Azwar Syuhada

Tuesday, 25 February 2025

Bufet Ramadan 2025 Nearby KL: Membawa Konsep Citarasa Sedunia di VE Hotel & Residence
7:44 am0 Comments

| Bufet Ramadan 2025 Nearby KL: Membawa Konsep Citarasa Sedunia di VE Hotel & Residence | Ramadan tiba, ramadan tiba! Selang beberapa hari sahaja lagi kita bakal menyambut bulan Ramadan, memandangkan puasa pertama jatuh pada hari Ahad, mesti ada yang tak akan lepaskan peluang untuk berbuka bersama keluarga kan. Tambah-tambah yang hidup merantau. Buat mereka yang tengah mencari port menarik untuk berbuka puasa bersama family akan datang jangan risau, aku akan share beberapa lokasi bufet ramadan yang affordable dan for sure makanan sedap. Lokasi pertama yang aku ingin share adalah Bufet Ramadan 2025 nearby Kuala Lumpur iaitu di VE Hotel & Residence. Jom tengok apa menu menarik pada tahun ini.






 

Citarasa Sedunia Merupakan Tema Bufet Ramadan di VE Hotel & Residence


Sempena bulan Ramadan yang bakal tiba beberapa hari ini, VE Hotel & Residence sukacita mengumumkan pelancaran Bufet Ramadan Citarasa Sedunia. Kalini mereka menjanjikan pengalaman kulinari yang dipenuhi dengan pelbagai hidangan lazat dari masakan tempatan sehinggalah antarabngsa. Ada lebih 100 hidangan pilihan makanan yang ditawarkan, daripada hidangan tradisional yang confirm ada sehinggalah hidangan antarabangsa, yang pasti hidangannya mengenyangkan dan puas hati.



Lebih 100 Menu Akan Disajikan Bufet Ramadan 2025 di VE Hotel & Residence


Para tetamu yang hadir akan disambut untuk dibawa ke barisan utama apabila masuk sahaja restoran dimana hidangan panas, yang dibuat dengan bahan-bahan tempatan. Antara juadah yang tak boleh dilepaskan untuk dicuba adalah seperti Ayam Kalio yang mengancam, Daging Masak Hitam yang lembut isinya, Kambing golek, kesemua hidangan menawarkan perjalanan kulinari yang menarik dan unik, paling penting sedap ya. Nak-nak Kambing goleknya memang padu.










Pada mereka yang gemar makan keju, pengalaman kuliner yang luar biasa menanti di stesen Cheese Wheel Pasta di mana setiap pesanan dibuat selama-lamanya. Pasta al-dente mula-mula akan dimasak dengan sos alfredo truffle berkrim kemudian dituangkan ke dalam roda keju, membolehkan perisanya meleleh dan meresap ke dalam setiap gigitan. Keunikan yang luar biasa untuk Bufet Ramadan kali ini.



Bukan itu sahaja, sebagai tambahan kepada barisan menu utama, tetamu turut diberi peluang untuk teroka stesen menu yang lain yang menyajikan hidangan yang menarik. Sampai sini jangan malu jangan segan, manjakan diri korang menjamu selera dengan hidangan kegemaran, seperti Kambing Golek, Satay Ayam & Daging, Roti John pun ada, sajian bakar-bakar sotong, ikan pari turut ada. Tetamu hanya perlu buat pilihan dan staff dekat situ akan bantu.  Stesen Kebab disediakan untuk tetamu memilih antara protein pilihan mereka dan sos untuk menemaninya.










