“Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya. Dan sesiapa yang ingkar, sesungguhnya Allah maha kaya dan tidak berhajatkan sesuatupun daripada sekalian makhluk.” (Surah Ali Imran, ayat 97)
Travelog Haji; Mengubah Sempadan Iman bukan semata-mata catatan pengembaraan insan yang menunaikan fardu haji yang merujuk kepada kisah tempat, budaya, pengangkutan, makanan, minuman dan tempat-tempat menarik dan bersejarah. Ia adalah kisah perjalanan roh insan yang melangkaui kehidupan rutin manusia.
Penulis melakarkan pelbagai persoalan asas dalam kehidupan seorang Muslim. Kepercayaan kepada penciptanya, tetapi terdesak dengan kejahilan diri yang sememangnya dimiliki oleh jutaan masyarakat Islam yang lain menyebabkan dia mencari jawapan kepada beberapa persoalan yang merunsingkan. Buku ini membawa pembaca mengenali diri sendiri dan bersedia melakukan perubahan besar dalam hidup mereka.
Buku ini sesuai dibaca oleh semua lapisan masyarakat terutama mereka yang tercari-cari buku motivasi agama dan panduan ibadah yang ditulis secara santai dan bersahaja. Bagi mereka yang bakal dan berpengalaman menunaikan fardu haji mendapati buku ini mempunyai nilai yang hebat. Ia mempunyai kemampuan yang luar biasa.
Muhd Kamil Ibrahim adalah Profesor Perakaunan di Universiti Teknologi MARA. Beliau banyak menghasilkan karya seperti PhD: Kecil tapi Signifikan, Ibrahim Shah: Menyingkap Pengurusan Universiti, Motivasi Minda Pelajar, Pelajar Cemerlang dan Motivasi Remaja. Beliau juga menulis buku kepakaran bidang seperti Value Relevance of Accounting Numbers, Financial Reporting in Malaysia dan Corporate Social Responsibility in Malaysia. Lebih daripada 400 rencana juga diterbitkan dalam pelbagai media massa.
As published in Value Relevance of Accounting Numbers (2005)
Muhd Kamil Ibrahim was born on May 19, 1964 at Kampong Bintang, Besut, Terengganu. Universiti Teknologi MARA has conferred him a Professorship in Accounting at the age of 39. He completed his primary education in five years, instead of six; as best student. Subsequently, he was offered to go to three elite residential school; Sekolah Menengah Sains Terengganu, Sekolah Tuanku Abdul Rahman Ipoh and Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kota Bharu.
He chose the latest because he was amazed with the uniqueness of its Minangkabau roof! Furthermore, MRSM does not practice school uniform; that made his life easier. In MRSM, he was elected as the committee member of Students’ Union (JPP) and hostel captain. He active in sports and had won the best debater title for the whole MRSM.
He received his Diploma and Bacc (Hons) from Universiti Teknologi MARA, his Macc degree from the University of Dundee, Scotland, and PhD from University of Wales, Bangor. He completed his Diploma as a group best student, and second best student for his first degree. His Masters’degree was completed one month ahead the schedule and his PhD was within 32 months, such a record for the Faculty of Accountancy.
He is also an associate member of Malaysian Institute of Accountants (MIA) and an academic member of Association of International Accountants (AIA).
He has been with UiTM since 1988. He had serviced UiTM Sarawak, Johor and Shah Alam. His main job scope is lecturing, but he had, so far, hold 11 academic administrator posts in his 17 years service in UiTM. Previously - among others - he was the Head of Education Development Center, Deputy Director (Academic Affairs), UiTM Johor, Program Head for Diploma in Accountancy, Head of Center for Continuing Education, Dean of Faculty of Sports Science and Recreation and special officer to Vice-Chancellor.
Muhd Kamil is also a prolific, talented and multidiscipline writer. His articles and writings cover motivational, accounting, environment and various current issues has totaled to more than 400. They have been published in mainstream media like Utusan Malaysia, Berita Harian, Dewan Ekonomi, Dataniaga, Massa and Dewan Masyarakat. He was also a guest writer for Utusan Sarawak and Dataniaga and became the main contributor to Dewan Ekonomi from 1994-1996. He has written books specifically for students and youths such as Motivasi Minda Pelajar (1995), Kecemerlangan Remaja (1996) and Pelajar Cemerlang (1996).
Besides that, he also wrote Gelagat Pengurus Korporat (1996). His book: Ibrahim Shah: Menyingkap Pengurusan Universiti was launched by the DYMM Sultan Selangor in December 2003. Then, he launched a book titled Financial Reporting in Malaysia: Some Empirical Evidence in June 2004. His most recent books include PhD kecil tapi signifikan and Value-Relevance of Accounting Numbers in Malaysia. He is the inaugural recipient of the “The Best Academic and Creative Writing”; award from his faculty and The Best Overall Writer (Single) from Pusat Penerbitan Universiti (UPENA),
Muhd Kamil is also the founder and Head of the UiTM-ACCA Financial Reporting Research Centre (UiTM-ACCA FRRC). Through this center, he has done more than 25 researches in his specialized area for the past five years. His research articles appear in journals, including Asian Accounting Review, Malaysian Accounting Review, Capital Market Review, National Journal of Accounting Research, Journal of Accounting-Business Management and Malaysian Journal of Distance Education. One of his research article was published as a chapter in Contemporary Studies in Economic and Financial Analysis, 86.
Professor Muhd Kamil’s research explores accounting issues concerning financial reporting, value-relevance of accounting numbers, fair value of accounting, re-engineering of income, corporate governance, accounting for goodwill and accounting education. His research Role of Accoun
Dalam kesempatan masa yang sedikit semalam, saya sempat singgah di Pustaka Mukmin unuk membeli sedikit bahan bacaan. Kebetulan, tangan saya mencapai buku Travelog Haji tulisan Dr Muhd Kamil Ibrahim untuk cenderahati program yang akan dilaksanakan. Dalam keadaan yang hanya sebegitu, rupanya Allah berikan lagi saya keluangan masa untuk membacanya dalam perjalanan pulang ke rumah.
Mula-mulanya saya menyelak bab pertama, sedikit demi sedikit, terasa hati sudah bertaut dengan isi kandungannya dan terus-terusan saya membacanya. Setiap bab, saya rasakan, sangat signifikan. Saya benar-benar terkesan dengan pengalaman penulis yang tidak segan silu memberitahu tentang kekurangannya sebelum naik haji. Bayangkan bagaimana, bila mana Allah campakkan hidayah supaya manusia benar-benar bertukar menjadi golongan yang lebih dekat dengannya, bagi saya penulis berjaya mengejar taraf menjadi hamba-Nya yang lebih baik.
Dengan penulisan yang bersahaja, Dr Muhd Kamil, tidak segan silu memberitahu dia buta Al-Qur'an. Maka apabila Allah berikan kemudahan, maka dia berusaha sedaya mungkin untuk belajar dan akhirnya berjaya khatam al-Qur'an di Mekah. Kesungguhan dia benar-benar membuatkan saya kagum. Saya seolah-olah baru dikejutkan daripada mimpi yang panjang. Rupanya haji itu bukan setakat pergi & balik haji sahaja, tetapi mempunyai makna yang lebih mendalam lagi.
Saya terekesima dengan kesungguhan penulis yang tidak putus-putus bangun malam untuk bertahajud, dan solat hajat selama kira-kira setahun semata-mata supaya diterima menjadi tetamu Allah. Dan kemudian, bersambung lagi kepada kesungguhan beliau mengerjakan ibadah di Tanah Haram.
Saya menitiskan air mata membaca buku ini, benar-benar saya merasakan betapa buku ini berjaya mengubah persepsi dan paradigma mengenai ibadah haji secara peribadi. Bersyukur saya berjumpa dengan buku ini, sebelum saya menunaikan haji. Sungguh-sungguh saya merasakan buku ini dapat menukar persepsi sesiapa sahaja yang membacanya!
"Ya Allah, tunaikanlah permohonan hambamu ini. Aku teringin menunaikan fardu haji. Jemputlah daku, ya Allah. Berikanlah kecukupan wang ringgit. Berikanlah tubuh badan yang sihat. Berikanlah kelapangan masa. Berikanlah keringanan hati untuk menghadapmu , ya Allah" - pg 108
Tiap kali ternampak buku ini di rak kedai buku, yang terlintas dalam hati, "buku ini aku sudah beli". Sampai satu hari, aku selongkar almari buku dan buku ini tidak ada.
Aduh! Rupanya buku travelog haji orang lain, yang aku baca sudah bertahun dulu.
Segera aku beli dan hari ini baru khatam.
Ada pelbagai rasa.
Menyesal kerana tidak membaca buku ini dari awal.
Terinspirasi dengan perubahan Haji Kamil, dan usia 38 tahun masih belum terlewat untuk berubah, dengan izin Allah.
Buku ini sangat menarik. Cerita menunaikan haji tanpa penekanan aspek teknikal haji, tetapi lebih kepada mencari makna menunaikan haji itu sendiri.
