Showing posts with label Australia. Show all posts
Showing posts with label Australia. Show all posts

Balik Raya Aussie

Hola!

Tak best kalau first paragraph asyik tulis pasal blog berabuk, tuan blog yang tenggelam timbul...hehe.... Biasalah bila dah berkahwin, beranak dan berkeluarga ni masa nak berblogging dah jadi semakin kurang. Hehe... Kalau zaman bujang dulu aku lah blogger tegar! Hari-hari update ko. Siap boleh dapat income dari nuffnang. Sekarang nan hado! Duit yang lepas pun belum claim lagi dengan nuffnang. Harus claim segera....sudah macam perkasam. Kalau melabur ada hasilnya....hihi...

Blogging ni seronok jer bila ada yang baca dan komen. Setakat hari ni dah 5 blog aku ada. Tapi, bila nak famous sikit je banyak pulak peminat...hehe So, satu persatu aku close. Cuma yang ni remain sebab dalam blog ni ada jejak cinta aku suami isteri dan anak dan of course lah kehidupan kami masa di Aussie dulu... Semua tu memory babe! Walaupun sekarang blog ni sunyi sepi. Tapi, ada juga lah yang sudi mesaage tanya pasal cuti-cuti kat Aussie sebagai panduan. Yang mana sempat aku balas lah. Yang tak sempat sorry lah.... sebab aku bukan jer sibuk dengan keluarga tapi juga kerjaya dan sekarang ni meniaga....

Cakap pasal Aussie, kami anak beranak baru jer balik dari sana. Rindu weh dah dekat 2 tahun balik Malaysia....mestilah teringat kampung halaman. Jadi raya aidilfitri baru ni kami balik lah melawat sedara mara di sana. Kenalkan si Solah ni dengan atuknya.... Hehehe....

Kembara kali ni memang seronok sebab aku angkut sekali mak pak aku bersama. Kira aku belanja lah mereka sempena graduation phd aku. Alhamdulillah..... tanpa sokongan dan doa mereka mungkin tak siap siap juga phd ku ini. Oh ya, kakak aku pun turut sama join trip ni since dia tak pernah lagi ke sana walaupun bertahun-tahun aku kat sana....hehehe...

Basically trip kali ini adalah musim sejuk. Gila best! Sebab Malaysia sangat panas wehhh... lagi-lagi kat Jelly ni haaa... jarang-jarang hujan kecuali musim tengkujuh. Sebenarnya berdebar-debar juga nak travel dengan baby 9 bulan ni. Risau perjalanan panjang satu hal. Cuaca yang sejuk satu hal. Dah tu travel kali ni memang travel sungguh sebab merentas dari Victoria menuju ke Sydney via driving. Haaa kalau korang nak tahu stay tune lah. Lain hari aku update. Ini baru mukadimah jer.

Sebagai habuan untuk hangpa yang baca panjang lebar ni, aku letak lah sekeping dua gambar trip #balikrayaAussie aku ni! Esok kalau opismate aku tak datang aku update lagi...hehe...

First time jumpa atok Kel
At Brighton Beach, Melbourne
Papa nak beli motor racing di Bathurst.



Jom mengenali Australia! (Part 1)

Hip hip!
Hoorayy!!

Hip hip!
Hoorayy!!

Begitulah gambaran riang setiap kali dapat update blog! Bahahaha.... *silly me* >__<

Okay, hari ni aku nak bercerita pasal Australia. Rasanya belum pernah lagi bercerita panjang pasal Australia walaupun dah beberapa tahun menetap di sini. Peta Australia pun macam tak pernah tunjuk kot? Kata orang berilmu, apalah guna kalau kita berjalan atau melancong ke negara orang kalau kita tidak mengambil tahu atau belajar tentang budaya, bahasa dan orang tempatan.  Seolah-olah pergi melancong tu hanya sekadar untuk upload foto banyak-banyak untuk tatapan orang lain atau sekadar bermegah-megahan kerana ada wang yang banyak untuk melancong! Nauzubillah! Semoga Allah jauhkan aku dari sifat atau rasa begitu! Walaupun sebenarnya aku lebih kepada bermastautin dari melancong, tapi tidak terkecuali juga untuk mengenal negara orang. Malah, seharusnya jadi lebih kenal begitu!Jadi hari ni aku nak share lah sedikit sebanyak tentang Australia mengikut pengetahuan am aku, juga dari pengalaman, perbualan dengan penduduk tempatan dan pemerhatian dari kaca mata sendiri dan juga orang lain. Heh!

