Pengikut

Memaparkan catatan dengan label Terumbu Layang-Layang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Terumbu Layang-Layang. Papar semua catatan

Selasa, 29 Januari 2013

Mimpi Di Siang Hari

Sambungan daripada coretan di sini. Dari aspek pembinaan runway di Pulau Layang-Layang, bukanlah sesuatu yang menakjubkan jika dibanding dengan pembinaan Lapangan Terbang Kansei, Jepun, berikut...

Lapangan Terbang Kansei dibina di atas 100% pulau binaan manusia

Perbezaannya ialah proses mentransformasikan Terumbu Layang-Layang. Ia diawasi oleh negara-negara berkepentingan yang tidak senang dengan tindakan Malaysia. Pengisytiharan negara terhadap terumbu-terumbu terbabit telah mendapat bantahan daripada negara-negara tertentu, rujuk di sini

Kapal TLDM & pesawat maritim sentiasa membuat rondaan bagi mengelak sebarang kemungkinan

Macam saya katakan dalam coretan sebelum ini, peranan kami - yang menurut perintah/your obedient servants - hanyalah melaksanakan arahan orang atasan. Orang macam saya di peringkat bawahan, tidak terlibat dalam sebarang perbincangan dan perancangan di atas sana. Tugas kami mudah saja...Arahan suruh terbang...Terbang. Apa yang saya coretkan dalam buku dan blog ini hanya sepintas lalu dari faktor kemanusiaan. Bagaimanakah agaknya di peringkat tertinggi negara? Pelbagai faktor perlu diambil kira oleh para perancang....sejarah, perundangan, hubungan antarabangsa, ekonomi,  dll. Paling penting sekali, keazaman pemimpin negara yang sedia menghadapi apa jua risiko bagi menentukan kehadiran negara di Laut China Selatan dan juga Selat Melaka.

Negara bernasib baik kerana ramai di antara para perancang, seperti xPM, Pak-Pak Menteri, PAT, Pak-Pak Jeneral, KSN/KSU, dll, masih hidup. Dalam majlis tersebut, jika diadakan, para peserta boleh mengajukan soalan untuk mendapatkan penjelasan 'from the horse's mouth' itu sendiri (meminjam kata-kata xPM di sini). Tak perlu lagi nak buat kajian/penyelidikan; tak perlu le nak memikiokan pelbagai hipotesis  itu & ini;  tak perlu mempertikaikan tindakan depa itu & ini semuanya tak kena le; dan entah apa benda lagilah! Semuanya terjawab kerana depa semua masih bernafas untuk menjelaskannya...tanya sajalah! 

Atau memadai pengkaji sejarah atau rakyat mendapat bahan daripada 'Wikipedia' saja...mungkin lebih meyakinkan kut!!! 

Pada pandangan simejar pencen ini, bio le maklumat ini diketahui oleh semua rakyat. Jadikanlah  kehilangan Pulau Batu Puteh satu pengajaran yang begitu mahal. Difahamkan, 2 punca utama keputusan ICJ tidak memihak kepada kita ialah kerana 'kehilangan' surat 'pindah milik' dan tiada penempatan orang kita di sana!! Jika isu Pulau Layang-Layang dan 4 buah lagi stesyen dibawa ke mahkamah tersebut, saya percaya alasan-alasan itu tidak lagi relevan....wallahualam.  

Kalaulah ada yang bertanya apakah impian saya untuk 'menghargai' usaha saya yang tak habis-habis menghidupkan cerita tentang topik ini, jawapannya ialah saya banyak-banyak bersyukur sekiranya tersedit di hati mana-mana Pang5 menawarkan saya melawat 'Fantasy Island' itu. Mana le tahu, depa sedia  menyelitkan nama mejar pencen ini dalam 'passengers manifest' sempena lawatan sambil belajar penuntut-penuntut MTAT/MPAT  ke sana. Kalau tak silap saya, setiap tahun depa pi melawat pulau tu dengan menaiki C130H Hercules. Ini hanyalah mimpi di siang hari seperti mengharapkan bulan jatuh ke riba! 

Kali terakhir saya menjejak kaki ke sana ialah pada 24 Ogos1984...29 tahun dahulu. Semenjak itu, hanya lihat gambo-gambo saja.

Penerbangan terakhir ke Terumbu Layang-Layang aka Stesyen LIMA bersama mendiang Lt (U) Tan Eng Huat dan Sjn Jaafar

Sekiranya ada pihak berwajib membaca coretan yang tak sepertinya ini, pikio-pikio le apa yang diluahkan oleh insan kerdil ini yang sungguh bersyukur dilahirkan sebagai rakyat negara Malaysia tercinta ini.

