat sang kekasih, meskipun memerlukan daya usaha yang keras. Tak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadangkala dibalas dengan sikap tak sopan. Jika cinta suci tak datang dari tabiatnya, maka tak ada gunanya cinta yang dibuat-buat. Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai. Dia akan memungkiri jalinan cinta yang telah terbentuk dan akan menampakkan hal-hal yang kelmarin menjadi rahsia.

Selamat tinggal dunia jika tasnya tidak lagi ada sahabat yang jujur dan menepati janji.

Best Regard,
Posted by: http://smilemyfta.blogspot.com

Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

Apa Nak Jadi..

 Assalammualaikum...
Kali ni, kawan hanya nak share apa yang kawan dapat dari kotak email yang dihantar oleh teman kawan.
 Berkenaan seorang wanita yang tak boleh ditegur... Sama ada minah ni Melayu ke, Islam ke, itu kawan tak berapa pasti. Tapi mengikut info yang tertulis kat FBnya kemungkinannya betul la kot. Tertera jadi ahli puteri lagi. Kawan bukan nak menghentam pada si Pulana ni, tapi sebagai wanita Melayu dan yang penting berstatus ISLAM, jagalah akhlak dan tingkah laku. Jika tak mahu membuat perkara yang telah diwajibkan dan diperintahkan, sekurang-kurangnya hormatlah pada ajaran agama yang dianuti bukan memperlekehkannya. Subhanallah..

 Botol apa yang dipegang tu ye? Anggap saja lah botol cuka.. Kelihatan sungguh BANGGA beliau bergambar dengan Air Kencing Syaitan...


Best Regard,
 
Posted by: http://smilemyfta.blogspot.com

Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

Malam Satu Persahabatan..

Dari awal tahun 2010 lagi aku dah dapat jemputan untuk ke malam perjumpaan semula teman-teman sekolah menengahku dulu. Tapi malangnya, aku tak berkesempatan untuk datang disebabkan banyak hal yang lebih penting perlu aku utamakan. Maaf kawan-kawan. Motif entry aku kali ni bukan berkenaan agenda untuk malam reunion keseluruhannya tetapi lagak tetamu yang hadir pada malam tersebut yang ingin aku rangkumkan sesingkat yang mungkin.
Hitam putih menjadi warna pilihan tema malam reunion Malam Satu Persahabatan yang baru saja diadakan akhir bulan Mei yang lepas. Sekali fikir memang seronok dapat berjumpa teman-teman lama yang setelah sekian lama tak berjumpa. Mananya yang kaki gaduh, kaki ponteng, kaki belendir, kaki melawan, kaki skodeng, kaki bola, kaki jiwang, kaki bangku, kaki kipas, kaki cengeng, kaki belit dan tak lupa juga kaki tangan mereka-mereka yang bijak pandai cerdik dan pintar. Semuanya dah berubah. Ada yang dulu rendah dah jadi tinggi, yang kurus jadi berisi, yang pendiam jadi kecoh, yang serabai jadi kemas, yang jelek jadi perhatian, yang lelaki jadi perempuan dan tak lupa juga yang bertudung dah jadi sarung nangka.
Dua tiga hari lepas majlis itu berlangsung aku terbuka 'Mukabuku', tetiba aku terpandang album gambar teman-teman yang menghadiri malam reunion tu. SubhanAllah... Mengucap panjang aku derr. Kadang-kadang bila fikir balik, bagus juga Allah berikan aku alasan tak datang turut serta dalam majlis tersebut. Terkejut beruk aku, majoriti yang datang pesta bagai dipagi hari. Dressing up habis semua dah macam artis. Berlumba-lumba nak lawan Rozita Che Wan siapa skirt paling singkat. Majoriti pakaian perempuannya terlalu pendek pada mata aku la. Mata orang lain aku tak tahu. Yang memakai tudung pun boleh dihitung dgn jari. Ada yang pakai pun macam tak pakai tudung. Ya Allah.. Terpinga-pinga juga aku, apa objektif majlis ni? Sekadar nak peragakan baju sarung nagka tu je ke? Adusss....
Aku tahu Johor Bahru ni boleh dikatakan bandar yang pesat membangun juga, tapi budaya tu jangan la ikut orang barat. Orang Yahudi tengok anak Melayu Islam peragai gaya ni, gelak guling-guling depa. Jagalah maruah, aku sebagai lelaki pun tengok malu. Aku lagi suka tengok sarung nangka kat pokok, sekurang-kurangnya dah matang boleh masak lemak.. slurrpppp.. 
Yang peliknya, semua budak lelaki pakai terlebih menutup aurat siap pakai kot berlapis-lapis lagi. Tapi kenapa yang perempuan majoriti tak cukup kain?
Yang makhluk 'jadian' pun satu hal. Terikut-ikut dengan lagak pengacara Dee.. Adoyaii.. Tak malu ke berpakaian serupa jantina lain. Mungkin anda semua tak malu tapi bagi orang yang buta gaya hidup 'sosial'  dan kuno dengan gaya hidup orang 'bandar' seperti budak kampung macam aku ni iannya sungguh MEMALUKAN... SO EMBARRASSING...
Ini sebagai peringatan untuk aku juga. Aku tak sempurna, jadi sama-sama beringat.. Dari dulu orang dok asik kata dunia nak kiamat, tapi kita tak tahu lama lagi ke atau sebaliknya entah esok lusa.. Hanya Allah SWT saja yang tahu detiknyanya. Allahualam..
  Bukan untuk mengaibkan kawan-kawan, tapi sebagai nasihat supaya berwaspadalah pabila nak menggayakan pakaian dikhalayak ramai. Jangan lupa atas IC terang-terang tulis ISLAM, BIN & BINTI..


Best Regard,
 
Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK