Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers
Showing posts with label islam. Show all posts
Showing posts with label islam. Show all posts

Monday, July 21, 2014

kisah teladan - tentang solat

assalamualaikum..

suami wassapkan cerita ni dekat saya.. jadi saye tempek kat sini.. kadangkadang tersolat lambat.. tu yang die send cerite ni kot.. moga saye makin bersemangat nak solat di awal waktu.. dalila.. kite baru cerite hal ni kan..

Tinggal beberapa minit lagi, waktu Solat Isyak akan masuk. 
Dia segera mengambil wudhu dan melaksanakan Solat Maghrib. 
Lambat. 

Tetapi pada anggapannya asalkan dia bersolat, kewajipannya akan tertunai. Dia mula membaca doa iftitah dan memulakan rukun-rukun solat sehingga ke sujud akhir dan kekal seperti itu buat sementara waktu. Dia telah bekerja sepanjang hari dan dia berasa letih, sangat letih. Dia tiba-tiba terbangun kerana terdengar bunyi bising dan jeritan manusia. Dia terpempam. 

Dia memandang sekeliling. Dia berpeluh semahu-mahunya. Dia memandang sekeliling sekali lagi kerana tidak percaya. Suatu suasana yang sangat sesak. Setiap ruang sudut tempat yang dia pandang; telah dipenuhi dengan orang ramai. Beberapa berdiri kaku melihat sekeliling, ada yanng berjalan mundar-mandir dan ada yang berlutut dengan tangan mereka menutup wajah mereka hanya menunggu seperti dalam ketakutan. Dia ketakutan dan berasa bimbang kerana akhirnya dia sedar di mana dia berada. 
Jantungnya hampir pecah kerana debaran yang sangat kuat. 

Ianya adalah hari mahsyar! 

Sewaktu dia masih hidup, dia telah mendengar banyak perkara mengenai persoalan pada hari mahsyar, tetapi pada anggapannya kiamat dan yaumil mahsyar itu lambat lagi akan berlaku. Mungkinkah ini hanyalah permainan dan imaginasinya sendiri? Tidak! Melihat keadaan sekeliling ianya kelihatan sangat benar! Soal siasat itu sedang berlaku! 

Dia mula bergerak menyusup di antara orang ramai dan mencari di antara orang ramai untuk bertanya jika namanya telah dipanggil. Tiada siapa yang boleh menjawab. Tiada siapa yang mengendahkanya. Semuanya sibuk dengan urusan mereka sendiri Tiba-tiba dia mendengar namanya dipanggil dan orang ramai berpecah kepada dua barisan lalu membuat satu laluan untuknya. 

Dua malaikat memegang tangannya, menggiring dan membawanya ke hadapan. Dia berjalan dengan lemah dan pasrah melalui orang ramai. Para malaikat membawanya ke tengah kawasan dan meninggalkan dia di sana. Kepalanya terpunduk dan seluruh detik hidupnya sedang ditayangkan di hadapan matanya seperti sebuah filem. 
Dia membuka matanya tetapi apa yang mampu dilakukan hanyalah melihat dunianya yang dipamerkan. Orang ramai semua tidak menghiraukannya. 

Di dalam filem hidupnya, dia melihat beberapa babak seperti: Dia melihat bapanya berjalan dari satu rumah kebajikan me rumah yang lain, membelanjakan hartanya di jalan Islam. Ibunya mengikut dan membantu orang ramai di rumah kebajikan tersebut dan satu meja sedang disusunkan makanan manakala yang lain sedang dibersihkan. Dia mengaku kesnya. 

"Saya juga sentiasa di atas jalan ini. Saya membantu orang lain. Saya menyebarkan perkataan Allah. Saya melakukannya. Saya berpuasa pada bulan Ramadhan. Apa yang Allah perintahkan untuk dilakukan, saya lakukan. Apa sahaja yang Allah melarang, saya tidak lakukan". Dia mula menangis dan berfikir tentang betapa dia mengasihi Allah. Dia tahu bahawa apa yang dia telah lakukan dalam kehidupannya akan menjadi kurang bermakna daripada apa yang Allah redha dan perlindungan Allah sahaja yang dia mohon kini. 

Dia berpeluh, seperti tidak pernah berpeluh sebelum ini. Seluruh tubuhnya bergegar lantaran ketakutan. Matanya tetap pada skala timbangan, menunggu keputusan muktamad. Akhirnya, keputusan itu dibuat. 

Kedua-dua malaikat itu dengan helaian kertas di tangan mereka, berpaling kepada orang ramai. Kakinya berasa sangat lemah. Dia memejamkan matanya kerana mereka mula membaca nama-nama orang-orang yang dihukum memasuki neraka. Namanya disebut sebagai orang yang pertama. Dia jatuh terjelepuk, melutut dan menjerit. Dia menyatakan bahawa ianya salah. 

"Bagaimana saya boleh pergi ke neraka? Saya berkhidmat membantu orang lain sepanjang hidup saya, saya menyebarkan perkataan Allah kepada orang lain"Matanya telah menjadi kabur dan tapak tangannya berpeluh. 
Kedua-dua malaikat menghampirinya dan memegang tangannya. Dia diseret songsang. Kakinya diseret, sedangkan mukanya menyembam menggahar debu, tanah kerikil dan sebagainya. Mereka menyeretnya pergi melalui orang ramai dan menuju ke arah api yang menjulang-julang daripada neraka Jahannam. 

Dia menjerit dan tertanya-tanya jika ada mana-mana orang yang akan membantunya. Dia menjerit dan menyebutkan semua kebaikan yang telah dia lakukan; bagaimana dia telah membantu bapanya, puasanya, solatnya, al-Quran yang dibacanya. Dia terus menjerit-jerit, namun tiada seorangpun daripada mereka akan membantunya. 

Para malaikat terus mengheret dia. Mereka telah semakin hampir dengan neraka. Dia menoleh ke belakang dan ini rayuan terakhir. Dia teringat... Tidak! Rasulullah SAW pernah berkata; 

"Bagaimana bersih seseorang yang mandi di sungai lima kali sehari dari kotoran, begitu juga bersihnya orang yang melaksanakan solat lima kali seharian daripada dosa-dosa mereka" 

Dia mula menjerit; 
"Solat saya? Solat saya? Doa saya?" 

Kedua-dua malaikat tidak berhenti, dan mereka datang ke tepi jurang neraka. Bahang api neraka yang membahang telah menyelar mukanya. Dia menoleh ke belakang sekali lagi, tetapi matanya telah kering dari sebarang harapan dan dia tidak mempunyai apa-apa lagi yang tinggal di dalam dirinya. Salah satu malaikat menolak dia masuk ke neraka Jahannam. 

Dia mendapati dirinya terawang di udara dan sedang jatuh ke arah api. Dia sedang melayang jatuh selama tujuh puluh tahun ke dalam api neraka apabila tiba-tiba tangannya diraih oleh satu lengan. Dia ditarik kembali ke atas. Dia mengangkat kepalanya dan melihat seorang lelaki yang sangat tua dengan janggut putih yang panjang. Kelihatannya lelaki itu sangat daif. Dia menyapu debu di tubuhnya sendiri dan bertanya kepadanya, 

"Siapakah anda?" 

Orang tua itu menjawab, 
"Saya solat anda" 

"Mengapa kamu begitu lewat! Saya telah terjunam ke dalam neraka! Anda menyelamatkan saya pada saat-saat terakhir sebelum saya lebur." 

Orang tua itu tersenyum dan menggeleng-gelengkan kepalanya, 
"Adakah anda lupa? Anda sentiasa laksanakan saya pada saat-saat akhir!!" 

Pada ketika itu, dia tiba-tiba terjaga dan mengangkat kepalanya dari sujud. Dia berada di dalam kebasahan akibat berpeluh. Dia mendengar suara-suara yang datang dari luar. Dia mendengar azan dikumandangkan untuk menandakan masuknya waktu Solat Isyak. Dia bangun dengan cepat dan pergi mengambil wudhu. Dia berjanji tidak akan melengahkan solat lagi. Dia sedar kesalahannya kini. Dia telah mendapat petunjuk yang maha benar. 

Wednesday, November 6, 2013

salam maal hijrah..

assalamualaikum..

lame tak update blog.. hari isnin saye 'busy'.. buat bende lain.. hari selase kan cuti.. jadi hari rabu baru la boleh up entry.. itu pon lepas seharian mengadap table.. pening kepale.. stress sebab pakse diri tenung table lamelame.. sekarang time relex.. ade bende lain nak update.. tapi rase lagi syok ucap salam maal hijrah dulu..

selamat tahun baru buat semue pengunjung blog yang tak seberape ni.. moge tahun ni penuh dengan keberkatan.. rahmat dariNYA untuk kite.. moge tahun ni makin meningkat keimanan kite kepadaNYA dan kecintaan kite pade rasulnya.. saye doakan semue azam tahun lepas da terlaksane dan azam baru tahun ni senang dicapai..

tak sempat nak edit gambar maal hijrah untuk blog ni.. tapi saye ade edit gambar salam maal hijrah untuk parentlite.. jadi la kan saye tepek sini..

salam maal hijrah semue..

notadibawah             > jangan lupe singgah blogshop saye.. saye ade up barang baru..

Friday, November 1, 2013

cerite bulan puase..

assalamualaikum..

hari ni saye ade taklimat.. jadi busy sikit.. dengan table baru keluar.. tapi tanggungjawab update blog tetap perlu.. haha.. bukakbukak folder gambar nampak folde ramadhan.. ok la tu.. cerite lame.. sinonim da dengan blog ni kan.. rase nak tukar header.. blog cerite basi / lame.. hahaha.. boleh? 

cerite overall la kan.. saye bulan puase memang tak berbuke dekat rumah.. harihari pergi masjid tak miss kecuali ade gathering.. sehari ke due hari ter miss.. memang best.. lepas berbuke terus jemaah maghrib.. tahun lepas ufairah baru menyusur.. tahun ni da berjalan.. ya Allah.. susah jugak nak kawal.. ok.. tengok gambar ye..

yang depan ni pekerje masjid.. abah saye tengah masak.. 
nampak DH saye? ufairah? adik saye.. adik ipar semue ade..

pernah dulu mammadanish cakap.. kenape tak ramai dekat masjid.. ni bahgian perempuan.. bahagian lelaki ade saye snap.. tapi gambar blur..  tapi kalau nak bayangkan jugak.. bahagian lelaki due kali ganda dari bahagian perempuan.. memang meriah dan ramai.. bukan orang je meriah.. makan pon meriah..