Ahad, 27 Januari 2013

Bahan Sejarah

Dah senja-senja ni, saya banyak memikiokan topik sejarah. Saya mahukan rakyat mengetahui sejarah negara kita Malaysia tercinta ini, seperti bagaimana sebahagian negara terletak di tengah-tengah Laut China Selatan dan Selat Melaka. 'Acreage' negara bertambah dengan pengisytiharan Pulau Layang-Layang dan 4 lagi terumbu serta Pulau Perak sebagai sebahagian hak Malaysia. Tidak menghairankan saya sekira terdapat segelintir rakyat tidak menyedari kehadiran 'orang kita' di sana atau di mana lokasi pulau-pulau tersebut.

Justeru, mejar pencen ini telah menghantar emel kepada KP ANM pada 24 Jan 2013, jam 1546, dengan andaian bahawa masih tiada sebarang tindakan diambil untuk mendokumentasikan 'salasilah' Pulau Layang-Layang dan 4 lagi 'Stesyen' di Laut China Selatan.



Subject: SEJARAH PULAU LAYANG-LAYANG 

Syukur alhamdulillah, YABhg Tun Dr Mahathir telah memberi penghormatan kepada saya dengan kesedian beliau menukil 'Sekapur Sireh' dalam buku saya yang akan diterbitkan itu nanti, (http://xnuripilot.blogspot.com/2013/01/wajah-buku-ke2.html), insyaAllah. Hasil nukilan itu, saya terpanggil untuk mencadangkan agar pihak ANM menganjur majlis wacana bertopikkan perkara di atas.

Ramai di antara mereka yang terlibat dari peringkat perancangan sehingga pelaksanaan, masih hidup. Negara seharusnya mencungkil pemikiran Tun Mahathir yang menjadi penggerak utama sehingga 'acreage' negara bertambah. Kini, 'orang kita' ditempat di 5 buah terumbu, termasuk Pulau Layang-Layang. Pengalaman pelaksana seperti saya, warga Paskal/komando, Jurutera, hanyalah 'perencah' dalam mengimplimentasikan dasar kerajaan.  Sungguh ironis sekali sekiranya generasi akan datang terpaksa merujuk kepada tulisan para cendiakawan asing untuk mengetahui sejarah negara sendiri!

Sekian untuk pertimbangan Puan. Diakhiri dengan ucapan terima kasih.

Saya tak pasti sama ada cadangan itu mendapat 'perhatian' pihak berwajib. Sekurang-kurangnya saya telah mencuba. Oh ya, saya tidak bermaksudkan tumpuan hanya kepada transformasi fisikal dari terumbu kepada sebuah pulau seperti berikut....


Dari Terumbu Layang-Layang (Swallow Reef)


Kepada Pulau Layang-Layang

Pada pandangan sayalah, pembinanaan infrastruktur itu sendiri oleh pihak swasta, tidaklah tergolong sebagai satu 'engineering marvel'  walaupun mempunyai nilai sejarah tapi....


Bersambung...

Ahad, 30 September 2012

Forward 5 Right 5

Saya sungguh terharu membaca komen-komen di coretan di  sini. Tak apalah pihak berwajib tak ambil kisah langsung tentang sumbangan dan pengorbanan para veteran yang terlibat dalam proses mentransformasikan sebuah atol kepada pulau peranginan. Apalah nak dikatakan...Itu hak mereka untuk tidak membuat sesuatu bagi mengiktiraf pengorbanan warga mereka sendiri walaupun mereka mampu membuat perubahan. Kuasa di tangan mereka!

Sepanjang bertugas sebagai seorang Nuri pilot di Semenanjung Malaysia, hanya sekali saya membuat 'deck landing'. Itu pun di atas kapal KD Mahawangsa. Pendaratan ini tidak menjadi masalah kerana 'LP' terletak  belakang kapal. Ini bermakna tiada halangan di kiri dan kanan LP: halangan hanyalah 'bridge' kapal di hadapan 'flight path' semasa membuat 'approach' untuk mendarat.

Semua pilot helikopter dilatih untuk mendarat di 'confined area', ala....mendarat di LP le tu. Mendarat di LP memang ada cabarannya tersendiri.  Kapal juga tergolong dalam kategori ini.  Perbezaannya ialah LP di hutan tak bergerak: kapal pula sentiasa bergerak walaupun perlahan. Masalah berganda apabila mendarat atas kapal seperti KD SRI BANGGI. Memang satu cabaran!

