Miliki 3 Buah Buku Istimewa dengan Hanya RM 70! sahaja termasuk Pos.

Miliki 3 Buah Buku Istimewa dengan Hanya RM 70! sahaja termasuk Pos.

Sunday, December 02, 2012

Pemakanan Bijak untuk Si Kecil Prasekolah (4-6 tahun)
Wanie7:30 AM 0 comments


Usia prasekolah adalah zaman yang menyeronokkan bagi anak-anak anda! Si kecil mula menjejakkan kakinya di tadika dan melihat dunia di luar rumahnya. Keperluan nutrien mereka juga meningkat pada peringkat ini. Pastikan anda memberikan pemakanan yang seimbang dan lengkap supaya si kecil dapat melakukan aktiviti harian dengan penuh bertenaga.

Adakah Si Kecil Mendapat Cukup Makanan?

Sesiapa sahaja yang bergelar ibu sentiasa memastikan anak-anak mereka membesar dengan sihat. Setiap ibu ingin melihat anak mereka cerdik belajar, dari saat dia memasuki tadika. Hal ini juga bermakna mereka memerlukan sistem imun yang kuat untuk melindungi mereka daripada jangkitan penyakit apabila mereka bercampur-gaul dan bermain dengan kanak-kanak lain di luar rumah. Bagi memastikan si manja mendapat tenaga yang diperlukan untuk melakukan aktiviti dan nutrien untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangannya.

Anda juga seharusnya memberi perhatian kepada keperluan tambahan si manja yang baru memasuki alam tadika:

Si Kecil Memerlukan Lebih Tenaga!

Keperluan tenaga si manja anda kini meningkat daripada 980 kcal sehari sewaktu dia baru pandai berjalan dan berlari (2-4 tahun) kepada 1,340 kcal sehari. Tidak susah untuk menampung keperluan tenaga tambahan ini. Anda hanya perlu tambah 1hidangan bijirin atau produk bijirin dan ½ hidangan daging atau alternatifnya ke dalam diet si kecil.

Jangan Hentikan Susu

Anda tentu sedar anak anda tidak meminta susu sekerap dahulu. Hal ini adalah perkembangan biasa, tetapi pastikan si manja mengambil 2 gelas susu segar atau produk tenusu setiap hari (iaitu satu gelas kurang daripada yang diperlukan semasa baru berjalan dan berlari).

Walaupun sudah memasuki usia prasekolah, si manja perlu mengambil sedikit makanan tetapi secara kerap – 3 sajian utama ditambah 2 snek yang berkhasiat antara waktu makan, untuk membolehkannya terus aktif sepanjang hari. Berikut adalah contoh saiz hidangan untuk sajian utama dan snek yang berkhasiat untuk diberikan kepada si manja dalam usia prasekolah.


 Recipe & tips extracted from Nutritionists' Choice Cookbook, courtesy of Nutrition Society of Malaysia; to view the entire book, visit www.nutriweb.org.my