"BLOG SOTONG PERTAMA DI DUNIA" ....... "Selamat datang"....."Pusat maklumat yang membincangkan secara konsisten berkaitan sotong serta teknik pancingan sotong"---------“PAPARAN TERBAIK DENGAN MOZILLA......Thanks follower semua"

.

.
Showing posts with label Penyu. Show all posts
Showing posts with label Penyu. Show all posts

31 May 2014

Misi Menyelamat

Salam kunjungan untuk semua pengunjung. Pada kali ini ambe nak berkongsi dengan korang semua mengenai satu spesies yang sedang dilanda kepupusan iaitu penyu. Baru-baru ini, ambe bersama kumpulan hardcore sotong sempat mencandat sotong. Payah juga nak bercerita... takut orang kata kita mengancam spesies penyu pula. Ntah macamana tertangkap seekor penyu... mengikut nelayan tempatan, ia dari spesies penyu lipas. Penyu ni sangat cantik, sihat dan segar bugar. Corak badan penyu ni memang sangat menarik.. yang peliknya, kenapa dalam ramai-ramai tu... dia suka kat ambe sorang je...

Tetamu tidak diundang

Nak dipendekkan cerita, seorang daripada kami memegang penyu tu... tengok kot ada cedera atau sakit. Lepas kami berpuas hati memang penyu tu cukup sihat maka kami tanpa berfikir panjang terus memberi salam perpisahan kepada penyu tu. Penyu itu dilepaskan ke habitatnya semula. Tengok keadaan penyu tu... macam tak sabar-sabar dah nak masuk dalam laut. Sebaik sahaja dilepaskan, tetamu berkenaan berenang dengan sangat cepat ke dasar laut. Dah le tak ucap terima kasih... kipas kakinya sempat memercikkan air laut ke muka ambe.

Kesian dia... nampak macam meminta simpati

Walaupun apapun, ambe seronok tengok penyu tu berenang dan 15 minit kemudian penyu yang sama timbul lagi lebih kurang 8 meter dari bot. mungkin nak ucap terima kasih dan selamat tinggal. Lepas tu... terus hilang dalam laut. Ambe nak nasihatkan kepada semua pencandat dan pemancing... selamatkan lah spesies ini sedaya anda. Jika tidak kita, siapa lagi...? Jaring-jaring yang dipasang di laut banyak meragut nyawa penyu ini. Jika kita tiada rasa tanggungjawab... mungkin suatu hari nanti penyu akan pupus di perairan kita.

Operasi menyelamat serta merta

Harap berjumpa lagi di ruangan maya ini di masa mendatang. Selamat mencandat dan memancing... jaga diri dan utamakan keselamatan ketika beraktiviti. Jumpa lagi-Abe Din
Read more >>

20 June 2011

Selamatkan Penyu.

Salam kepada semua bloggger, kaki-kaki pancing dan pelawat yang sudi datang ke blog sotonglaut. Terima kasih tidak terhingga kepada semua pelawat yang sudi mendaftar sebagai follower dan memberi komen yang membina di sini.

Pada post kali ini, Abe Din akan melanjutkan lagi perbincangan tentang penyu. Beberapa artikel Abe Din sebelum ini ada menceritakan tentang penyu yang secara kebetulan ditemui ketika pergi mencandat sotong di pantai. Dari beberapa artikel yang terdapat di web, timbul sedikit kesedaran  tentang kepentingan menyokong usaha pemuliharaan dan pemeliharaan penyu.


Anak penyu yang baru mengenal dunia.
Comel sungguh....

Di Malaysia, beberapa pusat penetasan dan pemeliharaan penyu telah dibina hasil kerjasama Jabatan Perikanan Malaysia dengan Kerajaan-kerajaan Negeri yang terlibat. Penglibatan IPT tempatan, luar negeri, NGO, pakar-pakar dan orang perseorangan digembeling bersama dalam usaha pemeliharan dan pemuliharaan penyu.

