Adakah ini satu Tabungan???

Showing posts with label Tsunami. Show all posts
Showing posts with label Tsunami. Show all posts

Wednesday, April 11, 2012

Alhamdulillah....Amaran Tsunami di tarik balik!

Assalamualaikum......

Syukur Alhamdulillah....baru aje sebentar tadi di TV3...Berita Terkini baru aje memaklumkan bahawa berita Tsunami telah di tarik balik....walau bagaimana pun adalah dinasihatkan agar penduduk menjauhi kawasan di persisiran pantai sebagai langkah berjaga-jaga.

Bagi Akak  dan keluarga.....amat-amat bersyukur dengan pengumuman ini....mahu tidaknya..gegaran kali ni lebih hebat dari yang berlaku pada tahun 2004. Jadi tak keterlaluan Akak rumuskan...ekoran dari peristiwa hitam yang dulu tu...penduduk di kawasan yang terlibat...jadi cemas.....dan mengambil langkah berjaga-jaga...itu pasal keadaan lalu lintas....terutamanya menghala keluar dari Pulau Pinang....sesak....jambatan Pulau Pinang sarat dengan kenderaan...ini dari apa yang Akak sekeluarga lihat sendiri ketika kami dalam perjalanan balik dari Merbok...selepas pergi menghantar barang untuk anak Akak, Along.

Semasa kejadian gempa..kami dalam perjalanan ke sana....masa tu mungkin kami dalam kereta...jadi tak terasa pulak berlakunya gegaran. Kebetulan Akak dapat panggilan telefon dari Mak Tam Akak mengatakan berlaku gegeran yang sangat kuat....hingga goyang bumbung rumah...dan pasu bunga pun bergerak-gerak...jadi dia dan mummy Akak belari keluar rumah sebab takut jika berlaku runtuhan ke apa ke! Syukur...semuanya selamat!

Tiba aje rumah Along kita orang dapat berita tentang Gempa bumi yang melanda rakyat Acheh......dan seterusnya tentang amaran Tsunami.....jadinya kita tak lama kat rumah Along. terus  aje balik ke Penang....sekitar jam 630 petang....Abang Ipar dari Klang pun dah telefon bertanya khabar....mak ayah kat Alor Setar pun dah risau...maklumlah....kita kat Pulau Pinang...kat sebelah pulau pulak tu....bukannya kat Seberang...Tanah Besar.

Tiba aje kat parking lot...ada lah pulak....seorang kenalan ni...gi cerita yang bangunan Apartment kita orang ni pun tadi dah gegar....sampai semua orang lari turun....siap kata...jambatan dah di tutup.....pelik juga..sebab masa kita balik...jambatan masih beroperasi....dia siap cakap feri pun dah tutup...masa ni belum Maghrib pun lagi....sekitar jam 7 macam tu. Dia kata lagi....jalan ke Georgetown dah ditutup...kereta bomba dan polis dah hadang dan arahkan suruh semua turn back....area Gurney...dikosongkan.....kita orang dengar memang panic juga....have to prepare for the worst to happen....ayat terakhir dia kata....jangkaan will hit about 30KM dari pantai.....jauh jugak tu!

Dan dengan berkat doa dan izin darinya.....tiada sebarang ancaman dan musibah yang telah melanda....Akak  sangat-sangat bersyukur. Walau bagaimanapun......teruslah mendoakan agar tiada lagi gegaran susulan yang melanda kepulauan Sumatera....moga semua rakyat Indonesia yang berada di kawasan yang terlibat terus dipelihara olehNYA.....berada dalam keadaan selamat hendaknya.

Terima kasih buat doa dari semua.......






TSUNAMI WARNING di Penang...Tolong Doakan kami Ya!!!

Assalamualaikum

Hari ini kita di gemparkan dengan berita gempa bumi yang telah menggegarkan Acheh dengan gegaran berukuran 8.9 Ritchter.....Kesan dari gegaran tersebut turut dirasai di Pulau Pinang.....Kedah, Perlis, Perak & juga Kuala Lumpur.

Terkini di maklumkan Tsunami dah hit Thailand.....dan Pulau Pinang dijangka .....sekitar 9 malam....Doakanlah kami ya! Moga Allah lindungi kami di Pulau Pinang. Pantai Port Dickson...pula dijangka...sekitar pukul 2 pagi.Ini maklumat yang diperolehi dari JANGKAAN TSUNAMI DI MALAYSIA 11 APRIL 2012

Hasil Google juga....tentang update Tsunami....banyak yang menjirus ke arah amaran dan jangkaan yang Tsunami dijangka melanda Georgetown sekitar waktu 9:11 malam ini.....kami semua berdebar-debar melihat jam di saat ini.....

Berikut  ialah satu paparan dari you tube yang di upload berikutan kejadian gegaran siang tadi.....



Uploaded by mrjoel1883 on Apr 11, 2012

The moment EARTHQUAKE SHOOK PENANG AT 1643 HOURS 11 APRIL 2012.
It lasted about 20 seconds, long enough to last a lifetime.
I recorded the footage while I was at my construction site at the 5th Floor, Jalan Tanjong Tokong Penang at around 4 45 pm.
I noticed the steel material stored nearby was rattling.. I captured the entire footage with my cell phone. I felt the floor moving from side to side. Then my workers abandoned their tools and all rushed down the stairwell. You can hear my voice "JANGAN LARI' meaning 'don't run'. I bolted too. You can see my cell phone shooting wildly!!! I was shaken!! While i was sending this footage, another after shock took place.... it lasted for 5-8 seconds. Now would another tsunami strike PENANG????. I prayed it would not.

 Joe Lim from PENANG.MALAYSIA