Kata mama, cinta itu pelik. Cinta akan hadir tanpa kita duga. Memang betullah cinta itu pelik. Cinta takkan pernah hadir jika tiada izin daripada-Nya.
Tiga tahun Lili cuba membina istana kasihnya bersama Harith, namun takdir menentukan sebaliknya. Lantas dia pergi mengundurkan diri mencari tenang di lorong belakang Pasar Seni. Di situ dia bertemu dengan Gibran, si pemuzik jalanan yang mengubat hatinya dengan Ghazal Asmara.
Hati Lili baru sahaja ingin sembuh dengan kehadiran Gibran. Namun dia diuji lagi dengan permintaan Suraya untuk menjadi ibu kepada Puteri Diyana. Dia rela atas dasar simpatinya pada seorang teman. Lalu Gibran ditinggalkannya tanpa sebarang ucapan.
Gibran, ibaratkanlah dia seperti bumerang... Tapi, kalau dia jadi bumerang sesat?
Harith cuba untuk meraih kembali cinta Lili namun hati Lili telah dibawa jauh ke Norway. Benarkah dia akan menemukan impiannya di sana? Atau bahagia itu menantinya di sini.
***
Kini NISYAH membuai perasaan kita dengan bahasa yang indah dalam melakar cinta bersama mereka di Bawah Pohon Sena.
Jujurnya aku hampir saja menutup novel ini kerana di awal ceritanya sudah menyentap kalbu. Hampir putus nyawa [amboi! ;P], bila mula baca dah dihidangkan kisah sedih; kisah penceraian si heroin. Ha... mana aku nak tahan.
Tapi...perasaan ingin tahu lebih ke depan. Buat aku terus gigih menyelak untuk mengetahui isinya. Dan atas kegigihan sendiri tu, akhirnya aku jatuh suka dengan karya ini. Sedih di awalnya tak menyebabkan penamatnya ikut suram. Macam hidup, susah-susah dulu senangnya kemudian, kan?
Lili Alias [Lili] dalam episod mengubat hati sendiri. Berpisah dengan Harith bukanlah kemahuannya. Namun apalah daya, Harith menolak menjadi suaminya. Tiga tahun yang disangka sudah mencukupi untuk meraih cinta Harith tidak berjaya. Harith makin jauh dan menyepi. Menyisihkan Lili yang dahulunya teman paling sejati. Mengapa Harith begitu? Salahkah Lili jatuh hati pada sahabat sendiri?
Dalam keterpaksaan, Lili akur. Hidup akan lebih menderita jika dia terus mengikat Harith di sisi. Sedangkan semenjak mula, dia sudah mengenali Suraya lewat daripada cerita-cerita Harith dulu. Melepaskan Harith kepada Suraya adalah yang terbaik. Walaupun hatinya berderai seribu, Lili percaya masa akan mengubat segalanya.
Lili ada cara tersendiri dalam mencari penawarnya. Menikmati alunan lagu-lagu pemuzik jalanan di lorong belakang Pasar Seni. Meredah lautan manusia yang ada pelbagai ragam dan gaya. Lantas mempotret semua itu dalam lensa kameranya. Dia hanyut lagi-lagi mendengarkan irama Ghazal Asmara alunan Gibran Ali [Gibran].
Bertemu Gibran bukan dalam rencananya. Bertemankan Gibran di warung menikmati teh tarik kaw juga tidak pernah difikirkannya. Tapi hatinya terisi dengan kehadiran Gibran. Lukanya bagai dijahit sendiri dengan cerita-cerita Gibran. Mereka berkongsi banyak perkara, bagai berdiri di ritma yang sama. Lantas ada bunga-bunga cinta yang mekar. Mengisi hati Lili tanpa disedari.
Namun saat Suraya menyatakan hasratnya, langkah Lili bagai terhenti. Atas rasa kasihan dan peri kemanusiaan dia turutkan. Bersetuju menjadi ibu angkat pada Puteri Diyana, lalu Gibran terbiar tanpa sebarang penjelasan. Dengan perginya Gibran, rasa hatinya kembali kosong.
Cubaan Harith untuk menarik kembali Lili ke pangkuannya hanya dipandang sepi. Mana tidaknya, hati sudah dibawa lari nun jauh ke Norway. Wah! Menjadi rupanya bumerang yang Gibran lemparkan, sampai terkenang-kenang.
Apa kesudahannya? Mampukah dinginnya Norway mencairkan hati Lili yang terluka? Atau apakah kasih Lili pada Harith bertaut kembali? Ha...sila-silakan baca novel ni. Anda akan mudah jatuh suka kerana gaya bahasanya yang terlukis indah. Ditambah pula dengan gaya Gibran yang cool. Tidak terlalu memaksa tetapi goyah juga bila tahu kewujudan pakcik Audi yang beli coklat Patchi...hikhikhik Manis sekali.
Kisah tentang Lili Alias si jurugambar bebas. Dia melihat 'hidup' ini di balik lensa kamera. Dia berjaya memukau mata sesiapa yang memandang gambar-gambar yang di'bidik'nya tetapi dia kecundang memotretkan perjalanan hidupnya seindah gambar-gambar yang diambil.
Perkahwinannya kecundang selepas 3 tahun dia cuba membina mahligai bahagia bersama sahabat baiknya Megat Harith Megat Nasir. Berkahwin dengan si dia yang menjadi pilihan keluarga telah memutuskan ikatan persahabatan yang terjalin antara mereka bertahun-tahun lamanya. Namun dia pasrah andai itu takdir yang tertulis buatnya.
Demi mengubat hati yang lara, dia mencari ketenangan di lorong belakang Pasar Seni. Menikmati alunan lagu-lagu daripada pemuzik jalanan yang mencari rezeki dengan cara mereka. Memerhati gelagat manusia yang pelbagai ragam dan gaya.
Kisah tentang Gibran Ali si pemuzik jalanan yang menjadikan lorong belakang Pasar Seni sebagai 'pentas'nya dan para pengunjung yang sudi singgah sebagai penontonnya. Dia belajar erti 'hidup' melalui celah-celah pengunjung yang datang ke lorong belakang Pasar Seni.
Di bawah pohon sena terjalin persahabatan antara mereka, si jurugambar dan si pemuzik jalanan. Realiti kehidupan yang sering terakam melalui lensa kamera Lili diterjemahkan oleh Gibran yang merasa sendiri pahit manisnya kehidupan, yang punya banyak cerita yang penuh 'irama & lagu'.
Cerita kehidupan mereka bukan sekadar di lorong belakang Pasar Seni, bahkan menjangkau hingga ke Rumah Qaseh, rumah tumpangan yang menempatkan warga tua yang menyimpan seribu cerita duka. Di sini mereka berkongsi kasih dengan insan yang sendirian melalui hari-hari tua. Pada Gibran, dia bahagia andai dapat membahagiakan mereka warga tua yang malang.
Masa adalah ubat yang paling mujarab. Masa yang bisa mengubah apa sahaja, malahan hati. Bahkan masa juga bisa menyembuh hati yang rawan. Tatkala hadirnya Gibran yang telah menyelitkan sedikit rasa bahagia di celah-celah hatinya. Tatkala hatinya mulai redha menerima Harith yang telahpun membina mahligai bahagia bersama Suraya, wanita yang dicintainya. Lili diuji lagi dengan permintaan Suraya untuk menjadi ibu kepada Puteri Diyana.
Dia rela atas nama persahabatan. Namun tanpa sedar dia telah menyisihkan sahabat yang berjaya membawa tawa dan mengusir duka yang melingkari hidupnya di saat-saat dia perlukan sokongan. Wajarkah tindakannya? Mampukah dia mengapai bahagia? Dan siapakah Gibran Ali dalam hidupnya? Dan yang paling penting, siapakah Gibran Ali yang sebenarnya?
Saya menamatkan Di Bawah Pohon Sena ini dengan perasaan yang puas!
