Berseronoklah menikmati cerita binatang, jenaka, pari-pari, legenda, mitos, hantu dan asal-usul, sambil belajar mengenali budaya dan tradisi masyarakat bumiputera Malaysia.
Othman Puteh merupakan seorang penulis Malaysia. Othman Puteh dilahirkan pada 5 Januari 1944 di Kampung Kuala, Kuala Sungai Baru, Melaka.
Othman Puteh pernah mendapat pendidikan di MPSI, Tanjung Malim 1963 - 1964. Selepas itu, beliau telah melanjutkan pendidikannya dalam bidang bahasa di Institute Bahasa, Kesusteraan dan Kebudayaan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Beliau aktif menulis dan sering menyumbang dalam majalah bulanan seperti Dewan Pelajar selain mengarang antologi dan novel.
Allahyarham Othman Puteh telah pulang ke rahmatullah pada tanggal 19 Oktober 2003.
Rakyat Malaysia kaya dengan sejarah masing-masing yang unik dan menarik. Dalam buku ini terdapat banyak kisah-kisah rakyat yang biasa diceritakan kepada kanak-kanak telah dibukukan untuk bacaan umum. Setiap cerita telah disusun mengikut bulan dan hari. Pendek kata, terdapat 366 buah cerita rakyat keseluruhannya dalam buku ini untuk bacaan sepanjang tahun. Cerita-cerita ini dikumpul dari pelbagai negeri di Malaysia. Seperti biasa, karakter-karakter magis seperti putera puteri dari kayangan, karakter haiwan-haiwan yang dapat berkata-kata dan memiliki kebijaksanaan, hantu-hantu dan juga lagenda orang perseorangan terdapat dalam buku ini. Pelbagai pengajaran dapat dikutip daripada setiap kisah rakyat yang dibaca. Walau bagaimanapun, kesemua himpunan cerita rakyat ini dikumpul daripada kaum Melayu dan kaum bumiputera Sabah dan Sarawak. Mungkin juga di masa hadapan, koleksi ini boleh menyelitkan cerita-cerita yang memberi pengajaran daripada kaum-kaum lain supaya setiap pembaca dapat juga menghayati kisah serta budaya dan tradisi masyarakat berbilang kaum yang ada di Malaysia.
Beautiful collection of short stories from the Malay civilization. Taught me proper Malay, enriched my vocabulary, and lent me great insight into the psyche of their culture and traditional values. I would reread this book for the 1000th instance and still feel entertained by how timeless the literary values it provides.
I'm taking away two stars because this edition is significantly abridged. The original one is extremely difficult to find these days. Something I would proudly display on my bookcase.
A very useful book with more than 370 tales from Malaysia.Many of them have been taught to my daughter Here is may full review http://zliangas.blogspot.gr/2014/06/3...