ni tengah makan.. nak tengok campur dengan yang tengah beratur? 
nampak tak? ramai kan.. 
tapi kami selalu makan di dapaur.. orang dapur kan..

lagi satu yang best.. yang meriah.. ade je orang buat promosi.. mulemule revive.. memang banyak la dapat revive.. abah saye selalu dapat berkartonkarton.. kami la anakanak yang bantai habiskan.. lepas tu twister pulak.. ade gambar dekat bawah.. gambar mase revive datang lagi banyak.. siap angkat sepanduk lagi.. tapi tak ingat la dekat mane gambarnye.. jadi ambil gambar yang ade jela ye.. 

kami bertige.. mase twister datang.. 
sebahagian dari hasil kami..

bile cerite tentang ramadhan.. tibetibe terase rindu sangat dengan ramadhan.. rasenye sampai tak kite dengan ramadhan seterusnye? ya Allah.. panjangkan lah umur kami.. moge bertemu lagi ramadhan. jangan lupe ganti puase sebelum ramdhan seterusnya tibe.. saye da habis ganti dah.. sebab puase full.. da tige tahun berturutturut puase full.. alhamdulillah..

rasehatiku        > tibetibe terase macam baru lepas bulan puase..

Friday, October 25, 2013

bila tiba waktu sembahyang..

assalamualaikum..

selamat petang.. doakan perniagaan kecil kami ye kawankawan.. semoge segalanya dipermudahkan.. semoge saye tabah sabar dan tidak putus asa untuk teruskan usehe ni.. saye tahu.. waktu permulaan ni la yang sangat susah.. waktu nak kenalkan kite siapa dekat orang.. waktu kita cuba untuk yakinkan orang.. doakan kami tau..

ok kite cerite hal anak solehah saye.. subhanAllah.. waktu cerite tentang die ni.. terase rindu sangat dekat ufairah.. ape la yang anak ibu tengah buatkan..kejadian ni berlaku semalam.. mase saye keluar dari bilik nak ke bilik air.. nak ambil air sembahyang.. saye tengok ufairah kelam kabut keluar dari bilik atuk.. terkejut saye..

ufairah berlari ke sofa two seater.. dekat sofa tu tergantung sejadah kecil ufairah.. saye ingatkan kenape ufairah lari.. sambil lari tengok muke saye terus cakap nak Allahhuakbar.. tangan ufairah pantas mencapai sejadah kecil tu.. tau kenape die kelam kabut?

atuk dalam bilik tengah jemaah dengan opah.. ufairah nak ikut jugak.. alhamdulillah.. sejuk hati ibu.. moge sampai ke tue kamu macam tu anak..  saye pon terus masuk bilik atuk dengan opah nak tolong ufairah bentangkan sejadah.. terus ufairah angkat takbir.. hihui.. comel.. tapi biase la. budak setahun lebih sembahyang.. setakat angkat takbir, qiam dan sujud..

Allah hu akbar.. tengok gaye.. hihi..

dah mule bosan la tu..

saye tunggu jugak ufairah.. takut ufairah kacau atuk sembahyang.. budakkan cepat bosan.. bile ufirah nak cuit atuk je.. saye cakap.. 'haaaaa' terus tak jadi.. bile atuk da rakat ke tige.. saye da berani tinggalkan sebab atuk da nak habis sembahyang.. lepas sembahyang dengan atuk.. cepatcepat bawak sejadah ke bilik saye pulak.. nak sembahyang dengan ibu pulak.. tapi 5-10 saat je.. anak la anak..

kalau perasan.. tangan ufairah dekat mane? da bosan la tu..


Friday, October 11, 2013

indeed

assalamaualaikum..

sebab terase cool sangat dengan tajuk satu perkataan.. hari ni satu lagi entry dengan tajuk satu perkataan.. siap bahase inggeris lagi.. double cool la ni.. hihi.. saje je kan saye ni.. hari ni takde mood.. bukan takde mood sebab ape.. takde mood sebab mengantuk.. terase macam nak tidur.. sakitsakit badan ni ha.. tak tau la kenape.. bile la nak dapat percutian yang boleh duduk hotel.. lepaklepak dalam bilik je.. inshaAllah tak lame lagi..

semalam tetibe dapat email dari DH.. email voucher groupon.. short gateaway la kami tak lame lagi.. jadi lah even due hari satu malam.. asal boleh rehatrehat.. tapi kalau dapat lame lagi syok kot.. kahkahkah.. sile bersyukur fifi.. jauh betul saye melalut ni.. takde ape yang indeed pon kan.. ok.. bagi saye.. inilah yang indeed..


well.. bile orang yang oh my english terlalu azab.. patut bace ulang due tige kali baru la dapat paham betulbetul dan menghayati.. bace pertame kali.. saye macam.. oo.. bace due kali.. paham sikit da.. bace kali ketige.. memang indeed.. cube bace dari hati.. how great our creator? baru kite dapat tahu dan selami.. subhanAllah.. alhamdulillah.. Allah hu akbar..

gambar ni dikongsikan oleh seseorang di facebook.. hadith ke 4 dari buku hadith 40 yang dikumpulkan oleh imam nawawi.. memang indeed bagi saye..

pesanansajesaje            > boleh jadi tazkirah jumaat tak? 



