Showing posts with label special day. Show all posts
Showing posts with label special day. Show all posts

Sunday, April 14, 2013

Best Moist Chocolate Cake - Cakar-Cakar Pun, Sedap Amboii..

Assalamualaikum...

Semoga hujung minggu yang hampir berlalu ini dimanfaatkan sebaiknya...masa bersama keluarga memang tak ternilai dengan harga, sibuk melayan karenah mereka kita tidak menyedari masa terbuai cepatnya berlalu, sedar tak sedar esok sudah pun nak kerja bagi yang bekerja.... Tapi bagi suri rumah, hari-hari adalah hari kerja kan.  Bagi orang yang bekerja pun samalah, weekend bukan masa untuk berehat juga, segalanya nak di"cover" bila tiba cuti.  Silap-silap x rehat terus, walaupun selelap cuma...alahaaaii... 

Masa pantas bergerak dalam hidup yang sekejap cuma ini.  Kita tidak berlari meninggalkan masa, masa sentiasa menangkap kita...24 jam yang diberikan sama rata, terpulanglah untuk kita mengisinya dengan amalan/aktiviti yang diharap dapat membantu kita juga...lampiaskan sebanyak mungkin hidup mu dengan perkara-perkara baik yang membawa kita dekat juga denganNya... 

"Ada dua kenikmatan yang membuat kebanyakan manusia tertipu, iaitu nikmat sihat dan waktu lapang" - Hadis Riwayat Bukhari.

"Belum lagi kedua kaki seorang hamba bergerak pada hari kiamat, ditanyalah tentang usianya dihabiskan untuk apa, tentang ilmunya digunakan untuk mengerjakan apa, tentang hartanya diperoleh dari mana dan dibelanjakan untuk apa, tentang badannya digerakkan untuk apa." - Hadis Riwayat Tirdmizi.

Ok lah, akak cuma nak kongsikan kek coklat yang teramat sedap ni yang sempat akak buat sempena hari lahir suami yang sentiasa dekat di mata, dekat di hati...dia insan yang cukup memahami, cukup mengerti, cukup baik hati budi dalam alam berumahtangga selama 25 tahun ini...Syukur ke hadrat Allah SWT. kerana mendampingkan insan istimewa ini dalam hidup akak...  

Buat kalian, janganlah dipandang pada rupanya kek ini...dengan bahan yang tidak mencukupi dan masa yang terbatas, toppingnya tu akak "cakar-cakar rimau" je laaa..hehe, nak ke kedai pun x berbaloi sangat dah rasanya....lalu topping coklat belen filling tu akak tuang dan cakar-cakar aje la atas topping creamcheese yang marbeles tuh.... MasyaAllah...hb makan dan terus menyatakan kesedapan kek nih...alahaiii tersentuh hati akak..alhamdulillah...

Untuk resepi kek coklat ni akak ceduk dari dapur Nina Mirza dan Nina ceduk dari link Sini.... Terima kasih byk Nina kongsikan.  Dan untuk resepi filling creamcheese dan filling coklat tu akak ceduk dari dapur Azlita Masam Manis yang memang teror dalam hiasan dan idea membuat kek2 nih...Kagum sungguh dengan dia.  Konon nak buat kek mcm Ita buat nih...tp sebab filling tu sikit sangat kot akak letak, so bila potong x berapa nak nampak jer petak2 tu....hehehe.. Issshh x kesah sangat laaa, akak ni mmg keras tangan pun...pastu kesabaran makin kurang bila dah berpeluh-peluh kat dapur...hahahaa.  Tp hati baik taaauu... Terima kasih kepada keduanya...Jom semak resepi dulu k...

BEST MOIST CHOCOLATE CAKE
Sumber :  Nina Mirza

Bahan:- (Loyang bulat 8 inci)
  • 2 cawan tepung gandum *
  • 3/4 cawan serbuk koko *
  • 2 sudu teh soda bikarbonat *
  • 1 sudu teh baking powder * (akak ayak bersama bahan bertanda)
  • 2 cawan gula kastor
  • 2 biji telor saiz A
  • 1 cawan buttermilk
  • 1 cawan minyak jagung
  • 1 1/2 sudu teh esen vanila
  • 1 cawan air nescafe mendidih
Cara-Cara:-
  1. Panaskan oven pada suhu 170C terlebih dahulu (untuk pembakaran kek secara perlahan - terpulang juga kepada jenis oven masing-masing, adjust la yea)
  2. Griskan loyang dengan shortening dan alas dengan kertas kalis minyak (baking sheet).
  3. Masukkan kesemua bahan KECUALI air nescafe mendidih ke dalam mangkuk adunan.  Pukul dengan kelajuan sederhana selama lebih kurang 1 minit.
  4. Masukkan air nescafe mendidih tadi, kacau perlahan lagi hingga sebati sahaja.  (Boleh guna whisk je).
  5. Tuangkan ke dalam loyang dan bakar kek selama 1 jam atau masak seeloknya. (Test kek dengan cake tester/lidi/pisau, jika keluar bersih maknanya kek telah masak, jika masih melekat adunan tambahkan masa bakar).
  6. *Cara akak - Bila kek masak, biarkan dalam oven dengan pintu oven sedikit terbuka selama 5 minit, barulah dikeluarkan untuk disejukkan di atas redai.
  7. Bila kek benar2 telah sejuk, bahagikan/potong kek kepada 3 bahagian untuk langkah melapis dengan filling.

CHOCOLATE GANACHE

Sumber:  Azlita Masam Manis

100ml double cream/ whipping cream
250gm coklat gelap dicincang halus
sedikit garam ~ ita tak letak
1 sudu besar golden syrup ~ ita tambah
1 sudu teh paste vanila ~ ita tambah
1 sudu teh gelatin ~ Halal Jel
50 ml air

Taburkan gelatin Halal Jel dalam 50 ml air
Biarkan ia kembang
Kemudian panaskan cara double boiler hingga gelatin larut ~ ketepikan
Double boil cream jangan sampai mendidih, tambah coklat & sedikit garam, kacau rata.
Tambahkan golden syrup
Bila semua sudah cair tambahkan gelatin tadi.
Kacau rata
Letakkan perisa vanila dan kacau sebati
Angkat dan sejukkan
Bila dah sejuk masukkan dalam piping bag dan simpan dalam peti ais hingga ia mengeras sedikit.

Ganache ni kita kena buat 2 adunan. Satu adunan kita letak gelatin dan satu lagi tak perlu. Yang tak perlu kita ketak gelatin tu kita buat setelah kek kita siap kita sapukan dengan cream cheese frosting dan selepas cream cheese mengeras. Itupun jika kita nak sapukan keseluruhan kek dengan ganache, jika nak buat macam ita ni tak perlu lah buat ganache ke 2 tu.

Sekarang kita sediakan pula Cream Cheese Frosting. Sebelum kita buat cream cheese frosting, cheese dan butter tu kita kena keluarkan awal dari peti ais. Biarkan kedua-dua bahan ini berada pada suhu bilik.

CREAM CHEESE FROSTING

125gm Philadelphia cream cheese
60gm mentega
1/2 cawan gula aising
1 sdt vanila ekstrak
1 sudu kecil jus daripada lemon
1 sudu kecil paste lemon ~ ita tambah
sedikit pewarna kuning ~ ita tambah

Pukul cream cheese dan mentega hanya sampai creamy aje, tambahkan gula aising, pewarna dan jus lemon.
Masukkan adunan dalam piping bag dan simpan dalam peti ais hingga ia sedikit mengeras.

Untuk panduan, boleh lihat cara melapis filling di dapur Azlita tu yea...Selamat Mencuba... 


Thursday, October 20, 2011

Super Moist Eggless Chocolate Cake

ASSALAMUALAIKUM....Sepatutnya akak nak masukkan entry lain yang dah lama que tu...tak lepas-lepas nak masuk, alamat jadi baja punya entry la tu nnt... Memandangkan hari ni birthday Aiman dan akak dah letak gambar kek kat entry dia tu, so kena la post entry kek ni dulu eh... Ada lagik tu...kebetulan Abanglong pun ada balik ni, dah start cuti Deepavali lak U dia...rezeki dia jgk laaa... Kek ni xdalah besar sangat kalau buat satu adunan seperti di bawah, kalau family ramai, mmg kena gandakan laaa....baru sonok nak makan...

Akak jugak kurangkan jumlah gula dalam kek ni sebab nak letak topping lagik...of course la topping manis kan... Pastu dengan taburan coklat smarties dan golden chocolate Cadbury yg akak sambar jek kat pasaraya Tunas Manja semalam... Pastu tepek dengan wafer Munchy's tu haaa...rupanya bole laaa...yang penting kek ni mmg sedap...Dah ramai yang mencuba sebenarnya resepi kek Dayangjack ni...mmg senang nak buat, dan marbelesss.. Tqqqq Dayang share resepinya....tp akak duk intai2 kat dapur Azlita sebenarnya smlm... Terima kasih kepada keduanya la yeaaa, x guna telor...jimaaaattt telor kat dapur tuuu..hehhee...Dayang, izinkan akak copy dan share resepi di sini yea...Mintak maaf akak tukar sikit tepung tu...guna superfine flour, lebih halus dan kek jadi lebih sedap...

Untuk chocolate ganachenya akak gunakan resepi Maklang Azie....mudah, jimat dan sedap...hehehe...ceduk dr dapur Azlita gak...tqqqq keduanya ^__^

Kek yang sangat marbelesss....


SUPER MOIST EGGLESS CHOCOLATE CAKE
Resepi: Dayangjack @ Dapurku Sayang
Sumber: Azlita @ Masam Manis

Bahan-bahan : loyang bulat 6"/7"
  • 1 cawan tepung gandum (*akak guna superfine flour)
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1/2 cawan serbuk koko (*akak guna Van Houten)
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 1 1/4 cawan air sejuk (dari peti ais)
  • 1 cawan gula perang (*akak kurangkan sikit)
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco
  • secubit garam
  • 1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung (*akak guna minyak jagung)
  • 1 sudu kecil cuka atau jus lemon (*akak guna jus lemon)
Cara-cara :
  1. Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga.
  2. Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.
  3. Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
  4. Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
  5. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit atau hingga masak.
  6. Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran.
Topping/Chocolate Ganache (Jimat, Mudah Dan Sedap)
Resepi: Maklang Azie
Sumber: Azlita @ Masam Manis

Bahan:- (*untuk kek di atas - akak buat half dr bahan topping dibawah)
  • 1/2 cwn serbuk koko
  • 1 cwn gula
  • 2 1/2 cwn air (saya guna susu cair)
  • 1/2 cwn tpg jagung
  • 2 sudu besar majerin/ butter
Masuk semua bahan ke dalam bekas dan masakkan atas dapur dngan menggunakan api kecil, sentiasa dikacau. Bila nampak telah pekat sikit, tutup api dan sejukkan sebentar. Sapu terus disekeliling kek. Hias ikut kreativiti masing2.

Kek ni baru kuar dr fridge, tu pasai berpeluh2 nmpak coklat tu...satu lg kan, bila menggunakan tepung superfine ni kek jadi lebih sedap dan halus teksturnya...lebih2 lagi kek coklat camni... ^__^

13 Tahun Sudah Menatang Bagai Minyak Yang Penuh ^_^

ASSALAMUALAIKUM....Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...Sempena 13 tahun sudah usia anakku Aiman Hazwan, ku berdoa dengan rendah hati Engkau bukakanlah pintu hati anakku ini ke arah berbuat kebajikan, beramal soleh, berpegang teguh kepada agamaMu dan menuruti segala perintahMu. Engkau peliharalah anakku ini dari segala perkara-perkara buruk dan kecelakaan. Ku mohon padaMu Ya Allah, Engkau ampunilah, berkatilah dan redhakanlah kehidupan kesemua zuriatku jua samada di dunia mahupun di akhirat. Hanya Engkau selayaknya tempat hambaMu ini memohon dan merayu....Kau perkenankanlah segala hajat-hajat kami Ya Allah....amiinn...amiiin..Ya Rabbal 'alamin...


Aiman, anak bongsu mak cayang bucuuukk....belajarlah bersungguh-sungguh, ingatlah segala pesanan, turutilah segala tuntutan agama, bawalah bayangan wajah kami walaupun kemana-mana Aiman pergi dan berada serta apa jua yang Aiman lakukan...semoga Aiman jadi anak yang baik dan cemerlang kehidupan di dunia dan akhirat.....Selamat Hari Lahir anakku, emak dan abah sayang Aiman dan jugak abang kakak yang lain. Tiada dapat dihitung atau ditimbang tara....kasih kami tiada penghujungnya....muaaahhhh!! Hanya kek simple dan mudah ini yang sempat mak buatkan untuk Aiman...Aiman kata nak kek coklat kaann...so balik kerja tadi mak buatkan tuk Aiman dan sempatlah tunggu kek sejuk kejap dan deko ringkas aje....Meh kita amik gambar dulu eh...pagi esok kita makan....eks! ^___^

Harap Aiman suka akan rasa kek ni nnt...esok pagi kita potong, mak suapkan eh..hehe..
Aiman tak kesaaaahhh .... kaaannn ^__^

Monday, October 11, 2010

Salam - Baru Balik Bercuti Daaa..

Salam semua..apa khabar? Bagaimana hujung minggu anda....waaaahh, tanya ala2 DJ kat radio jek eks...mentang2 laaa baru balik bercuti2 akak ni eh...xda laaaa..nak tanya apa lg eks? Ni saja la letak gambar makan2 malam sebelum akak bercuti sempena family day dan mesyuarat kelab di Pulau Tioman wiken baru2 nih...Waaah best oooo...lepak kat Kg. Genting, Pulau Tioman, 3 hari 2 malam...siap dapat makan ketupat pulut Tioman style lagik...memang unik...nanti akak letak story ketupat tu eks! Balik ke Kuantan dah petang sangat hari Ahad tu...pastu tergolek jek keletihan..hehee, mata pun mcm susah jek nak bukak, agaknya duk pedih tengah panas kat sana..muka kita sun-burn uuuu...adeeeiii, nasib x rentungsss tauuuu...Apapun mmg enjoy family day tu..nnt akak letak sikit2 gambar insyAllah, kalaaauuu rajin..hahaha....Kena setel kain2 dulu...baru jek lepas lipat-melipat kain weeeyyyy...sakit pinggang ku...Okay, layan je dulu gambar outing malam sebelum bertolak ke Tioman pada pagi Jumaat lalu....konon2 hb belanja la sempena besday akak...hehee...Walhal, mmg maleh dah masak mlm tu, nak packing baju akak n hb dan baju Aiman untuk pergi rombongan jugak...layaaannn...

peliksss eh, orang ber3, makanan sampai 4 pinggan..hehe..yg kanan bawah ni, rojak sebagai appetizer la kononnya kongsi 3 org sebelum dpt makanan yg lain tu...ngeeeee..

Thursday, October 7, 2010

Ku Bersyukur Kerana Masih Bernafas Ke Saat Ini - Jutaan Terima Kasih!!

UPDATE :

Akak ingin ucapkan terima kasih atas setiap ucapan yang diterima samada di alam maya ini, sms, mms dan panggilan telefon serta doa yang diberikan. Tiada kata lagi yang boleh akak lafazkan selain jutaan terima kasih dan terasa diri akak amat dihargai jugak oleh pengunjung blog dan teman2 tersayang di sini...Terima kasih juga atas kad ucapan yang dilayangkan untuk akak oleh Mat Gebu dan Nor Secubit Garam....Akak mohon maaf kerana tidak sempat memberi respon satu persatu di ruangan peti komen (comment box) dan peti laung (shoutbox) hahaa....tetapi akak dah baca semuanya.....terima kasih sangat2...Akak jugak doakan yang terbaik untuk kalian...Salam manis dari akak...

Thanks Mat!

Thanks Nor!

Bismillahi Rahmani Rahim....terlebih dahulu ingin ku panjatkan rasa syukur ke hadrat Allah swt. kerana masih memberi ruang kepada ku untuk melalui hari-hari penuh erti bersama insan-insan tersayang baik di sisi mahupun sahabat2 dekat dan yang sentiasa menemani di alam cyber ini. Terima kasih buat ibu ayah yang telah mengasuh dan membesarkan....tiada terbalas budi walaupun berbakti hingga ke hujung nyawa. Dan pada setiap hari umur ku bertambah, usiaku menginjak, akan terasa sesalan jika tiada perubahan atau peningkatan yang baik pun berlaku. Semoga dengan limpah dan rahmatNya, hari-hari yang dilalui akan membawa lebih ketenangan dan kebahagian yang hakiki dan hasrat yang tertanam akan termakbul jua hendaknya...aminn, aminn, ya Rabbal 'Alaminnn....

Tu diaaa, macam melepaskan nafas yang tersekat2 rasanya akak ni eks.....Adeehh hari ini, bulan ini, tahun ni memang nombor xleh tukar tipu dah, hahaha..pusing2 pun mcm tu gak sebutannyaa...yup 44 tahun...adeeii tuanyaaa...Terima kasih juga buat hb yang telah awal2 memberi hadiah yang cantik (maaf yang tu xleh tayang sini, no permission). Pastu dapat gak hadiah kat bawah ni....alaaaaa, x leh lari dari dapur nampaknya....! Macam nak suruh stay cool jek kat dapur ek...Apapun thanks so much sebab cik abang kita sangat prihatin rupanya apa yg ada di kepala..heheheeh, tq tq tq laling cayang!! hehehee..Buat anak2 jugak terima kasih la atas ingatan wpun dalam bz menyiapkan assignment, presentation dan persiapan minggu final semester exam x lama lagik...muaaah to all of you kids!!

So, this time, kita x kuasa nak buat kek besday untuk diri kita sendiri, x mooooo...baik pi makan kat luar kan...hehe. Lagi pun hb kata xyah buat laaa, saki baki kek lapis 2 jenis dalam fridge tu pun xda org nak makan....Aiman x kesah lgsung kat kek2 lapis tu...akak n hb jek duk ulang-ulang nak habiskan...

lupa nak buka kotak masa snap, maleh dah laaa nak keluarkan...mcm gambar kat luar tu la isi dalam nyaaaa....hehe


Sunday, May 9, 2010

How Do We Celebrate Mother's Day..Lets Take A Look..Ngeee

Salam....haiiiii....Today no feast on foods okayyyy...Come and take a look at all these pictures taken today...hahaaa...what a wonderful moments spent with my 3 kids while hubby and abang long were not around...Hubby was outstation in Tioman and abanglong went to KL. My kids treated me as a "mem besar', hahaa....Najwa drove our Kancil and Najiha also sat in front, while me and Aiman were at the back...we headed to Teluk Chempedak....Lets enjoy the picts...

Makan-makan time at McD - our lunch today!!

See, how they behaved like small kids...yeap, still kids..hahaa

So much fun here in Teluk Chempedak....

Some more picts..

Hahaa..see Najiha n Aiman...what a game!! We really enjoyed the sightseeing here...

Thursday, April 1, 2010

22 Tahun Sudah Merai Cinta


Alhamdulillah, 22 tahun sudah merai cinta, menata kasih dan menyulam sayang....Sempena tarikh bertuah ini, tiada apa lagi yang boleh diucapkan hanya rasa bersyukur yang tidak terhingga ke hadrat Allah swt. yang sentiasa memberkati segala kasih sayang yang dikongsi bersama...walau pelbagai rintangan dan dugaan yang dihadapi, segalanya berlalu tanpa sedikit pun mencalarkan dan memutuskan kasih sayang kita....Dan hari ini, Ummi ingin mengucapkan rasa terima kasih yang tidak terbalas buat abang yang tidak pernah jemu menyayangi Ummi dan anak-anak di sisi....Terima kasih jua buat kedua ibu bapa Ummi yang sentiasa memberikan tunjuk ajar dan nasihat dalam mengharungi alam rumahtangga ini sehingga kekal ke tarikh ini dan semoga ke akhir hayat...Hari ni abang nak bawak Ummi shopping-shopping kan...muaaahhhhh!!
For The Rest Of my Life-Maher Zain

I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And theres a couple words I want to say

Chorus:
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I…I`ll be there for you

I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together in Jannah
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say

*Repeat Chorus
I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally

*Repeat Chorus
I know that deep in my heart..
Alah, terasa jiwang la pulak kan...kan...Jomlah kita makan pulut dengan rendang ni...Ok, hari ini akak hidangkan juadah ini untuk semua teman-teman blogger yang tidak putus-putus dan tidak jemu-jemu mengunjungi dapur akak ni, cukup ke?? hehe...Akak masak pulut n rendang ni untuk dinner malam tadi dan merangkap sarapan hari ni...Dah hantar gak kat family adik malam tadi...tu pasal tinggal sikit kat uols...hehee....Layaaannnn....

Dipersilakan yaa...jangan malu2...nak makan cengkih dgn lawang ni pun boleh gak..heheee

Rendang ayam resepi Kak Liza...nnt akak letak resepi k..

Saturday, January 2, 2010

Selamat Hari Lahir Najwa dan Selamat Berjuang Di Arau Perlis Pula.. ^_^

Najiha (kakDe) dan Najwa (kakNgah) - jauh pulak la terpisah anak2 dara akak ni nanti...

