Powered By Blogger
Showing posts with label korea. Show all posts
Showing posts with label korea. Show all posts

Tuesday, 13 August 2013

korea day 7 & 8 - 63 building, MBC, Incheon Airport.

Malam tadi kami semua dah siap packing semua barang masuk bagasi. kerana hari kami akan check out dari Dalkom Guesthouse dan akan bermalam di Incheon airport.Ini kerana flight kami balik ke KL ada lah pada pukul 9.20am hari esoknya , jadi untuk mengelakkan tertinggal flight, kami memilih untuk tido saja di airport incheon untuk satu malam..lagi pun free jee..hahha.
Bagasi balik dah bertambah berat, makanan yang kami bawa ada banyakkkk sangat lebih,walaupun setelah kak As buat cucur ikan bilis adabi sebagai breakfast pagi ni, tapi masih banyak jugak stok yang tinggal..
Jadi untuk tidak mengazab kan lagi bagasi kami,  kami sedekah kan semua makanan kami pada Hanif (TG kami ke ski resort hari tu), masa haniff ambil stok makanan tu di GH dia sangat terkejut..katanya stok makanan yg kami bawa ni bukan untuk 8 hari tapi untuk 3 bulan.Dia tak boleh bawa balik naik train,  terpaksa sewa teksi katanya.....wakakakka

sebahagian stok , ada lagi 2 beg 
Kami letak bagasi kami di reception area..tempat tu dah lah kecik je..ditambah dgn beg2 kami berlapan, bertambah sempit tempat tu..dah lah kitaorang minta tumpang sampai pukul 6pm, sebab pagi ni kami nak ke 63building dan MBC di Yeouido. tempat ni terletak dekat je dgn Hangang River. Kalau datang malam2 boleh naik cruise hangang river, walaupun ada dalam itinenary untuk bercruise di sini, tapi kami terpaksa skip, kiranya 80% saja yang kami berjaya capai dlm trip kali ni, ini disebab kan cuaca yg teramat2 sejuk membataskan pergerakan kami semua..nak ke KBS pun dah tak larat..pasrah je la..heheh
Setelah siap susun bagasi, kami terus menuju ke subway untuk ke Yeouido.



on d way ke MBC jumpa bunga kobis


Tempat pertama yang kami tuju adalah MBC. Tiada apa yang menarik perhatian disini, memandangkan kami tak dibenarkan masuk ke dalam ni..jadi kami hanya berfoto2 diluar MBC ni saja..
Lepas tu kami ke 63 building. Bangunan ni terletak berdekatan dengan MBC tadi...lagipun bangunan ni warna keemasan , senang sangat nak cari....
63building 
Untuk info korang 63 building ni ada lah salah satu bangunan pencakar langit yang tertinggi di Seoul, dan juga dikenali sebagai 63city & Golden Tower.Di sini terdapat 4 tarikan utama iaitu 63 sky art, 63 seaworld, 63 wax museum dan 63 Imax Teater. Tapi kami cuma masuk Sky Art, Seaworld dan Wax Museum saja. Nak ,masuk ketiga2 tempat ni kitaorang ambil pakej harga 32k won sorang.okehlaa.. sila layan gambar...












Setelah puas bergambar kami terus menuju ke subway, masa ni kami naik bas untuk ke subway..naik bus tu Free je, lagipun masing2 macam dah takde tenaga, masing2  dah mula sakit2 kaki..dah nak balik baru terasa sakit semuanya kann....hhehhehe.Sampai di subway kami ambil train ke Dongdaemun untuk makan ikan bakar lagi sekali , (baru2 ni aku baca forum, rupanya ramai forumer cakap kat kedai-kedai yang jual  ikan bakar ni ada serve vavi (pork) ..laaa iyoo ko..., masa kitaorg g sana takde  pulak nampak binatang ni diorang bakar , yg aku nampak semua ikan,,Wallahhualam, kiranya korang rasa was2 sila skip tempat ni yer...)
Setelah mengisi perut sampai kenyang dan dapat lah lelap mata dalam 10minit, kami pun keluar lah cuci2 mata di sekitar Dongdaemun, G, Kak as, dan Sal terus balik ke GH. Sementara aku, mun, zaty, linda dan nani terus ke Good Morning Mall untuk shopping dan cuci mata buat kali terakhir..ehhe.
Jam dah pukul 5pm, kami pun ambil taxi balik ke GH.

