Friday, September 10, 2010

ORANG BUKAN ISLAM MASUK MASJID

Ustaz Saiful Bahri Mamat 

 
Kenapa yang Datuk Hisyamuddin marah sangat apabila mengulas tentang isu YB Serdang tu sehingga mengungkitkan tentang beliau berhadas? "Kini, apabila Nie Ching dalam keadaan berhadas besar masuk ke ruang solat di Surau Al-Huda”. Kata Hisyamuddin. Teresa Kok pulak membidas Hisyamuddin dengan katanya : "Hishammuddin patut cermin diri, semak sama ada beliau sendiri bersih sebelum menghukum orang lain.". Hihihi.. adakah Teresa pulak persoalkan tentang mandi junub Hisyamuddin?

Hisyamuddin pun satu hal. Selesaikan masalah dalam kain UMNO Terengganu dulu. Mana dia tahu YB tu datang haid? Sampai begitu sekali dia perati dalam kain orang? Ish2. Kesihan Hisyamuddin. Kenapa mufti tak beri fatwa menyokong puak-puak UMNO ni dalam isu non muslim ke masjid ni?

PUTRAJAYA 30 Ogos - Umat Islam perlu tahu membezakan konteks lawatan ke masjid atau surau berbanding mempergunakan masjid bagi tujuan politik dalam keadaan tidak beradab, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Beliau yang terkilan dengan perkembangan politik di Selangor baru-baru ini, berkata, dalam kejadian itu, mereka yang memberi sumbangan datang daripada latar belakang parti sosialis yang selama ini semua maklum dan sedar tujuannya mahu membeli “jiwa” umat Islam supaya menyokong perjuangan dan pemerintahan mereka.
"Langkah ini tidak akan menjadi begitu menghiris jiwa orang Melayu jika majlis itu diadakan di pekarangan surau atau masjid berkenaan. "Jika kariah masjid atau surau itu beria-ria sangat hendak terima sumbangan daripada pihak sosialis, kenapa perlu langgar titah sultan. Mereka yang hendak memberi sumbangan tidak perlu pun hadir hingga ke ruang solat untuk berbuat demikian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Beliau mengulas laporan yang dipetik dari laman blog Selangordaily bahawa Ahli Parlimen Selayang, William Leong dibenarkan masuk ke ruang solat Masjid At-Taqwa, Selayang Baru untuk memberi bantuan.

Nampaknya gambar-gambar yang saya posting sebelum ini berkait tentang bukan Islam diseluruh dunia yang mengunjungi masjid mendapat komen yang tidak sedikit. Banyaknya macam penyokong UMNO sakit hati melihat gambar-gambar tersebut. Seolah-olah mereka tidak boleh terima bagaimana orang bukan Islam didekatkan dengan pusat kepada agama Islam. Realiti dan hukum yang bercanggah dengan kenyataan jahil pemimpin mereka. Puak-puak sekular ini memang berpegang kepada memisahkan agama dari kehidupan. Amat janggal kalau agama di sekalikan dengan agama. Sedangkan perjuangan PAS untuk menyatukan keduanya. Antara agama dengan kehidupan, politik, ekonomi, pentadbiran, sosial dan lain-lain. Sabarlah wahai ahli UMNO. Sedikit demi sedikit nanti anda akan faham erti Islam yang syumul. Berdoalah agar mendapat hidayah khususnya sempena bulan Ramadhan
 
YB ADUN daripada BN yang bukan Islam di Sarawak takpe pulak?
Apa beza fahaman UMNO yang nationalis dengan DAP yang sosialis. Kalau nak kata Sosialis itu ideology kafir. Sama sahaja dengan nationalis melayu. Perjuangan kebangsaan berasaskan bangsa melayu yang dipegang lebih 50 tahun oleh UMNO. Nak kata derhaka sultan Selangor kerana PR memerintah Selangor. Ini gambar di masjid Terengganu ni macamana? Derhaka Sultan Terengganu ke?