Salam semua...Selamat Menyambut Tahun Baru 2010 semua...Maaflah akak tak sempat nak jenjalan rumah uols amik kad ke, nak wish ke..bz terlampau kerana melangkah aje tahun baru, pada hari ini akak dan hubby memulakan perjalanan yang agak jauh juga kerana terpaksa menghantar Najwa yang telah diterima masuk ke Program Penerapan Ke Ijazah di UiTM Kampus Arau, Perllis pula dan akan mendaftar pada 3 Januari. Program ini baru sahaja diperkenalkan bermula tahun ini dan pelajar yang terpilih mestilah mendapat keputusan purata (CGPA) 3 pointer ke atas bagi tiga semester yang dilalui di peringkat Diploma dan ianya ala-ala program "fast track" yang diperkenalkan sebelum ini di mana students yang terpilih hanya melalui 2 tahun untuk mendapatkan Diploma dan 2 1/2 tahun ke program peringkat Ijazah.

Sebelum ini Najwa duk berulang-alik dari Kuantan ke Segamat kerana mengikuti program peringkat Diploma dan baru-baru ini permohonan secara online bagi program ini telah dibuka dan alhamdulillah, rezeki berpihak kepadanya kerana baru sahaja belajar selama 1 1/2 tahun (3 semester), dia ditawarkan masuk terus (diserap) ke peringkat Ijazah ini dan akan mula belajar terus dlm Semester 2 (Part 2). Masa mula-mula dapat tawaran dia berbelah-bagi jugak nak terima tawaran atau tidak...Lagipun, course dia ni hanya diletakkan di Kampus Arau saja dan 30 orang pelajar bagi course Mathematic Management ini telah terpilih di kampus tersebut. Akakpun rasa alahaiii, tak payahlaahhh..jauhnyaaa..huhuuu...Arau sana...Kuantan ke Arau rasanya perjalanan hampir 8 jam kan...buntu jugak akak, hb dan dia...hehee..

Kemudian akak telahpun menelefon pihak UiTM Shah Alam, Bahagian Hal Ehwal Akademik untuk mendapat gambaran program ini dan setelah dijelaskan seperti di atas dan maklumkan pada Najwa...akhirnya kami sama-sama setuju supaya dia menerima tawaran tersebut kerana menurut pihak U memang ramai yang memohon dan gagal dipertimbangkan. Pastu nak puashati tentang penginapan di kolej akak telefon pulak UiTM Arau Bahagian Kolej Penginapan...insyaAllah ada, no worries...siap aje la duit untuk ke sana..uiihhhh...yuran pun dah online ke pihak U kelmarin..

So, akak akan memulakan perjalanan pada hari ini dari Kuala Lumpur setelah bertolak dari Kuantan petang semalam. Akak ajak adik akak n suaminya ikut sama, xpun kami hanya bertiga sahaja. Nanti bila balik akak n hubby je pulak, x seronok jek..hehe. Aiman terpaksa akak tinggalkan bersama family adik akak di Kuantan memandangkan akak hanya akan balik menjelang malam/tengahmalam Ahad. Ya la, hari Isnin ni penggal persekolahan telah bermula kan...Tengoklah, kalau sempat Ahad malam tu akak balik laa..xpun singgah di Gombak dulu then pagi Isnin akak baru balik ke Kuantan...Sian pulak kat Aiman...tp dia cakap, "Aiman tak kesaaaahhhh" hehee....So till then...babaiiiii...Sekali lagi, Selamat Tahun Baru dan kepada anak2 yang bersekolah Selamat Kembali Ke Sekolah eh...

Buat Najwa, kebetulan hari ni adalah harijadinya...Selamat Hari Lahir Yang Ke 20 Kakngah dan diterima masuk ke Program Penerapan ni bagai satu hadiah buatnya, jimat masa belajar kan...Akak pun hanya sempat buatkan kek batik dan sweet raisins bun aje laah untuknya seperti yang diminta untuk bekal ke sana...Selamat Meneruskan Perjuangan Dan Berusahalah Demi Kejayaan...muaaahhhsss!!
(*pssst..hari tu masa mula2 hantar dia ke Segamat pun akak balik rumah nangis...ni ntah laaa..hik, hik..apalah punya rawan hati akak nih)

Thursday, October 22, 2009

Oreo Cheese Cake Dan Sekadar Mini Birthday Party

Citer dah 2 hari lepas dah ni masa besday Aiman, akak ingat nak masak2 tapi my SIL pesan xyah laa, dia nak bawak KFC untuk makan2 di rumah akak...My SIL ni guru sesi petang, jadi acara makan2 dibuat sebelah malam laa...Habis je waktu sekolah, dia terus singgah beli KFC. Akak pun suka lah sangat, balik kerja xyah masak2 kan..hehee..rehat je...Ni sekadar suka2 aja..x jemput orang lain pun, anak beranak jer....Jadi akak buat je Air Jimi Asmara tu, sbb my SIL n anak2nya suka air tu..So layan je lah ya..Resepi cheese cake tu akak dah letak link kat entry besday Aiman tu kan..


sebelum dingap!


