Jump to ratings and reviews
Rate this book

Puaka Jambatan

Rate this book
"Berpuakanya jambatan itu sebab dahulunya, kepala-kepala manusia yang disembelih diletakkan di bawah jambatan itu semasa pembinaannya sebagai pasak, agar ia kukuh dan tidak akan roboh selama-lamanya,” Tuan Guru Haji Yahya memulakan ceritanya.

Tiga kisah yang berlaku dalam buku ini mungkin pernah benar-benar berlaku kepada kawan kepada kawan kita, atau sepupu kepada kawan kepada kawan kita. Yakinlah, alam ghaib itu wujud. Ia sentiasa menjadi misteri kepada kita, dan rahsia kepada orang-orang yang dianugerahkan Tuhan untuk melihatnya.

128 pages, Paperback

First published November 30, 2017

Loading...
Loading...

About the author

Aida Anggerik

9 books3 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
4 (19%)
4 stars
9 (42%)
3 stars
5 (23%)
2 stars
3 (14%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 8 of 8 reviews
Profile Image for heril azwan.
524 reviews61 followers
September 24, 2018
Macam tak ada kaitan sangat dengan jambatan, lebih kepada latar tempat je dan kebetulan berpenunggu, menggangggu manusia. Plot cerita lebih kurang, tapi cerita Misteri Jambatan Kereta Api ada sedikit plot twist. Namun, masih banyak perlu diperbaiki. Mungkin kerana cerpen pendek, so banyak yang terpaksa dipotong.

Apa pun, tahniah untuk semua penuis.
Profile Image for Pak Badrul.
Author 9 books6 followers
February 8, 2018
2.5 bintang untuk Puaka Jambatan. Ada tiga cerita. Tahap kebagusan cerita-ceritanya sedang-sedang sahaja. Kisah pertama paling ok. Kisah tentang seorang andartu yang mandi bunga bawah jambatan berpenunggu sebab nak sangat bertemu jodoh. Kisah kedua dan ketiga semakin berkurangan ummphnya. Huhu... mungkin sebab tidak berapa fokus kepada subjek utama tentang jambatan. Agak hilang arah. Penceritaan pun tidak berapa kuat lebih-lebih lagi kisah yang terakhir. Ok bye.
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 14 books109 followers
January 25, 2018
1) JAMBATAN LAMA
AIDA ANGGERIK

penyampaian jelas. kisah mandi bawah jambatan lama sebab nak bertemu jodoh. tapi yang dapat, puaka. hambik kau. nak sangat mandi bunga bawah jambatan. olahan ringkas tapi padat. kaitan dengan jambatan tu nampak jelas. yang nyata suryani langgar janji dengan neneknya agar tidak terpengaruh dengan amalan khurafat.


2) MAUT MEMGGAMIT
SITI SOLEHAH

sebenarnya ada sedikit agakan yang tak mengena. ingatkan adalah kaitan watak mak tiri firdaus tu dengan gangguan. hehe.. suka hati je nak buat prediction. watak tunjang daus, ujang dan joe. mereka ditugaskan untuk mengkaji stuktur binaan jambatan. pandai betul hantu pilih mangsa... sedikit tertanya juga kenapa firdaus yang diganggu?


3)MISTERI JAMBATAN KERETA API
PUAN FAKARINA

tertanya kaitan tok tua dengan opah ashraf. kaitan cincin hijau dengan jambatan kira okla. kaitan saka opah dengan jambatan. idea dah cantik cuma mungkin patut fokus pada satu kisah je. sebab kisah ni pun pendek. bila fokus satu makanya perjalanan cerita mungkin boleh lagi best..


KESELURUHAN: suka dengan ketiga-tiga kisah. idea pun best cuma mungkin sikit lagi touch-up boleh lagi cantik perjalanan cerita. tahniah buat ketiga-tiga puan penulis Rohaidah Aida Adia, Siti Solehah dan Pn Fakarina..
Profile Image for SS.
570 reviews10 followers
May 30, 2021
Dalam ketiga-tiga cerita. Saya suka cerita pertama. Mengisahkan tentang Suryani, seorang andartu yang akhirnya terjerumus dengan amalan syirik penduduk kampungnya. Iaitu mandi bunga di bawah jambatan lama untuk mendapat jodoh. Gara-gara kawannya mendapat jodoh setelah mandi bunga disitu. Dia turutkan kehendak mereka yang inginkan perkara yang sama terjadi kepadanya.

