Memaparkan catatan dengan label info. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label info. Papar semua catatan

Selasa, Julai 13, 2010

SENARAI MAKANAN DAN HIKMAHNYA - DALAM ISLAM.

Sesungguhnya Allah telah mencukupkan segala keperluan hamba-Nya. Setiap yang Allah jadikan pasti ada hikmah-Nya. Begitu juga dari segi pemakanan kita sehari-hari. Di sini dicatatkan sebahagian kecil senarai pemakanan dan hikmahnya bagi keperluan kita. Moga ada manfaat untuk kita bersama.

1. Roti.
Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik, dimasak dalam pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan, jika tidak kita akan merasa haus bila memakannya. Roti yang sudah lama dan tidak elok akan menyebukan perut. Roti yang terdapat sekam gandum mudah dicernakan. Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jangan potong roti dengan pisau, hormatilah roti itu dengan memotong dengan tanganmu kerana Allah menghormati roti itu".

2. Jintan Manis (anisun).
Jintan manis banyak khasiatnya. Ianya melegakan kesakitan dalam badan, melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas dalam usus. Ianya juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu disekeliling mata bagi menguatkan pandangan mata.

3. Epal (tuffah).
Epal yang masam lebih sejuk daripada yang manis. Ianya juga boleh menguatkan organ hati.

4. Asparagus (hiyawn).
Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan memudahkan kelahiran anak.

5. Pisang (mawz).
Pisang boleh menyejukkan badan dan ianya boleh dimakan dengan madu lebah.

6. Barli (sya'ir).
Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. pernah memberi sup barli kepada orang yang mengidap demam.

7. Selasih (manis rayhan).
Selasih berkhasiat untuk menguatkan organ hati, memudahkan tidur dengan cara menyapu kepala dengan basil yang dicampurkan air.

8. Mentega (zubdah).
Mentega khasiatnya memanas dan melembapkan. Baik untuk menghilangkan sembelit. Mentega yang dicampurkan dengan kurma dan madu sejenis makanan yang menghilangkan rasa mengidam pada perempuan hamil.

8. Bunga kubis (qunnabit).
Sayura n ini sukar dihadam dan bahaya untuk penglihatan.

10. Chamomile (babunaj).
Kegunaa n chamomile ialah melancarkan aliran haid dan kencing. Ianya juga sangat berguna untuk memanaskan badan.

11. Lobak merah.
Kegunaannya memanaskan badan. Ianya juga melancarkan aliran haid dan air kencing.

12. Biji kopi (qahwah).
Sebagai ubat penyakit buang air besar berdarah, menghilangkan dahaga dan dikatakan menimbulkan kebijaksanaan.

13. Biji hitam (habb al sauda).
Dilaporkan bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jadilah seperti biji habb al sauda kerana biji ini ubat semua penyakit kecuali kanser dan mati". hab al sauda menghapuskan angin dalam usus dan demam. Baik untuk merawat 'leukoderma' dan membuka saluran urat yang halus. Berguna untuk menghilangkan penyakit selesema.

14. Ayam (dajaj).
Memudahkan penghadaman. membetulkan imbangan badan, baik untuk otak dan badan, serta mencantikkan rupa paras. Walau bagaimanapun jika dimakan terlalu banyak boleh menyebabkan penyakit sendi dan yang terbaik ialah daging ayam betina yang tidak bertelur.

15. Kulit kayu manis (darchini).
Kulit kayu manis juga merupakan pemanas badan. Minyaknya sebagai penawar untuk menghapuskan rasa tidak hadam. Ia merupakan campuran (rempah ratus) yang digunakan dalam resepi masakan hampir tiga suku penduduk dunia.

16. Limau kulit tebal, warna kuning pucat, kurang mengandungi asid (utrujj).
Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda, "Limau ini adalah seperti mukmin; bagus dirasa dan bagus dihidu". Limau ini menguatkan organ hati serta dapat menjauhkan kesedihan dan bintik-bintik pada kulit, menghapuskan kelaparan dan melambatkan pengaliran dalam hempedu.

17. Timun (qitta').
Yang masak menghilangkan panas dan menggalakkan pembuangan air kecil. Makan kurma dengan timun muda menambahkan berat badan.

18. Jintan putih (kammun).
Jintan putih khasiatnya untuk memanaskan badan. Jintan putih yang direndam di dalam air dan diminum adalah baik untuk mengubat perut yang memulas.

19. Tamar kering (tamr).
Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Rumah yang tiada tamar atau kurma adalah rumah yang tiada bermakanan". Nabi s.a.w. sendiri pernah menanam kurma atau tamar. Kurma hendaklah dimakan dengan badam untuk menghapuskan parut yang tidak diingini.

20. Terung (badhijan).
Terung hitam menyebabkan keluarnya hempedu. Kecenderungan benda ini mengeluarkan hempedu dapat dibetulkan dengan memakannya bersama daging.

21. Telur (baydah).
Khasiat telur yang paling baik boleh kita dapati daripada telur ayam (setengah masak atau masak) bukan direbus keras. Putih telur melegakan apabila kita melecur atau kulit terbakar dan menghilangkan parut pada kulit.

22. Ikan (samak).
Khasiat ikan air tawar lebih baik terutama yang makan tumbuh tumbuhan, bukan yang makan lumpur dan benda-benda seni dalam air. Ikan yang tidak dimasak sukar dihadam dan mengeluarkan ketidak seimbangan badan.

23. Bawang putih (thum).
Bawang putih juga elok untuk memanaskan badan. Khasiatnya membuang gas dan menggalakkan pengeluaran air mani. Baik untuk pembawakan sejuk, untuk mencairkan balgham. Minyaknya digunakan untuk merawat gigitan serangga. Namun, Nabi s.a.w pernah bersabda "Sesiapa yang memakan pohon ini maka janganlah dia mendekati kami dan janganlah sembahyang bersama bersama kami."

24. Minyak sapi (samn).
Minyak sapi mengandungi banyak lemak. Ia dianggap sebagai penawar racun. Campurkan dengan manisan lalu dimakan dan ianya dipercayai ubat pada makanan.

25. Halia (zanjabil).
Halia disebut dalam ayat al Quran (ayat17, Surah Al Insan) firman Allah Taala yang bermaksud "Dan mereka dalam Syurga itu, diberi dari sejenis minuman yang campurannya dari zanjabil". Khasiatnya membantu penghadaman dan memanaskan badan.

26. Inai (hinna).
Terdapat banyak khasiat pada inai. Antaranya menghilangkan bekas calar-calar atau lebam pada badan, menghilangkan sakit kepala, sakit dalam kaki, sakit kuku dan mengelokkan rambut. Inai bersifat sangat panas dan menerbitkan perasaan cinta. Wangian yang terbaik ialah yang diperbuat dari bunga inai. Memakai inai pada kuku, tangan dan kaki menjadi biasaan masyarakat di Timur terutama bagi pengantin baru.

28. Madu lebah (a'sal).
Madu lebah mempunyai berbagai-bagai khasiat. Madu atau manisan lebah ini apabila dicampur dengan air panas boleh mengubati penyakit cirit birit. Sabda Nabi s.a.w., "Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya." Rasulullah sendiri mengamalkan meminum madu, dengan meminum segelas air yang dicampurkan dengan madu setiap pagi ketika perut kosong. Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan. Madu yang paling berkualiti ialah madu yang dikeluarkan dalam musim bunga (spring), seterusnya dalam musim panas (summer) dan yang kurang berkualiti adalah madu yang dihasilkan dalam musim sejuk (winter).

29. Kekacang (a'das).
Semua kekacang mengeluarkan kekeringan. Jenis-jenis kekacang hendaklah dimakan sedikit kerana kalau dimakan dengan banyak ianya tidak baik untuk perut. Ada hadith mengatakan bahawa sesiapa memakan kekacang akan menerbitkan hati yang simpati, mata berair dan menghapuskan kesombongan.