Wednesday, July 17, 2013

masih ada orang sepertinya.. - pengajaran..

assalamulaikum..

ape yang saye nak ceritekan ni kan.. memang cerite benar.. rasenye banyak je kejadian macam ni berlaku.. tapi kali ni betulbetul depan mate saye.. subhanAllah.. terase hati ni.. sayu sangat.. terase beruntung sangat dengan ape yang saye ade.. macam biase saye sekeluarge buke di masjid.. semalam kami masak mee kari.. masak dari rumah bawak ke masjid.. ummi saye malas nak masak dekat masjid.. 

bile bilal azan je semue berbuke.. makan sedap.. ade kuih burger malaysia, agaragar, tepung pelite, bubur, mee kari.. makan kenyangkenyang.. mee penuh mangkuk.. bubur semangkuk.. banyak la makanan kami.. bile tibe mase nak masuk masjid.. abah pergi dulu.. nak kejarkan jemaah.. tibetibe..

ade sorang lelaki yang luarannye nampak kurang kemas, messy la senang cerite.. datang dekat dapur.. jalan tertunduktunduk macam tak larat sangat.. takde daye.. ters cakap 'nak makan nasi' saye yang sibuk kelam kabut nak habiskan sise makanan tersentak bile dengar abah cakap 'nak nasi? marimari..' abah ajak lelaki tu ke depan.. tempat buffet makanan..

saye tak sempat tengok orang tu betulbetul.. teringin nak tengok.. kebetulan lelaki tu makan dekat dengan kerete ummi (ade meje kat situ).. saye buatbuat pergi kerete nak bukak.. saye tengok lelaki tu tadah tangan luasluas berdoa.. dari riak wajahnya macam bersyukur sangat dapat makanan.. subhanAllah.. mase tu rase macam sayu sangat.. rase nak gugur air mate teringat.. kite makan sedap.. lelaki tu Allah uji sampai tahap macam tu..

lepas kami sembahyang adik saye nampak lelaki itu ambil wudhu.. nak solat maghrib rasenye.. lagi la tersentuh hati saye.. mase lelaki tu makan saye buatbuat tengok DH ambil wudhu.. saye jelingjeling lelaki tu.. sebelum tu saye sempat pesan dekat DH..  'abang.. sedekah sikit dekat lelaki tu' lege rase hati dapat membantu..

saye tak tahu lelaki tu datang dari mane.. kalau nak fikirkan negatif.. lelaki messy tu mungkin drug addict.. kalau fikir positif.. lelaki tu mungkin seorang hamba yang di uji Allah dengan kesusahan.. tapikan.. lepas balik rumah kami masih bercerita tentang lelaki tu.. abah kate.. lelaki tu hilang macam tu je.. kirenye macam tak dapat nak cari da lepas sembahyang.. siapa lelaki tu? baik buruk.. utusan Allah.. takkisah la.. yang penting bantu seikhlas mungkinkan..

 abah kate.. Allah saje nak uji kite.. nak tengok kite nak tolong ke tidak orang susah tu.. sedangkan mase tu imam da nak mule sembahyang.. abah kate lagi.. rasenye lelaki tu da mintak makanan dekat depan (tempat buffet) tapi orang depan suruh pergi dapur.. kami kat dapur pon ambil makanan dari depan.. kalau ade pon mee tapi lelaki itu nak nasi.. akhirnye abah berjaye suruh orang depan bagi nasi dekat lelaki itu sedangkan makanan diagihkan selepas sembahyang maghrib.. 

pesananramadhan            > bile teringat hal semalam.. hati jadi sebak.. Alhamdulillah syukur dengan nikmat Allah..

Monday, July 15, 2013

hari kedue di masjid..

assalamualaikum..

entry ini ditaip pada 12 julai 2013.. jumaat lepas dan di publish pade 15 julai 2013.. sebab ape? sebab nak tunggu gambar.. miahaha..

takkan harihari entry bukak puase kan.. haha.. takpe.. semalam ade kelainan sikit.. saye cerite jela.. buat kenangan.. kalau nak bace teruskan.. kalau taknak tekan je  X kat atas kanan tu.. semalam macam biase pukul 7 lebih baru gerak pergi masjid.. padahal abah da cakap nak goreng kuew teow dekat masjid.. keluarge kecil kami selaku penumpang kerete ummi ikutkan jela.. ummi pulak park dekat dapur masjid..

saye jalan pergi tempat perempuan tengok ramai orang.. macam da full tempatnye.. tetambah nak tolong abah goreng kuew teow.. jadi terbuke la meje dekat dapur.. duduk ramairamai berbuke dekat dapur masjid.. double syok sebab dapat bukak puase dengan DH.. wallaweee.. best la.. meriah tambah dengan adik saye balik.. pekerje masjid.. memang syok dan meriah.. kecoh makan sampai tak sedar bilal da iqamah..

ummi tengah sibuk nak goreng kuew teow..
 DH melayan si cerdik pandai ufairah..
abah sibuk bukak meje lagi.. abah saye yang pakai baju biru tu..

mase bilal iqamah adik saye pandang muke pelik.. die ingat baru azan kot.. da terlupe tadi da azan.. haha.. terkejut la takkan baru azan.. die da belasah memacam.. ufairah macam biase la.. pengganggu tegar.. miahaha.. tapi ok je awek tu kat dapur. tak bawak kasut jadi duduk atas kerusi jela.. kalau bawah haru jugak.. mau die melompat masuk dalam periuk bubur nak berenang.. (periuk tengah rendam sebab senangnak basuh)

makanan semalam memang super duper banyak.. super duper best.. makanan sebelum sembahyang la.. kuih karipap dan ketayap.. bubur lambuk seperti biase.. air pulak pe'e(pekerja masjid) buat teh ais.. sedap oo.. siap ade burger orang sedekah.. memang best r.. burger daging seketul.. kuew teow goreng abah sepinggan.. wehh.. memang tak kurus bulan puase ni..

