Showing posts with label western. Show all posts
Showing posts with label western. Show all posts

Tuesday, 11 June 2013

Fresh homemade chicken pie (updated!!)



Assalamualaikum wbt...
dah lama tringin nk buat pastry puf sendiri...tp asik terlupa bli pastri majerin... dulu2 pernah bli pastri majerin tu kt Yen..tp tak terbuat2..sampai exired ..pakai masuk tong je....heheheh ..
so...bila beli lagi baru-baru ni..teruskan projek dengan penuh saspen..jadi ke tidak...
alhamdulillah ..penat menggelek doh..akhirnya terubat bila tgk pai tu cantik menjadi..berlapis2  mcm kt bakeri tu...Alhamdulillah..seronok sesangat....satu adunan tu dapat bayak juga...puas la mkn anak beranak!!!
resepinya nanti-nanti yea...penat le nak taip..heheheh terima kasih kekanda Zachoes di atas penerangan yang panjang lebar. jasamu dikenang!

Puff Pastry (Joy Of baking)
600 gm tepung serbaguna (sy guna tpg gandum Bakers Choice)
150 gm butter
1/4 sdt garam
1 sdb jus lemon
1 bj telur
170 ml air
300 gm pastri majerin
Cara-cara membuatnya (hasil R&D dari  Joy Of Baking dan sini )
1. Gunakan tangan untuk mencampurkan tepung dan mentega hingga sebati.
2. Tambahkan jus lemon,telur,garam dan air.
3. Uli hingga menjadi doh. (seperti doh karipap)
4. Bentukkan doh kepada bentuk bulat.
5. Kelar doh bentuk't" di tengah doh. (jangan putuskan doh)
6. Tolak dengan tangan setiap bahagian ke arah luar (ada 4 bahagian).(jadi macam kelopak) Tak paham boleh tengok sini
7. Letakkan pastri majerin di bahagian tengah doh.
8.Tutupkan pastri majerin dengan 4 bahagian kelopak tadi dan tutup dengan kemas dengan menggunakan doh. Pastikan tiada pastri majerin yang terkeluar.
9. Gelekkan doh denagan penggelek membentuk segi empat tepat.
10.Lipat doh tadi kepada tiga lapisan.
11. Simpan dalam paltik dan letakkan dalam peti sejuk selama 15 minit.
12. Keluarkan doh dari plastik dan letakkan doh tadi pada kedudukan asal dan kemudian alihkan doh 90 darjah dan gelek seperti tadi. (Gelek doh secara berlawanan pula berbanding sebelumnya)
13.Ulangi langkah 10 hingga 12 selama beberapa kali (maksimum 7 kali).
14. Apabila hendak digunakan. bahagian doh kepada 2 bahagian dan gelek nipis sebelum diterap dengan acuan mengikut saiz casing.
15. Ambil sekeping doh yang telah diterap dan letakkan di dalam aluminium casing.
16. Tambahkan filling.
17. Tutup filing dengan sekeping lagi doh dan kelimkan di bahagian keliling supaya filling tidak terkeluar.
Sapukan sedikit kuning telur di atasnya.
18. Bakar pada 180 celcius sehingga masak.
19. Masa pembakaran agak lama (lebih kurang 35 -40 minit)
** Adunan ini agak banyak. Dapat 20 bj pai dan ada doh lebih yang boleh di frozenkan. Potong bentuk 4 segi,,lapiskan dengan kepingan plastik dan simpan dalam taperware.
 Boleh kurangkan sukatan menjadi separuh kalo nak cuba dulu.