30. Salad (khass).
Meskipun ianya sejuk, ia dianggap sayuran yang baik untuk dimakan. Ia melembutkan tubuh yang keras dan membantu menyembuhkan penyakit gangguan mental. Namun, salad melemahkan tenaga batin dan terlalu banyak memakannya juga melemahkan penglihatan.

31. Daging (lahm).
Daging mengandungi banyak khasiat. Dikatakan bahawa orang yang memakan daging selama 40 hari berturut turut tidak akan mendatangkan kebaikan. Dan orang yang tidak memakan daging selama 40 hari berturut-turut juga tidak akan mendatangkan kebaikan. Dengan kata lain makanlah daging secara sederhana. Daging yang paling baik ialah daging kambing. Ianya bersifat panas dan lembab. Daging kambing yang paling baik ialah daging kambing jantan yang berumur satu hingga dua tahun. Adapun daging babi haram dimakan. Terdapat pertelingkahan pendapat mengenai daging kuda sebagai makanan biasa. Ibnu Sina berpendapat bahawa daging unta, kuda, keldai adalah tidak baik dimakan sebagai makanan biasa. Syariat juga melarang memakan daging binatang pemangsa . Dilarang memakan daging binatang pemangsa yang kukunya mencengkam dan menyangkuk.

32. Daging kuda.
Menurut Rasulullah SAW, banyak makan daging kuda boleh terbitkan kesombongan dlm hati, kerana kuda itu sifatnya sombong.

Wallahu'alam.

(Sumber : Rosli Zakaria roslibz@gmail.com)

Jumaat, Julai 09, 2010

FAKTA YANG PERLU ANDA KETAHUI TENTANG "KENTUT"


Kentut??? Ya kentut, kenapa??? Jijik...malu..??? Kita bukan nak cerita perkara kotor, tak senonoh atau lucah, tetapi fakta. Bagi yang belum pernah mengetahui pasal kentut, bacalah.

1. Dari mana datangnya gas kentut?


Gas ini datangnya dari beberapa punca: udara yang dihirup, udara yang meresap ke perut dari darah, gas yang terhasil dari reaksi kimia dalam perut dan gas yang dihasilkan oleh bakteria yang tinggal dalam perut.



2. Apakah yang membuatkan kentut berbau busuk?


Bau kentut yang terdiri dari sejumlah campuran gas hidrogen sulfida dan mercaptans. Lebih banyak pengambilan diet yang terdiri daripada sulfur, lebih banyak sulfida dan mercaptans akan dihasilkan oleh bakteria dalam perut dan lebih busuk bau kentut, contoh: telur rebus. Kekacang akan menghasilkan kentut kurang busuk tetapi dalam jumlah yang besar.



3. Kenapa kentut menghasilkan bunyi?


Bunyi terhasil disebabkan getaran di pembukaan rektum. Kekuatan bunyi bergantung kepada kelajuan pelepasan gas dan keketatan otot di dubur. Bunyi kentut bukan terjadi disebabkan penggeleparan (flapping) pepipi punggung. Ini adalah suatu kesilapan.



4. Kenapa kentut yang busuk selalunya lebih panas dan senyap daripada kentut biasa?


Kebanyakkan kentut ialah dari hirupan udara yang terdiri dari nitrogen dan karbon dioksida. Oksigen pula diserap sebelum mencapai pembukaan dubur. Gas ini tidak berbau walaupun melalui bahagian yang kotor didalam perjalanannya ke pembukaan dubur. Ianya keluar dalam bentuk seperti bebola (bubbles) yang besar dalam suhu tubuh. Seseorang boleh mencapai bunyi yang baik (pitching tak lari) dengan cara ini.


Suatu lagi ialah kentut yang dihasilkan oleh tindakan bakteria. Pembiakan dan proses penghadaman oleh bakteria menghasilkan haba dan pelbagai jenis gas tak enak. Bebola gas yang dihasilkan lebih kecil, panas dan mempunyai kandungan hasil proses tadi yang busuk yang lebih tinggi. Inilah yang dinamakan kentut yang nakal (Silent- But-Deadly), jumlah yang terlalu kecil untuk menghasilkan bunyi tetapi mempunyai bau yang sunnguh mempersonakan.