Saya sukakan karya Nisyah ini. Melalui 'lensa' Lili Alias, melalui puitisnya lagu-lagu rakyat yang didendangkan oleh Gibran Ali di lorong belakang Pasar Seni, saya turut serta belajar tentang falsafah hidup mereka. Kita akan turut gembira andai dapat membahagiakan orang yang kita sayang walaupun adakalanya hati kita dirundung duka. Itulah yang 'Lili' belajar melalui 'Gibran'.
Saya sukakan plot cerita Nisyah ini. Bersahabat baik sedari kecil tidak semestinya akan memutikkan rasa cinta walaupun dia, kita suka sepenuh hati. Itulah yang Lili rasa terhadap Megat Harith, lelaki yang dia kenal sepanjang dia meniti usia remaja hinggalah mereka menginjak dewasa. Ketika dia mula kenal erti cinta, Harith lah lelaki yang dia jatuh cinta, namun... bukan itu yang Harith rasa. Lantarannya mereka 'hilang' sahabat baik.
Saya sukakan bahasa Nisyah yang penuh inspirasi.
‘ kegembiraan bukan datang daripada apa yang kita suka sahaja, tetapi kita akan gembira apabila boleh berkongsi sesuatu yang kita suka dengan orang yang kita sayang ’ ms 101
Kisah yang manis dan effortlessly indah. Kisah Lili Alias dan Gibran Ali yang buat kita ingin memiliki kisah mereka untuk diri sendiri. . . . . . . . . . . . . Ya, sekadar itu reviewnya dan hamba harap ia cukup meyakinkan untuk anda mencuba-baca naskhah ini jika belum. Dan percayalah, anda akan merasa ingin mencari seorang Gibran selepas itu. Hehe.
Aku nak ratingkan sebagai 4 bintang (really like it), tapi something hold me back.....
Agak lari dari tema nikah paksa yang akhirnya pasangan akan kahwin dengan rela. Berbeza dengan Lili dan Harith. Pelik kan? 3 tahun sebumbung, ikatan suami-isteri tidak terjalin malah jalinan bff juga musnah dengan masa. Harith menceraikan Lili dan akhirnya kembali kepada kekasihnya.. Suraya.
(plot paling menyentuh rasa bila Lili hadiahkan album kepada Harith. Wajah Harith yang sedang merindu Suraya difotokan Lili..... ketika mereka masih sah suami isteri - besarnya cinta si isteri, tapi x dipandang si suami....)
Lili bertemu Gibran. Rapat tapi masing-masing gagal meluah rasa. Perginya Suraya dan hadirnya si Puteri Diana mengikat kembali Lili dan Harith. Gibran kembali ke Norway untuk memberi laluan kepada si empunya Audi. Kesimpulan kisah sesuka hati si Gibran memakan diri sendiri. Gibran kerinduan. Mendirikan Lili Art & Gallery sebagai tanda kasih kepada si bunga.
Keluarga nekad menyatukan kembali Harith dan Lili dengan Puteri Diana sebagai alasan. Lili ke Norway membawa jiwa yang kacau. Didamaikan dengan cinta Gibran. Rasa terluah jua... tapi Lili akan menerima sekiranya Gibran menerima Puteri Diana juga Harith dalam kehidupan mereka.
Ending..... Gibran kembali kepada Lili. Harith terpaksa akur dengan perbezaan cintanya Suraya dan sayangnya Lili. Ternyata Lili hanyalah sahabat.
(For me)yang paling mengganggu bukanlah cerita atau watak yang diplotkan, tapi.... aku rasa penulis membuat percubaan dalam BAWAH POHON SENA. Antara romantik komedi dengan penceritaan serius yang bisa meluruhkan air mata. Penulis memilih kedua-duanya. Dan kadang-kadang monolog dalaman terlebih suntikan komedinya. Campur tangan penulis juga agak mengganggu perjalanan cerita. 2 genre in one novel? Alignment + balancing kena ada... takut nanti 'tayar makan sebelah'.
Kesimpulannya... aku sukakan BAWAH POHON SENA....(-that abovesaid reason) + gambaran persekitaran (Tasik Biru/KL/Kg. Attap/Pasar Seni/Istana Budaya/Norway) yang di'detail'kan dengan cantiknya.....