M23-37 mendarat di KD SRI BANGGI

Keluasan LP di atas kapal bukannya menjadi persoalan. Masalahnya ialah 'obstructions',  iaitu 'bridge' dan juga 'tiang/aerial' di hadapan: LP terletak di antara bridge and tiang/aerials (lihat gambar). Untuk mendarat, kaedah yang dipraktikkan ialah Nuri terbang 'parallel' dengan kapal dan pada masa yang sama 'move sideways'. Kelajuannya melebihi kelajuan kapal. KU memainkan peranan penting kerana hanya beliau yang nampak kedudukan bridge relatif kepada ekor pesawat. 'Pattering' KU memaklum kapten pesawat, lebih kurang berbunyi '....Forward 5 Right 5'  serentak (kehadapan 5 kaki kanan 5 kaki). Masalah bertambah tatkala  laut bergelora. Alangkan orang sekali pun boleh 'mabuk' percuma apabila kapal terumbang-ambing dipukul ombak...He...He...He. Menurut PW2 Saifuddin (B) yang membuat detasmen atas kapal berkenaan, kapten kapal ada memaklumkan bahawa beliau (kapten) 'tutup mata' bila Nuri nak mendarat atas kapal.

Ketika pesawat dalam penerbangan untuk mendarat di atas kapal yang dalam pelayaran ke Terumbu Layang Layang, saya menerima arahan daripada Markas Wilayah Udara 2 (MAWILUD2), Kuching, untuk menghantar draf SOP tentang 'Deck Landing'. Sebenarnya, sebelum Mei 1983, tiada tercatat dalam SOP Nuri berkaitan topik ini. Apa lagi, saya pun menghantar mesej mengarahkan kapten pesawat untuk menghantar draf  kepada saya dengan seberapa segera. Kalau tak silap saya, draf itu hanya 2 muka saja dan saya bersetuju dengan syor beliau. Ia telah dipanjangkan kepada MAWILUD2. Sudah pasti diluluskan tanpa sebarang komen. Beberapa bulan kemudian, perkara ini telah dibincang dengan panjang lebar semasa Heli Seminar di KL. Saya difahamkan, SOP Nuri kini menghendaki semua krew membuat 'deck landing' setiap 6 bulan sekali.

Saya bersyukur kepada Ilahi kerana sepanjang saya menjawat Ketua No 5 Skuadron, tiada sebarang kemalangan berlaku kepada pesawat dan krew sepanjang misi Ops Terumbu. Malah, tiada sebarang kecelakaan berlaku kepada krew dan juga kedua-dua jenis pesawat dalam inventori skuadron - Nuri dan Alouette 111....Syukur alhamdulillah. Sekarang hanya Nuri sahaja sebagai aset skuadron.   Saya berbangga dengan tahap professionalisme semua anak buah saya, termasuk 'ground crew', yang sentiasa melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi. Untuk itu, sekiranya ada di antara mereka yang membaca coretan xbos mereka ini, saya ingin merakamkan ucapan....TERIMA KASIH.

Sekira diizinkan-Nya buku ke2 menjadi kenyataan, saya akan masukkan komen-komen yang tercatat dalam coretan berkenaan, insyaAllah. Saya tidak kisah apa orang akan kata tentang kandungan buku itu nanti serta gaya penulisan kerana saya menyanjung tinggi pengiktirafan oleh mereka yang menghargai pengorbanan para veteran ATM....TERIMA KASIH.

Khamis, 27 September 2012

Ini Hak Malaysia

‘...Pada tahun sama (1981), apabila saya menjadi Perdana Menteri, langkah pertama yang saya ambil adalah menempatkan orang kita di Layang-Layang serta mula membangunkannya sebagai pangkalan kecil dan pusat peranginan.’ Tuntutan dan penempatan anggota tentera bermakna ‘...maka secara automatik kita juga menuntut hak ke atas kawasan yang luas di sekelilingnya’ ('DOKTOR UMUM Memoir Tun Dr Mahathir' ms 366). Dengan keputusan tertinggi itu, maka dengan secara rasminya bermulalah proses penghijrahan kaum etnik PASKAL ke Swallow Reef/Terumbu Layang Layang/Stesyen Lima/Pulau Layang Layang yang diketuai oleh Tok Ketua Lt Johari TLDM. 

Ini kisah Tok Ketua sebagai kumpulan pertama penduduk 'Fantasy Island' yang saya coretkan di sini.
Apabila kumpulan pertama seramai 11 orang anggota Paskal, termasuk saya, mendarat dan menduduki Terumbu Layang Layang (TLL) secara tetap pada awal Mei 1983 dari KD MUTIARA, tidak terdapat sebarang infrastruktur di sana. Ponco digunakan sebagai khemah untuk tempat tinggal. Semasa air pasang, kawasan kering yang terdapat di TLL berukuran lebih kurang 40 kaki panjang dan 5 ke 10 kaki lebar.  Jadi, khemah-khemah perlu didirikan di atas kawasan kering ini. Sering terjadi apabila cuaca buruk, air laut akan masuk ke dalam khemah semasa anggota sedang tidur dan mebasahi pakaian dan peralatan yang ada di  dalam khemah! Kerana kepenatan, ada juga anggota Paskal yang terus tidur walaupun pakaian mereka telah basah!

