JOM KE BUKIT BINTANG


 

KEPERCAYAAN KEPADA TUANKU N9


 

INI DALANG


 

BAYANGKAN JIKA TAK SEMBAHYANG


 

APA PUN FIKIR DULU SEBELUM CAKAP DAN TULIS


 

KEH..KEH


 

BERAPA KALI DITUNDA. BILA ZAMAN PMX TIADA LAGI UBAH SANA SINI


 

JAMAK -TAZKIRAH PENDEK


 

JAWI Bakal ‘Tawan’ Bukit Bintang Jumaat Ini, PM Anwar Dijangka Hadir

 


Paparan poster Program Quranic MADANI: Night Reset – Bersatu Dalam Saf yang akan berlangsung di Bukit Bintang pada 9 Mei 2026.

KUALA LUMPUR, 6 Mei – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) mengajak orang ramai untuk mengimarahkan Program Quranic MADANI: Night Reset – Bersatu Dalam Saf yang akan berlangsung di Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada Jumaat ini.

Menerusi hantaran di media sosial JAWI memaklumkan, program berkenaan dijangka dihadiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta beberapa jemputan dan program akan bermula dari jam 8 malam hingga 11 malam.

Antara pengisian program termasuk solat isyak berjemaah, solat sunat hajat, tazkirah ringkas serta bacaan surah al-Mulk.

“Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir. Jangan lupa bawa sejadah dan hati yang tenang,” menurut hantaran JAWI hari ini.

PM TIBA DI CEBU


 

Tumpuan Kerajaan Perpaduan Stabilkan Politik, Kebajikan Rakyat – Saifuddin Nasution

 




Saifuddin Nasution (dua kiri depan) bersama Mohamad (lima dari kiri), Loke (tiga dari kiri) dan Aminuddin (empat dari kiri) pada Ceramah Perdana Pimpinan Utama Pakatan Harapan di luar perkarangan Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi pada 6 Mei 2026. Foto Aminuddin Harun

SEREMBAN, 6 Mei – Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan, Kerajaan Perpaduan terus memberi penekanan kepada tiga teras utama, iaitu mengekalkan kestabilan politik, memacu kemakmuran ekonomi dan menjaga kebajikan rakyat.

Prinsip tersebut katanya, juga menjadi asas penyatuan dalam Kerajaan Perpaduan dan telah dibuktikan pelaksanaannya sejak tiga tahun lepas.

“Kerajaan ini dibentuk berasaskan saling percaya dan hormat. Dua nilai politik inilah, trust and respect, sebab itulah saya kagum dengan Tok Min (Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun) berjaya mengekalkan kemenangan di Negeri Sembilan dan mentadbir dengan jaya,” katanya ketika berucap pada Ceramah Perdana Pimpinan Utama PH di sini, malam tadi.

Ribuan rakyat hadir bersama Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun pada Ceramah Perdana PH Negeri Sembilan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi pada 6 Mei 2026.

Turut hadir, Aminuddin yang juga Pengerusi PH Negeri Sembilan; Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke.

Saifuddin Nasution berkata beliau turut menaruh keyakinan terhadap kesinambungan kepimpinan sedia ada, dengan tempoh penggal semasa yang berbaki kurang daripada dua tahun.

“Kita letakkan keyakinan kuat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kita nak beliau teruskan penggal berbaki dan kalau ditanya apa hala tuju PH, kita nak berusaha untuk memerintah penggal kedua dan Anwar memimpin sebagai Perdana Menteri penggal yang kedua.

Ribuan rakyat hadir bersama Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun pada Ceramah Perdana PH Negeri Sembilan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi pada 6 Mei 2026.

“Hala tuju kita sangat jelas dan itu mesti bermula dengan Negeri Sembilan, kita terus bina kekuatan dan Tok Min akan terus memimpin dengan penuh cemerlang,” katanya.

Pada masa sama, Saifuddin Nasution berkata keutamaan akan terus diberikan kepada kebajikan rakyat dan kesinambungan dasar ekonomi dalam menghadapi cabaran global semasa.

Saifuddin Nasution bersama Mohamad Sabu, Anthony Loke dan Aminuddin sepentas pada Ceramah Perdana Pimpinan Utama Pakatan Harapan di luar perkarangan Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi pada 6 Mei 2026. Foto Aminuddin Harun

“…dunia sekarang sedang berdepan dengan krisis, walau apa pun sasaran mereka, keadaan itu menyebabkan kita berdepan dengan krisis tenaga…yang ini setiap minggu kita bermesyuarat dalam Majlis Tindakan Ekonomi, tak ada cara lain.

”Kita janji dengan rakyat, kebajikan rakyat dan kestabilan ekonomi kita pertahankan,” katanya.

Ribuan rakyat hadir bersama Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun pada Ceramah Perdana PH Negeri Sembilan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi pada 6 Mei 2026.

Sementara itu, Loke menekankan kepentingan kesepakatan politik antara parti dalam kerajaan sebagai asas utama untuk memastikan kestabilan pentadbiran negeri dan Persekutuan terus terpelihara.

Mengulas situasi politik yang berlaku di Negeri Sembilan baru-baru ini, beliau berkata terdapat beberapa pengajaran penting kepada pimpinan, antaranya keperluan untuk kekal tenang dan bertindak secara rasional dalam menghadapi krisis.

Anthony yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chennah memberi jaminan kesemua 17 ADUN PH di Negeri Sembilan kekal bersatu dan menyokong kepimpinan sedia ada bagi meneruskan mandat kepada rakyat.

Ribuan rakyat hadir bersama Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun pada Ceramah Perdana PH Negeri Sembilan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi pada 6 Mei 2026.

“Kita mahu negeri stabil supaya negara juga stabil. Ini penting bagi memastikan pentadbiran Kerajaan Persekutuan di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar dapat diteruskan,” katanya dan menggesa semua wakil rakyat dan jentera parti untuk terus memberi tumpuan kepada tugas masing-masing, khususnya dalam menyelesaikan isu rakyat dan memastikan pentadbiran berjalan lancar.

Sementara itu, Aminuddin berkata pihaknya akan terus memberikan komitmen dalam memastikan pembangunan dan ekonomi kerajaan negeri berada pada landasan yang stabil, tersusun dan berterusan demi kesejahteraan rakyat.

Beliau berkata meskipun berlaku krisis politik di negeri ini, namun keutamaan kerajaan negeri adalah memastikan kebajikan rakyat sentiasa terpelihara termasuk memberi perhatian kepada aspek pendidikan, kestabilan ekonomi serta usaha menarik lebih banyak pelaburan.

Mohamad Sabu, Saifuddin Nasution, Anthony Loke dan Aminuddin sepentas pada Ceramah Perdana Pimpinan Utama Pakatan Harapan di luar perkarangan Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi pada 6 Mei 2026. Foto Aminuddin Harun

“Kita nak negeri ini terus maju, kita nak negeri ini terus berjalan dengan baik kita nak anak-anak yang belajar terus dijaga…kerajaan negeri perlu mengambil langkah proaktif bagi memastikan ekonomi terus berkembang dan rakyat tidak terbeban malah hari ini ada syarikat yang datang untuk melabur di negeri ini.

“Hari ini bukan kita nak cerita politik, politik, politik. Kita nak cerita bagaimana kita boleh tawan hati rakyat dengan mengurangkan bebanan mereka. Ini yang harus kita lakukan. Ini yang harus anak muda pastikan bahawa keamanan, kesejahteraan untuk kita terus melangkah dengan lebih baik,” katanya.





Rakyat Negeri Sembilan Diminta Sedia Hadapi Pilihan Raya – MB

 


Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun ceria dengan kehadiran ribuan rakyat pada Ceramah Perdana PH Negeri Sembilan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi pada 6 Mei 2026.

SEREMBAN, 6 Mei – Rakyat Negeri Sembilan diminta bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) walaupun kemelut politik di negeri itu reda sedikit susulan keputusan Majlis Perundingan Kerajaan Perpaduan semalam.

Tanpa menyatakan bila ia akan diadakan, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, kemelut dalaman politik yang berlaku ketika ini di luar jangkaan.

“Saya mahu rakyat Negeri Sembilan, penduduk negeri ini, bersiap sedia menghadapi pilihan raya. Mereka tak puas hati. Hari ini kenyataan demi kenyataan (dikeluarkan). Seolah-olah kita terpaksa menerima.