good morning mall again...beli sweater ni ..
Sampai kat Dalkom Guesthouse, yang lain2 dah siap, sempat lah kami minum2 dan cuci2 muka, klu korang dok GH ni , walaupun dah check out, tapi korang masih boleh guna kemudahan seperti bilik air dan dapur diorang yang kat reception tu ye,...nak solat ke, nak  mandi pun boleh,,tapi kitaorang tak lah mandi..lagipun malas nak keluar kan barang2 dalam beg...



Tepat pukul 6, kami pun keluar menuju ke station bus untuk ke Incheon airport.Walaupun dekat je station bus tu dalam 7minit berjalan kaki je, tapi sbb menyeret beg 25KG, bagpack kat belakang 7KG,dgn tangan kiri kanan penuh dgn plastik beg, agak semput gak lah masing2..
15minit kemudian, bus 6015 pun datang,..hanya kami saja penumpang bus malam tu. T money yg aku beli 30K masa 1st day tu, cukup-cukup bayar  tambang bus 10K untuk ke Airport, dan hanya berbaki 1.5K won saja..
dlm bus on d way ke airport ..
Sampai di Incheon airport pukul 8++pm. Kami pun carik lah port untuk tido..okey gak lah airport ni, tak lah bising dan selesa sangat ,ada kedai 24jam juga kat dalam ni, aku cuma beli air susu pisang untuk alas perut dan makan strawberi yg di beli di yeouido petang tadi..
Walaupun cuaca sejuk kat luar, tapi kat dalam airport ni tak lah sejuk , okey je..dapat lah masing2 tido dgn lena.
incheon airport
port tido baik punya
Dalam pukul 5.00pagi kami pun bangun, setelah selesai urusan peribadi, aku ke kedai 24hours beli nescafe panas dan makan dgn biskut tiger yang aku bawa siap2 dari malaysia...
Tepat pukul 9.20am kami  pun berlepas ke KL dan sampai di LCCT dalam pukul 3.30pm..Alhamdulillah Walaupun macam2 perkara terjadi, tapi inilah pengalaman yg berjaya kami tempuhi..cewahhh...bye bye seoul ..ada duit nnt kami dtg lagi tau ihhi..
TammaT...







Wednesday, 31 July 2013

Korea Day 6 - namdaemun, itaewon, hello kitty cafe @ hongdae

Hari ke 6 kami di korea..semuanya masih sihat, tak de yang sakit or demam, syukur..
Walaupun cuaca masih lagi negatif, tapi hari ini body aku macam dah boleh terima suhu negatif ni , dah tak rasa sejuk sampai nak gigil2 atau sejuk sampai ke tulang hitam..rasa macam sejuk2 nyamann gitew...
Pagi ni kami akan namdaemun, kat sini banyak lah jual baju, kasut boots, macam2 lagi lah..tapi tujuan utama kami kesini sebab nak carik brooch, bracelet dll.  aku hanya beli untuk family, manakala zaty, G, dan mun beli untuk berniaga..,cantik2 lah brooch kat sini, harga bermula dari 3K won ke atas..dekat 2 jam kami memilih , menelek kat kedai aunty ni.. selepas tu kami puun merondalah sekitar namdaemun sekejap, window soping jerr..hehhe..
namdaemun 