Set Combo KFC ni cukup sangat2 tuk 2 family...tu pun x abis..

Aiman n his cousins...ada yg baru balik sekolah tu haa...x tukar baju lagi..


Ni lah rupanya lepas dipotong dan bakinya akak bagi fmly adik ni bawak balik separuh..Akak pun dah lama x makan..mmg sedaaaapppp!!! Lupakan kalori sebentar..hehe

Tuesday, October 20, 2009

Happy Birthday To My Youngest..Posing Dengan Ciskek Pagi Tadi

Haha...saja la tukar gambar pulak...ni letak gambar amik pagi tadi sebelum dia gi sekolah, xdan lagi la makan..posing posing dulu eh..

Posing seround seblm gi sekolah pagi td..hehe

renung-renungkan dulu Oreo Cheese Cake ni eh..

Happy 11th. Birthday Aiman Hazwan, thousand kisses n big hug my dear!! Dah besar, lebar, tembam, gumuuukk anak emak ni...Doa emak dan abah sentiasa mengiringi dan semoga sentiasa dirahmati dan dilindungi Allah swt selalu dan membesar menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Semoga berjaya di dunia dan di akhirat...Emmm...terasa cepat sungguh masa berlalu, rasa baru je lagi mengandung dan melahirkan...now dah malu2 dan xnak sangat dicium2 or dipeluk2...Aiman ni x suka sangat dipeluk2 manja gitu..lasak budaknya!! Hehe..

Tapi bab makan kalu dapat kegemarannya memang kena suruh berhenti makan, baru berhenti..Suka makan semua western food, nasi lemak, nasi minyak, ayam masak pedas/ayam goreng dan suka sangat nestlo ice!!! Suka tengok citer Spongebob tu haa...Kalau ada citer Mr. Bean, ha mmg dia layan habis..xkira lah dah tayang 1o kali pun! Dulu2 sibuk la duk melayan Spiderman l, Transformer la, pastu x ketinggalan citer Upin Ipin jgk la..Kalau kat pawagam tu ada citer2 best, dia dah sibuk pujuk abang or kakak2 pergi tengok...kadang2 layan jugak, kadang2 akak n abah dia ni sekat jugak...Ulangkaji mmg nak kena suruh memanjang..hehee...xda peksa x tgk buku le jawabnya...Alahaii, next year dah nak UPSR...Sekarang ni tinggal ber3 je kitaorang kat rumah ni sebab abang n kakak2 semua kat U..Dialah jadi bahan usikan dan tempat akak dan suami bergurau, bermanja la pulak...naik rimas dia..hehe.. Ni sibuk la pujuk n naik rajuk dah nk hadiah idaman dia...siap tengok dgn abanglong dia dah kat kedai masa ikut abanglong dia beli heli-remote baru2 ni..ish ish..Nak kete remote-control pulak...Memang dia ni apa yang abanglong suka, dia suka...Maleh nak melayan lagi la igtnya..dekat nak exam dah ni..kang melalut ralit je main...kan, kan..!

So untuk besday kali ni, dia dah siap request since 2 3 hari lepas dah..nak Oreo Cheese Cake yang dah banyak kali sangat2 akak buat...xnak yang lain darinya..yang ni jugak..so akak buat jugaklah malam tadi, tapi belum sempat nak letak gambar sebab kena msuk fridge dulu..Aiman pun sekolah pagi2 ni x sempat le nak bergambar...Nanti2 la kita layan sama2 eh..

Friday, October 9, 2009

Ni Kira Hadiah Besday Eh ??