Selain itu, korang turut berpeluang untuk selami gerai Dim Sum, dimana juadah kukus menanti dibahagian luar. Sebagai alternatif, nikmati Claypot Asam Pedas, di mana korang boleh pilih apa yang anda ingin gandingkan dengan kuah asam pedas yang menggoda, memberikan pengalaman yang selesa dengan setiap sudu. Buat mereka yang inginkan kemesraan dan keselesaan, stesen Soup kami mesti ada untuk berbuka puasa. Direbus untuk tempoh yang lama, pilihan yang lazat ini juga mempunyai 5 tambahan protein tambahan, memastikan pengalaman yang boleh disesuaikan yang memenuhi setiap keinginan. 
Bufet Ramadan kami tahun ini bukan sahaja meraikan kepelbagaian rasa yang kaya tetapi juga mencerminkan semangat dan dedikasi pasukan kulinari kami. Kebanyakan hidangan ini telah melalui pusingan rasa yang ketat dan penghalusan. Setiap hidangan disediakan dengan teliti dengan teliti dan perhatian terhadap perincian , menjanjikan pengalaman makan yang tidak dapat dilupakan untuk tetamu kami yang dihormati.

Dapur kami juga disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) supaya tetamu boleh menjamu selera dengan tenang kerana mengetahui makanan yang mereka makan adalah halal dan berkualiti tinggi. Kami mengalu-alukan kedatangan semua orang ke Citarasa kami. Makan Malam Bufet Sedunia dan menyambut bulan mulia bersama-sama. - Menurut Chef Izan Najib, Chef Eksekutif di VE Hotel & Residence 










Harga Bufet Ramadan 2025 di VE Hotel & Residence


Bufet Ramadan Citarasa Sedunia boleh dikunjungi di The Straits Estate, Aras M3 bermula dari 5 Mac hingga 28 Mac 2025. Baucar awal akan tersedia untuk dijual mulai sekarang hingga 4 Mac 2025

𝐂𝐢𝐭𝐚𝐫𝐚𝐬𝐚 𝐒𝐞𝐝𝐮𝐧𝐢𝐚 𝐑𝐚𝐦𝐚𝐝𝐚𝐧 𝐁𝐮𝐟𝐟𝐞𝐭 @ 𝐕𝐄 𝐇𝐨𝐭𝐞𝐥 & 𝐑𝐞𝐬𝐢𝐝𝐞𝐧𝐜𝐞 

Tarikh : 5 March to 28 March 2025
💫𝚁𝙼𝟷𝟼𝟾+ 𝚙𝚎𝚛 𝚊𝚍𝚞𝚕𝚝
💫𝚁𝙼𝟾𝟺+ 𝚙𝚎𝚛 𝚌𝚑𝚒𝚕𝚍 (𝟼-𝟷𝟸 𝚢𝚎𝚊𝚛𝚜 𝚘𝚕𝚍)
💫𝚁𝙼𝟷𝟶𝟾+ 𝚏𝚘𝚛 𝚜𝚎𝚗𝚒𝚘𝚛 𝚌𝚒𝚝𝚒𝚣𝚎𝚗


EARLY BIRD UNTIL 4 March 2025
💫𝚁𝙼𝟷𝟷𝟾+ 𝚙𝚎𝚛 𝚊𝚍𝚞𝚕𝚝
💫𝚁𝙼𝟻𝟿+ 𝚙𝚎𝚛 𝚌𝚑𝚒𝚕𝚍 (𝟼-𝟷𝟸 𝚢𝚎𝚊𝚛𝚜 𝚘𝚕𝚍)


Waze:  The Straits Estate
Level M3, VE Hotel & Residence
(Kitchen here certified-halal by JAKIM)


Untuk makluman atau sebarang tempahan boleh terus e-mel dine@vehotel.com atau hubungi +603 2246 2888
Reading Time:

Sunday, 16 February 2025

Pengalaman Kaki Patah: Journey of My 5th Metatarsal Fracture (Part 2)
9:16 pm0 Comments

 Salam and Hi guys!


I'm back! Alhamdulillah, finally I dah boleh jalan seperti sediakala. 31/1/2025 haritu aku officially remove simen, dan balik tu terus praktis jalan. Result X-Tray menunjukkan tulang makin pudar. tinggal sikit lagi dia kata boleh remove, tapi jangan terlalu lasak dan jangan langgar apa-apa buat kaki yang sakit ini. Even 7 weeks pakai, dia punya azab sangatlah seksa sikit. Pergerakan terbatas, simen berat, tak boleh letak kaki yang sakit kena lantai. Memang banyak terbaring atas katil, kalau bergerak pun pergi ke dapur, toilet, solat. Solat pun duduk dekat kerusi sepanjang kaki bersimen.