Makanan yang dibawa adalah ‘Pack Rations’ (kiri) dan air tawar dibawa dalam ‘jerry can’. Kerana kesulitan bekal-ulang, air tawar hanya digunakan untuk minum dan masak. Untuk mandi dan mencuci, air laut digunakan sepenuhnya! Hujan yang turun merupakan satu nikmat, dimana akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh anggota untuk mandi dan sebagainya. Memancing merupakan hobi terpilih untuk anggota yang tidak bertugas bagi mendapatkan ‘rangsum segar’.

Disebabkan ketiaadan infrastruktur, anggota melakukan tugas pemerhati (Observation Post) di atas batu karang yang berada di sekitar kawasan khemah baik pada siang atau pun malam hari. Semasa air pasang, anggota perlu meharungi air laut untuk merapat ke tempat tugas di atas batu-batu karang tersebut. Ada kalanya mereka terpaksa mengharungi air laut hingga ke paras dada di dalam gelap untuk ke tempat tugas di atas batu! Di siang hari, anggota terdedah kepada panas terik matahari dan pada malam hari mereka terdedah kepada tiupan angin kencang Laut China Selatan tanpa sebarang perlindungan. Pada bulan Monsoon pula, mereka dibasahi hujan yang mencurah-curah tanpa henti baik pada siang atau pun di malam hari. Setelah bertugas di TLL selama dua minggu atau lebih, semua anggota Paskal kelihatan lebih mirip kepada ‘African’ daripada ‘Asian’ kerana terbakar matahari!

Kumpulan Paskal ini hanya dibekalkan dengan senjata ringan seperti, M16 dan GPMG untuk mempertahankan diri dan kawasan sekitarnya. Alat komunikasi yang dibekalkan adalah radio HF TRA 921 dan PRC77 (gambar kanan - hiasan). Disebabkan keterbatasan bateri, radio hanya dihidupkan dua kali sehari iaitu pada jam 8 pagi dan jam 8 malam untuk menghantar ‘sitrep’ (situation report) ke Markas di Labuan.

Pembinaan Modul Pertama
Setelah beberapa lama menduduki TLL secara tetap, kerajaan telah membuat keputusan untuk membina sebuah modul tempat tinggal bagi menempatkan anggota-anggota yang bertugas di sana. Modul ini telah dibina oleh pasukan Jurutera Tentera Darat dan dibantu oleh pihak TLDM dan TUDM. Unit TLDM yang terlibat secara langsung dalam pembinaan modul ini ialah KD SRI BANGGI sementara dari pihak TUDM, Skuadron Nuri yang berpengkalan di Labuan merupakan ‘work horse’ yang terlibat secara aktif di dalam projek ini. Kumpulan Paskal terus berperanan memberi perlindungan keselamatan semasa kerja-kerja pembinaan giat dijalankan.

Disebabkan keadaan sekitar terumbu yang merbahaya untuk pendaratan bot kecil, maka helikopter Nuri digunakan sepenuhnya untuk memindahkan bahan binaan dari KD SRI BANGGI ke TLL. Operasi ‘Under-Slung’ dijalankan sepanjang hari bagi membawa simen, batu bata, besi, tong ‘drum’ yang berisi air tawar, pembancuh simen, kayu kayan dan sebagainya ke TLL.  Kemampuan juruterbang dan awak-awak kapal melakukan operasi ini tanpa sebarang kemalangan adalah sesuatu yang perlu diiktiraf dan disanjungi!  Helikopter Nuri bukan sahaja ‘hover’ di atas air, malah ada kalanya mendarat di dalam air!  Semoga mereka yang terlibat dalam operasi ini akan diiktiraf secara rasmi oleh ATM dan kerajaan Malaysia di masa mendatang. “It’s still not too late to recognize and honour these pilots and the air crews!”

Suatu pengalaman unik yang saya alami semasa kerja-kerja pembinaan modul ini berjalan adalah jam kerja yang diamalkan oleh pihak Jurutera Tentera Darat.  Berbeza dengan jam kerja pejabat yang biasa kita amalkan, iaitu dari jam 8 pagi hingga 5 petang, jam kerja di TLL bergantung sepenuhnya kepada pasang surutnya air laut! Ini bererti, kerja pembinaan modul akan bermula sebaik saja air laut mula surut dan berakhir apabila air laut mula pasang penuh. Pernah kerja-kerja pembinaan bermula pada jam 2 pagi dan berakhir pada 10 pagi setelah air pasang penuh! Ini bererti anggota Jurutera akan tidur waktu air pasang dan berjaga waktu air surut!