5. Berapa kali seseorang itu kentut sehari?


Secara puratanya, seseorang boleh menghasilkan setengah liter gas kentut sehari yang dibahagikan kepada lebih kurang empat belas kentut sehari.



6. Berapa lama tempoh yang diambil untuk kentut kita dihidu oleh orang lain?


Kentut tersebar bergantung kepada faktor atmosfera seperti kelembapan, suhu, kelajuan angin dan arahnya, berat molekul kentut itu dan jarak antara pengeluar dan penerima. Jika tidak dikesan dalam tempoh beberapa saat, ianya akan hilang ke persekitaran.


Namun ianya terkecuali jika perlepasan dilakukan dalam ruang yang kecil dan tertutup seperti di dalam lif, kereta atau bilik yang kecil. Tempat-tempat ini menghalang penyerapan ke persekitaran dan akan kekal berbau untuk tempoh yang agak lama sehingga diserap oleh dinding-dinding.



7. Kenapa ada sela masa 13-20 saat antara pelepasan dan pengesanan bau oleh hidung?


Sebenarnya kentut berbau semenjak ianya keluar lagi, tetapi mengambil masa beberapa ketika untuk dihidu oleh pengentut itu sendiri. Jika kentut boleh bergerak dengan kelajuan bunyi, maka kita boleh bau pada masa yang sama kita kentut.



8. Adakah benar sesetengah orang tak pernah kentut?


Tidak benar, selagi hidup angin ada dalam badan. Suka atau tidak ia tetap akan keluar dengan selambanya.



Hikmah "Kentut".


Hikmah Allah menjadi kentut ini supaya kita memahami bahawa tiada manusia yang lebih mulia dari manusia lain kecuali kerana imannya, hatta para Rasul juga mengalami perkara ini, tetapi mereka menguruskannya dengan penuh hikmah dan tidak menyusahkan orang lain. Maknannya pentingnnya ada pengurusan dalam kualiti hidup kita mengikut sunnah.


Seterusnya kita lihat kedalam lagi. Kita semua sama, malah lahir ke dunia dari sebelah lubang najis sahaja. Setiap hari kita berjalan ke sana ke mari. Pakailah minyak wangi apa pun, tapi kita tak boleh nafikan yang kita tiap-tiap waktu bawa tong najis dekat perut kita. Kalau lori bawak najis, dia hanya bawak najis pada waktu bekerja sahaja, tapi kita 24 jam, sesaat pun tak lepas.


Begitulah hinanya kita. Jadi jangan menghina manusia lain yang hidupnya susah, gila, OKU atau apa sahaja. Setiap kita perlu saling hormat dan saling tegur menegur, bersih membersihkan dan melindungi aib sahabat-sahabat seiman dengan kita sama sebagaimana kita melindungi najis dalam perut kita yang hanya kita dan Allah sahaja yang tahu betapa busuknya ia.


Wallahu'alam.

(Sumber dari saudara Herman Samsudeen)

Selasa, Julai 06, 2010

SEDIKIT RENUNGAN DICELAH KESIBUKAN KITA SETIAP HARI


Dalam suatu pertemuan iblis, syaitan dan jin, telah dikatakan: "Kita tidak dapat melarang kaum muslim ke Masjid", "Kita tidak dapat melarang mereka membaca Al-Qur'an dan mencari kebenaran", "Bahkan kita tidak dapat melarang mereka mendekatkan diri dengan Tuhan mereka Allah dan Pembawa risalah-Nya Muhammad", "Pada saat mereka melakukan hubungan dengan Allah, maka kekuatan kita akan lumpuh."

"Oleh sebab itu, biarkanlah mereka pergi ke Masjid, biarkan mereka tetap melakukan kesukaan mereka, TETAPI CURI WAKTU MEREKA, sehingga mereka tidak lagi punya waktu untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah".