L-R: WanPeng, LanK, Bab, Shahar, Arbans & Khalil inside the Masjid Terengganu

Kalau nak kata sumbangan kerana kepentingan politik? Apa kurangnya UMNO. Lihat gambar-gambar ni.

dalam masjid.. tutuplah jambul isteri tu MB Johor!
Logo UMNO-BN tak haram ke bawak dalam masjid? Takde kepentingan politik ke YB?
Kalau nak kata kehadiran itu tidak berakhlak? Nie Ching berbuka di kalangan muslimat. Bagaimana pemimpin UMNO ini?
Datuk Azalina di dah le berbuka pose dengan kedudukan tak sekular (memisahkan lelaki dan wanita) tak pakai tudung lagi. Ada adab ke?
 
Apa hal pun. Selain daripada Islam semuanya dianggap sebagai millah yang satu. Ditolak oleh Allah Swt dan Rasulnya. Yang selamat adalah Islam. Masalah apa yang ada dalam niat mereka itu terserahlah kepada Allah Swt. tetapi betapa ramai orang yang kuat menentang Rasulullah Saw zahir dan batinnya tetapi akhirnya ditukarkan hati mereka jinak kepada Islam seperti Umar al-Khattab. Dan kekadang Islam itu berkembang melalui tangan musuh-musuh Allah Swt. Ketika buruknya pandangan terhadap Islam ketika selepas peristiwa tumbangnya WTC di Amerika pada 11 sept tetapi kemasukan kepada agama Islam melonjak kepada 200%. Betapa perancangan musuh memomok seolah Islam mendiskriminasikan wanita tetapi 4/5 yang memeluk Islam adalah wanita.
Mungkin juga UMNO berjaya mengelabui sebahagian mereka yang jahil untuk membenci PR. Dan menarik undi melayu tegar kepada UMNO-BN. Tapi itu makar mereka. Belum tahu makar Allah SWT. KepadaNya lah kita bertawakkal.

Friday, August 27, 2010

CINTA YANG MEMBUNUH




Sedang dalam membelek2 video yang dah siap saya edit, seorang remaja (pelanggan CC) yang duduk di sebelah telah memerhati video tu dari mula hingga akhir. Habis sahaja beliau menghayati video itu, dia terus bersuara...

"dorang ni bukannye terlanjur abie... saje cari!, dapat la"... katranya dalam nada yang agak emosi...
"Asal lak?" Tanya saya...
"Ye la, cube abie tegok... tak yah jauh, dalam fesbuk ni je...dorang amik gambar macam cara, terutama yang dari atas... baju usie-usie (agak terdedah) je... dah tuh, mestila tenampak die punye terbonjol2 je... sape tak geram abie? Katanya menyakinkan saya
"Dah tu... tu ko tegok je dalam fesbuk, bukan dapat pon..." celah saya cuba mendapatkan penjelasan lebih lanjut.
"Alah abie, 'chat' je mintak no pon, pastu kata nak jumpe... bawak round2... pastu gerenti awek2 ni bagi punye abie... konpom dapat punye" katanya seolah berpengalaman.
"Ee eeh ko ni, macam ade pengalaman je!" saya cuba menyerkap jarang.
"Tak la abie... member2 mat rempit tu ramai... macam tu la abie..." jelasnya cuba mengalih dan sayapun tidaklah mahu bersangka buruk padanya.
"Abie piker abie... kalau "TER" tu tak sengaje.. ni tegok pakaian pun dah boleh kasi geram.... Call lak layan baek punya, bawak blakang motor, paham2 je la abie... selalu kena brek! Dah tu ape lagi...., projeklah abie, cari pot baik punya..!" jelasnya sambil ketawa seolah perlakuan seperti ini telah amat biasa bagi remaja-remaja di zaman yang serba maju ini.
Ye Tak Ye jugak kata hati saya... kalau "TER" tu tak sengaja. Sayapun memberi laluan padanya untuk membuka fesbuknya, bila dia buka, 'page awek2' dalam facebook dia..., memang benar kata-katanya.
Saya mula terfikir... terlanjur tu untuk ZINA yang mereka lakukan atau ANAK yang dilahirkan hasil dari perbuatan keji ini?
Saya korek lagi...
"Dahtu, dorang tak takut ke nanti jadi anak? tak nikah lagi?"
"Dorang pandai2 la abie, zaman moden, semua mende boleh blaja... 'lepaskanlah kat luar'..." (maaf saya ikut bahasa dia) dia menerangkan dengan penuh keyakinan.
"Abis yang berterabur kene buang ni?" Tanya saya
"Tu yang tak sempat nak brek abie! tu yang jadi macam tu.."
"Ko jagan terlibat same!" tegas saya
"Tak abie!!!, tegok video tadi pun saya jadi gerun....!" Dia cuba meyakinkan saya.
.............

Wednesday, July 7, 2010

257,000 anak luar nikah membimbangkan


HARAKAHDAILY.NET
Dzulfikar Mashoor   
KUALA LUMPUR, 7 Julai: Sejumlah 257,000 kelahiran tanpa bapa yang didaftar di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) antara tahun 2000 hingga Julai 2009 wajar membimbangkan semua pihak berwajib, kata Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff.
Ini kerana, menurut beliau, sebanyak 30,978 kelahiran yang terdaftar membabitkan bayi beragama Islam.
"Bagi saya, semua pihak perlu bertanggungjawab, kerajaan perlu melaksanakan undang-undang yang lebih ketat, ibu bapa perlu ajar agama pada anak-anak," jelas beliau ketika mengulas pendedahan Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah berhubung perkara itu pada 1 Julai lalu.
Sedangkan, menurut beliau, perangkaan kelahiran tanpa bapa mengikut beberapa agama yang lain adalah 18,085 bayi beragama Hindu; 17,236 (Buddha); dan 3,395 (Kristian).
Melihat pada perangkaan rasmi JPN itu, beliau mencadangkan supaya Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mengambil langkah yang lebih dinamik sebagaimana yang diperkenalkan oleh Islam.
"Tak cukup dengan menyediakan khidmat kaunseling dan apa yang sedia ada selagi kementerian wanita tak laksanakan pendidikan Islam dan kempen-kempen yang dinamik supaya rakyat tinggalkan aktiviti penzinaan ini," tegas beliau yang juga Timbalan Ketua Muslimat PAS Pusat.
Tambahnya, sistem pendidikan yang tidak melahirkan rasa takut kepada Allah menyebabkan mereka yang terbabit tidak gentar dengan undang-undang ciptaan manusia.
"Undang-undang yang ada memang tak menakutkan penzina-penzina ini, kerajaan wajar mengkaji dan jelaskan apakah keindahan dan hikmah di sebalik undang-undang Allah kepada semua rakyat untuk mereka membuat pertimbangan," tambah beliau sambil menyeru kerjaaan melihat inisiatif yang cuba dilaksanakan oleh PAS di Kelantan dan Terengganu sebelum ini.
Dari segi yang lain, beliau turut mengkritik amalan meletakkan mahar atau  'hantaran' yang agak tinggi sehingga menyukarkan pasangan yang mahu hidup secara beragama dengan berkahwin.
Lanjutan itu, beliau mencadangkan kementerian berusaha untuk mengubah budaya itu, selain meneruskan kempen hidup secara sihat yang sedia ada.
Sementara itu, Ketua Wanita Keadilan, Zuraida Kamaruddin pula menyalahkan Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil kerana gagal membentangkan dasar pembangunan wanita yang lebih komprehensif untuk menangani gejala sosial seperti penzinaan ini.
"Sudah lama saya membangkitkan soal dasar wanita di Dewan Rakyat, tetapi menteri ini tidak layan," ujar beliau dalam nada yang kesal.
Akibatnya, insiden seperti gadis-gadis Penan yang dirogol oleh para peneroka balak seperti yang dibangkitkan di Dewan Rakyat sebelum ini terus berpanjangan.
Sehubungan itu, beliau menyifatkan sikap sambil lewa menteri sebagai mengkhianati rakyat serta mengajak kaum wanita memilih kepemimpinan Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kelak.

Friday, June 25, 2010

Fikir-fikirkanLAH...

Awal millenium, pasca kekalahan besar parti pemerintah di dua negeri Pantai Timur selepas ditiup gelombang reformasi, desas desus militan bakal mengamuk timbul. Heboh diperkatakan di seluruh tanah air, dada-dada akhbar terpampang tajuk-tajuk dengan tulisan gemuk hitam. Sekolah Agama Rakyat (SAR) menjadi mangsa tuduhan yang tidak berasas itu.


