CHECK IT OUT!

Showing posts with label sukan. Show all posts
Showing posts with label sukan. Show all posts

Monday, November 21, 2011

KEPUTUSAN AKHIR BOLA SEPAK SUKAN SEA 2011

 Malaysia menyamakan kedudukan menerusi tandukan Asrarudin Putra pada minit ke-35 pada perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA yang sedang berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta. Terdahulu, Indonesia mendahului 1-0 menerusi tandukan hasil sepakan sudut pada minit kelima.

KEPUTUSAN AKHIR : 
MALAYSIA (5 GOL) INDONESIA (4 GOL)

Penentu kemenangan : SEPAKAN PENALTI yang nyata menunjukkan kehebatan Khairul Fahmi Che Mat untuk kesekian kalinya.

TAHNIAH MALAYSIA!!

Monday, March 14, 2011

LEE CHONG WEI, JUARA BADMINTON ALL ENGLAND 2011


Sekarang masa sudah menunjukkan jam1.41 pagi. Baru 5 minit tadi Datuk lee Chong wei di nobatkan sebagai juara All England 2011 menewaskan Lin Dan dengan aggregate 21-17, 21-17. Gumbiranya aku bukan kepalang! TAHNIAH DATUK LEE CHONG WEI! TAHNIAH MALAYSIA! Nampaknya Datuk Lee sudah menang dua kali iaitu pada tahun 2010 dan tahun ini.

Dari awal lagi memang sudah nampak tanda2 kemenangan Chong Wei . Senyuman terukir di bibirnya sebelum keluar ke gelanggang. Nampak sangat keyakinan dirinya yang tinggi. Selain itu dia sering mendahului 2-3 mata kedepan. Serangannya juga semakin pantas dan sukar dijangka menyebabkan Lin Dan seperti mati akal dan tidak tahu bagaimana membereskan Chong wei seperti yang selalu dilakukannya sebelum ini.

Penganjuran All England memang sangat grand. Dengan shot yang menarik, stadium ala2 panggung wayang dan kecekapan pengurusan dari segi penyampaian hadiah, bentuk hadiah dan pengacaraan. Bila diumumkan nama pemenang rasa macam menonton wrestling lah pulak. Gegak gempita sungguh! Selain itu Datuk Lee pun dapat sebotol wine free. 

Tapi malangnya pasangan bergu negara Tan Boon Hiong dan Khoo ken kiat gagal memuktamadkan kejuaraan. Sekadar berpuas hati di tempat yang kedua walaupun awal2nya seolah mereka yang akan menang dengan mendahului beberapa mata.

Sekali lagi Tahniah kepada Malaysia dan wakil negara terutamanya Datuk Lee Chong Wei. Semoga Malaysia tidak ketandusan pemain pelapis bagi sukan Badminton tanahair selepas bersaranya jagoan2 kita ini.

Windi's diary: 
I'm trying my best not to be too excited in my writing..hahaha..

Thursday, December 30, 2010

Khairul Fahmi Che Mat, penjaga gol Malaysia yang malatopss!

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Persembahan cemerlang penjaga gawang Malaysia Khairul Fahmi Che Mat bukan sekadar mampu menarik peminat baru ke akaun Facebook beliau, malah menempatkannya di kedudukan kelima tertinggi di seluruh dunia bagi trend terkini rangkaian sosial Twitter.

Dalam tempoh sejam, penjaga gawang kelahiran Kelantan yang sebelum ini tidak begitu dikenali, meningkat secara mendadak ke tempat kelima, menumpaskan 'Support Timnas', yang menyokong pasukan bola sepak Indonesia.
 Fahmi juga menjadi topik paling popular untuk Twitter di Indonesia.
 Laman Facebook beliau mendapat hit sebanyak 57,000 daripada peminat, berbanding tidak lebih daripada 50,000 peminat sebelum perlawanan bermula.

Perdana menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan 31 December ini sebagai CUTI UMUM sempena kemenangan Malaysia menjulang trofi Piala suzuki AFF 2010.
Sorry ya....hero kita ni dah berpunya..