"Inilah yang akan kita lakukan", kata iblis. "Alihkan perhatian mereka dari usaha meningkatkan kedekatannya kepada Allah dan awasi terus kegiatannya sepanjang hari!".

"Bagaimana kami melakukannya?" tanya para hadirin iaitu iblis, syaitan, dan jin.

Jawab sang iblis :

  • "Sibukkan mereka dengan hal-hal yang tidak penting dalam kehidupan mereka, dan ciptakan tipudaya untuk menyibukkan fikiran mereka".
  • "Rayu mereka agar suka Berbelanja, Belanja dan Belanja... serta Berhutang, Berhutang dan Berhutang...".
  • "Pujuk para isteri untuk bekerja di luar rumah sepanjang hari dan para suami bekerja 6 sampai 7 hari dalam seminggu, 10 - 12 jam seminggu, sehingga mereka merasa bahawa hidup ini sangat kosong." "Jangan biarkan mereka menghabiskan waktu bersama anak-anak mereka."
  • "Jika keluarga mereka mulai tidak harmoni, maka mereka akan merasa bahwa rumah bukanlah tempat mereka melepaskan lelah bila pulang dari bekerja". "Dorong terus cara berfikir seperti itu sehingga mereka tidak merasa adanya ketenangan di rumah."
  • "Hasut mereka untuk membunyikan radio atau kaset selama mereka berkenderaan". "Dorong mereka untuk menonton TV, VCD, CD dan PC di rumah sepanjang hari. Bunyikan muzik terus menerus di semua restoran maupun pusat membeli-belah di dunia ini."
  • "Hal ini akan mempengaruhi fikiran mereka dan merosak hubungan mereka dengan Allah dan RasulNya"
  • "Penuhi meja-meja rumah mereka dengan majalah-majalah dan tabloid". "Sajikan mereka dengan berbagai berita dan gosip selama 24 jam sehari".
  • "Serang mereka dengan berbagai iklan-iklan di jalanan". "Banjiri kotak surat mereka dengan informasi tak berguna, katalog-katalog, undian-undian, tawaran-tawaran dari berbagai macam iklan".
  • "Muatkan gambaran wanita yang cantik itu adalah yang berbadan langsing dan berkulit mulus di majalah dan TV, untuk menggoda para suami hingga mereka terfikir bahwa PENAMPILAN itu menjadi unsur terpenting, sehingga membuat para suami tidak tertarik lagi pada isteri-isteri mereka"
  • "Buatlah para isteri menjadi sangat letih pada malam hari, buatlah mereka sering sakit kepala".
  • "Jika para isteri tidak memberikan cinta yang diinginkan sang suami, maka akan mulai mencari hiburan di luar". "Hal inilah yang akan mempercepatkan retaknya sesebuah keluarga".
  • "Terbitkan buku-buku cerita untuk mengalihkan kesempatan mereka untuk mengajarkan anak-anak mereka akan makna dan kepentingan bersolat."
  • "Sibukkan mereka sehingga tidak lagi punya waktu untuk mengkaji bagaimana Allah menciptakan alam semesta. Arahkan mereka ke tempat-tempat hiburan, fitness, konsert2, panggung2 wayang dan pusat2 yang melekakan"
  • "Buatlah mereka menjadi SIBUK, SIBUK DAN SIBUK". "Perhatikan, jika mereka jumpa dengan orang soleh, bisikkan gosip-gosip dan percakapan tidak berfaedah, sehingga percakapan mereka tidak mendatangkan apa-apa pahala sebaliknya berbuat dosa semata-mata.
  • "Isi kehidupan mereka dengan keindahan-keindahan semua yang akan membuat mereka tidak punya waktu untuk mengkaji kebesaran Allah". "Dan dengan segera mereka akan merasa bahawa rezeki, kebaikan/kesihatan keluarga adalah merupakan hasil usahanya yang kuat (bukan atas izin Allah)".