DAN... plot 'penyedaran' Harith tentang cinta si Lili perlu diperkemaskan. Perbincangan pendek di meja makan takan meleraikan permasalahan seberat itu....
DAN... kemunculan watak Tengku Mariam perlu diselesaikan. Tengku Mariam adalah punca Ali Boestaman lari ke Norway dan musabab Gibran kembali ke Malaysia. Tengku Mariam adalah watak penggerak cerita, tapi sayang kerana ditidakkan haknya dalam BAWAH POHON SENA
Cerita Lili adalah cerita kehidupan. Seorang perempuan yang mengorbankan kebahagiaan diri untuk menggembirakan orang lain. Dari Harith, Suraya dan Gibran.
Lili adalah seorang perempuan cekal bertemu Gibran, seorang pemuzik jalanan taktala merawat hatinya yang duka. Gibran Ali Boestaman dan Lili Alias, kedua-duanya ada sejarah tersendiri. Gibran dalam pencariannya bertemu Lili yang akhirnya dianggap melengkapkan sebuah jigsaw puzzle. Yang paling saya suka ialah keindahan Norway dan perbualan Gibran dalam bahasa sana, begitu juga perawakan Gibran yang halus menyelami jiwa Lili. Sungguh. Beruntung Lili dengan kehadiran Gibran.
Cerita ini adalah sebuah cerita klise. Ikatan pernikahan terlerai, usaha untuk menyatukan setelah si suami kehilangan isteri yang dicintai tetapi si bekas isteri bertemu orang lain.
4 bintang kerana penyampaian cerita dalam lenggok bahasa yang menarik. Teruja untuk membaca tulisan Niesya yang lain
cerita yang sarat dengan emosi tapi bacaan terasa sangat santai satu persatu muka surat diselak menyelusuri hati dan perasaan setiap watak,jatuh cinta dengan Gibran yang manis dan misteri, kasihan dan kagum dengan Lili yang bangun dari kekecewaan,simpati dengan Suraya dan menyampah pula dengan Harith.
Selepas menghabiskan Untuk Awak Teja Aulia yang mempunyai ending yang manis, saya jadi tertanya-tanya, bagaimana pula jika perasaan kasih itu cuma dirasai oleh sebelah pihak? Dan...saya temui kisah tersebut dari novel ini. Kisah di mana betapa peritnya rasa apabila kasih yang dihulur tidak bersambut, malah dipersalahkan pula kerana menyebabkan cintanya terputus.
Sakit hati betul dengan Harith. Langsung tidak memberi peluang kepada Lili. Tiga tahun Lili mencuba, akhirnya terlerai juga bila Harith kembali kepada Suraya. Kalau benar tak suka, kenapa perlu menyeksa jiwa Lili sehingga 3 tahun hidupnya dipersia?
Inilah kisah cinta yang matang, mature love, selari dengan usia para pelakunya. Tak der la rasa pelik dan mungkin agak menyampah dengan perwatakan yang kadang-kadang terlalu immature,childish yg tak padan dengan usia. Bahasa yang bagus dan plot yang tersusun, seolah-olah menyaksikan sebuah filem romantik dari Hollywood. Tidak nampak kekok atau janggal yang keterlaluan.
Cuma...saya yang tidak dapat menyelami hati Lili dan Gibran melalui coretan penulis. Rasa sedih dan kecewa mereka hanya dirasai jika dinilai secara keseluruhan situasi (dan mungkin rasa hati sendiri). Watak Suraya lebih terkesan di hati saya.
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM14. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)
Best, cuma tak se-best yang diharapkan sebab novel ni dibaca selepas N baca Demi Waktu Demi Nina. Jadi expectation yang mungkin terlalu tinggi diletakkan pada novel ini.
