-"PUT SOMETHING FUN BETWEEN YOUR LEGS"-
"ANYBODY WHO RIDES A BIKE,IS A FRIEND OF MINE"-GARY FISHER (friend of mine too...: )

Showing posts with label personel. Show all posts
Showing posts with label personel. Show all posts

Friday, December 12, 2014

Selamat Pengantin Baru Erin


6/12 bertolak ke KL awal pagi dgn adik untuk menghadiri majlis perkahwinan anak saudara Erin dgn muhd Zafrul Hadi,majlis dibuat pada sebelah malam...siangnya macam biasa berpeluang tgk game rugby NICC kat padang Bellamy,TUDM KL...perlawanan separuh akhir antara TUDM Blackhawk vs Panther Blowpipe.
keputusan 21-10




Majlis diadakan di Dewan Wisma Perwira ATM bersebelahan dgn Mindef di Jln Semarak...semoga kekal hingga ke jannah...

Monday, December 1, 2014

KeTaman Ular, Sg.Batu Pahat,Perlis


Baru2 ni 29/11/14 berpeluang ke Taman Ular,Sg Batu Pahat,Perlis.Kebetulan pulak cuti sekolah,bawak la anak2 jalan2 sekali..kebetulan lagi ada pameran kucing disitu dari Kelab Kucing Malaysia...punya byk kebetulan...


sebelum tu singgah sat pekena cendoi puluit Hj Jo,hat tepi highway sebelum changlon tu...


 macam2 kucing dok ada...pedigree la,non pedegree la,yg kembang,yg kuncup,semua ada



Saturday, May 26, 2012

hobi lama berputik kembali...

mula-mula dgn hobi ni dulu tahun 1996,kalau tak silap...bersama dengan 2 orang lagi kawan,rosman dan pauzi,masa tu kami dok di labuan.Rosman lebih advance sikit pasai ni, setelah siap di boh sticker dan dicat dia akan boh model aircraft ni dalam cermin(plastik)/frame dan dijualnya...




nak buat keje ni,kena tggu yg kecik tido dulu...kalau tak,model aircraft boleh jadi model lori sampah dibuatnya...

Sunday, May 20, 2012

18hb aku ke gurun,19hb aku ke pdg.kota....

aku dan kawan2 tk melepaskan peluang bila dapat tau ust.azhar nk mai belah-belah utara ni..so aku pegilah dua2 lokasi tempat kejadian iaitu di surau perwaja,gurun dan di Padang Kota Lama,p.pinang.Pertama kali jugak dpt solat jemaah atas padang kota...
 sedang menunggu azan maghrib
 azan sedang dikumandangkan...






 sham kamikaze tgh.tuning gitar dia...
 atas pentas(kopiah putih)ali xpdc sedang menyanyika lagu semangat yg hilang


Sunday, January 29, 2012

lawatan sambil belajar...

pada 25-27/1,aku bawak family p kayel,anak-anak aku tak penah lagi rasanya jejak kaki kat KL ni...aku dok KL ni masa zaman bus mini dok bermaharajarela,dari puchong ke LOT 10,6kupang...kalau naik moto ikut jln, klang lama,masuk lorong moto kat brickfield sampai la kat KL.masa bawak family ni,aku park keta depan hotel terus tak bergerak 2 hari keta tu...semua pergerakkan naik teksi dan LRT

 hotel yg aku dok...GARDEN CITY HOTEL,rm170smlm,mula nak dok semalam je,maklum la dok kat area Masjid India...tambah lagi semalam...hotel ni dok di jln bunus,sebelah dgn Jakel,tak jauh dgn Myden mjd India.


 petrosains aku tak ingat berapa kena,Aquaria rm120(2D,3KK)
 panjat bangunan ni RM88(family package)
 kat low yat ni jangan cerita berapa aku kena,sendiri cari pasai...
 baju cap ayam,rm19..beli bagi kat adik satu,ada orang kirim satu...
terletak di Pertama Complex

 kalut jugak lama tak naik LRT ni...dulu panggil STARLRT,la ni RAPIDKL LRT kalu tak silap...
masa ni dari masjid jamek ke KLCC.sepuluh taun dulu tiap2 minggu turun KL jumpa bini,masa tu dia tgh belajo kt UPM,aku kat butterworth,turun pudu naik LRT,turun kat bdr tasek selatan,tukar naik komuter pulak sampai ke UKM bangi,macam tu lah keja aku tiap-tiap minggu...
ini lah antara hasil lawatan aku kat low yat,SONY Alpha35 DSLR(twin lens)
satu lens 18-55,satu lagi 18-200(rm2290),pencuci lens(lenspen),filter(1pc)lain harga...
FOC tripod dgn beg...orang rumah,samsung galaxy tab RM19++(harga sekali dgn keyboard+casing)

Sunday, January 15, 2012

Teluk Tempoyak

hari ni 15/1,aku bawak famili p kena ikan bakaq kat Teluk Tempoyak,Pulau Pinang.
kami bertolak dari Kepala Batas lepas maghrib.Ini first time bagi anak dan isteri aku...aku pulak baru kali ke2 mai sini...



kami order siakap sekoq dgn nasi 5 pinggan(RM34.70),kepah masak halia sepinggan(RM10),
ayaq temikai satu jug(RM8)...semua total RM52.70(5pax).taste dia,nak kata sedap sangat tu takde rasanya...besa-besa aje,mungkin pasai orang ramai makan kat sini tu yang jadi femes tu...

Wednesday, December 21, 2011

balik kampung....

hari ke2 di kampung,bawak family jalan-jalan kat pangkor...last time aku pegi pangkor 11 tahun dulu,tak banyak yg berubah rasanya,cuma kat pekan pangkor dah berbumbung.





 tambang feri dari lumut rm10 bagi orang dewasa,rm5 bagi kanak-kanak atas 3 tahun,pegi balik.Dari pekan pangkor kami naik van(pink colour)ke pantai teluk nipah,satu family rm15 sehala.Kereta yang park kat lumut rm8 sehari(park kat dalam masjid al adly)


 kalau dari kuale sampai la ke manong fuuhhh penuh dengan durian...kat mana-mana ada durian la ni...

yang ni kat pekan Parit sebelah bus stand,kedai barangan antik.
basikal choper yang tersandaq tu rm400...

Saturday, September 17, 2011

kurussus....

Pada 12-14 sept aku pi kursus asas bomba(ERT),di Balai Bomba dan Penyelamat Perda,BM.
Satu hari dok dalam kelas,hari ke2-3 praktikal...dok dalam kelas ada aircond dari pagi sampai koi 6ptg,paham-paham je lah,dok pulak dekat dgn jurulatih,mata rasa macam nak terkeluaq pun ada...fuuhhh ngantokkk
 dry powder tong biru,akan diselaraskan ke warna merah pulak lepas ni...

 aku sedang memberi isyarat tutup dan kemas kat member yang tengah dok jaga kepala hydrant

 Fireman lift
 ini untuk demonstration....Darling carry
kursus ni memang memenatkan,tapi banyak info/pengalaman yg diperolehi sepanjang 3 hari kursus,makan pun kenyang...TQ pada staf2 di balai bomba Perda