"PASTI BERHASIL, PASTI BERHASIL". "RENCANA YANG BAGUS".

Iblis, syaitan dan jin kemudian pergi dengan penuh semangat melakukan tugas MEMBUAT MUSLIM MENJADI LEBIH SIBUK, LEBIH KELAM KABUT, dan SENTIASA HURA-HURA.

Dan hanya ada sedikit waktu saja untuk beribadat kepada Allah maha Pencipta. Tidak lagi punya waktu untuk bersilaturahmi dan saling mengingatkan akan Allah dan RasulNya.

Sekarang pertanyaan saya adalah, "APAKAH RENCANA IBLIS INI AKAN BERHASIL???"

"ANDALAH YANG MENENTUKAN..!!!"

Rabu, Jun 30, 2010

MANUSIA BERHADAPAN DENGAN ENAM PERSIMPANGAN


Saidina Abu Bakar r.a. berkata :

1."Sesungguhnya iblis berdiri di depanmu" - Iblis terkutuk mengajakmu meninggalkan agama - (siapa yang memenuhi ajakan iblis, maka hilang agama dari dirinya).

2. "Jiwa di sebelah kananmu" - Jiwa mengajakmu ke arah maksiat - (sesiapa yang memenuhi ajakan jiwa, maka hilang darinya nilai nyawanya).

3. "Nafsu di sebelah kirimu" - Nafsu mengajakmu memenuhi syahwat - (sesiapa yang memenuhi ajakan nafsunya, maka hilanglah akal dari dirinya).

4. "Dunia di sebelah belakangmu" - Dunia mengajakmu supaya memilihnya dari akhirat - (siapa yang memenuhi ajakan dunia, maka hilang akhirat dari dirinya).

5. "Semua anggota tubuhmu berada di sekitar tubuhmu" - Anggota tubuh mengajakmu melakukan dosa. (siapa yang memenuhi ajakan anggota tubuhnya, maka hilang syurga dari dirinya).

6. "Sedangkan Allah di atasmu" - Tuhan mengajakmu masuk Syurga serta mendapat keampunan-Nya - (siapa yang memenuhi ajakan Allah S.W.T, maka hilang dari dirinya semua kejahatan dan ia memperolehi semua kebaikan).

Iblis adalah musuh manusia, sementara manusia adalah sasaran iblis. Oleh itu, manusia hendaklah sentiasa berwaspada sebab iblis sentiasa melihat tepat pada sasarannya.

Wallahu'alam.

Jumaat, Jun 26, 2009

AL-FATIHAH

Takziah buat mantan Ketua Pemuda Pas Pusat yang kini Naib Presiden, YB Salehuddin b. Ayob atas pemergian ayahanda beliau semalam.

Juga takziah buat saudara kita, Abdul Kadir b. Manap (Bendahari Dewan Pemuda Pas Kaw. Batu) atas pemergian bapa beliau petang semalam.

Diberitakan Allahyarham bapa beliau terlibat dalam kemalangan langgar lari berdekatan bandar Muar, Johor. Allahyarham meninggal di tempat kejadian. Untuk makluman, Allahyarham adalah merupakan Ketua Dewan Ulama' Pas Kawasan Pagoh dan menetap di Muar.

Dewan Pemuda Pas Kawasan Batu

Secara peribadi, saya mengenali Allahyarham bapa saudara Abd. Kadir semasa menuntut di Muar sekitar tahun 2000-2003 dahulu. - Insan Kerdil.

Khamis, Jun 11, 2009

AIR KOSONG PENAWAR PELBAGAI JENIS PENYAKIT


Kajian para saintis mendapati amalan minum air sebaik bangun dari tidur setiap pagi mempunyai banyak manfaat.

Japanese Medical Society misalnya berjaya membuktikan dalam kes-kes tertentu, amalan ini mampu memulihkan penyakit termasuk yang serius.