Membaca setiap pengalaman Haji Kamil, membuatkan aku terasa "sia-sia" dengan pengalaman umrah aku dahulu.
Astaghfirullah.
Moga aku dan keluarga masih diberi kesempatan untuk ke Tanah Haram, berulang kali lagi.
Buku yang akan membawa kita menyusuri kisah benar hidayah mengetuk hati seorang hamba dan kekuatan hidayah yang Allah berikan yang boleh mengubah segala-galanya dalam kehidupan. Buku yang sangat baik untuk tujuan rujukan dan teladan kepada mereka yang merancang untuk ke Tanah Suci.
Ironiknya, buku ini buku kedua daripada Muhd Kamil Ibrahim yang saya baca. Pertama kali adalah buku sekuel Travelog Haji.Tapi, tak ingat tajuk apa.
Buku ini pasal kembara haji seorang professor sekaligus perubahan diri kepada menjadi lebih baik. Menceritakan bagaimana saat-saat manis pengalamannya sepanjang menunaikan ibadat rukun Islam kelima itu.
Pendapat peribadi, permulaan yang biasa, namun apabila tiba di Mekah, hati turut terasa kehebatan pengalaman sang penulis. Saya baca buku ini dalam kelas, dan terdapat sebahagian pengalaman yang diceritakan mamapu menyentuh hati sendiri, Tapi segan bila mata jadi berair sebab mudah terharu. Pasal wali Allah di Mekah memang teori munasabah.
All in all, a good read. Bukan yang nak pergi buat haji sahaja yang patut baca, yang nak berubah pun perlu timba ilmu yang sama.
Exactly what it says on the cover. It's the personal experience of the author in his travel to Makkah to perform the Hadj. I give it only two stars because I've read better Hadj travel books (like The Hadj An American's Pilgrimage to Mecca) but by itself Travelog Haji is not a bad read.
Mine is the abridged edition ('Edisi Jimat'). I don't know if the unabridged edition deserves a higher rating since I've never, and don't plan to, read it.
Buku ini dicadangkan untuk sesiapa yang masih tercari cari haluan hidup beragama. Pengalaman yang ditulis dari hati yang ikhlas oleh Prof bermula dari zaman jahil beliau yang langsung tidak tahu membaca Al Quran akhirnya dengan izin Allah beliau benar benar berubah.
Allah telah memberi hidayah kepada beliau yang akhirnya dapat khatam Al Quran di Mekah semasa menunaikan haji.
Buku ini sangat memberi motivasi agama kepada saya. Alhamdulillah semoga Allah memberkati Profesor Kamil dan isterinya Kak Roza serta seisi keluarga.
Kali pertama membaca buku ini adalah pada tahun 2007 iaitu 2 tahun selepas menunaikan ibadat haji. Pembacaan pada waktu itu tidaklah memberi banyak kesan kepada perasaan saya. Bacaan kali kedua adalah pada bulan Julai 2012 iaitu selepas bersua muka dengan Prof Dr Kamil sendiri dan menyebabkan saya menyelongkar rak buku mencari buku ini. Bacaan kali kedua lebih menyentuh hati saya, dan pada bahagian-bahagian tertentu, saya sangat tersentuh. Bersambung..
Secara berdikit, buku ini mengasuh jiwa saya.Saya mula berimpian mengembara ke bumi mulia ini, mengerjakan rukun ke lima. Antara sedar dan tidak, jiwa saya di tarik-tarik agar segera ke sana, mencari redhaNya dalam perjalanan panjang yang kian pendek.
* Terima kasih untuk Muhd Kamil Ibrahim.Buku nipis ini cukup tebal dengan ilmunya.
I bought 2 copies and read. I purchased the 2nd copy because it quotes my comment and put it on the blurb. So excited! Read my review @ http://apayangfishabaca.blogspot.com/...
Berusahalah melengkapkan diri dengan ilmu, iman dan amal untuk menjadi insan yang paling baik di sisi Allah. Saat dan peluang sentiasa ada, cuma kadang-kadang kita yang mensia-siakannya dengan pelbagai alasan lain yang menjadi keutamaan.
