Insya Allah Sempurna

Pendaftaran dibuka sekarang , hubungi 013 755 7011

Selasa, 31 Disember 2013

Allahyarham Ahmad Ammar dan Abu Ayub Al Ansari di Eyüp Sultan Camii Istanbul.

Menziarahi maqam Abu Ayub Al Ansari R.A (klik gambar untuk imej lebih besar) Masjid Abu ayub Al Ansari Istanbul Kami meninggalkan Bandar Bolu yang sangat sejuk untuk meneruskan perjalanan ke Istanbul. Rasanya perjalanan dari Bolu ke Istanbul adalah perjalanan yang paling menarik. Sepanjang perjalanan, rombongan kami dapat menyaksikan salji yang sangat tebal di kiri kanan jalan. Laluan Bolu - Istanbul Bolu adalah bandar...

Dunia Islam tanpa khilafah selepas kejatuhan Khilafah Osmaniyah 3 March 1924

Islam tanpa Khilafah Perjalanan rombongan kami selama 9 hari mulai 13 - 22 Disember 2013 ke Bumi Anatolia*  banyak menyaksikan kesan peninggalan sejarah hebat umat Islam. Khilafah Islamiyah pernah bersinar di sini. Khilafah Islamiyah juga runtuh di sini. *(Sebelum 3 March 1924 Turki dikenali dengan nama Anatolia) Video ringkas ini menceritakan urutan sejarah umat Islam dari zaman Rasulullah S.A.W hingga kini. Islam melalui fasa...

Ahad, 29 Disember 2013

Kuliah Maghrib Bulan Januari 2014. Jom Kuliah!!

"Barang siapa melalui satu jalan untuk menuntut ilmu , nescaya Allah pemudahkan baginya jalan menuju ke Syurga "- Al Hadith Semua kuliah / Ceramah / Program di bawah diadakan di Tempat : Klik sini untuk lihat lokasi kuliah Surau dan Pusat Tahfiz Ad Diniyyah, No 62 Jalan 2A/5, Taman Bandar Baru Selayang Fasa 2A, Jalan Sg Tua, Batu Caves, Selangor Darul Ehsan. Terbuka untuk semua tiada bayaran dikenakan, semua dijemput...

Sabtu, 28 Disember 2013

Berhenti untuk Solat Jumaat di Masjid Süleymaniye Istanbul Turkey

Masjid terhebat di era Empayer Khilafah Osmaniah berusia 457 tahun (Klik gambar untuk imej lebih besar) Selepas menikmati sarapan pagi di Restoran Sultani yang terletak berhampiran dengan Golden Horn, Istanbul, rombongan  kami seramai 32 orang meneruskan perjalanan menuju ke Süleymaniye Camii. Süleymaniye Camii bermaksud Masjid Sulaiman. Nama Süleymaniye Camii diambil dari nama salah seorang Sultan Khilafah Osmaniah yang...

Khamis, 26 Disember 2013

Menyusuri Selat Bosphorus, mengkagumi kehebatan kubu Mehmet Al Fateh II

Menyusuri Selat Bosphorus (Klik gambar untuk imej lebih jelas) Di Istanbul kami berkesempatan menyaksikan binaan kubu Mehmet Al Fateh II. Kubu ini dikenali dengan nama Rumeli Hisari. (yang bermaksud kubu di atas tanah Rom) Atau dalam bahasa Inggeris disebut Rumeli Fortress Ia dibina oleh Mehmet Al Fateh II bersama tenteranya pada tahun 1452 dalam masa 4 bulan, sebelum serangan besar - besaran terhadap Kota Constantinople. Lokasi...

Rabu, 25 Disember 2013

Video ribuan ikan melompat ke pantai di Lahad Datu

Fenomena aneh yang mengejutkan penduduk setempat ini berlaku di Pulau Tambisan, Lahad Datu, kira-kira jam 9 pagi tadi. Menurut pembaca Sinar Harian Online, Luludaprincess Oja yang berkongsi maklumat itu, kejadian itu disedari oleh penduduk sekitar yang melalui kawasan itu secara tiba-tiba melihat ikan meloncat naik ke daratan. "..situasi ini disedari oleh orang kampung yang kebetulan berada di tepi pantai, melihat kelainan dalam air...

Isnin, 23 Disember 2013

Menziarahi Maqam Maulana Jalaluddin Ar Rumi di Konya Turki

Konya - Sebuah pekan di tengah Turki Perjalanan dari Bandar Pamukkale menuju ke Cappadocia mengambil masa yang agak panjang. Dua belas jam perjalanan dengan menaiki bas. Dalam perjalanan kami sempat singgah di sebuah pekan yang dikenali sebagai Pekan Konya. Sebuah pekan lama, yang dulunya pernah berada di bawah penguasaan kerajaan Rom. Jarak bandar Konya ini dari Pamukkale lebih kurang 495 km. Suhu...

Khamis, 12 Disember 2013

Istanbul - Mu Tunggu Aku Datang!!

Travelog Constantinople 2013 - Siri kedua jelajah Turki. 14 Disember 2013 - 22 Disember 2013 Travelog Constantinople 2013 merentasi beberapa bandar Istanbul - Bursa - Kusadasi - Pamukkale - Konya - Cappadocia - Ankara - Bolu - Istanbul Firman Allah S.W.T  Katakanlah: "Berjalanlah di (muka) bumi, maka perhatikanlah bagaimana Allah menciptakan (manusia) dari permulaannya, kemudian Allah menjadikannya sekali lagi“....