Eeleeehh...hadiah dibeli dah lama jugak sebenarnya ni, bulan pose hari tu..dah beli duk lepak je kat dalam kotak, bz je bulan pose...x kuasa nak layan...hehe..lgpun dah senang hati dapat, ni baru nak tayang..xpa la kan..mmg x guna pun lagi..baru je kuar kotak...bulan pose mana ada buat roti apapun...Kebetulan hubby ada rezeki lebih sikit...kitaorg kerja satu ofis kan...duit lebih ke kurang ke mesti akak ter"tau" jugak..(*bukan saja2 nak amik tau laa...heheee)
Pastu buat2 la tanya, xda nak beli apa2 ke tuk Ummi...Suspen je hubby, nak apa pulak la kali ni...Jom bang, masuk kedai barang jap...barang elektrik...bukan perabut..hehe...Alah, dulu g KL pun puas survey sana sini...macam la xda kat Kuantan, ada rupanya mende alah ni...harga pun dpt lagi murah dari KL...hehee..buat penat je round2 KL haritu..last2 beli kat Kuantan gak, kedai yg akak selalu angkut barang2 pulak tu..hehe...toke kedai mmg dah tau dah...asal masuk je mesti "lekat" punya...wahahaa...(*padahal, mmg akak nk beli la baru masuk kedai pun). Ya lah, hubby pun mmg xnak masuk kedai kalau xda duit n tengok2 je...dah nak beli n ada duit lah baru masuk kedai kan, kan..So ni dia..Hubby cakap ni kira hadiah besday laaa...so bila besday dpt kad je laaa...hadiah xleh mintak dah...Lagipun, masa ikut hb pergi istana haritu, dh dapat handbag baru jgk dah..dah lebih2 je akak ni...hiikksss...emmm...ok laaa...alhamdulillah, dpt gak hajat hati ni..Apapun akak sj la nak share je kegembiraan akak bila dpt "pembantu" baru ni yaaa...wpun x seberapa, tp cukup suka dan bersyukur...sapa2 yg berhajat tu akak doakan akan dpt jugak la suatu hari nnt...amiiinnn... :D


Lama sungguh dia beradu dalam ni...

Sian dia, baru la keluarkan dari kotak dan naikkan atas kabinet ni..
duk sini diam2 eh..kawan baik2 dgn microwave tu eh..jgn gaduh2..hehe..nanti akak kerjakan ko ya cik BM..hehe..(xdan nk baca manual book pun lg...)

Monday, June 22, 2009

Birthday Celebration and Gathering - Sungguh Seronok..

Salam semua...apa khabar? How's ur weekend? Kali ni saja akak nk share aktiviti hujung minggu baru ni..kebetulan family adik akak yang duk di Gombak turun ke Kuantan ni..jadi petang Sabtu kitaorang ambil kesempatan celebrate birthday untuk 3A ni..hehe...semuanya anak2 saudara akak, Aleeya (anak adik lelaki) - 10 Jun, Aidid (anak adik perempuan) - 16 Jun dan Amna (anak abang akak) - 17 Jun...so layaaannnn...macam2 kerenah..Kitaorang berarak bawak makanan semua ke Taman Bandar di Indera Mahkota tu..hahaa...situ tempat orang jogging, main kapalterbang control n ada playground for kids...tempat orang main woodball jugak..
Antara juadah yang dibawa...Balik dari pantai pagi tu..terus akak rendam 8 cawan pulut dan sediakan rendang 2 ekor ayam...haaa...macam nak raya la pulak akak memasak rendang dekat 2 jam tunggu kering...hehee...pulut pun banyak sebenarnya...adik ipar akak masak meehoon singapore dan ayam goreng...mini karipap tu stok akak beli dari Puspanita, just goreng je laaa..kakak ipar akak pun bawak nasi la pulak..siap sambal belacan lagi..(xdan nak amik gambar), aiskerim dan macam2 air...hehe, memang terlentang kenyang malam tu lepak2 rumah adik lelaki akak pulak..

Kat bawah ni saja suka-suka la yaaa...hubby ajak ipar-duai lelaki main woodball la pulak...jom testingg!! Just for fun....semua pakai selipar je pun...hahaa

Adik akak, Mohd. Fadzli...first time pegang kayu dan pukul bola ni..hehe

Suami adik akak pun, ngencessss tengok...hahaaa..try jugaaaakkkk...akak pulak bz snap gambar diaorang ni..fun jugak tengok...

Pukul Anuar, jangan x pukul...kasi masuk eh...

Laaahhh budak Aidid ni pun...x mengalah jugak...alahaiiiii, bapaknya duk memukul dia sama sibuk..

Tengok Aidid, duk belakang Pak Ngah dia...sama sibuk je nak pukul bola tu...

Alahaiii Alang, action jer lebih niiiii....boleh masuk ke pukul camtu...hehe

Dan ni peserta wanita kategori remaja, anak akak Najwa pun terasa jugak nak memukul bola tu...apapun diaorang semua seronok main, akak seronok tengok je laaa....