Terdapat beberapa pusat penerangan dan pengurusan berkaitan penyu di bina di Pantai Timur, Semanjung iaitu:
1-Pusat Penyu Dan Ekosistem  Marin, Rantau Abang, Terengganu
2-Pusat Santuari Penyu Ma'Daerah, Kemaman, Terengganu
3-Pusat Pengurusan dan Penerangan Penyu Cherating, Pahang


Fenomena 1

Fenomena 2

Fenomena 3

Cuba perhatikan tragedi yang menimpa penyu-penyu yang tidak berdosa ini. Tidak tersentuhkah hati kita melihat kewujudan fenomena yang disebabkan oleh tangan-tangan manusia ini?. Tidak adakah sedikit ruang untuk penyu sama-sama berkongsi bumi tuhan ini bersama-sama dengan kita?

Walaupun kita tidak terlibat dengan usaha keras menyelamatkan penyu, sekurang-kurangnya kita berperanan untuk menyedarkan manusia tentang pentingnya usaha pemulihan ini. Di Terengganu telah lama wujud Enekmen Penyu 1951 (pindaan 1989) begitu juga dengan undang-undang yang terdapat di negeri-negeri lain. Objektifnya sama iaitu menyelamatkan penyu. Anda boleh menjawab, adakah undang-undang yang digubal ini berkesan?


Kita masih dapat melihat telur-telur penyu dijual di pasar-pasar secara terbuka dan urusniaga ini sebenarnya halal. Kenapa aktiviti ini tidak diharamkan terus? Matikah manusia tanpa telur penyu? Situasi ini kadang kala menunjukkan sikap acuh tidak acuh pihak berwajib di dalam proses pemuliharaan dan pemeliharaan penyu secara bersepadu. 

Alatan-alatan menangkap ikan yang diharamkan juga masih digunakan di perairan kita. Apabila operasi dijalankan seperti yang ditunjukkan di dalam rancangan 999 terbitan TV3, masih terdapat cara-cara menangkap ikan dengan peralatan yang tidak dibenarkan. Kenapa situasi ini boleh berlaku?

Buatlah sesuatu walaupun kecil, sekurang-kurangnya ia memberi harapan kepada generasi penyu pada masa-masa yang akan datang.
Jumpa lagi,
Abe Din

_____________________________________________________________
Makluman : 
Jika sudi, sila copy-paste atau link ke blog anda untuk tujuan menyokong usaha pemeliharaan dan pemuliharaan penyu. Terima kasih.
_____________________________________________________________
Read more >>

18 June 2011

Penyu Lagi..

Salam untuk semua pengunjung.
Dalam trip mencandat sotong yang dijalankan  di Terengganu baru-baru ini, Abe Din sempat melihat penyu bertelur. Jenis penyu ialah penyu agar. Rasa begitu teruja sekali setiap kali dapat melihat penyu bertelur. 

Rupa-rupanya bukan senang penyu hendak berletur. Kadang-kadang penyu naik ke darat dua tiga kali tetapi masih tidak mahu bertelur. Apabila ia mula bertelur, ia tidak akan lari  ke laut sehinggalah habis bertelur. Penyu sangat sensitif dengan cahaya lampu. Penggunaan cahaya lampu putih adalah dilarang kerana ia akan menakutkan penyu yang hendak bertelur.

Ibu penyu agar yang sedang bertelur

Penyu akan mandi pasir selepas bertelur 
kemudian ia akan turun semula ke laut

Pegawai yang bertugas, mengendalikan penyu 
dengan cukup berhati-hati


 Telur penyu akan dikumpul dan 
dipindahkan ke lokasi penetasan

Mungkinkah penyu yang sama akan datang lagi bertelur di lokasi serupa pada tahun-tahun akan datang. Kemungkinan tetap ada, jika penyu berkenaan tidak rasa terancam ketika datang bertelur.  

Usaha pemeliharaan dan pemuliharaan penyu adalah satu usaha murni yang wajar diteruskan. Walaupun begitu masih kedapatan telur-telur penyu yang dijual secara terbuka dan di pasaran gelap. Usaha ini perlu dibanteras segera jika kita ingin melihat penyu terus datang bertandang ke perairan kita. Kempen-kempen berkaitan penyu perlu terus dipergiatkan sambil penerangan diberi kepada warga tempatan tentang peri pentingnya usaha  yang sedang dijalankan.

Jumpa lagi
Abe Din

Read more >>

22 May 2011

Trip Mabang 3-2011

Malam ni... rasa macam nak pergi mencandat sotong. Terus sms ajak Mat. Lama juga tunggu tiada balasan. ...mungkin Mat bertugas luar kawasan.

Puas tunggu... akhirnya nekad pergi sorang. Sampai ke lokasi pukul 10.30 malam. Hampir tempat parking... brother jaga penyu bagi signal.. minta tutup lampu kereta.  Katanya penyu naik dalam pukul 9 malam tadi. Belum turun lagi. Waa.. best. Malam ni leh tengok penyu telur. Telefon Samsung baru, ada kamera.. ishh .. tak sambar rasanya tengok penyu telur.

Lama lagi ke? Naik batu dulu cari sotong. Sampai di lokasi, ada seorang mamat sedang gewang sotong. Khabarnya dah dapat seekor sotong jarum dan baru terlepas seekor mabang besar. Ada peluang ni... Abe Din dan mamat tadi terus membaling candat memujuk si sotong agar makan sekali lagi.

Puas candat... sekor pun tak dapat.. letih ada le.. tiba-tiba, nampak brother-brother  jaga penyu sedang kutip telur. Wahhh... dah bertelur le tu.. Apa lagi.. Abe Din letak pancing.. terus pergi tempat penyu telur... letih wooo... 3 minit juga berlari.
  



Sampai di lokasi... nampak sekor "ibu penyu" telah selesai bertelur. Penyu berkenaan terperangkap dalam lubang yang digalinya di tepi tebing. Rasa macam nak angkat ke laut... jangan harap le... berat hampir satu tan. Mengikut kata brother jaga penyu.. penyu berkenaan adalah dari spesies penyu agar.

Telur penyu berkenaan dikumpul di dalam bekas dan dibawa ke pusat penetasan tidak jauh dari kawasan tersebut. Telur penyu akan ditetaskan dan anaknya akan dilepaskan semula ke laut. Mulia sungguh kerja diorang ni... kalau diorang tak ada... memang telur ni kena curi dek penyamun.

Kata brother jaga penyu lagi.. malam ni hanya seekor sahaja yang baru naik.  Mereka ni memang tak tidur. Sekejap-sekejap mereka ronda sepanjang pantai mencari kalau-kalau ada penyu yang mendarat. Ketika mencandat...Abe Din selalu melihat mereka meronda. Bukan semua orang sanggup buat kerja macam ni. Setakat Abe Din mencandat di sini... sudah beberapa jaga bertugas di sini silih berganti. Bagi yang tidak tahan... mesti berhenti kerja.


Selepas bertelur.... penyu akan mandi pasir seketika dan kemudian turun semula ke laut. Penyu sangat sensitif terhadap cahaya lampu. Penyu akan berpatah balik ke laut jika ia terlihat cahaya lampu atau ia rasa terganggu.

Gambar atas : Lubang yang digali oleh penyu
Gambar bawah : Kesan laluan penyu.. macam tayar lori

Papan tanda dipasang di simpang utama ke kawasan pantai bagi memberitahu pengunjung agar memadamkan lampu kenderaan supaya tidak menakutkan penyu yang hendak naik bertelur. Bagi pemancing yang kerap berkunjung ke sini.. sememangnya sudah arif dengan situasi berkenaan. Pungunjung baru perlu peka dan berhati-hati.. tambahan pula memandu dalam gelap sejauh 100 meter dari kawasan parking memang membahayakan. Tetapi kalau dah biasa.. ok je...

Selepas penyu kembali ke laut... Abe Din terus berkemas pulang. Ketika itu seorang lagi pencandat masuk ke batu tambak untuk mencandat. Bulan pula tengah mula mengambang. Rasa macam nak sambung mencandat... bila memikirkan esok kena bangun awal pergi kerja...niat dibatalkan. 

Tarikh trip mabang : 21-22 Mei 2011
Masa : 10.30pm-12.00am
Lokasi : Batu Tambak Kerteh.
Umpan : Klon Yamashita, Couger
Keadaan persekitaran : Bulan agak lewat, air bertahan
Bil pencandat : seorang diri
Hasil tangkapan : -Tiada-
Abe Din keluar dari lokasi mencandat lebih kurang pukul 12. Singgah kedai minum air kejap.. dahaga sangat. Sampai rumah pukul 1.30 pagi. Mandi... dan jeng..jeng.. terus update blog sotong ni.

Lepas siap ni... tido le apa lagi.. Esok nak pergi kerja.
Jumpa lagi.
Abe Din

Read more >>

PELAWAT DIDAHULUKAN RAKAN DIUTAMAKAN

Blogger Pancing