Week 2, after remove simen. Nampak je gagah time ini, tapi struggle nak jalan, sebab tumit sakit. Masih baharu untuk jejak kaki ke tanah. Lepas remove simen, korang jangan terkejut kalau kaki korang kecik sebelah (bahagian bersimen). Sebab dia dah lama terperap tak kena matahari,jadi kecut sedikit. Jadi, lepas remove memang kena banyak buat senaman kaki. 


31/1/2025: Result Check Up Bahagian Ortopedik, UM



Inilah result 31/1/2025. Belah kanan adalah result pada 17/1/2025, waktu ini doktor bagitau memang ada improvement, tapi tak boleh remove simen lagi, katanya terlalu awal. Jadi kena tunggu 2 minggu lagi, memang sangat mendebarkan bila nak dekat 31/1/2025. Otak pikir, dah boleh buka ke belum, ke sambung. Nak stress sangat pun tak boleh, nanti lagi bertambah sakit. Jadi, redha, dan tawakal. Ini kali memang berehat betul-betul dekat rumah mak. Awal kena haritu aku check in rumah moksu aku dalam 2 minggu, lagi 3 minggu lebih aku balik Kuala Langat. Mak akulah kena capaikan apa aku nak, dapatlah rasa sikit acah-acah mem sekejap. 


Dahlah aku ni jarang ke hospital, ini kali memang aku berturun tangga jugalah ulang alik hospital. Anggap sahajalah sakit ini penghapus dosa, mungkin Allah nak bagi ganjaran lebih besar lepas ini. Ameen.


Aku keluar pergi mall pun 2 kali tak silap, tu pun nak wheelchair, family aku bawa. Selebihnya, memang menghabiskan masa dekat rumah. Waktu hujung-hujung tu memang dah redha je. Sepanjang aku kena kuarantin dekat rumah ini, aku banyak habiskan masa buat affiliate, shoot sambil duduk, main dengan kucing, round pusing dapur, makan, baca novel. Memang relax and enjoy the moment.


Sepanjang kaki bersimen ini juga, aku banyakkan minum susu Anlene, 1 x pagi, 1 x belah malam. Sedikit buat senaman kaki, banyak orang putih share dekat tiktok. Boleh buat dekat atas katil. Dan dalam pada masa sama aku ambil magnesium juga (Blackmores brands). Boleh je nak survey brand lain juga. Satu lagi ikhtiar aku pergi Pusat Urutan Haji Daud, Kebun Baru. Ini pun jiran aku rekomen, before this tangan dia patah, dia refer sini lepas pergi hospital. Jadi kebetulan, adik aku masih ada dekat rumah, dialah tukang drive aku ke sini. Aku pergi selang 3 hari sebelum 31/1/2025. Lepas solat Zohor dah gerak. Dalam pukul ambil no. , dekat pukul 4.00pm baru dapat masuk. 



Dah macam hospital juga, pusat Haji Daud ini, rata-rata yang datang adalah kaki/tangan patah. Sini diabuat urutan dan juga baca surah-surah lazim. Jangan bergantung 100%, kalau dah dikatakan boleh pulih Insyallah ada rezeki untuk sembuh. Korang boleh google sahaja, "Haji Daud Sirat, Jalan Kebun"


Aku tak rujuk fisio, last appointment 31/1/2025, lepas buka simen, doktor syorkan praktis jalan sendiri. Dah boleh start pakai 1 tongkat week 1, week 2 dan seterusnya dia suruh praktis lepas tongkat. Alhamdulillah dah berjaya buat. Cuma kaki tak berapa lama tahan berdiri/berjalan lama. Kena banyakkan senaman kaki, tunggu lagi next round ada lagi check up hujung bulan ni. Hopefully semua baik-baik sahajalah.


