Showing posts with label Beef. Show all posts
Showing posts with label Beef. Show all posts

Wednesday, November 24, 2010

Grilled Lamb and Beef
grilled lamb and beef ni dibuat sbb ada yg tak mkn ayam..

mmg puas la dpt mkn kali ni. lepas mkn, pengsan (tido) kekenyangan selama 3 jam he he he...

Sunday, November 14, 2010

Daging Nasi Kandar

resepi dari chef hanieliza
mmg harum

dan sedapp..
pastu rumah pun bau sebijik mcm kedai nasi kandar :D

Wednesday, August 11, 2010

Daging wif daun kari
resepi simple, sedap makan dgn nasi panas2..ala2 rendang la rasanya.. resepi dr my mom..
sepatutnya lebih pedas, tp kena sesuaikan dgn tekak budak 2 org tu. silap2 taknak makan terus kalu tak suka.. tp yg ni, diorg suka :) legaa...

Tuesday, March 02, 2010

Buku Resepi Chef Hanieliza : Daging Bakar



dapat beli 2 buah buku ni kat kinokuniya

mi, bihun & kuetiau

serta daging

nak cuba resepi daging bakar

tapi serai tak ada lak, pakai apa yg ada je la



tadaa...


sedap makan dengan air asam tomato

Tuesday, February 16, 2010

Grilled beef with corn and peri-peri sauce

fuhh grand je bunyinye.. tp ni la dinner paling sempoi.. malas nak buat black pepper sauce atau pakai sos black pepper lam botol..
mkn je ngan sos hot peri-peri nando's
bole laa.. sekali sekala ajar tekak jgn asyik cari nasik je kan..

Monday, February 08, 2010

Beef Steak

yg ni buat sekali dengan ciken chop, untuk cik abe yg tak baper suka mkn aye (ayam). tapi beef tu dia buat sendiri
posing kot sini plak.. actually resepi ni diolah oleh cik abe sendiri ntah apa benda la yg ditumbuk dan digaul dengan daging sebelum diperap dan dimasak atas gril. (rahsia la kunun)
tapi menurut beliau, resepi berasal dari bondanya dan diejas sesedap rasa (masa try tu ada rasa cengkih, jintan dan lada hitam ni)

tapi bila dimakan mmg konpem le sedapp.. so dpt le makan dua2 sekali ciken chop dan beef ni oo mmg kenyang sekali yumm yumm

Sunday, December 06, 2009

Daging Rebus dan Air Asam Tomato

daging datang jauh dari kampung.. dikirim oleh mek dan ayah untuk anak menantu dan cucu2.. tulang dah buat sup, daging lak rebus mkn dengan air asam tomato mmg sedap giloss.. tiba2 lak teringat nostalgia dulu2 sekolah asrama kat BM :)

Wednesday, August 12, 2009

Nasi tomato






ni nasi tomato, dah lama tingin nak buat. akhirnya dapat makan puas2 hehe..
lauknya ialah daging rendang masak dengan daun kari.. fuhh mmg best. boring le asyik mkn dgn lauk ayam masak merah je kan. dan juga sidekicknya : kerabu timun



sori juga sbb dah lama tak update blog, ada masalah teknikal sikit nak transfer gambo. pastu ada masalah penyakit M sekali hehehehe...

Tuesday, July 28, 2009

Burger Daging

akhir-akhir ni memang byk kerja dan asyik letih aje so masak dan makan yg simple2 je janji perut kenyang.. dan takde mood lak nak update blog. arghh so layan je le tgk burger ni.. mm mmg kenyang gilos dengan sayurnya yang fresh dan crunchy itu.. yummm

Sunday, May 24, 2009

Beef Steak with black pepper sauce
and also mashed potato
resepi dicedok dari tuanpunya resepi di bawah.. tenkiu :)
Black pepper Steak
sumber : hanis@myresipi.com
Bahan-bahan ( 1 orang )
1 keping daging kambing (sy guna daging lembu)
2 ulas bawang putih - ditumbuk
serbuk lada hitam
3 s/b sos cili
2 s/b sos tomato
sedikit kicap
1 biji kentang sederhana besar
1 s/k mentega/marjerin
5 s/b susu segar

Cara-cara
1. peram daging dengan bawang putih dan serbuk lada hitam. paling kurang 30 min.
2. masukkan dlm kuali dan tutup. masak hingga daging lembut. ketepikan daging yang dah siap. lapkan kesan minyak dalam kuali.
3. [untuk sos] masukkan sos cili, sos tomato, sedikit kicap dan serbuk lada hitam dalam kuali tadi. kacau sedikit dan tutup api. (kalau nak cair tambah air pun boleh)
4. [untuk mashed potato] kentang yang dah direbus lembut, dilenyekkan. masak dalam periuk bersama mentega dan susu. (nak lembik lagi tambah susu pun takpe.) tuang sos atas daging dan letakkan mashed potato yang telah siap. sedap dimakan bersama dengan sayur rebus.
SOS BLACK PEPPER
sumber : sudipkayu

Bahan2:
2 sudu besar butter
2 sudu besar tepung gandum
2-3 cawan freshmilk
Segenggam black pepper yg ditumbuk kasar
2 sudu besar sliced mushroom
2 susu besar kicap
Garam secukup rasa
1/4 kiub pati ayam
Cara2:
Cairkan butter dlm saucepan. Bila butter cair masukkan tepung, kacau rata.

Bila dah berbuih2 gitu masukkan freshmilk,black pepper,mushroom & kiub pati ayam.

Kacau sehingga agak pekat. Masukkan kicap dan perisakan dgn garam.

Matikan api selepas menggelegak. Ikut suka la sos tu nak wat pekat mana.