Showing posts with label Adik-beradik. Show all posts
Showing posts with label Adik-beradik. Show all posts

Wednesday, February 13, 2013

Anak-anak En. Jamal Ber-BBQ


Aku plan cuti Raya Cina ni nak bawak satu family keluar makan kat luar.
Tapi bila aku menyuarakan pendapat aku kat ayah aku dia jawab "Alah nanti balik2 siakap tiga rasa. Baik ayah yang masak lagi sedap"


Baiklah.
Ayah aku ni orang nak belanja makan pon taknak.
Sebab kalau korang yang tak tau, ayah aku ni tukang masak. So kalau anak2 dia teringin nak makan something mesti dia cakap "Alah ayah boleh buat lah"
"Tak payah la makan kat luar. Membazir duit. Tak sedap pon"
Bla bla bla.
Okey fine.


So aku pon tukar ke plan B. Wah wah siap ade plan A plan B kan.
Wakakaka.
Plan B nye adalah Ber-BBQ di tepi rumah sendiri pada Isnin malam.
Isnin petang tu aku bawak mak aku keluar beli barang2 yang takde.
Sebab kat rumah ada ayam dengan daging je.
Daging dorang dah muak.


Aku ingat nak carik udang dengan sotong tapi seekor sotong pon takde kat pasar.
So beli udang sekilo RM24 ayah aku cakap mahal Wakakakaka.
And beli sosej peveret aku yang ada blackpepper dengan cheese kat dalam tu.
Pastu beli cocktail air feveret aku everytime buat BBQ (macam la selalu sangat buat bbq kan. kehkeh)
Beli ape lagi eh?
Oh beli ikan cencaru sekilo RM10 sebab ikan2 kat rumah semua tak sesuai nak buat bbq.


So balik rumah abang aku dah siap perap kan ayam.
Aku dengan mak aku terus prepare yang lain2.


Udang beli sekilo tapi tak bakar semua pon sebab macam banyak sangat.



Ikan cencaru adik aku request sebab kalau takde ikan macam tak best walaupon ikan takde dalam list haku. Tapi sebab aku kan kakak penyayang aku sponsor semua. Hehehe



Ayam yang di perap oleh sang abang sedap gile weh aku tak tau die pakai bahan ape. Bila tanya "Rahsia lah" okey fine. Yang penting nanti2 ko je lah yang jadi tukang perap ayam. Wakakaka.



Anak-anak jantan family aku semua ikot jejak langkah ayah aku pandai memasak.
Anak-anak perempuan je yang manjew sikit bukan tak reti masak cuma belum pakar sahaja.
Ala-ala emaknye lah. Ayah lagi pandai masak dari emak.
Kalau setakat masak biasa2 tu macam asam pedas ke, ayam kicap ke, goreng2 ke no problem punyooooo (Cewah beria nau nak explain)


Abang dengan adik saya single lagi.
Motif? Hehehehe.




Sosej peberet ! Sosej bakar sedap gilerrrrrrrr.




Sang abang yang beria hidupkan api. Ko nampak tempat BBQ tu camne? Alahai sadis betul. Adik aku la aku tanya ada tak kawan2 dia yang ada tempat BBQ dia cakap ada. Sekali last minit takde pulak. Hambek kau. Sang ayah dengan anak-anak jantannya terus bertukang kat belakang. Aku tak kisah la nak jadi ape pon yang penting malam tu aku nak makan BBQ. Hehehehhe.



Sebab ni first time family aku buat BBQ camni.
Tu pon sebab aku yang plan. Kitorang jarang buat2 camni.
Mak aku lagi lah "Eh boleh ke masak ayam bakar camni"
Alahai sang emak ni.


Bila dah start bakar2 mula lah teruja.
Pastu asyik cakap "Bestnya kalau kakak ada kat sini. Kesian menantu aku jauh"
HAHAHHAHAHA!