"Bumerang?" Sebelah keningnya terjongket. "Ya, saya tahu maknanya setelah puas mencari. Awak pun macam bumerang pada saya. Tapi hari ini dah kembali." (ms 451)
Kisah Lili & Harith 3 tahun mereka bernikah, dia tidak pernah sekali pun disentuh lelaki itu.. Mereka tidur di bilik berasingan.. Mereka tidak pernah makan semeja, kecuali apabila berkunjung ke rumah ibu bapa masing-masing.. Mereka tidak pernah menonton televisyen bersama, tidak pernah ke pasar raya atau ke pasar, atau ke mana bersama-sama.. Mereka adalah dua insan yang dihalalkan dengan lafaz ijab dan qabul.. Pernikahan yang sepatutnya menautkan lagi hubungan yang terjalin sejak kecil, terus lebur.. Lili mencuba, tidak pernah berhenti mencuba, tetapi Harith tidak membenarkan Lili melangkah ke dalam kawasannya lebih daripada seorang teman..
Harith: I can't pretend anymore Ili.. It's useless.. Perkahwinan ini tak membawa apa-apa erti. You tahu, I tahu, arranged marriage ni hanya kehendak mak ayah kita.."
Lili: You tak pernah cuba.."
Harith: "I tried, I tried very hard. Tapi tak boleh Ili. I love you Ili, but only as a friend. Tak lebih daripada itu. I dah fikir masak-masak, dah fikir sehabisnya.." "I'm marrying Suraya."
Kisah Lili & Gibran
Sudah banyak kali dia lihat gadis itu menghabiskan masa di lorong itu. Dalam diam sebenarnya dia memerhatikan gadis itu. Melihat ekspresi di wajah itu; dek kerana gadis itu sudah menjadi pengunjung tetap selama ini; Gibran telah mengangkat Lili sebagai subjek. Kelihatannya seperti sangat menghayati muzik, tetapi pada masa yang sama, dia seakan berada di tempat yang lain.
Gibran: Aku suka kat dia ke? Entah. Kalau tak suka, kenapa aku ambil pusing dengan hal dia? Mungkin juga aku 'tersuka' kat dia, itu fasal aku sibuk hendak tahu. Sibuk hendak berkongsi rasa. Sibuk nak jadi hero pada Lili.
Di kala Gibran dipanggil untuk ujibakat di Istana Budaya..
Gibran: “Doakan saya ye. Ada kerja tetap boleh saya pergi meminang.”
Lili: “Jangan lupa ajak saya makan nasi minyak tau!!”
Gibran: “Mestilah, kalau awak tak ada, kenduri pun tak jadi.”
Kata Mak Suri: “Jangan susah hati. Ibaratkan macam boomerang. Apabila dilontar pasti kembali ke tangan kita.”
“Gibran jangan risau hati. Mak Suri tahu, ada hati yang sedang rindu pada Gibran. Biarkan dia selesaikan apa juga masalah yang sedang dia hadapi. Takkan dia hilang begitu sahaja kalau tidak ada yang patut diuruskan dengan teliti.”
“Sabar dan doakan kebaikan untuk Lili. Mana tahu dengan doa kamu yang ikhlas, akan mengurangkan beban masalah Lili tu.”
Lili: “Dia tahu apa yang saya suka Mak Suri.”
Mak Suri: “Kamu bintang hati Gibran..”
Gibran: “Mak Suri, saya sayang dia..”
Mak Suri: “Jangan cakap pada Mak Suri, cakap pada tuan punya badan.”
Lili: “All the little things you’ve done make me really happy. Terima kasih Gibran.”
Gibran: Anything for you.”
“Apa saja tentang Lili saya tahu! Hatta kalau awak berjalan dalam bilik yang gelap gelita dan mata saya tertutup pun saya tahu itu awak.”
“Awak pun macam boomerang pada saya. Tapi hari ni dah kembali.”
“Saya sayang sangat dengan awak Lili.”
Lili: “Saya sayang awak juga.”
Suka dengan kenyataan ‘Lili’ ni: "Radio asyik putar lagu seberang saja, sampaikan kadang-kadang terasa bukan di Malaysia!" Bising dan bingit! Kadang-kadang gelak tu dekat microphone!! Sungguh kurang sopan!
