Showing posts with label Bahasa Articles. Show all posts
Showing posts with label Bahasa Articles. Show all posts

Friday, 22 October 2010

Awasi Islamic Fashion Show

islamic_fashion

'Islamic Fashion Show' telah dianjurkan beberapa kali sebelum ini, namun penganjuran ketika itu tidak mendapat sebarang respon dari cendiakwan Islam, mungkin disebabkan fesyen-fesyen yang ditayangkan tidak begitu melampau. Ataupun ia tidak sampai ke pengetahuan golongan ini.

Namun pada tahun 2010, bertempat di sebuah negara bukan Islam, feysen yang ditayangkan sudah jauh melampaui batasan. Berdasarkan gambar-gambar yang tersiar di media dan internet, pertunjukan fesyen yang dianjurkan adalah 'clear cut' bercanggah dengan Islam dan tidak layak diberi nama 'Islamic'. Malah ia sudah termasuk di dalam kategori mempersendakan Islam.

Kita menyedari, pihak penganjur mensasarkan keuntungan jualan lalu cuba meraih perhatian dan kelainan melalui penganjuran ini. Namun mereka sepatutnya lebih sensitif dalam menggunakan nama ‘Islam’ bagi perniagaan dan program mereka. 

Tuesday, 19 October 2010

Menjelas Kekeliruan Berkenaan Penyaluran Wang Dari Sumber Haram & Bercampur

DIRTY_MONEY



Bermula dari isu sumbangan kerajaan Pulau Pinang kepada beberapa penerima, kelihatan timbul kekeliruan dan keserabutan dalam memahami letak duduk isu wang haram dan sumbangannya kepada kemaslahatan awam serta faqir dan miskin. Walau isu tersebut sudah padam dan tenggelam. Namun masih ada kekeliruan yang belum terjawab, akibatnya, ada yang berkata :-
“Jika harus diberikan wang haram itu kepada faqir miskin, maka bolehlah kita teruskan aktiviti haram itu kerana hasilnya masih boleh dimanfaatkan”
“Kerana hukumnya harus, maka mana-mana kerajaan pun yang naik selepas ini, mereka masih boleh membiarkan aktiviti haram”
“oo..bolehlah kita beri lagi banyak lesen kepada pusat judi, pelacuran dan riba, sebab untung mereka lebih besar dan kemudian kita boleh ambil manfaat dari harta mereka untuk membiayai faqir miskin dan pembangunan negara”.
Jika itulah kefahaman sebahagian pembaca selepas membaca hujjah-hujjah para ulama mazhab yang silam dan kontemporari, maka mereka sebenarnya sungguh terkeliru.

Coretan Santai : Saya dan iPhone 4

iPhone-4-4



Saya difahamkan ledakan iphone-4 sedang melanda Malaysia sekarang kini. Kami di United Kingdom telah merasainya sejak tiga bulan yang lepas. Sekarang ini jika dipandang ke kiri dan kanan, sama ada di dalam train atau sebelah kereta lain, amat mudah terlihat ‘mat saleh’ yang menggunakan i-phone 4. Semua kelihatan khusyuk membelek-belek smart phone model baru itu.
Saya adalah salah seorang yang terkena ledakan tersebut. Walau pada asalnya, tiada hasrat tetapi apabila tersebar isu antenna i-phone 4 bermasalah. Saya tergerak untuk mengetahui lebih lanjut perihal isu terbabit lalu mencari hakikat sebenar disebaliknya. Kebetulan CEO Apple Ltd, Steve Jobs baru sahaja membuat sidang media menjelaskan isu tersebut. Video penjelasannya boleh ditonton di web syarikat berkenaan.

Jemaah Haji Malaysia Menggunakan Vaksin Haram ?


Tahniah kepada semua warga Malaysia yang terpilih untuk menunaikan Haji pada tahun ini. Kelihatan rombongan demi rombongan mula berlepas ke tanah suci Mekah. Namun terdapat satu isu yang ingin saya bangkitkan untuk perhatian semua, khususnya pihak berwajib JAKIM, panel pengkaji JAKIM dan Majlis Fatwa kebangsaan.

Perlukah Memulangkan Wang Sumbangan Kerana Ia Hasil Judi ?

gifts.jpg

Tindakan penerima wang bantuan kerajaan Pulau Pinang memulangkan kembali wang tersebut boleh dinilai dari dua sudut iaitu sudut politik dan sudut agama atau hukum. Saya tidak berhasrat menyentuh isu terbabit dari sudut politik kerana ia bukan bidang saya. Cuma jika, tindakan tersebut jika dijadikan ikutan, nanti kita akan dapat melihat kebanyakan orang miskin di Malaysia memulangkan wang bantuan yang diberikan oleh kerajaan negeri, kerajaan pusat dan syarikat. Ini kerana sebahagian pendapatan kerajaan negeri dan pusat juga adalah dari sumber haram seperti cukai pusat judi, pelaburan haram, riba, pusat hiburan, rumah urut ‘pelacuran' dan sebagainya. Justeru bantuan mungkin sahaja diambil dari wang haram tersebut.


Perniagaan, Aqidah & Sogokan

bribery.jpg


Soalan
Dalam menjalankan perniagaan, kedengaran keluhan terpaksa bagi under table baru dapat projek atau tender. Adakah perbuatan begini dilihat menjejaskan akidah kepada Allah sebagai Yang Maha Berkuasa dan Pemberi Rezeki kepada makhluknya?