Showing posts with label Johor FC. Show all posts
Showing posts with label Johor FC. Show all posts

Saturday, June 16, 2012

Statistik : Liga Super Perak vs Johor FC


statistik penuh perlawanan


maklumat terperinci perlawanan


Sekarang aku faham 1001 sebab mengapa ramai yang mengagumi liga luar berbanding liga tempatan. Ini sahaja yang termampu, ini sahaja standard permainan bola sepak di Malaysia. Moga pemergian Nazmi Faiz ke Portugal mampu memberi impak yang lebih positif kepada sukan bola sepak Malaysia suatu hari nanti.

Kadang-kadang aku terfikir, apakah kriteria-kriteria yang diperlukan untuk perlawanan yang bersiaran secara langsung? Sedangkan masih ada perlawanan yang lebih menarik untuk ditonton turut berlangsung. Dengan pengurangan pasukan dalam Liga Super musim hadapan, mampukah liga tempatan menarik minat penyokong untuk terus menonton?


Friday, May 25, 2012

Liga Super : 3 pasukan pilihan anda temani Kuala Lumpur

Saingan Liga Super menganjak ke lepas separuh musim. Banyak yang boleh aku coretkan sepanjang perjalanan liga ini berlangsung. Tapi untuk kali ni aku lebih senang untuk berbicara tentang Relegation Battle Zone. Sebelum hanya ada satu perlawanan pada 26/05/2012, inilah kedudukan semasa liga :

Liga Super dijadualkan bersambung kembali pada 15/06/2012

Seramai 6 pasukan yang dikenal pasti tergolong dalam Relegation Battle Zone ini iaitu Sarawak, PKNS, Felda United, Sabah, Kedah dan Johor FC. Manakala, bagi pasukan peberet Abam Berto, selamat datang ke Liga Perdana diucapkan in advance!

sila klik untuk paparan lebih jelas


SARAWAK

Maximun point - 24, Predict point - 11

Bermain 18 perlawanan dengan 23 mata, 4 mata dari Relegation Zone. Tidak boleh dianggap selamat. Bakal menentang pasukan peberet seperti Selangor, Negeri Sembilan dan Kelantan, menjanjikan satu perjalanan yang berliku buat Sarawak andai mahu kekal di Liga Super musim depan. Jika tidak, mungkin rentong stadium dibakar setelah FRU dipukul tempoh hari.

PKNS

Maximum point - 27, Predict point - 7

Pendatang baru Liga Super dengan tittle Juara Liga Perdana 2011 dilihat kurang memberi impak. Boleh dilabel sebagai pasukan pengacau di mana acap kali melakukan upset. 8 kali seri cukup membuktikan mereka ke Liga Super kali ini hanya untuk menjadi pakar seri. Berbaki 9 perlawanan, sila kembali ke Liga Perdana musim depan andai gagal menerbitkan upset kemenangan.

FELDA UNITED

Maximum point - 24, Predict point- 7

Pasukan yang boleh dikatakan cemerlang bermain di laman ‘tumpangan’ sendiri tapi terkulai layu bila bermain di tempat lawan. Baki perlawanan yang rata-rata seimbang. Masih berpeluang kekal di Liga Super andai kata ‘bad boys with high temper’ boleh mengawal emosi dan menerajui pasukan mencipta kemenangan.

SABAH

Maximum point - 27, Predict point - 9

Mengekalkan rekod tanpa kemenangan di gelanggang lawan dan badi ini bakal terhapus ketika menentang Kuala Lumpur kelak. Rentetan siri kecederaan Michael Baird dan kurang keberkesanan Brendan Gan, boleh dikategorikan sebagai inverstment yang ‘ok la’. Gunakan kuasa Sumandak anda, pasti kekal di Liga Super!

KEDAH

Maximum point - 27, Predict point - 8

Pasukan peberet Penulis.Sahaja. Politik dalaman masih lagi tidak selesai, sedikit sebanyak membantu menjahanam pasukan ini yang satu ketika dulu gah dengan treble. Mula mencipta kemenangan sekembalinya Wan Jamak dari penggantungan. Prestasi ala yo-yo ini membuatkan Kedah, pasukan yang sukar diramal.

JOHOR FC

Maximum point - 30, Predict point - 11

2 tahun berturut-turut menjadi kelab terbaik sebelum disambar T-Team pada musim lepas. Kelab paling konsisten dalam sejarah bola sepak Malaysia. Berjaya menarik beberapa nama besar ke selatan tanah air. Mampukah Sazali Saidon menggalas tugas yang ditinggalkan K. Devan? Umpama menggalas mimpi mustahil. Beruntung jika masih kekal walau di Liga Perdana, lebih parah jika dipancung terus.

KUALA LUMPUR

Maximum point - 27, Predict point - 1

To be fair, aku kena ulas juga pasukan ni walau tak menjanjikan apa-apa melaenkan kekalahan berturut-turut berselang-selikan seri. Bermasalah dari awal musim dan merupakan calon terbaik relegate tanpa melalui play-off. Tabah la wahai Berto. KL relegate, Spurs tak layak UCL, Bayern kalah final UCL. Kesiannn..