Namun, siapa sangka. Disebalik jodoh yang muncul, hadir jua bala. Nasib Suryani baik kerana ada yang mahu menegurnya. Jika tidak mungkin malapetaka akan terjadi.

Mandi bunga memang tidak salah. Bergantung pada niat kita. Zaman sekarang orang mandi bunga untuk menyegarkan badan, menaikkan seri & mewangikan diri dan sebagainya. Zaman dulu mandi bunga lebih kepada membuang sial dan mendapat jodoh. Sudah jatuh hukum syirik. Apa apa pun. Jodoh ajal maut rezeki semua dari Allah. Kita boleh berusaha tetapi kenalah dengan caranya.

Cerita 2 & 3. Lebih kepada cerita pelajar kolej yang kena buat assignment berunsurkan jambatan. Personally tak prefer 2 cerita ini sebab ada beberapa part yang tidak logik dan terlalu luar kotak.
Profile Image for Sha Mohamed.
2,565 reviews1 follower
January 10, 2019
Naskah yang nipis tapi berjaya juga memberikan rasa seram.. 3 cerita dengan tema Jambatan dari 3 penulis jelita.. Menyengat jiwa yang membaca.. Ketiga-tiganya punya cara penyampaian yang berbeza namun memikat hati..
Profile Image for Ansya.
113 reviews
March 15, 2018
Bismillah.
Alhamdulilah.
Jln jln cerita yg baik.
Ada juga d sematkan hal hal yg tk seharusnya kte laku kan sebagai seorg muslim. Lebih2 lagi menduakan Allah Taala.
Overall jln cerita mmg baik.
Keep it up authors!
1st story-4.0
2nd story-3.9
3rd story-3.5
Wasalam.
Profile Image for Mira Ishak.
Author 10 books15 followers
December 26, 2018
Aku suka ketiga-tiga cerita, cuma, cerita yang pertama tu lebih dekat dengan aku kerana pernah bertemu dengan satu kes pesakit seperti itu. Mandi bunga. haha. menarik.
112 reviews3 followers
January 13, 2018
Review Siri Cerita Hantu: Puaka Jambatan
Ini adalah buku kedua yang aku baca dari siri ini. Buku kali ini menghimpunkan 3 tajuk oleh 3 penulis berbeza sebagaimana berikut;

Jambatan Lama - Aida Anggerik
Maut Menggamit-Siti Solehah
Misteri Jambatan Kereta Api-Pn Fakarina

Sejujurnya, cerita pertama sangat perlahan bagi aku. Selepas 2 muka surat pertama, aku rehat lama. Aku kembali membaca sewaktu menjamu selera di Coffee Bean. Aku dapati aku ada satu tabiat di mana minda aku lebih rileks dalam keadaan itu. Jadi pembacaanku berterusan dan aku dapati penceritaannya baik. Ia lambat di hadapan tapi sesuai dengan kisahnya. Menarik kisahnya. Aku suka.

Cerita kedua. Aku baru baca setengah muka surat, aku dah tersenyum-senyum. Banyak sebab. Antaranya, nama wataknya aku suka. Gaya penulisannya juga memang jenis yang aku suka. Jadi aku sedar pandangan aku pada cerita pertama agak bias kerana ia ditulis tidak mengikut selera aku. Aku ada jangkaan yang tinggi pada cerita kedua. Aku ambil masa yang lama juga untuk habiskan cerita kedua kerana aku terlalu sibuk. Tapi ceritanya sangat best! Aku tak sabar untuk baca. Aku rasa wataknya dekat dengan aku. Tak ada apa yang aku tak suka tentang naskah ini.

Cerita ketiga. Aku habiskan dalam masa kurang dari sejam. Mungkin cerita ini pendek atau juga sebab ia mudah. Ia sarat dengan apa yang aku idamkan untuk dibaca. Ada kelemahan. Ada bahagian yang aku rasakan terlalu mencuba. Tapi makin ke hujung, aku rasakan ceritanya adalah logik yang dekat dengan realiti. Aku sukai cerita ini. Plotnya bergerak cepat. Tiada bahagian yang tidak perlu.
Displaying 1 - 8 of 8 reviews