Ikutkan masa awal datang check up, doktor suggest buat operate, options kedua baru pakai simen. Kalau operate lagi lama cuti, jadi aku prefer kaki bersimen. Even doktor cakap 20%-30% sahaja boleh sambung, tapi kita percaya Tuhan. Dia maha penyembuh segala penyakit. Yang penting korang kena yakin, awal tu murung jugalah sebab aku pikir kerja. Lama-lama aku baru relax sikit. Enjoy the journey, dan perbanyakkan berdoa.



Maksud Ayat-ayat ini seperti berikut : [Surah Yasiin: Ayat 78 dan 79].

78. Serta dia mengemukakan satu misal perbandingan kepada Kami (tentang kekuasaan itu) dan dia pula lupakan keadaan Kami menciptakannya sambil dia bertanya: Siapakah yang dapat menghidupkan tulang-tulang yang telah hancur seperti debu?

79. Katakanlah: Tulang-tulang yang hancur itu akan dihidupkan oleh Tuhan yang telah menciptakannya pada awal mula wujudnya dan Dia Maha Mengetahui akan segala keadaan makhluk-makhluk (yang diciptakanNya)


Amalkan baca ayat 78 & 79 ini dijari kaki/tangan yang patah tersebut. 


Ini gambar latest keluar jenjalan ke Kidzania. Dah lepas tongkat week 2, tapi tak jalan laju still sakit. Jalan lama dah start kebas. Kena banyak buat senaman kaki untuk kuatkan otot.


Biasa tengok orang bertongkat, ni kita dah rasa pengalaman bertongkat dua. Baru rasa nikmat mempunyai kaki. Ya Allah ini kali aku aku insaf dan rasa bersyukur diberikan anggota badan yang sempurna. Even kaki dah pulih, aku tetap kurangkan berjalan ke sana sini, banyak keluar dengan family during weekend, kerja aku pun banyak duduk sahaja. Event orang panggil pun aku terpaksa tolak buat masa ini, bagi ruang untuk diri aku baik sepenuhnya. Alhamdulillah Tuhan bagi aku peluang berpuasa, nak pergi masjid nanti. Week ke-3 ini dah rasa much better, cuma lenguh bengkak still ada. Doktor says bengkak tu normal, need a couple of month juga nak bagi pulih sepenuhnya. Kita ni patuh, jadi dengar je nasihat doktor. 


Aku doakan buat mereka yang baru kena, semoga korang kuat dan jangan putus asa okay. Banyakkan minum susu kalau nak cepat sembuh. Chaiyok!


Thank you for reading guys!

Reading Time:

Wednesday, 1 January 2025

Dugaan Penghujung 2024: Pengalaman Kaki Retak Bersulam Simen
8:42 pm 2 Comments

 |  Dugaan Penghujung 2024: Pengalaman Kaki Retak Bersulam Simen | Siapa sangka dalam keadaan sihat walafiat, tetiba Allah bagi ujian kaki retak baru-baru ini. Ya, nak dijadikan cerita pada hari kejadian 14 Dec 2024, adik saudara aku ajak main bola jaring (malam lepas maghrib). Yang bestnya aku bukan kena waktu main. Tapi lepas main 1 games, aku sedang berjalan nak ke tempat duduk, time tu terpelecok dan menyebabkan kaki bengkak dan bersimen.


Kiteorang tunggu sampai habis games habis, tapi waktu tu jalan dah terhencot-hencot, balik rendam dengan air batu, dah nampak biru. Esok sebelum balik KL, singgah klinik buat X-tray, sekali lepas X-Tray nampak kaki retak sedikit area tepi kaki. Terus doktor tu suruh refer mana-mana hospital untuk baik pulihkan kaki aku yang retak. Esoknya, Isnin (16/12/2024), aku dapat MC satu hari dari klinik, jadi aku terus pergi PPUM untuk check up doktor, bawa sekali X-Tray. Punyalah berpusing cari tempat. Sekali buat mereka yang tak pernah ada appoitment kena pergi Wad Kecemasan dahulu, check doktor sana. Lepas check sana, doktor tu pasangkan simen (bukan simen sepenuhnya sebab dia kata bengkak belum surut) After 1 weeks, datang semula continue pasang fully simen untuk sebulan pula.