Filling ayam
Beberapa keping dada ayam (potong kiub)
3-4  ulas bwang  putih (dicincang)
1 biji kentang saiz besar(potong dadu)
1/2 biji lobak merah (potong dadu)
1 biji bawang besar (potong dadu)
1 sdb serbuk lada hitam
1 sdt serbuk lada putih
2 sdb sos tiram
3-4 biji cendawan butang (hiris nipis)
1/2 cawan whipping cream

Tumis bawang putih hingga wangi.
Masukkan kentang dan sedikit air dan masak kentang hingga separuh lembut.
Tambahkan lobak merah dan masak lagi hingga kedua-duanya lembut.
Tambahkan semua bahan-bahan lain kecuali whipping cream.
Perasakan garam dan pedasnya.
Tambahkan whipping cream dan masak sekejap sebelum ditutup api.

Saturday, 1 December 2012

Simple kebab

Assalamualaikum wbt..
dolu-dolu masa blajo kt kl....selalu le jenjalan cuci mata kt soping kompleks cam the mall ..sogo..
bila lapo..mesti cari kyros kebab..tu la mknn yg paling sedap  rasanya masa tu....
peh tu bila dh tak duduk kolumpo..dh kawen...jarang le  merasa  g jenjalan..makan kebab mcm masa single dulu...uhuk..uhuk..
So..masa g giant baru2 ni..terperasan lempeng omputeh ni..terus le ai sambor sepeket!
Esoknya  pagi-pagi lagi dah memerap daging dengan garam,lada hitam yg ditumbuk kasar dan bawang putih cincang. Peh tu ai grill kan atas kuali beger tu...next...panaskan sekejap lempeng tadi tu...peh tu di letak le daun salad,tomato,daging grill,mayonis,sos cili...peh tu digulung dan makan!  
Moral of the stori...dh tak rindu dah kt Kyros kebab!



Monday, 9 July 2012

Crispy Spicy Chicken Chop +Homemade Wedges

 Assalamualaikum..
sesekalibila tekak tu teringin nk  makan yg western-western sikit..sy akan buat chiken chop sempoi-sempoi camni...puas hati makan kt rumah...untuk keluarga besor cam sy...makan pon tak kelam kabut ...takde adegan garpu terbang...yg penting jimat bajet!

 tp sy minta maaf sebab tiada resepi yg spesifik.. sy hanya gaulkan isi ayam dengan bancuhan  tepung goreng berempah yg sy bli dr peniaga pasar malam dan sy golekkan dlm breadcrumb dan digoreng garing.
Wedges tu pulak,sy gunakan kentang yg besar dan panjang..sy rebus hingga lembut (bersama kulit)..
 dibelah lapan dan digaul bersama bancuhan tepung yang sama...dan sy  drizzle sos keju..rasanya tak la sama mcm kepci punya...tp bole la tahan sedapnya...muahahaha..
ok..tujuan sy post gambar makanan di sini bukan untuk menggoda atau membuat anda kempunan...cuma untuk menggalakkan sesama kita untuk masak sendiri..itu saja..di samping minat sy untuk 'cook-shoot-blog'
ok...if i can cook..so do you!


Thursday, 26 January 2012

Spageti Bolognaise

the simple version of mine!!

Assalamualaikum..
Alkisahnya spageti ni memang kegemaranku seorang...dalam rumah ni i makan sorang-sorang je ..huk..huk
Teringin makan ni masa zaman mak buyung 5-6 bulan lepas...terus beli barang..terus masak..dah masak..terus ngadap sampai tiga round...sampai sengkak perut..Astagfirullah hal Aazim...


Spageti bolognaise
1/2 peket spageti (direbus dan ditos-tambah 2 sdb minyak semasa rebus)
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar -dipotong dadu
1/2 peket daging kisar
1 tin kecil puri tomato
1/2 tin cendawan butang-dihiris
1 sdb lada hitam serbuk

Panaskan sedikit minyak (kalo ada minyak zaitun lagi baguih)
Tumis bawang putih dan bawang besar hingga wangi.
Masukkan daging kisar dan sedikit air dan masak hingga daging masak.
Tambah tomato puri,cendawan butang  dan tambah air lagi mengikut kesesuaian.
Tambah lada hitam,garam,sedikit gula