Berkerja di waktu malam ketika air surut
Walaupun modul pertama yang dibina di TLL boleh dianggap ‘basic’ ataupun sederhana, namun pembinaannya telah meningkatkan kualiti hidup anggota Paskal yang bertugas di TLL dengan amat ketara sekali. Dengan adanya modul ini, anggota-anggota sudah tidak lagi terdedah kepada cuaca panas dan cuaca buruk yang sering melanda kawasan ini. Solar panel yang dipasang telah membekalkan cahaya pada malam untuk semua penghuni di TLL.  ‘Water Tower’ yang dibina bersebelahan modul, juga dapat digunakan sebagai ‘Watch Tower’ oleh anggota Paskal yang bertugas. Ini membolehkan anggota bertugas di ‘Watch Tower’ dapat membuat pengawasan kawasan sekitar dengan lebih berkesan lagi.

Modul ini juga dibekalkan dengan sebuah janakuasa 25 KW. Fungsi utama janakuasa ini adalah untuk mengecas bateri-bateri radio TRA 921 dan PRC77 yang dibekalkan. Namun, atas ‘inisiatif’ beberapa anggota Paskal, janakuasa ini juga digunakan untuk penayangan video! Selain janakuasa, modul juga dibekalkan sebuah “kerosene fired refrigerator” yang mebolehkan pembuatan ais dan penyimpanan makanan segar yang dihantar dari Labuan. Malangnya, peti ais ini hanya bertahan buat beberapa hari sahaja sebelum jelaga (soot) perlu dibersihkan sebelum ia boleh berfungsi semula.
Menjaga kedaulatan negara di perbatasan paling hadapan
Kesimpulan
Pengalaman di TLL adalah sesuatu yang tak mungkin dapat saya lupakan sehingga ke akhir hayat saya. Pengorbanan yang telah dibuat oleh mereka yang telah menduduki dan membangunkan TLL perlu dibukukan agar generasi akan datang tidak mensia-siakan pengorbanan mereka. Kepada semua anggota TLDM, TUDM dan TDM yang merupakan perintis di TLL, Syabas saya ucapkan kerana “You have claimed and occupied that precious piece of real estate in the South China Sea before others could lay their claims!”

Kept Johari TLDM (B)....Terima kasih.

PS: Sambungan kepada 'The Story Of A Soldier's Wife' di sini.

Isnin, 24 September 2012

Penerbangan ke PLL

Bila saya cerita masalah navigasi semasa nak terbang ke Terumbu Layang Layang/Stesyen Lima, sekarang Pulau Layang Layang (PLL), ramai yang tak faham apa yang saya tulis. Tak salah depa juga kerana 'power of expression' saya sangat kelam kabut. Jadi, hantar le 'mayday call' pada saudara Mangchikla. Saya lakarkan apa yang dikehendaki. Jeng...Jeng...Jeng...Ini hasilnya..

Labuan-Pulau Layang Layang 

Jarak PLL dari Labuan ~170 bn (batu nautika): penerbangan dengan Nuri ~1jam 30 min. Radius 'radar coverage' Labuan ~ 60 bn. Ini bermakna 110 bn Nuri tidak ada dalam skrin radar. Tidak dinafikan pada masa tu memang dah ada 'hand-held' GPS; antara jenama yang popular ialah 'Magellan' (gambar hiasan). Masalahnya, kami tidak dibekalkan dengan alatan tersebut. Alatan navigasi yang ada dalam Nuri hanyalah 'radio compass' dan 'standby compass'. Dan yang paling canggih sekali...Mark2 eyeballs (mata kurnian-Nya). Mungkin ada akan berkata...Apa masalahnya? Masalahnya ialah, silap haribulan 'TERterbang' di ruangangkasa negara asing. Amboyna Cay (Pulau An Bang) yang diduduki oleh Vietnam yang hanya ~50 bn saja dari PLL. Saya percaya mereka tak akan sambut Nuri dengan bunga manggar dan kompang kut!! 