Sekarang dekat Kelantan ada Pesta Buku,walau tak sebesar Pesta Buku KL apatah lagi Kolkata Book Fair mahupun Frankfurt Book Fair idaman saya itu..tapi kalau pandai mencari..insyaAllah terjumpa jugak yang berkenan di minda dan di hati sanubari! Banyak buku saya beli,tapi yang satu ini memang lepas habis baca,saya tak sabar2 nak review,nak kongsi pengalaman saya baca buku ini, buku Travelog Haji:Mengubah Sempadan Iman,tulisan seorang professor perakaunan Uitm,hasil pengalaman beliau ke Tanah Suci bersama-sama dengan isteri dan 2 kakaknya. Dan saya rasa saya faham bagaimana betapa mendesaknya desakan hati dan nurani penulis buku tersebut untuk sama-sama mengongsikan rasa yang dirasainya sepanjang berada di sana,agar dapat yang lain berkongsi jua pengalaman kerohanian tersebut sehingga dapat membantu mereka(pembaca) mengecap nikmatnya sama walau duduknya mereka itu di Malaysia beribu batu jaraknya dari Tanah Suci.(saya sebenarnya pun terkadang andai ada pengalaman berharga selalu mahu berkongsi dengan rakan2 diblog,tapi tewas akhirnya dengan kemalasan diri!)
Banyak yang dikongsi penulis,bermula dengan keberanian beliau menceritakan kejahilan dirinya dalam beragama(saya kagum beliau tidak malu2 mengaku beliau seorang profesor,menggunakan nama sebenar,meletakkan tempat kerjanya!sesungguhnya beliau serahkan segala2nya kerna Allah!),yang saya rasa ada juga tempiasnya dengan saya dan ramai lagi insan lain diluar sana yang status agamanya Islam,tapi hanya buat sekadar yang boleh dalam kehendak agama sedangkan agama itu adalah kehidupan!
Yang paling terkesan,pengalaman betapa sukar dan susahnya untuk penulis beribadat di Haram,sedang disitulah tempat yang paling suci bagi kita penganut umat Islam,disitulah limpahan pahala berkali2 ganda berbanding dengan tempat lain,namun di situ jualah cabaran yang paling besar yang harus ditempuhi.Kepadatan manusia yang jutaan jumlahnya,ketidakselesaan sentiasa menghimpit,serangan batuk sesama jemaah,kekasaran jemaah lain dan pelbagai lagi dugaan yang harus dilalui sedangkan dalam diri ingin menumpukan sepenuhnya konsentrasi untuk beribadat terhadap Pencipta dibumi dimana Ibrahim as dan anakandanya Ismail as membina Kaabah,kiblat umat Islam seluruh dunia ini!
Namun begitu,penulis dengan tekad dan keazaman yang tinggi disamping memikul tanggungjawab menjaga 3 lagi insan lagi yang pergi ke sana bersamanya menempuh apa jua halangan agar peluang yang datang itu tidak disia-siakan,kerana kita sebenarnya tidak tahu apakah yang akan berlaku pada kita pada masa akan datang.Hidup lagikah kita?Sihat lagikah kita untuk meneruskan impian beribadat di tempat suci ini pada tahun2 mendatang?
Berapa kali air mata saya mengalir,membaca dalam kesukaran penulis mengharungi jutaan manusia lain yang juga sama2 ingin merebut peluang keafdalan dalam beribadat(walau kadangkala ada yang lakunya tidak sesuai dengan ibadat yang mereka sedang lakukan itu), namun berkat daripada beberapa peristiwa yang menimpa dirinya disana, beliau begitu optimis, begitu rendah diri, begitu ikhlas membantu pula insan2 lain yang tidak dikenalinya,agar mereka juga turut sama dapat meminta kepada Pencipta dalam keadaan serta tempat yang begitu direbut oleh sesama jemaah haji yang lain. Antaranya tindakan penulis memanggil seorang jemaah lain yang sama sekali tidak dikenalinya,agar dapat berada disebelahnya(penulis kemudiannya mengecilkan sedikit kedudukan untuk bersolat,agar ruang baru dapat diberikan kepada yang lain untuk sama2 beribadat di kedudukan saf yang besar ganjaran pahalanya).Betapa luhurnya hati penulis,dalam keadaan sama2 terdesak untuk membuat amalan sebanyak mungkin,namun masih ada terselit ruang kecil untuk dirinya sama memberikan kesempatan buat yang lain jua.
Sesungguhnya,Tuhan maha mengetahui akan segala sesuatu yang hambanya kerjakan,perbuatan baik sememangnya dibalas baik,ada yang terpilih,disini jualah diberikan ganjarannya,disaat jemaah Malaysia yang lain disaran untuk melontar pada waktu yang tidak sibuk,namun,penulis dan ahli keluarganya mengambil keputusan untuk keluar pada waktu kemuncak kerna pada waktu Dhuhalah waktu yang paling afdal dalam melaksanakan ibadat ini.Berkat kesabaran,kecekalan serta percaya akan bantuan yang tidak berbelah bahagi dari Ilahi dalam melancarkan perjalanan suci ini,mereka semua akhirnya berjaya sampai ke tempat melontar pada waktu seperti yang didoakan oleh mereka,dan yang paling manis,kesemuanya berada dibarisan hadapan dengan selesa dan juga mudah.Sesungguhnya Dia lebih mengetahui...