Keadaan kaki retak pada 15/12/2024


Pergi klinik, doktor pasang bandage ini sahaja. Simen kena pergi hospital. Waktu ini aku pikir bila boleh sembuh sahaja. Tambah, aku baru je masuk tempat kerja baru. Balik klinik jalan hencot-hencot lagi. Adik and mak aku bawa balik rumah sewa, keesokkan harinya 16/12/2024, aku gerak sendiri pergi PPPUM.




Ini X-Tray pada 15/12/2024


Langkah yang perlu diambil bila kaki terseliuh dan mula bengkak:

Gunakan kaedah PRICE bagi mengelakkan bengkak berlarutan. Jangan sesekali pergi berurut lepas terseliuh dan mula membengkak, dan kalau boleh elakkan tuam dengan air panas. Kaedah PRICE ini bermaksud:

P (Protect): Elakkan kaki yang cedera daripada aktiviti berat.
R (Rest): Rehatkan kaki yang cedera dan hadkan pergerakkan
I (Ice): Rendamkan kaki dengan ice batu bagi mengurangkan bengkak. Jangan biarkan lebih 20 minit, sebaiknya alaskan air batu tersebut dengan kain.
C (Compression): Kemudian, balutkan kaki dengan bandage bagi mengawalkan bengkak
E (Elevation): Apabila baring, cuba letakkan kaki diparas yang lebih tinggi daripada jantung. Boleh timpap dengan bantal. Hal ini bagi, pengaliran darah dapat naik.


Perkara yang WAJIB dielakkan bila kaki terseliuh & bengkak:


Kalau ikutkan orang dulu-dulu prefer cari tukang urut tulang untuk baikkan kaki terseliuh. Tapi zaman sekarang, tukang urut tulang sudah makin berkurang. Ikutkan banyak rawatan yang boleh digunapakai untukpulihkan kaki yang terseliuh dan bengkak tetapi ada beberapa rawatan yang perlu dielakkan bagi mengeruhkan keadaan. Antara rawatan yang perlu dielakkan bila kaki terseliuh dan bengkak adalah:

1) Elakkan Tuam Dengan Air Panas


Jangan sesekali tuam kaki yang cedera dengan air panas. Hal ini membolehkan kaki cedera dituam air panas itu boleh menyebabkan salur darah mengembang. Natijahnya, pendarahan bawah kulit banyak berlaku dan bengkak di kaki akan berlarutan.

2) Jangan Diurut


Elakkan urut pada bahagian yang cedera mahupun kawasan bengkak. Hal ini akan menyebabkan kecederaan semula pada kawasan yang terlibat. Malah kawasan bengkak akan lebih membesar dan kecederaan akan lebih parah sebabkan kita bukan pakar dalam urutan.

3)  Elakkan Berjalan Tanpa Tongkat


Apabila kaki kita terseliuh + bengkak, kita dinasihatkan jalan menggunakan tongkat. Hal ini bagi mengelakkan daripada meletakkan tekanan dan beban yang terlebih pada kaki yang cedera.

Sekiranya, kita jalan tanpa menggunakan tongkat ketika kaki terseliuh, kaki akan lebih sakit dan sakit akan berlarutan.

4) Elakkan Balut Bandage Dengan Ketat


Segelintir orang cedera lebih cenderung balut kawasan yang bengkak untuk beri sedikit tekanan. Namun, harus diingatkan, sekiranya korang buat balutan di kawasan yang bengkak elakkan daripada membalut terlalu ketat.

Balutan yang terlalu boleh mengakibatkan sekatan perjalanan darah di kawasan yang bengkak dan  menyebabkan proses penyembuhan terbantut.


Itu sahaja yang aku boleh kongsi setakat ini, buat masa ini kaki aku masih bersimen. Masih menunggu jawab untuk next appointment. Hopefully ada sinar untuk buka simen pada 17/1/2024 ini.




