Showing posts with label Ella. Show all posts
Showing posts with label Ella. Show all posts

Tuesday, 10 July 2012

Coret-Coret 'Dua Insan Bercinta' Sekitar Majlis Pernikahan Ella dan Azhar Ghazali

Coret-Coret 'Dua Insan Bercinta' Sekitar Majlis Pernikahan Ella dan Azhar Ghazali



1
Hanya sekali lafaz saja, penyanyi lagu Sembilu dan Pengemis Cinta itu sah menjadi isteri kepada Azhar pada jam 10.20 malam di depan Pendaftar Nikah Qariah Teluk Gadong, Klang, Haji Baharuddin Abu Bakar.

2
Majlis akad nikah itu mengalami sedikit kelewatan kerana terdapat masalah elektrik, namun semuanya dapat diselesaikan sejam kemudian. Seperkara yang boleh dikatakan, Ella seorang yang ‘super cool’ kerana tidak sesaat mengeluh, sebaliknya yakin ada hikmah di atas dugaan itu.

3
Pihak Ella menyerahkan sembilan dulang hantaran iaitu beg sandang dan kerja jenama Gucci serta Calvin Klein, alat penjagaan diri Calvin Klein, kek, kamera Canon jenis G1X, pewangi Annick Goutal, jam tangan Tag Heuer, sebentuk cincin dan sirih junjung.

4
Pihak pengantin lelaki pula membalas dengan tujuh dulang hantaran termasuk senaskhah al-Quran, kek, kelengkapan solat, manisan, wangian daripada jenama Annick Goutal, sebentuk cincin, sirih junjung dan mas kahwin serta wang hantaran RM50,300.

5
Majlis akad nikah Ella dan Azhar dihadiri lebih 1,000 tetamu yang terdiri daripada keluarga, sanak-saudara, teman, wakil media dan peminat yang tidak mahu melepaskan peluang melihat peristiwa bersejarah ini.

6
Majlis akad nikah ini bagaikan mengangkat warna putih sebagai tema dan konsep kerana selain busana Ella dan persalinan Azhar yang mengenakan warna ini, dekorasi dan hiasan di setiap sudut di kediamannya juga menggunakan warna putih termasuk bunga-bungaan.

7
Protege Ella, Caroline yang baru menjadi juara dalam program Mentor sempat menghiburkan tetamu dengan lagu Ombak Rindu, selain anak saudara Ella yang kini sudahpun menjadi penyanyi, Kaka yang juga menyumbangkan sebuah lagu.

8
Ella disolek kakaknya, Saidatul Nisa yang juga jurumekap terkenal selain bajunya direka khas pereka fesyen popular, Syaiful Bahrim.

9
Kakaknya yang juga pengurusnya selama ini, Jojie Aminuddin dan pembantu peribadinya, Nadia Fihat adalah insan paling sibuk dalam menguruskan perjalanan majlis dan memastikan semuanya berjalan lancar.

Read more ...

Sunday, 8 July 2012

KOLEKSI GAMBAR : Sekitar Majlis Pernikahan Ella dan Azhar Ghazali, Teluk Gadong

KOLEKSI GAMBAR : Sekitar Majlis Pernikahan Ella dan Azhar Ghazali, Teluk Gadong Pada 07 Julai 2012

Alhamdulillah, akhirnya Ella atau nama sebenar Ella, Nor Zila binti Haji Aminuddin menemui jodoh.. Dengan sekali lafaz, ratu rock negara, Ella yang kini berusia 45 tahun, sah bergelar isteri kepada Azhar Ghazali dalam satu majlis akad nikah yang berlangsung di Teluk Gadong, Klang Selangor..

Suami Ella ialah seorang juruterbang di syarikat penerbangan Firefly.. Sebelum majlis pernikahan dijalankan, mereka terlebih dahulu mengikat tali pertunangan.. Alhamdulillah sekitar pukul 10.30 malam tadi, mereka  telah dinikahkan oleh Tuan Haji Baharudin Hj Abu Bakar.. Ella sah bergelar isteri kepada Azhar Ghazali nilai dengan mas kahwin RM50,300.

Tahniah kita ucapkan kepada Ella dan suami.. Kita sama-sama doakan semoga mereka kekal bahagia sehingga ke akhir hayat.. -Olahan daripada SUMBER


Gambar: Di Sekitar Majlis Pernikahan Ella & Azhar Ghazali, Teluk Gadong



Sumber Gambar daripada Rotikaya

Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
Read more ...

Sunday, 27 May 2012

MENTOR 6 ; SEPARUH AKHIR MINGGU 1 - Caroline (Protege Ella) Mendahului Tanpa Markah Juri Tetap

(27 MEI 2012) MENTOR 6 ; SEPARUH AKHIR MINGGU 1 - Caroline (Protege Ella) Mendahului Tanpa Markah Juri Tetap


Persembahan malam ni adalah persembahan solo dan duet bersama dengan Mentor masing-masing.. Markah yang diumumkan tanpa markah juri tetap yang dirahsiakan.. Hanya markah Juri Awam dan SMS je yang diumumkan.. Anas memulakan persembahan, diikuti Tisha, Zatul dan Caroline.. Nampaknya, tanpa markah dari juri tetap, Caroline mendahului dengan 28 markah.. Anas dan Zatul dengan 27 markah manakala Tisha paling rendah dengan 18..

Published with Blogger-droid v2.0.4

--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
Read more ...

Sunday, 6 May 2012

Keputusan Mentor 6 Konsert Ke-3 Kumpulan B - Caroline Masih Mendahului

 06 Mei 2011 : Persembahan KJ duet Forteen, Caroline duet Cliff Umar dan Zatul duet Shima.. 


Minggu ni merupakan Konsert ke-3 Kumpulan B.. Mereka perform lagu solo dan berduet dengan artis undangan.. KJ (Protege Adam) memilih Forteen, Caroline (Protege Ella) memilih Cliff Umar dan Zatul  (Protege Ogy Ahmad Daud) memilih Shima.. 

Caroline masih mendahului Kumpulan B seperti mana Kumpulan A yang mana Anas mendahului.. KJ dan Zatul bergerak seiring dan berbeza 1 mata sahaja.. Markah Konsert Ke-3, Caroline dengan 67, Zatul dengan 54 dan KJ dengan 53.. Manakala Himpunan Markah : Caroline (196), Zatul (170), KJ (169..)

--------------------------------------------
Entri menarik yang perlu korang terjah :

Read more ...