Usai di Mekah,saat di Madinah,ibadah menjadi lebih tenang untuk dilakukan,manusia tidak lagi berebut-rebut sebagaimana di Haram.Namun begitu kerinduan penulis pada bumi Haram masih lagi berbekas. Bayangkan apa yang dilalui oleh Nabi SAW?Entah bagaimana perasaan baginda meninggalkan tempat yang begitu bermakna ini? Baginda dilahirkan,dibesarkan,berkahwin,menghadapi kematian insan2 tercinta di bumi tersebut,disitulah letaknya Kaabah tinggalan Ibrahim as, disitulah tersemainya kenangan pahit dan manis baginda,namun disitu jualah tentangan paling kuat dihadapi baginda dalam menyebarkan dakwah Islamiah.Tentangan pula jika datang dari orang luar mungkin tidak terasa mana,namun,tentangan paling kuat dihadapi baginda oleh bapa saudaranya sendiri, Abu Lahab bersama dengan regunya yang terkenal Abu Jahal! Sehinggalah perintah diterima,baginda akhirnya bersama2 dengan beberapa umat Islam Mekah berhijrah ke daerah baru,daerah asing yang baginda sendiri bersama2 dengan mereka yang bersama2 berhijrah dengannya tidak biasa akan persekitarannya. Tetapi,disitulah sejarah bermula,disitulah terpacaknya kerajaan Islam pertama di dunia!Ketenangan dan kedamaian jelas disitu,sehingga wafat baginda masih tetap disitu. Mungkin Madinah itu tenang,Madinah itu damai,Madinah itu peleraian,Madinah itu penutup dan juga pembuka kepada sesuatu yang baru, sesuatu yang lebih baik!W.A..
Tetapi,kerinduan baginda terhadap bumi Haram tidak pernah hilang,setelah sampai saatnya,hasil daripada perjanjian Hudaibiyah yang walau pada asalnya Ali RA mahupun Umar RA masing2 jelas tidak bersetuju dengan keputusan baginda bersetuju dengan syarat2 yang dikenakan oleh kafir Quraisy,namun,sesungguhnya Allah telah memberikan hikmah yang begitu besar dalam perjanjian itu(sungguh sebenarnya di dunia ini ada banyak perkara yang kadangkala sukar untuk kita fahami,sehingga sampailah saat itu,barulah kita akhirnya mengerti).Dimana,pihak penentang Islam akhirnya telah melanggar syarat yang mereka sendiri tetapkan,dan maralah baginda bersama2 dengan rombongannya,membuka Mekah yang baru,Mekah yang akhirnya menerima Islam,dan Bilal bin Rabah,melaungkan buat pertama kalinya laungan "Marilah menuju kejayaan" di bumi Haram itu.
Bumi Haram memang sarat dengan ujian,sarat dengan halangan dan cabaran,namun itulah sebenarnya pemangkin buat setiap insan menggelarkan diri mereka Muslim untuk menyahut cabaran itu,kerana,dihujungnya akan ada ganjaran yang tersedia dan penulis berjaya melakarkan segala yang tersirat ini dengan begitu baik,begitu bersahaja,sesuai dengan kehendak minda pembaca agar kita semua menetapkan keazaman yang tinggi untuk bersungguh dapat merebut peluang yang diberikan ini.
Untuk semua,andai ada kesempatan,carilah buku ini,ia sesungguhnya memberikan kita akan satu pandangan nbaru,pandangan yang lebih jelas dalam melakukan ibadat haji mahupun umrah melalui konteks yang lebih bermakna.Buat saya,keazaman saya tetapkan,langsaikan segala hutang yang ada,bersungguh mencari rezeki yang lebih agar dapat saya ke sana bersama ibu dan ayah juga mertua,InsyaAllah.
Nota kaki ;
Saat penulis menulis segala pengalaman kerohaniaannya sepanjang berada di Mekah dan juga Madinah,saat penulis redha dengan segala ketentuan,segala kepayahan,segala pertolongan yang diberikan tanpa mengharap balasan,sebenarnya sesuatu telah tertulis buat penulis.Tanggal Julai 2011 yang lalu,penulis dan keluarga dengan izin Allah berhijrah ke salah sebuah universiti di Madinah,meninggalkan Malaysia,berumah di sebuah rumah kecil di Jabal Uhud,(dan masih lagi menghulurkan bantuan buat mereka2,terutama sekali rakan senegara untuk sama-sama mengecapi kemanisan beribadat di tempat yang penuh barakah ini),penulis diberi agar dapat untuk sentiasa dekat dengan Raudah,sentiasa memohon keampunan atas segala dosa-dosanya,sesungguhnya segala yang dilalui itu adalah rahsia Dia...
Entah kenapa liat sangat nak menghabiskan bacaan buku ini? Mungkinkah cerita ini keseluruhannya tidak terasa peribadi terhadap diri sendiri?
Saya ambil masa yang lama untuk menghabiskan buku ini. Mungkin lebih kurang 2 bulan lamanya. Sebenarnya tidak terlintas dek akal untuk diri ini mengerjakan umrah atau haji. Mungkin asalnya kerana memang tidak berduit atau mungkin takut dibalas disana kerana dosa(?)
Ok, mari kita ulas buku ini. Sepadan dengan tajuk, buku ini terlalu peribadi buat Haji Muhd Kamil, pada pendapat saya. Bait-bait ayatnya kelihatan ikhlas namun belum mampu menyentuh tangkai hati saya. Ceritanya penuh dengan tip bagi siapa yang bakal mengerjakan Haji. Kalau benar suatu hari nanti, saya mampu untuk berubah, mungkin saya akan mengulang baca buku ini lagi. Buku ini turut penuh dengan doa-doa yang saya rasakan santai namun penuh hikmah. Tidak perlu bahasa arab atau bahasa melayu yang 'fancy', cukup lah doa yang lahir dari ketakwaan hati.
Antara doa yang akan turut diamalkan saya, In Shaa Allah: "Ya Allah tunaikanlah permohonan hambamu ini. Aku teringin menunaikan fardhu Haji. Jemputlah daku, ya Allah. Berikanlah kecukupan wang ringgit. Berikanlah tubuh badan yang sihat. Berikanlah kelapangan masa. Berikanlah keringanan hati untuk menghadapmu, ya Allah"
Namun, ada sesuatu dalam buku ini yang saya kurang gemar. Dimana bila penulis mengatakan terdapat orang-orang yang gemar berbual, yang suka bersolat diluar masjid dan yang suka membeli belah. Saya faham bahawa penulis mahu tetamu Allah jelas akan niatnya ketika berada disana, iaitu untuk beribadat. Cumanya, susunan ayat yang terlalu tidak formal agak kelihatan seperti menghukum para tetamu yang mungkin agak lalai dalam mengerjakan Haji. Ini hanya pendapat peribadi saya :)
Diakhir kata, pengajaran dari buku ini amat jelas. Mungkin kita kurang dari segi agama. Namun, kita perlu semangat dan tidak malu untuk terus belajar ilmu agama. Yang dilihat Allah bukanlah awalan hidup kita, tapi pengakhiran hidup kita. Moga Allah beri hidayahNya kepada kita semua dan menjemput kita ke sana suatu masa nanti. Amin.
p/s: terima kasih, Faridah bagi pinjam buku ni ye 🤗
Buku ini antara buku yang menghiasi barisan rak almari buku di rumah. Berkali-kali mummy mengesyorkan saya untuk menelusuri buku ini. Setiap kali itulah saya selalu memberikan alasan; insya-Allah bila punya waktu senggang.
Kembara pendek yang lalu, rupa-rupanya memberikan ruang untuk saya membaca travelog Haji; tulisan Prof. Dr Haji Muhd Kamil.
Sepanjang pembacaan, air mata saya menitis jatuh dengan laju. Isi kandungan setiap bab, menyentak urat rasa. Membuatkan seluruh tubuh menggeletar dan mengingatkan saya pada satu hakikat - ALLAH ITU MAHA BESAR.
Buku ini mengajar saya tentang beberapa isi pokok penting :-
1. Kepentingan berdoa 2. Kepentingan kebergantungan kepada Allah 3. Kepentingan ikhlas dan yakin. 4. Setiap ujian yang Allah turunkan pada kita, adalah untuk mendidik kita. Ujian itu adalah - PENDIDIKAN buat kita.
Ya! Dan buku ini ; kembali menggebukan rasa rindu saya pada rumah Allah. Saya rindukan keindahan baitullah. Saya rindukan ketenangannya. Dan saya rindu untuk tawaf dan bertalbiah ketika mengelilingi baitullah sama seperti dulu. Semoga Allah memberikan kad jemputannya pada saya lagi. Insya-Allah.
Membaca buku ini - menegur saya tentang beberapa perkara. Dan sesungguhnya saya bersyukur, kerana Allah menggerakkan hati saya untuk membaca buku ini.
Semoga Allah membalas jasa baik Prof dengan menganugerahkan Prof rahmat dan kesihatan yang baik. Dan semoga Allah mengurniakan sebesar-besar pahala buat prof. Insya-Allah.
Buku ini mengisahkan pengalaman benar, Prof Dr. Haji Muhd Kamil. Seorang cendekiawan, seorang profesor yang buta al-quran. Dibukakan Allah hatinya untuk mengerjakan ibadah haji.
Sepanjang saya menelusuri catatan ini. Saya dapat merasakan catatan ini ditulis dari hati yang ikhlas dan semata-mata kerana Allah.
Benarlah, menulis dari hati yang ikhlas itu, dengan izin Allah, insya-Allah; akan menyentuh hati-hati yang membacanya.
Subhana-Allah. Maha Suci Allah. Setiap kali saya membaca dari satu baris ke satu baris. Dari satu muka ke satu muka. Dari satu bab ke satu bab. Hati saya disentuh. Otak saya ligat berfikir dan menganalisa diri sendiri.
Prof menegur saya dalam tulisan.
Prof memberikan saya ruang untuk belajar dan berfikir dari pengalaman prof. Bahkan prof mempermudahkan pembaca dengan setiap rajah yang yang disertai dengan ilustrasi. Dan sekali lagi, semoga Allah yang dapat membalasnya.
Membaca buku ini, saya melihat sendiri pengalaman dan konsep mengerjakan haji dari kaca mata prof dan seluruh keluaga prof. Bahkan, saya melihat bagaimana Allah mempermudahkan prof dan keluarga, berkat doa dan keyakinan serta kebergantungan prof sekeluarga pada Allah.
Hakikat sebenarnya, kehidupan manusia itu adalah bergantung seluruhnya pada ALLAH. Asbab kepada sesuatu perkara yang DIA takdirkan itu, ada rahsia disebaliknya yang tak kita tahu.
Sesuatu yang baik pada kita, belum tentu baik di sisi-Nya. Buku ini barangkali nipis. Tapi ilmu dan nasihatnya padat.
Ini bukan sekadar travelog. Ini satu buku yang penuh dengan ilmu dan pengisian. Penuh dengan tarbiyah dan teguran. Bahkan, ini adalah satu ilmu yang bermanfaat. Insya-Allah.
Retorik yang digunakan, mudah. Tepat. Padat. Dan, konklusinya; tajuk yang digunakan sebenarnya sudah membuka keseluruhan isi cerita. Perjalanan haji yang dilalui oleh prof itu membuka dimensi baru dalam kehidupan prof. Mengubah sempadan iman.
Semoga Allah, memberikan saya ruang merasai pengalaman yang prof rasai. Semoga saya juga, diberikan-Nya rezeki; untuk mengubah sempadan iman saya.
Buat prof. Jazakallahu khair. Semoga Allah membalas segala kebaikan yang prof berikan menerusi buku ini. Dan moga ilmu dan nasihat dalam buku ini, menjadi saksi buat prof di sana nanti. Sesungguhnya tulisan ini bukan sekadar memberikan inspirasi dan motivasi. Bahkan turut mendidik.
Saya tertarik dengan kisah Prof Kamil apabila terbaca di dalam sebuah majalah betapa beliau menceritakan keajaiban tahajud dan berdoa di larut malam walau tanpa adab. Buku ini menceritakan perjalanan rohaniah seorang insan. Sungguh ini adalah bertepatan dengan pesan Imam Ghazali bahawa harus bersangka baik kepada si jahil. Prof Kamil membuktikan bahawa taubat dan amal seorang jahil yang bersungguh dengan ikhlas boleh mengatasi yang lain. Sungguh terkesan dengan kisahnya apatah lagi sekarang adalah musim haji.
He left his written words so that we might discover them at exactly the right time :') very well-written book, sebuah travelog perkongsian ikhlas dari hati, selepas yakin dgn petunjuk Ilahi, demi memburu cinta hakiki, biar Mekah dan Madinah menjadi saksi.