Wednesday, December 29, 2010

Malaysia juara Piala Suzuki AFF 2010

Malaysia menumpaskan Indonesia dengan agregat 4-2 dalam perlawanan akhir kedua Kejohanan Bola Sepak Piala Suzuki AFF 2010 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, Indonesia malam ini. Malaysia tewas 1-2 kepada Indonesia dalam perlawanan timbal balik. Separuh masa: MALAYSIA 0 INDONESIA 0

Penjaring:
MALAYSIA: Mohd Safee Mohd Sali (min 53)
INDONESIA:
Mohammad Nasuha (min 71), gol sendiri - tandukan tak sengaja Muslim (min 87) 

Penjaring terbanyak:
Mohd Safee - Malaysia - 5 gol

Pemain Terbaik:
 Firman - Indonesia

Keseluruhan:
Permainan pasukan Indonesia memang sangat agresif. Menyerang dan menyerang....Kelebihan Malaysia ialah bekal 3 gol dan 1 gol yang disumbat olah Shafee malam ini. Permainan Malaysia? Bertahan dan sekali sekala menyerang.

TAHNIAH BUAT MALAYSIA !!!

Friday, September 24, 2010

NICOL ANN DAVID JUARA DUNIA 5 KALI


NICOL Ann David mencipta sejarah apabila menyamai rekod pemain Australia, Sarah Fitz-Gerald dengan menjuarai Terbuka Dunia Wanita buat kali kelima di Sharm El Sheikh, Mesir, kelmarin. Dalam perlawanan akhir, pemain nombor dunia dari Pulau Pinang itu menewaskan pemain tuan rumah, Omneya Abdel Kawy 11-5, 11-8 dan 11-6 dalam tempoh sejam yang juga pertemuan pertama mereka dalam penentuan kejuaraan di kejohanan ini. 

Fokus saya amat kuat sepanjang pertandingan. Saya benar-benar mahukannya. Saya tidak mahu membiarkannya terlepas, kata anak kelahiran Pulau Pinang berumur 27 tahun itu . Tahun ini, Nicol, yang menjadi pemain nombor satu dunia sejak Ogos 2006 sudah memenangi semua enam gelaran Persatuan Pemain Skuasy Wanita Antarabangsa (Wispa), musim ini.

Windi's Note: 
I am so proud of her! Kalaulah atlit Malaysia yang lain mempunyai  kekuatan mental seperti apa yang dimiliki oleh Nicol............

Friday, May 14, 2010

MALAYSIA KEMPUNAN PIALA THOMAS

Sokongan hebat rakyat Malaysia

Juara olimpik Lin Dan (No2 dunia) menewaskan Chong Wei (No 1 Dunia) dalam perlawanan separuh akhir badminton Piala Thomas sebentar tadi. Pertandingan itu diumpamakan seperti Clash of the Titans kerana China menundukkan Malaysia selaku tuan rumah. Lagipun perlawanan itu adalah perhitungan 2 manusia terhebat dunia di pentas sukan badminton.

Apabila Lin Dan berjaya menewaskan Chong Wei, seolah2 sudah tertulis bahawa Malaysia kempunan piala Thomas pada tahun ini. Doubles world No 8 Cai Yun dan Fu Haifeng membenam Koo Kien Keat and Tan Boon Heong , 21-15, 21-10. China membunuh harapan Malaysia selepas  No 3 dunia, Chen Ji membuktikan keunggulannya berbanding  Wong Choong Hann,  21-16, 21-7.

Apa lagi yang boleh dikatakan? Choon Han dan beregu KKK&TBH telah berjuang bermati-matian. Chong Wei pula kelihatan pucat dan resah. Berbeza dengan Lin Dan yang seolah tidak sabar2 masuk gelanggang. Walau bagaimana pun pujian juga untuk mereka yang telah berjuang sehabis baik untuk sampai ke peringkat separuh akhir.

Ada kata2 nakal peminat bahawa perlawanan tadi adalah antara China lawan Cina. Bezanya ejaan sahaja. Bukankah 4 pemain Malaysia sebentar tadi kebetulan berbangsa Cina? Dan saya sangat bangga kerana SUKAN badminton menyatukan hati rakyat Malaysia. Tak kira apa bangsa dan agama, semuanya melaungkan nama pemain dengan gegak gempitanya. Betul kata Tony fernandes (ketua pegawai eksekutif AirAsia) bahawa ada tiga perkara yang  rakyat Malaysia bersatu hati. Pertama, sukan, kedua, makanan dan ketiga..lupa daaaa....

Lepas ini  Perebutan Piala Thomas adalah pada perlawanan akhir Indonesia VS China. Rasanya saya tidak ada mood lagi menontonnya. Anda bagaimana?


Monday, March 15, 2010

DATUK LEE CHONG WEI, JUARA ALL ENGLAND 2010.

KUALA LUMPUR - Datuk Lee Chong Wei muncul juara kejohanan All England yang ke-100 selepas menewaskan pemain Jepun, Kenichi Tago dalam perlawanan akhir 21-19, 21-19.

TAHNIAH DATUK LEE CHONG WEI!! Sesungguh perlawanan semalam merupakan satu persembahan unggul dari kedua-dua pemain. Tidak rugi menonton. Pemain Jepun yang mengejutkan ramai pemain ternama dunia ini juga hampir2 meleburkan impian berjuta-juta rakyat Malaysia yang ingin menyaksikan kejuaraan menjadi milik anak Malaysia..

Nasib baik Chong Wei berada pada tahap terbaiknya dan mampu menewaskan Kenichi Tago walaupun terpaksa berhempas pulas mengerah tulang 4 keratnya. Tahniah sekali lagi.

windi's note: Kebangkitan Kenichi Tago merupakan 'wake up' call kepada semua pemain badminton dunia kerana dalam tempoh setahun ini kemungkinan besar dia mampu menundukkan nama2 gah di persada badminton dunia...seperti kejutan yang dilakukannya dalam All England.

Friday, December 18, 2009

Malaysia juara Bola Sepak Sukan Sea.

Hari ini saya sangat gembira menyaksikan kemenangan Malaysia menentang Vietnam 1-0 dalam perlawanan Bola Sepak sukan SEA Laos. Saya bukannya minat sangat dengan bola sepak tapi bila melibatkan pasukan negara, memang saya pandai 'terminat'. Mungkin semangat kebangsaan yang tebal kut.. Sebenarnya ada beberapa perkara menarik (bagi saya) yg ingin saya coretkan di sini:


1) Aidil Zafuan memang hensem. Untung Rita Rudaini.
2) Muka pemain Vietnam macam muka orang Kg Bolobog.
3) Gol Keeper Malaysia memang best! Very tricky sampai dapat kad kuning. Janji menang.
4) Kenapalah jurulatih vietnam tidak tukar Gol keeper mereka yang da terkehel bahu tu. Kan dah bolos..Dulu2 kalau saya (sebagai keeper) sepak angin pun cikgu tukar..inikan pula terkehel bahu.
5) Vietnam gol sendiri..kesian..Jangan saja pemain tu bunuh diri sudahlah..tidak pun, kena bunuh.
6)Semua pemain Malaysia boleh diharap. Siapa2 masuk padang, pastinya menyuntik semangat pada rakan2 yang kepenatan di Padang.
7) Pemain2 Vietnam kelihatan 'down' semasa Golkeeper mereka yang terjengket2 dan menyeringai menahan sakit, masih dikekalkan dalam permainan.
8) Bangga sungguh melihat pemain Malaysia rajin kejar bola dan tidak mengharap kawan saja terutama pemain India sorang tu..lupa nama. Guru kut nama dia.
9)Pertahanan Malaysia memang best. Susah tembus terutama Aidil dan Nasdiq. Pandai tackle bola. Walaubgmnpn Malaysia hampir bolos akibat terleka seketika selepas berjaya menjaringkan gol.
10)Drama2 pemain Vietnam tidak mampu memperdayakan pemain Malaysia. Mereka maintain emosi dan mungkin belajar banyak semasa perlawanan pertama mereka  yang 'hampeh' semasa menentang vietnam.

Overall, Tahniah Malaysia!! Malaysia Boleh! Demikianlah catatan saya yang mempunyai pengalaman bermain Bola Sepak semasa di Darjah 6. Sekian, Terima Kasih.
Related Posts with Thumbnails