Showing posts with label Kerja. Show all posts
Showing posts with label Kerja. Show all posts

Thursday, September 12, 2013

Hari Raya di JPPH klang 2013

blog e yokoso yaya ayarus



Salam semua

Aidilfitri bulan syawal dah pun berlalu
tak tahu nak update apa, saja isi masa update sambutan hari raya di tempat kerja
dari tadi nak upload video nikah kahwin konon2 nya
dah sebulan dahh dapat video tu sampai malu tengok diri sendiri dalam video
tapi asik tak lepas je nak upload, so malas laaa nak cuba lagi
jadi tontonan sendirik saja laaa tak dapat nak promote hasil kerja Gs Production


ok ok

tahun ni tahun kedua menyambut hari raya di JPPH klang
tahun lepas siap jadi emcee lagi, siap berpantun bermadah bagai
tahun ni dah kawen, hubby tak kasi involve sangat dahh
menyanyi2 karok satu dua pun tidak diizinkan lagi 
huuuuuuu umur sudah meningkat :(


tahun ini yaya diamanahkan untuk memegang jawatan setiausaha social kesupen jpph klang

memandangkan tahun lepas nampak aktif benor kot asik jadi emcee
so duk pung pang pilihanraya ramai laa undi jadi s/u social
social kata ko!
dah segala macam jamuan, sambutan, majlis perpisahan staff, jamuan tahunan, sambuatan hari lahir dan hari keluarga serta segala macam jenis majlis
semua kena incharge
bukan incharge sorang2 laaaa jadi salah seorang peng'ncharge' majlis
haaaaa bila planning nak buat jamuan hari raya office, memang bab hiasan serah saja laa kat aku, bisa dibereskannnn :)


tarikh yang telah dipilih sebulat suara ialah 5 september bersamaan dua hari terakhir syawal

menu telah kami tetapkan dan tugas yaya ialah menyediakan Mee Kari dan Nasi Impit
haaaaaa bab memasak untuk ramai2 yaya serahkan mak jelah untuk masakkannn
ngeeeeeeeee :)


dan sebagai tema AidilFitri, yaya telah pilih tema menu tahun ni dengan nama nama lagu raya lama :)

wakakakaakaaaaaa :)


Kambing Golek Nazam Lebaran
Mee Kari Dendang Perantau
Laksa Bila Takbir Bergema
Nasi Impit Cahaya Aidilfitri
Roti Jala Sesuci Lebaran
Lemang Seloka Hari Raya
Rendang Menjelang Hari Raya
Satay Dari Jauh Kupohon Maaf
Kuih Muih Aidilfitri
Buah buahan Air Mata Syawal









perhhhh nampak berselera kannnn
haaaaa nampak tak label2 kat atas meja tu?
kat situ laaa yaya tempek label menu
ngeeeeeeee :)






seperti biasa, white board kat atas tu yaya pinjam bff emy punya :)
candy buffet ni tak termasuk dalam list makanan langsung
ni last minit preparing
yaya masih simpan segala balang2 untuk candy masa bertunang dulu
dan machine chocolate fountain ni yaya sewa je dengan member yaya, Ms Aina 
sewa RM100, nak sewa sila rujuk beliau k disini k ;)













bagi hiasan plak
yaya beli kain plain warna pink hijau 10meter kat kedai dekat2 dengan office je
1 meter rm1.50 saje wehh
haaaaa yaya mintak laaa officemate lelaki dalam proses panjat memanjat gantung menggantung ni
gantung ala ala scallop silang menyilang warnaaa
dah tukang pilih warna suka warna pink, mintak maap laaa memang nampak warna pink je laaaaaa ngeeeeeeeeeee :)
paper lantern mmg ada lebih kat rumah masa buat majlis kahwen hari tu
paper lantern ni beli kat GM plaza rm3 sebijik
memang puas hati beb















 


















ok masa ni memang boleh melaram habis laaaaa pasal last raya kannn
pastu sambung masing masing  buat kerja
nasib dapat  tapau sepinggan kambing golek untuk hubby
kang kempunan dia tengok gambar2 dalam hp yaya


habis dahhh entry

Selamat Hari Raya dari kami warga JPPH klang 2013 :)
jumpa tahun depan ngeeeeeeeeeeee :)
muahksssss



Thursday, February 7, 2013

officemate saya perkenalkan :)

blog e yokoso yaya ayarus


hohooohooo
every event kalau buat dekat office
tak kira meeting bulanan ke, lawatan Pengarah ke, sambutan apa apa
semua diwajibkan memakai pakaian koporat!
means batik biru yang disediakan office gomen nih 
tapi kitorang yang sebaya sebayi ni semua belom dapat lagi baju koporat dari office 
haissssss
terpaksa la semua wajib pakai baju warna seakan akan kebiru biruan :)

udah macam lautan biruuu dahhhhhh




lets pose :)

office yaya kemana mana pon berenam je kitorang ni haaa
nak breakfast, lunch, dan sewaktu dengan nya
bukan laa ada group group kat office tu
semuanyaaa rapat baik best best 
tapi yang sebaya sebayi ni geng ni laaaaaaaaaa

yaya, farah, ieta, anor, ayu, sya















yang depan tengah tu boss aku
Penilai Daerah Klang
barisan depan semua adalah pegawai pegawai penilaian
yang barisan belakang penolong, pembantu, kanan bagai semua laaaaa


semua ikut yaya buat gaya candid "TIGA"
yeahhhhhhhh


Thanks semua :)