Apa-apa pun selamat tahun baru 2025 guys! Moga tahun baru ini lebh baik daripada tahun sebelumnya.




Reading Time:

Wednesday, 11 December 2024

Pengalaman Menginap di Bertam Resort Memang Puas Hati!
10:43 am1 Comments

 Salam to all my readers,


| Pengalaman Menginap di Bertam Resort Memang Puas Hati! | Guys, kerja ke tu? Today Selangor cuti. Disebabkan harini cuti, aku nak share another story tahun ini. Ikutkan banyak story aku nak share, tapi kekangan masa nak update dalam blog, tambah-tambah sekarang lagi banyak platform sampai tak terkejar. Aku aktif dekat TikTok & Lemon8 untuk vlog journey aku. Korang rasa masih relevan lagi ke tulis blog ini? Ramai juga kenalan aku yang dah bersara dari dunia blogging. So sad, but yalah kan masing-masing ada komitmen lain. Nak update blog ini kena tunggu mood datang. Tak ada mood, macam mana nak update story kan.


Ayuh mulakan mengimbau kenangan bercuti di Penang. Bulan 7 tahun ini, aku dengan family aku ada pergi bercuti ke Penang. Ini semua plan moksu aku, dia kaki jalan. Kita follow je, kalini yang pergi Moksu, Mak, Aireen, adik aku dan juga bibik, sekali akulah. Abang aku tak join. Sebab kiteorang pergi weekdays rasanya ni. Before this, kalau pergi Penang mesti stay dekat area Pulau. Kali ini kiteorang tak masuk pulau, kiteorang lepak area Bertam, Penang. Tengah-tengah untuk masuk penjuru Kulim, Kedah sana hah. Ini boleh dikira percuti melawat saudara. Kami sempat menyinggah rumah saudara yang duduk di Kedah. Raya memang payahlah nak kemari, bila bercuti baru dann pergi. Dekat Bertam ini kiteorang stay dekat Bertam Resort, Penang. Perghh hotel dia besar gila baq hang. Ayuh tengok, mana tahu ada plan nak datang ke sini cuti sekolah nanti.


Bersar & Selesa Menginap di Hotel Bertam Resort, Penang



Inilah dia Bertam Resort, cantik ya. Kalau ikutkan depan bertam Resort ini, ada waterpark besar macam Sunway Lagoon tu, masuk pun murah. Tapi kiteorang tak pergilah Waterpark tu, mandi manda dalam hotel pun banyak syok. Jom tengok bilik hotel. Macam biasa, aku sebilik dengan moksu, bibik and Aireen, ada 2 katil king dalam tu, toilet siap ada bath tub lagi kot-kot nak berendam. Tak sempatlah nak berendam lama-lama sebab kiteorang keluar memanjang. 



Besar kan, bilik pun luas, ada lagi ruang nak solat. Harus snap gambar lelaju, masing-masing tak sabar nak lenjan atas katil. Tilam bilik hotel mana mampu lawan tilam kat rumah. Hotel gak best, empuk, nyenyak tidur. Bilik ini siap ada balkoni dekat luar, boleh tengok swimming pool lagi. Belah malam memang lawa sebab banyak lampu-lampu. Ramai turun mandi belah malam, siang panas ya.



Ini keadaan bilik air, jangan risau, cermin tu boleh tutup dengan tirai. Bibik punyalah risau, bilik air boleh nampak dari luar. hahaha.. Dah tutup tirai, baru dia lega nak masuk bilik air. Selain bilik hotel best, ada juga kemudahan lain dekat sini, ada playground kanak-kanak, gym, makan breakfast dekat hotel pun sedap, siap ada roti canai lagi tu.

 

Wajib mirror selfie 1 kali. Penginapan 3 hari 2 malam dekat sini memang best. Resort ini memang sesuai sangat bawa family yang anak kecil, atau nak bawa pak & mak (warga emas) datang kesini pun boleh, banyak laluan untuk kerusi roda, staff pun banyak membantu. Pool dia tak boleh nak cakaplah memang besar, feeling dekat oversea gitu.





