Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.
Memaparkan catatan dengan label Papa gomo. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Papa gomo. Papar semua catatan

Selasa, 21 Mei 2013

Wan Muhammad Azri Nafi Pemilik Blog Papa Gomo.

Bermaruah lagi blogger pro pakatan seperti Milo Suam dan King Jason.

At least mengaku pemilik kepada blog. Tak cover2. Jauh sekali menafikan mereka tiada kaitan dengan blog masing2 bila polis siasat.

Rupanya keberanian papa gomo sekadar atas talian. Berani cabar orang suruh saman. Tapi tak berani berhadapan dengan tukang saman bila cabaran saman dia di sahut.

Macam neh ka ciri2 pejuang islam?

Racist. Menipu. Menfitnah. Mengalakkan orang bergaduh. Bukan ajak bincang nilai isu.

Ini ke yang di angkat oleh orang umno as blogger hebat yang mewakili korang?

Pfttt

Kah kah kah

Kah kah kah kah

Kah kah kah kah kah

Lawak wehhhhhhhhh

Wan Muhammad Azri Wan Deris yang disaman Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung paparan video seks dengan seorang lelaki, menafikan beliau pemilik blog 'Papa Gomo'.

Wan Muhammad Azri, 30, menerusi pernyataan pembelaan yang difailkan semalam di Mahkamah Tinggi di sini berkata alamat kediaman yang dinyatakan menerusi saman itu juga bukan miliknya dan beliau tidak pernah mengenali Anwar secara peribadi.

Beliau turut menafikan pernah menyiarkan sebarang perkataan atau imej berunsur fitnah terhadap Anwar serta tiada sebarang niat jahat untuk merosakkan reputasi Anwar sepertimana didakwanya.

Peguam Mohd Afiq Mohd Noor yang mewakili Anwar memberitahu pemberita bahawa dalam prosiding hari ini, Pesuruhjaya Kehakiman Lee Heng Cheong telah menetapkan 5 Jun untuk pengurusan kes.

Pada 21 Mac lepas, Anwar memfailkan saman menuntut ganti rugi berjumlah RM100 juta kerana mendakwa Wan Muhammad Azri menyiarkan empat siri perkataan fitnah di laman blog www.papagomo.com pada 16, 17, 19 dan 20 Mac lepas.

Selain ganti rugi am, teruk, teladan, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah, beliau memohon satu perintah injunksi bagi menghalang defendan terus menerbitkan perkataan fitnah dan imej berkenaan. - Bernama

Jumaat, 5 April 2013

Papa Gomo Bertanding PRU-13 Lawan Anwar Ibrahim..

Penulis blog pro Umno, Papa Gomo hari ini mengesahkan akan bertanding menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kali ini.

Melalui kenyataan di laman mikro blog Twitter blogger terbabit, beliau berkata akan melawan ketua pembangkang itu walaupun sedar akan kekalahan yang bakal dilaluinya.

“Aku dah ambik keputusan akan bertanding PRU13 ni lawan Anwar Ibrahim. Lawan tetap lawan. Kalah sudah pasti tapi biar Anwar senak,” kata blogger berkenaan melalui akaun @papagomo.

Blogger berkenaan sebelum ini telah disaman RM 100 juta oleh Anwar apabila didakwa menyiarkan perkataan fitnah dan meletak imej mengaitkan ketua pembangkang itu dalam video seks dengan seorang lelaki di laman berkenaan.

PKR juga turut mendakwa nama sebenar blogger tersebut adalah Wan Muhammad Azri Wan Deris, 30 dan merupakan pengundi hantu.

Petikan dari berita TMI.

Jawapan aku papa gomo confirm kalah. Elokla simpan duit untuk bayar saman ratus2 juta tue wey. Jangan membazir duit untuk buat kerja2 bodoh walaupun ko memang bodoh.

Kah kah kah

Lagi satu..

Tak takut kantoi muka sebenar ke? Dah jumpa tuttt balik ke?

Kah kah kah

Jumaat, 7 Disember 2012

Papa gomo tak mengaku dia pemilik blog papa gomo..


Mengaku je la.

APA sampai kena waran tangkap disebabkan ko. Pasal ko orang lain jadi mangsa. Rujuk sini. Selain dari APA, dipercayai sepupu ko juga akan tampil menjadi saksi dan membantu siasatan dalam kes Husam Musa saman blogger papa gomo atas artikel menfitnah husam musa dalam satu penulisan.

Sekarang neh papa gomo bersikap pengecut dan dayus. Takde la orang heran sangat nak saman dia. Tapi dia yang beria2 cabar orang saman le saman le. Sikit2 lepas fitnah orang cabar orang suruh saman. Lepas fitnah cabar lagi suruh saman. Dulu kemain berlagak + riak + ego + cakap besar konon nya dsai suka tangguh kes mahkamah.

Last2 apa yang dia kutuk2kan kat pemimpin yang dia benci sangatkan tue, dia buat sendiri. Kali neh dia plak tak henti2 tangguh kes dan mohon peguam dia pastikan tiada sesiapa boleh mengaitkan dia sebagai pemilik kepada blog papa gomo bagi mematikan kes saman tersebut.

Tapi lue dah silap besar la. Kalau dah sampai sepupu lue tampil sebagai saksi memang jelas la apa yang lue tulis menguriskan perasaan sedara mara lue sendiri. Family gua pun banyak yang sokong bn. Anak sedara ada, bapa sedara ada, pakcik sedara ada, suami kepada anak sedara yang juga kawan baik gua time sekolah pun ada... rileks je gua kutuk2 bn dalam blog walaupun dorang tahu gua sapa. 

Tapi dorang takde sakit ahti apa pun pasal gua tulis benda betul. Kalau benda fitnah macam lue memang la sampai sesama family pun bergadoh beb. Oleh kerana lue sendiri yang menentukan cara lue menulis memang bertujuan untuk cari gaduh maka itula yang lue dapat. Lue dapat setelah lue sendiri pergi ke arah itu dalam erti kata lain Allah swt perkenankan aje kehendak ahti lue.

Apa pun gua nasihatkan lue mengaku je la. Lue tak boleh nak lari dah. Pasal sebelum husam proceed kes neh memang dia telah bersungguh mencari saksi bagi menyabitkan lue dalam kes saman ini. Supaya apa yang berlaku pada RBF tidak berlaku lagi dalam kes tuntutan saman ke atas lue.

Pada sangkaan gua blogger no 1 bn mestilah blogger yang berani + hebat + perkasa + tak gentar. Tapi nampaknya sangkaan gua meleset sama sekali. Lue bukan sahaja tak berani bahkan lebih pengecut dari individu yang lue tuduh2 pengecut tue. Hanya orang pengecut je tak berani mengaku gambar yang tersebar di internet tue gambar dia sendiri dan blog yang dia tulis tue blog dia sendiri.

kah kah kah

MEMALUKAN!

Baca lagi disini.

Selasa, 4 Disember 2012

Pasal Papa Gomo, blogger APA jadi mangsa.

Padan muka.

Sorry APA sebab aku direct je padanmukakan ko. Yang sebenarnya dalam isu neh dari awal lagi ko patut berkerjasama la dengan husam musa. Buat apa mengelak dan melarikan diri? Blogger papa gomo dah pernah tumbuk ko pun ko still nak bekap dia ka? So kalau ko kena waran tangkap sebab tidak mahu menjadi saksi kepada pemilik sebenarnya blog papa gomo memang la patut. Sendiri cari nahas beb.

Dan buat papa gomo, ko asyik cabar orang suruh saman ko kan? Nah ko dah dapat. Ko suka sangat main cabar2, saman le, saman le. Cam le orang tak berani saman ko. Sekarang ko dah disaman oleh ramai orang, amacam best tak? 

Inila perangai orang yang ingat apa2 benda yang dia tulis tue tak menjejaskan orang. Sudah la banyak kali kantoi menfitnah, minta maaf jauh sekali, angkuh je memanjang. Arh sudah. Apasal gua bersyarah kat papa gomo neh hah? Tetiba jadi cam warak plak. Dibanding dengan gomo gua memang lebih baik sikit pun.

kah kah kah





Jam 9:00 pagi, 4hb. Disember, 2012 di Mahkamah Tinggi Kota Bharu, perbicaraan kes Dato' Haji Husam Musa saman Blogger Papa Gomo@Wan Muhammad Azri Wan Deris. Antara yang di Sapina bagi memberi keterangan ialah Blogger pro UMNO yang dikenali dengan nama pena "APA" pengendali Blog "Aku Peduli Apa", Blogger Aduka Taruna pengendali Blog Aduka Taruna, Jeming Hassan pengendali Blog Jeming Hassan Di Jalan Sehala, Tun Faizal (Unit Media Baru) & beberapa orang lagi pengamal Media yang dikenali ramai.

*** Gambar curi blogger APA yang diambil "snipper" ketika sessi "seek & hide" dalam usaha wakil Peguam Dato' Haji Husam Musa menjejak Blogger APA untuk menyampaikan Sapina. Harap beliau hadir ke Mahkamah Tinggi Kota Bharu seperti yang diarahkan oleh Mahkamah untuk mengelakkan Waran Tangkap dikeluarkan.

Sumber : TPU.

Jumaat, 20 Julai 2012

Papa Gomo kena SOUND dengan Fathul Bari.

Akhirnya.



Salute kepada UFB sebab menyatakan kebenaran. 

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekreteriat Ulama Muda Umno, Fathul Bari Mat Jahaya pada sidang media di Kompleks Karangkraf semalam menolak budaya fitnah yang dilakukan oleh blogger pro Umno, Papagomo.

Beliau yang menjelaskan pendirian tersebut ketika menjawab pertanyaan pemberita berhubung budaya fitnah yang dilakukan oleh blogger pro Umno itu yang sentiasa menjadi topik utama kepada media pro kerajaan dalam usaha meraih sokongan undi.

"Saya katakan secara prinsip tidak setuju dengan bentuk fitnah dan provokasi yang dilakukan.

"Sewajarnya kita perlu perbetulkan dan memperbaiki keadaan, perlu bekerjasama dalam mengurangkan budaya melontar persepsi tanpa fakta dan bukti," jelasnya selepas program debat anjuran Sinar Harian.

Tambahnya lagi, didikan perlu dilakukan dalam membuat analisa sebelum menjatuhkan hukum.

Papa gomo, ko rasa ko lebih bagus dari UFB ka? Ko rasa ko nak warning UFB balik ka? Sedar lah papa gomo penulisan fitnah ko bukan sahaja dibenci oleh orang2 pr, bahkan orang2 umno pun menyampah. Bahkan rakan2 bloggers umb pun menyampah dengan ko.

Sebab ko punya penulisan bersandarkan kepada ciri2 ;

1. fitnah

2. seks

3. lucah

Sedangkan tun faisal nak cuba dan sedang bawa imej berbeza. Dia taknak bloggers umno disalahanggap sebagai penyebar lucah dan porno tetapi nak buat macam mana, ko wujud dulu, bukan tun faisal wujud dulu, so disebabkan budaya yang ko sendiri jaja, akhirnya tak pasal2 seme bloggers umno seperti seolah2 kena ikut rentak ko. Kesian.. cam takde jati diri plak aku tengok bloggers umno yang lain. 

Opss silap. Sapa cakap takde? Ada.. blogger APA yang ditumbuk oleh papa gomo disebabkan papa gomo tak suka blogger APA = pro umno = menulis fakta. Betul tak? Kalau blogger APA = menulis fitnah + lucah + memuji papa gomo = baru lah papa gomo belai dia kan?

kah kah kah

Kesian. Hidup lah ko dengan sombong bodoh ko tue. Aku dah dengar banyak bloggers umno menyampah dengan ko. Sorry, depa bukan dengki ko dapat traffic tinggi or bayaran lumayan tapi depa menyampah ko asyik rosakkan reputasi umno dengan citer2 seks dan lucah ko tue. 

Tambahan seme citer2 tue fitnah sampaikan posting2 yang dikira ada juga manfaatnya dari bloggers umno yang lain tenggelam.  Tapi takpe. Sebenarnya kebodohan dan kejahatan ko adalah rahmat buat pr der. So aku maleh nak marah lebih2.

kah kah kah

Rabu, 18 Julai 2012

Kisah sedih papa gomo terpaksa melacur demi nafkah..

Sebelum ;


Gila babi. Blog APA pintas kedudukan aku? Heyy dia sapa? Aku sapa? Aku dah lama duduk no 1 tahu tak? Apatah lagi aku pernah tumbuk dia dulu. Aku peduli hapa dia tua ke muda ke yang aku tahu aku tetap nak tumbuk dia dan aku berbangga2 sebarkan citer aku lah hero dan wira yang harus seme bloggers pro bn contohi.

Tapi takpe. APA takan duduk lama disitu. Dia takan bertahan. Aku akan pintas kedudukan dia demi mempertahankan kedudukan aku. Kalau aku jatuh dari kedudukan sekarang, bayaran ke atas aku akan mula dipersoalkan. So ranking blog amat penting bagi aku. Tunggu ko APA, tunggu la ko. 

Papa gomo dah bengang.

Idea dah mari ;

Soksek2.. papa gomo cakap ada mahasiswa kena liwat.. soksek2.. sinar harian promote papa gomo.. soksek2 bloggers bn dan pr promote papa gomo.. soksek2 twitter promote papa gomo.. soksek2.. facebook promote papa gomo.. soksek2 pemimpin pr promote papa gomo.. soksek2 seme promote papa gomo..

Yeahhhh

Hua hua huaa.. 

Tunggu lah ko APA. Tunggu. Aku akan jadi balik no 1. Duit aku duit aku. Duit peruntukan untuk bloggers duit aku. Duit korang seme pun duit aku. Pendek kata seme duit yang wujud di dunia neh duit aku. Hua Hua Hua..

Kata papa gomo dalam ahti. 



kah kah kah

Woitttttttt... nak kejar ranking lama rupanya.. APA yang tak menulis lucah dan fitnah cam ko pun leh survive dan kalahkan bloggers bn cam ko maka terbuktilah citer2 lucah aka fitnah ko tue dah tak laku.. 

Kesian member.. terdesak nak pertahankan duit rupanya.. patutlah beria2 jaga ranking. Kata blogger jalanan, kalau blogger jalanan apa nak kesah pasal ranking?

kah kah kah

Kredit gambar kepada : APA, ASD dan MiloSuam.

Ahad, 1 April 2012

Isu renjatan elektrik : Orang meninggal jangan di usik papa gomo. - Updated!

Papa gomo neh aku tak reti lah nak bercakap dengan dia. Aku kadang2 pernah terfikir jangan2 dia neh blogger upahan pr kot. Cuba selidik bebaik posting dia. Konon nya membela umno tapi 99% hanya memburukkan umno luar dalam. Langsung takde imej ilmiah. Siyes. 

Aku memang pernah terfikir macam tue. Aku kenal ramai kekawan umno. Aku tak dapat nafikan memang ada di antara mereka yang bodoh piang. Maaf cakap lah geng, kita kawan tetap kawan, cuma dalam politik neh istilah bodoh piang tue merujuk kepada akal politik bukan merujuk kepada hubungan persahabatan kita. Jangan terasa lebih2 lak.

kah kah kah

Sambung balik citer tadi, oleh kerana terlalu ramai nya kekawan umno yang aku kenal, aku dapati dorang neh ada satu patern. Tak kira lah sebodoh mana pun dorang dalam akal berpolitik, tapi kalau bab2 mati ka, bab2 hukum ka, dorang jarang nak melebih2. Cukup jarang. Itu bagi kenalan2 aku lah kan. Lain orang lain perangainya. Kawan2 umno korang aku taktau lah perangai depa macam mana. 

Oke sekarang kita nak citer pasal papa gomo. Baru2 neh papa gomo ada terbitkan satu artikel. Sebelum dia terbitkan artikel neh, aku ada baca di facebook MSO. Dia ada bagitau bahawa ada dua aktivis umno meninggal dunia ketika nak gantung bendera parti. Jadi marilah kita sama2 sedekah Alfatihah. Aku amek dan sebarkan di wall page aku.

Aku takde niat apa2. Cuma nak ucapkan Alfatihah. MSO pun sama. Kami lawan memang lawan dalam bab politik dengan bien, tapi bab2 lain, kita masih kawan. Kita masih boleh raya sekali, aku masih boleh paw kekawan umno aku dan aku percaya ramai di antara kita boleh berkawan sesama sendiri. Cuma aku tak nafikan terdapat kekeliruan info berhubung punca kematian mereka berdua. Mula2 dilaporkan terkena petir tapi rupanya terkena renjatan elektrik.

Apa yang amat menyedihkan sekali ialah papa gomo telah mempolitikkan isu tersebut. Bagi aku, itu satu tindakan yang sangat kurang ajar dan biadap. Orang tue aktivis umno. Dia dah meninggar der. Biarlah dia. Kenapa papa gomo perlu menjaja gambar dia dan menfitnah dia sebagai orang pas dan menyakitkan ahti keluarga dia seme dengan entry yang bertujuan fitnah dan memalukan?

Aku bukan cakap kosong. Benda neh memang dah terbukti beb. Lihat bawah neh ;


Info neh mula2 disebarkan oleh blogger sungairapatonline. Dia tulis sesuatu yang aku percaya menjurus kepada fitnah dan menghina mangsa yang meninggal tue kemudian nya dia dah betulkan balik. Aku percaya artikel asal dia telah dicopy paste oleh papa gomo sebelum SRO edit artikel dia. Lihat sini.

Nota : Sila perhatikan url address SRO atas entry tue apa.. => penyokong-pas

Lepas tue, papa gomo mungkin terbaca. Bila dia terbaca info tue, dia pun buat drama baru. Macam biasa, karang skrip baik punya. Korang boleh rujuk sini. Aku pun dah printscreen beberapa sebagai bukti bahawa dia pernah menulis artikel tersebut. Kot2 lepas neh dia sedar bahawa dia dah terfitnah orang sendiri ka apa ka, boleh lah aku tunjukkan bukti tersebut. 

Lihat bawah neh ;


Ini perenggan pertama artikel. Aku percaya ini yang papagomo paste dari SRO. Dan lihat bawah pula ;


Skrip papa gomo yang bodoh. Dan2 jek ahli2 pas, fb, blog seme salahkan tnb? Bila masa tah. Kelakar gile aku baca skrip dia weh. Siyes. Telenovela pun kalah siot. Drama korea kesayangan aku pun tak boleh lawan papa gomo punya skrip. Memang betul2 mengemparkan. 

kah kah kah

Apa pun aku nak minta maaf kepada keluarga mangsa. Bukan lah aku nak kata yang meninggal tue umno dan etc2 maka mereka layak dikeji apa seme. Cuma aku nak membetulkan salah faham yang timbul je. Aku berharap kepada semua aktivis parti politik tak kiralah dari parti mana pun, tolonglah jaga keselamatan masing2 ketika buat kerja2 parti termasuklah pasang bendera.

Tak perlu lah pasang kat tiang2 elektrik tue kalau sungguh akhirnya nyawa jadi galang ganti. Pasang jek tempat lain. Yang lebih selamat. Dan marilah kita sama2 menghadiahkan Alfatihah kepada kedua2 mangsa aktivis umno. Walaupun kami neh penyokong pr, insya-Allah, Alfatihah kami neh tetap halal bagi penyokong2 umno. Ingatlah kita tetap bersaudara walaupun berbeza parti. Al-fatihah.

Updated.

Hish.. bukan setakat posting jek fitnah, sekali gambar pun fitnah der. Isu neh dah dibongkarkan oleh sahabat blogger semut dan papan kekunci. Rujuk sini. Sekarang neh aku cuma terfikir satu perkara jek. Kat mana nak letak muka? Kat mana nak letak muka der?

KAH KAH KAH

Baca ini juga.

Ameno : Papa gomo memang keji permainkan kematian orang..

Jumaat, 3 Februari 2012

Papa gomo minta tolong. - URGENT!

Beb, 

Korang baca bawah neh jek. Neh versi copy paste sebab nak cepat. Kenapa nak cepat? Tah. Aku pun taktau padahal bukan aku nak kemana2 pun lepas update blog neh.

KAH KAH KAH

Hari ni hari Jumaat dah tentu ramai yang akan keluar ke Masjid Masjid dalam menunaikan Solat Jumaat. Jadi Gomo dengan rendah hati ingin meminta bantuan dari pembaca untuk sama sama kita mencari seorang remaja lelaki yang Hilang. Berikut makluman yang diberi:

Disini kak Su ingin memohon jasa baik semua untuk menolong mencari anak saudara Kak Su Mohd Nor Fitri bin Marzuki seorang syndrom down (gambar diatas). Beliau telah hilang semenjak 23/1/2012 hingga sekarang. bermacam-macam cara telah kami sekeluarga lakukan termasukan menghubungi TV3 pada 26/1/12 dan 28/1/12 (3 kali) dan pada 31/1/2012

TV3 telah menghantar reporter untuk mebuat liputan di rumah keluarga Fitri. tetapi hingga sekarang berita kehilangan beliau belum disiarkan. kami ada menghubungi TV3 untuk bertanya tentang tarikh siaran, dan jawapan mereka "mungkin besok". menurut kru TV3 yang datang kerumah kakak saya, mereka telah menghantar rakaman ke TV3 head office pada hari yang sama 31/1/12. Report polis telah dibuat pada hari sama kehilangan nya. Harian metro juga datang tetapi berita belum disiarkan lagi.

Kami ada mendapat maklumat bahawa kemungkinan Fitri berada di pulau pinang bahagian Jelutong. Kak su amat-amat berharap pembaca Blogger Jalanan dapat menolong membantu kami sekelurga menghebahkan kepada umum tentang kehilangan Mohd Nor Fitri.

Pertolongan dari rakan Blogger Jalanan amat-amat kami sekeluarga harapkan.

Kak suraya.

019-5449170

Taman Semarak
Sungai Petani Kedah.

Jadi kalau ada yang ternampak, terperasan, terlihat sila hubungi no yang tertera di atas neh gak. Anda juga dialu2kan untuk share benda neh via fb, twitter, blog, forum sebab nak memperluaskan carian. Manalah tahu kot2 ada yang perasan dan terlihat individu yang hilang di atas neh, ia mungkin memudahkan untuk mengesan dia dengan lebih cepat. Tolong ye. Artikel di atas neh dicopy paste blog papagomo untuk tujuan sebaran. Bai.

Ameno : ........

Jumaat, 14 Oktober 2011

Salah ke kalau admin KBSB jadi admin APC?






Semalam saja aku tak update blog sebab nak buat konon2 dah kantoi. Tapi aku kelakar gile baca pandangan2 orang pasal isu neh. Macam2 benda yang dorang tulis pasal aku. Dari sini je aku dah boleh baca dan faham pemikiran2 dorang macam mana.

Pasal ada yang nak tahu asal usul kejadian neh maka aku nak bagitau sikit. Tak banyak. Pasal aku malas nak taip panjang2 sebab kisah aku dengan apc neh sebenarnya satu kisah yang panjang. Aku kenal dan gaduh dengan admin apc sebelum wujud apc dan kbsb lagi. 

Yang aku nak tulis pasal kejadian 2 hari lepas. Untuk rekod neh kali kedua kbsb berjaya menghuruharakan apc. Kali pertama ketika account pejuang maya di hack dan email2 apc didedahkan. Dari situ aku dah boleh tahu siapa yang bagi info2 kat admin apc. Email2 terpilih seperti email granpa jas salleh [kalau korang masih ingat 7 ataupun 9 perkara] yang menceritakan pasal syarat perjuangan di apc blablabla.. pernah didedahkan di kbsb dulu.

Masa tue kami di kbsb menggunakan trick konon2 ada orang dalam [admin apc] bagi info pasal email2 terbabit. Yang kelakar gile.. admin apc punyalah bodohnakmampos. Depa boleh kata benda tue fake dan kami menipu. Sadis dowh. Sampailah pada satu hari tue, geng2 kbsb berjaya [aku berlakon sebagai pejuang maya, email apc yang berjaya di hack] menghuruharakan page apc. 

Dari malam bawa ke pagi sampai apc terpaksa tutup [lari macam biasa] memikirkan siapa admin yang buat onar padahal tiada mana2 admin pun yang buat onar. Dorang kena main je. Kita orang di kbsb masa tue puas gelak sakan beb. Mungkin masih ada yang ingat lagi.

Memang kelakar gile. Secara peribadi aku dah kenakan apc berkali2 sebab tue apc anti sesangat dengan aku. Sesiapa yang berhujah dengan dorang di apc akan di ban dan lepas di ban dinasihatkan, achik kena buat account baru. Dia ingat semua orang yang masuk apc tue aku ke apa? Kelakar gile. Seme benda pun apc akan kaitkan dengan aku. Dorang sebenarnya yang berdendam dengan aku, bukan aku yang berdendam dengan dorang. Buktinya aku masuk tak sampai seminit tah apa2 tah aku tulis dan di akhiri dengan kata2 jangan ban aku, terus aku kena ban.

kah kah kah

Apa pun dalam isu pergaduhan papa gomo vs apc, aku mengaku aku saja masuk campur untuk provoke. Kisah nya begini ;

1. Ada fan kbsb inform yang papa gomo tengah balon admin apc [lebih kurang].

2. Then aku masuk sana tengok.

3. Aku dapati papa gomo banyak kali cakap apc milik pembangkang.

4. So aku pun inbox papa gomo. Betul, aku yang inbox papa gomo. Bukan dia yang inbox aku.

5. Yang sebenarnya aku tengah fikir macam mana nak umpan dia masa tue.

6. Lepas tue aku taip lah macam gambar printscreen yang tersebar tue.

7. Aku fikir dia mesti printscreen. Cuma aku tak sangka dia terus update dalam blog.

8. Bila aku dah nampak rentak dia betul2 nak lemahkan kredibliti apc, so aku pun berpakat dengan admin kbsb yang lain untuk besarkan citer. 

9. Mula2 aku buat2 salah taip nama joe.

10. Kenapa joe? Mudah, sebab joe neh ramai ahli apc tak puas ahti dengan dia. Dia kan suka berlagak dan tunjuk kuasa veto. Mungkin ramai di apc tatau joe neh sapa. Tapi aku tahu dia sapa. Dan joe pun tahu aku sapa. Kbsb sepatutnya tahu dia sapa sebab kami pernah siarkan gambar dan rupa joe neh. Cuma benda dah lepas. Kami dah taknak ulang tayang gambar2 admin apc lagi dah. 

Sebab apc sekarang pun dah tak macam dulu. Dorang pun dah tak main gambar2 peribadi orang2 yang dorang dah ban. Kalau tidak dulu, sikit2 lepas ban, dorang cilok gambar2 peribadi orang yang di ban, tak kiralah gambar anak orang ke, isteri orang ke, apa ke, dorang upload di apc untuk maki hamun orang tue. Itu pasal aku balas balik dengan upload gambar2 admin apc. Tapi benda dah lepas. Kalau dorang dah berubah, aku pun kena berubah ikut keadaan gak.

11. Lepas tue aku biarkan 2,3 minit. Bagi masa untuk sesiapa printscreen. Then aku tukar nama. Lepas tue aku ulang trick dengan copy paste ayat2 admin apc dan letak di kbsb. Simple.

12. Aku percaya ahli2 apc akan mudah termakan tipu daya neh. Dorang kan kurang bijak.

13. Nampaknya memang betul, selepas benda tue tersebar, apc jadi huruhara satu hari [semalam] dan macam biasa admin apc akan lari bila masalah melanda bertubi2, dan seperti selalu, komen2 yang lepas akan didelete bagi menjaga reputasi apc. 

kah kah kah

Simple je. Aku memang sengajakan kenakan apc. Aku memang sengaja kenakan papa gomo. Ada aku kesah kalau korang nak label apa2 bagai kat aku? Tak kesah der. Dorang terkena disebabkan kebodohan dorang sendiri. Dorang sepatutnya yakin dan percaya pada admin apc. Kalau dorang yakin dan percaya dengan admin apc, apa korang fikir aku boleh kenakan apc dengan mudah?

Aku pun kena tempias negatif gak. Tapi ahli kbsb tak attack aku pun. Pasal dorang yakin dan percaya dengan kredibliti kbsb. Kredibliti apc diragui sebab dorang suka menipu, menfitnah, tak pandai berhujah, suka lari dari masalah dan hanya pandai ban.

Untuk rekod, papa gomo dah ban aku di fan page nya. Kenapa? Aku rasa aku tahu sikit2. Tapi diharap lainkali aku tak perlu berikan penjelasan lagi pasal neh. Pasal apa, asal ada peluang untuk kenakan apc dan geng2 pemfitnah, aku akan gunakan peluang tue sebaiknya2.

So, nak kisah apa der? Tak perlu lah kita simpati pada sang pemfitnah.

Nota : Lihat printscreen di atas.

Nota : Email apc = pejuang maya di hack oleh seseorang sebelum diberikan kepada kbsb untuk hebahan. 

Ameno : Troller is trolling.

Khamis, 22 September 2011

Papa gomo desak anwar ibrahim berhenti.

Peh. 

Tabik. 

Papa gomo neh malaikat gamaknya. Dia boleh mengulas moral orang tanpa rasa bersalah. Dia boleh menulis moral anwar ibrahim seolah2 anwar ialah seorang pelaku seks liwat dan zina berdasarkan kepada video seks yang kita tak pasti samada sahih ataupun tidak sampai sekarang. 

Apabila bercakap soal moral orang umno larh yang paling tak layak sekali menegur pembangkang atas isu neh. Macam mana orang yang tidak menjaga solat dia boleh menegur moral orang lain pula? Bukan hanya zina dan liwat je yang berdosa. Yang meninggalkan solat pun berdosa juga. Malahan lebih berdosa lagi sebab solat itu tiang. 

Bila ko tanggal tiang, ko mana ada rumah? Bukan aku nak tuduh2 bhai. Moral aku sendiri teruk. Aku belajar fix moral aku sendiri. Aku malas citer pasal moral orang lain pasal aku sedar diri. Dan bila aku sedar diri so takde larh aku membabi buta kutuk moral orang lain. 

Sesetengah orang tue pelik. Solat dia tak jaga. Tapi dia sibuk kutuk moral orang lain. Benda yang dia sebarkan pun belum tentu benar.  Aku tak tuduh. Aku dapat info. Orang yang kenal bukan semua suka. Adatlah.  Tapi kalau hubungan dengan Allah swt pun kita abaikan, siapa kita nak tegur dan betulkan hubungan orang lain dengan Allah swt pula? Hidup neh perlu belajar sedar diri. 

Sedar diri setakat mana kita pandai mengaji. Kalau tak pandai mengaji, bacaan lari2 pergi mengaji balik. Aku pun pergi mengaji balik. No hal. Bakal sekelas dengan orang2 tua. Apa ada hal? Aku buat benda betul ma. Tak pandai buat cara tak pandai. Bila tak pandai lue kena belajar bagi pandai. Tapi bila lue tak pandai tapi lue tunjuk macam lue pandai dan lue cakap macam lue bagus sangat sampai nak menghakimi moral orang lain, lue memang sampah. Wa cakap lue memang sampah.

Hidup neh tak selamanya indah. Lue jangan lupa Allah swt ada. Wa tatau sekeras mana ahti lue. Pasal ahti lue bukan ahti wa maa. Ahti wa, wa sendiri jaga. Bab moral pemimpin seboleh2 wa taknak sentuh. Tapi kadangkala wa usik sebagai counter attack kepada lue, semua totok umno yang tak habis2 menggangap pemimpin2 lue maksum. 

Wa bab2 moral neh memang malas layan. Tapi wa pelik sesetengah dari lue menelek moral pemimpin pembangkang dengan cara fitnah tapi rupa2nya dikalangan lue orang sendiri pun tak jaga solat dan hidup dengan arak. Macam mana orang macam lue orang boleh kekal menulis dan masih dipercayai? 

Kadang2 wa heran tapi bila wa diberikan peringatan.. baru wa faham. Di dunia neh, normal ada orang baik dan ada orang jahat. Dua puak neh saling bertelagah sampai bebila. Bila wa pilih nak jadi orang baik maka normal bila wa jumpa orang jahat macam lue orang. So tak hairan. 

Pada hari lue keluarkan video seks baru anwar ibrahim [fitnah] wa cadangkan lue baca bismillah sekali. Lue patut faham kiasan simple neh. Wa bukan taksub anwar ibrahim tapi barangsiapa yang main keji dan porno wa tolak sampai habis. Wa pegang islam. Wa takde tali pemimpin. Yang wa tahu wa tetap boleh hidup walaupun bn dan umno bukan kerajaan pusat di malaysia neh pada masa akan datang. Insya-Allah.

Ameno : puak keji sedang sebarkan kekejian.

Sabtu, 10 September 2011

Gambar misteri untuk anda.

Sila lihat bawah ;


kah kah kah

kah kah kah kah

kah kah kah kah kah

Psssttttt...  

tengah bincang cara nak fitnah ka?

cara nak spin isu rasuah ketika rule selangor dulu?

planning buat video seks nik aziz pula ka?

ataupun cara nak licinkan kulit guna tempe?

kah kah kah

Tukang sponsor dah di spot, tak hairan napa dia tak pernah kena ketuk di blog rupanya ada misi disebalik blogging. Ha Ha Ha.. kalau dah rasuah tue tetaplah perasuah.. kalau dah menyeleweng tue tetap larh penyeleweng.. salah satu sebab kenapa PR kena jadi kerajaan pusat sebab individu baju putih di atas. Korang boleh sabar ka tengok dia terlepas dari perbuatan jenayah nya? Lue fikirlah sendiri.

Sumber : rakan fb

Ameno : Setiap kali tgk tempe teringat pencurik..apsal hah?

Sabtu, 20 Ogos 2011

Gambar papagomo bersama keluarga.


Ini ialah gambar papa gomo bersama ahli keluarganya. Bukan menjadi cara aku menyerang orang2 yang tak berkaitan bagi melepaskan rasa marah terhadap papa gomo. Selain dari gambar neh ada banyak lagi gambar2 yang aku ada. Aku ulang. Ada banyak lagi gambar2 yang aku ada. Tak kira lah gambar apa dan macam mana yang pasti ia bukan sesuatu yang baik untuk didedahkan. Dan aku juga tidak akan dedahkan. Sebab apa? Mudah. Aku cuma tak suka dengan fitnah2 papa gomo terhadap PR dan PAS. Itu je hal nya. Anak dan isteri dia tiada kaitan dalam hal neh.

Tak kisah lah samada warna rambut isteri dia itu ini ke bukan hal aku. Hal aku cuma dengan papa gomo maka papa gomo je lah yang aku nak persoalkan sekarang. Apa yang aku ingin papa gomo faham ialah mudah je. Hormatilah mereka2 yang menganuti agama selain dari islam. Di dalam islam kita memang di ajar untuk menghormati kebebasan beragama. So ko kena hormat tue. 

Ko pun hidup dalam suasana macam tue. Ko ada pengalaman macam tue. Apa ko suka tengok orang islam dan kristian bergaduh akibat posting2 racist dan fitnah ko? Benda kalau ko cakap pasal fakta takde sapa nak marah beb. Tapi ko fitnah. Kita ada ramai kawan2 bukan islam. So? Takan nak jadikan islam dan bukan islam berperang pula di malaysia neh?

Itu satu hal. Satu hal lagi ko suka mengapi2kan suasana. Ko suka cakap macam ko bagus sangat. Baik sangat. Alim sangat. Aku sungguh siyes tak faham macam mana ye orang macam ko neh boleh hidup? Di depan pembaca ko hipokrit. Macam alim dan takde dosa langsung. Perghh. Terbaek. Tapi realiti kehidupan macam mana? Sapa yang tahu selain dari Allah swt? Mereka bukan orang bisu. 

Bezanya aku dengan ko ialah aku terang2 mengaku jahat. Aku dalam proses untuk tarbiahkan diri aku sebab itu aku masuk pas. Aku yakin rakan2 dalam pas boleh membantu aku jadi lebih baik. Lebih semangat mengejar kebaikan kalau ada dorongan.  Itu yang aku buat. Sebab itu aku masuk pas. 

Ko pula lain. Ko tulis mengutuk, memaki hamun, menfitnah, letak gambar lucah, edit gambar2 ulama, tulis nama2 pemimpin pakatan rakyat yang salah dan bagi gelaran bukan2 segala bagai.. ko fikir orang suka macam tue?  Aku paling berani pun gelar rosmah mansur sebagai mek mah or mem.. tak berani aku tulis lebih2 dari itu.

Hanya orang yang rasa diri dia bagus je dia boleh bagi gelaran yang bukan2 pada orang yang dia benci. Itulah ko. Semua orang yang ko benci macam2 ko gelar dan fitnah. Gambar neh kalau gambar aku, ko akan dedahkan habis. Aku percaya tue. Tapi sayangnya aku bukan macam ko. Aku bukan berblog sebab anti ko. Aku berblog sebab anti kezaliman. Aku mahu kerajaan mendengar suara dan membaca luahan aku. Benda2 yang tiada kaitan macam neh bukan hal aku.

Cuma aku nak ingatkan kepada ko, orang yang dedahkan butiran diri ko dia tak suka ko menghina kristian secara keterlaluan. Ingatlah ada beza antara hinaan, cercaan dengan fakta. Ko boleh kemukakan fakta2 hebat andai benar ada paderi yang memurtadkan umat islam tapi ko tiada hak nak hina orang kristian. Apatah lagi ajaran mereka. Yang memurtadkan = individu. Bukan ajaran kristian. Belajar untuk hormat agama orang lain. Baru dorang akan hormat ko. Sekian.

Ameno : Masalah family?Not my bussiness larh!!!

Jumaat, 22 Julai 2011

Hot : Papa gomo lupa daratan - pengakuan esklusif tun faisal.

Baca bawah neh. Berhubung isu yang papagomo komplain di blognya semalam. Jadi selama neh persepsi bumiputera berjaya dan kebanyakan dari kami bahawa papagomo menerima bayaran adalah hal yang benar. Dan tun faisal sendiri menjelaskan bahawa papagomo ialah penipu. Kalau benda macam neh dia boleh tipu.. apatah lagi benda lain? 

kah kah kah

Ada beberapa blogger yang saya kenali sebagai penipu. Salah seorang daripadanya adalah Papagomo. Cuma sebelum ini saya fikir penipuannya bertempat, namun nampaknya penipuannya memang melampaui batas.

Dulu Papagomo tidak ego dan bongkak seperti hari ini. Ada yang bercerita, kabarnya dulu Papagomo adalah seorang anggota polis yang menghadapi tindakan kes disiplin. Benar atau tidak saya tidak mahu mengambil tahu sangat sebab ianya tidak penting kepada saya ketika itu. Cuma saya dimaklumkan bahawa Papagomo hanya berpendidikan menengah dan terpaksa menyara hidup dengan berniaga di uptown menjual barangan tiruan.

Ketika itu Papagomo tidak seperti Papagomo yang sekarang yang bongkak dan penuh penipuan. Penipuan yang nyata ialah apabila saya minta dia menjelaskan tentang kandungan sms saya - sama ada ada disebut di dalam sms itu tentang hendak membawa dia ke Lembaga Disiplin parti, dia gagal menjawab Ya atau TIDAK. Dia tahu dia berbohong. Sebab itu saya mintakan pula dia tunjukkan sms itu kepada rakan-rakan twitter yang lain, itu pun dia tidak berani lakukan sebab pasti pembohongannya akan terbongkar.

Papagomo juga tidak beretika. Ketika dia menyerang saya menggunakan blog selepas PRK Kerdau, saya telah mengambil masa untuk menjelaskan pelbagai perkara melalui BBM. Saya fikir ia akan berakhir di BBM sahaja, tetapi sikap tidak beretika Papagomo amat ketara apabila dia bertindak memburuk-burukkan saya dan UMB melalui tambahan dua lagi posting di blognya.

Dalam kes terbaru, Papagomo merasa tidak puas hati apabila saya melaporkan tweetnya berkaitan Menteri Dalam Negeri dan KDN kepada Setiausaha Politik. Ini adalah rutin biasa seorang pagawai dan saya telah mencadangkan kepada Setiausaha Politik untuk menegur Papagomo melalui saluran parti, iaitu melalui Ketua UMNO Bahagian Wangsamaju memandangkan Papagomo adalah ahli Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Wangsamaju.

Dalam hal ini hanya empat pihak sahaja yang perlu tahu. Saya, Setiausaha Politik, Ketua UMNO Bahagian Wangsamaju dan Papagomo. Sama ada dia setuju atau tidak dengan teguran itu, respon terhadap teguran itu boleh dibuat melalui saluran yang sama tanpa perlu menghebahkannya kepada sesiapa. Tetapi, oleh kerana Papagomo ini tidak memahami kaedah parti, dia telah menjadikannya sesuatu isu yang besar menggunakan media online.

Soalan saya - Apakah Papagomo terlalu besar, lebih besar daripada Perdana Menteri sehingga tidak boleh ditegur secara politik? Bongkaknya seorang blogger dan ahli parti jika berfikiran sebegini.

Bagi saya Papagomo sudah terlalu bongkak dan merasakan dia sentiasa betul, tetapi penakut dan bacul.

Nasihat saya kepada Papagomo, jangan berlagak pondan. Masalah Papagomo hanyalah dengan saya. It's between you and me. Jangan jadi bacul dengan menggunakan nama blogger-blogger lain, seolah-olah hendak bersembunyi di belakang mereka.

Selepas Kerdau dan PRN Sarawak telah timbul banyak prasangka di antara blogger dengan UMB disebabkan oleh perbuatan dan hasutan Papagomo. Saya terpaksa mengambil begitu banyak masa untuk memperbetulkan hubungan yang rosak akibat tohmahan Papagomo. Malah tuduhan bahawa blogger-blogger dilacurkan adalah penipuan kerana saya tidak pernah menggunakan nama sebarang blogger yang tidak mahu bersama UMB untuk memohon sebarang peruntukan.

Jika Papagomo berani, tidak perlu gunakan nama blogger lain, sebaliknya hanya berdepan dengan saya sendiri. Apa yang hendak ditakutkan?

Papagomo berjuang tanpa dibayar? Sangat kelakar bila dia mengatakan perkara ini.

Sukar sebenarnya hendak memberi tugasan kepada Papagomo semasa PRK kerana dia tidak boleh mematuhi disiplin tertentu. Misalnya, dia akan sibuk menghurungi VIP sebab jika dia pergi menghurungi VIP, dia tahu dia akan mendapat sesuatu daripada mereka. Fokus akan hilang sebab yang penting bukan psy-war PRK lagi tetapi coverage VIP tertentu.

Dalam PRN Sarawak, apa sahaja posting Papagomo? Paling kelakar semasa orang sibuk menyerang pembangkang dan mempertahankan BN, Papagomo khayal dangan kisah dia ditahan polis. Seolah-olah dia pula selebriti; mengalahkan PM dan menteri-menteri lain la pulak. Mujurlah ada video seks yang menyelamatkan mengangkat `martabat' Papagomo. Dalam PRN Sarawak sebenarnya ada lebih ramai blogger yang benar-benar menghasilkan posting yang secara tepat menjawab isu dan menyerang pembangkang dengan jauh lebih baik semasa PRN Sarawak berbanding Papagomo. Papagomo tidak ada peruntukan semasa di Sarawak? Satu lagi cerita kelakar...

(Saya dah menulis sini tentang soal Papagomo dan bayaran, tetapi tidak mengapa saya simpan dulu untuk masa akan datang)

Bagus. Papagomo telah berjaya meningkatkan taraf hidup. Bersyukurlah sebab masih ramai blogger termasuk yang selalu mengikuti program UMB yang belum ada pendapatan tetap dan berdepan dengan pelbagai masalah kewangan. Mereka ini tidak mengecapi apa yang telah dinikmati oleh Papagomo hari ini, tetapi mereka tetap berjuang untuk parti tanpa perlu menyerang sesama sendiri di dalam parti.

Cukup-cukuplah menyalahkan UMB. UMB tidak ada masalah bekerja dalam serba kekurangan dan jika diberi penghak upayaan hanya semasa PRK dan PRN. Jika kita gagal semasa PRK dan PRN, UMB sebagai jentera parti akan memikul tanggung jawab itu. Tetapi jangan memfitnah UMB kononnya UMB mendapat begitu banyak peruntukan, sedangkan Papagomo sendiri menerima keistimewaan yang lebih banyak berbanding dari rakan-rakan tertentu di dalam UMB.

Nasihat saya, jika telah menerima peruntukan, tetapi masih gagal melaksanakan tugas dengan baik semasa Perhimpunan Haram Bersih, walaupun dilengkapi dengan peralatan yang begitu canggih, Papagomo kena jadi berani dan tampil ke depan untuk memikul tanggung jawab. Jangan yang baik-baik saja claim credit, peruntukan sudah diambil tetapi tidak berani menanggung kelemahan. Bila sudah gagal, memfitnah dan menunding jari ke arah UMB sedangkan UMB tidak menerima keistimewaan seperti yang Papagomo terima. Papagomo, anda blogger sepenuh masa dan berbayar, buatlah tugas sebaik-baiknya.

Alhamdulillah, walaupun tidak diberikan peruntukan seperti kumpulan tertentu, UMB telah berusaha melaksanakan tugas sebaik-baiknya. Latihan perang siber telah dilaksanakan secara berterusan agar lebih ramai pejuang siber di dalam parti dapat terlibat dalam kaedah yang lebih bersistematik dalam peperangan siber. Jika ada peruntukan, insya-Allah lebih cepat dan lebih banyak lagi program ini dibuat di seluruh negara. Jika tiada, tugas anggota UMB akan dijalankan seperti biasa.

Saya sudah cukup bersabar dengan kerenah Papagomo yang suka berbohong dan memfitnah. Jika berterusan saya terpaksa mendedahkan lebih banyak kebenaran. Saya masih mahu berpegang kepada etika dan kerahsiaan, tetapi Papagomo - cukup, cukuplah.....

* Ada yang minta saya letakkan gambar Papagomo seperti yang dilakukan oleh Papagomo dalam postingnya mengenai saya, supaya mereka boleh kenal siapakah Papagomo yang sebenar. Tapi tidak mengapalah, saya masih mahu berpegang kepada etika, biarlah Gomo dengan cara jalanannya.

Ameno : kantoiiiii

Rabu, 13 Julai 2011

Blogger pakatan tidak terlibat dalam sebarang konspirasi kematian ataupun cincin rosmah.

Entry neh entry sekaligus. Mudah bagi aku. Tak payah susah2 nak jawab dalam banyak2 entry sedangkan aku boleh je menjawab sekaligus. Isu pertama aku nak ulas ialah isu konspirasi terancang yang dituduh oleh papagomo mengenai isu kematian pendemo bersih iaitu arwah baharuddin ahmad. Sebenarnya apa yang ditulis oleh papa gomo tidak salah sepenuhnya tetapi dalam masa yang sama tidak pula mewakili situasi yang sebenar.

Tidak salah apabila papa gomo mendedahkan bahawa orang yang meninggal ialah orang lain. Itu memang betul. Terdapat ralat bahawa berlaku salah faham sehingga gambar dan video suhardi mohd ditafsirkan sebagai arwah baharuddin ahmad. Berlaku situasi tersebut adalah disebabkan begini ;

1. Mereka tidak tahu nama sebenar dan wajah sebenar arwah yang terkorban. TPU telah menulis dengan jelas di description video bahawa lelaki dalam video ialah suhardi mohd. Namun ramai yang anggap suhardi mohd = insan yang meninggal dunia sehingga di mainkan di pelbagai blog samada blog pembangkang ataupun blog peribadi. Ini terjadi kerana selain dari TPU, ada orang lain yang terlebih dahulu upload video terbabit dan salah anggap. Namun papa gomo cuma nampak TPU je yang upload video terbabit, kenapa?

2. Selepas itu, beberapa individu yang tahu hal sebenar telah menerangkan beberapa kali di beberapa tempat samada di fb, di blog, di forum bahawa individu yang meninggal ialah sekian2 nama ini, dan sekian2 ini gambar nya. Malahan sebelum papa gomo menulis tentang entry konspirasi sekalipun.

3. Apa yang berlaku ialah salah faham. Itu sahaja. Sebab itu mereka yang terlibat [walaupun bukan kesemua tetapi pihak pas personally telah memohon maaf. ] telah memohon maaf. Simple. Tiada apa2 konspirasi. Soal samada suhardi sakit [gila], di ugut bunuh, berlakon dan segala bagai sepertimana yang dituduh oleh papa gomo biarlah dia mengemukakan bukti. Aku pun taktahu benda neh betul ke tak betul. Kalau korang tanya aku, aku cenderung untuk tidak mempercayai penulisan papa gomo. Itu je.

4. Sebenarnya ramai yang taktahu yang TPU upload video nya di youtube 2 hari selepas bersih iaitu pada hari isnin [tak silap aku] di mana pada ketika itu ramai dah tahu bahawa lelaki dalam video terbabit bukan lah individu yang telah meninggal dunia.

5. Salah faham sudah berlaku. Tetapi yang penting berani kah kita menghadapi salah faham, bertanggungjawab dan meminta maaf? Kalau salah, elok mengaku salah je. Ini nasihat aku kepada blogger pembangkang yang dah salah faham bahawa suhardi mohd ialah individu yang di sangka telah meninggal dunia. Dan banyak kali gak aku nampak berlaku salah faham dalam blogger umno. Cenderung untuk mengaku salah tue belum pernah aku lihat. Heh.

6. Dalam masa yang sama papagomo tak sepatutnya melebih2. Dia boleh je membenci pakatan tetapi mesti benci atas perkara yang benar. Dia pun boleh je menulis pasal suhardi tetapi biarlah menulis berdasarkan hal yang benar. Kenapa pula gila + 2 isteri + Alarqam + menjadi imam + berdoa = menjadi punca untuk memperlekehkan dia? 

Sedangkan dia sendiri pun tidak tahu bahawa orang lain anggap dia sudah meninggal dunia sehingga memainkan video dan gambar2 nya. [Nota : gila + 2 isteri dan lain2 yang papa gomo tulis, aku tulis di sini semula berdasarkan persepsi papa gomo bukan berdasarkan kepada fakta dan kejadian sebenar kerana aku sendiri tidak tahu bahawa ia adalah perkara yang benar ataupun tidak kerana aku tidak mengenali pakcik suhardi mohd. Harap maklum]

7. Point paling penting ialah pendemo bersih tidak dibayar rm200 ke apa ke. Aku lupa siapa yang cakap benda tue tapi tak silap aku yang bercakap tue lelaki dari kalangan pemuda umno kan? Dan dia cakap perempuan [peserta demo] dalam penjara yang bagitau dia kan?Adakah penjara lelaki + perempuan = satu sel yang sama? Kat sini aku siyes tak faham. By the way kalau sungguh dibayar boleh aku tahu aku nak claim kat mana sebab aku pun pergi demo bersih dan aku mahukan rm200 neh. Bolehlah buat lepas aku yang sesak tengah2 bulan neh.

Isu kedua pula isu pasal cincin rosmah. The unspinner memang kaki spin walaupun nama blog dia sebaliknya. Dia mengulas isu cincin yang dipakai rosmah tetapi sikit pun dia tak sangkal bahawa rosmah ada atau tiada cincin tersebut. Soal harga cincin konon nya tidak relevan + penghantaran pula yang dia kupas, sedangkan isu pokok ialah ;

1. Ada atau tiada rosmah mansur memiliki cincin jacob dari yahudi yang orang umno sepatutnya benci? Untuk makluman aku tidak benci yahudi. Sebab itu aku guna facebook dan beli laptop yahudi.

2. Ada atau tiada rosmah mansur tidak membayar cukai ke atas barangan tersebut?

RPK telah membidas the unspinner dalam blog nya sebentar tadi. Sememangnya the unspinner salah faham bahawa dia fikir RPK yang mendedahkan isu cincin tue tetapi sebaliknya RPK hanya memberikan link dari forum lowyat. Seterusnya boleh baca blog RPK sendiri mengenai hujahbalas kepada the unspinner yang telah menuduh dia bukan2. Yang sebenarnya blog chegu bard lah yang mendedahkan isu neh. Siap dengan bukti lagi. Kenapa yang ini dia tidak mahu kupas?

Persepsi serong sudah tentu timbul apabila melihat angka nilai sebenar cincin terbabit. Ya atau tidak, cincin tersebut milik rosmah dan akan di hantar kepada rosmah? Ya atau tidak paparan printscreen tersebut? Mainkan soal harga yang mungkin dimanipulasikan? Boleh. Tiada masalah. Sebelum itu buktikan dulu bahawa paparan printscreen itu palsu. Kalau paparan printscreen itu adalah benar adakah ada individu lain bernama datin paduka rosmah mansur di malaysia yang juga kaya raya dan mengemari jacob dan co.???

Dan berapa banyak pula orang2 kaya yang mahu mendedahkan kekayaan dan aset sebenarnya mereka kepada umum? Ada sesetengah dari mereka mahu lari dari cukai, ada sesetengah dari mereka tidak mahu diketahui pencuri. Ada yang berani dedahkan tapi belum tentu apa yang didedahkan ialah pendedahan menyeluruh. Oleh itu link2 yang diberikan oleh the unspinner hampir tiada nilai. Contohnya ;

Ada 26 orang kaya. 10 memilih mendedahkan apa yang mereka milik. 16 memilih menyorok apa yang mereka ada. Maka wartawan dan penulis hanya tahu tentang 10 info yang didedahkan, manakala info tentang 16 orang kaya yang lain pula mereka tak tahu. Sapa pula yang nak pergi selongkar akaun bank, rumah orang, mengekori orang2 kaya semata2 nak tahu aset termahal peribadi milik mereka pula? Lainlah kalau mereka merasuah dan segala bagai sudah tentu lah aset mereka jadi pertikaian. 

Macam tue juga dengan rosmah mansur. Disebabkan najib ada beberapa kontroversi yang membabitkan skandal itu ini lah yang membuatkan orang akan alert dengan nama rosmah waima di mana2 sekalipun. Siapa tahu harta sebenar taib? Boleh jadi taib ialah lelaki terkaya di dunia tetapi kerana dia "low profile" orang tidak tahu. Bukan semua orang kaya suka menunjuk2an apa yang mereka miliki. Apatah lagi kalau apa yang mereka miliki itu "benda haram".

Tak mungkin rosmah akan mendedahkan di dunia bahawa dia memiliki cincin termahal di dunia. Melainkan dia bodoh sangat sampai nak pancung kepala sendiri depan2, memanglah dia akan mengaku dengan bangga. Apa pun setelah perkara neh didedahkan chegu bard telah membuat report sprm sepertimana yang didesak oleh ramai orang. Kini terserah kepada sprm, samada nak siasat ke taknak siasat.  

Jangan kita lupa, Rosmah mansur dan najib telah pergi ke luar negara pada bulan april yang mana pada bulan itu juga lah kos lawatan luar [urusan kerja] najib adalah yang paling mahal.

Perjalanan paling mahal merupakan lawatan ke Jepun, Amerika Syarikat dan Vietnam. Kos perjalanan tersebut bernilai RM2,094,635.39 dan berlaku di antara 5 dan 22 April tahun ini. Ada atau tiada rosmah mansur masuk kedai jacob dan menempah cincin khas? Ya atau tidak cincin neh milik rosmah? Ini lah yang mahu ditahu. Ini ialah pertanyaan. Tiada sesiapa pun yang menuduh sesiapa. Apa yang sesiapa buat ialah, sesiapa itu nampak sesuatu dan sesiapa itu mahu tahu apakah yang ada di dalam otak nya adalah perkara yang mewakili hal yang benar?

Dalam erti kata lain, adakah rosmah beli cincin USD24.4 = 75juta dari jacob dan bawa masuk tanpa cukai dengan menggunakan duit rakyat?

1. Rosmah : ko ada cincin 75 juta tak?

2. Rosmah : ko bawa masuk cincin dan tak bawa cukai ke?

3. Rosmah : ko beli guna duit rakyat ke?


Ini lah 3 persoalan yang harus dijawab. Bila soalan ditafsirkan sebagai tuduhan maka apakah ayat yang patut kita gunakan untuk membuktikan bahawa kita sekarang sedang bertanya dan mencari jawapan kepada apa yang kita fikirkan tentang rosmah mansur? "Darling rosmah, you ada beli cincin mahal 75juta guna duit rakyat dan tak bayar cukai yer.. nakal lah you neh.. boleh jawab depan rakyat tak samada benda neh benar ke tidak? Hikhikhik... okey." Macam neh, boleh tak?





Ameno : darling rosmah.. pls calling me and give your answer k.. straigth and clear.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...