Wednesday, February 6, 2013

Annual Dinner JPPH Klang

blog e yokoso yaya ayarus



belom sampai anniversary setahun yaya di Jpph Klang
dah dapat merasa annual dinner :)
yaya berpeluang untuk menjadi Emcee tak bertauliah :) lalalaalaaa

masuk kali ni dah 4 kali yaya jadi Emcee, sampai boss tabalkan Emcee Tetap JPPH Klang
no no noooo
im not interested ekcelly
tolong tolong mana mampu bolehhhhh laaaaaaaaaaaa




Date : 18 January 2012
Lokasi : Premiere Hotel, BBT One
Tema : Colour Block 




















Friday, September 7, 2012

. .kursus pertama :)

blog e yokoso yaya ayarus

Assalammualaikum semua :)
hai hai hai :)
salam pagi jumaat :)

rasa dah lama tak jumpa korang kan kan kannn
okek laaa hari ni bermula rutin harian seperti biasa

"bangun pagi gosok gigi cuci muka terus mandi"

isnin sampai khamis (3-6 september) 
semalam tamat sudah kursus pertama yaya sebagai penjawat awam
kursus biasa biasa jer pon ngeeeeee ;)



Penilaian Sewaan Ruang Pejabat
Lokasi : Inspen, Bangi


sepanjang 4 hari 3 malam
yaya ambil hostel je senang
malas nak travel dr sungai buloh ke bangi nuuu tiap tiap hari
minyak memang boleh claim tp penat tak boleh claim :(
fuhhhhh pantang habis sessi je, masuk bilik tidur hahahahaaa :)
makan pon freeee, boleh la jimat sikit :) 
semua peruntukkan dia dah kasi direct, so tak payah claim balik
makan dan hostel, kecuali minyak dan bayaran pendaftaran kena claim balik *leceh


pastu malam malam mula la boring nak balik
housemate yaya ni orang sibu, sarawak
dia ajak yaya bawak jalan jalan sini sebab nanti dia nak balik sibu balik
housemate yaya ni satu kelas masa diploma dulu
tapi dia dah kije JPPH lama dah 3 tahun lebih dahhhh :)
haaaaaa malu laaa nak cakap kalau penilai harta tak tahu jalan jalan sini kan lagi lagi kita memang orang sini, i meant orang KL selangor, iye dok?
yaya memang mengong gila jalan area bangi, kajang, putrajaya
nasib ada mr google,  malam kedua sampai laaa yaya ke alamanda :)
*bosan je situ, tapi dari bosan duk dalam bilik


meh tempek gambar meja kursus saya, breakfast lunch saya dan katil bilik saya :)



duduk depan kot? *sebab first day datang lambat, tempat belakang dah kena cop

bangunan bangunan slide bangunan


secawan milo tiap tiap pagi

semangkuk coco crunch dan susu HL tiap tiap pagi

ada nasi lemak juga

ada roti bakar juga

nasi lauk campur bertukar setiap tengah hari

bed sweet bed saya

meja solek saya

tv3 je pon hari hari :(

foyer main entrance

sebahagian kaum hawa

group inspection saya

pegawai 41 yang sangat cool dan friendly

mata kemengantukkan :)

pose dari alamanda kahakahakahkahh


ok bai semua
ada lagi kursus lepas ni :(   ehhhhh ---- >  :)




Friday, July 27, 2012

. .menari Tualang Tiga :)

blog e yokoso yaya ayarus


haahaa 
mesti ramai yang tanya tanya
acanerrr laa yaya boleh terjebak dalam dunia tari menari nih?
*lagha

tah yaya pon kurang arifff

citer dia cani
office yaya ni memang sangat laa aktif bab kerja kerja luar nih
dan pula salah seorang staff adalah orang kuat AJK persembahan
jadi dia pon jerkah laa kami semua suh buat persembahan

masa tu ada dua EVENT besar yang memerlukan persembahan dari office yaya

Hari Keluarga JPPH
& Hari Sukan JPPH

haaaaa nak senang
buat la persembahan menari sebab ramai boleh masuk
kalo menyanyi kang, sorang dua jer laaaaaa
jadi peserta peserta menari ada 6 orang :)
yaya pon kena la join untuk cukupkan 6 orang 

yaya, amy, ayu, kak nun, wanie dan kak shima :)


Hari Keluarga datang dulu ;)
persembahan tarian tualang tiga hanya ambil masa lebih kurang 2 minit :)
paling best yang yaya pernah rasa
sebab last yaya menari pon waktu zaman zaman tok kadok dulu :)

selang seminggu lepas hari Keluarga
muncul pula event Hari Sukan JPPH =)
kami mewakili zon tengah
zon timur dah confrrim confrim buat dikir barat kaannnnnn
haaaaaa persembahan kami ambil masa 7 minit berbanding 2 minit sebelom nih
makk aihhhh sminggu je berlatih?

layan gambar dengan geng geng menari laaaaaa
wakakakaakak memang pertama kali yaya pakai pakaian macam nih
berpin pin bagai kat pinggang yelaaaa kang tengah menari, terlucut pulaaaa kain
tak pasal pasal










kenangan terindah :)

thanks semua