Pasukan Kuala Lumpur pada aku, memang sah-sah la tersingkir. 3 lagi pasukan pilihan aku yang bakal bermain di play-off hujung musim ini ialah PKNS, Kedah dan Johor FC. Ini cuma andaian dan bola itu bulat. Macam-macam boleh jadi, Kuala Lumpur terselamat dari zon penyingkiran misalnya.

Jadi, 3 pasukan manakah yang menjadi pilihan anda untuk temani Kuala Lumpur ke Liga Perdana musim depan?

Monday, February 20, 2012

Cerita Terkini Bola Sepak di Johor.

9.00 MALAM 
19 FEBRUARI 2012 
ISTANA PASIR PELANGI, JOHOR BAHRU 

RINGKASAN MAKLUMBALAS “UNOFFICIAL MEETING” 

Misi dan Visi utama Tunku Mahkota Johor dalam mengembalikan zaman kegemilangan bolasepak Negeri Johor:-
  • Semua unsur-unsur politik dalam persatuan akan dihapuskan bagi memastikan segala perancangan dilaksanakan dengan lancar.
  • Memperbaiki semula struktur organisasi PBNJ.
  • Tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana individu dalam persatuan ini yang terlibat dengan amalan rasuah dan mempunyai kepentingan sendiri.
  • Memperkukuhkan sumber kewangan persatuan.
  • Sumber kewangan dikawal sepenuhnya oleh DYAM Tunku Mahkota Johor bagi memastikan saluran kewangan dapat disalurkan ditempat yang sepatutnya.
  • Mewujudkan Akademi Bolasepak Johor dengan kerjasama Kelab Liga Perdana England (Arsenal/Cardiff City).
  • Pasukan Johor akan mempunyai dua pasukan dalam Liga Malaysia bagi musim depan dan akan kenali sebagai Pasukan Johor dan Pasukan Johor B. Pasukan tersebut diletakan dibawah pentadbiran Persatuan Bolasepak Negeri Johor .
  • Pasukan Johor akan memberi keutamaan kepada pemain yang berasal dari Johor untuk menyertai pasukan tersebut.
  • Pasukan Johor akan mengambil pemain-pemain import yang ternama diperingkat kebangsaan dan antarabangsa untuk  pasukan Johor dan pasukan Johor B.
  • Pasukan Johor meletakan sasaran pencapaian hingga ke tahap memenangi Piala AFC dalam tempoh beberapa tahun.
  • Pemain-pemain Johor dan Johor FC tidak dipinggirkan setelah wujudnya  Pasukan Johor dan Pasukan Johor B.
  • Menyatukan kumpulan penyokong pasukan Johor FA dan penyokong Johor FC dalam satu kelab yang akan dikenali sebagai Kelab Penyokong Johor (Johor Fan Club).
  • Kelab Penyokong Johor akan memberi sokongan kepada kedua-dua pasukan Johor dan Johor B dalam setiap perlawanan.
  • Mewujudkan “Johor FA CafĂ©” khas untuk rakyat Johor berkumpul, menjalankan aktiviti-aktiviti dan sebagai pusat untuk mendapat barangan atau cenderahati pasukan bolasepak Johor.

Wakil-Wakil Kelab Penyokong
  1. Ghazali Samad – Jengking Fan Club
  2. Azmin Eusope – Jengking Fan Club
  3. Mohd Alif Hafiz – Jengking Fan Club
  4. Mohamad Shah – Jengking Fan Club
  5. Daeng Zakaria Daeng Rahman – Jengking Fan Club
  6. Wan Hairul Azhar Wan Husein – Jengking Fan Club
  7. Mohd Roslan Omar – Kelab Penyokong Siber Johor FC
  8. Md Amri Ismail – Kelab Penyokong Siber Johor FC
  9. Abd Halim Abdul Ghani – Kelab Penyokong Siber Johor FC
  10. Mohd Norkhyree Sulaiman – Kelab Penyokong Siber Johor FC
  11. Mohd Aimi Johar – Kelab Penyokong Siber Johor FC
  12. Mohd Hafiz Jaafar – Kelab Penyokong Siber Johor FC
  13.  Mohd Nazly Japar – Kelab Penyokong Siber Johor FC
  14.  Muhamad Amirul  Asraf Mohd Shariff – Boys.Of.Straits (B.O.S)

Wakil – Wakil Pemain
  1. Thamini Shaiban – Pasukan Johor
  2. Mohd Hamzani Omar – Pasukan Johor
  3. Mohd Khairul Ismail – Pasukan Johor FC
  4. Eddy Helmi Abdul Manan – Pasukan Johor FC
sumber : Jengking Fan Club


Pendirian Sokerleaks?

Kami memperjuangkan penubuhan, pengekalan, dan pemuliharaan kelab bola sepak. 

Kami lebih menyokong sebuah kelab bola sepak di-swastakan atau (separuh swasta) dari di-kerajaankan (sepenuhnya) dalam menambah nilai kelab bola sepak. 

Kami lebih komited untuk merakyatkan bola sepak, bukannya mengistanakan bola sepak.

Kami kekal bersungguh mahu mendedahkan anasir rasuah dan politik dalam bola sepak di Malaysia.


Maka, apakah ini tahun terakhir buat kelab bola sepak bernama 'Johor FC'? 

Dah macam drama korea pulak aku tengok.....