Tidak sedikit guru-guru dari SAR berpindah khemah mendaftarkan diri ke Kementerian Pelajaran Malaysia. Tidak sedikit juga jumlahnya pelajar yang sedang khusyuk dilentur dan diasuh di bawah teduhan atap zink lusuh yang menjadi atap SAR dipindahkan ke sekolah kementerian oleh ibu bapa yang melatah dengan isu tersebut. Yayasan Islam Kelantan bagaikan lumpuh seketika. Gergasi pendidikan Kelantan, Maahad Muhammadi Lelaki dan Perempuan juga merasai tempias itu. Saya yang masih berada di pondok tahfiz juga tidak terkecuali. Sanak-saudara yang 'nipis akidahnya' mendesak ibu agar memindahkan sahaja saya dari 'pondok militan' ke sekolah kementerian.

Tangkapan ISA dikenakan kepada beberapa individu yang tidak berdosa. Kebanyakan mereka adalah pimpinan mahasiswa dan pelajar lepasan Timur Tengah. Ustaz Nik Adli Nik Abdul Aziz adalah salah seorang mangsanya.

Itu kisah awal Millenium. Kisah selepas parti pemerintah terdesak dengan kekalahan besar di dua negeri. Kisah selepas gelombang reformasi menggegarkan kerusi empuk memanda Perdana Menteri.

Kisah hari ini

Awal 2009, seorang MP Pakatan Rakyat mendedahkan adanya benih-benih idea dan pemikiran Israel dalam pentadbiran negara. Pembuktian dan pembongkaran bermula dengan proses pembelian Jet Sukhoi, krisis helikopter Nuri, kapal selam dan beberapa lawatan pimpinan negara ke Amerika Syarikat serta pertemuan Menteri Pertahanan Malaysia bersama Ehud Barak, pemimpin kerajaan haram Israel pada Jun 2009 di Perancis.

Hasil dari itu, satu gerakan besar-besaran dijalankan untuk membasuh [baca: menutup] tuduhan itu. Kursus-kursus seliaan kerajaan [parti kerajaan] pastinya akan mendoktrinkan pemahaman yang tidak menyenangkan kepada para peserta. Saya teringat sebuah kursus yang saya hadiri di sebuah negeri Pantai Barat. Fasilitator mencucuk jarum kebangsaan dan menayangkan klip-klip video 'kajian' yang membuktikan bahawa beberapa orang figur parti oposisi berkait langsung dengan Yahudi, zionis, Israel serta Amerika.

Saya tak suka dicucuk hidung. Saya lebih suka mengkaji sendiri. Mencucuk hidung saya bermaksud mengajar saya untuk memusuhi anda!

Beberapa bulan kemudian, satu kenyataan yang mengejutkan semua pihak dibuat oleh MP PR tersebut. Malaysia telah melantik Israel melalui proksinya Apco Worldwide melalui Ethos Consulting untuk memberi tunjuk ajar serta nasihat kepada kerajaan tentang perkara-perkara tertentu. Kenyataan itu seakan terbukti benar apabila PM melancarkan slogan One Malaysia yang dikaitkan langsung dengan One Israel tidak lama sebelum itu. Selesai.

Sebulan yang lepas, 29 Mei 2010. Lebih sepuluh rakyat Malaysia ditahan oleh tentera Israel di perairan antarabangsa selepas Kapal Mavi Marmara diserang secara haram lagi zalim oleh tentera Israel. Beberapa hari kemudian, tangkapan kedua dibuat selepas Kapal Rachel Corrie ditahan dengan cara yang sama oleh tentera Israel. Kedua-dua kapal tersebut sedang dalam perjalanan ke Pelabuhan Gaza bagi menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin.

Serangan dan penangkapan itu mendapat kecaman hebat dari seluruh dunia. Malaysia agak malu-malu menyatakan kutukan. Amerika pula mengambil masa lebih 10 jam untuk menyatakan pendirian. Tak seperti negara-negara lain yang lebih awal menyatakan pendirian penentangan terhadap serangan tersebut. Lebih menjanggalkan, kedua-dua kapal yang diserang dan ditawan serta dirampas Israel itu dinaiki sama oleh rakyat Malaysia!

