Ahad, 22 Disember 2024

Sembelih Ayam Mutiara

 Assalammualaikum

Wak sembelih dua ekor ayam mutiara jantan sebab suka buli ayam dan itik yang ada di kawasan reban. Jom tenguk


Ternakan ayam mutiara.
Ayam mutiara betina wak kurung dalam reban
 sebab mereka bertelur bersepah-sepah.


Sembelih dua ekor ayam mutiara jantan.
Seekor warna berbintik dan seekor putih.


Selesai buang bulu secara manual.


Buang kepala, kaki dan isi perut sebelum dicincang.


Ayam mutiara masak ungkep.


Menu hari ini.
Selamat menjamu selera.

Salam bertani.

Isnin, 16 Disember 2024

Tewasnya Penunggu Dusun

 Assalammualaikum

Dah beberapa kali wak terserempak dengan penunggu dusun ni. Wak pernah cakap kat dia, kalau nak selamat blahlah daripada dusun wak ni. Nak dijadikan cerita, pada pagi tadi wak terserempak lagi dengan dia, tunggu lama suruh dia pergi tapi dia pusing-pusing kat situ aje.

Wak ambil keputusan guna kuasa veto, terpaksa guna kekerasan untuk tamatkan riwayat penunggu dusun yang tidak diundang ini.


King cobra penunggu dusun.


Kepala dia boleh berdiri sehingga 2 meter.
Jadi wak belasah kepala dia dahulu.


Senjata yang dah siap sedia di dusun.
Kayu dengan hujung bercabang untuk memerangkap kepala dia.


Jerut dengan tali.


Hukum gantung sampai mati.


Salam bertani.

Rabu, 11 Disember 2024

WW 578 : Beriani Lamb Shank Wak Gondan

 Salam bertani

Pn is3    : Bapaknya, hari ni kita makan kat luarlah

Wak       : Beres. Kita nak makan kat mana?

Pn is3    : Kita pekena beriani lemseng kat Warong Wak Gondan.

Wak       : Jom


Santapan kami berdua.
Nasi ceduk sendiri, air ambil sendiri, rojak dan papadom
pun ambil sendiri (semuanya boleh tambah)


Ambil satu lemseng aje makan berdua.
Selamat menjamu selera.


Salam bertani.

Rabu, 4 Disember 2024

WW 577 : Jantung Pisang Rebus

 Salam bertani


Menu tengah hari ini.


Regukan dengan tetel gulai asam dan pisang lemak manis.
Selamat menjamu selera.

Salambertani