Saya suka dengar lagu orang dulu-dulu di Radio Klasik.. Lagunya banyak berunsurkan nasihat, peringatan, panduan, pedoman, sindiran dan sebagainya..
Tapi anak-anak muda kini tidak menggemari lagu-lagu zaman kegemilangan tok nenek kita.. dah ketinggalan zaman katanya.. Mungkin kerana mereka tidak gemar akan melodi lagu-lagu Melayu klasik..
Satu hari nanti bila kita dah tua, lagu apa yang jadi kegemaran sekarang ni (yang tengah hot kat corong-corong radio sekarang ni), akan dikatakan oleh generasi akan datang sebagai ketinggalan zaman jugak! Jika sesetengah dari kita boleh dengar dan berbangga kerana meminati lagu Inggeris klasik, mengapa tidak boleh menerima untuk mendengar dan berbangga lagu-lagu Melayu klasik? Lagu lama laku bila Hari Raya atau masa kenduri kahwin je..
Agak-agaknya anda tahu tak lagu 'Bulan di Tutup Awan' yang dinyanyikan semula oleh Yuna telah dinyanyikan oleh Rokiah Wanda pada tahun 50an??
A brilliant piece from Nisyah. told ya it became one of my favourite novel. i just love every moment reading despite my crazy sneaking while doing my task. Gibran, i envision him as artistic.. suits the name lah. opps.. on a bus ride now. super difficult to summarize. will do it soon k. promise.
Back on track.. And now on a way better comfort to summarize. I cried at the first part reading the part Harith chooses to part ways with Lili. To go through that, would be a very horrible experience especially when you love someone that much. Lili's a tough cookie. Picking up the pieces, befriending Suraya. Then having that special relation bonding with Suraya, Harith & Puteri Diyana. Going through all the hardship together till the end.. The death chapter captures me. It's too much emotions in a well written part of the novel.
I love the denial, the hidden love between Gibran & Lili. Mak Suri played a very big role in their love adventure. The misses, the yearning, the Gallery especially. Gibran is way sweeter than Harith. Plus I learned some sweet Norwegian and super curious of how beautiful this Nordic land looks like. Nevertheless, the sweet ending.
Nisyah, congratulations. You had made my reading experience a sweet journey I must say. I enjoyed every bit.
Gibran yang manis Lili yang tenang Harith yang setia Suraya yang ... (tak tahu kosa kata yang sesuai)
Saat Suraya meninggalkan Puteri Diyana merupakan antara saat yang paling sedih. Bayangkan bagaimana Puteri Diyana menyaksikan saat pemergian bonda tersayang, berada dalam dakapan terakhir. Membayangkan sinar mata Puteri Diyana membuatkan saya mengalirkan air mata.
Sebuah kisah yang penuh dengan kasih sayang yang tidak terbatas. Terharu!
kisah cinta yg matang between Lili Alias n Gibran Ali...jln cerita mmg len dr kebiasaan novel yg agak klise je..Bahasa yg digunakan sungguh indah...Terasa mcm diri sendiri ada kt Norway tu...bahagianya jd Lili Alias dpt cinta Gibran Ali yg cool tu...hihi...I Love this novel...
I read this book 5 times already and it's always a joy reading it. In my opinion Nisyah is an extremely talented writer. Her flair with language is just amazing. I am hoping to see more books from her
Bacaan santai yang saya ambil berbukan² nak habis. Baca sikit, tutup. Baca lagi, tutup, sampai hari ni baru habis🫨.
