Showing posts with label Muffin. Show all posts
Showing posts with label Muffin. Show all posts

Apr 19, 2010

Chocolate Chips Muffin & Cream Puff lagi

Ni aktiviti semalam yer. Dalam keadaan yang pening2 lalat, s empat la jugak siti buat chocolate chips muffin & cream puff ni.
Muffin & cream puff ni akan siti letak di Restoran Mirdana kat office siti ni untuk dijual. Kalau siti ada kelapangan hari Ahad, siti boleh la buat muffin & cream puff ni. So, kira tak tentu la jualan siti tu. Tengok pada masa & kelapangan yang ada..hehehe.
Kalau ada siapa2 yang nak cuba buat, boleh la belek2 resepi yang siti dah letak sebelum ni yer.

Cream puff

Dah siap letak dalam bekas

Chocolate Chips Muffin

Muffin pun dah letak dalam bekas. Bekas ni siti dapat masa redeem point credit card Maybank.

Apr 5, 2010

Chocolate Chips Muffin

Siti buat muffin ni hari sabtu lepas. Jiran siti order tuk makan-makan. Pastu siti buat gak la lebih tuk anak2. Tambah lagi mak mertua nak datang kan. So, leh la wat jamu diorang sekali.

Bahan:-

1 3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan serbuk koko
1 cawan gula kastor
1 sk baking powder
1 sk soda bikarbonat
1/2 sk garam
1 cawan fresh milk
1 biji telor - pukul sikit
1/3 cawan minyak
1 sk esen vanila
3/4 cawan choc chips

Cara Membuat:-
Campurkan tepung, gula, serbuk koko, soda bikarbonat, baking powder dan garam. Ayakkan dan ketepikan.
Dalam bekas lain, campurkan susu, telor, esen vanila dan minyak. Kacau rata.
Masukkan campuran tepung tadi. Kacau rata.
Masukkan choc chips.
Sudukan adunan ke dalam muffin cup/paper cups 3/4 penuh dan bakar selama 15 minit/hingga masak. (boleh juga dikukus selama 12 - 15 minit)


Feb 25, 2010

Chocolate Chips Muffin


100 biji muffin siti buat sempena majlis akikah wafi tuk bagi kat tetamu. Dari pukul 3 petang siti start buat sampai la pukul 8 lebih baru siap. Nak mengadun tu sekejap jer tapi nak tunggu siap bakar tu ambik masa sebab oven kat umah mertua siti tu leh buat 9 biji jer sekali bakar.

Resepi muffin ni siti ambik dari dapur Kak Ummie. Resepi asal dari Kak Jum. Bahan2nya memang simple jer & rasanya memang sedap sangat. Siti copy jer resepi dari umah Kak Ummie. Halal yer kak...
Bahan:-

1 3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan serbuk koko
1 cawan gula kastor
1 sk baking powder
1 sk soda bikarbonat
1/2 sk garam
1 cawan fresh milk
1 biji telor - pukul sikit
1/3 cawan minyak
1 sk esen vanila
3/4 cawan choc chips
Cara Membuat:-
Campurkan tepung, gula, serbuk koko, soda bikarbonat, baking powder dan garam. Ayakkan dan ketepikan.
Dalam bekas lain, campurkan susu, telor, esen vanila dan minyak. Kacau rata.
Masukkan campuran tepung tadi. Kacau rata.
Masukkan choc chips.
Sudukan adunan ke dalam muffin cup/paper cups 3/4 penuh dan bakar selama 15 minit/hingga masak. (boleh juga dikukus selama 12 - 15 minit)