Ribuan rakyat hadir bersama Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun pada Ceramah Perdana PH Negeri Sembilan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi pada 6 Mei 2026.

“Tetapi kita juga manusia. Saya juga manusia. Saya juga rasa tercalar. Saya juga rasa hiba. Rakan-rakan seperjuangan juga rasa terperanjat.

“Peristiwa yang berlaku awal pagi tanpa satu perkara yang dimaklumkan kepada rakan-rakan yang lain. Ini merupakan satu perkara yang cukup di luar perancangan ataupun pengetahuan kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Ceramah Perdana Pimpinan PH di pekarangan Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi di sini, hari ini.

Ribuan rakyat hadir bersama Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun pada Ceramah Perdana PH Negeri Sembilan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi pada 6 Mei 2026.

Turut hadir, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke; Presiden AMANAH, Datuk Seri Mohamad Sabu serta Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Umno Negeri Sembilan dalam kenyataan hari ini memaklumkan menerima keputusan untuk terus menyokong Kerajaan Perpaduan, namun pendirian dan tindakan menarik sokongan kepada Menteri Besar, kekal.

Aminuddin yang juga Naib Presiden KEADILAN dalam ucapannya itu kemudian meminta seluruh jentera PH negeri ini menyusun strategi dan persiapan untuk berdepan sebarang kemungkinan politik selepas ini.

Ribuan rakyat hadir bersama Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun pada Ceramah Perdana PH Negeri Sembilan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi pada 6 Mei 2026.

“Jadi saya berharap kepada semua, bahawa apa yang penting sebagai ahli parti, penyokong parti, sebagai orang atas pagar maklum perkara ini. Maklum bahawa apa yang penting, kita kena kuatkan jentera kita.

“Kita kena kuatkan saf-saf kita. AMANAH, PKR dan DAP harus kita bersiap sedia dalam apa cara sekalipun. Di Negeri Sembilan ini dan di Malaysia ini. Kita kena bersiap sedia. Kita kena bekerja sebagai satu pasukan memastikan kemenangan dalam pilihan raya,” katanya.

Aminuddin turut menzahirkan rasa kecewa, ketika krisis global mula memberi cabaran besar kepada ekonomi negara, mereka memilih untuk mencipta kemelut politik yang tidak menguntungkan rakyat.

Ribuan rakyat hadir bersama Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun pada Ceramah Perdana PH Negeri Sembilan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi pada 6 Mei 2026.

“Dalam keadaan ekonomi dunia yang tak menentu hari ini, kita tidak boleh lagi bergerak seperti biasa. Hari ini bukan kita nak cerita politik, politik, politik.

“Kita mahu cerita bagaimana kita boleh tawan hati rakyat dengan mengurangkan bebanan mereka, betul tak? Ini yang harus kita lakukan,” katanya.





Hala Tuju PH Pastikan Anwar Perdana Menteri Penggal Kedua – Saifuddin Nasution

 


Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyantuni rakyat Negeri Sembilan ketika tiba di lokasi Ceramah Perdana PH di Paroi pada 7 Mei 2026. Foto Facebook Saifuddin Nasution Ismail

SEREMBAN, 7 Mei – Hala tuju Pakatan Harapan (PH) adalah memastikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus kekal menerajui negara bagi penggal kedua.

Menegaskan perkara itu, Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mahu segenap rakyat jelas dengan hala tuju berkenaan yang turut disaksikan ketua komponen PH lain iaitu Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke.

Saifuddin Nasution bersama Mohamad Sabu, Anthony Loke dan Aminuddin sepentas pada Ceramah Perdana Pimpinan Utama Pakatan Harapan di luar perkarangan Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi pada 6 Mei 2026. Foto Aminuddin Harun

Untuk itu, Negeri Sembilan menjadi subjek permulaan momentum berkenaan dan jelas mendapat sambutan apabila kira-kira 3,000 orang turun malam tadi.

“Saudara, kita nak teruskan penggal berbaki, dan kalau ditanya apa hala tuju Pakatan Harapan, kita nak berusaha untuk memerintah penggal kedua dan (Datuk Seri) Anwar Ibrahim memimpin sebagai Perdana Menteri penggal yang kedua.

Ribuan rakyat hadir bersama Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun pada Ceramah Perdana PH Negeri Sembilan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi pada 6 Mei 2026.

“Hala tuju kita sangat jelas. Dan itu mesti bermula dengan Negeri Sembilan, kita terus bina kekuatan, dan Tok Min (Datuk Seri Aminuddin Harun) akan terus memimpin dengan penuh cemerlang,” katanya menerusi Ceramah Perdana Pimpinan Utama Pakatan Harapan (PH) di Tempat Letak Kereta, Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, di sini, malam tadi.

Dalam pada itu, beliau menegaskan, Kerajaan Perpaduan terus memberi penekanan kepada tiga teras utama, iaitu mengekalkan kestabilan politik, memacu kemakmuran ekonomi dan menjaga kebajikan rakyat.

Ribuan rakyat hadir bersama Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun pada Ceramah Perdana PH Negeri Sembilan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi pada 6 Mei 2026.

Prinsip tersebut kata Saifuddin Nasution, juga menjadi asas penyatuan dalam Kerajaan Perpaduan dan telah dibuktikan pelaksanaannya sejak tiga tahun lepas.

“Kerajaan ini dibentuk berasaskan saling percaya dan hormat. Dua nilai politik inilah, trust and respect, sebab itulah saya kagum dengan Tok Min (Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun) berjaya mengekalkan kemenangan di Negeri Sembilan dan mentadbir dengan jaya,” katanya.

Pada sidang media kelmarin, Perdana Menteri mengumumkan beberapa lagi inisiatif untuk rakyat yang terkesan akibat krisis di Asia Barat seperti pengurangan sewa premis perniagaan serta insentif RM200 sehektar bagi pembajakan sawah padi kepada 240,000 pesawah berdaftar dengan kos RM48 juta.




Ucapan Mat Sabu di Ceramah Perdana Pakatan Harapan @ Negeri Sembilan


 

Bank Negara Kekalkan Kadar OPR Pada 2.75 Peratus

 


MPC berpendapat pendirian dasar monetari adalah wajar dan konsisten dengan prospek kestabilan harga yang berterusan serta pertumbuhan ekonomi yang mampan. Foto BNM

KUALA LUMPUR, 7 Mei – Jawatankuasa Dasar Monetari (Monetary Policy Committee – MPC) Bank Negara Malaysia memutuskan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (Overnight Policy Rate – OPR) pada paras 2.75 peratus dalam mesyuaratnya yang diadakan hari ini.

Dalam satu kenyataan, bank pusat itu menyatakan pada paras OPR semasa, MPC berpendapat pendirian dasar monetari adalah wajar dan konsisten dengan prospek kestabilan harga yang berterusan serta pertumbuhan ekonomi yang mampan.

“MPC akan terus memantau terhadap perkembangan semasa dan menilai imbangan risiko menyeluruh berkaitan prospek inflasi serta pertumbuhan domestik,” jelas BNM.

Menurut bank pusat pertumbuhan global kekal berdaya tahan pada suku pertama 2026 dipacu terutamanya oleh permintaan domestik yang mampan dan peluasan teknologi global yang berterusan.

Bagaimanapun, kenaikan mendadak harga tenaga dan komoditi serta gangguan rantaian bekalan akibat konflik Asia Barat mula mempengaruhi momentum pertumbuhan global.

“Risiko penurunan terhadap pertumbuhan global kekal tinggi dan ia berpunca daripada ketidaktentuan berkaitan tempoh dan tahap keseriusan konflik tersebut, keadaan kewangan global yang lebih ketat serta kebimbangan terhadap penilaian dalam pasaran kewangan.

“Potensi pertumbuhan menjadi pesat termasuk konflik yang mereda lantas menyebabkan keadaan rantaian bekalan bertambah baik, perbelanjaan teknologi yang lebih kukuh dan langkah-langkah dasar yang menyokong pertumbuhan di negara-negara maju,” ujar BNM.




‘Jangan ulangi tebuk atap, tunggulah PRU nak berkawan boleh, nak lawan pun boleh!’


 


Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Seri Mohamad Sabu mengingatkan semua pihak agar tidak lagi mengulangi tindakan ‘tebuk atap’ yang pernah menyebabkan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini.

Berucap dalam ceramah Pakatan Harapan (PH) di Negeri Sembilan malam tadi, beliau berkata politik masa kini bukan lagi soal parti mana paling besar atau kuat sebaliknya adalah bagaimana membentuk kerjasama yang mampu menjamin kestabilan kerajaan dan keselesaan rakyat.

MenurutMenteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan berkenaan, semangat politik gabungan perlu diterima dalam landskap politik baharu negara ketika ini.

“Dalam pemahaman politik baharu sekarang ini bukan soal siapa besar dan siapa kuat. Sebaliknya, dilihat dari segi bagaimana untuk membina perpaduan,” katanya.

Mohamad turut mengimbas kembali pembentukan kerajaan PH selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 2018 apabila Tun Dr Mahathir Mohamad dari Bersatu dipilih sebagai Perdana Menteri walaupun parti itu hanya memenangi 13 kerusi Parlimen.

Mesra dikenali sebagai Bang Mat, beliau berkata, pengalaman itu membuktikan politik gabungan memerlukan tolak ansur dan persefahaman antara parti-parti dalam kerajaan.

“Janganlah ulang jatuh kerajaan melalui cara tebuk atap.

“Kita biasa kalah pilihan raya, itu tidak menjadi masalah tetapi bila kita menang dan membentuk kerajaan, jatuh kerajaan kerana tebuk atap ini, tolonglah jangan ulang di mana-mana.

“Tunggu, sabarlah sampai pilihan raya umum, kita lawan!

“Nak berkawan pun boleh, nak lawan pun boleh!” tegasnya dalam ceramah di tempat letak kereta Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi itu.

Turut hadir Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke dan Pengerusi PH Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Musuh politik

Dalam masa sama, Mohamad mengakui bukan mudah untuk PH bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN), memandangkan kedua-dua gabungan itu pernah menjadi musuh politik tradisi.

Namun katanya, perbezaan pandangan adalah perkara biasa dan perlu diselesaikan melalui musyawarah dengan mengutamakan kepentingan rakyat.

“Bila kita berkawan dengan musuh lama kita, tentu ada perkara-perkara yang mereka tidak berkenan dengan kita, dan kita tidak berkenan dengan mereka.

“Itu perkara biasa yang diselesaikan secara musyawarah dengan mengutamakan kepentingan menjaga keselesaan rakyat. Itu yang paling penting,” katanya lagi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Raja turut mengingatkan bahawa kerajaan kini sedang berdepan suasana global yang tidak menentu susulan konflik di Asia Barat.

“Dalam keadaan perang yang tidak menentu, entah bila akan tamat. Kita bekerja dalam keadaan krisis.

“Perdana Menteri panggil kita bila-bila masa. Dalam masa sama, kita berada pula dalam krisis politik. Itu tidak berapa baguslah,” kata Mohamad lagi.


BERJAYA SATU ANAK BERANAK DAN KAYA RAYA


 

Netizen ‘sekolahkan’ Tun M selepas akui gagal satukan Melayu

Kenyataan ringkas bertajuk “Gagal” yang dimuat naik Tun Dr Mahathir Mohamad petang ini mengundang kecaman dan sindiran warga maya di platform X.

Dalam kenyataan tersebut, Dr Mahathir mengakui gagal menyatukan orang Melayu selepas berusaha lebih dua tahun untuk tujuan itu.

Bekas Perdana Menteri dua kali berkenaan turut mendakwa negara akan terlepas dari tangan orang Melayu dan sejarah bangsa Melayu kononnya akan berakhir.

“Saya telah usaha lebih dari dua tahun untuk menyatu orang Melayu. Saya perlu akui saya gagal.

“Oleh itu, negara tercinta ini akan terlepas dari tangan orang Melayu.

“Dan tamatlah sejarah orang Melayu kerana mereka lebih utama nasib pemimpin dari bangsa, negara dan agama,” katanya.

Bagaimanapun, kenyataan Mahathir itu dilihat dihujani pelbagai respons sinis daripada netizen yang mempersoalkan naratif ancaman terhadap Melayu serta peranan bekas pemimpin Umno itu sendiri dalam landskap politik negara selama puluhan tahun.

Antaranya, pengguna X, @mrfirdausjailan menolak dakwaan bahawa kedudukan Melayu semakin terancam dengan menyatakan institusi utama negara masih dikuasai orang Melayu.

“Kuasa raja-raja Melayu yang menjaga agama dan bangsa Melayu masih utuh. Anggota Kabinet juga majoriti masih orang Melayu.

“Syarikat GLC juga majoriti masih diketuai oleh orang Melayu. Bantuan kerajaan juga majoritinya dapat kepada orang Melayu. Alhamdulillah,” tulisnya.

Seorang lagi pengguna, @wtstethoscope82 pula menyifatkan kenyataan pengasas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu sebagai retorik lama yang terus dimainkan walaupun beliau pernah memimpin negara lebih dua dekad.

“Kau PM dua kali lebih 22 tahun, masih nak ‘menyatukan orang Melayu’, masih main lagu mempertahankan bangsa agama. Keluarga dan kroni kaya. Rehatlah,” tempelaknya.

Sementara itu, pengguna @oresama2319 berpandangan masalah sebenar bukanlah perpecahan rakyat Melayu, sebaliknya kegagalan pemimpin Melayu sendiri untuk bersatu.

Menurutnya, tindakan Mahathir sendiri yang beberapa kali bertukar parti turut menimbulkan persoalan mengenai seruan perpaduan tersebut.

“Tun tak perlu satukan orang Melayu. Orang Melayu memang akan bersatu. Masalah yang tak bersatu tu pemimpin Melayu.

“Tun sendiri pun berada dalam dua parti dalam masa dua tahun jadi PM. Bersatu, lepas tu Pejuang. Lepas tu keluar Pejuang kemudian buat Putra. Mana kesatuan di situ Tun?” bidasnya lagi.



Tiada cadangan, kata Zahid, BN tak mahu tukar MB


 


Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan Barisan Nasional (BN) tidak bercadang menukar Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun meskipun semua 14 Adun Umno negeri itu dilaporkan mengambil pendirian tidak lagi menyokong kepimpinan pengerusi PKR Negeri Sembilan berkenaan.

Menurut Zahid, pendirian BN ketika ini masih jelas iaitu mempertahankan kerajaan perpaduan Negeri Sembilan walaupun hubungan antara Umno negeri dan Aminuddin dilihat semakin tegang sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

“Tidak, tidak ada cadangan,” katanya ringkas ketika ditanya sama ada BN mahu menggantikan Aminuddin sebagai Menteri Besar.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Pelan Tindakan Dasar Sosial Negara 2026-2030 di Kuala Lumpur hari ini.

Krisis politik di Negeri Sembilan mula memuncak apabila beberapa pemimpin Umno negeri secara terbuka menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap Aminuddin berkait dakwaan campur tangan dalam isu melibatkan adat dan institusi tradisional negeri.

Ketegangan itu kemudian menjadi perhatian apabila kesemua 14 Adun Umno Negeri Sembilan dilaporkan mengambil pendirian bersama menolak kepimpinan Aminuddin, sekali gus mencetuskan spekulasi mengenai kestabilan kerajaan perpaduan di negeri tersebut.

Bagaimanapun, Zahid menegaskan penolakan itu bukan bermaksud BN mahu menjatuhkan kerajaan negeri atau menarik sokongan terhadap gabungan sedia ada.

Sebaliknya, katanya, isu utama yang dibangkitkan Umno Negeri Sembilan ialah keperluan menghormati institusi adat serta kedudukan Yang Dipertuan Besar dan Undang Yang Empat.

“Kita bukan menolak tetapi kita tidak mendukung selagi campur tangan dalam undang-undang adat di Negeri Sembilan.

“Kita mahu supaya soal kedaulatan Negeri Sembilan antara Yang Dipertuan Besar dan Undang Yang Empat harus dihormati dan biarlah mereka menyelesaikan masalah itu,” katanya.

Untuk rekod, kerajaan Negeri Sembilan ketika ini diterajui gabungan PH-BN hasil kerjasama selepas Pilihan Raya Negeri 2023, dengan Aminuddin kekal sebagai Menteri Besar bagi penggal kedua.

Namun ketegangan terbaru antara Umno Negeri Sembilan dan kepimpinan PKR negeri itu dilihat sebagai ujian terbesar kepada kestabilan politik kerajaan perpaduan di negeri berkenaan sejak pembentukannya.