Kakak aku duduk Perlis sebab laki dia kerja sana.
So memang jarang balik.
Dalam family aku ni aku dengan kakak aku je yang rajin buat2 camni.
Buat kek lah masak tu lah masak ni lah.


Terus mak aku call kakak aku.
Nak video call, kat Sungai Ara tu line 3G pon takde. Hampeh !
Pastu dan2 mak aku cakap dengan kakak aku "Takpe nanti raya kite buat camni lagi. Best gilaaa."
Eh eh bukan mak aku ke yang cakap boleh masak ke bakar ayam macam ni tadi.
Pastu dan2 terus plan suruh akak aku bawak balik ikan banyak2 dari Kuala Perlis bakar kat rumah.
Apa je lah emakku. Huhu.




Sosej tu nampak sangat menggiurkan. Aummmmmmmm. Walaupon hujan sepanjang hari tetap boleh berlansung dengan aman. Terima kasih kepada bapak ku yang berpikiran jauh. Katanya "Kalau nak buat rumah biar beranda besar" Now I know why. Lagi satu ayah aku sayang tingkap dia tanak bagi kene hujan. HAHAHHA!




Aku suruh mak aku buat nasi goreng sikit. Buat ada2 je. Sebab aku rasa kalau makan bakar2 je macam tak best. Kene ade at least nasi goreng baru lengkap. Dan mak aku pon bersetuju dengan pendapat aku.




Disebabkan kat kampung hari2 hujan dari pagi sampai ke pagi esoknya maka coctail aku tanpa ais. Tapi tetap sedap. Cewahhhhhh.




Tau mak aku cakap ape? "Ibu tak tergamak nak makan sosej ni" Apa2 lah yang mak aku pikir ni. Wakakakakakaka.





Ikan cencaru bakar cicah sambal kicap perah limau campur bawang banyak2 pehhhhhhhhhhhh terangkat siallllll. Yang adik aku siap boleh ratah bawang tu macam tu. By the time aku nak makan eh apehal bawang dah tinggal sikit. Padahal memula aku rasa mak aku letak banyak gila. =__=




Dan hero utama sang ayam. Sedap gila !!! (tak habes2) Tak terkata. HAHAHHA! Kitorang request tanak masak-masak sangat. Sebab aku tak suka lah ayam masak sangat. Keras. Tak juicy. Cewahhhh.





Wohooooooooooo. 





Amboi ayah makan tak tengok kiri kanan ok.



Abang aku takde sebab sibuk membakar kat luar. Siot je kitorang tinggalkan dia kat luar. Wakakakaka. Ni bahagian ruang tv rumah aku. Kau nak makan ke bergusti ke tidur ke terbongkang ke sukahati lah. 




Yang kiri tu adik lelaki bawah aku. 22 tahun. Lepas SPM tanak sambung belajar sebab nak kerja. So dia jadik mandor kat ladang sawit. Parent aku okey je sebab paham perangai dia ni. Dia lebih cenderung ke arah macam ladang2, bela lembu, bela kambing etc. Mak aku cakap sebab dia ada dua pusar kat kepala. Orang dua pusar ni mak aku cakap memang cenderung pada bidang2 camni. Tengok lengan dia? Pehhhhhhhh ni kalau compare dengan Akram macam langit dengan bumi. Kahhhhh.



Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.....
Walaupon lengan dia berketak, jangan tak tau nama panggilan dia kat rumah baby.
Wakakakakaka.
Actually takde orang langsung kot panggil dia Yuswan.
Sebab dah terbiasa panggil baby dari kecik.
So sedara mara aku, even kawan2 dia, x-awek dia pon memang panggil dia baby.
Macam geli-geli je kan?
HAHAHHA!


Mak aku cakap ingat kan lepas dia dah takde lagi.
Tu yang panggil baby.
Sekali bukan sorang, dua orang terus bawah baby ni.


Tapi kitorang takde lah panggil Baby sangat.
More to Abi. Ala-ala watak Johan dalam Hantu Kak Limah tu. Abi.
Tak delah euwwwwwww sangat kan.


Yang kanan tu adik bawah baby ni.
Now kat Matrik UIA amik kos dokter gigi.
Dia ni cekeding dan paling tinggi. stended ah kan adik2 kompem lagi tinggi dari abang2.
Cuma aku tak paham apehal Akram lagi pendek dari abang dia.
Bantut kot. Kahhkahh.


Ni kalau kakak aku ada kompem lagi haruk.
Dengan anak2 dia yang aktif tu lagi.
Ahhhhhhhhh lambatnya nak raya :'(



I miss U sister !


okbai.










Tuesday, March 20, 2012

Journey to the centre of the Earth.

                        


Pernah tengok cerita ni kat wayang?
tak pernah tengok dah.


hari tuh masa aku bawak adik aku shopping buku2 sekolah dia, aku ternampak buku ni.
rupanya adik aku belajar cerita ni kat sekolah.
English literature untuk Form 1.
untuk negeri tertentu je lah macam kat buku tu.


cerita ni tak salah aku tahun lepas kot aku tengok.
member aku belanja. 3D lagi.


so budak2 sekolah sekarang kalau rasa taknak baca buku je boleh pergi kedai cari DVD cerita ni.
untung sangat.
takde lah menguap je nak menghabeskan baca English novel tu.



dulu zaman aku tak ingat lah belajar cerita ape.
tapi nak habeskan baca English novel tu punye lah seksa.
nak tak nak kene jugak habeskan baca kalau tak mampus lah kau tak paham.




tapi aku tak sure pulak sama ada novel budak2 sekolah tu sama ke tak dengan muvie yang aku tengok tu.
tidak la pulak gigih aku nak selidik kan.
hahaha !



walaupon cerita ni agak mengarut sebab kat dasar bumi ade hutan belukar segala tapi mungkin banyak moral value lain untuk budak2.
mungkin lah.


okbai.


                                                  

Thursday, July 7, 2011

Pertama kali pergi Sungai Congkak :)

                                          
Dua minggu lepas aku ngan kawan-kawan sekolah aku plan nak pergi naik Broga. sumpah aku cakap aku teringin gila nak naik tapi dari tahun lepas sampai nak abes taun ni aku tak jejak2 lagi kat sana T______T

sampai aku rasa Broga Hill tuh dah naik botak orang naik tapi aku tak smapai lagi. gila sedih dowh.

plannya mula-mula memang nak naik Broga tapi kawan-kawan aku yang lelaki 2 orang cakap tak payah naik. pergi picnic je so okey lah.

actually minggu tuh aku gaduh dengan dak akram. beselah aku kalau seminggu tak gaduh something wrong lah kat aku. kui kui. tapi disebabkan aku nak bawak adik aku dan kawan2 dia so aku meset lah dak akram ajak dia pergi picnic. so that boleh bawak 2 keta. padahal malam before picnic tuh dia keje shift malam tapi tak kira esok pagi wajib ada depan rumah aku. gila queen control eh? kahhhhh !

tiba-tiba esok paginya satu kereta tak jadi pergi. tu yang aku hangin je tuh. bingkai ubi betol dah plan last minit tetiba cancel. bengang tak bengang aku. seb baik dak akram ada. ngahahaha. :P




kitorang decide nak picnic dekat Sungai Congkak. malam before picnic tuh dak akram tanya ada tak goreng2 ayam ke aku cakap takde kitorang goreng mee dengan buat jemput2 je.

kalau korang nak tahu dak akram adalah seorang yang gila ayam. dia sangat senang untuk diberi makan okey. kalau kedai makan tuh ada jual ayam goreng dah syukoorrr lah sebab dia tak makan ikan tak makan sayur. bahagia dalam2 badan cam peparu ke pedal ke hati ayam ke tak makan gak. selalunya kalau dia makan nasi amik lauk ayam goreng pastuh kuah dah. kalau aku hehe tak payah cakap lah semua pon aku balun. keh keh.