Diantara penyakit yang termasuk dalam penyelidikan persatuan perubatan di negara matahati terbit itu ialah sakit kepala, sakit-sakit badan, sisitem jantung, artritis (gout), degupan jantung yang pantas, epilepsi, lemak berlebihan, bronkitis (radang paru-paru), tibi, meningitis, buah pinggang dan jangkitan pada air kencing.

Bagaimanapun amalan minum air kosong sebaik jaga dari tidur ini perlu mengikut beberapa peraturan untuk memastikan keberkesanannya.

  • Minum empat (4) gelas air (160 ml) sebaik jaga dari tidur setiap pagi dan sebelum memberus gigi.
  • Berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan atau minum apa-apa untuk 45 minit.
  • Selepas 45 minit anda boleh makan dan minum seperti biasa.
  • Selepas 15 minit mengambil sarapan, makan tengah hari dan makan malam jangan makan atau minum untuk tempoh dua (2) jam.
  • Bagi pesakit yang lanjut usia dan tidak larat minum empat gelas air sekaligus, diperingkat permulaan mereka boleh memulakan kaedah rawatan ini dengan meminum air secara berperingkat sehingga mampu mencapai empat gelas sehari.

Kaedah rawatan dipercayai mampu merawat pelbagai penyakit dalam tempoh tertentu :
  • Tekanan darah tinggi - 30 hari
  • Gastrik - 10 hari
  • Diabetes - 30 hari
  • Sembelit - 10 hari
  • Kanser - 180 hari
  • Tibi - 90 hari

Pesakit artritis hanya perlu mengikuti rawatan tersebut untuk tiga hari. Rawatan ini tidak mempunyai sebarang kesan sampingan kecuali diperingkat awal pesakit mungkin kerap membunag air kecil.

Wallahu'alam.


Selasa, Mei 05, 2009

Demontrasi besar-besaran 7 Mei bukan tajaan PAS, tapi provokasi Zambry

Oleh : Jahari Jaafar

IPOH, 5 Mei (Hrkh) - PAS sama sekali tidak tidak mengarahkan ahli dan penyokongnya untuk mengadakan demontrasi besar-besaran pada 7 Mei ini sempena persidangan Dewan Undang Negeri Perak. "PAS tidak pernah mengerluarkan arahan sama ada berbentuk tulisan atau lisan untuk mengajak penyokongnya mengadakan demontrasi besar-besaran di bandar raya ini."

Demikian ditegaskan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Ustaz Ahmad Awang dalam sidang medianysa di Pejabat PAS Negeri di sini semalam. Turut hadir Ketua Penerangan PAS Negeri Perak, Misbahul Munir Masduki.

Beliau memberi jaminan Pakatan Rakyat tidak akan menganjurkan perhimpunan tersebut dan akan memberikan nasihat kepada ahli dan penyokongnya agar tidak menyertai sebarang himpunan haram pada tarikh tersebut.

"Tetapi sekiranya orang ramai hadir juga, itu di luar tanggungjawab Pakatan Rakyat. Wakil Pakatan Rakyat menuntut supaya pihak polis menggunakan kebijaksanaan yang berhemah apabila berhadapan dengan perhimpunan seumpama itu," katanya.

Ahmad Awang memberitahu pada jam 10.00 pagi semalam beliau bersama Ketua Penerangan PAS Perak, Misbahul Munir Masduki dan seorang peguam daripada PAS telah bertemu dengan Ketua Polis Perak ekoran surat yang telah dihantar oleh pihak polis.

Dalam surat itu menjelaskan pertemuan Adun Pakatan Rakyat dan pimpinan parti politik dengan Ketua Polis Perak.

"Yang hadir wakil PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), wakil DAP dan Umno atau BN tidak ada," katanya.

Ketua Polis Perak memberitahu pihak polis hendak mengingatkan PAS agar tidak mengadakan demontrasi besar-besaran pada 7 Mei ini kerana kata Ketua Polis Perak, pihaknya ada mendapat maklumat demontrasi besar-besaran akan diadakan pada 7 Mei ini.