Wajib dijadikan salah satu manual untuk persediaan mengerjakan haji. Diri ini semakin bertambah semangat untuk menyiapkan diri untuk mengerjakan haji walaupun dari segi kewangan belum mencukupi. Keikhlasan pengarang menulis travelog ini benar-benar dapat dirasai, Alhamdulillah.
pengembaraan seorang hamba yang baru ingin mencintai agamanya. P/S: saya tak reti bagi ulasan, cuma saya nak kata, berbaloi membacanya. penulisan yang ringkas dan mudah difahami pada masa yang sama, terpampang kerendahan hati penulisnya
Benarlah kata pepatah 'don't judge the book by its cover' atau dengan kata-kata yang lebih tepat untuk buku ini adalah 'jangan menghakimi sesebuah buku berdasarkan tajuknya'. Alhamdulillah buku ini tidak mengerikan dan sesuai untuk orang biasa-biasa macam den.
Pengalaman penulis menunaikan ibadah fardhu Haji, rukun Islam yang kelima ini digarap dengan lenggok bahasa yang sangat mudah untuk difahami tetapi setiap penceritaannya mempunyai nasihat yang mendalam untuk pedoman dan pengajaran buat kita tetapi disampaikan secara santai dan tidak menjengkelkan .
Selalu kita dengar/cakap 'belum sampai seru' atau 'belum dapat jemputan' untuk ke Mekah tetapi di dalam buku ini ada nasihatnya tentang bagaimana hendak berusaha supaya untuk ada rezeki untuk dijemput atau diseru. Antaranya adalah sentiasa berdoa tanpa berputus asa setiap kali selepas solat agar dikurniakan rezeki untuk dijemput menjadi tetamu di Mekah.
Di penghujung buku ini ada disertakan 12 doa yang diamalkan oleh penulis sebelum dan semasa menunaikan haji termasuk doa 'memohon hotel dan rakan sebilik yang istimewa, memohon perlindungan di Arafah, Muzdalifah dan Mina', dsb.
Doa 'Rabbi Yassir Wala Tuassir' ('Permudahkanlah kami Ya Allah, Permudahkanlah kami Ya Allah') diamalkan oleh penulis semasa menunaikan ibadah Haji.
In sya Allah banyak pengajaran dan pembelajaran daripada buku ini yang bukan sahaja sesuai untuk mereka yang hendak menunaikan ibadah haji tetapi juga untuk kita perbaiki diri kita untuk menjadi lebih baik daripada semalam terutamanya di dalam menambahbaik amalan ibadah serta mempertingkatkan kualiti kehidupan seharian kita.
Saya antara orang yang mencari buku ini selepas ketiadaan Prof Muhd Kamil.
Sayangnya, buku sudah out of stock dan tidak dijual di mana-mana.
Namun, alhamdulillah, Allah rezekikan untuk saya baca buku ini, dalam versi ebook yang saya pinjam dari Penang Islamic Digital Library. Saya baca versi 3 in 1 bertajuk Travelog Haji Mengusik Hati.
Tiga pengajaran utama yang saya dapat daripada buku ini:
1. Kesungguhan. Dalam melakukan apa-apa perkara, biarlan tindakan itu disertai dengan kesungguhan yang tinggi. Kata orang, letak target setinggi langit, kalau jatuh pun pada awan.
2. Doa. Doa ialah senjata mukmin. Malah, doa juga ibadah paling mudah, boleh dilakukan di mana-mana sahaja, tanpa apa-apa syarat khusus. Namun, kebanyakan orang masih leka dan lalai untuk menjadikan doa sebagai amalan seharian.
3. Berbuat baik sesama manusia. Dalam buku ini, penulis banyak menceritakan kekurangan beliau dari aspek ilmu agama. Namun, sebagai pembaca, saya dapati kemurahan rezeki dan kelancaran urusan beliau adalah kerana beliau sentiasa membantu orang lain yang dalam kesukaran. Kadang-kadang cuma perkara kecil, tapi amat bermakna kepada yang dibantu.
Saya recommend buku ini kepada sesiapa sahaja, tidak terhad kepada bakal duyufurrahman.
Terkaku semasa pembacaan. Ia kadang-kadang kita insan yg kerdil & bukan yg mulia di panggil menjadi tetamunya. Kita insan yg tiada apa-apa hanya "0" tetapi tetap di beri kad jemputan yg selama ini kita fikir belum layak utk hadir ke tempatnya.
Benar ujian bukan d beri semasa kita di sana sahaja. Tetapi selepas kita pulang menjadi tetamunya. Di situ akan di nilai adakah kita mampu menghadapinya atau tidak??.
Bukan "title" yg seharusnya d harapkan tetapi keredhoan sebagai hambaNYA.