so before picnin kita bagi singgah KFC dulu beli satu bucket ayam goreng. disebabkan dak akram baru gaji maka haruslah dia yang belanja. (motif utama bawak dia :P)




yang tengah2 tuh adik aku. sebelah dia tuh dua-dua kawan dia satu mrsm dulu. adik aku baru masuk matrik UIA bulan lepas. so aku bawak lah melawat kl ni ha. asyik duduk johor je.



inilah dia tak cukup satu pinggan KFC satu tuppeware sekali dia balun. penat drive katenyeeee. lepas tuh mandi 5 minit tak tahan sejuk naik tido. takpelah bagi dia qada' tidur. tidur lah kau sana kami seronok2 bermandi-manda. yehuuuuu.

orang lelaki ni memang camni eh kalau pergi jalan2.

cam dak akram ni dah tahu nak pergi picnic bawak lah towel ngan plastik nak letak baju basah. ni sampai2 je terus sengih2 tanya aku eh ada bawak towel tak. mengada-ngada. lepastuh time nak balik cakap dengan aku camni 'ala baju basah nak letak mana?'


amboi2 nasib baik queen control yang comel ni bawak plastik lebih. :P



ni lah kawan aku maisarah. single lagi ade sape2 nak masuk meminang tak? hehehe. dia ni pantang pegang henpon memang gila camera. eh eh aku macam nampak kurus eh. kui kui. oktakkelakar =___=




kan aku dah cakap dia ni memang gila kamera. =____=

dalam pukul 4 kitorang gerak balik. fuh air kat sungai congkak sangat lah sejukkk. tapi aku rasa dekat ulu yam lagi sejuk kot sampai badan berasap-asap. feeling2 kat korea gitewww. kahhh !

balik2 hantar dorang semua balik pastuh aku kuar ngedate dengan dak akram lah pulak 2 orang. lalala.

malam tuh pow dia makan ayam penyet dekat nilai pulak. seronoknyaaa hidup. badan pon makin gumukkk. demmm.

lepas ni nak plan pergi camping pulak.




daripada join BERSIH penat2 baik kita bermandi-manda lagi best kan kan.



ok bai.


                               
                                      

Friday, May 6, 2011

Pelajar lepasan SPM : Antara Matrik, Asasi, dan U mana satu pilihan hati?


tadi aku try check kan adik aku punye result UPU sebab kan orang pung pang pung pang UPU kuar arini kan. so secara tak langsung aku pon tau lah jugak so boring2 tadi aku check la kejap. terkejut aku adik aku dapat asasi UIA. biar betol ko apply UIA ni yun?









adik aku ni Pn. Saerah beria suruh dia jadi doktor. tapi si adik aku ni entah doktor ape dia nak jadi dia pon tak tahu. tapi dia ni agak cemerlang jugak dalam Biology. dia ni kira terbalik lah dengan aku. dulu kat sekolah kan aku minat fizik kan tapi dia ni lebih kepada subjek yang aku benci iaitu biology (skema gila ayat)


aku pernah citer dekat Pn. Saerah yang kawan aku sorang ni kene paksa dengan mak dia amik medic. tetiba Pn. Saerah cakap,