MasyaaAllah, Aussie ni besar betul! Tak percaya tengok peta di bawah! Patutnya Australia ni sebahagian daripada negara Asia la kan sebab terletak di lingkaran Asia dan benua Asia. Tapi biasalah, sebab mereka tu kulit putih dan kebaratan, jadi mereka tak mahu tergolong pun dalam masyarakat Asia. Jadi, wujudlah Benua Australia! Bahaha..... Ada aku kisah! -__-" Walaupun aku suka dengan Aussie dan sesetengah budaya mereka yang boleh dijadikan tauladan, tapi aku tetap bangga menjadi orang timur! Walaubagaimana pun, semestinya aku lebih bangga menjadi Muslim. Kerana Islam itu sebaik-baik agama yang membentuk sebaik-baik budi pekerti!  Kan?



Anyway, Australia dikenali juga sebagai Aussie oleh masyarakat sini atau biasanya ditulis sebagai Oz. Ada juga dipanggil negara down under sebab terletak paling bawah. Tapi, orang NZ, marah kalau cakap Aussie down under sebab menurut NZ people, depa lebih down under dari Oz! Bahahaha.... pun aku tak kisah! -_-"

So, Oz ni boleh dibahagi kepada 7 bahagian seperti gambarajah di atas ya. Macam negeri lah atau panggil state. NSW, Qld, Vic, SA, NT, WA dan Tassie. Ramai orang tersalah anggap bahawa Sydney tu sebagai ibu negara Oz. Dulu pun aku ingat gitu gak sebab yerla mercu tanda Oz macam Opera house dan Sydney bridge tu kan letaknya di Sydney. Suatu tika dulu rasanya pusat pemerintahan terletak kat Sydney, NSW. Tapi, orang Melbourne, Vic yang juga mempunyai populasi penduduk yang banyak pun nak jadi ibu negara Oz juga. So, daripada mereka berperang sesama sendiri, kerajaan Oz memutuskan Canberra sebagai ibu negara Oz atau Australian Capital Territory namanya yang terletak tengah-tengah antara Sydney dan Melbourne!

Aku pernah sekali pi Canberra. Bandarnya mirip kepada Putrajaya. Kawasan yang senyap sunyi especially bila bukan hari bekerja. Dan bagi aku less interesting compare to Sydney or Melbourne. Walaupun tak sibuk dan se'havoc' bandar Sydney dan Melbourne tapi aku suka scenery kat sana terutamanya pada musim luruh ni. Serious cantik! Malah pesta bunga tulip pun saban tahun dibuat di sana. Kalau dari Sydney lebih kurang 3 jam lebih perjalanan dengan kereta!

Dulu mak aku selalu cerita yang Australia ni sebenarnya negara tempat pembuangan para pesalah criminal Britain. Aku ingat mak aku acah aje sebab maklumlah Oz ni kan terpisah jauh dari negara mat saleh lain. Tapi, memang betul pun! Salah seorang dari penjenayah tersebut adalah Mary Reibey seperti yang tertera di matawang AUD20! Beliau dulu asalnya seorang banduan Britain yang dibawa ke Oz. Tapi, kemudiannya menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya. Tu yang terpampang muka dia kat matawang kertas $20 dolar! See, orang yang pernah buat salah pun boleh berubah menjadi lebih baik. Semuanya terpulang kepada diri masing-masing untuk melakukan perubahan itu! Kalau nak tahu cerita lebih lanjut, boleh la korang google sendiri... tehehehe....



Tapi, sebelum kedatangan orang British ni, tanah Oz ni sudah lama didiami oleh orang asli sini atau depa panggil aboriginal dari pelbagai suku kaum. Banyak yang kena bunuh sebab orang kulit putih ni kan suka menjajah dan kaut hasil bumi orang. Lagi-lagi bila dapat tau kat Oz ada emas walau emasnya tak lah semutu emas kita. Pun begitu, orang Islam juga sering dilabel sebagai pengganas kan? Walhal orang putih tu dah lama mengganas pada penduduk Afrika, kaum Red Indian dan pencetus pelbagai peperangan di bumi ni and yet they still claim us as big T! -____-" bulls**t!

*Emo sekejap!*

Oleh kerana Oz ni merupakan negara asal buangan banduan Britain dan Europe, maka sedikit sebanyak dipengaruhi dengan budaya orang Britain juga. Dan seperti mana warga Britain yang menyanjung pada Queen Elizabeth (bantai eja je ni), orang Oz pun sama! Malah, bila kerabat di raja England datang sini riuh orang Oz berkumpul! Walau pun Oz berdiri di atas namanya sendiri, tapi aku rasa masih ada ikatan 'tak rasmi' dengan England. Seolah-olah negara kedua England pula. Pada bendera Oz sendiri pun masih ada bendera kecil Britain (Union Jack)!



Kalau dari sudut geografi, empat musim kat Oz ni tak sama dengan dekat Europe. Senang cerita bertentangan. Sekarang sini penghujung musim luruh maka di Europe sana pasti musim bunga. Lepas ni Europe summer, maka di Oz akan winter. Dulu masa sekolah punya susah nak ingat. Sepatutnya kita dibawa melancong baru senang nak faham geografi dan sejarah negara lain. Kan orang selalu kata, guru terbaik adalah pengalaman. Tak perlu hafal pun, janji ada pengalaman ingatan dan pengetahuan itu pasti bercambah! Sama lah juga masa sekolah dulu, selalu konpius monsun timur laut di Malaysia ni bulan berapa ke bulan berapa, sekali bila dah lama menetap di Pantai Timur sendiri boleh tau! Again, pengalaman juga guru terbaik!

Sebelum aku berhenti menaip, aku nak sentuh sedikit pasal budaya orang Oz. Yerla rasa macam dah panjang aje tulis tapi isi masih kurang sebab melalutnya banyak! Oleh kerana mereka ni tergolong dalam negara maju, jadi dari segi taraf kesihatan semua bagus. Usia warga tua dia pun ramai yang mencecah ke 100 dan ke atas. Kalau umur 80 ke 90 tahun tu masih tetap aktif. Ada yang siap buat kerja amal lagi macam jadi volunteer untuk macam-macam event. Memang respect betul! Ramai juga warga emas yang aku geng, jadi banyak berkongsi cerita. Mereka ni memang baik-baik dan mesra jika dibandingkan dengan muda mudi Oz. Heh! 

Salah seorang warga tua yang rapat dengan aku. Nama dia Kel. Baik sangat!


Mungkin sebab budaya depa yang menitik beratkan soal kesihatan dan pemakanan. Kalau pegi farmasi, memang penuh dengan pelbagai vitamin dan barangan kesihatan. Dan awal pagi lagi sudah keluar bersenam dan berlari. Kadang-kadang rasa malu juga bila tengok orang tua lebih gagah dari aku terutama dari sudut stamina malah aktif ke sana ke mari! Kalau warga emas kita, umur 60 dah mula slow down dan biasanya lebih suka duduk di rumah dan agak pasif. Jadi, aku fikir ada sesuatu yang baik yang aku boleh jadikan iktibar. Pertama, tak perlu tunggu usia tua baru nak buat kerja amal. Kedua, menjaga kesihatan itu penting sebab dengan tubuh yang sihat kita masih boleh aktif dan berbakti pada insan yang lain dan bukannya mengharap simpati.

Hurmm...sebenarnya banyak lagi yang nak dikongsi. Tapi, kalau terus menaip macam lah tak ada kerja lain pula kan? So, insyaaAllah ada masa mendatang akan aku kongsikan lagi! Walaupun mungkin korang tak pernah jejak sini tapi sekurang-kurangnya korang boleh cedok sesuatu yang bermanfaat la juga. kan? kan?


P/s: Maaflah kalau entry aku kali ni membosankan! Heh! Maybe aku patut buat quiz. Siapa jawab betul, dapat cendrahati dari sini, amacam? good idea? No?!

Pss: Jangan terima aje maklumat aku tulis ni bulat-bulat terutama untuk assignment. Sila cari rujukan yang lebih sahih dan tepat! ^^,V



Jalan-jalan di Wollongong

Hidup segan mati tak mahu! Aduhai.... Inilah nasib blog ni sejak tuan dia merantau jauh. Ingatkan masa kerja aje sibuk. Rupanya bila dah sambung belajar pun sibuk. Nasib lah engkau blog..

Nak update pasal kahwin rasa dah basi. Lagipun dah duduk jauh dari Malaysia. Dah lama tak pergi kenduri kendara. Tak tahu sudah apa trend yang terkini. Nak review wedding kat sini pun tak dapat jemputan....hehehe...

So, kita review tempat-tempat menarik lah. Mana tahu siapa-siapa plan nak datang honeymoon boleh rujuk blog ni kan? Currently, saya dan hubby bermastautin di Wollongong. Wollongong ni merupakan bandar ke 3 yang terbesar di New South Wales (NSW). Terletak kira-kira sejam dari bandar dan airport Sydney dan hanya 3 jam perjalanan ke Canberra. Wollongong atau lebih mesra dengan panggilan Gong ni terletak di pinggiran pantai yang sangat indah. Panorama di sini memang indah dan bandarnya tidak sesibuk Sydney. Just nice. Ala-ala macam Pantai Timur kat Semenanjung Malaysia cuma best lagi lah. Kat sinilah terletak tempat pengajian saya iaitu University of Wollongong. One of the best Uni kat Ausie dalam bidang engineering and research.

Apa yang best kat Wollongong? Tak adalah yang best sangat sebab bandar kecil. Tapi, sebab dia terletak di tepi laut maka aktiviti rekreasi yang biasa dijalankan adalah surfing, cycling dan juga hiking. Selalu juga nampak orang sky-diving. Salah satu aktiviti yang saya suka sepanjang berada di sini adalah 'garage sale' dan 'markets'. Hal yang jarang ditemui di Malaysia kecuali markets lah. Malaysia memang banyak market contohnya pasar tani, pasar minggu, pasar malam, pasar ramadhan dan banyak lagi. Tapi, pasar di sini jauh lebih menarik kot. Kalau berkesempatan nanti saya cerita lagi ok!

Oleh kerana tak larat nak taip panjang-panjang maka sila lah layan beberapa keping gambar yang sempat diambil sepanjang berada di sini.


Dapto Market

Pasar Dapto. Setiap hari Ahad.


Macam-macam ada. Pokok, barang-barang antik, barang-barang pertukangan, baju, cd, barang elektronik dan macam-macamlah.... Pendek kata macam-macam ada. Kalau pandai cari boleh dapat murah punya. Maklumlah barang-barang ni ada yang second hand punya tapi masih elok!



Kiama Market

Kiama Market pula diadakan di persisiran pantai yan indah setiap hari Ahad minggu ketiga. Kebanyakan barang yang dijual adalah hasil kraftangan yang unik. Oh saya sangat terpaut. Ikut hati mau beli saja. Tapi, kena tunggu duit poket masuk dulu baru sedap sedikit. Sekarang cuci mata lah dulu!

Oklah, itulah sedikit sebanyak tentang diri ini di tempat baru. InsyaAllah, ada kelapangan saya akan update lagi.

p/s: Gambar pon tak sempat nak copyright...huhu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
abcs