Pihak polis juga bersedia kata Ketua Polis Perak itu untuk memberi perlindungan kepada mana-mana Adun Pakatan Rakyat yang merasakan diri mereka tidak selamat, pihak polis akan mengiring Adun tersebut untuk sampai ke Dewan.

Menurut beliau, PAS tidak tahu menahu tentang demontrasi besar-besaran oleh pihak tertentu pada 7 Mei itu sehinggalah pimpinan parti membaca akhbar kenyataan yang dibuat oleh Dato' Zambry Abdul Kadir yang menyatakan akan berlaku demontrasi besar-besaran oleh pihak tertentu.

"Kenyataan Zambry ini satu provokasi yang membuat tuduhan kepada pembangkang mengenai demontrasi besaran-besaran pada 7 Mei, sepatutnya Zambry dipanggil oleh pihak polis ekoran kenyataan provokasinya itu," tegas Ahmad awang.

Beliau bimbang kenyataan provokasi daripada Zambry itu merupakan satu taktik dari Umno/BN yang akhinya nanti pihak tersebut yang merancang dan mengadakan perhimpunan besar-besaran itu.

"Apa yang berlaku pada 3 Mac lalu jelas ada pihak tertentu di bekalang Umno yang membuat provakasi sehingga mencederakan orang ramai, tetapi PAS menghadapinya dengan cukup sabar kerana tidak mahu menimbulkan pergaduhan dan kekacauan," katanya.

"PAS telahpun membuat laporan kepada pihak polis tetapi sehingga ini tidak ada tindakan dari pihak polis terhadap kumpulan tertentu yang mencetuskan kekacauan itu," katanya.

Beliau turut menasihati ahli dan penyokong PAs supaya tidak terlibat dalam demonstrasi besar-besaran itu kerana dibimbangi ada pihak tertentu yang merancang dan melakukan perbuatan yang tidak diingini yang akhirnya nanti PAs dituduh sebagai dalang menganjurkan perhimpunan itu, inilah yang Umno/BN mahu dan harap-harapkan. - mns_

Rabu, April 29, 2009

HIMPUNAN RAKYAT BAGI MENDESAK KABINET MENARIK BALIK KEPUTUSAN MENUKAR AGAMA ANAK

1 Mei 2009 (Jumaat)
Perkarangan Masjid Kg. Bharu Kuala Lumpur.
Selepas Solat Jumaat

Anjuran
Dewan Pemuda Pas Wilayah dan Lajnah Dakwah & Pembelaan Islam DPPP

Seluruh Pemimpin Umat Islam, Ahli Politik, NGO dan rakyat diseru untuk hadir

Selasa, November 18, 2008

INFO:

ASAL USUL SOLAT

SUBUH:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s., iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.

Rakaat pertama
:- Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua:-
Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.


ZOHOR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s.,iaitu tatkala Allah s.w.t. telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.

Rakaat pertama
:- Bersyukur bagi penebusan .
Rakaat kedua
:-
Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya .
Rakaat ketiga
:-
Bersyukur dan bermohon akan keredhaan Allah.
Rakaat keempat
:-
Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.


ASAR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu:

Rakaat pertama
:- Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua
:-
Kelam dengan air laut .
Rakaat ketiga
:-
Kelam dengan malam.
Rakaat keempat
:-
Kelam dengan perut ikan Nun .


MAGHRIB:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut, iaitu:

Rakaat pertama
:- Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua
:-
Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga
:-
Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga.


ISYAK:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir.Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

Rakaat pertama
:- Dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua
:-
Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga
:-
Dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat
:-
Dukacita terhadap anak Firaun .

Terbitkan makna dalam kita mengerjakan solat semoga dengan memahami bacaan akan membuat kita lebih khusuk dalam solat”.

Allah Maha Besar (Takbiratulihram)
Doa Iftitah

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, Ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak
menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.


Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal

Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku, Rahmatilah daku, kayakan daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.


Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.


Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

Sumber: Email dari Saudara Rosli Zakaria - Bahrain