Lebih menghairankan lagi, tidak sampai sebulan selepas serangan Israel ke atas Kapal Mavi Marmara dan Rachel Corrie, Malaysia mengisytiharkan perang ke atas Jemaah Islam dan militan di Malaysia. Beberapa individu penting terlibat dengan tuduhan sembrono termasuk Dr. Asri, Dr. Juanda dan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Saya berkira-kira, apakah tujuannya isu JI dan militan ini dibongkar semula secara besar-besaran? Dua jawapan bermain di kepala. Ia sama ada kerana mendapat nasihat dari Israel melalui Apco mahupun Amerika disebabkan ketegasan sesetengah rakyat Malaysia dalam isu kezaliman Israel ke atas Gaza ataupun sebagai penutup isu-isu besar yang sedang berlegar di minda rakyat Malaysia hari ini. Isu Apco, kerugian Felda, kerugian telaga blok M dan L, enjin jet, kapal selam, rampasan royalti Kelantan, kewangan defisit negara, kezaliman polis serta judi bola dan pelbagai isu-isu lain. Justeru, jangan mudah tenggelam dengan isu JI dan militan.

Namun, persoalan seterusnya timbul, siapa militan...? Siapa pula JI...? Militan dalam Kamus Dewan Bahasa ialah:


- Bersedia untuk berjuang.

- Bersemangat dan jati diri yang tinggi.

- Aktif dalam perjuangan.

Maka, saya juga ingin mengaku sebagai militan kerana saya bersemangat, saya sememangnya sentiasa aktif berjuang di dalam dakwah Islam dan saya mempunyai jati diri yang tinggi. Saya juga ahli Jemaah Islam kerana saya adalah muslim yang tegar dengan syahadah dan aqidah. Saya thabat dengan Islam sebagai deen dan perlembagaan hidup. Apakah saya juga akan ditangkap...?

Namun di sudut lain pula, andai skrip di awal millenium digunapakai pada hari ini, maka sasarannya adalah golongan agama. Sekolah agama, pelajar agama, persatuan agama, guru agama dan institusi agama dan institusi ulama.

Maka, bersiap sedialah wahai golongan yang menjadikan Islam sebagai panduan hidup, anda mungkin termasuk dalam senarai JI atau militan di Kementerian Pertahanan Malaysia.

Para pimpinan dan penggerak Pakatan Rakyat umumnya dan PAS khususnya perlu bersedia. Para pimpinan mahasisawa dan Persatuan Mahasiswa Islam di kampus-kampus juga perlu berhati-hati. NGO-NGO Islam juga harus beringat-ingat. Pelajar-pelajar Timur Tengah juga tidak akan ketinggalan. Mesir, Syria, Jordan, Saudi, Yaman dan yang sewaktu dengannya. Tidak kurang juga kepada rakan-rakan yang berorganisasi [militansi?] dengan cara Islam di negara-negara Eropah. Anda semua mungkin sasaran Israel!!

Anda akan dijadikan penutup tempayan budu yang berulat kerajaan. Menutup isu-isu besar negara dari pandangan rakyat bawahan.



Hasanhusaini,
Darul Muttaqin, Mu'tah, Jordan.
dipetik daripada harakahdaily.net 26/6/2010

siapa pernah makan??

kalu orang jual di kedai berapa ringgit banyak ni. Harga bukan masalah utama tapi apakah khasiat sup gearbox??..Macam-macam  orang kate mende ni banyak khasiat tapi tak tahulah kemujaraban nye. Bukan senang nak dapat ni dan banyak mana gas dihabiskan untuk masak dan dapat sedut sumsung tulang kaki kuba ni..Sekali dua makan mende ni dalam setahun dakpela, kalu tiap-tiap hari tokey gas bankrup dan boleh nyakit sajee..

Tuesday, January 19, 2010

Bila Kementerian Pelajaran potong peruntukan...

"Bila Kementerian Pelajaran telah mengurangkan peruntukan dari RM27 bilion kepada RM25 bilion ia telah memberikan kesan yang tidak sedikit kepada sesi baru persekolahan. Antara yang menerima tempiasnya ialah sekolah-sekolah yang mempunyai asrama terutama Sekolah Berasrama Penuh (SBP).

Jumlah hari penyediaan makanan telah dikurangkan dari 250 hari kepada 200 hari. Akibatnya ada sekolah yang terpaksa mengarahkan murid pulang ke rumah pada cuti hujung minggu dan cuti umum kerana asrama tidak menyediakan makanan.

Semua ini telah menimbulkan kegelisahan di kalangan pelajar yang terlibat, ibu bapa dan pentadbir asrama. Keunikan kehi dupan di asrama tidak dapat dikecapi lagi jika pekara ini berterusan.

Sesungguhnya kehidupan di asrama akan memberikan kelebihan kepada pelajar sekolah berbanding dengan mereka yang tinggal di luar. Biasanya pelajar asrama berpeluang meningkatkan disiplin diri dengan belajar hidup berdikari, bergaul dengan pelajar lain dari pelbagai latar belakang, jadual belajar yang diseliakan dengan rapi dan pelbagai peluang untuk melatih diri menjadi pemimpin. Namun, dengan apa yang berlaku ini kehidupan pelajar asrama akan jadi caca marba.

Kita masih tidak faham dengan cara pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN) ini yang tidak prihatin apa yang patut diutamakan dalam kebajikan rakyat jelata. Tindakan seperti ini memperjudikan nasib pelajar kerana kebanyakan pelajar yang tinggal di asrama adalah pelajar luar bandar dan ada juga pelajar terpilih kerana potensi mereka memberangsangkan.

Bila berlaku fenomena seperti ini, akan berbondonglah para pelajar asrama ini ke stesyen bas pulang ke kampung atau terpaksa meminta belanja tambahan dari ibu bapa untuk membeli makanan di luar jika tidak pulang ke rumah! Bagi pelajar yang ibu bapanya berkemampun memang tidak ada masalah. Bagaimana dengan golongan miskin? Adakah kita redha melihat pelajar makan mee segera tiap hujung minggu?

Malaysia negara kaya. Tetapi wang negara bocor akibat difaraidkan secara haram melalui cara yang tidak wajar untuk pemimpin BN dan kroni-kroni mereka. Bila negara tidak mewah lagi seperti dahulu maka apa yang sepatutnya diutamakan untk kebajikan rakyat jelata terpaksa dipotong! Jelas bahawa slogan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan hanyalah lawak semata-mata. Dalam kes apa yang penulis sebutkan ini, eloklah kita panggil GENERASI MUDA DIJAHANAMKAN!

Friday, January 1, 2010

Kelebihan Surah Al-Mulk

Surah Al Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan, kerana ia menyelamatkan pembaca-pembacanya dari siksa kubur. Sejarah telah membuktikan seperti yang berlaku di zaman Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam. Ibnu Abbas menceritakan:

"Pernah suatu ketika setengah para sahabat berkhemah di atas kubur. Mereka sebenarnya tidak menyangka tempat itu adalah kubur. Setelah beberapa ketika berada di dalam khemah, mereka tiba-tiba terdengar suara orang membaca Surah Al Mulk dari mula hinggalah akhirnya. Suara itu datangnya dari dalam tanah. Tahulah mereka, sebenarnya mereka sedang berkhemah di atas kubur. Kemudian hal itu diadukan kepada Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam lalu baginda bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk adalah surah pelepasan kerana ia menghindar pembacanya dari azab neraka."

Meskipun begitu, Surah Al Mulk juga mempunyai kelebihan-kelebihan yang lain. Di sini penulis bentangkan sebahagian daripadanya sahaja. Diantaranya:

1. Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya yang bermaksud: "Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun unutuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk."

2. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur."

3. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya."

4. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa membaca surah Al Mulk setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur."

5. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai pengganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir.

6. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga."

7. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga."

8. Ulama berkata: "Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam tidak akan beradu melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk."

9. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Al Mulk itu melepaskan pengamal-pengamalnya dari kena azab. Ia akan bersoal jawab pada hari kiamat di hadapan tuhan kerana menuntut kelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab api Neraka."

10. Saiyidina 'Ali berkata: "Barangsiapa mengamalkan surah Al Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf."

11. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Yasin dan surah Al Mulk terkandung di dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Barangsiapa mengamalkannya nescaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk."

12. Saiyidina 'Abdullah bin Abbas berkata: "Barangsiapa membaca surah Al Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah Subhanahu wa Ta'ala di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke pihak kepala, terdengar satu seruan: "Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada surah Al Mulk."
Begitulah keadaanya bila azab itu pergi ke pihak kaki dan perutnya. Kerana semuanya mengandungi surah Al Mulk."

Search This Blog