Tengok jam dah pukul 12.30noon, sebenarnya pagi tadi kami keluar dari GH agak lambat, sbb malam tadi G, Zaty, Mun dan Nani pergi JiJimblang SPA, mereka balik ke GH dalam pukul 1.30am , tu yg pagi ni kita adjust kluar lambat sikit, supaya semua orang dpt energy semula hihi... (tobat mereka tak mau pegi lg ke SPA tu , sbb kat sana semua kena bugil2 - choiiii , wakakaka,,hilang ilmu 40hari kata diorg ).
Memandangkan dah tengahari, kami pun ke itaewon, kat sini ramai lah kita akan jumpa bangsa2 lain ,macam arab, india, indonesia dan malaysia., juga terdapat banyak kedai2 menjual halal food, dan opkos lah harga nya sedikit mahal..kami teruslah ke salah sebuah restoren yang amat femes di kalangan pelancong dari malaysia..iaitu Restoran Muree., kedai ni menjual korean food yang halal dan ada juga menu yg lain.
Aku, Nani, Sal n linda memilih makan nasi beriani ayam, manakala zaty, mun, G n Kak As makan korean food. Harga nasi beriani disini adalah 10K/sepinggan ( nasi, sup, ayam dan hirisan carrot) , dan aku order segelas fresh oren dengan harga 8K..walaupun harga makanan kat kedai ni agak mahal, tapi rasanya sedappppppppppp sangat okeh, berbaloi dgn harganya...klu korang dtg sini kena try makan kat sini tau, ditambah pula dgn yang tukang jaga kedai tu ensemm bermata kehijauan dan coklat hazel ,,bertambah selero makannn..wakakak.


Selepas masing2 kekenyangan , kami pun teruslah mencari satu2nya masjid yang ada kat korea ni , iaitu Masjid Itaewon dekat jer yer antara masjid dgn kedai muree tu..cumanya masjid ni terletak diatas bukit lah, korang kena mendaki sikit..
Semasa menunggu kawan2 yang lain habis menunaikan kewajipan, sempat lah aku berkenalan dgn seorang pelancong dari malaysia, iaitu seorang makcik dgn 2 orang anak lelaki nya yg berumur lebih kurang 20an..meraka datang ke korea untuk jalan2 dan mereka ambil seorang tour guide gadis korea,
 Tiba2 aku perasan yg tangan salah seorang anak lelaki makcik tu berbalut seakan2 patah..makcik tu pun citer lah, yg anak dia main ski kat ski resort manatah (lupo)..pastu terjatuh dan patah tangann..diorang pun terus g klinik dan terpaksalah  membayar RM500 tau,,hanya untuk balut pakai bandage tu jer,,tak de simen2,,,mahal kan, Tehtiba teringat pulak nasib pekerja asing kat negara kita pun kena bayar harga yg mahal jugak kan klu diorang g hospital kat sini..uwa uwa.uwa...





Lepas tu kami pun berjalan lah sekitar itaewon , sempat lah membeli Tshirt HRC Seoul (ciplak) dgn harga 10K/ sehelai, jadi aku pun borong lah Tshirt utk family aku kat sini, walaupun ciplak, tapi kualiti kain2 nya sangat bagus tau ..puashati walaupun tak ori..miahahaha
On d way menuju ke station subway, sempat lah aku membeli kueh ikan inti kacang merah dan kebab.
Bila semua dah siap membeli kami terus menaiki subway ke hongik university di hongdae  untuk ke hello kitty cafe.


Bila sampai je kat area ni mmg ramai betul muda mudi korea, maklumlah tempat ni kan area universiti. Susah juga kami nak jumpa lokasi cafe hello kitty ni , sbb dia tersorok kat celah2 lorong . Kat lorong2 tu pulak banyak nya kedai2..jenuh lah kitaorang berpusing kat situ pun masih tak jumpa gak..akhir mun try rr tanya kat beberapa org korean yg lalu lalang kat situ..kebanyakan mereka pun tak tau...hehehheh..mun tanya lah pulak kat 2 orang pompuan korea ni..diorang tau...mereka pun bawaklah kitaorang ni pegi tempat tu,..
area hongik university
misi mencari hello kitty cafe bermula
mun minta bantuan 
Diorang ni berjalan laju betulll , termasuk lah dgn si mun tadi.....tah macam mana mun dgn korea2 ni pulak hilang dari pandangan kitaorang.. hehhehe..jenuh lah pulak kitaorang nak trace si mun tadi...
G mencari mun hehehhe 
G pun try telefon si mun, rupanya dia dah sampai kat hello kitty cafe tu, dia pun tunjuklah arah kat kitaorang pulak...akhirnya kitaorang pun sampai lah jugak kat cafe tu..layan gambar kat hello kitty cafe,, semuanya pinkkkk + putih... mood gegirl sangat kan...mihmih

sampai sudah...