tengok.. burger berbijibiji atas meje.. kuih muih.. bubur.. kuew teow.. memang buncit perut makan..

lepas sembahyang maghrib makan nasi pulak.. nasi lauk daging salai masak lemak cili ape dengan belimbing, sambal ayam dan kangkung goreng belacan.. sure berat naik bulan puase.. memang mewah dengan makanan kalau duduk masjid. rezeki bulan puase kan.. memang penuh keberkatan.. alhamdulillah ya Allah.. lagi satu kan.. semalam maghrib saye boleh jemaah.. adik saye balik duduk kajang bulan puase ni.. tolong abah.. sambil tengok anak die tujuh bulan.. die tengokkan ufairah sekali.. boleh la saye berjemaah.. alhamdulillah..

makanan lepas sembahyang maghrib.. mewah dengan makanan kan kalau berbuke di masjid..

Thursday, July 11, 2013

berbuke di masjid..

assalamualaikum..

ramai yang tak pernah berbuke di masjidkan.. alhamdulillah saya berpeluang berbuke di masjid.. cume satu jela bile berbuke di masjid ni.. lelaki dan perempuan berbuke di tempat berasingan.. jadi saye dengan DH berbuke berasingan.. DH saye ok je sebab die bagitau saye yang die suke berbuke di masjid.. meriah dan ramai orang.. saye pon tak kesah sebab saye bertige.. saye, ummi dan ufairah.. abah saye? berbuke dekat dapur masjid.. haha.. semalam die tak makan nasi pon.. kadangkadang DH follow abah ke dapur masjid..

kami pergi masjid naik kerete ummi saye.. abah saye naik motor je sebab die selalu balik lewat.. semalam dalam pukul 7.15 petang kami bertolak ke masjid.. sampaisampai je da ramai orang.. tempat berbuke perempuan.. tak sempat saye nak tengok tempat lelaki.. da lambatkan.. mase sampai sane je.. ummi saye pergi dapur cari air mate kucing.. saye pulak lepaklepak.. bile da surut orang ambil makanan berbuke.. kuih dan bubur lambuk baru saye pergi ambil..

suasane di masjid.. ramairamai tu tengah ambil kuih la tu.. 
belah kiri tu la buffet makanan berat.. 

mulemule ambil kuih.. dengan dukung ufairahnye.. saye cube lepaskan ufairah.. die berjalan sane sini saye risau ufairah terlanggar air atau makanan.. terpakse la dukung sekejap.. bubur lambuk saye tak kesah sangat sebab abah yang buat.. dekat rumah da ade sebungkus.. kalau tak dapat yang ni.. kite makan dekat rumah.. lepas ambil kuih je.. balik tempat letak kuih.. ade orang terus capai dan makan.. weh. belum azan.. ade orang tak puase..

ayu duduk bersimpuh.. tapi tak puase.. 
bile angkat muke.. kantoi sudah.. ufairah ufairah..

mase da nak azan maghrib baru ummi saye sampai.. lambat sangat ummi pergi dapur.. saye tanye.. kenape lambat.. ummi cakap ummi tolong potong buah.. ade orang bagi tapi takde orang potongkan.. bukan ape.. saye nak ambil air bagai kan.. tapi takpe.. ummi datang dengan sejug air mate kucing buah dengan tembikai kuning.. jadi inilah makanan kami sebelum sembahyang maghrib berjemaah..

karipap, kuih puteri ayu, jemputjemput dan kurma.. bubur lambuk, tembikai dan air takde dalam gambar..

habis makan kuih bubur bagai.. kami sembahyang berjamaah.. kenyang kot dengan makanan ni je.. terase penuh perut.. sebenarnye kenyang air.. haha.. ufairah pulak.. nak kate behave tak behave.. lasak care die je tapi alhamdulillah.. tak mengganggu orang lain.. mase datang masjid tu kan.. semue tegur awek comel tu tau.. 'da besar da die.. dulu kecik je..'.. 'ni la baby yang jatuh tergolek benjol sane sini tu.. da besar da die'..  mane taknye.. puase tahun lepas ufairah menyusur je.. lain tak pandai.. golek sane sini.. terlajak golek terhantuk kat lantai.. benjol sane sini.. kesian tau.. tapi alhamdulillah.. ufairah tak menangis pon.. kuat anak ibu ni..

saye try jemaah jugak.. ufaiarah cume pusing dekat saye dan ummi.. tapi risau ufairah mengganggu jemaah lain.. hari tak senang sembahyang jemaah.. saye ingat hari ni saye nak jadi makmum tapi masbuk.. mase da tahiyat akhir saye solat.. atleast bile imam da bagi salam ummi boleh tengokkan ufairah.. tak pon saye sembahyang sendirian je.. tapi rase ralatkan bile tak dapat jemaah sedangkan kite ade peluang tu..