Inilah dia budak Aireen pantang masuk pool, memang susahlah nak keluar. Nak masuk gembira, nak keluar meraung-raung taknak keluar. Waktu kiteorang pergi tu ramai juga parent bawa keluarga datang bercuti dekat sini. Budak-budak paling happy main dalam pool. Aku pun main gak sekali, rendam-rendam kaki gitu. Bolehlah consider hotel ini lagi, kalau ke Bertam, Penang. 


Sebelum kiteorang check ini hotel, kiteorang sempat singgah ke Kampung Agong, Penang. Hidden gem di Penang juga. Jarak Bertam Report dengan Kampung Agong ini lebih kurang 15 min macam tu, memang dekat. Jom tengok apa menarik di Kampung Agong.


Keindahan Pokok Kelapa di Kampung Agong, Penang


Ada yang pernah datang ke Kampung Agong, Penang? Ini merupakan kali pertama aku jejakkan kaki ke Kampung Agong. Ia meruapakan kampung yang sangat unik dan cantik dengan keindahan Pokok Kelapa yang tinggi-tinggi dan juga sawah padi pun ada. Aku ada terbaca dimana tanah ini mula dibangukan dengan penanaman pokok kelapa dan juga sawah padi pada tahun 1942 oleh penduduk kampung yang bernama Agong, justeru dinamakan Kampung Agong.


Dekat dalam tu memang suasana kampung siap ada rumah kampung lagi. If korang takde kampung, nak feeling-feeling balik kampung boleh datang ke Kampung Agong ni hah. Aku nasihatkan korang datang belah petang or pagi, kiteorang datang nak dekat masuk tengahari, memang panas la ceritanya. Datang petang dapatlah round naik basikal.




Kampung Agong ini beroperasi setiap hari bermula jam 9.00am sehingga 6.00pm. Tiket masuk untuk warganegara akan dikenakan RM10 untuk orang dewasa manakala RM5 untuk kanak-kanak & PERCUMA bagi bawah umur 3 tahun. Bolehlah bawa anak-anak datang berjalan.



Kawasan Kampung Agong ini sangat luas, kiteorang explore mana yang dan je, sebab masing-masing dah kepanasan. Bolehlah masuk list korang kalau datang ke Seberang Perai. Nak-nak cuti sekolah dah nak dekat ini, bolehlah plan bawa family jalan-jalan ke sini pula. 


Kiteorang sangat jaranglah nak berjalan jauh, tapi sekali pergi memang pulun berjalan. Minggu ini family aku berjalan lagi, tapi aku tak ikut disebabkan baru masuk kerja baru. Taknaklah aku ambil cuti. Disebabkan aku tak ikut, kenalah tunggu ole-ole yang dibawanya. Now, kena kerja kuat lagi, next year plan nak berjalan tu banyak, pulus plak kurang.Ayuhlah kerja dan kerja.


Thank you for reading guys!


Reading Time:

Sunday, 8 December 2024

Selamat Ulang Tahun Ke-3 Choco Albab: Misi Membahagiakan &  Melangkah Ke Hadapan
5:51 pm0 Comments

 Salam to all readers,


Selamat Ulang Tahun Ke-3 Choco Albab: Misi Membahagiakan &  Melangkah Ke Hadapan

| Selamat Ulang Tahun Ke-3 Choco Albab: Misi Membahagiakan &  Melangkah Ke Hadapan | Selamat ulangtahun ke-3 Choco Albab! 7 December 2024 berlangsungnya acara ulangtahun Choco Albab di Bangi Covention Centre. Aku turut berpeluang meraikan majlis ulangtahun tersebut. Cukup meriah sekali sambutan utang tahun ke-3 Choco Albab. Choco Albab merupakan  jenama coklat tempatan yang semakin dikenali. 


Acara istimewa ini menandakan tiga tahun usaha gigih dalam membina empayar perniagaan yang bukan sahaja memenuhi citarasa pelanggan, tetapi juga menjadi platform untuk membantu orang ramai menjana pendapatan tambahan.  



