Showing posts with label Syarul Ridzwan. Show all posts
Showing posts with label Syarul Ridzwan. Show all posts

Thursday, 5 November 2015

Drama Kau, Aku, Kita Episod 4

Drama Kau, Aku, Kita Episod 4 | Assalamualaikum w.b.t.. Semalam dah tayang drama Kau, Aku, Kita Episod 3 yang mana Aus dan Iman selamat dinikahkan dan dipaksa oleh daddy Aus pergi honeymoon.. Seperti yang dijanjikan oleh mereka, mereka hanya akan berkahwin atas kertas sahaja.. Yang lain-lain tidak akan berlaku.. Disebabkan si Aus ni memang suka menyakat si Iman, sudah dua kali Iman terluka kerana gurauan yang kasar padanya.. Tapi dalam masa yang sama, Aus sebenarnya juga ingin menguji samada Iman ada perasaan sayang terhadapnya atau tidak.. So malam ni nampaknya akan ada scene menarik lagi antara mereka.. Al-maklum kan sekarang berkisar ala-ala kahwin paksa tanpa perasaan yang ditonjolkan.. 



Lakonan antara Syarul Ridzwan dengan Janna Nick memang bersahaja kot.. Keserasian tu ada.. Syarul Ridzwan jarang rasanya dapat watak macam ni.. Selalu eatak serius dan sewaktu dengan nya.. Yang Janna Nick pula nampaknya macam menggabungkan watak dia masa drama Jodoh dan Syurga Nur.. Apa-apa pun selamat menonton drama Kau, Aku, Kita Episod 4 malam ni.. Untuk Tonton Online Kau, Aku, Kita Episod 4, boleh google malam nanti.. Sure ada punya!


Read more ...

Saturday, 31 October 2015

Rupanya Syarul Ridzwan Orang Kelantan

Assalamualaikum w.b.t.. Tiba-tiba rasa nak buat entri ni.. Wife pernah beritahu yang kawan dia sepupu kepada Syarul Ridzwan ni.. So maksudnya mungkin orang Kelantan.. Tapi tak pernah terbaca pulak yang dia ni orang Kelantan kan.. Tapi lepas tengok drama Kau, Aku, Kita Episod 1 & 2 Rabu, Khamis lepas, dalam drama tu dia cakap Kelantan..Oooo ok.. Confirm la dia orang Kelantan ni.. Lepas google, memang betul asal Kelantan walaupun lahir di Pahang.. Ramai juga orang Kelantan jadi artis ni rupanya.. Itu je tujuan entri ni.. Hehe...


Masa promo drama Kau, Aku, Kita di TV3 sebelum ni, tak teringin pun rasa nak tengok.. Tapi lepas tak sengaja tengok hari Rabu lepas, tapi dah sekerat jalan drama Kau, Aku, Kita, best pulak lakonan dua pelakon hero heroin ni.. Jalan cerita pun best.. So untuk hari Khamis, terus rekod sebab malam tu ada aktiviti di luar bersama family.. Next week, confirm rekod.. Tak sempat tengok live, boleh la tengok yang rekod kan.. 

Read more ...

Sunday, 17 November 2013

Syarul Ridzwan, Pelakon Drama SweetHeart Fantasia

Syarul Ridzwan, Pelakon Drama SweetHeart Fantasia

Syarul Ridzwan, Pelakon Drama SweetHeart Fantasia | Asssalamualaikum w.b.t.. Siapa-siapa yang tengok drama Love You Mr. Arrogant, mesti kenal mamat ni.. Syarul ni memegang watak sebagai lelaki psiko bernama Faisal yang gilakan Zaara tu.. Dalam pada tu, Eraz perasan dia ada berlakon dalam Maskara di TV1, Kisah Cinta di TV3 dan lain-lain yang tak dapat dikesan..

Lagi info, Syahrul Ridzwan ni salah seorang finalis Hero Remaja bersama Fattah Amin, hero drama Playboy Itu Suami Aku.. Terbaru Syarul Ridzwan muncul sebagai Hero untuk drama Online, SweetHeart Fantasia.. Lakonan bersama Emma Maembong.. Drama ni takde di TV.. Hanya di Tonton.. Itulah serba sedikit yang boleh Eraz share.. Wassalam..

#Untuk bioada dan profile Syarul Ridzwan, boleh klik entri INI..

Read more ...