selesai maghrib kite makan makanan berat pulak.. nasi la.. kene la beratur da name pon ramai.. takkan nak berebutkan.. kan kite da besar.. hihi.. tak lame pon beratur.. dalam lime minit kot.. dapat la makanan.. seronok jugak terase ukhwah terjalin.. malam tadi ade mukemuke baru.. ade mukemuke yang dari tahun lepas kami nampak.. memang syok.. makanan saye semalam..

nasi putih, sambal ikan, ayam goreng berempah, sayur masak lemak, ulamulam, sambal belacan, tembikai dan oren.. air pulak air oren..

dan.. saye makan tak habis sebab kenyang.. miahahaha.. tamakkan.. selamat DH tolong habiskan lauk yang tak habis tu.. lepas DH makan DH datang ke tempat perempuan.. nak balikkan.. jadi DH la mangse keadaan.. ehh.. bukan.. DH yang nak habiskan.. hihi.. settle semue kami pon balik rumah.. DH terus siapsiap nak ke masjid untuk terawih.. ummi dengan abah pon same.. tinggal la saye berdue bersame ufairah di rumah.. macam mane korang punye cerite bukak puase? syokkan berbuke di masjid.. 


Wednesday, July 10, 2013

hari pertame puase tahun 1434 hijrah..

assalamualaikum..

puase pertame.. macam mane? ok tak? penat? setakat ni saye mampu bertahan.. hihi.. takde la penat sangat.. pagipagi saye da minum dekat satu liter lebih air.. yela.. saye kene minum banyak air.. takut pulak dehydrated.. dengan nak pump susu lagi.. alhamdulillah.. even production tak pernah cukup dengan demand.. masih mampu menyusu sebab tarik stok.. miahahaha.. production pon tak drop.. sebab memang da sikitkan.. tengah nak up kan lagi ade la ni..

ufairah baru nak masuk setahun setengah jadi saye tak ajar ufairah puase lagi.. hihi.. memang bengong la kalau ajar kan.. jadi takde la pengalaman mengajar anak puase.. korang pulak cemane? nak jugak tau pengalaman ajar anak puase.. mesti bestkan.. tak tau la mase ufairah nanti cemane..

office saye diam je hari ni.. taktau la sebab ramai cuti kot.. ke semue taknak cakap takut haus.. hihi.. yang paling saye tak sabar nak balik bukak puase.. bukan sebab lapar ke ape.. tapi sebab saye tak sabar nak bukak puase dekat masjid.. tahun lepas pon saye berbuke di masjid.. selangselang hari.. tapi rasenye tahun ni harihari kot berbuke di masjid.. best sangat.. meriah.. tahun lepas ufairah baru pandai menyusur.. tahun ni da berjalan.. tak tau la cemane nak kejar awek tu nanti.. harap behave la die dekat masjid..

same macam tahuntahun sebelum ni.. abah saye dapat tender bubur lambuk masjid kajang.. jadi inshaAllah banyak la mase kami habis di masjid.. tetambah weekend.. memang saye ade kat masjid kot.. syoknye.. bestnye.. indahnye ramadhan.. setahun sekali kan.. tahun depan tak tau la sempat ke tak..

Tuesday, July 9, 2013

salam ramadhan..

assalamualaikum..

selamat pagi.. semalam saye emergency leave.. ade hal sikit jadi cuti je la kan.. hal nye sikit je.. tapi takkan nak time off selalu.. nanti orang cakap pe pulak.. bile da settle hal boleh la saye dengan DH dating.. settle hal dalam tengah hari.. dekat pukul due kot.. ape lagi.. merenyem la duedue nak berdating.. ufairah saye hantar pergi rumah BS.. jadi DH pon cakap 'sayang.. kite pergi tengok wayang nak?'  saye alaala nak taknak.. nak cari barang sebenarnye.. 

akhirnye saye setuju.. ala.. bukan tengok cerite berat pon.. saye dengan DH tak minat sangat.. suke santai je.. jadi kami tengok despicable me 2.. cute comel enjoy la.. alhamdulillah.. dapat la kami habiskan mase berkualiti berdue.. syok.. ingat senang ke nak dapat.. tetambah bile da kerje jejauh ni.. kalau saye dekat KL lagi kan best.. tetibe rindu office KL pulak..

alhamdulillah.. bersyukur sangat.. dapat lagi berjumpe ramadahan.. inshaAllah.. harapharap la kan.. da nak sampai da ni.. da tau da esok nak puase.. moge diberi peluang.. tak sabar sangat saye.. tahun ni saye nak cube ubah mind set bahawe puase tak mendahagakan dan tak buat kite kelaparan.. saye nak set.. puase ni mendisiplinkan kite.. membuat kite dekat dengan Allah.. inshaAllah.. tak sabarnye nak berbuke di masjid.. nak sembahyang jemaah.. Ya Allah.. berilah peluang untuk aku, keluargaku, sahabatsahabatku untuk merasai nikmat ini.. amin..

dikesempatan ini.. saye ingin MEMOHON MAAF di atas segala kesalahan, kekasaran tak kira dari segi perbuatan dan bahase selame saye mengenali korang.. maaf sangatsangat.. terutama warge TTC kot saye ade mengguris hati kalian.. moge ukhwah yang terjalin ini di bawah rahmatnye.. amin..

SALAM RAMADHAN 
dari keluarga kecil kami

Thursday, March 7, 2013

ufairah 'di ganggu'

assalamualaikum..

hari ni sangat lemau.. mengantuk.. sakit kepale.. ufairah taknak tidur semalam.. mulemule saye dan DH engat ufairah panas.. berpeluh basah.. kami tukarkan baju lubanglubang.. tapi tak jalan pon.. diganggu agaknye.. malam tadi atuk masuk hutan.. balik rumah mungkin ade yang mengikut.. tak tau la.. ufairah menangis sepanjang malam.. saye pulak mamaimamai.. sampai saye termarah ufairah.. kesian sangat.. rase bersalah.. patutnye saye pujuk ufairah.. jadi pelindung ufairah.. tapi saye memang tak terfikir pon bende tu.. kesian anak ibu..

sampai satu tahap saye da tak tahan.. tak larat.. saye mintak DH bawa ufairah keluar dari bilik. saye takut saye makin menyinge.. baik elakkan kan? bile da rede sikit saye panggil DH masuk dengan ufairah.. saye terus suruh DH bacekan ayat kursi dekat ufairah.. dari ufairah tengah menangis.. terus diam.. lembik.. saye perasan sebab saye dukung ufairah mase tu..

ufairah rase tenang agaknye.. terus saye capai phone saye bukak surah yassin letakkan di atas kepale ufairah.. diam ufairah.. saye tepuktepuk ufairah.. susukan ufairah.. sepanjang malam ufairah melekat dekat saye macam nak melecet botol susu semulajadi ufairah tu.. sakit jugak.. alhamdulillah sekarang ni da ok..

saye rase saye kene download ayatayat rukyah pula untuk simpanan.. malam ni saye akan pasangkan ayat suci al-quran lagi.. supaye ufairah tenang.. saye taknak bende yang same berulang.. saye takut nanti saye marahmarah lagi.. kalau boleh nak elakkan dari terjadi bende ni.. anak ibu.. semoge kamu baikbaik saje di rumah nenek(BS).. muke ufairah nampak lesu pagi tadi.. mungkin sebab tak cukup tidur dan penat menangis..

Wednesday, August 29, 2012

matematik pembelajaran 1-1=0, matematik kehidupan 1-1=10

assalamualaikum..

da lame rasenye tak berkongsi ilmu secare terus dekat blog ni.. hari ni saye nak berkongsi ilmu yang sangatsangat baru saye dapat dari seorang penceramah YBhg. Dr. Celemans bin Kasim.. pagi tadi saye buka email rasmi.. dapat satu email.. pukul 11 pagi hari ni ade program bicara 60minit.. saye sangat excited nak join.. jujur saye katekan.. tujuan utame join bicare 60minit ni sebab nak cukupkan kursus.. hehe.. keji je bunyi tukan..

tepat pukul 11 saye kelamkabut turun ke dewan di mane bicare 60 minit diadekan.. skema gile ayat.. kheen.. saye hampir terlupe.. tengok jam pukul 11 cepatcepat fikir ape nak buat.. rupenye nak pergi program ni la.. selamat sempat.. dalam hati da niat da.. masuk dewan mesti bosan.. nak main game.. bile masuk.. penceramah kate.. jangan risau.. walaupon diri anda je ade dalam dewan ni.. malaikat tetap mendoakan awak.. rase lain macam.. penceramah ni memang hebat.. menarik minat saye.. ape yang diperkatekan buat saye tertarik nak dengar.. game pon tak semenarik Dr. Celemans ni.. banyak halhal yang berkaitan dengan islam.. seronok sangat dengar..

da setengah jam layankan penceramah bos saye call pulak.. kelamkabut nak attend bicare 60minit sampai lupe nak bagitau bos..hahaha.. amekkaw.. ade kerje kot.. bos mintak tolong saye tinggalkan kejap majlis tu untuk buat sumthing kat atas.. sayangnye nak tinggalkan..bos ade tanye susah ke senang na keluar dari dewan.. saye jawab senang jela.. buat kerje dalam 10minit turun balik.. buat kerje pon tak brape tenang sebab fikir ilmu yang penceramah tu nak sampai kan..

salah satu bende yang penceramah tu cakap buat saye tertarik.. matematik kehidupan 1-1=10.. meh saye buktikan.. mase tu penceramah pegang sebotol air mineral.. ala.. yang urusetia sediekan tu.. die kate.. hari ni en. ray(bukan name sebenar) bagi saye sebotol air mineral.. padahal die ade satu botol je.. secare fizikalnye die da takde air mineral ni kan? tapi secare kehidupan.. die bagi 1 kat sayee.. tapi ALLAH da janji.. setiap satu kebaikan yang kamu lalukan paling minimum aku akan balas 10kali gande.. jadi secare halusnye Allah da balas da 10tu.. kankan? bagi pendapat saye.. 10 tu mungkin kesihatan kite, kebahagian kite, umur kite, rezeki kite.. apeape saje yang  baik untuk kite? kan? renunggrenungkan..

tak rugi satu attend program tu.. banyak manfaat, ilmu yang saye dapat.. yang penting hari ni saye da 'bagi makan' dekat rohani @ roh saye.. terime kasih YA ALLAH..

Monday, July 23, 2012

salam ramadhan..

assalamualaikum..

alhamdulillah.. da 3 hari kite berpuasekan? dan paling teruknye bile saye tak ucapkan salam ramadhan buat semue kawankawan.. masih tak terlambatkan saye nak ucapkan salam ramadhan?

~SALAM RAMADHAN KAREEM KAWANKAWAN~


selamat berpuase kawankawan.. saye ingin memohon maaf atas segale kesilapan  yang saye da buat.. semoge kite dapat melipat gandekan amalam di bulan mulie ni.. 

gambar ihsan dari pokcik google

hari ni hari pertame bekerje di bulan puase.. semoge kite dapat menfaatkan time rehat kite.. da tak boleh makankan.. boleh ambil short nap 'qailullah' sebelum zohor.. then boleh la mengaji ke.. bace ma'thurat ke.. semoge amalam kite diterime Allah.. amin..


Thursday, April 14, 2011

kenapa aku di uji~ segale persoalan di dalam hati akan tejawab..

assalamualaikum!~

korang pernah tak rase sedih? rase macam takde gune nak hidup lagi ini sangat melampaukan rase tension? rase macam nak gile? rase macam nak menangis sambil jerit kuat2? dan rase yang sewaktu dengannye la.. ade juga antare perkataan2 yang terkeluar dari mulut korang macam ni..

" Ya Allah kenape la kau uji aku macam ni"
" Ya Allah tolong la aku.."
" Ya Allah tingkatkan la kesabran aku"
" Ya Allah tabahkanlah hati aku menghadapi dugaanMu ini"

pernah tak? cepat la cakap pernah wei.. setiap manusie akan di uji.. sedangkan kekasih Allah Rasul kite tu pon di uji kan? cume care kite di uji dan care kite nak accept bende tu je berlainan.. kat bawah ni aku nak paste antare pertanyaan2 kite bile kite menghadapi situasi di atas..

KENAPA AKU DIUJI?

• Surah Al-Ankabut ayat 2-3

•Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan:"Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?
Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang
yang dusta.

KENAPA AKU TIDAK MENDAPATKAN APA YANG AKU
IDAM-IDAMKAN?

• Surah Al-Baqarah ayat 216

• Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

• Surah Al-Baqarah ayat 286

• Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.

RASA FRUST?

• Surah Al-Imran ayat 139

• Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.

BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPINYA?

• Surah Al-Imran ayat 200

• Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah
supaya kamu beruntung.

BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPINYA?

• Surah Al-Baqarah ayat 45

• Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu',

APA YANG AKU DAPAT DARI SEMUA INI?

• Surah At-Taubah ayat 111

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka.

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

• Surah At-Taubah ayat 129

• Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Ilah selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal

AKU TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!

• Surah Yusuf ayat 87

• Dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir.

Surah An-Nisaa' ayat 86

• Apabila kamu dihormati dengan suatu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan lebih baik, atau balaslah
(dengan yang serupa). Sesungguhnya Allah
memperhitungkan segala sesuatu.

da terjawabkan ape yang tersimpan di dalam hati.. jadi bile kite rase sangat2 depress elok la kite bace ape yang ade kat atas ni.. inshaAllah kite akan dapat manfaatnye..

tulisanpencabok--> terime kasih kak ses sebab sudi share.. kalau aku sedih gile2.. bace ayat2 kat atas ni.. tenang je rase.. semuenye telah tertulis didalam Al-Quran..

Friday, March 11, 2011

Pernah tak rase sangat terbeban?

assalamualaikum!~

selamat petang semue.. petang ni aku terpanggil untuk berkongsi sesuatu.. pernah tak korang rase sangat terbeban? tak kesah la terbeban dari segi ape pon.. masalah datang bertubi2.. bertimpe2.. pernah tak keluar ayat2 ni dari mulut korang?

"Ya Allah.. banyaknye masalah.. ringankanlah beban yang aku tanggung sekarang?"
"kenape la banyak sangat dugaan yang aku terime.."
"tak sanggup da nak face semue masalah ni"

kalau nak list ayat2 yang terkeluar dari mulut kite as a manusie.. khalifah di muka bumi Allah ni.. memang banyak.. memang lumrah manusie.. tak pernah cukup dengan ape yang kite ade.. kite suke pandang kelebihan orang.. orang yang lagi susah dari kite.. kite tak pandang.. kite asyik bandingkan dengan orang yang lebih dari kite.. cube kite selalu bandingkan dengan orang yang lebih susah dari kite.. yang lagi banyak dugaan.. cume ingat satu je.. Allah takkan menduge kite kalau kite tak mampukan.. jadi bersyukurlah..(peringatan untuk diri sendiri juga!~)

tujuan utame aku buat entry ni nak share satu surah yang aku amalkan kalau aku rase sangat sedih biase la perempuan emo terlebih.. sangat down.. sangat2 tak mampu nak teruskan hidup.. surah yang aku maksudkan adalah surah Al-Inshirah..


maksud surah Al-inshirah
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu?,
Dan Kami telah menghilangkan dari padamu bebanmu,
yang memberatkan punggungmu?
Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu.
Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan,
sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.
Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain,
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap

cube korang hayati maksud surah tu.. kalau korang bace surah ni dengan sepenuh hati dengan menghayati maksudnye.. Ya Allah.. rase sangat2 la lapang dade tu,..amalkan hari2.. aku kalau rase sangat down.. inilah yang aku amalkan..

nota comel: aku bukan la ustazah atau wanita yang alim.. aku cume nak berkongsi kalau salah tolong betulkan..

jumpe next entry.. terime kasih bace entry ni..

::hamster aku::

kalau nak bagi makan click kat mne2 je.. nak bagi minum click kat tutup botol.. kalau nak bagi hamster aku lari2 dalam bulatan tu.. click kat bulatan kuning tu..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...