Menurut, Pengasas Choco Albab, Said Saiful Fazli Said Aluwi ketika berkongsi kejayaan tiga tahun penuh bermakna ini berkata, misi dan matlamatnya adalah jelas iaitu ingin mencipta perniagaan yang mampu membahagiakan semua orang. 


Beliau yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Saudagaar Asia Sdn Bhd berkata, dalam masa tiga tahun, Choco Albab telah mencapai kejayaan yang membanggakan iaitu membahagiakan sekitar 100 ribu agen dan melahirkan puluhan Crown Leader.  Ia turut menegaskan bahawa Choco Albab adalah satu pencapaian luar biasa hasil usaha sama seluruh pasukan. Beliau turut menggalakkan anak muda yang ingin berniaga, dengan Choco Albab tak perlu pegang produk, mereka sendiri sediakan platform dan akan hantar barang kepada customer. 



Berbekalkan pengalaman dan kepakaran yang saya timba selama 14 tahun dalam dunia perniagaan beliau telah menggunakan ilmu tersebut dan aplikasikannya di Choco Albab. Bukan untuk dirinya sendiri tetapi untuk orang ramai. Bersama berkongsi rezeki dan menjana pendapatan," katanya selepas Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-3 Choco Albab bertemakan Beyond the Star di Bangi Avenue Convention Center pada 7 Disember 2024.


Ketika memulakan perniagaan Choco Albab pada tiga tahun lalu, bukan kekayaan peribadi yang ingin dicari Said Saiful tetapi bagaimana ingin membantu lebih ramai rakyat dapat menjana pendapatan.



Salah seorang agen yang berjaya di Singapore


Komisen Jualan yang Tinggi Sebanyak 42%, & Beri Peluang Kepada Golongan Suri Rumah!


Melalui konsep agen Choco Albab, Said Saiful memberikan komisyen jualan yang tinggi sebanyak 42 peratus, yang tertinggi berbanding sistem agen produk lain di Malaysia. Said Saiful ingin membawa sebanyak mungkin rakyat menjana pendapatan dengan Choco Albab dan memberikan mereka kebahagiaan yang luar biasa.


Choco Albab sediakan platform untuk semua orang buat pendapatan, terutamanya golongan wanita, suri rumah, ibu tunggal dan belia. Ia adalah salah satu cara menjana pendapatan selain daripada ekonomi gig. Tidak memerlukan modal yang besar, yuran penyertaan yang rendah selain agen tidak perlu membeli dan menyimpan produk Choco Albab.


Pada 2025, beliau mnyasarkan 200,000 usahawan bersama dengan Choco Albab, menjadi agen dan meningkatkan Choco Albab sebagai jenama produk berasaskan coklat tempatan nombor 1.


Bersempena dengan sambutan ulang tahun ini, Choco Albab turut melancarkan produk baharu, iaitu Choco Albab Hazelnut Spread yang dijangka menjadi pilihan kegemaran ramai. 


Dengan kualiti premium dan rasa yang memikat, Choco Albab Hazelnut Spread membawa inovasi baharu dalam pasaran coklat tempatan.  


Pemenang Cabutan Bertuah


Sebagai sebahagian daripada visi untuk membantu komuniti, Choco Albab terus membuka peluang kepada mereka yang ingin menjana pendapatan melalui program keagenan. 


Dengan unjuran untuk melahirkan lebih ramai Crown Leader pada tahun 2025, Choco Albab bertekad untuk terus menyemarakkan semangat keusahawanan di Malaysia.  


Dengan kejayaan yang dicapai dan perancangan yang menjanjikan masa depan yang cerah, Choco Albab kini berdiri sebagai jenama yang bukan sahaja memberikan kebahagiaan melalui produk berkualiti, tetapi juga melalui peluang keusahawanan yang mengubah kehidupan.  


Untuk maklumat lanjut mengenai Choco Albab atau program keagenan, boleh layari https://chocoalbab.asia/.





Reading Time: