Showing posts with label outstation. Show all posts
Showing posts with label outstation. Show all posts

Friday, December 3, 2010

Kembali Atau Come Back?

Rindunya aku pada paparan google dan blog tercinta ni. Beberapa minggu malah mungkin bulan agaknya aku dak jengah atau 'update' blog wohulu. Banyak sebab banyak hal tak dapat dielakkan yang tak boleh aku ceritakan di sini. Kalau di'listdown'kan pasti tak larat aku nak taip. Tapi punca utama adalah kerana streamyx aku kena potong..!!??? wakakaka... psl takleh bayar la beb. Nak tahu gak kenapa takleh bayar? Biarlah rahsia.


Bila lama tak layan web maka banyaklah info yang aku ketinggalan. Aku tak tau kisah PRK Galas, kalau TV langsung aku tak layan, Harakah kat tempat aku tak terjualnya, tanya orang aku rasa takleh pakai. So gitulah aku di awang-awangan hinggalah aku terbaca info kekalahan Pakatan di TV... TV jugak.

Papepun aku nak ucapkan selamat berpogol di blog wohulu yang tak seberapanya ini meski pun tuan rumah takde, help yourself lah, buat macam rumah sendiri. Sib baik korang tak kenjoh barang-barang dalam rumah ni. Jika tidak letih jugak aku nak 'bersih'kan semula.

Selamat cuti sekolah kepada anak-anak dan guru-guru semoga berhati-hati main banjir.

Monday, December 28, 2009

Bila Banyak Cuti Jadi Malas

Setiap Ahad di Pantai Timur dan Isnin di negeri selainnya adalah hari paling berat kaki untuk melangkah bagi mereka yang bekerja. Hari permulaan kerja yang rutinnya payah untuk memujuk hati supaya menghadirkan semangat memulakan kerja. Hati masih terbuai dengan keselesaan dan kenikmatan bercuti. Dulu aku pernah merasakan seolah hanya jasad di ofis sedangkan roh pula berada kat tempat lain. Semangat!!?? Memang tak ada semangat.


Begitulah juga dengan berblog ni. Jika culas menatap blog atau meng'update' blog maka timbulah perasaan malas. Musim cuti sekolah di negara kita ni terkenal dengan musim orang kahwin selain daripada bertimbun dengan pakej-pakej cuti melancong.

Sementelah lagi bila melibatkan kaum kerabat mengadakan 'bewah' (kenduri). Awal-awal lagi dah kena plan jadual. Mujur berkebetulan anak-nak pun bercuti. Paling koman pun mesti berada di 'lokasi' tiga hari tiga malam yakni dari awal iaitu lapah daging sehinggalah ke akhirnya basuh periuk belanga.

Selang 2-4 hari selepas majlis nikah tu kena ambil bahagian lagi sewaktu adat 'hantar menantu'. Aku bukanlah orang penting tapi kalau keluarga aku tak 'attend' maka adalah insan yang berasa hati. Macam berdosa besar pulak rasanya. Destinasi hantar menantu bukan sejarak kampung sebelah tapi jauhnya melangkaui sempadan negeri. Huhh jenuh... kereta yang uzur ni bimbang nanti buat hal.

Fahamlah kan bila outstation bertukar lokasi banyaklah halangan untuk akses ke blog. Kadang-kadang kat lokasi tu takde wifi. Maka susahlah nak curi-curi akses. Walau ada streamyx broadband tapi tak tergamak nak ambik wayar ethernet tu nak cucuk kat laptop aku. Apa pulak kata orang bila tengok aku ntah buat apa sorang-sorang menyuruk. Nanti orang nampak kita ni jenis manusia berat tulang atau 'hamok gheng' kata orang Ganu.

Jadi selama 3 hari 3 malam tu memang situasi perasaan aku senantiasa resah gelisah bengang dan macam-macamlah. Siapa 'kaki' internet mesti tau lah. Kalau tak dapat akses sehari je kat website pasti macam cacing kepanasan. Geliang geliuk tak senang duduk. Ada je yang tak kena.

Tapi bila masuk 2-3 hari lain pulak jadinya. Perasaan bosan akan bersarang manakala sikap malas akan masuk jarum. Hati jadi tawar. Jejari macam keras. Kepala macam bosan.

Nak pulih balik kena ambil masa sikit. Agaknya inilah ragam kaki internet.

Sunday, November 29, 2009

Sekitar Majlis Qurban UPU Jambu Bongkok


Hari Raya Qurban Kedua, Sabtu 28 Nov 2009: AJK cawangan dan ahli Qaryah Kg Jambu Bongkok telah mengadakan majlis qurban dengan jayanya. UPU Jambu Bongkok terletak di dalam DUN Pengkalan Berangan, Parlimen Marang. Kehadiran ahli semua peringkat tua muda, muslim dan muslimat begitu memberangksangkan dan telah banyak membantu menambah perisa memeriahkan lagi majlis tersebut.