Jadi, untuk menentukan lokasi terkini, kena le tune radio Brunei dan Kota Kinabalu. Ambil 'back-bearing' dan di mana garisan itu bertemu, itulah lokasi pesawat! Perlu diingati juga, Nuri tidak dilengkap dengan 'radar cuaca'. Kami tak tahu ada ribut ke, hujan ke, arah dan kelajuan angin ke. Begini le, andainya arah dari Labuan ke PLL ialah 340*. Berlepas saja dari Labuan, 'set course' 340*. Melepasi 60 nb, tanpa disedari angin dari arah 90*. Pesawat masih terbang dengan arah 340* tapi ia sebenarnya telah 'drifted' ke kiri, tidak lagi di 'flight path' yang asal. Kalau cuaca elok OK lagi kerana PLL dapat dikesan dari jauh. Tapi, bila cuaca buruk....Ingatkan PLL..Tengok-tengok dah mendarat di Vietnam. Baru haru dibuatnya! Alangkan dengan negara China (PRC) depa sanggup berperang '....Tahun 1988 di Spratly terjadi perang terbatas selama 22 menit,[1] 12 Juli 1991 dimana pasukan Cina menenggelamkan tiga kapal perang Vietnam dan menewaskan 77 korban' (petikan di sini) inikan pula sebuah helikopter tentera terkonteng-konteng terbang di kawasan mereka. Tak menghairankan jika semua 'POB' (persons on board) hanya tinggal dalam kenangan!

Di awal tahun 1983, saya telah diarahkan untuk menghantar sebuah Nuri membuat detasmen di atas kapal KD SRI BANGGI (di sini). Misi ialah membantu warga Jurutera membina 'hotel terapung' khusus untuk para penghuni terumbu tersebut bersantai - komando/Paskal. Bahan binaan, air yang diisikan dalam tong drum 44 gelan, scaffolding, dll, diterbangkan dari kapal ke lokasi pembinaan. Sebelum pembinaan hotel, pemastautin  terpaksa berlindung dalam basya di waktu siang hari yang panasnya terlalu terik: berbumbungkan ponco...berlantaikan air laut. Mana ada walau sebatang pokok pun. Ketika ribut, berlindung di celah-celah batu. Inilah pengorbanan warga tentera di perbatasan paling hadapan. 

'Hotel Terapung' dalam proses pembinaan

PLL pada September 2012. Bayangkan bagaimana warga komando/Paskal yang ber'R&R' berhadapan dengan cuaca buruk sebelum terbinanya infrastruktur seperti sekarang ini

'Mayday' saya ini telah membawa kenangan kepada saudara Mangchikla. Beliau telah menghantar emel ini '....yr 'back-bearing' reminded me during cadet days when my group were lost around Bukit Bajula area, Seremban during '3 day & night' compass marching. It was raining heavily, n most of the features in the terrain map like rivers were no longer on the 'ground'. First thing we did was hike to the highest point , get the the 'back-bearing' of the two highest visible peak, and where the 'back-bearing' crosses was our location. We got lost for 3 days, By the time we reached SK in the evening, it was 'Aidil Adha' the next , n that night n early next morning we got 'hell' from the DO, an Army Engineering officer, dah arwah dah not sure if he was a Lt Col or Maj when he died due to road accident, Ex KE VII 'Tiger', 'org tepen', nama die Nasir .. tq for 'jolting' the memory hahaha :D'

Saudara Mangchikla...Terima kasih.

Ahad, 9 September 2012

TLL - The Early Days

I'm in communication with an xPASKAL officer, Kept Johari Ramza RMN (R), on the issue of Terumbu Layang-Layang (TLL), aka Station 'LIMA'. He is kind enough to entertain me in sharing his experiences when he and his merry men were given the honour to be the first Malaysians to enjoy an all expenses-paid  holiday on a fantasy atoll in the South China Sea. 

My squadron, No 5 Sqn, RMAF Labuan, was fully involved in 'Ops Tugu'.  A detachment of one Nuri set sailed on board KD Sri Banggi in early 1983. I told him of a directive from higher command only after the aircraft had airborne for deck landing on the ship. Put this way lah, I'm grateful to Almighty Allah that everything went smoothly without any incident otherwise there's a lot to answer...Syukur Alhamdulillah. 
 Lt (N) Johari,  the pioneer Chieftain of the inhibitants of TLL/Station 'LIMA' receiving the PM 

I'm elated by his comments sent through the e-mail.... 
  
Yes, I was very impressed with the risks taken by the Nuri crews. Considering the very basic support available on board KD SRI BANGGI.  Other than 'luck', the professionalism of the pilots and air crew ensured that no untoward incidents took place throughout the operations. Credit should also be given to the ship's crew, the army engineers and everyone else involved in the operations.

I believe the efforts of those pilots and air crew who served in the early days of Terumbu Layang-Layang should be shared with current RMAF's officers and men. Likewise, the efforts of those Paskal, ship's crew and army engineers should be made known to current sailors and soldiers alike. Last but not least, the early Terumbu story must be made known to all Malaysians!

Appreciate the efforts you are taking in documenting and telling this TLL story which would otherwise be forgotten.

Salam,

Johari Ramzan

Yes, I received this official letter from the Pang5 of MAWILUD 2, Kuching...
(No 5 Sqn 'Scrap Book')

I'm proud to say that I, too, had contributed in the transformation of the now Pulau Layang-Layang. The first chapter of my proposed 2nd book would be on this foremost front line of our beloved nation as a tribute to all those involved in the initial transformation of an atoll to a holiday resort...Pulau Layang-Layang, if it materialises, insyaAllah.

Kept Johari TLDM (B)....Thank you.

"NEVER HAVE SO MUCH OWED BY SO MANY TO SO FEW" (Winston Churchill)....Very relevant indeed!

PS. Continuation of ' The  Story of A Soldier's Wife'  here.

Khamis, 23 Ogos 2012

'The Humble Hut'

Akhirnya, saya terima gambar-gambar berikut pada 15 Ogos daripada pihak TLDM sebagai respons kepada surat saya ini....

Penjaga keselamatan negara

Proses pembinaan 'the humble hut'

Masih dalam pembinaan

The humble hut yang pernah melihat Tun Mahathir bermalam pada Sep 1983

Lt Johari bersama PAT & PTL 1983

Penghuni Terumbu dengan PAT & PTL

Memetik Tun Dr Mahathir dalam bukunya, 'DOKTOR UMUM' '....Pada tahun sama, apabila saya menjadi Perdana Menteri, langkah pertama yang saya ambil adalah menempatkan orang kita di Layang-Layang serta mula membangunkannya sebagai sebuah pangkalan kecil dan pusat peranginan' (ms 367).  Kehadiran warga tentera kita bagi mempastikan tuntutan kita lebih berwibawa. Alasan inilah salah satu punca utama kita kehilangan Pulau Batu Putih kepada negara jiran....TIADA KEHADIRAN RAKYAT DI PULAU TERSEBUT!!!

Saya telah menghubungi Kept Johari TLDM (B) untuk mendapatkan kisahnya. Beliau memaklumkan bahawa 2 orang pegawai TLDM telah bertandang ke rumah  beliau pada awal Ogos untuk menemuramahnya. Beliau mencadangkan supaya saya menghubungi pihak yang terbabit untuk mendapatkan bahan ceritanya. Malah 5 keping gambar di atas, adalah daripada koleksi peribadi beliau. Apa lagi, saya pun bertanya kepada pegawai berkenaan. Dimaklumkan bahawa bahan tersebut masih belum diedit. Beliau akan menghantarkan kepada saya apabila siap nanti, insyaAllah. 

Dengan adanya bahan-bahan yang sedia ada, bolehlah saya memikiokan karangan untuk bab transformasi ini. Sesiapa yang berminat nak tahu sikit tentang Pulau ini, boleh le baca di sini.

TLDM & Kept Johari (B)....Terima kasih.

Jumaat, 3 Ogos 2012

Sejarah Pulau Layang Layang

Saya telah memohan secara rasminya, melalui surat, kepada PTL untuk mendapatkan gambar-gambar semasa proses mentransformasikan sebuah atol kepada sebuah pulau - Pulau Layang-Layang. Permohonan dicorekkan di sini.

Dari hanya sebuah terumbu...
Gambar 'ori' 'Swallow Reef' ketika dituntut oleh Malaysia pada 1981

Ke akhirnya, syurga bagi penyelam skuba untuk berenang dengan 'hammer-head sharks' ...
Dari sudut yang sama 30 tahun kemudian - Oktober 2010

Penghuni awal Stesyen Lima/Terumbu Layang Layang - ketika air surut

Saya terima jawapan rasmi daripada pihak TLDM...
Tatkala bersembang dengan seorang rakan seperjuangan berkenaan dengan topik ini, beliau menyuarakan bahawa penglibatan ATM membangunkan pulau berkenaan, sepatutnya dibukukan. Fikir punya fikir, betul juga kata beliau. Apa lagi, tanpa mengira orang nak berehat pada hari minggu, melayanglah emel berikut kepada PTL....

From: nor ibrahim sulaiman
Date: Sun, 29 Jul 2012 07:23:06 +0800
To: Laksamana Tan Sri Abdul Aziz bin Hj Jaafar
ReplyTo: nor ibrahim sulaiman
Cc: Kept Zaman TLDM; Kdr Ismail MTL
Subject: PULAU LAYANG LAYANG

Assalamualaikum Tan Sri,

Berhubung perkara di atas, saya mengucapkan ribuan terima kasih terhadap kesediaan Tan Sri memberi kerjasama yang dipohon. Dewasa ini, saya berkomunikasi dengan Pegawai Memerintah PUSMAS untuk mendapatkan bahan-bahan yang diperlukan.

Melalui perbualan dengan seorang rakan seperjuangan berkaitan dengan topik ini, saya setuju dengan pandangan beliau supaya transformasi Pulau ini didokumentasikan dalam bentuk bukunya tersendiri sepertimana yang diterbitkan oleh TUDM, 'OPERASI PIRAMID - TUDM DI BARISAN HADAPAN', yang dilancarkan oleh Menteri Pertahanan pada 2 Ogos 2011. Saya percaya majoriti rakyat Malaysia tidak mengetahui kewujudannya melainkan mereka yang menonton laporan cuaca di TV1. Tetapi mereka mungkin tidak menyedari signifikan Kepulauan Spratly tanpa membaca akhbar-akhbar aliran perdana. Boleh dikatakan hampir setiap hari terdapat artikel dan laporan tentang pergolakan yang melibatkan negara-negara ASEAN dengan China keatas tuntutan atol-atol tersebut. Silap percaturan menangani masalah ini boleh mencetusnya konflik di rantau ini. 

Justeru, sekiranya saya boleh memberi cadangan, mungkin TLDM menerbitkan buku berkenaan. Ini kerana TLDM terlibat secara langsung daripada mula sehingga sekarang dan masa hadapan bagi menentukan keselamatannya. Lagi pula, TLDM mempunyai material yang diperlukan. Saya tidak pasti tentang sambutan terhadap buku itu nanti, sekiranya menjadi kenyataan. Pada saya, apa yang penting ialah buku-buku tersebut diedarkan ke semua perpustakaan, IPTA, agensi-agensi kerajaan, agar dijadikan bahan rujukan. Saya percaya buku itu nanti akan menyentuh pelbagai aspek, terutama sekali keselamatan. Manakala buku yang saya rancangkan, insyaAllah,  hanyalah satu bab yang menyentuh aspek pengorbanan warga ATM, melalui gambar-gambar, ketika proses awal mentransformasikan sebuah atol kepada sebuah pulau.

Tan Sri sedia maklum, saya telah mengesyorkan agar ANM menganjur majlis seminar/wacana/pengkisahan berkaitan topik ini.  Syukur alhamdulillah, respons agensi berkenaan agak memberangsangkan; kemungkinan akan dilaksanakan tahun depan. Objektif saya hanyalah semata-mata mengharapkan agar isu tersebut disedari oleh rakyat dan  pengkaji-pengkaji sejarah mempunyai akses kepada bahan sejarah ini, wallahualam. 

Sekiranya TLDM akan menerbitkan buku itu, hanya satu permohonan yang saya pinta. Harap Tan Sri dapat menyumbang satu naskah, yang ditanda tangani oleh Tan Sri, kepada saya. Itu sahaja. 

Akhir kata, diharap cadangan ini mendapat pertimbangan Tan Sri. Terima kasih.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI. MAAF ZAHIR & BATIN

MEJAR NOR IBRAHIM BIN SULAIMAN TUDM (B) 

Wow!...Tak diduga sama sekali, macam kilat saya terima respons berikut...

From: Laksamana Tan Sri Abdul Aziz bin Hj Jaafar ;
To: Nor Ibrahim Sulaiman, Lt Kol (B) TUDM ;
Subject: Re: PULAU LAYANG LAYANG
Sent: Sat, Jul 28, 2012 11:41:17 PM (kesilapan tarikh/hari)

Terima kasih atas cadangan tersebut.

Sebenarnya kita bertujuan membukukannya tetapi belum bermula kerana sedang mengenal pasti penulis yang sesuai. Your proposal further reaffirms the requirement to start doing it now. Insya-Allah akan dilaksanakan dan akan mengarahkan penulis mendapatkan some input from you accordingly. Tq once again.

Saya juga mengucapkan Selamat berpuasa, dan Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Wassalam.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Kembang hidung saya dibuatnya...Saya sebagai 'catalyst' mempercepat penerbitan buku...He...He...He. Saya berharap agar buku tersebut akan diterbitkan sebelum majlis yang akan dianjurkan oleh ANM berkaitan dengan subjek ini tahun depan. Dan sejarah Terumbu Layang Layang/Stesyen Lima/Pulau Layang Layang akan berkekalan untuk selama-lamanya, insyaAllah. Dan PTL telah men'insyaAllah'kan permintaan saya untuk senaskah buku itu nanti.
Satu-satunya pulau berlogokan Malaysia

Bila dapat bahan daripada TLDM kelak, bolehlah mula memerah otak untuk buku kedua nanti, insyaAllah.

Tan Sri PTL & Kept Mohd Zaman TLDM....Terima kasih.