' Ibu pon nak paksa ayun jadik doktor jugak lah. hehe '



so everytime adik aku balik dari asrama Pn. Saerah mesti cakap ' Eh Doktor Aiman dah balik lah '


aku ni dulu naseb baik Pn. Saerah tak kisah aku amik ape. kalau dia nak aku jadik doktor masaakk aku. celah mana nak bagi aku suke biology tuh. memang mintak ampun lah :P



aku bukan ape aku dok dengar orang cakap UIA ni susah la tu lah ni lah. kene amik bahasa arab berduyun-duyun lah. lepas tuh subjek english kene tough jugak. tak kisah lah. tapi yang bahasa Arab tuh yang tak tahan tuh. boleh tahan ke adik aku ni amik Arab. dah la sekolah agama sampai darjah 4 je macam aku. lepas masuk asrama taknak sambung sebab malas :P



dental macam course yang tough la jugak nanti tambah2 dengan subjek2 lain yang takde kaitan lagi lah bertambah-tambah dugaannya kan. well aku ni ramai lah jugak kawan dekat UIA tuh. mendengar cerita dorang ni agak scary lah jugak. kawan aku siap cakap jangan terima lagi. haha !



lagi satu adik aku dapat offer Matrik Johor jugak. so kalau dia nak amik matrik dulu pon takpe. tapi matrik sains fizikal. well boleh tukar kan nanti. bagi aku matrik tuh takdelah susah sangat. yep memang matrik setahun tapi okey je. agaknye sebab dulu aku matrik kedah kot so tak banyak hiburan. boleh la study kan. setakat duduk changlun tuh ape je yang ada =____= so tiap2 minggu aku balik umah kakak aku dekat kuala perlis lagi best.





matrik kedah di hatiku *muntah.




ala matrik setahun je. kalau asasi UIA dua tahun kan? ke setahun jugak? matrik lagi senang. 3 subjek je kot. fizik or biology, then kimia and math. 3 je yang wajib. then adalah tambahan sikit like english, agama and ape tuh yang susun2 pinggan mangkuk tuh. lupa dah. tapi ramai cakap matrik susah sebab setahun tak sempat study kene rush bagai. errr no komen lah.



ari tuh adik aku dapat interview dengan jpa pergi korea tapi tak pergi sebab surat tak sampai. then check online dah terlepas tarikh. nak wat cane takde rezeki kot. huhu.



so ade sape2 yang boleh bagi info pasal asasi UIA ni or pasal dental dekat UIA ni boleh drop comment ye. really2 appreciate. tapi kalau aku taknak UIA ni. eleh ko ingat UIA ni nak ko ke syazwana. haha ! well dulu aku tak bijak sangat so dapat offer matrik kedah je. satu tuh je lah tak payah pening2 nak pilih. ni lah susah jadik pandai ni banyak sangat choice nye. :P





eh tapi kalau adik aku masuk UIA mesti ada chance aku dapat adik ipar orang Arab kan?






ok bai.



Friday, September 10, 2010

Hepy beday baby

Arini 1 syawal=11 sept=beday baby..sape baby???tetttt...

Baby adik laki bawah aku..nape baby??tu kene tanye parent aku la..name betol Mohd. Yuswan Jamal tp drpd kecik dh panggil baby..so melekat sampai besar..hoho..arini beday baby..syok giler an beday 1 syawal (syok ke??)..so malam td dh siap2 kan truffle@beday kek (jimat x payah beli)..ag pon kota tinggi nih xde secret recipe..kek kedai bese x sedap (demand gler)..hoho..

So pagi td raye cm taun2 lepas..bese2 jek..raye kat umah jek..x balik kg..tp sume adik beradik ade..so meriah la jugak kan..bangun pagi mandi pakai baju raya makan..yg laki p semayang raya then dorg balik sesi gambar2..then baru sesi maap2 (paling x suke sebab mesti nanges2)..nampak sgt banyak dosa kan..hoho..

Then sesi memotong kek bermula..


Sedap taw kek tuh (jeles la tuh kan bace)..hihi..suare yg kuat jerit amik2 gambar tu akk aku..

Tu je la 1 syawal aku..bese2 jek..tp dapat kumpul satu family pon dah cukop dah..dengan anak buah aku yg 2 org tuh..memang dh bising la satu umah..hoho...

p/s: len kali la upload pic raya..mls plak nak transfer..

Adios..