Personally, i would say Bawah Pohon Sena punya storyline is much better than 3 Jantung Hati🕊️ Dah 3 buku penulis saya baca, tak nafi, Demi Waktu Demi Nina tetap no 1. Bukan berniat utk membanding², tapi dalam BPS, watak²nya lebih natural dan tak terlihat dipaksa-paksa seperti dalam 3JH. But sorry, dalam BPS ni sangat geram dengan watak Harith😂dah ceraikan Lili lepastu bila Suraya dah tiada, mula nak mendekat balik (me to Lili belike : don't go back to the same person who threw you away, Lili...) Gladly, it didn't happen😂. Somehow, rasa watak Harith ni sangat poyo. Long story short, perpisahan Lili dan Harith ni bawa kepada perkenalan Lili dan Gibran. Kedua²nya ada rahsia hati sendiri. Lili dengan terkandasnya cinta masa lalu dan Gibran yang cuba menjejak rindu. Walaupun lambat nak tunggu diorang ni jujur dengan rasa masing², sepanjang sela masa tu penulis rangkumkan dengan hal² manis yang tak terlalu berlebihan. Bagaimana watak Gibran menghargai Lili dengan sekecil² hal really made me as the reader rasa lebih baik Lili dengan Gibran instead of Harith. Cumanya, dalam BPS, tarikan emosi tu lebih kepada watak Suraya. Sayu juga hati bila babak saat-saat akhir hidup Suraya diceritakan. Kadang² rasa, nak lebih tahu kisah hidup Suraya lebih daripada the actual main characters. Namun apakan daya, Suraya hanya watak sampingan😭. Niat Suraya nak menjernihkan balik hubungan Harith dan Lili tu pulak bagi saya kadang² jadi disalah tafsir mak ayah Harith and Lili. Semacam mereka nak sangat diorang jadi h&w semula. Padahal, cukuplah. Janganlah dipaksa² balik orang yang dah tak mahu.
Side story Gibran pula, walaupun penulis tak cerita detail apa penyebab mak kandung Gibran tinggalkan dia, mungkin penulis nak bagi ruang pembaca buat andaian sendiri (which is i didn't like so much🫠) but, it's okay. Mungkin di sini ada sedikit pengajaran yang pembaca boleh ambil.
BPS for me, meninggalkan sedikit sebanyak pengajaran hidup.
1. Jangan terlalu memaksakan perasaan seseorang untuk suka kita. Jangan pula mengemis cinta pada orang yang memang tak sudi. Juga jangan pentingkan diri untuk memenangi sekeping hati kelak merana seorang diri. (Base on what i got from Harith, Lili and Suraya story)
2. Ikhlaskan segala kehilangan yang kita hadapi di dunia. Di akhirat sanalah yang abadi, segala di dunia hanya sementara. (Kematian Suraya dan kisah ibu Gibran)
3. Jangan diamkan diri terlalu lama kalau dah suka. At least tanya, paling² kena reject je😂
Okie, itu sajeee🕊️
This entire review has been hidden because of spoilers.
kisah kahwin paksa yang agak berlainan sedikit daripada kisah kisah sebelum ini yang mana cuma Lili yang cintakan Harith .Kerana mahu mengahwini Suraya cinta hatinya sejak dulu , Harith nekad menceraikan Lili selepas 3 tahun usia perkahwinan mereka ..Kasihan Lili , untuk mengubati hati yang terluka Lili sering ke Pasar Seni dan disanalah juga dia berkenalan dengan Gibran si pemuzik jalanan . Saat sedang gembira bersama Gibran , Suraya datang membawa khabar duka sekaligus 'menarik' keluar Lili daripada bersama Gibran . Masa ni geram sangat dengan Lili , ye betul kasihan juga dengan nasib Puteri Diyana tu yang kehilangan si ibu , tapi terus mengabaikan Gibran , tengok kan jejaka itu sudah merajuk haih . Paling geram dengan Harith si duda tu , ewah ewah nampak sangat awak ni selfish , semata mata kerana anak ( alasan je ) , gedik pulak awak nak mengejar Lili semula yea .Pengakhirannya berjaya membuat emosi saya gembira semula :). saya gembira dengan keputusan Lili memilih Gibran .
Slow tapi agak seronok baca. Jiwa agak kacau sebab lama sangat menunggu heroin settle down. Tak boleh terima kenapa dia boleh jadi setenang dan baik sesangat camni.
Rasanya saat paling tenang bila dia pergi Norway tu je. Geram pulak ngan mak ayahnya! Ish
saya rasa novel ni ada nilai yang tersendiri . banyak pengajaran yang terselit . kisah mereka , LILI, GIBRAN, HARITH DAN SURAYA membawa saya berfikir jauh .