alolo comey je sayang nak minum...
Setelah minum secawan kopi dan makan kebab yg beli di itaewon tadi, dan bergambar lebih kurang je..kitaorang pun diskas nak g mana lepas tu,, aku, sal, nani nak ke Myeondong, mana kala mun, zaty n linda nak ke insadong dan repeat makan ikan bakar kat dongdaemun, kak as n G balik GH lepastu nak ke dongdaemun join group mun makan ikan bakar..
sampai di Myeondong aku dan sal pun temanlah si nani beli beg di SPAO, dia dah bekenan bagpack tu dari semalam, last2 hari ni dia beli jugak begpek tu dgn harga 99k (Rm300+-), kelass nanii..tapi siyes lawa bekpek tu ...aku n sal pun beli gak bagpack untuk anak2 masing2 tapi dgn harga 10K je (RM30+-) hehehhehe...quality sangat elokk , walaupun anak den main campak je balik sekolah Grrrrrr.

beli bagpack kat sini
minum susu pisang..sangat2 sedap 
lepas membeli barang2 yang lain macam mekap, barang2 Kpop sikit , kami pun balik ke GH.
Sampai je kat subway Chungmuro jumpa pulak dgn Kak As n G di kedai Nature Republic kat dalam tu..diorang cakap tak jadi pegi ikan bakar sebab kedai dah tutup, zaty call diorang bagitau.
Kami pun balik lah sama2 ke GH.sampai di GH, Yoon2 owner GH tanya kawan2 kitaorang ada yang hilang dompet ke sambil tunjuk dompet Mun.
Kitaorang semua terkejut sbb yoon2 cakap ada korean guy telepon dia cakap ada guest dia tertinggal dompet..si yoon2 pun pergi kat sana collect dompet  Mun. baik betul korean guy tu kan...yoonyoon pun bagi kitaorang dompet Mun tu,, mula2 kitaorang nak buat suprise lah kat mun...kunun2 nak main2kan dia, tapi lps bincang2 tak jadi ,,sbb tetiba kitaorang tepikir agaknya macamana lah keadaan si mun masa tu...masuk je bilik G call Mun cakap suruh diorang balik ke GH sebab dompet ada pada kitaorang..

Mun sampai kat bilik mata dah merah sbb nangis,,Kesian dia, sib baik jumpa balik dompet tu, kalau tak esok terpaksa lah kitaorang ke itaewon untuk ke embassy.
Kalau korang nak tau dalam dompet mun tu ada duit won (RM1K+-), passport, dan segala jenis kad bank.dalam tu juga terselit Dalkom GH punya namecard..dgn adanya kad GH ni lah korean ni dapat pulang kan dompet tu semula...dan lagi yang bagusnya budak tu langsung tak ambil apa2 pun barang yang ada dalam dompet tu..baik sungguh lahh syukur korean yg jumpa tu pun baikk sangat..

Satu pesanan  untuk korang... pastikan passport, duit dan barang2 lain letak tempat asing2 , macam passport kalau boleh photocopy dalam 2/3 keping..aku kalau g mana2 mmg bawak salinan passport ni..setiap salinan dalam semua beg aku simpan..nampak aku sangat kiasu  kat situ, tapi klu terjadi mcm citer kat atas,  masa tu baru kelam kabut kan..lagi satu kalau stay kat mana2 hotel ambil lah namecard hotel simpan dalam dompet, masa kat sini kitaorang memang simpan sorang satu namecard GH sbb pikir buat nya salah sorang sesat kita boleh naik teksi balik ke GH , tengok banyak lagi kegunaannya namecard tu kan...

OPPss untuk membaca detik2 cemas Mun kehilangan dompet sila ke blog adik zaty http://amateurtravelholic.blogspot.com/2013/07/sonata-in-seoul-day-6.html

Ok lah abis lah citer hari ke 6 ..babaiii.