Sebanyak 5 ekor lembu telah diqurbankan. Meskipun berskala kecil tetapi sambutan serta kerjasama daripada para ahli yang hadir telah menggamatkan suasana, mempereratkan silaturrahim selain memperkukuhkan kerjasama sesama ahli dan bukan ahli Pas JB.

selepas lembu disembelih...

kita minumm duluu.....

muslimat pun sama-sama ringan tulang

dua 'sifu' sedang khusyuk berbicara tentang qurban

kerja-kerja melapah sedang rancak

sambil lapah pun sempat posing..?? nanti ada yang masak sup jari kang.

"huhh..penat jugok weiii kerobek kepala lembu ning"...

menimbang daging qurban untuk diagih-agihkan

Pihak jawatankuasa cawangan Pas Jb dan pengelola majlis qurban ini amat mengharapkan agar majlis sebegini dapat diadakan lagi pada tahun mendatang dengan izin Allah.

Wednesday, September 2, 2009

Kurma Dan Zam-Zam Abg Mad

Dua hari lepas ada sorang budak bermotosikal datang menghampiri rumah bapak aku. Terkebetulan aku sedang berehat kat kampung waktu tu.

Dalam raga motosikalnya ada beberapa kotak berwarna biru. Setelah memberi salam lalu dihulurkan satu kotak kepada abah. "Ayah yang suruh berikan ke abah", katanya. Majoriti orang kampung membahasakan abah pada bapak aku.

Setelah dibawa masuk terus aku peratikan kotak bungkusan tersebut. Jelas tertera gambar MB Ganu AbgMad. Tiada lambang Umno. Cuma logo kerajaan negeri yang ada. AbgMad cuba bersentimen me'masyarakatkan pentadbiran'. Satu langkah licik.

Aku duk fikir pasti mahal pakej kurma dan air zam-zam ni. Dengan rekabentuk kotak serasi dengan warna kelihatan sungguh versatile.

Tak lama kemudian keluarlah laporan bahawa AbgMad membelanjakan RM8.3 juta ringgit untuk menghasilkan 300,000 karton kotak pakej tersebut. Maknanya setiap kotak berharga lebih kurang RM27.00. Mahal juga tu dengan setia kotak mengandungi 30 biji kurma dari 3 jenis berlainan bersama 500ml air zam-zam. Eksklusif la idea AbgMad.

Jika mengikut perkiraan anggaran 300,000 karton bermakna setiap rumah di Terengganu akan dapat menikmati satu pemberian AbgMad. Namun yang herannya selepas itu masih kedengaran rungutan dari kebanyakan rakyat yang tidak mendapat pemberian tersebut, terutamanya yang berseteru dengan JKKK lahabau.

JKKK hampeh amat bencikan rakyat pembangkang lebih dari sikap benci oleh pemimpin mereka. JKKK lah yang banyak bikin kacau bilau dan pecah belah dalam masyarakat.

JKKK telah terlebih makan taik jampi Deris. Arahan AbgMad dikesampingkan. AbgMad depa tunggeng pungguq aje. Koman la nampak AbgMad.

Sebab tulah AbgMad naik angin hingga terkeluar bahasa yang 'tak pernah didengar' iaitu beliau mengarahkan JKKK yang tak boleh laksanakan tugas dengan baik supaya meletak jawatan.

Eloklah tu AbgMad keluarkan amaran walaupun terlewat. Pecat aje JKKK yang sememangnya Kacau Kampung dan Kencing rakyat. Lantik yang betul-betul berwibawa dan tidak terlalu bias membenci pembangkang.

Tapi yang tak best nya AbgMad salurkan projek kurmazamzam ni pada kroninya. Sememangnya lah kroni. Budaya BN. Zaman Deris guna kroni Deris. Kini giliran AbgMad pulok.

Tapi petang itu aku dapat kecap juga hadiah AbgMad. Terimakasih la bebanyak.

Wednesday, May 27, 2009

Sibuk Banget

Kejang blog aku sehari dua ni. Tadok masa nak update. Dok tau la nok kata sibuk, tidak la balah mana sibuk. Nok kata dok sibuk memang pun ada kerja nak dibuat. 


Sepintas lalu je menjenguk. Dok sempat nok posting. Tadok masa? Tadok idea? Kedua-duanya pasti. Suratkabor pon dok sempat nak belek. 

Dengor-dengor kat kedai kopi, pasaraya, pasar biasa dan ofis, orang duk ulang citer tu ler je. Muak jugok kalu hari-hari dihidang cerita yang sama. Cuma hok menarik sikit kisah tentang persiapan Muktamar Pas pada bulan Jun depan.

Kisah Muktamar bukan sekador berita atau laporan dalam akhbar-akhbar lawan arus malah Media Prima pun tumpang semangkuk. Tak habis-habis dengan mangkuknya Media Prima ni. 

Tapi elok juga la sekali-kala Media Prima cuba lapor yang betul pasal pembangkang. Sekurang-kurangnya menjadilah ia mangkuk seramik yang cantik, taklah senantiasa jadi mangkuk hayun.

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET