Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.
Memaparkan catatan dengan label nurul izzah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label nurul izzah. Papar semua catatan

Jumaat, 24 Mei 2013

Polis Akan Tangkap 30 Individu Pro Pembangkang?

Pihak PAS dah siapkan peguam. Untuk membela kesemua individu2 yang bakal di tahan oleh POLIS dalam masa terdekat neh. Beberapa individu telah pun ditahan dan ada yang telah pun di dakwa.

Adam Adli antara individu yang dah ditahan dan didakwa.

Tian Chua, Haris Ibrahim dan Tamrin Ghaffar telah pun di tahan. Polis dalam rangka memohon tahanan reman untuk mengikat ketiga2 individu tersebut dalam lokap beberapa hari. Kesemua individu tersebut akan di dakwa di bawah akta hasutan.

Dalam satu kenyataan oleh peguam PAS yang mengikuti kes penahanan tersebut menjelaskan bahawa pihak polis ada senarai nama sehingga 30 individu untuk ditahan bagi menyoal siasat, dan jika terbukti bersalah, mereka akan didakwa mengikut undang2.

Lihat video ;

   

Antara pemimpin pembangkang/aktivis yang polis bakal tahan, seperti yang dispekulasikan sekarang neh ialah ;

1. Chegu Bard

2. Hishammuddin Rais [Tukar Tiub]

3. Nurul Izzah

4. Lim Kit Siang 

Rakyat tidak akan berdiam diri terhadap undang2 double standard. Sila la tangkap Anwar Ibrahim tue daripada dok provoke2 macam neh. Ke, Zahid Hamidi kita tak berani?

KAH KAH KAH 

Khamis, 28 Mac 2013

Gadis Report Polis Angkara Bloggers dan Penyokong PR..

Cuba baca dulu ;

"Saya malu gambar saya terpapar disana sini macam saya tak ada harga diri", ujar gadis berkenaan yang sedih dengan apa yang menimpanya.

Gadis berkenaan telah memohon dan merayu kepada orang ramai agar tidak lagi mengambil kesempatan dengan menggunakan wajah beliau untuk kepentingan politik.

Wajah gadis berkenaan tersebar sebaik Saifudin Nasution dari PKR membuat pengakuan telahpun melihat video lucah yang dikatakan mirip Nurul Izzah Anwar yang kononnya akan dimainkan oleh blogger-blogger dan cybertroopers dari UMNO.

Menurut gadis berkenaan, ada pihak telah memuat turun gambarnya tanpa kebenaran dari laman sosial MySpace dan kemudiannya telah membuat superimpose agar kelihatan seperti Nurul Izzah Anwar.

Wanita berkenaan yang sedih dengan apa yang menimpanya pada petang ini memaklumkan bahawa dia amat malu apabila terdapatnya blog-blog yang memuatnaik gambarnya. Malah lebih teruk lagi, dari blog penyokong Pakatan Rakyat menuduh beliaulah pelakon kepada video lucah berkenaan.

Blog berkenaan menulis..."Wanita yang melakonkan wataknya dalam video tersebut sudah didedahkan. Tidak dapat dipastikan namanya. Tetapi wajahnya sudah didedahkan di media internet."

Ekoran dari itu, gadis berkenaan hari ini telah membuat laporan polis kerana telah dikaitkan sebagai pelakon kepada video lucah yang dikatakan mirip Nurul Izzah Anwar.


Sumber : http://paperwaris.blogspot.com/2013/03/pelakon-aksi-lucah-izzah-gadis-akan.html

Setelah aku godek2, aku rasa gambar yang dimaksudkan ialah gambar di bawah ini ;

Wajah gadis tersebut adalah dalam kotak biru. Ia telah di cover oleh blogger UMNO, Dr Novandri. Thanks. Bagi aku itu tindakan yang betul untuk sekat penyebaran gambar gadis yang tak bersalah itu. Jangan kita kaitkan sesiapa yang tiada kaitan disini..

Aku rasa citer dia macam neh. Maybe gadis tersebut tak mendapat keseluruhan input, tue yang dia salah sangka. Rilex dulu. Apa kata amek masa fahami kronologi kes then baru buat telahan.. oke.

1. Admin PR mainkan gambar gadis tue as super impose bukan sebab nak malukan gadis tersebut. Just nak bagitau punca / sumber dari mana bloggers umno amek dan doctored kan benda tu.

2. Buka link neh. Antara beratus2 link yang sebarkan gambar photoshop Nurul Izzah yang tak bertudung..

http://medan-info-kita.blogspot.com/2012/05/jangan-lepaskan-peluang-malam-ini.html

Paling penting tengok tahun. Nampak tak tahun 2012?

So apa yang admin PR buat ialah mereka cari source kepada pemilik gambar asal. Then dah jumpa. Rupanya ia dimiliki oleh gadis tersebut.. then admin pr pun tunjukkan bagaimana super impose itu dilakukan..

Jadi kat sini, yang super impose tu bloggers umno. Bukan bloggers or penyokong2 pr. So kalau nak report polis, report ah polis terhadap bloggers umno. Check google. Cari gambar nurul izzah yang disuperimpose. Nanti keluarla dalam 6 pages semua nya dari blog umno.

Ini bukti kalau malas nak buat step by step. Klik je link tu.

So sekarang neh bloggers umno boleh plak dengan tak memalu nya cakap pr tak beradap. First, yang korang pergi super impose tu buat apa? Pergi cilok gambar orang lain, edit dan letak muka nurul izzah, dah kenapa?

Tindakan penyokong PR ialah betulkan balik benda yang korang edit, adakah menerangkan hal sebenar merupakan satu kesalahan pula?

Mungkin ada yang tersalah sangka. Dorang ingat eh ini rupanya pelakon seks.. yang tue salah la. Kalau ada yang beranggapan begitu aku pun tak sokong le. Jangan tuduh2 dan kaitkan orang yang tak bersalah.. 

Apa pun aku tengok seme dah pakat2 padam gambar tersebut. Baguslah. Dan kepada gadis tersebut mohon jangan masuk ke dalam perangkap umno. Aku tak suruh ko anggap kami baik,umno jahat. Just minta ko fahamkan keseluruhan cerita sebenar sebelum simpulkan sesuatu. Itu je la. Bai. 

Selasa, 5 Februari 2013

Lelaki Bermotorsikal Potong Banner Nurul Izzah [Bergambar]


M Fakhrurrazy M Ariff
Petang semalam semasa saya memandu di Jalan Maarof menghala ke Damansara saya telah berhenti di lampu isyarat berhampiran Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq kerana lampu merah. Sementara menanti lampu isyarat bertukar hijau, saya berhasrat mengambil gambar banner-banner yang tergantung di pagar masjid termasuklah banner ucapan Selamat Hari Wilayah dari YB Nurul Izzah Anwar dan banner dari menterinya YB Dato Raja Nong Chik.

Saya berhasrat untuk bercerita pada teman-teman bahawa banner YB Menteri boleh berganding mesra dengan banner YB Nurul Izzah dalam sama-sama menjunjung semangat setiakawan & demokrasi di tanahair tercinta ini. Walaupun saya tahu hampir kesemua banner YB Nurul Izzah di kawasan Parlimen yang dimenanginya, yang turut digantung sederet dengan banner promosi jualan kereta dan banner tawaran kemasukan ke tadika, diturunkan.

Saya merancang untuk memetik segera button pada kamera telefon bimbit sebelum lampu bertukar ke hijau. Rupanya perancangan Allah lagi Maha Hebat. Tidak semena-mena dengan pantasnya datang seorang lelaki bermotorsikal turun dari motorsikalnya terus menuju ke banner YB Nurul Izzah dan menurunkannya! Saya terkedu!

Tidak sempat saya mengambil gambar gandingan banner-banner itu. Saya hanya sempat mengambil gambar lelaki itu dari kejauhan setelah beliau meletakkan banner yang diturunkan itu ke dalam bakul motorsikalnya.

Saya meneruskan perjalanan dengan hati yang geram kepada para pencuri banner yang tidak sabar-sabar menunggu Raya Korban. Banner yang dicuri sebagai tempat hamparan untuk bergelumang bersama daging korban.. 


Sumber : sini

Rabu, 14 November 2012

Kepada semua agensi kerajaan berkaitan islam, semua pemimpin, bloggers, penyokong umno dan ustaz nasha korang meh sini kejap.

Saja je.

Aku tunggu dalam beberapa hari. Aku nak bagi peluang. Bukan peluang kat umno. Tetapi peluang kepada rakyat malaysia untuk buka mata, nilai, analisis dan kaji sendiri. Aku nak buktikan betapa HIPOKRITnya UMNO yang menggunakan hujah mempertahankan islam dalam isu statement nurul izzah.

Berita di paparkan dalam 9 November 2012. Sekarang dah 14 nov 2012. Maksud nya adalah dalam 5 hari telah berlalu. Berita tersebut ialah ;


Kebebasan beragama mestilah termasuk untuk menukar agama, kata badan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan wanita Muslim berikutan kenyataan Nurul Izzah Anwar dalam isu ini.

Dalarn kenyataan medianya, Sisters In Islam (SIS) bertanya bagaimana Muslim menuntut kebebasan, yang mahu menarik lebih ramai orang bukan Islam untuk memasuki agama itu tetapi dalam mass sama tidak membenarkan penganutnya keluar dari agama tersebut. "Kepercayaan berdasarkan paksaan akan jadi hipokrit," menurut SIS dalam kenyataan medianya.

Ini bukti nya ==> http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/sis-kebebasan-beragama-termasuk-menukar-agama

Sapa cakap?

SIS cakap. Disiarkan dalam paper. Menerusi kenyataan media SIS itu sendiri. Bukan dipetik dari mana2 forum. Sebaliknya SIS keluarkan satu kenyataan bertulis bahawa mereka mendokong kebebasan untuk tukar agama baik muslim mahupun non muslim.

Apa yang nong chik cakap pasal SIS? HARAM. Pasal nurul izzah ada. ==> http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/sis-kebebasan-beragama-termasuk-menukar-agama

Apa yang Tengku Adnan cakap pasal SIS? Haram. Pasal nurul izzah ada. ==>  http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/sis-kebebasan-beragama-termasuk-menukar-agama

Apa yang Hishamuddin cakap pasal SIS? HARAM. Pasal nurul izzah ada. ===>  http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/hishammuddin-nurul-izzah-mempolitikkan-akidah/

Apa yang JAIS, UFB, Muhyiddin yasin, Mahathir, PDRM dan lain2 bercakap pasal SIS? HARAM. Takde. Tapi pasal NURUL IZZAH ada.

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kebebasan-beragama-sama-dengan-menukar-agama-kata-tengku-adnan/ 

http://www.malaysiakini.com/news/213714 

http://www.malaysiakini.com/news/214105 

http://www.malaysiakini.com/news/214012

http://www.malaysiakini.com/news/214019
 http://www.malaysiakini.com/news/214023

http://www.malaysiakini.com/news/214105

Apa pula pandangan ustaz nasharuddin mat isa pasal SIS? Takde. Pasal nurul izzah ada. Meh tengok kat bawah neh sat ;


Boleh berbeza pendapat. Takde hal. Tapi gunakan utusan? Sangka baik pun ada limitnya. FB ada, twitter ada, blog ada, harakah ada, media online pro pr pun ada, pro rakyat pun ada, youtube pun ada, macam2 ada, tapi utusan juga yang dicari then dalam masa yang sama paksa kita sangka baik?

Well, boleh memang boleh sangka baik depan2 jek la. Tapi belakang2 lue fikirlah sendiri.

Bukan sekali dua kali bahkan berkali2 SIS buat kenyataan kontroversi. Tak pernah JAIS nak siasat. PDRM haram sekali amek port. Tapi hanya satu statement jujur, benar bahkan mewakili hakikat dan fakta semasa dari nurul izzah terus dia disiasat bertubi2? 

Ini ialah malaysia. Tak cukup malaysia kalau ko tak bias. Bai.   

Sabtu, 10 November 2012

Nurul Izzah lebih hina dari pelacur.. [Video Inside]

Woww..

Ini satu tuduhan dan kenyataan yang sangat berat. Cuba fikir gunakan akal sebentar. Jauhkan dari sentimen politik. Hanya bandingkan dua statement kat bawah neh sat ;

1. Melayu juga terpakai dengan freedom of religion ini kerana dalam Alquran tiada apa2 yang spesific mengenai kaum..

2. Nurul izzah lebih hina dari pelacur..

Mana satu yang buruk dan teruk? Ko nak cakap orang buruk dan teruk dengan mengeluarkan kata2 yang teruk? 

Fahami la.  

Nurul izzah sebut melayu. Bukan muslim.. melayu itu kaum, islam itu agama.. bagaimana pula nurul izzah layak dituduh bukan2 hanya semata2 dia bercakap perkara yang betul?

Sebelum itu nurul izzah dah cakap dah pun.. bahawa muslim tertakluk kepada syariat islam. Dengar dan tonton video itu sendiri. Aku takmo paksa korang sependapat dengan aku. Tapi cukup tonton dan nilaikan sendiri. Masing2 ada akal. Susah sangat ka nak kaji sebelum buat kesimpulan? 

Apa pun terima kasih je la sebab cakap nurul izzah pelacur. Ini bukti korang takde hujah. Sepatutnya kalau la nurul izzah cakap perkara yang salah, highlightkan dan buktikan kenyataan dia tue salah. Bukan serang dia bukan2. Buat super impose la. Cakap dia sokong murtad la. Tuduh dia pelacur la. Itu seme jelas lari topic.

Orang kalau ada hujah mereka pasti akan buktikan kata2 nurul izzah tue salah dengan bagi hujah. Orang yang takde bukti je suka buat tindakan merepek dan kata2 yang menghina orang. Sabar nurul izzah. Dorang tue setakat bertekak atas pentas pongpang2 je la. Isi memang hancur.

Yang menyokong pun kalau bukan pasal duit, pasal bodoh. PR tak perlukan orang bodoh untuk duduk sekali. Bukan luak pun. Kuantiti tak penting tapi kualiti. Namun baik kualiti mahupun kuantiti, at least pr menang kat netizen. Lue fikirlah sendiri.

Video di bawah ;




Isnin, 5 November 2012

Nurul Izzah sokong murtad, so?


Bloggers umno sekarang sedang giat sebarkan satu kenyataan Nurul Izzah yang baru2 neh dipetik dari forum “Islamic State: Which version? Whose responsibility?”. Kenyataan itu ialah ;
“How can anyone say (freedom of religion) only apply to the non-Muslim, it has to be applied equally.
“In Quran, there is no specific term to the Malay as how it should be done,” she said when replying to an audience’s question on whether Malays should be entitled to freedom of religion.
Nurul izzah betul.

Betulnya Nurul Izzah pada pendapat aku bukanlah bermaksud dia sokong murtad. Aku tak nafikan yang nurul izzah should using term "non-malay" bukan nya "non-muslim". Ini la masalah di malaysia yang mana kita telah diserapkan dengan persepsi serong bahawa ;

Asal melayu mesti muslim.

So disebabkan itulah nurul izzah secara tidak sedar telah menggunakan term yang salah untuk menjelaskan pandangan dia. Pandangan dia betul. Aku bahkan bersetuju malahan lebih liberal lagi dari nurul izzah.

Di malaysia jikalau ada melayu or muslim yang telah murtad. Dan katakanlah dia telah berkahwin. Dan menghasilkan anak. Oleh kerana ibu or bapa or kedua2 dari mereka telah murtad or tidak mengamalkan ajaran islam so anak2 ini tidak harus di anggap sebagai penganut muslim. Kenapa? Sebab ibu dan bapa mereka tidak mengamalkan ajaran islam.

Bagaimana kita patut dan boleh menghukum anak2 yang tidak tahu satusen pasal islam disebabkan mereka tidak pernah mempelajarinya? Mengapa harus diapplykan term islam ke atas mereka sedangkan mereka tidak pernah mengenalinya?

Mereka membesar dan tidak mengetahui apa itu islam. Tahu2 jek dalam ic tulis islam disebabkan mereka melayu. Dan disebabkan term melayu itu mereka terpaksa terima islam? Adakah adil buat mereka? Adakah patut orang melayu itu menganuti islam hanya kerana perlembagaan malaysia menyatakan itu?

Dan bila mereka tertangkap or terkantoi dalam satu2 aktiviti yang kita jangka kan biasa jek kalau non muslim buat, terus kita hukum mereka sebagai murtad sedangkan dari awal lagi mereka memang bukan islam. Patut ke?

Itu belum masuk lagi kes perkahwinan campur. Ada nya melayu2 yang murtad. Ataupun melayu2 yang terus keluar dari landasan islam. Tetapi tak mengakui terang2 seperti lina joy. Sekadar tak amalkan ajaran islam sebenar.

So mereka2 ini menghasilkan anak2. Dan anak2 neh membesar tanpa haluan islam. Bila mereka melakukan apa2 kesalahan wajar ke kita mengatakan mereka murtad sedangkan mereka tidak terdidik dengan islam?  

Mengapa pula kita harus menghukum mereka mati or bunuh hanya semata2 mereka menolak islam disebabkan mereka tidak pernah mengenali islam tetapi di anggap muslim disebabkan keturunan or bangsa?

Itulah yang sebenarnya disampaikan oleh Nurul Izzah. Dan itu memang betul pada pandangan aku. Oleh kerana aku lahir dalam suasana kahwin campur dan mempunyai ramai kawan2 yang mana ibu bapa mereka kahwin campur dan aku tak nafikan ada di antara mereka yang 'bukan muslim' tetapi aku tak hukum mereka. Bukan kerana aku menolak islam tetapi memang mereka tak layak dihukum.

Oleh kerana mereka memang bukan islam sejak lahir disebabkan ibu or bapa or both murtad, so aku tak boleh nak letakkan definisi murtad ke atas mereka.  Masyarakat umum letak sebab mereka tak faham situasi dan tak nampak permasalahan dalaman.

Dan bila kita cakap, orang mula cop kita macam2. Label kita macam2. Cakap kita macam2. Begitulah begini la. Menyokong kebebasan beragama la. Menakut2kan kita dengan gertakan dan kata2 yang menghukum kita. 

Dari dulu lagi aku tak faham. Mengapa pula anak2 yang salah bila ibu or bapa or kedua2nya murtad? Dan kenapa pula anak itu harus di anggap muslim hanya semata2 dia berketurunan melayu or separuh melayu? Tidak kah ko nampak disitu? Ibu or bapa or kedua2 nya telah murtad. Jadi mengapa pula anak2 yang lahir dari keluarga seperti itu harus di anggap muslim juga?

Sama kes nya juga bila Nurul Izzah up isu LGBT. Apabila seseorang itu gay dan sebagainya, jika dia melakukan hal tue secara sorok2, or sembunyik2, tidak menayang, menunjuk or menceritakan kepada umum, kenapa pula kita kena menghukum mereka?

Jika mereka mempromosikan budaya itu ya, kita boleh memberikan respon balas. Kita boleh mewujudkan garis panduan, undang2, polisi dan hukuman. Tetapi jika aktiviti itu dilakukan secara tertutup kenapa pula kita perlu menghukum mereka?  

Mereka tidak mengakui. Tidak pula mempromosikan ia. Bukan kah kita patut hormati privacy mereka? Jangan2 mereka sedang usaha untuk berubah dan insaf. Adil ke kita menilai mereka yang menyorokkan dan menyembunyikan perkara tersebut?

Sebab tue aku tak faham sangat kenapa seme sibuk nak balon nurul izzah. Bagaimana pula kenyataan dia tue boleh di anggap sokong murtad sedangkan dia cuma menyatakan sedikit kekeliruan yang timbul disebabkan definisi melayu.

Aku juga bukan penyokong murtad. Aku setuju jek jika penganut muslim yang memang terdedah dan mempelajari islam jika mereka murtad, mereka patut ditarbiah, dirawat dan akhir sekali dihukum jika perlu.

Yang aku tak setuju, tak sokong bahkan menentang ialah jika penganut melayu dihukum kerana mereka tidak mengenali islam. Maaf, aku tak nampak apa perlunya melayu itu wajib beragama islam. Sama seperti aku tak nampak, apa logiknya kenali islam melalui arab.

Bai. 

Penjelasan penuh nurul izzah disini.    
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...